tugasan 1

19
Matlamat mewujudkan sistem pendidian bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, satu etika yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Etika kerja berkait rapat dengan nilai-nilai integriti yan menjadi pegangan kepada setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia. !uku Etika Kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia". Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut : #ugasan $ % Menganalisis buku &Jejak 'uru !erintegriti( )nda dikehendaki membaca, memahami dan menganalisis nilai-nilai integriti yang diamalkan oleh tokoh-tokoh guru terdahulu. *uraikan dan berikan contoh nilai-nilai integriti yang mereka amalkan sehingga menjadi tokoh guru yang disegani ramai dan telah menaburkan budi dan bakti di seluruh negara di bidang pendidikan. #ugasan + % Perbincangan amalan kendiri akan nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas di sekolah. !incangkan bagaimana anda akan mengamalkan nilai-nilai integriti semasa melaksanakan tugasan anda di sekolah. Perbincangan anda hendaklah memberi contoh- contoh yang sesuai dengan amalan kerja anda di sekolah.

Upload: suhariza-sue

Post on 04-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Matlamat mewujudkan sistem pendidian bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, satu etika yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Etika kerja berkait rapat dengan nilai-nilai integriti yang menjadi pegangan kepada setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia. (Buku Etika Kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia).

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut :

Tugasan 1 : Menganalisis buku Jejak Guru BerintegritiAnda dikehendaki membaca, memahami dan menganalisis nilai-nilai integriti yang diamalkan oleh tokoh-tokoh guru terdahulu. Huraikan dan berikan contoh nilai-nilai integriti yang mereka amalkan sehingga menjadi tokoh guru yang disegani ramai dan telah menaburkan budi dan bakti di seluruh negara di bidang pendidikan.

Tugasan 2 :Perbincangan amalan kendiri akan nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas di sekolah.Bincangkan bagaimana anda akan mengamalkan nilai-nilai integriti semasa melaksanakan tugasan anda di sekolah. Perbincangan anda hendaklah memberi contoh-contoh yang sesuai dengan amalan kerja anda di sekolah.

1.0Pendahuluan

Gerakan pemantapan integriti adalah merupakan salah satu agenda penting negara. Ianya merupakan tunjang atau asas kepada pembentukan modal insan yang seimbang. Dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, integriti guru atau warga pendidik adalah merupakan fokus utama kementerian. Profesion keguruan merupakan profesion terpenting di dalam usaha pembentukan individu yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Istilah guru sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembetukan dan kematangan sahsiah murid.

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan manakala ada pula yang mengganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004), akan tetapi makna yang paling kerap digunakan menekankan prinsip moral.

Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Lanjutan daripada ini, integriti guru sebagai penjawat awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, dia perlu telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka integiriti guru merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidian berlandaskan etika dan piagam pelanggan organisasi. Setiap guru mengamalkan dan menghayati Kod Etika Profesion dan piagam pelanggan demi mewujudkan suatu budaya kerja organisasi yang bersistem. Setiap anggota dalam organisasi melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberikan keutamaan kepada kepentingan awam.

Sebagai guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Di samping itu, pemuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan memupuk kerjasama yang baik dalam kalangan mereka. Hal ini akan memudahkan pelaksanaan apa juga projek pembangunan di sekolah berkenaan.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, guru perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajarn. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan yang berpotensi dan berperwatakan terpuji. Guru yang melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang pengajaran dan pembelajaran yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika guru bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik dan meneladani perwatakan guru mereka. Pelajar yang dibentuk adalah secara holistik dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan, sikap proaktif, mempunyai moraliti tinggi serta mempunyai imej yang disanjungi tinggi.

Buku Jejak Guru Berintegriti : Integriti Memperkasa adalah suatu usaha untuk mengumpulkan pengalaman-pengalaman peribadi 6 orang tokoh pendidik yang telah berkongsi pengalaman mereka dalam sesi-sesi Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP). Semasa dalam perkhidmatan, mereka telah mempamerkan tahap integriti yang tinggi dan mencapai kecemerlangan sama ada sebagai seorang pendidik secara khusus atau pentadbir sekolah dan pemimpin dalam profesion pendidikan. Terdapat enam tokoh di dalam buku ini yang telah berjaya membawa sekolah mereka ke tahap kecemerlangan yang tinggi dari segi pencapaian akademik murid-murid atau yang telah mempamerkan kepimpinan unggul sehingga berjaya melahirkan sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang.

