topik 4 : aturan keselamatan kerja

41
Penggerak Kemajuan Negara © 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara. Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja 1

Upload: others

Post on 11-Dec-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

Penggerak Kemajuan Negara

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

1

Page 2: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mengenalpasti aktiviti-aktiviti kerja dan menjelaskanaturan keselamatan pada setiap aktiviti.

Memastikan aktiviti dijalankan mengikut kehendakperundangan dan prosidur TNB.

2

Page 3: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

ISI KANDUNGAN

1) Sesi toolbox talk.

2) Aturan keselamatan :

7. Keselamatan lalulintas di premis TNB.

8. Keselamatan bekerja di jalan raya.

9. Keselamatan pengendalian gas.

10. Keselamatan kerja-kerja khas.

11. Keselamatan di tapak projek.

12. Pengendalian manual.

13. Pengendalian bahan kimia.

1. Keselamatan elektrik.

2. Kebakaran.

3. Ruang terkurung.

4. Penggunaan mesin angkat.

5. Perancah.

6. Pengendalian bahan buangan.

3) Kekemasan di tempat kerja.

3

Page 4: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

SESI TAKLIMAT KESELAMATAN (TOOLBOX TALK)

Maklumat penting dalam sesi ToolBox

Talk :

1) Taklimat skop kerja.

2) Menerangkan prosidur/kaedah kerja.

3) Menerangkan hazard, risiko dan carakawalannya dengan menggunakan HIRARC.

4) Keperluan dan kehendak dalam Permit Kerja.

5) Isu-isu semasa (pengajaran daripadakemalangan dan ketidakpatuhan).

6) Keperluan dan Pemeriksaan PPE.

7) Bacaan doa.

4

Page 5: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

KESELAMATAN ELEKTRIK

Amalan Kerja Selamat :

Memastikan kelegaan selamat atau “safety clearance” iaitu jarak

minima selamat apabila bekerja dengan pepasangan elektrik

voltan tinggi.

Kelegaan selamat atau “safety clearance” :

Kadar Voltan Jarak SelamatPeraturan-peraturan

Elektrik 1994

Voltan Rendah 415VMelebihi 2.74 meter menegak

Melebihi 2.14 meter melintangPeraturan 42 (c)

Voltan tinggi/ Voltan amat

tinggi, 11KV dan ke atasMelebihi 4.57 meter dari pengalir Peraturan 43 (i)

5

Page 6: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Peraturan 43(j) - talian aerial dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi :Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran sah daripada pemunya , pengurusan, pemeganglesen atau pihak berkuasa bekalan pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,

mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dalam jarak 4.57 meter daripada konduktor.

Aktiviti Di Bawah Talian Voltan Tinggi :

6

20 m

4.57m

4.57m

20 mZon selamat

Zon

selamat

bekerja

Zon selamat

CONTOH KESELAMATAN ELEKTRIK – VOLTAN TINGGI

Page 7: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Permit menjalankan kerja

Toolbox Talk

Kunci non-standard lock, notis dan hadang

Bumikan

Buktikan litar mati

Kunci non-standard lock & notis

Asingkan bekalan

Matikan bekalan

7

Keselamatan Elektrik – 8 Rukun

Peraturan 18 – Peraturan

elektrik 1994

Peraturan 112 (3) dan (4),

Peraturan 38 (3) & Peraturan

21 (1)

Peraturan 113

Peraturan 20

Page 8: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.8

Keselamatan Elektrik

Buktikan mati untuk sistem 415V & 11/33kV :

Multimeter Phasing Stick

Page 9: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.9

Keselamatan Elektrik

Pembumian dibuat, kunci dengan Non-standard Lock (NSL) dan notis AWAS :

12

3

1 Pembumian

2 Non-standard Lock

3 Notis

Page 10: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.10

Keselamatan Elektrik

Penggunaan kunci (HASP) multiple locking, notis dan hadang :

Page 11: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.11

Keselamatan Elektrik

Permit menjalankan kerja :

Page 12: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Kompetensi :

• Hanya pekerja yang memiliki Sijil Kompetensi daripada Suruhanjaya Tenaga

sahaja boleh menerima permit kerja.

• Orang yang kompeten ini bertanggungjawab menyelia pekerja di bawah

kawalannya.

12

Keselamatan Elektrik

Page 13: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Ketika bekerja berhampiran atau pada pepasangan elektrik yang

masih hidup :

a) Dapatkan permit kerja.

b) Gunakan perkakas bertebat yang diluluskan.

c) Patuhi prosidur kerja selamat (SOP).

d) Tidak memakai barang berlogam seperti cincin, tali pinggang

berkepala logam dan jam tangan semasa melakukan

kerja-kerja pensuisan (switching).

a) Memakai PPE yang diluluskan.

