transkrip guru cemerlang 1

Upload: miftahulasrar

Post on 18-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

transkrip

TRANSCRIPT

Transcribe Guru Cemerlang 1PersonalTranscribe

PenemudugaAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada Puan Rosnah, terima kasih kerana sudi datang dalam sesi temuduga saya pada hari ini. Ok, pertama sekali saya ingin memberitahu tentang tujuan temuduga ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana pengaruh guru cemerlang terhadap peningkatan prestasi pelajar. Ok, baiklah saya ajukan soalan saya yang pertama, boleh tak cikgu terangkan diri cikgu dari aspek umur, asal, akademik, opsyen, pengalaman mengajar dan juga pengalaman mengajar sebagai guru cemerlang.

Guru CemerlangWaalaikummussalam, nama saya cikgu Rosnah binti Hashim, berumur 49 tahun, berasal daripada negeri Perlis dan saya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan opsyen adalah pendidikan seni. Pengalaman mengajar adalah selama 25 tahun dan pengalaman mengajar sebagai guru cemerlang adalah dalam 2 tahun.

PenemudugaOklah, terima kasih kepada cikgu. Soalan saya yang seterusnya apakah faktor yang mendorong seorang guru untuk menjadi seorang guru cemerlang?

Guru CemerlangSebenarnya banyak faktor yang mendorong guru itu menjadi guru cemerlang, di antaranya, saya nak kongsikan di sini dua sahaja iaitu yang pertama yang paling penting sekali ialah ingin melihat kerjaya.aa..kerjaya..kejayaan anak-anak didik, maksudnya bila kita mengajar kita nak melihat mereka mencapai kejayaan yang baik, dan faktor yang kedua ialah kerana kita nakkan profesionalisme perguruan, untuk menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang.

PenemudugaOk, bagus sangat. Soalan saya yang seterusnya berkaitan dengan ciri-ciri atau kriteria yang ditetapkan untuk menjadi seorang guru cemerlang?

Guru CemerlangUntuk menjadi guru yang cemerlang, faktor yang utama adalah kemahuan guru itu terhadap pelajaran yang diajar maksudnya seorang guru cemerlang itu kalau dia berpengetahuan luas dia akan lebih mudahlah untuk menjadi guru cemerlang dan guru cemerlang ini..aaa,.ciri-ciri yang ditetapkan untuk menjadi guru cemerlang ini sepatutnya adalah cemerlang dalam subjek yang diajar dan berlaku peningkatan, berlaku peningkatan aa...prestasi pelajar-pelajar mengikut tahun yang diajar.

PenemudugaOk, soalan saya yang seterusnya, boleh tak cikgu terangkan persediaan P&P yang dijalankan sebagai guru cemerlang.

Guru CemerlangSebagai guru cemerlang ini, persediaan P&P kita buat mengikut kesesuaian pelajar. Kalau pelajar daripada kelas yang awal kelas atau yang lebih pandai, aa.. pengajaran dia adalah lebih tinggi sebab pelajar pandai ini dia lebih mudah memahami apa kehendak guru dan bagi pelajar-pelajar yang kelas aa... hujung sikit, kita memerlukan kemahiran-kemahiran yang membolehkan pelajar-pelajar ni aa... faham apa yang kita ajar dan P&P berjalan terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua kelas awal dan kelas hujung aa...aras tinggi dan aras rendah.

PenemudugaOk, soalan saya seterusnya, bagaimanakah tahap pengetahuan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru cemerlang?

Guru CemerlangSebenarnya guru cemerlang ni dia bukan cemerlang dari semua subjeklah, tapi cemerlang dari subjek yang diajar, contonhnya kalau macam saya, aa...guru cemerlang pendidikan seni visual, dan tahap pengetahuan yang sepatutnya dimiliki oleh guru cemerlang ini adalah tahap yang yang tinggilah, supaya dia boleh, boleh menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang sebab kalau tahap pengetahuan dia rendah aa...susah sikit untuk dia mencemerlangkan pelajar-pelajar.

