panduan memohon guru cemerlang

14
1 | dhak Panduan Memohon Guru Cemerlang Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan- rakan guru. Saya namakan ini sebagai: Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Kita kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang. 1. Fahami Jawatan Guru Cemerlang Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model , sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! P/S: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!"

Upload: ministry-of-education-malaysia

Post on 12-Apr-2017

1.010 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Memohon Guru Cemerlang

1 | d h a k

Panduan Memohon Guru Cemerlang

Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-

rakan guru. Saya namakan ini sebagai:

Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Kita

kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum

anda memohon Guru Cemerlang.

1. Fahami Jawatan Guru Cemerlang

Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai

jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah

guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum,

pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!.

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru

yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di

dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model,

sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing

meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek

kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang

HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah

sumbangan anda pada subjek kepakaran anda!

P/S:

Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan

wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada

sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!"

Page 2: Panduan Memohon Guru Cemerlang

2 | d h a k

2. Pilih Subjek Kepakaran Dengan Tepat

Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa

membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu

mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan

markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian.

Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang

lebih tepat dan sesuai untuk anda.

Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi

pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih

subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan.

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar

sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-

pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan

major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3

tahun dan ke atas.

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan

keputusan yang mengecewakan.

Page 3: Panduan Memohon Guru Cemerlang

3 | d h a k

3. Isi Borang Permohonan Dengan Betul Dan Lengkap

Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat.

Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan

menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang

sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:

a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)

b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)

c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan

harta)

d) LNPT (3 tahun berturut-turut)

e) Esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri

anda)

f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan

anda dalam Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam

borang permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang

anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..

Page 4: Panduan Memohon Guru Cemerlang

4 | d h a k

4. Fokus kepada subjek yang dipohon

Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran

yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang

pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu.

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah,

nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar)

bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/

sumbangan yang boleh anda masukkan:

a) Ketua Panitia

b) Guru Kelas Tambahan

c) Guru Kelab / Persatuan (Subjek/Bidang Kepakaran)

d) Penceramah

e) Pemeriksa Kertas Soalan

f) Penyelaras Kem (Subjek/Bidang Kepakaran)

Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda.

Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun

jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali

lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda

dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!

Page 5: Panduan Memohon Guru Cemerlang

5 | d h a k

5. Bahagikan tugas mengikut bidang

Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang

bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas

tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang

Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:

2010 - Akademik - Penyelaras Kem TMK SPM

2010 - Akademik - Penyelaras TMK Tingkatan 4 & 5

2010 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 5

2010 - KoK – Guru Penasihat Rumah Sukan

2011 - Akademik - Ketua Panitia TMK

2011 - Akademik - Penceramah Bengkel TMK Daerah

2011 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 5

2011 - KoK - Guru Penasihat Rumah Sukan

2012 - Akademik - Ketua Panitia TMK

2012 - Akademik - Penyelaras TMK Tingkatan 5

2012 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 5

2012 - KoK - Guru Penasihat Rumah Sukan

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang

Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai

borang anda, tidak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua

adalah lebih cerah!

Page 6: Panduan Memohon Guru Cemerlang

6 | d h a k

6. Kumpulkan bahan

Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan

mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. KUMPULKAN

semua senarai tugas anda, inovasi, BBM, kajian tindakan, penulisan dan

pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan

borang permohonan dengan lengkap.

***

Jika anda tidak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, bolehlah rujuk

semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula. Borang LNPT yang

diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala

maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun

sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu.

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan,

sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam

mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.

Page 7: Panduan Memohon Guru Cemerlang

7 | d h a k

Page 8: Panduan Memohon Guru Cemerlang

8 | d h a k

Page 9: Panduan Memohon Guru Cemerlang

9 | d h a k

7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi

DUA perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon

Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak

mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru

yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam

pendidikan di Malaysia!

KAJIAN TINDAKAN adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p

yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau

teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam

pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa

yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya.

Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Page 10: Panduan Memohon Guru Cemerlang

10 | d h a k

INOVASI pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan

memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam

bentuk alat bantu mengajar, teknik atau kaedah mengajar dan borang

pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan

animasi.

a. http://ictdhak.blogspot.my/

b. https://www.facebook.com/ITech2U/

Page 11: Panduan Memohon Guru Cemerlang

11 | d h a k

c.https://www.facebook.com/Program-ICTL-Tingkatan-1-dan-2-Smkdpk-

238954009591359/

8. Tonjolkan Kelebihan Diri

Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua

bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek

kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti,

masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing.

Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda.

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti

sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang

permohonan anda pada bahagian yang betul.

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan

diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat

digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.

Page 12: Panduan Memohon Guru Cemerlang

12 | d h a k

9. Tanya Guru Yang Berpengalaman

Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah

memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada

mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada

sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk

mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak

akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!

10. Sedia Untuk Berdepan Dengan Haters

Yang ini tidak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips

saya. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang

kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?..

Jadi, sentiasalah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan

oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-

cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan

segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti Akan Terganggu Kan? Rasa Kurang Motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Anggaplah mereka

sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Sudah habis bunyi,

pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita

buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang

kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan

dari Yang Maha Kuasa.

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan

lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan

kerenah para haters! Ader ku kesah?

Page 13: Panduan Memohon Guru Cemerlang

13 | d h a k

11. Motivasi Diri Yang Betul

Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru

Cemerlang ini bukanlah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit

dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk

memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya,

menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat

mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu

dengan orang ramai.

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan!

Sekurang-kurangnya tidaklah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau

permohonan kita tidak berjaya nanti…

SKOR MARKAH MENGIKUT KRITERIA

Page 14: Panduan Memohon Guru Cemerlang

14 | d h a k