tugasan 1

3
Tugasan 1 Berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran KBSR pilih satu Kemahiran matematik dan jelaskan. Apa yang anda faham dengan Pengajaran Mikro dan Makro.Muat turunkan satu rancangan pengajaran yang sesuai untuk bahan tersebut dan downloadkan bahan-bahan tersebut dan serahkan satu salinan kepada pensyarah masing-masing pada intersksi ke 2 dan juga simpan bahan-bahan tersebut dalam folio masing Kemahiran Asas Matematik Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang dan selesa. Salah satu kemahiran Matematik ialah kemahiran Pranombor. Secara ringkasnya, kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling awal diperkenalkan sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran pranombor ini melibatkan: a) Pengkelasan - Murid mempelajari kemahiran mengkelas sesuatu bahan konkrit dan semi konkrit mengikut ciri-ciri padanya seperti saiz, warna dan sebagainya. - Kemahiran ini membantu murid membezakan sesuatu benda dan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik. b) Turutan/serasi - Murid didedahkan dengan kemahiran menagtur objek-objek mengikut saiz kecil,besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.

Upload: rizal-abdullah

Post on 29-Jul-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1

Tugasan 1

Berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran KBSR pilih satu Kemahiran matematik dan

jelaskan. Apa yang anda faham dengan Pengajaran Mikro dan Makro.Muat turunkan satu

rancangan pengajaran yang sesuai untuk  bahan tersebut dan downloadkan bahan-bahan

tersebut dan serahkan satu salinan kepada pensyarah masing-masing pada intersksi ke 2 dan

juga simpan bahan-bahan tersebut dalam folio masing

Kemahiran Asas Matematik

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi

seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan.

Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk

menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu,

menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang

bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan

kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang

dan selesa.

  Salah satu kemahiran Matematik ialah kemahiran Pranombor. Secara ringkasnya,

kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling awal diperkenalkan sebelum memperkenalkan

murid dengan konsep nombor.

Kemahiran pranombor ini melibatkan:

a) Pengkelasan

- Murid mempelajari kemahiran mengkelas sesuatu bahan konkrit dan semi konkrit

mengikut ciri-ciri padanya seperti saiz, warna dan sebagainya.

- Kemahiran ini membantu murid membezakan sesuatu benda dan membantu murid

membezakan nombor dan simbol-simbol matematik.

b) Turutan/serasi

- Murid didedahkan dengan kemahiran menagtur objek-objek mengikut saiz

kecil,besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.

- Kemahiran ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan

objek yang lain

c) Perbandingan kuantiti

- Kemahiran ini membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu

banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang.

- Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :

Page 2: Tugasan 1

Mengasingkan nombor

Mewarnakan kumpulan

Menamakan kumpulan

d) Konservasi

- Dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam

kalangan murid.

- Untuk memastikan ilmu ini telah dikuasai, aktiviti pengukuhan perlu dijalankan

secara berterusan.

Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran dalam masa di antara 5 hingga 15 minit

untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajarn bagi sekumpulan pelajar, biasanya terdiri di antara

5 hingga 10 orang sahaja.

Tujuannya adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di ----------------- bilik darjah.

Tugasan 2

Diatas disertakan satu pendekatan pembelajaran induksi dan deduksi, Setelah anda melihat dan mengkaji pendekatan Induksi dan deduksi pilih satu pendekatan yang anda pilih bincangkan kelebihan dan kekurangan pendekatan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang anda pilih dan muaturunkan pendapat anda dan downloadkan bahan-bahan tersebuat dan serahkan kepada pensyarah masing-masing pada interaksi ke3 dan juga simpan bahan tersebut dalam folio masing-masing.