PenemudugaOk, baiklah Puan Rosnah, soalan saya seterusnya, adakah latihan dan kursus berkaitan yang dapat membantu untuk meningkatkan pengetahuan guru cemerlang seperti latihan, kursus yang diadakan diluarka?

Guru CemerlangLatihan tu memang perlu adalah, latihan ataupun bengkel yang berkaitan dengan mata pelajaran yang kita ajar tu, contohnya kalau macam kita mengajar pendidikan seni, latihan-latihan dan bengkel yang berkaitan mata pelajaran itu kita perlu ada, kalau boleh dia memang bukan sekali dalam sepuluh tahun begitulah, dia memang kena ada dalam setiap tahun supaya dapat membaiki kelemahan-kelamahan yang sedia ada dan juga seterusnya dia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajar..aa.. untuk ...aa..pelajar dia menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan awam.

PenemudugaAdakah kursus yang berkaitan dengan mata pelajaran itu berjaya meningkatkan kualiti peningkatan guru cemerlang seterusnya meningkatkan prestasi pelajar?

Guru cemerlangYa.kursus yang berkaitan dengan mata pelajaran ini memang sangat membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar. Memang sangat membantu.

PenemudugaSoalan saya yang seterusnya cikgu, apakah kemahiran yang diberikan sebagai guru cemerlang dari aspek gaya pengajaran atau cara pengajaran, kawalan kelas, penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

Guru Cemerlang Kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru cemerlang ini sebenarnya dia ada banyaklah, ada guru yang menggunakan ketegasan untuk ..aa.. pengawalan kelas dan sebagainyalah, ada guru juga menggunakan kelembutan. aa..tapi semua kemahiran-kemahiran yang digunakan ini adalah kena sesuai dengan pelajar, kena sesuai dengan keadaan pelajarlah. Contohnya, pelajar-pelajar yang lemah pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang sangat aa...tahap disiplin yang sangat teruk, jadi pengawalan kelas mestilah dilakukan dengan cara yang keras kecuali kalau guru itu mengajar juga dalam kelas yang lemah tapi tidak tegas, maknyanya tidak boleh dia mengajar tidak boleh meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya, dan penggunaan ABM mesti kena sesuai dengan tahap umur pelajar.

PenemudugaOo..ya..dan soalan paling penting, apakah teknik, kaedah dan juga pendekatan yang digunakan dalam P&P untuk mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar?

Guru CemerlangPendekatan yang paling penting sekali untuk mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar ini adalah aa..bagi saya aa... kita menggunakan aa..cara yang tegas, cara yang tegas..aa..supaya..pelajar-pelajar tadi akan ingat, akan ingat dan dia tidak bermain-main sewaktu P&P berlaku, sentiasa fokus dan aa..tetapi ketegasan tu bukan setiap kalilah, bukan setiap kali, mula-mula mesti kita akan tegaskan tentang kepentingan dia, tentang disiplin dia, selepas tu barulah..aa setelah mereka masuk kelas dalam dua bulan begitu, kita akan boleh sudah tidak menggunakan ketegasan yang..yang..yang apa kita panggil yang kuatlah. Ketegasan ini sebenarnya kalau saya, kalau diperhatikan keberkesanannya pada pelajar-pelajar ini, waktu kita tegas pelajar tidak bermain takut nak bermain sewaktu guru sedang mengajar tapi sekiranya guru aa.. tidak mengajar, guru tidak mengajar, guru membuat aktiviti, pelajar boleh bermesra dengan guru dan bermesra dengan pelajar-pelajar lain tapi waktu P&P pelajar tidak dibenarkan bermain-main.

PenemudugaItu cara dari cikgulah, baiklah, soalan saya yang seterusnya, terangkan tentang prestasi pelajar sepanjang cikgu berkhidmat sebagai guru cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti.

