buku aturan seksyen a

10
MOHD ROSDI MOHD ZAIN 010883 PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN YANG SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN

Upload: mohd-rosdi-mohd-zain

Post on 15-Mar-2016

262 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN YANG SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

010883

PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN,MELAPORKAN KEMALANGAN YANG SERIUS

DANKAWALAN KESELAMATAN

Page 2: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

PERJAWATAN, DISIPLIN, KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN YANG SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN

BAHAGIAN I : PERJAWATAN DAN DISIPLIN

1. PERJAWATAN

1.1. Waktu bertugas

Setiap pekerja mestilah berada dalam tugas pada masa, tempat dan dalam waktu yang diperlukan. Beliau mestilah memberitahu penyelianya dengan serta merta jika tidak dapat melaporkan tugas disebabkan sakit dan mestilah seterusnya menyerahkan apa-apa sijil akuan sakit doktor yang diperlukan. Beliau tidak boleh ponteng tugas atas apa-apa alasan atau menukar giliran tugas atau meminda waktu bertugas tanpa kebenaran penyelianya.

1.2 Minuman yang memabukkan atau dadah

1.2.1 Seseorang pekerja tidak boleh melaporkan tugas dalam

keadaan mabuk atau dipengaruhi oleh dadah yang boleh menjejaskan prestasi sebenar tugasnya atau pun meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa bertugas.

1.2.2 Mana-mana pekerja yang didakwa kerana ketagihan arak

atau kesalahan jenayah yang berkaitan dengan dadah mestilah bila melaporkan diri untuk bertugas dengan serta merta memberitahu penyelianya. Penyelia berkenaan mestilah mencatatkan butir-butirnya. Beliau mestilah kemudiannya memberitahu Pegawai atasannya.

1.3 Pematuhan kepada semua aturan, arahan dll

1.3.1 Setiap pekerja mestilah mematuhi segala Aturan, Peraturan

dan arahan-arahan yang berkaitan dengannya dan mematuhi arahan dari orang yang berkuasa di tempat beliau dikehendaki bekerja. Beliau mestilah melaporkan mana-mana salah laku dalam Aturan dan Peraturan kepada Penyelianya.

1.3.2 Aturan, Peraturan dan arahan-arahan adalah diperturunkan

mengikut fungsinya dan bukan dengan gred dan dipakai untuk menilai prestasi dan fungsi pekerja-pekerja tanpa mengira grednya.

1.3.3 Aturan, Peraturan dan arahan-arahan adalah digunasama

kepada semua kakitangan lelaki, perempuan dan kakitangan rendah dan mestilah ditafsir dengan sewajarnya.

Page 3: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

1.4 Pemeriksaan

Setiap pekerja mestilah menjalani pemeriksaan doktor, pemeriksaan mata atau mengambil peperiksaan jabatan seperti yang diperlukan oleh Syarikat.

1.5 Pertukaran alamat

Setiap pekerja mestilah memberitahu penyelianya sebarang pertukaran alamat rumah.

1.6 Memakai pakaian seragam

Setiap pekerja mestilah kelihatan kemas dan bersih bila bertugas dan memakai pakaian seragam lengkap dan lencana bila mana dibekalkan.

1.7 Berhubungan dengan orang awam

Setiap pekerja mestilah bersopan dan sedia membantu bila berhubungan dengan orang awam dan mestilah memberikan namanya jika diminta. Beliau tidak dibenarkan mengawasi sebarang bagasi atau lain-lain barang milik orang awam. Barang-barang ini mestilah disimpan di tempat yang sesuai di stesen.

1.8 Perjalanan dalam tren

Kecuali bila dikehendaki semasa menjalankan tugasnya, seseorang pekerja tidak boleh menaiki mana-mana tren penumpang melainkan beliau memiliki suatu tiket yang sah, pas atau kebenaran bertulis atau atas mana-mana tren atau bahagian mana-mana tren yang tidak diperuntukkan untuk kegunaan awam, melainkan beliau diberi kebenaran khas.

1.9 Menjaga harta benda Syarikat

Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan untuk kepentingan peribadi, membazir atau memusnahkan mana-mana harta benda atau memiliki harta benda Syarikat. Jika diperlukan, beliau mestilah membayar harga apa-apa benda yang diperuntukkan oleh Syarikat yang beliau telah rosakkan atau hilangkan.

1.10 Barang-barang, duit dan sebagainya yang tidak dituntut hendaklah

diserahkan. Mana-mana kelangkasar hilang yang tidak dituntut, barang-barang, duit atau apa-apa harta benda lain yang dijumpa oleh seseorang pekerja di dalam atau di atas premis Syarikat

Page 4: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

1.11 Menggunakan Televisyen, Radio, peralatan elektrik dan lain-lain

1.11.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan menggunakan

televisyen, radio atau peralatan yang serupa apabila bertugas kecuali apabila diberi kebenaran khas.