13

Keselamatan Elektrik

Page 14: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.14

Keselamatan Elektrik

Amalan kerja selamat :

a) Peralatan elektrik yang berlogam yang boleh dicapai hendaklah mempunyai wayar

bumi.

b) Wayar mudah lentur, palam, soket dan penyambung kabel mestilah mematuhi

piawaian.

c) Suis bekalan utama hendaklah mudah dicapai dan posisi “ON” dan “OFF” dikenalpasti.

d) Peralatan elektrik hendaklah diperiksa dan disenggara secara berkala.

Page 15: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan kerja selamat :

e) Peralatan elektrik yang rosak hendaklah diasingkan, dilabeldan dilaporkan.

f) Matikan bekalan elektrik sebelum kerja-kerja baikpulih, servisatau ubahsuai sebarang peralatan elektrik.

g) Elakkan litar elektrik dari terlebih beban.

15

Keselamatan Elektrik

Page 16: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan kerja selamat :

h) Sambungan kabel (cable extension) mestilah dilengkapi

dengan Portable Residual Current Device (RCD).

i) Pekerja hendaklah dilatih di dalam prosidur keselamatan dan

rawatan asas kecemasan.

j) Peralatan elektrik yang dipasang di luar premis hendaklah

dilindungi dari kesan persekitaran seperti basah dan habuk.

16

Keselamatan Elektrik

Page 17: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Lockout / Tagout (LOTO) :

a) Pengunci (Lock) dipasang untuk mengelakkan pengaliran

tenaga secara tidak sengaja.

b) Orang kompeten yang bekerja pada sesuatu peralatan

mestilah memasang pengunci (Lock) dan tag miliknya sendiri.

c) Penggunaan pengunci (Lock) secara berkongsi bagi kumpulan

kerja yang berbeza adalah DILARANG.

d) Tag penguncian (Tagout) dipasang untuk memberikan amaran

dan identiti diri orang yang memasangnya.

17

Keselamatan Elektrik

Page 18: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

• Bahan bakar seperti minyak, kertas, gas, dan sebagainya.

• Haba yang cukup seperti nyalaan terbuka, percikan api, litar

pintas, geseran dan sebagainya.

• Oksigen yang cukup untuk menyebabkan pembakaran.

• Tindakbalas luahaba (eksotermik) yang berterusan.

Keselamatan Kebakaran

Empat perkara perlu wujud untuk menyebabkan kebakaran :

18

Page 19: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Langkah Pencegahan :

a) Kawal punca haba :

Contoh : Sistem pemanas, geseran, permukaan panas,

elektrik, api rokok, kimpalan.

b) Kawal bahan bakar :

Contoh : Bahan mudah terbakar, tumpahan cecair mudah

meruap dan mudah terbakar atau kebocoran (gas dan

wasap).

19

Keselamatan Kebakaran

Page 20: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

KESAN

Terhidu gas beracun.

Lemas akibat kekurangan oksigen.

Kelecuran.

Rentung.

20

Keselamatan Kebakaran

Page 21: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Contoh Alat Pengesan Kebakaran :

21

Keselamatan Kebakaran

Alat Pengesan Kebocoran Gas

Alat Pengesan Suhu Haba

Alat Pengesan Asap

Page 22: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Jenis Alat Pemadam Api :

Alat Pemadam Api Tetap

- Hydrant dan hose reel

Alat Pemadam Api Mudah Alih

22

Keselamatan Kebakaran

Page 23: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Pekerja-pekerja berikut mestilah kompeten dan mempunyai kad perakuan

latihan memasuki Ruang Terkurung dari pusat latihan yang diktiraf JKKP :

✓ Penguji Gas Bertauliah (Authorised Gas Tester) yang berdaftar dengan

JKKP.

✓ Penyelia Kemasukan (Entry Supervisor) yang berdaftar dengan JKKP.

✓ Orang Yang Dibenarkan Masuk (Authorised Entrant).

✓ Orang Menjaga (Standby Person).

Keselamatan Bekerja Di Ruang Terkurung

23

Page 24: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Syarat-syarat Bekerja di Ruang Tekurung :

• Mempunyai Permit Kerja Tambahan (Ruang Terkurung).

• Menjalankan ujian gas sebelum memulakan kerja.

• Memastikan pengalihudaraan yang berterusan.