2.0 JEJAK GURU BERINTEGRITI2.1 DATUK HJ SAARI B. HASSANDatuk Haji Saari bin Hassan telah memulakan kerjayanya sebagai guru pada tahun 1967 selepas memperolehi Ijazah S.A (Hons)nya dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya. Penempatan pertama beliau adalah di Sek. Men. Keb. Dungun di Terengganu sebagai Guru Penolong Kanan dan kemudiannya dilantik sebagai Pengetua di SMK Marang di Terengganu. Beliau telah bertugas di dalam bidang perguruan selama 30 tahun 3 bulan dan 4 hari sehingga beliau bersara pada 5 Julai 1997 sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. 2.1.1 Berfikiran positif dan taat kepada ibu bapaAntara nilai yang menjadi amalannya ialah beliau merupakan seorang yang sangat berfikiran positif. Ini dapat dilihat apabila beliau hanya menurut sahaja kehendak ibu dan bapanya yang inginkan beliau menjadi guru apabila borang kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Sungai Besi diromokkan oleh ayahnya. Baginya apa yang penting, cita-citanya untuk berjuang mempertahankan negara tercapai walaupun dengan cara membasmi kejahilan. Sudah tentu ibu dan bapanya memikirkan apa yang terbaiknya. Maka beliau telah melentur keinginannya untuk menjadi tentera kepada keinginan menjadi seorang guru.

Beliau sangat positif dan suka untuk ditempatkan di negeri Pantai Timur memandangkan keperluan guru siswazah di sana, apatah lagi dalam usia yang masih muda dan bertenaga. Walaupun banyak kekurangan dari aspek fizikal dan infrastruktur sekolah, ia tidak mematahkan semangatnya. Aspek kekurangan inilah yang telah mempercepatkan kematangannya sebagai seorang guru kerana terpaksa mengadakan berbagai-bagai strategi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh sekolah dan murid-murid. Baginya jika melihat sesuatu isu yang timbul dari aspek negatifnya, isu akan menjadi masalah sebaliknya, jika melihat dari aspek positifnya, isu itu akan menjadi satu peluang untuk menyumbang ke arah penyelesaiannya.

2.1.2 Menjaga maruah diri, yakin dan telusBeliau telah dilantik sebagai Guru Kanan Sekolah walaupun baru seminggu melaporkan diri. Namun, demi menjaga maruah diri sebagai guru siswazah, beliau tidak menolak pelantikan apatah lagi telah dididik sejak kecil supaya sedia membantu. Beliau meyakinkan diri bahawa dirinya seorang guru yang profesional. Bertitik tolak dari inilah, beliau bertekad menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik dan ceria semasa menjalankan tugas kerana keceriaan akan melahirkan hasil yang memberangsangkan. Dengan jawatan tersebut, beliau memiliki autoriti untuk membuat keputusan dan menentukan perjalanan harian di sekolah selain Pengetua. Begitu juga apabila beliau dilantik sebagai Pengetua walaupun baru berkhidmat selama 2 tahun.

2.1.3 Bertanggungjawab, sentiasa menambah ilmu dengan membaca, menjadi pemangkin kepada guru lainApabila beliau dilantik sebagai pentadbir sekolah, rasa tanggungjawab yang amat berat terpikul di bahu. Beliau mesti membuktikan bahawa untuk menjadi pentadbir yang cekap, keputusan yang tepat dan sifar kesilapan mesti dilakukan. Beliau bersungguh-sungguh meningkatkan pengetahuan asas mengenaik selok-belok pengurusan sekolah. Apa yang menarik, beliau mula menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, melengkapkan diri dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kepimpinan, pengurusan, kecekapan komunikasi, pengurusan bilik darjah, pengurusan kurikulum dan pengetahuan lain yang relevan. Beliau perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk menjaga reputasi dan integriti sebagai seorang guru dan pentadbir. Beliau banyak belajar melalui proses hands-on, perkara mengenai pengurusan sekolah dalam pelbagai bidang yang berkaitan. Beliau juga sentiasa berbincang dengan rakan-rakan, berusaha dan tidak segan untuk meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman, meminjam bahan-bahan rujukan di Kementerian dan Jabatan Pelajaran dan membeli buku-buku yang relevan apabila berkesempatan. Beliau banyak mendapatkan tunjuk ajar mengenai pengurusan akaun dan kewangan sekolah serta pengurusan kakitangan. Beliau tidak segan untuk meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Baginya sikap merendah diri, mudah mesra, tidak sombong serta ikhlas dalam usaha yang dilakukannya akan berhasil memiliki ilmu yang dicari.Kerana sikap positif ini, beliau mula dijadikan sumber rujukan dan pakar perunding bagi guru-guru yang mula berminat dan berasa terangsang untuk meningkatkan pengetahuan dan status akademik dan pencapaian akademik masing-masing.

Beliau juga menekankan amalan dan budaya membaca di kalangan guru dan pelajar-pelajar. Beliau akan memastikan pelajar-pelajarnya membudayakan amalan membaca dengan mengadakan pelbagai program membaca dan pertandingan membaca untuk menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar membaca.