1.11.2 Peralatan elektrik yang bukan kepunyaan Syarikat

tidak boleh disambungkan kepada ibu sawat utama (main power supply) pada premisnya melainkan dibenarkan oleh Syarikat.

1.12 Mencipta rekaan dan mendaftar rekabentuk

Setiap pekerja mestilah mematuhi peraturan Syarikat berhubung dengan mereka ciptaan dan pendaftaran rekabentuk yang dibuat atau ditemui dalam tempoh perkhidmatannya atau melalui kemudahan yang diperolehi berhubung dengan jawatannya.

1.13 Melindungi kepentingan Syarikat

1.13.1 Seseorang pekerja tidak boleh tanpa kebenaran

Syarikat, membuat atau mengeluarkan sebarang kenyataan kepada orang awam dan yang boleh memberi kesan buruk kepada bisnes Syarikat.

1.13.2 Seseorang pekerja tidak boleh melakukan apa-apa

tindakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan kerja atau memberi kesan buruk kepada bisnes Syarikat.

1.14 Berhenti kerja meninggalkan KTMB

Seseorang pekerja tidak boleh melepaskan jawatan dalam Syarikat tanpa memberi notis sebagaimana yang dikehendaki dalam terma perjawatan. Beliau mestilah juga mengembalikan mana-mana pakaian seragam, bahan-bahan cetakan dan lain-lain artikel kepunyaan Syarikat. Kos bagi menggantikan barang-barang yang hilang atau membaiki barang-barang yang rosak akan menjadi satu beban hutang beliau kepada Syarikat dan, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat perkhidmatan, mungkin akan dipotong dari gajinya yang belum berbayar. Jika gaji tersebut tidak mencukupi untuk membayar jumlah yang dituntut, ianya akan menjadi suatu hutang yang akan dituntut melalui proses undang-undang.

2. DISIPLIN

2.1 Prosedur disiplin Sesiapa yang melanggar Aturan dan Peraturan akan didakwa mengikut Prosedur Disiplin Syarikat

Page 5: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A BAHAGIAN II KESELAMATAN, MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS DAN KAWALAN KESELAMATAN 3. KESELAMATAN

3.1 Bekalan Buku Aturan, Peraturan Panduan Kerja Am, Notis dll.

3.1.1 Semua Penyelia mestilah menentukan bahawa setiap pekerja di bawah kawalannya menerima dan menandatangani penerimaan buku Aturan, Peraturan Panduan Kerja Am, semua arahan dan notis yang telah ditetapkan bahawa satu salinan peribadinya mestilah dibekalkan. Ini termasuk juga mana-mana keratan atau pindaan bila mana dikeluarkan.

3.1.2 Setiap pekerja mestilah menjaga kesemua buku yang

dibekalkan kepadanya dan tunjukkan kepada Penyelianya bila diperlukan.

3.1.3 Setiap pekerja mestilah menentukan bahawa pindaan-

pindaan yang berkaitan apabila dikeluarkan diterima dan ditampal, dan mukasurat-mukasurat yang dicetak semula dilekatkan di tempat yang betul di dalam buku berkenaan.

3.1.4 Semua buku tersebut adalah dianggap sebagai sulit kepada

Syarikat dan bukan untuk penerbitan.

3.2 Keselamatan adalah perkara utama

Keselamatan mestilah dijadikan perkara utama bagi setiap pekerja. Setiap pekerja tidak boleh membahayakan dirinya atau orang lain dan sejauh mana yang boleh, beliau mestilah mencegah orang lain dari melakukannya.

3.3 Jalan dan Laluan Pejalan Kaki

Pekerja-pekerja selain dari mereka yang disebutkan di dalam fasal 3.4 dan 3.5 di bawah mestilah menggunakan tempat laluan ke premis kereta api yang dibenarkan dan sejauh mana yang boleh, di tempat laluan pinggir landasan. Bila mana terdapat Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan, ianya mestilah digunakan dan pekerja berkenaan mestilah menggunakan Laluan Pejalan Kaki tersebut.

3.4 Pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan

3.4.1 Seseorang pekerja tidak boleh pergi ke atas atau

berhampiran dengan landasan (kecuali di lintasan rata) melainkan ianya didapati sangat perlu berhubung dengan tugasnya. Sebagai tambahan, beliau mestilah:

Page 6: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

(a) telah diperakui cekap di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan oleh pegawai yang berkenaan dan ada bersamanya satu sijil Kelayakan KTMB038 terbaharu. Contoh-contoh sijil adalah ditunjukkan di dalam Rajah 1A, atau

(b) berada di bawah pengawasan langsung semasa

kursus rasmi di dalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan.