Guru Cemerlang Aaa..prestasi pelajar sepanjang berkhidmat sebagai guru berlaku peningkatan dan memang peningkatan untuk PSV ini sebenarnya memang 100 percent, cuma kita sekarang nak supaya pelajar-pelajar itu dari segi kualiti dia bertambah baiklah. Kita tidak mahu hanya kuantiti 100 percent tapi masih lagi, percent dia tu masih lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh kementerianlah dan sepanjang berkhdimat sebagai guru cemerlang dalam masa dua tahun ini kita sukar sikit nak menilai sebab baru dua tahun, tapi kalau dari segi sebelumnya sudah berlaku peningkatan daripada dua orang pelajar pada tahun 2007 kemudian 2008 ada 4 0rang yang dapat A, 2007 ada 2 orang yang dapat A dan 2009 ada 5 orang, 2010 5 orang dapat A lah, A+ dan juga A dan pada tahun 2011 ada 20 orang, aa...20 orang, memang berlaku peningkatan apabila guru mengenal pasti masalah pelajar dan guru berusaha untuk membantu mereka supaya mereka lebih berusaha mencapai kejayaan.

PenemudugaSoalan seterusnya, apakah sumbangan guru, cikgulah maksudnya, sepanjang berkhidmat sebagai guru cemerlang?

Guru CemerlangSumbangan guru terhadap sekolah ini sebenarnya kalau kita pandang dari segi zahirlah memang kita tidak nampaklah tapi kita tidak tahu macam mana cakap sumbangan ni kita sumbangkan tenaga dan usahalah sebenarnya sumbangan kita ni tenaga dan usaha kita ni adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar sahaja, kita tak buat aa..kita tak lakukan sebab orang kata macam hanya ambil lewa ataupun melepaskan batok di tangga sebab bila kita nak jadi guru cemerlang memang kita mesti buat, mesti buat supaya murid cemerlang guru akan cemerlang dan sebenarnya banyak juga yang kita fikirkan tentang guru cemerlang ni dari aspek lain tapi sebenarnya yang cemerlang ni guru cemerlang ni sebenarnya dia mesti pelajar cemerlang, baru guru tu dikatakan cemerlang sebab kalau guru dikatakan cemerlang tapi pelajar tidak cemerlang macam mana kita nak nilai guru itu.

PenemudugaOk, seterusnya soalan saya yang terakhir, adakah anugerah yang diterima sepanjang cikgu berkhidmat sebagai guru cemerlang?

Guru CemerlangAnugerah-anugerah semasa berkhidmat sebagai seorang guru aa..saya senarai dua sahaja di sini, aa... satu anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2006, anugerah perkhidmatan APC tu pada tahun 2006 dan baru-baru ini dapat anugerah Guru bestari 2012 di sekolahlah bukan daripada kementerian atau daripada jabatan, aa... itu sahaja yang saya sebenarnya dapat anugerah.

PenemudugaOklah cikgu, memang dari segi apa yang saya lihat memang guru cemerlang ini seorang yang begitu bekerja keraslah dalam memajukan dan meningkatkan prestasi pelajar dan memang sangat bekerja keras.

Guru CemerlangMemang kena bekerja keras, sebab kalau kita tidak bekerja keras kita tidak akan dapat hasil, kita tidak akan dapat hasil dan sebagai guru cemerlang juga kita bukan berhenti sampai kita dapat title itu, kita tidak boleh berhenti bila dapat sudah title tu kita tak boleh berhenti kita kena teruskan lagi usaha kita untuk melihat pelajar-pelajar kita daripada sekolah, dari tingkatan 1 kita sudah nampak dia, sampailah tingkatan 5, kemudian tingkatan 6 dan seterusnya masuk universiti dan guru itu akan merasa dirinya cemerlang sekiranya pelajar-pelajarnya berjaya dan masuk ke universiti.

PenemudugaOk, baiklah cikgu terima kasih saya ucapkan, atas kesudian cikgu bekerja sama dalam sesi temuramah ini. Di sini saya ingin memberikan cikgu sedikit cenderahati daripada saya, terima kasih cikgu.

Guru CemerlangYa. Terima kasih.

7