2.1.4 Amanah, jujur dan ikhlas

Walaupun dilantik sebagai Pengetua sebelum berumur 27 tahun lagi, namun beliau berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi. Beliau menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab. Beliau tidak mahu menghampakan ketua, guru-guru mahupun pelajar-pelajar apatah lagi maruahnya sebagai seorang guru yang diberi keyakinan untuk mengetuai sebuah sekolah menengah. Beliau berusaha untuk melaksanakan tugasnya betul-betul seperti yang dipesan oleh ibunya. Baginya banyak jawatan yang dipegang bukan menjadi masalah tetapi bagaimana cara melaksanakan tugasan yang pelbagai dan bertindan-tindan ini. Perancangan yang rapi, bermaklumat lengkap, melibatkan semua pihak dan telus amat penting.2.1.5 Prihatin dan bijaksanaBeliau sangat prihatin dengan guru-guru dan pelajar. Apa sahaja masalah yang dihadapi, baik masalah yang berkaitan dengan pengurusan sekolah mahupun mengenai pengajaran dan pembelajaran. Beliau sedia mendengar dan mendapatkan maklumat sebenar sebelum membuat keputusan. Baginya keputusan yang dibuat tanpa maklumat yang lengkap selalunya akan menimbulkan masalah sampingan yang tidak diduga.

Beliau juga mengamalkan usaha melawat pelajar dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar yang didapati tidak mempunyai minat belajar dan mempunyai sikap yang negatif. Usaha ini dapat mengeratkan silaturrahim dengan ibu bapa pelajar dan pada masa yang sama dapat mengatasi masalah disiplin pelajar. Beliau juga sanggup mengambil tindakan untuk membeli telur ayam kampung dari pelajar-pelajar yang fakir miskin dan yang memerlukan wang saku.

Pelbagai usaha dan cara beliau lakukan untuk membantu pelajar-pelajarnya. Peristiwa minum kopi antara usahanya dan isteri untuk pelajar-pelajar miskin yang dilihat tidak ke kantin sekolah sewaktu rehat tetapi sebaliknya duduk berbual-bual di belakang sekolah untuk melepaskan masa sebelum baik semula untuk menyambung pelajaran selepas rehat. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin. Apabila guru menunjukkan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajarnya dengan perbuatan dan kata-kata yang menyentuh perasaan mereka, maka mudahlah guru membentuk perangai, sikap dan menanamkan nilai-nilai murni yang hendak disampaikan.Bagi beliau, profesion keguruan profesion yang mulia. Guru yang berintegriti ialah guru yang sentiasa menjadikan dirinya contoh yang terbaik, sebagai suri teladan yang menjadi ikutan kepada pelajar-pelajarnya juga kepada masyarakat keseluruhannya. Dia mesti memastikan dirinya memiliki nilai-nilai integriti, etika, jujur, ikhlas dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Seperti lilin yang menerangi sekeliling dengan membakar dirinya sendiri, begitulah pengorbanan guru yang inginkan agar murid-muridnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada dirinya sendiri.2.2 HJ. JAMIAN BIN HJ. JAAFARHj. Jamian bin Hj. Jaafar merupakan guru siswazah lulusan Universiti Malaya dan telah berkhidmat selama lebih kurang 32 tahun. Penempatan pertamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar DiRaja Muar, Johor.

2.2.1 Tabah dan sabar

Beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran setelah lapan tahun berkhimat tanpa apa-apa elaun memangku atau elaun tanggungan kerja. Walaupun jarak sekolah dengan rumah kediaman sejauh 65 km, ini tidak mematahkan semangatnya malah mengajarnya tentang keinsafan hidup apabila melihat kepayahan pelajar-pelajarnya untuk menuntut ilmu ke sekolah dalam keadaan kemiskinan dan kedaifan.2.2.2 Bersemangat waja dan positif terhadap tugasBeliau memulakan azam dan tekad untuk mengubah pencapaian SPM di sekolahnya kepada pencapaian 70% walaupun sekolah tersebut bergred C. Beliau mula merancang program dan menggembleng tenaga bersama ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan sekolah jiran serta masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti. Beliau telah mendapat kerjasama yang baik daripada para pelajar, guru dan ibu bapa yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti masing-masing dengan penuh iltizam dan kerjasama yang padu.Peranan sebagai ketua sangat penting dalam mengubah sesuatu demi mencapai kecemerlangan sekolah. Beliau membentuk kerja berpasukan yang padu dan kuat dalam melaksanakan segala program yang dirancang dengan sifat-sifat hikmah, sabar dan kasih sayang. Apabila ketua mempunyai ilmu dan keyakinan yang tinggi, ia menjadi faktor yang kuat untuk mengajak semua anak buah dan masyarakat sokongan memberikan kerjasama. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak jika melihat ketuanya sendiri yang membuat program dan sama-sama turun padang memainkan peranan secara langsung.2.2.3 Berani