Pindaan 2/08 (16/11/2008-3030)

3.4.2 Sijil Kelayakan KTMB 038 hanya sah laku untuk dua (2) tahun sahaja.Setiap penyelia mestilah menentukanbahawa semua pekerja dibawah kawalannya memiliki satu sijil kelayakan yang terbaharu didalam Aturan Keselamatan Diri Di Landasan bila mana diperlukan.

3.4.3 Seseorang pekerja tidak perlu disahkan kompeten di dalam

Aturan Keselamatan Diri Di Landasan (seperti di atas) cuma jika keadaan-keadaan dalam mana beliau diperlukan pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan adalah:

(a) bila bekerja di dalam sesuatu depot, bengkel atau

bangunan di mana perlindungan diadakan untuk mencegah bahaya daripada pergerakan keretarel (aturan-aturan ini adalah termasuk di dalam arahan-arahan tempatan), atau

(b) bila menggunakan sesuatu Laluan Pejalan Kaki yang

dibenarkan ke atau dari tempat kerjanya.

3.5 Pekerja di tepi landasan

Seseorang pekerja tidak boleh berada ke tepi landasan melainkan didapati perlu berhubung dengan tugasnya. Sebagai tambahan, beliau mestilah:

(a) memakai pakaian mudah dilihat yang mempunyai tanda

pantul cahaya, yang diperuntukkan; ianya mestilah bersih dan dipakai dengan betul.

(b) perhatikan mana-mana indikasi amaran (lampu atau loceng,

dan lain-lain) dan notis-notis.

(c) waspada terhadap tren-tren yang datang atau pergerakannya.

(d) akui bunyi amaran daripada mana-mana tren yang datang

dengan mengangkat satu tangan di atas kepala.

(e) jangan pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan kecuali seperti disebutkan dalam fasal 3.4 di atas.

Page 7: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

3.6 Memakai pakaian dan alat keselamatan

3.6.1 Seseorang pekerja mestilah memakai pakaian dan alat keselamatan seperti yang dikehendaki.

3.6.2 Bila di dalam satu kawasan "Topi Keselamatan" (sama ada

di dalam atau di luar premis kereta api) setiap pekerja mestilah memakai Topi Keselamatan yang diluluskan yang diikat kemas. Ini tidak termasuk bila berada dalam kabin memandu, van brek atau tempat yang seakan-akan serupa.

3.6.3 Seseorang pekerja yang sentiasa dikehendaki bekerja di

perantaraan gerabak-gerabak atau di bawah rangka badan gerabak mestilah memakai Topi Keselamatan yang dibekalkan. Lain-lain pekerja yang sekali sekala diperlukan menjalankan tugas seperti itu mestilah juga memakai Topi Keselamatan jika boleh dipraktikkan, tetapi jika ianya tidak ada, pekerja berkenaan mestilah lebih berwaspada.

3.7 Menggunakan jentera mekanikal atau elektrik

Seseorang pekerja tidak boleh mengendalikan mana-mana jentera mekanikal atau elektrik melainkan yang telah dibenarkan dan, di mana perlu, beliau mestilah berunding dengan Penyelia yang berkenaan.

3.8 Kecerdasan fizikal yang terhad

Seseorang pekerja mestilah mematuhi had keupayaan fizikal yang ditetapkan oleh Pegawai Perubatan Syarikat. Jika diminta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan had tersebut, beliau mestilah dengan serta merta menarik perhatian di atas perkara ini kepada orang yang meminta. Jika diperlukan bekerja untuk lain daripada Penyelia biasanya, beliau mestilah menarik perhatian Penyelia berkenaan kepada batas keupayaan tersebut sebelum memulakan kerja atau pergi ke atas atau berdekatan dengan landasan.

3.9 Pekerja membuat perjalanan dalam tren - Pintu-pintu terbuka

Seseorang pekerja yang membuat perjalanan dengan tren penumpang dalam masa bertugasnya mestilah menutup mana-mana pintu koc yang didapati terbuka dan menasihatkan penumpang- penumpang berdiri jauh dari pintu. Walau bagaimana pun aturan ini tidak boleh dipakai kepada pintu-pintu di antara koc-koc.

Page 8: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

3.10 Kemalangan yang melibatkan Tren Penumpang

3.10.1 Jika sesuatu kemalangan berlaku, tindakan selanjutnya adalah:

(a) memberhentikan tren dari terus bergerak.

(b) melindungi tren mengikut Seksyen 'F' Panduan

Kerja Am.