• Menyediakan peralatan kecemasan dan bantuan

menyelamat yang mencukupi.

• Memakai Kelengkapan Pelindung Diri (PPD) yang

bersesuaian.

• Mematuhi Tataamalan Industri Bekerja Selamat di dalam

Ruang Terkurung 2010.

Rujukan: Tataamalan Industri Bekerja Selamat di dalam Ruang Terkurung 201024

Keselamatan Bekerja Di Ruang Terkurung

Page 25: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Syarat-syarat penggunaan mesin angkat :

1) Mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang sah.

2) Disenggara secara berkala.

3) Mempunyai functional limit switches.

4) Operator kren (mobile, tower dan crawler crane) mestilah mempunyaiSijil Orang Yang Kompeten yang sah dan berdaftar dengan JKKP.

5) Label PMA perlu dipamerkan.

25

Keselamatan Penggunaan Mesin Angkat

Page 26: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Syarat-syarat penggunaan mesin angkat :

6) Kawasan operasi perlu dikepung atau dipagar.

7) Beban yang diangkat tidak melebihi had beban selamat (SWL).

8) Bagi kerja di dalam zon voltan tinggi, kren bergerak hendaklah dibumikan.

26

Keselamatan Penggunaan Mesin Angkat

Page 27: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan Kerja Selamat :

1) Periksa dan selenggara peralatan seperti tangga danpastikan ia berkeadaan baik.

2) Pakai kelengkapan perlindungan diri dengan betul.

3) Sediakan platform kerja yang selamat.

4) Sediakan penghadang untuk melindungi orang lain dari

masuk ke kawasan berisiko tinggi.

5) Kendali peralatan tangan atau barang dengan berhati-hati.

6) Patuhi prosidur keselamatan bekerja di tempat tinggi.

27

Keselamatan Bekerja Di Tempat Tinggi

Page 28: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Kawalan Keselamatan untuk kerja-kerja memasang perancah :

1) Kerja-kerja mendiri, memasang dan mengubahsuai mestilah di bawah

pengawasan Orang Yang Kompeten (Pengendali Perancah).

2) Perancah yang digunakan mestilah menepati piawaian.

Sumber: Bahagian X Peraturan (BOWEC(S) 1986) 28

Keselamatan Bekerja Di Tempat Tinggi

Page 29: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.29

Perancah

Ketinggian > 40 meter :

Lukisan teknikal perlu

disahkan oleh Jurutera Profesional (PE)

Ketinggian > 15 meter :

Lukisan teknikal perlu

disahkan oleh Jurutera

Profesional (PE)

Modular

Tubular

Frame

dan

Rujukan : DOSH Guidelines for Approval of Design Scaffolding 2016

Page 30: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Keselamatan Lalulintas Di Premis TNB/SESB :

a) Memiliki lesen memandu yang sah.

b) Mendapat kebenaran memasuki premis.

c) Mematuhi had laju yang ditetapkan.

d) Lori terbuka tidak dibenarkan membawa penumpang dibelakangnya.

e) Kenderaan hendaklah disenggara secara berkala dan berada dalam

keadaan baik.

f) Mematuhi had muatan yang dibenarkan.

30

Keselamatan Bekerja Di Jalan Raya

Page 31: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Keselamatan Lalulintas :

a) Letakkan papan tanda amaran dengan jelas.

b) Letakkan kon keselamatan yang mencukupi.

c) Pasangkan Blinkers di waktu gelap.

d) Pakai Vest keselamatan.

e) Tugaskan Pengawal Lalulintas.

f) Letakkan kenderaan di tempat yang bersesuaian.

g) Patuhi arahan JKR, LLM, PBT.

Keselamatan Bekerja Di Jalan Raya

31

Page 32: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan kerja selamat:

1) Silinder untuk gas mudah terbakar hendaklah dilengkapi

dengan ‘flash back arrester’.

2) Gas mampat perlu disifatkan sebagai bahan letupan.

3) Silinder gas hendaklah disimpan tidak melebihi suhu 121°C (250°F).

4) Silinder kosong hendaklah ditutup rapi dan ditandakan

sebagai kosong serta disimpan di tempat berasingan.

5) Silinder gas hendaklah diikat atau dirantai menegak secara individu supaya tidak jatuh.

6) Kaedah pengenalan kod warna dilaksanakan untuk membezakan isi kandungannya.

7) Dilarang menggunakan silinder yang tidak diketahui isi kandungannya.

8) Gunakan troli khas untuk memindahkan silinder.