Beliau berani membentuk imej baru sekolah dengan mengubah nama sekolah, logo dan motto yang baru yang boleh meningkatkan motivasi dan semangat bekerja dan belajar. Beliau telah memperkemaskan sistem pengurusan dengan lebih dinamik, mengubah nama blok bangunan, kawasan, kelas, bilik khas dengan nama-nama yang lebih menarik dan bernilai. Ini menambahan lagi persaingan yang sihat untuk belajar dalam kalangan pelajar antara kelas. Beliau telah merancang program motivasi dan aktiviti kembara yang melibatkan tenaga pakar dalam pengendalian sesi motivasi. Malah beliau sendiri sama-sama bertungkus lumus sepanjang aktiviti itu dijalankan sehingga sanggup tidur di pejabat dengan bertemankan anak dan isterinya. Apa yang penting objektif program ini untuk menanamkan nilai-nilai integriti, kemantapan emosi dan kecerdasan intelektual kerana faktor-faktor inilah akan membawa kejayaan kepada pelajar-pelajarnya.2.2.4 Bekerja dengan ikhlas

Beliau bekerja dengan ikhlas, tanggungjawab dan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah dan sangat mengharapkan keredhaan-Nya. Perkara tunjang yang dipegang dan dihayati ialah nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama seperti ikhlas, jujur, disiplin, baik sangka, hormat, kasih sayang, adil, benar, amanah, janji dan kerjasama. Ini kerana kesemua ini merupakan nilai penting yang menjanakan cita-cita untuk pembaharuan, kemajuan, kecemerlangan dan kegemilangan dengan izin Allah.

2.3 DATUK MARY YAP KAIN CHING

Beliau bertugas di SMK Tawau setelah memperoleh Ijazah Sarjana dari Universiti Leeds, United Kingdom. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu iaitu YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk menubuhkan program khas untuk pemimpin sekolah agar membawa impak yang positif kepada perubahan pengurusan sekolah yang tercicir. Beliau telah menubuhkan Program Latihan Kepimpinan Super (PLKS) dengan ilham Dato Seri sebagai program untuk memperlengkap pengetua yang sedang berkhidmat dengan potensi besar untuk maju. Objektifnya memberi bimbingan dari aspek kepimpinan dan profesional agar mereka mampu mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi.Menilai secara jujur sejauh mana kedudukan mereka sebagai pengetua dengan tujuan mempertingkatkan lagi stail atai hierarki aras kepimpinan masing-masing. Kejayaan kita bersama, kejayaan guru-guru kita.

Keberanian untuk menghadapi perkara yang sebenar untuk melakukan dengan perubahan dan peningkatan diri merupakan satu kualiti yang berkaitan dengan amalan integriti dalam kepimpinan. Bekerjasama dengan sikap merendahkan diri untuk menambahkan ilmu.

2.3.1 Berani kerana benar, takut kerana salahBeliau ditempatkan di sekolah Menengah Vokasional Tawau yang merupakan antara seolah paling tercicir dan terpinggir di Malaysia selain berdepan dengan masalah disiplin, pengurusan sekolah yang dianggap serius, serta pencapaian akademik yang sangat menyedihkan. Beliau telah diugut bunuh oleh seorang kontraktor yang tidak berpuashati terhadapnya kerana menghentikan pembayaran. Tindakan ini dilakukan oleh beliau atas arahan Jabatan Pendidikan Teknikal yang berjaya mengesan syarikatnya terbabit dalam kes rasuah di sekolah. Namun kerana berani, beliau berjaya mempertahankan integriti Kementerian Pendidikan Malaysia. Kisah ini merupakan contoh seorang pendidk yang berusaha melaksanakan tugasnya dengan sebaik dan sejujur mungkin dengan mengamalkan nilai integriti.

Kecemerlangan seolah bermula dengan kehadiran pemimpin yang mempunyai integriti, imperatif moral dan komitmen yang tinggi serti tidak mudah mengalah ketika berhadapan dengan cabaran atau masalah.