(c) mematuhi Arahan kerja Landasan Berelektrik (di mana berkaitan).

(d) meminta bantuan kecemasan (contoh Bomba,

Ambulan, Polis, Hospital, dan lain-lain).

(e) memberitahu semua yang berkenaan.

3.10.2 Jika sesuatu kemalangan serius berlaku, seorang Pegawai Kanan Syarikat hendaklah mengambil alih kawalan sebaik sahaja tiba. Mana-mana pekerja selain dari kru tren, di atas tren berkenaan hendaklah, jika praktikal, melaporkan kepadanya dan memberi apa-apa bantuan yang perlu. Sebelum ketibaan Pegawai Kanan berkenaan, pekerja tersebut mestilah dan tanpa membahayakan dirinya:

(a) melaporkan kepada kru tren (jika ada) dan beri

bantuan seperti diperlukan.

(b) memastikan bahawa penumpang tidak pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan yang akan dilalui oleh tren, atau tersentuh dengan mana-mana Alat Talian Atas atau alat elektrik yang mungkin hidup.

(c) membantu mendapatkan alat pertolongan cemas, alat

kecemasan atau pemadam api yang berada di dalam tren.

(d) berjaga-jaga menunggu ketibaan bantuan kecemasan

dan memberikan mereka apa-apa maklumat tentang kecederaan dan lain-lain.

(e) memberi apa-apa bantuan yang perlu kepada

penumpang.

3.10.3 Sistem siar raya, jika diperuntukkan mestilah digunakan untuk memberi penumpang kepastian dan apa-apa arahan yang perlu untuk keselamatan mereka.

Page 9: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

4. MELAPORKAN KEMALANGAN SERIUS

4.1 Definisi

4.1.1 Bagi maksud Aturan ini "Kemalangan Serius" bermakna suatu insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa manusia atau kemalangan mengerikan kepada penumpang terhadap mana-mana tren atau kepada sesiapa yang terlibat dalam kerja-kerja kereta api atau kerosakan teruk kepada harta benda atau sesuatu kemalangan yang seumpama itu yang biasanya mengakibatkan kehilangan, kecederaan atau kerosakan.

4.2 Kemalangan serius

4.2.1 Bila mana sesuatu kemalangan serius berlaku ke atas

kereta api:

(a) Pegawai kereta api yang menjaga sesebuah stesen yang paling hampir kepada tempat kemalangan itu berlaku hendaklah, tanpa melengahkan masa tetapi di dalam apa jua keadaan, tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan tersebut, memberi notis tentang kemalangan tersebut secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga Balai Polis yang terdekat, dan

(b) Syarikat mestilah tanpa melewatkan masa tetapi dalam apa

jua keadaan tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan tersebut, menghantar notis bertulis berhubung dengan kemalangan itu kepada kerajaan melalui Ketua Pengarah Keretapi.

Notis tersebut hendaklah mengandungi kenyataan ringkas berkenaan kemalangan tersebut dan tahap kecederaan atau kerosakan yang terlibat.

Sebaik sahaja selepas berlakunya sesuatu kemalangan, Syarikat hendaklah mengarahkan suatu siasatan dijalankan oleh satu jawatankuasa yang terdiri dari pegawai-pegawai Syarikat bagi menyiasat sebab kemalangan itu tetapi dalam hal di mana tidak terdapat faktor yang meragukan terhadap sebab kemalangan itu, ianya tidak perlu diadakan penyiasatan.

Pindaan No 1/05 (13/02/2005 -2932)

3.11 Kemalangan atau insiden mestilah dilaporkan

Seseorang pekerja metilah menentukan bahawa apa-apa kemalangan atau insiden “kemalangan nyaris” dilaporkan kepada Pegawai Atasannya.

Page 10: Buku Aturan Seksyen A

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

A

5. KAWALAN KESELAMATAN

5.1 Tugas-tugas Am Pekerja

Arahan-arahan khas adalah dikeluarkan berhubung dengan keselamatan kereta api. Sebagai tambahan, tiap-tiap pekerja mestilah berwaspada terhadap sesuatu yang meragukan, atau sesiapa yang didapati berkelakuan yang mencurigakan di dalam atau berhampiran dengan premis kereta api.

5.2 Kelakuan yang mencurigakan

Jika seseorang pekerja melihat seseorang berkelakuan yang mencurigakan, beliau mestilah:

(a) jika boleh, pastikan sama ada orang tersebut telah diberi

kebenaran untuk berada di dalam premis kereta api.

(b) jika terdapat sesuatu yang meragukan, beritahu orang yang menjaga dan aturkan supaya pihak Polis dipanggil.