32

Keselamatan Mengendalikan Silinder Gas

Bertekanan Tinggi

Page 33: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

SILINDER GAS

Flashback

Arrestor Tolok Tekanan

Rantai Pengikat

Regulator

Hose With Torch33

Keselamatan Mengendalikan Silinder Gas

Bertekanan Tinggi

Page 34: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan kerja selamat :

a) Pekerja terlatih dan kompeten.

b) Memerlukan Permit Kerja Panas (Hot Work Permit).

c) Pemerhati api (fire watcher) perlu ditempatkan.

d) Lakukan ujian gas.

e) Peralatan kerja perlu diasingkan dan bebas darisebarang gas atau minyak.

Kerja Panas (Hot Work) :

Proses yang boleh menghasilkan punca haba seperti percikan api,

nyalaan, dan elektrik statik.

Contoh : Kerja kimpalan, memotong besi, menggerudi)

34

Keselamatan Kerja-kerja Panas

Page 35: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan kerja selamat…

f) Permukaan lantai hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan basah.

g) Fire Blanket digunakan untuk melindungi tempat berdekatan dari api atau bara yang

berterbangan.

h) Sekiranya bekerja dalam ruang terkurung, patuhi Tataamalan Industri Bekerja Selamatdi dalam Ruang Terkurung 2010.

i) Gunakan Kelengkapan Pelindung Diri (PPD) yang bersesuaian.

35

Keselamatan Kerja-kerja Panas

Page 36: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

4) Kerja Pengorekan :

Amalan kerja selamat :

a) Memerlukan Permit Kerja Tambahan (mengorek, menggali).

b) Kawasan hendaklah dikepung dan diletak papan tanda.

c) Kerja-kerja memasang penahan (Shoring), mencerun (sloping)

dan mengikat (bracing)perlu dilaksanakan mengikut Peraturan-

peraturan (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan)1986 dan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pe

kerjaan Industri Pembinaan (Kerja Pengorekan) 2017.

d) Pastikan tiada pepasangan atau talian bekalan di bawah kaw

asan korekan.

36

Keselamatan Kerja Pengorekan

Page 37: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.37

Keselamatan Pengendalian Manual

Amalan kerja selamat :

• Regangkan otot badan, periksa kaki dan

cengkaman.

• Kenalpasti hazard sebelum kendali beban. (seperti: berat, bentuk dan beban)

• Gunakan alat mengangkat. (seperti: troli)

• Kendali beban dengan postur yang betul

dan stabil.

• Bengkokkan lutut dan bukan pinggang.

• Rapatkan beban ke badan semasa

mengangkat.

Page 38: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Amalan kerja selamat :

• Elakkan dari tersentuh dengan bahan kimia dan

produk petroleum yang mungkin mengakibatkan

dermatitis dan melecur.

• Elakkan dari terhidu wasap. Mungkin mengandungi

bahan berbahaya seperti Benzin, H2S.

• Fahami sifat bahan kimia, rujuk SDS.

• Penggunaan PPE yang bersesuaian (cth: Sarung

tangan dan respirator yang sesuai, baju lengan

panjang).

• Jangan makan/ minum ketika mengendalikan

bahan kimia.

• Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan

kimia boleh menjejaskan kesihatan dan

mengakibatkan maut.

38

Pengendalian Bahan Kimia

Page 39: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Keperluan Keselamatan Di Tapak Projek

a) Pendaftaran tapak projek dengan JKKP (DOSH)- (tempoh projek lebih daripada

6 minggu dan melibatkan penggunaan jentera).

b) Pendaftaran CIDB – bayaran Levi.

c) Keperluan Safety and Health Officer (SHO) dan Site Safety Supervisor (SSS) di

tapak projek.

d) Kad CIDB.

e) Kad NTSP.

f) Manual keselamatan kontraktor – merangkumi Dasar KKP, prosidur kerja

selamat, HIRARC, toolbox talk.

g) Audit dan pemeriksaan keselamatan di tapak.

39

Page 40: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.

Kesimpulan

Aturan keselamatan hendaklah dipatuhi untukmemastikan kerja dapat dilakukan dengan selamat.

Aturan keselamatan adalah berdasarkan kepadakehendak undang-undang dan juga amalankerja selamat.

Kegagalan untuk mematuhi aturan keselamatanboleh mengundang berlakunya kemalangan dan tindakan dari pihak TNB/SESB.

40

Page 41: Topik 4 : Aturan Keselamatan Kerja

Keselamatan Tanggungjawab Bersama !

© 2020 NIOSH Malaysia. Hak cipta terpelihara.41