2.3.2 Amanah dan tanggungjawab

Beliau telah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya untuk melahirkan lebih ramai calon yang berpotensi sebagai Pengetua Cemerlang dengan tujuan meningkatkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan sekolah keseluruhannya melalui Program PLKS yang dipimpinnya. Malah usaha ini telah diteruskan bagi membina integriti dalam keberkesanan diri kepada bakal pengetua, pengetua baharu dan pengetua sebagai pemimpin sekolah dan seterusnya membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing.2.4 TENGKU AZUAN BT. TENGKU MOHAMED

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru lepasan universiti di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu Kelantan pada tahun 1976 sehinggalah beliau bertugas sebagai pentadbir apabila dilantik sebagai Guru Penolong Kanan 1 pada tahun 1988 dan memulakan kerjaya sebagai pengetua pada tahun 1993 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Selangor. Beliau sangat mementingkan budaya dan ciri-ciri Sekolah Berkesan dan berwawasan. Bagi beliau, sekiranya ciri-ciri itu tidak dilaksanakan dengan penuh amanah dan keikhlasan, Sekolah Berkesan tidak akan dapat dilaksanakan.2.4.1 Berwibawa dalam pengajaran dan pembelajaranBeliau telah mengadakan program Headcount iaitu menentukan bilangan pelajar yang akan mendapat keputusan cemerlang, tahap pencapaian pelajar, kenal pasti potensi pelajar dan program-program ke arah merealisasikan potensi pelajar. Pasca nilai peperiksaan dibuat secara terperinci dan mendalam untuk setiap peperiksaan dan ujian dan perbandingan dengan tahun yang lepas dan sekolah-sekolah yang terbaik. Semakan buku latihan pelajar juga diadakan secara terancang. Selain itu, public speaking juga diadakan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Maka, tidak hairanlah hasilnya guru-guru dan pelajar lebih berkeyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga melakukan pemantauan pengajaran dan pembelajaran yang terancang. Pencerapan klinikal dilakukan dan guru dipanggil bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan seterusnya dapat membaiki kelemahan mereka. Buku rekod mengajar dan buku latihan pelajar disemak secara terancang dan berkala supaya kerja dan latihan dapat mencapai sasaran mata pelajaran. Mereka yang bermasalah akan dipanggil bagi mengetahui punca masalah dan diberi motivasi supaya mereka bekerja dengan ikhlas tanpa rasa takut. Gaya kepimpinan yang menitikberatkan perhubungan kemanusiaan menyebabkan guru dan pelajar berani menyuarakan pendapat dan masalah pada bila-bila masa.2.4.2 Bermatlamat dan mencapainya

Beliau menanamkan satu budaya yang positif kepada semua warga sekolah agar menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya dalam masa yang telah ditetapkan. Contohnya ada matlamat mingguan dan mereka akan bekerja ke arah mencapai matlamat yang telah mereka tetapkan. Setiap kali perhimpunan mingguan, dua orang pelajar akan diminta menyatakan apakah GOALS mereka untuk minggu itu. Oleh itu, semua warga sekolah akan menetapkan matlamat mingguan masing-masing dan akhirnya kejayaan demi kejayaan akan mereka perolehi.2.4.3 Menghargai

Penghargaan diberikan kepada guru, staf sokongan dan pelajar Guru-guru yang mencapai tempat terbaik dalam subjek dan dalam kegiatan kokurikulum, Guru Paling Dedikasi, Guru Paling Kreatif, Guru Paling Inovatif dan sebagainya. Begitu juga dengan staf sokongan yang telah lama berkhidmat, Staf Paling Dedikasi, Mesra Pelanggan dan Staf Harapan dan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang. Nama pemenang akan diumum dalam perhimpunan khas dan gambar mereka akan dipamerkan di Galeri Gemilang sekolah. Mereka juga akan diberi peluang untuk makan di luar dan akan dirai dalam satu majlis Hi-Tea bersama keluarga. Oleh itu, mereka akan berlumba-lumba dan bersaing untuk mendapatkan penghargaan dan pengiktirafan ini kerana mereka akan dirai dalam suasana yang sangat mengujakan.2.4.4 Pandai menjaga hatiBeliau sangat pandai menjaga hati warga sekolah, PIBG, badan-badan korporat, Alumni, guru-guru ibu bapa dan pelajar. Baginya tugas seorang pengetua akan menjadi lebih senang dan mendapat sokongan semua pihak dan seterusnya sekolah akan mencapai kecemerlangan. Hasilnya mereka dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kemudahan prasarana sekolah seperti surau, pagar, Taman Sains, Pondok Ilmu, Sudut Mac Donald dan sebagainya.

Oleh kerana beliau mempunyai kepimpinan yang profesional, mempunyai wawasan dan matlamat bersama, mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengajaran bermatlamat, ada penghargaan yang tinggi, amalan pengukuhan positif, pemantauan kemajuan sekolah, memberi hak dan tanggungjawab kepada pelajar, wujudnya perkongsian rumah dengan sekolah dan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran, maka ciri-ciri Sekolah Berkesan dapat dilaksanakan.2.5 HAJAH KHUZAIMAH BT. SULAIMAN

Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru Pendidikan Islam setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1 Jun 1976 di Sekolah Batu Kikir, Johor Bahru. Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 31 tahun dalam bidang pendidikan. Apa yang menarik, beliau menjadikan pesanan ibunya pada malam sebelum beliau melapor diri ke sekolah sebagai pembinaan nilai integriti dalam kerjayanya. 2.5.1 Berintegriti, Jujur, Amanah dan bertanggungjawab

Beliau sentiasa berusaha menjadi seorang guru yang seratus peratus berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau akan memastikan setiap penerangan dan tunjuk cara dlam bentuk yang mudah untuk pelajarnya memahaminya.

Beliau juga tidak akan menolak setiap tugasan yang diberikan oleh kepimpinan sekolah dan akan mendapatkan, memahami dan menghayati kehendak setiap tugasan dengan penuh rasa tanggungjawab. Beliau juga akan memastikan akan menyiapkan tugasan yang diamanahkan tidak melepasi tarikh yang ditetapkan agar tidak menyusahkan orang lain dan menyebabkan kerja orang lain terjejas. Contohnya semua markah peperiksaan akan diserahkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

Beliau juga berusaha agar tidak menyalahgunakan apa-apa kemudahan yang terdapat di sekolah untuk kepentingan peribadinya.

2.5.2 Menepati masa dan berdisiplinBeliau merupakan orang yang terawal sampai ke sekolah kerana baginya, beliau dapat menikmati ketenangan fikiran dan perasaan untuk memulakan tugas. Oleh itu, persediaan yang sewajarnya dapat dilakukan sebelum memulakan kelas dengan tenang sekaligus dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Guru yang tidak masuk ke kelas mengikut jadual adalah seorang yang tidak berintegriti. Oleh itu, beliau akan masuk ke kelas tepat pada masanya. Ini kerana jika guru tidak masuk ke kelas tepat pada masanya, ia akan menjadi punca murid ponteng kelas kerana berpeluang untuk keluar dari kelas seterusnya ponteng sekolah. Pelbagai kejadian akan berlaku jika guru tidak ada di dalam kelas. Jika semua guru sentiasa masuk ke kelas tepat pada waktu sebagaimana yang dijadual untuknya, guru itu seorang yang tinggi integritinya kerana kesannya, banyak perkara yang tidak baik akan terhindar daripada berlaku di sekolah.Beliau juga sedaya upaya menyiapkan tugasan yang diamanahkan tidak melepasi tarikh yang ditetapkan supaya tidak tidak menyusahkan orang lain atau menyebabkan kerja-kerja orang lain terjejas. Ini menyebabkan rakan-rakan sejawat menghormatinya dan mudah mendapat kerjasama.

2.5.3 Pendekatan Kreatif, menghormati dan menyayangiBeliau berusaha mengenal dan mengingat nama setiap pelajar yang diajarnya. Dengan kebolehannya memanggil nama, pelajar tersebut akan terasa diri mereka penting di hadapannya. Oleh itu, pelajar akan sayang dan hormat kepadanya kerana terasa disayangi. Faktor memahami, menghormati dan menghargai antara satu sama lain adalah asas perhubungan berkesan antara dua hala. Pelajar akan patuh dan mendengar apa jua saranan dan tunjuk ajar guru. Dengan itu, tugas guru melaksana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan akhirnya akan meningkatkan mutu pembelajaran pelajar.2.5.4 Sumbangan idea kepada perubahan

Apabila beliau mempunyai idea yang baik yang boleh membawa perubahan kepada sekolah dan pelajarnya, beliau tidak akan menunggu sehingga ada mesyuarat guru sebaliknya beliau akan mencari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pengetua. Contohnya, idea beliau untuk mengumpul dana membina sebuah surau kecil bagi pelajar dan guru menunaikan solat Zuhur dan Asar apabila ada aktiviti di sebelah petang. Beliau juga mencadangkan agar kursus motivasi untuk murid, staf sokongan dan juga guru diadakan secara berasingan. Oleh itu, kursus yang dikelolakan beliau telah menjana perubahan pelajar di sekolah khususnya perubahan sikap kepada lebih positif dan berintegriti. Mereka lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan awam. Guru-guru juga lebih fokus pada misi dan visi sekolah.

2.5.5 Ada visi dan Matlamat yang Jelas Menjadi Guru

Matlamat beliau ada tiga peringkat, iaitu jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Sebagai orang yang beragama, matlamat jangka panjang tentulah untuk mendapat kesejahteraan di akhirat. Manakala matlamat sederhana beliau agar cemerlang pada tiap-tiap tahun sehingga pencen dan matlamat jangka pendek beliau untuk cemerlang pada setiap hari. Oleh itu, beliau akan lebih fokus untuk menghasilkan yang terbaik dan tentunya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

2.5.6 IkhlasBeliau tidak bersungut semasa melaksanakan tugas malah ikhlas menerimanya sebagai amanah dan tanggungjawab, bukan beban. Hal ini akan menyebabkan beliau berasa seronok dan gembira di tempat kerja. Baginya, jika beliau telah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya, beliau akan mendapat kepuasan yang sangat bermakna. Jika guru ikhlas mendidik pelajarnya, akan nampak penghayatan mereka terhadap apa yang diajarkannya.

2.5.7 Menjadi Teladan

Beliau akan berusaha untuk menunjukkan teladan yang baik dari segi penampilan, tingkahlaku, percakapan, pergaulan dan semua aspek kepada guru-guru dan pelajarnya.

2.5.8 Pembaharuan dan perubahan yang membawa kejayaan

Beliau telah mendapat kerjasama daripada guru-guru, staf sokongan dan pelajar-pelajarnya hasil usahanya membina budaya yang baik. Beliau telah mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang terdapat dalam organisasi (Analisis SWOT). Mereka telah mempertahan kekuatan, atasi kelemahan, ambil semua peluang yang ada dan menghadapi cabaran yang mendatang. Mereka bina visi dan misi sekolah yang baharu untuk difahami, dikongsi dan dihayati bersama oleh seluruh warga sekolah. Pelbagai program telah diatur dan dilaksanakan untuk mencapai visi. Hasilnya, perubahan demi perubahan telah berjaya melonjakkan nama sekolah di persada negara.2.6 DATU DR. HJ. ADI BADIOZAMAN TUAH

Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973 dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, U.K pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Beliau mula berkhidmat sebagai guru siswazah pada tahun 1974 di Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang di Miri.2.6.1 Bercita-cita tinggi sebagai pendidikDatu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah telah mula menanam rasa kecintaan terhadap dunia pendidikan dan pembangunan ilmu dan bercita-cita untuk menjadi guru setelah melihat kegigihan dan kesungguhan beberapa orang gurunya semasa beliau menjadi pelajar. Baginya profesion keguruan satu kemuliaan yang memerlukan pengorbanan dengan penuh keikhlasan dan komitmen pendidikan. Oleh itu, beliau telah bersedia menimba pengalaman dan mengisi khazanah ilmu pengetahuan sebagai seorang pendidik dan pensyarah. Beliau juga berusaha dengan pelbagai cara dan secara berterusan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Beliau ingin menyumbang idea dan buah fikiran bagi membantu pembangunan dan perkembangan pendidikan dan menabur kembali budi pendidikan demi kelangsungan hidup manusia yang lebih sejahtera. Baginya, menjadi pendidik merupakan satu nikmat pemberian Ilahi yang tidak ternilai makna dan harganya.2.6.2 Bijaksana dan kreatif

Beliau sangat meminati dunia kebahasaan dan kesusasteraan. Beliau telah mencadangkan agar peraduan penulisan diadakan di kalangan guru pada setiap tahun agar bakat dan kreativiti guru dalam bentuk tulisan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Melalui peraduan ini, ramai guru yang berbakat dalam bidang penulisan esei, puisi, cerpen dan drama telah mengambil bahagian secara aktif dan berjaya menghasilkan karya yang bermutu sekaligus menambahkan bilangan penulis di Bumi Kenyalang.

Beliau telah memulakan beberapa kegiatan kebudayaan dan kesenian sebagai aktiviti utama kegiatan kokurikulum murid di peringkat negeri dan kebangsaan. Kesimpulannya dengan mengamalkan nilai integriti seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana, setia, pegangan tegus, peribadi mulia, berwibawa, disegani dan dihormati, berfikiran terbuka, rasional dan toleransi, keeenam tokoh di dalam buku ini yang telah berjaya membawa sekolah mereka ke tahap kecemerlangan yang tinggi dari segi pencapaian akademik murid-murid atau yang telah mempamerkan kepimpinan unggul sehingga berjaya melahirkan sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang hasil daripada identiti dan integriti seseorang guru. Semua tokoh ini mempunyai integriti dan etika untuk bertanggungjawab atas segala tugas yang diberi tanpa pilih kasih dan sesungguhnya akan menjadi seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.Tugasan 2 :Perbincangan amalan kendiri akan nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas di sekolah.

Bincangkan bagaimana anda akan mengamalkan nilai-nilai integriti semasa melaksanakan tugasan anda di sekolah. Perbincangan anda hendaklah memberi contoh-contoh yang sesuai dengan amalan kerja anda di sekolah.Andai kata seorang doktor tersilap memberikan ubat kepada pesakitnya, implikasinya mungkin kepada seorang pesakit itu sahaja. Andai kata seorang pendidik tersilap menyampaikan ilmunya atau tersalah menunjukkan teladan yang mulis kepada pelajarnya, impaknya mungkin kepada seluruh generasi mendatang. Ini adalah kerana tugas guru adalah membentuk modal insan. Oleh itu, jika guru tidak berintegriti, kesannya boleh mengancam masa depan negara.Setelah saya membaca buku Jejak Guru Berintegriti ini, saya menyedari betapa pentingnya nilai integriti dalam profesion keguruan bagi membentuk modal insan yang berkualiti seterusnya melahirkan generasi yang terbilang untuk masa depan negara yang lebih cemerlang. Betapa nilai integriti yang diamalkan oleh tokoh-tokoh ini telah membawa kejayaan dalam pelbagai aspek di persada negara. Oleh itu, saya berazam untuk mengamalkan nilai integriti dengan lebih baik semasa melaksanakan tugasan sebagai guru di sekolah.

Amanah

Saya akan menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan sesuai dengan ikrar semasa saya dilantik menjadi seorang guru dan penjawat awam. Semasa masuk ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan pastikan saya menepati masa apabila masuk ke kelas. Ini sangat penting kerana saya akan memaksimumkan pengajaran dengan masa yang ditetapkan. Pelbagai kejadian yang tidak diingini akan berlaku jika guru tiada di kelas atau lambat masuk ke kelas. Masalah disiplin seperti pergaduhan yang menyebabkan kecederaan akan berlaku. Persepsi murid yang negatif terhadap guru juga akan berlaku. Saya tidak mahu kejadian yang tidak diingini ini berlaku. Apatah lagi saya mengajar murid-murid tahun satu yang sememangnya masih baru dalam alam persekolahan. Pelbagai tindakan akan dikenakan kepada guru terlibat jika murid mengalami kecederaan atau perkara-perkara yang tidak diingini dan akan melibatkan banyak pihak terutamanya ibu bapa. Saya akan memastikan perkara tersebut tidak berlaku kepada saya. Oleh itu, saya akan masuk ke kelas tepat pada masanya.

Saya akan membuat persediaan pengajaran dan bahan bantu mengajar sebelum masuk ke kelas agar objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai pada hari tersebut. Bagi saya, alangkah ruginya murid-murid hadir ke sekolah dengan susah payah dihantar oleh ibu bapa mereka yang rata-rata bukanlah daripada golongan orang senang, tetapi tidak mendapat ilmu dan kemahiran yang sepatutnya semasa berada di sekolah. Apatah lagi jika guru menjadi penyebabnya. Segala teknik dan kaedah pengajaran akan saya gunakan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Apabila objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai, rasa kepuasan akan timbul dalam diri saya kerana dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan pada hari tersebut.

Apabila ditugaskan menjawat sesuatu jawatan, saya akan lakukan dengan sebaik mungkin. Contohnya, di sekolah sekarang saya telah diamanahkan sebagai Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Oleh itu, saya akan memastikan tugas saya dilakukan dengan sempurna. Daripada penyediaan takwim sekolah, mesyuarat peperiksaan dan penggubalan item peperiksaan, motivasi kepada murid-murid sebelum menghadapi peperiksaan sehinggalah pencapaian murid dalam peperiksaan, saya akan bertanggungjawab. Apatah lagi, peperiksaan merupakan satu perkara yang amat penting bagi sesebuah sekolah bagi mengukur sejauh mana pencapaian murid-murid dalam menguasai isi pelajaran yang telah diajar oleh guru.Jujur

Saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan penjawat awam dengan jujur. Contohnya apabila saya dipertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu perkara dengan diberikan sejumlah wang sebagai kos sepanjang program, saya mestilah jujur dan menggunakannya dengan sebaik mungkin agar program yang dijalankan mencapai matlamatnya. Saya yakin, Allah Maha Tahu dan Melihat apa yang saya lakukan. Oleh itu, saya mestilah jujur menjalankan tanggungjawab tersebut.Begitu juga dengan peralatan atau barang-barang sekolah. Apa juga barangan dan peralatan sekolah, saya hanya gunakan untuk tugasan yang berkaitan dengan urusan sekolah sahaja sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran kelas atau urusan berkaitan murid. Contohnya kertas dan pencetak hanya digunakan untuk urusan pengajaran dan pembelajaran membuat bahan bantu mengajar dan urusan yang berkaitan sahaja.Benar

Adil

Bertanggungjawab

Telus

Cekap

bijaksana

RUJUKAN

Khuzaimah Sulaiman (2012).Serlahkan Aura Guru Super, Kuala Lumpur : Penerbit PTS

Professional Publishing Sdn Bhd Profesor Madya Dr. Lim Swee Tim. ( 2009 ).Jejak Guru Berintegriti Integriti Memperkasa..Kuala

Lumpur. Institut Integriti Malaysia

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_01/Terap-budaya-integriti-dalam-P&Phttp://smkpahikk.blogspot.com/2014/11/integriti-guru-dalam-pendidikan.htmlhttp://gurukaliber.blogspot.com/http://kasturinusi.blogspot.com/2012/05/nilai-nilai-bitara.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti