buku aturan seksyen b

51
MOHD ROSDI MOHD ZAIN 010883 TUGAS-TUGAS PEKERJA

Upload: mohd-rosdi-mohd-zain

Post on 10-Mar-2016

289 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

TUGAS-TUGAS PEKERJA

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

010883

TUGAS-TUGAS PEKERJA

Page 2: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

BTUGAS-TUGAS PEKERJA

BAHAGIAN I - AM 1. PRINSIP

Keselamatan mestilah dijadikan perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap pekerja. Beliau mestilah melaksanakan segala yang mungkin untuk memastikan keselamatan kepada setiap tren, orang awam, lain-lain pekerja dan dirinya sendiri. Beliau juga mestilah melakukan segala daya usaha untuk menentukan bahawa tren-tren berlari mengikut jadual dan menghalang kelewatan yang boleh dielakkan.

2. KESELAMATAN TREN

2.1 Jika tren-tren menghadapi kemungkinan bahaya

2.1.1 Setiap pekerja mestilah bila mana praktikal, memerhatikan sebarang tanda isyarat tidak selamat kepada mana-mana tren yang melintas atau isyarat semboyan TREN DALAM KECEMASAN (satu bunyi hon panjang berterusan), satu bendera merah yang dipamerkan oleh Pemandu atau Gad atau satu indikasi AMARAN BAHAYA (lampu puncak berkelip).

2.1.2 Bila mana alat perhubungan boleh didapati beliau mestilah

dengan serta merta memberitahu Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren yang menjaga jika beliau mendapati sesuatu yang tidak selamat menjejaskan tren yang sedang bergerak.

2.1.3 Melainkan beliau boleh mengalihkan sebarang bahaya

dengan segera tanpa membahayakan dirinya, beliau mestilah mengambil sesuatu tindakan lain yang perlu seperti memberhentikan tren-tren atau meminta bantuan kecemasan. Beliau mestilah melaporkan perkara yang serupa mana-mana sesuatu yang tidak selamat yang boleh menjejaskan tren-tren yang datang seperti:

(a) kerosakan atau kecacatan yang menjejaskan

landasan.

(b) kebakaran, banjir atau halangan.

(c) mana-mana binatang ternakan atau lain-lain binatang besar dalam sekitaran sempadan kereta api (sama ada atau tidak ianya sebagai faktor utama yang cepat membahayakan tren-tren).

(d) mana-mana orang yang tidak dibenarkan berada di

atas atau berhampiran dengan landasan.

(e) mana-mana lampu yang didapati padam di Penunjuk Had Kelajuan Kecemasan

Page 3: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

2.2 Memberhentikan tren dalam kecemasan

2.2.1 Jika didapati perlu untuk memberhentikan tren yang mendatang, satu bendera merah atau lampu merah mestilah dipamerkan supaya ianya dapat dilihat dengan jelas oleh Pemandu. Jika boleh, ianya mestilah berada tidak kurang dari 900 meter dari tempat halangan bagi membolehkan tren berkenaan diberhentikan. Jika bendera merah atau lampu merah tiada, kedua-dua belah tangan mestilah diangkat di atas kepala pada waktu siang atau satu lampu sebarang warna dikibarkan dengan galak pada waktu gelap.

2.2.2 Jika boleh didapati, di dalam kawasan Litar Landasan, satu Klip

Operasi Litar Landasan mestilah dipasang pada setiap landasan yang terhalang.

2.2.3 Jika boleh didapati, tiga Semboyan Halangan, pada jarak 20

meter, mestilah juga ditempatkan di atas landasan 900 meter daripada tempat halangan, jika sesebuah tren sedang menghampiri, ianya hendaklah dengan serta merta ditempatkan di atas landasan tersebut (seberapa jauh yang boleh).

2.3 Melaporkan sesuatu kemalangan atau meminta bantuan kecemasan

2.3.1 Sesuatu kemalangan mestilah dilaporkan dengan seberapa

segera yang boleh kepada Operator PKT, atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren. Orang yang melaporkan sesuatu kemalangan mestilah:

(a) yang pertama sebutkan bahawa ini adalah suatu panggilan

kecemasan.

(b) perkenalkan diri dan beri lokasi dari mana beliau sedang bercakap, termasuk apa-apa maklumat bagaimana beliau boleh dihubungi.

(c) memberitahu lokasi yang tepat dan butir-butir berkenaan

kemalangan dan landasan yang mungkin terhalang.

(d) sebutkan sama ada Polis, Bomba atau Ambulans atau apa-apa bantuan kecemasan yang diperlukan atau mungkin diperlukan.

(e) jika boleh sebutkan sama ada terdapat jalan masuk

menuju ke tempat halangan tersebut.

Page 4: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

2.3.2 Orang yang menerima maklumat tersebut mestilah menghubungi mana-mana pejabat bantuan khidmat kecemasan yang diperlukan atau mungkin diperlukan dan beri lokasi yang tepat dan butir-butir berkenaan kemalangan tersebut. Jika terdapat sesuatu yang meragukan terhadap betapa seriusnya insiden tersebut pihak Polis, Bomba dan Ambulan mestilah dipanggil.

2.4 Kebakaran

2.4.1 Setiap pekerja mestilah berusaha sedaya upaya untuk

mencegah kebakaran.

2.4.2 Syarikat mungkin dipertanggungjawabkan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran kepada tanaman-tanaman atau bangunan-bangunan yang berdekatan dengan kawasan kereta api.

2.4.3 Membakar tanaman atau perkakas-perkakas di pinggir

landasan adalah dilarang. Mana-mana kebakaran di atas atau di tepi landasan kereta api atau premis mestilah dipadam dengan serta merta. Jika perlu bantuan dari pekerja-pekerja lain dan bomba mestilah diminta tanpa berlengah lagi. Kebakaran tepi landasan mestilah dilaporkan kepada Merinyu Urusan Jalan yang berkaitan.

2.4.4 Kebakaran ke atas mana-mana tren yang bergerak boleh

merebak dengan cepat dan mestilah dipadamkan sepenuhnya dengan serta merta. Jika terdapat sesuatu yang meragukan yang ianya boleh dipadamkan dalam beberapa saat, tren berkenaan mestilah diberhentikan tetapi sejauh mana yang boleh tidaklah di atas jejambat atau dalam terowong atau tempat lain yang tidak sesuai.

2.4.5 Jika didapati perlu untuk menggunakan pemadam api jenis

air (bercat merah) atau air dari mana-mana bekas, air berkenaan tidak dibenarkan bersentuhan dengan peralatan elektrik yang hidup. Air tidak dibenarkan dihalakan ke arah mana-mana konduktor elektrik atau alat talian atas sehinggalah suis elektrik berkenaan ditutup.

2.4.6 Pemadam api jenis BROMO CHLORO

DIFLUOROMETHANE (BCF) (bercat biru muda atau yang mempunyai jalur biru muda) boleh digunakan sebelum suis elektrik ditutup. Sesiapa yang terhidu atau terkena wap dari pemadam ini mestilah dengan serta merta pergi ke tempat udara bersih. Jika BCF masuk ke dalam mata, ianya mestilah dicuci dengan air bersih.

Page 5: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B2.4.7 Apabila diberitahu berkenaan sesuatu kebakaran landasan

atau di tepi landasan, Operator Pusat Kawalan Trafik (PKT) atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren, mestilah mengambil perhatian tentang kemungkinan kesan terhadap tren-tren yang lalu, khususnya tren-tren penumpang atau tren-tren barang yang membawa barang-barang yang mudah bakar dan berbahaya.

2.4.8 Jika terdapat sesuatu kemungkinan yang asap daripada

sesuatu kebakaran dalam persekitaran landasan berkenaan boleh menyekat pandangan Pemandu terhadap semboyan-semboyan atau kebakaran itu mungkin membahayakan tren-tren, maka tren-tren yang datang ke arah seksyen yang terlibat mestilah diberhentikan.

2.4.9 Apabila sesuatu jaminan telah diterima bahawa kebakaran

tersebut boleh dikawal dan ianya tidak lagi sesuatu yang membimbangkan, tren-tren bolehlah dibenarkan meneruskan perjalanan.

2.5 Utusan berhubung dengan keselamatan

2.5.1 Utusan-utusan berhubung dengan pergerakan tren atau

keselamatan landasan mestilah difahami dengan baik oleh kedua pihak sama ada melalui radio, telefon atau bersemuka antara satu sama lain.

2.5.2 Orang yang memberi utusan tersebut mestilah:

(a) memperkenalkan dirinya dan pastikan beliau

bercakap kepada orang yang betul.

(b) nyatakan lokasi daripada mana beliau bercakap, termasuk nombor telefon atau nombor panggilan radio.

(c) pastikan bahawa utusan tersebut diulangi dan

difahami sepenuhnya sebelum menamatkan perbualan.

2.5.3 Orang yang menerima utusan mestilah:

(a) memperkenalkan diri dan isytiharkan identiti dan

lokasi dan apabila menggunakan telefon atau radio, dapatkan lokasi atau nombor radio sipemanggil.

(b) mengulangi utusan tersebut kepada pemanggil dan

pastikan beliau memahaminya.

Page 6: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

2.5.4 Ungkapan "tidak bebas" tidak boleh digunakan di dalam sesuatu utusan yang bertujuan untuk memberi maksud bahawa sesuatu landasan kereta api itu terhalang. Utusan tersebut mestilah diberi secara positif dengan menggunakan ungkapan "landasan disekat".

2.5.5 Arahan-arahan mestilah diberi mengikut prosedur Panduan

Kerja Am apabila sesuatu semboyan perlu dilintasi dalam keadaan Bahaya atau sesuatu pergerakan perlu dibuat di mana semboyan tidak diperuntukan.

2.5.6 Lain-lain arahan daripada Operator PKT, Pengurus Stesen

atau Pengelola Tren kepada Pemandu mestilah secara hubungan terus atau melalui Gad, Pengawal Pandu, Juru Semboyan Tangan atau melalui seorang kakitangan operasi yang kompeten. Jika ini tidak dapat diaturkan, Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren mestilah mengaturkan Pemandu atau Gad datang ke telefon berkenaan.

2.5.7 Di mana alat hubungan radio dipasang tetap di atas tren

tetapi Operator PKT, Pengurus Stesen atau Pengelola Tren tidak mempunyai kemudahan untuk memanggil Pemandu, beliau mestilah jika praktikal elakkan dari menghantar utusan melalui pihak ketiga dan sebaliknya aturkan supaya Pemandu berkenaan memanggilnya.

2.5.8 Perkataan "over" mestilah digunakan pada setiap akhir

utusan yang diberikan melalui radio kecuali bagi utusan yang menutup perbualan, dalam hal tersebut "out" mestilah digunakan.

3. KESELAMATAN PEKERJA-PEKERJA DI ATAS ATAU

BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN

3.1 Fasal 3 ini dipakai bila mana terdapat pekerja berada di atas atau berhampiran dengan landasan. Arahan-arahan dalam Fasal 4 dipakai sebagai tambahan apabila terdapat pekerja kejuruteraan atau teknikal sedang bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan.

3.2 Definisi Lanjutan

3.2.1 "Di atas atau berhampiran dengan landasan" bermakna

dalam lengkongan 2 meter dari rel yang terdekat bagi mana-mana landasan. Ini tidak termasuk bila kerja kejuruteraan dijalankan dalam persekitaran landasan platform.

Page 7: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

3.2.2 "Kedudukan yang selamat" bermakna suatu tempat yang membenarkan jarak telusan sekurang-kurangnya 1.25 meter di antara seseorang (termasuk apa-apa yang dipakai atau dibawa) dan rel terdekat bagi mana-mana landasan di mana sesebuah tren sedang menghampirinya.

3.2.3 "Kumpulan" bermakna dua orang atau lebih.

3.2.4 "Tren" termasuk semua pergerakan dalam kawasan

pemilikan.

3.2.5 "Kerja" bermakna:

(a) apa-apa aktiviti kejuruteraan atau teknikal termasuk rondaan, lawatan dan ujian.

(b) berjalan, di mana ianya perlu bagi sesuatu kumpulan

pekerja kejuruteraan atau teknikal berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan (bila mana Laluan Pejalan Kaki tiada) bagi membolehkan sampai atau meninggalkan tempat di mana terdapatnya sesuatu aktiviti kejuruteraan atau teknikal sedang berlangsung.

(c) mana-mana aktiviti lain yang ditakrifkan di dalam

Arahan-Arahan Jabatan adalah termasuk dalam lengkongan definisi ini.

3.3 Bila seseorang pekerja berada di atas atau berhampiran dengan

landasan

3.3.1 Seseorang pekerja tidak boleh pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana landasan melainkan ianya betul-betul perlu berkaitan dengan tugasnya.

3.3.2 Apabila pergi ke atas atau berhampiran dengan mana-mana

landasan di mana tren-tren akan mendatang dan bilamana perlindungan Pengawas tidak diperuntukkan, setiap pekerja mestilah tahu tentang kelajuan tren yang dibenarkan dan arah yang pada kebiasanya tren-tren lalu di atas setiap landasan. Apabila seseorang pekerja dikehendaki bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan, makluman ini akan diberi oleh Pegawai Yang Menjaga Kerja (PYMK). Dalam hal-hal lain, makluman ini mestilah diperolehi melalui rujukan kepada Apendiks kepada Panduan Kerja Am.

3.3.3 Apabila di atas atau berhampiran dengan landasan,

seseorang pekerja mestilah memakai jaket pantulan cahaya atau pakaian mudah dilihat yang telah diperuntukkan. Jaket pantulan cahaya atau pakaian mudah dilihat mestilah bersih dan dipakai dengan betul.

Page 8: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

3.3.4 Apabila di atas atau berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah:

(a) berwaspada terhadap kedatangan atau pergerakan

tren-tren (walau pun bila sesuatu semboyan mempamerkan satu aspek Bahaya atau palang-palang lintasan rata dinaikkan).

(b) tidak memakai atau menggunakan apa-apa yang

boleh mengganggu keupayaan penglihtan atau mendengar tren-tren yang mendatang. (melainkan aturan khas telah dibuat)

(c) sekiranya perlu, halakan pandangan ke arah tren-tren

yang biasanya datang, dan hendaklah berwaspada khususnya terhadap tren-tren di kedua-dua arah bila:

- di atas Landasan Tunggal atau di Landasan

Dwi-Arah.

- pada atau berhampiran sesebuah stesen atau simpang.

- di mana-mana landasan semasa lansiran,

semasa tata kerja Landasan Tunggal atau semasa kecemasan.

- pada landasan yang di bawah Pemilikan.

(d) sejauh mana yang boleh hendaklah sentiasa berada di ruang Laluan Berjalan Kaki di sisi semua landasan dan elakkan dari berada di atas atau di perantaraan mana-mana landasan (Lihat nota di bawah).

(e) beri lebih perhatian pada waktu gelap, apabila jarak

penglihatan kabur atau pada masa angin kencang, hujan lebat dan dalam kawasan bising.

(f) sejauh mana yang boleh, gunakan jejambat atau jalan

bawah tanah untuk melintas landasan tetapi jika kedua-duanya tiada hendaklah dengan melalui lintasan Pejalan Kaki bila mana ianya diperuntukkan (setiap penunjuk isyarat amaran mestilah diperhatikan).

(g) lihat kiri kanan sebelum melintasi landasan atau

sebelum melintas dari satu landasan ke landasan lain dan beri perhatian lebih bila berjalan keluar dari belakang sesebuah kenderaan atau struktur yang hampir kepada landasan berkenaan, atau bila melintasi landasan di kawasan selekoh.

Page 9: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(h) bila melintasi landasan, hendaklah dengan melangkah dan bukan dengan memijak di atas rel atau kayu landasan atau di antara poin-poin.

(i) elakkan dari melintasi landasan di hadapan mana-

mana tren atau kenderaan yang sedang bergerak melainkan betul-betul perlu.

(j) dilarang menyusuri bawah mana-mana gerabak yang

berhenti atau melintasi landasan dalam lengkongan 15 meter dari gerabak-gerabak yang berhenti melainkan dipastikan tidak ada kemungkinan yang ianya akan bergerak.

(k) bila perlu gunakan lampu tangan semasa cuaca gelap

atau di dalam terowong. Nota: Rajah 1B dan 2B memberi penjelasan kepada sebahagian daripada

terma-terma kereta api yang digunakan dalam Aturan ini.

3.3.5 Apabila berada di atas atau berhampiran dengan sesuatu talian elektrik, seseorang pekerja yang telah lulus dan diperakui layak di dalam arahan-arahan talian elektrik yang bersesuaian mestilah mematuhi arahan-arahan berkenaan dengan keselamatan setiap pekerja. Lain-lain pekerja mestilah:

(a) bila berada di atas atau berhampiran dengan sesuatu

talian yang berelektrik dengan sistem talian atas:

- menganggapkan bahawa talian atas dan sambungannya sebagai hidup pada setiap masa.

- menjauhkan diri dan pakaian, alat-alat dan perkakas

sekurang-kurangnya 2.75 meter daripada:

- apa-apa yang tersangkut atau tergantung dari peralatan atas.

- mana-mana wayar yang terputus atau berselerakan

yang bersambung kepada alat talian atas, sama ada yang tergantung atau yang berada di atas tanah.

- beri lebih perhatian supaya tidak menghampiri pada

lengkongan jarak itu apabila berada di dalam lurah atau bukit, struktur atau gerabak-gerabak.

- hendaklah membawa alat-alat panjang secara

mendatar dan bukan secara menegak.

Page 10: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B(b) sesetengah `bond' yang disambungkan kepada rel

ditanda merah pada penghujung rel dan jika dibuka, boleh mendatangkan bahaya voltan naik. 'Bond Merah' ini hanya boleh disentuh oleh pekerja yang dibenarkan oleh Pengurus Penyenggaraan (Perkhidmatan Komuter Elektrik).

(c) Arahan-Arahan kerja untuk talian berelektrik arus

ulang alik.

Arahan-Arahan Kerja bagi Talian Berelektrik Arus Ulang Alik ada terkandung di dalam satu cetakan yang berasingan dan disediakan untuk memberi penjelasan terhadap terma-terma yang digunakan berhubung dengan alat kelengkapan arus ulang alik talian atas dan memperuntukan satu "Perihalan" bagaimana sistem itu bekerja. Ianya juga mengandungi arahan-arahan penting berhubung dengan keselamatan diri.

Buku Panduan Arahan Kerja bagi Talian Berelektrik Arus Ulang Alik akan dikeluarkan kepada semua kakitangan yang diperlukan bekerja di atas atau di dalam persekitaran talian berelektrik.

KEGAGALAN UNTUK MEMATUHI ARAHAN-ARAHAN ASAS INI BOLEH MENGAKIBATKAN KECELAKAAN

3.4 Bila sesebuah Tren mendatang

3.4.1 Bila sesebuah tren datang, setiap pekerja di atas atau berhampiran dengan landasan mestilah:

(a) dengan serta merta beredar bebas dari semua

landasan melainkan beliau memang telah bebas berada di tempat yang selamat dan tidak mendatangkan bahaya dari mana-mana tren yang tidak diketahui kedatangannya.

(b) memperakui bunyi amaran dari tren dengan

mengangkat sebelah tangan di atas kepala.

(c) sebelum tren berkenaan berlalu, letakkan mana-mana peralatan yang dibawa ke atas tanah.

(d) tunggu di tempat yang selamat sehingga tren tersebut

telah berlalu dan setelah didapati bahawa tiada tren yang datang, khususnya pada landasan lain.

Page 11: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

3.4.2 Apabila terdengar tren mendatang, seseorang pekerja tidak boleh mengandaikan ianya pada landasan yang lazim tetapi mestilah memastikan atas landasan mana ianya mendatang.

3.4.3 Jika seseorang pekerja terperangkap di perantaraan

landasan yang bersebelahan di mana tren sedang mendatang dan beliau tidak dapat pergi ke suatu tempat yang selamat, beliau mestilah dengan serta merta mencari satu tempat yang selamat pada ruang di perantaraan landasan larian yang tidak terhalang. Apa-apa objek yang mungkin sedang dibawa mestilah ditempatkan di tempat yang selamat. Lihat Rajah 1B dan 2B.

4.5 Pembatalan No 1/06 (17/12/2006- 2980)

3.6 Telusan Terhad

3.6.1 Perhatian mestilah diambil bila terdapat Telusan Terhad di

antara landasan di mana tren-tren atau pergerakan lansiran dijalankan dan lain-lain landasan atau struktur-struktur yang berhampiran. Telusan Terhad akan dikenalpasti melalui satu papan tanda merah dan putih dengan perkataan AMARAN - TELUSAN TERHAD. (Lihat Rajah 3B).

Amaran

TulusanTerhad

3.6.2 Apabila beredar bebas dari sesebuah tren yang mendatang

seseorang pekerja mestilah mengelakkan dari berdiri di tempat yang ada telusan terhad.

3.6.3 Sebelum berjalan melalui suatu tempat yang ada telusan

terhad, seseorang pekerja mestilah memastikan bahawa laluan keluarnya adalah bebas.

3.6.4 Apabila di dalam terowong, seseorang pekerja mestilah

ingat setiap masa pada tempat yang mempunyai telusan. Jika dalam kedudukan bahaya sewaktu sesebuah tren mendatang, beliau mestilah baring di ruang antara landasan larian (kawasan 'C' dalam rajah 4B) atau di antara landasan berkenaan dengan dinding terowong (kawasan 'A' atau 'B' dalam rajah 5B) mengikut yang mana lebih selamat.

3.7 Telusan berhampiran landasan-landasan mencapah

Seseorang pekerja mestilah mengambil perhatian untuk memastikan bahawa terdapat telusan yang cukup untuk keselamatannya bila mana landasan-landasan mencapah.

3.8 Naik dan turun dari gerabak-gerabak yang sedang bergerak atau

berada di atas tangga dan lain-lain Seseorang pekerja tidak boleh naik atau turun dari gerabak yang sedang bergerak atau berdiri di atas tangga sesebuah unit traksi atau gerabak, tetapi Pelansir adalah dibenarkan berdiri di atas platfom yang diperuntukkan khas pada sesebuah unit traksi lansir atau gerabak lansir.

Page 12: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B4. KESELAMATAN SETIAP PEKERJA KEJURUTERAAN ATAU

TEKNIKAL APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN LANDASAN

4.1 LANTIKAN PEGAWAI YANG MENJAGA KERJA (PYMK)

4.1.1 Pegawai yang kompeten hendaklah dilantik

(a) Apabila sesuatu kerja perlu dilaksanakan di atas atau

berhampiran dengan landasan, seorang kakitangan mestilah terlebih dahulu dilantik untuk mengambil alih membuat peraturan yang perlu bagi mengelakkan seseorang daripada terkena bahaya oleh tren.

(b) Beliau adalah dirujuk sebagai PEGAWAI YANG

MENJAGA KERJA (PYMK). Beliau mestilah memiliki satu Sijil Kecekapan yang terbaharu (KTMB 039). Contohnya adalah ditunjukkan di dalam Rajah 7B. Pengecualian

(c) Apabila kerja perlu dilakukan pada bahagian luar

keretarel, peraturan-peraturan untuk mengelakkan bahaya kepada seseorang oleh tren pada landasan yang berhampiran mestilah dibuat oleh orang yang ditugaskan bertanggungjawab bagi perlindungan seperti ditunjukkan di dalam Bahagian III ini. Seorang Pegawai Yang Menjaga Kerja tidak diperlukan kecuali bila sesuatu kumpulan pekerja dikehendaki berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan berkenaan untuk sampai atau untuk meninggalkan lokasi tersebut di mana kerja ke atas gerabak dilakukan.

4.1.2 Bila mana lantikan tidak diaturkan sebelumnya

Bila mana perlantikan bagi seseorang Pegawai Yang Menjaga Kerja tidak diaturkan sebelumnya, seorang mestilah dilantik oleh orang yang terkanan yang berada di dalam kumpulan itu. Jika berkelayakan, beliau boleh melantik dirinya sendiri.

4.1.3 Bila mana lebih dari dua kumpulan

PYMK berasingan mestilah dilantik bagi setiap kumpulan bila mana lebih dari dua kumpulan hendak bekerja, walaupun jika di tempat yang sama.

Page 13: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

4.1.4 Bila mana sesuatu kumpulan dikehendaki berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan

Melainkan menggunakan Laluan Pejalan Kaki yang dibenarkan, sesuatu kumpulan tidak dibenarkan berjalan di atas atau berhampiran dengan landasan tanpa seorang PYMK dilantik dengan betul bagi membolehkan sampai atau meninggalkan tempat di mana kerja kejuruteraan atau teknikal dijalankan.

4.1.5 Bila mana pekerja dikehendaki bekerja bersendirian

Sesuatu kerja tidak boleh dikendalikan di atas atau berhampiran dengan landasan oleh seorang pekerja yang bekerja bersendirian melainkan beliau adalah PYMK yang berkelayakan dan itu pun dengan syarat bahawa:

(a) beliau berpuashati bahawa pengawas perlindungan

tidak perlu atau

(b) laluan tren pada landasan berkenaan diberhentikan mengikut Aturan-Aturan yang berkaitan.

4.2 Tanggungjawab PYMK

4.2.1 Sistem kerja untuk memastikan keselamatan pekerja PYMK

mestilah memastikan bahawa:

(a) satu sistem kerja yang selamat diamalkan supaya tren-tren tidak membahayakan pekerja yang berada di atas atau berhampiran dengan landasan.

(b) setiap orang di dalam kumpulannya telah diberi

penerangan ringkas dan faham sistem kerja tersebut sebelum memulakan tugas.

(c) Sistem kerja yang sedang berjalan ini, sekiranya perlu

dipinda kerana sesuatu perubahan atau keadaan atau hal-hal yang memerlukan ianya dipinda, setiap orang perlu difahamkan akan aturan baru tersebut.

(d) kerja tersebut diberhentikan dan setiap orang

dipindahkan ke suatu tempat yang selamat dengan serta merta jika mendapati sesuatu yang meragukan untuk meneruskan kerja tersebut dengan selamatnya.

4.2.2 Mengenalpasti PYMK

Apabila menjaga sesuatu kumpulan, Pegawai Yang Menjaga Kerja mestilah:

Page 14: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(a) memakai pada lengan kirinya satu toha biru dengan perkataan "PICOW" dalam huruf putih.

PICOW

(b) memastikan bahawa identitinya dikenali oleh setiap orang dalam kumpulannya sebelum mereka pergi ke atas atau berhampiran dengan landasan.

(c) berada bersama kumpulan tersebut sehingga kerja

tersebut disiapkan dan setiap orang adalah bebas dari landasan berkenaan atau sehingga beliau diganti oleh orang lain yang berkelayakan untuk bertindak sebagai PYMK. Dalam hal ini beliau mestilah memperkenalkan penggantinya kepada setiap orang di dalam kumpulannya.

4.3 TUGAS PYMK - UNTUK MEMUTUSKAN KEPERLUAN

PERLINDUNGAN PENGAWAS

4.3.1 Prinsip

(a) Adalah lebih selamat untuk menjalankan kerja di atas atau berhampiran dengan landasan apabila ianya ditutup untuk semua trafik. Jika ini tidak diaturkan, setiap orang yang bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan mestilah diberi peringatan yang secukupnya tentang kedatangan tren-tren, termasuk semua pergerakan di dalam kawasan pemilikan, bagi membolehkannya sampai ke suatu tempat yang selamat.

(b) Sebelum sesuatu kerja bermula di atas atau

berhampiran dengan landasan PYMK mestilah memutuskan tentang perlunya Perlindungan Pengawas. Di dalam beberapa keadaan (seperti disebutkan dalam Fasal 4.3.2) Perlindungan Pengawas adalah SENTIASA diperlukan. Dalam lain-lain keadaan, PYMK mestilah menentukan sama ada ianya diperlukan atau tidak. (Seperti disebutkan dalam Fasal 4.3.3 di bawah).

(c) Bila mana Perlindungan Pengawas diperlukan, ianya

mestilah diperuntukkan seperti yang disebutkan di dalam Fasal 4.4 dan 4.5 di bawah. Bagaimana pun sekiranya ini tidak praktikal OLEH SESUATU SEBAB, pergerakan tren-tren mestilah diberhentikan (seperti yang disebutkan dalam Fasal 4.7 di bawah).

Page 15: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(d) Jika PYMK itu berpuashati bahawa kerja tersebut boleh dilakukan dengan selamat tanpa Perlindungan Pengawas, beliau mestilah terlebih dahulu menentukan bahawa setiap orang faham apa yang dikehendaki untuk memastikan keselamatan setiap orang (seperti disebutkan dalam Fasal 4.7 di bawah).

4.3.2 Bila mana perlindungan Pengawas SENTIASA diperlukan

Perlindungan Pengawas SENTIASA diperlukan di bawah keadaan-keadaan yang berikut:

(a) bila mana sekurang-kurangnya 30 saat waktu amaran

diperlukan, atau

(b) bila mana kurang dari 30 saat waktu amaran diperlukan tetapi ianya tidak memungkinan setiap orang memandang kerap kali bagi memastikan terdapatnya isyarat amaran yang mencukupi berhubung dengan kedatangan tren-tren untuk membolehkan mereka sampai ke suatu tempat yang selamat, atau

(c) bila mana melibatkan jentera-jentera kejuruteraan

atas landasan (melainkan pengecualian diberikan oleh Jurutera Awam), atau

(d) bila mana dikehendaki oleh arahan-arahan tempatan

atau

(e) apabila mana kerja tersebut perlu dilaksanakan pada waktu gelap, kabus, hujan lebat atau dalam terowong atau

(f) jika PYMK yang berada dalam keadaan meragukan

tentang perlunya Perlindungan Pengawas diadakan.

4.3.3 Apabila PYMK memutuskan tentang perlunya perlindungan Pengawas Selain dari keadaan-keadaan yang disebutkan di dalam Fasal 4.3.2 di atas PYMK mestilah memutuskan tentang perlunya Perlindungan Pengawas, mengikut keadaan berikut:

(a) masa minima yang diperlukan bagi setiap orang di

dalam kumpulannya untuk:

- menyedarkan tentang kedatangan sesebuah tren.

Page 16: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

- memberhentikan kerja.

- mengalihkan perkakas atau peralatan yang boleh membahayakan.

- tiba ke tempat yang selamat.

(b) MASA amaran minima yang diperlukan untuk kerja

jenis ringan ialah 15 saat, dan untuk semua kerja lain MASA amaran minima ialah 30 saat. Dalam mana-mana hal, MASA ini mestilah ditambah bila mana terdapat keadaan-keadaan berikut yang menyebabkannya perlu : (lihat Rajah 6B).

- cara mana setiap orang di dalam kumpulannya

tentang kedatangan tren-tren.

- jenis kerja, perkakas dan peralatan yang digunakan.

- bilangan, umur dan pengalaman ahli kumpulan tersebut

- lokasi kedudukan yang selamat dan tentang

kewujudan telusan terhad.

- jarak penglihatan.

- keadaan cuaca.

- keadaan berlumpur.

- bunyi bising yang disebabkan oleh kerja dan apa-apa bunyi latar.

(c) Di mana aktiviti-aktiviti kumpulannya memerlukan

MASA amaran yang berlainan, MASA amaran yang lebih lama hendaklah digunakan.

(d) PYMK mestilah juga memastikan HAD KELAJUAN

tren-tren yang datang, ianya mestilah dianggap sebagai had kelajuan yang dibenarkan untuk tren-tren tidak bergantung sepenuhnya ke atas:

- semboyan-semboyan pada kedudukan Bahaya atau

Amaran atau

- lintasan rata yang dibuka kepada pengguna jalan raya atau

- tren-tren berhenti di stesen-stesen atau

Page 17: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

- had kelajuan sementara atau kecemasan melainkan

yang telah dikenakan berkaitan dengan kerja yang terlibat.

(e) Dengan mengambil kira MASA amaran yang

diperlukan untuk kerja terlibat dan HAD KELAJUAN tren-tren yang mendatang, PYMK mestilah kemudiannya menentukan JARAK dari mana tren-tren boleh dilihat dengan jelas. Panduan dalam menentukan JARAK ini adalah diberikan di dalam Carta Jarak Penglihatan, satu contoh berkenaan dengannya adalah ditunjukkan di dalam Rajah 6B.

(f) Jika didapati tidak mungkin bagi setiap orang di

dalam kumpulannya dapat melihat dengan jelas tren-tren yang mendatang pada JARAK ini dari tempat kerja, PYMK mestilah memikirkan keperluan Pengawas Perlindungan.

4.3.4 Pembatalan No 1/06 (17/12/2006- 2980)

4.4 Tugas PYMK - Apabila mengatur perlindungan PENGAWAS

4.4.1 Penempatan Pengawas

Apabila Perlindungan Pengawas disediakan, PYMK mestilah memutuskan bilangan Pengawas yang diperlukan dan menempatkan tempat kerja mereka supaya amaran yang cukup berhubung dengan kedatangan tren-tren akan diterima oleh setiap orang yang dilindungi. Semasa sistem kerja Landasan Tunggal pada Landasan Dwi-Arah dalam kawasan BLL dan bila ada keperluan lain beliau mestilah menentukan bahawa amaran yang cukup diberikan tentang kedatangan tren-tren dari mana-mana arah. Apabila menempatkan Pegawas-Pengawas, beliau mestilah juga mengambil perhatian tentang keselamatan mereka.

4.4.2 Bunyi bising daripada loji mekanikal atau dari sumber-

sumber lain

Apabila bunyi bising timbul hasil daripada penggunaan loji mekanikal atau sumber-sumber lain, PYMK mestilah mengaturkan supaya amaran berhubung dengan kedatangan tren-tren diberikan melalui:

(a) mana-mana peranti amaran yang ada pada loji

tersebut atau

(b) Amaran dengan sentuhan oleh Pengawas.

Amaran melalui sentuhan Pengawas tidak boleh diadakan bagi menggantikan peranti amaran yang rosak pada loji berkenaan.

Page 18: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

4.4.3 Pengawas mestilah kompeten dan berkeadaan lengkap

PYMK mestilah menentukan bahawa setiap Pengawas ada bersamanya satu Sijil kecekapan yang terkini KTMB 040, diberikan kelengkapan sempurna, memakai toha PENGAWAS dan diakui cekap mengendalikan mana-mana peralatan amaran khas yang akan digunakan. Satu contoh Borang Syarikat adalah ditunjukkan di dalam Rajah 8B.

4.4.4 Bila mana lebih dari dua kumpulan

Bila mana lebih dari dua kumpulan kerja bersama dan didapati perlu untuk mengatur Perlindungan Pengawas secara kongsi, PYMK bagi setiap kumpulan mestilah berbincang serta bersetuju tentang aturan perlindungan. Mereka mestilah kemudiannya memastikan bahawa Pengawas tapak faham kepada siapa beliau bertanggungjawab. Setiap PYMK mestilah memperkenalkan kepada setiap orang dalam kumpulannya mengenai identiti Pengawas tapak berkenaan.

4.5 Tugas-tugas PYMK - Apabila pekerja-pekerja bekerja dengan

perlindungan PENGAWAS

4.5.1 Peraturan hendaklah disiapkan

PYMK tidak boleh membenarkan sesuatu kerja dimulakan sehinggalah aturan-aturan untuk menyediakan Perlindungan Pengawas selesai dan, sejauh mana praktikal, beliau telah menguji aturan-aturan tersebut bagi memastikan bahawa isyarat amaran yang cukup boleh diberikan. Sebagai tambahan, beliau mestilah menentukan bahawa setiap orang yang akan diberi perlindungan sedar cara Pengawas itu memberi amaran dan tempat keselamatan yang beliau mesti pergi apabila isyarat amaran diberikan. Beliau mestilah juga menguji aturan-aturan tersebut untuk memastikan isyarat amaran tersebut berkesan.

4.5.2 Sebelum sesuatu kerja bermula atau disambung semula

PYMK tidak boleh membenarkan sesuatu kerja dimulakan atau disambung semula selepas laluan sesebuah tren sehinggalah didapati selamat untuk berbuat demikian.

4.5.3 Pengawas tidak boleh diganggu

PYMK mestilah menentukan bahawa Pengawas tidak mempunyai tanggungjawab lain, atau mengambil apa-apa bahagian dalam kerja tersebut, atau diganggu semasa kerja sedang diteruskan.

Page 19: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

4.5.4 PYMK tidak boleh menjadi Pengawas

PYMK tidak boleh bertindak sebagai Pengawas.

4.6 Tugas PYMK - apabila perlindungan Pengawas diperlukan tetapi tidak boleh diaturkan.

4.6.1 Laluan tren-tren hendaklah dihentikan bila perlu

Apabila Perlindungan Pengawas diperlukan tetapi tidak boleh diaturkan kerana kekurangan kakitangan atau alat kelengkapan kerja tidak boleh dimulakan atau diteruskan di atas atau berhampiran dengan landasan melainkan betul-betul perlu dan itu pun jika selepas PYMK telah membuat aturan supaya laluan tren-tren pada landasan yang berkenaan dihentikan.

4.6.2 Perlindungan hendaklah diaturkan

PYMK mestilah membuat aturan supaya peletup-peletup dan lain-lain perlindungan disediakan mengikut Seksyen 'J', Bahagian II Panduan Kerja Am. Walau bagaimana pun jika landasan tersebut masih di dalam pemilikan, bahagian landasan berkenaan mestilah dianggap sebagai satu tapak kerja di dalam pemilikan tersebut (dan mestilah ditunjukkan melalui papan-papan tanda jika dikehendaki mengikut Panduan Kerja Am Seksyen 'J', Bahagian III). Jika perlu, kerja mestilah ditangguhkan dan tidak boleh disambung semula sehinggalah aturan perlindungan seumpama itu telah siap.

4.6.3 Aturan apabila pekerja-pekerja dipanggil untuk membaiki

kerosakan dan lain-lainnya

(a) Fasal 4.6.2 tidak boleh dipakai jika Operator PKT atau Pengurus Stesen atau Pengelola Tren telah memanggil pekerja-pekerja untuk bekerja di atas atau berhampiran dengan landasan. Sebelum kerja seumpama itu dimulakan, PYMK mestilah memperolehi sendiri jaminan Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan tren-tren telah dihentikan pada landasan berkenaan. Jika perlu, beliau mestilah menunggu sehingga Operator PKT atau Pengurus Stesen telah mendapat satu masa yang sesuai supaya laluan tren-tren dihentikan dan kemudiannya dapatkan jaminan ini.

Page 20: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(b) PYMK mestilah mendapatkan kata persetujuan Operator PKT atau Pengurus Stesen, landasan mana yang ditutup untuk trafik dan sama ada terdapat lain-lain landasan yang masih bebas. Bila mana praktikal, beliau mestilah menandatangan timbal di sisi catatan yang dibuat dalam Buku Daftar Tren. Jika tidak, beliau mestilah meminta Operator PKT atau Pengurus Stesen membacakan semula catatan tersebut, dan setelah berpuashati bahawa ianya betul, beliau mestilah menyebutkan nama, jabatan, tempat dari mana beliau bercakap dan waktunya.

(c) PYMK mestilah memaklumkan kepada Operator PKT

atau Pengurus Stesen bila laluan tren-tren disambung semula.

4.7 Tugas PYMK - Apabila pekerja-pekerja bekerja tanpa perlindungan

PENGAWAS

4.7.1 Setiap pekerja bertanggungjawab terhadap keselamatan dirinya sendiri Sebelum membenarkan sesuatu kerja dimulakan di atas atau berhampiran sesuatu landasan di mana Perlindungan Pengawas tidak diperuntukkan, PYMK mestilah menentukan bahawa:

(a) semuanya faham bahawa setiap orang adalah

bertanggungjawab bagi keselamatan dirinya sendiri dan mestilah memandang selalu untuk memastikan bahawa terdapat isyarat amaran yang cukup tentang kedatangan tren-tren bagi membolehkannya tiba ke tempat yang selamat.

(b) semuanya telah maklum tentang had kelajuan tren-

tren yang dibenarkan dan arah-arah yang biasanya tren-tren itu mendatang pada setiap landasan.

(c) semuanya tahu tentang tempat yang selamat yang mesti ditujui bila sesebuah tren mendatang.

4.7.2 Jika laluan tren-tren dihentikan

Jika laluan tren-tren telah diberhentikan (seperti yang disebutkan di dalam Fasal 4.6), PYMK mestilah menentukan bahawa setiap orang tahu landasan yang manakah yang ditutup kepada pergerakan tren-tren dan sama ada terdapat mana-mana landasan lain yang masih bebas.

4.8 Tugas PYMK - apabila kerja dijalankan pada atau berhampiran

sesuatu landasan di dalam pemilikan

Page 21: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

4.8.1 Apabila kerja dijalankan pada atau berhampiran dengan sesuatu landasan di dalam pemilikan, PYMK mestilah faham bahawa pemilikan tersebut mungkin diminta diserahkan semula tanpa amaran. Beliau mestilah menentukan bahawa satu sistem kerja yang selamat yang tidak bergantung kepada aturan-aturan pemilikan diselenggarakan.

4.8.2 PYMK walau bagaimana pun, bolehlah bersandarkan

kepada peraturan pemilikan bila kerja hendak dibuat di sesuatu tapak kerja di bawah kawalan seorang Penyelia Kejuruteraan dengan syarat aturan-aturan berikut dilaksanakan:

(a) sebelum kerja tersebut dimulakan (atau sebelum

mengambil alih tugas kerja yang telah dimulakan), PYMK mestilah menandatangani Sijil Penyelia Kejuruteraan.

(b) PYMK mestilah juga menandatangani Sijil ini apabila

kerja tersebut telah siap atau jika kerja tersebut perlu diteruskan selepas tapak kerja tersebut diserahkan semula, sebaik sahaja beliau telah memastikan bahawa satu sistem kerja yang selamat dilaksanakan supaya tren-tren yang mendatang di landasan laju tidak akan membahayakan sesiapa.

4.9 Tugas-tugas Pengawas

4.9.1 Kecekapan

Seorang pekerja yang dilantik sebagai Pengawas mestilah disahkan cekap.

4.9.2 Alat kelengkapan

Pengawas mestilah memakai pada lengan kirinya satu toha putih dengan perkataan PENGAWAS bertulis merah. Beliau mestilah ada bersama-samanya:

PENGAWAS- satu wisel/hon.

- sekurang-kurangnya enam butir peletup.

- satu bendera merah dan satu bendera hijau pada

waktu siang.

Page 22: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

- satu bendera berpetak biru dan putih.

- satu lampu tangan yang boleh mempamerkan cahaya merah dan hijau pada waktu gelap.

- satu Sijil Kecekapan yang terbaru.

4.9.3 Penempatan Pengawas

Pengawas mestilah mengambil tempat seperti yang diarahkan oleh PYMK dan berada di situ sehingga diberitahu oleh PYMK bahawa kerja tersebut telah siap dan setiap orang adalah bebas dari landasan atau beliau diganti oleh Pengawas yang lain. Kecuali apabila diganti, beliau tidak boleh meninggalkan tempatnya semasa kerja tersebut diteruskan.

4.9.4 Berkeadaan waspada

Pengawas mestilah berwaspada terhadap kedatangan tren-tren dan jangan biarkan perhatiannya terganggu atau mengambil bahagian dalam kerja tersebut.

4.9.5 Apabila sesebuah tren mendatang

Apabila sesebuah tren mendatang, Pengawas mestilah dengan serta merta memberi isyarat amaran dengan membunyikan wisel/hon atau jika perlu dengan menjerit. Jika sesiapa yang diberi perlindungan gagal untuk memperakui isyarat amaran ini dengan serta merta mengangkat sebelah tangan di atas kepalanya dan beredar ke satu tempat yang selamat, satu isyarat amaran segera mestilah diberi melalui beberapa turutan bunyi wisel/hon pendek dan nyaring sehinggalah setiap orang telah beredar ke suatu tempat yang selamat.

4.9.6 Amaran melalui sentuhan

Bila mana isyarat amaran diberi melalui sentuhan, Pengawas berkenaan mestilah dengan serta merta memberi isyarat amaran seumpama itu apabila sesebuah tren mendatang dan ulangi isyarat amaran tersebut kepada sesiapa yang tidak bergerak dengan serta merta ke suatu tempat yang selamat.

4.9.7 Pengawas jarak jauh atau jarak perantaraan

Bila mana seorang Pengawas jarak jauh/perantaraan diperlukan untuk memberitahu kedatangan tren kepada Pengawas tapak melalui isyarat semboyan tangan, beliau mestilah berbuat demikian dengan mengibarkan satu

Page 23: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

bendera berpetak biru dan putih dengan perlahan-lahan dari kiri ke kanan di atas kepala sehinggalah diperakui. Pengawas tapak mestilah memberi perakuan ini dengan mengibarkan bendera berpetak biru dan putih di atas kepalanya. Bila mana lebih dari dua Pengawas tapak, setiap Pengawas mestilah terus memberi perakuan ini sehingga Pengawas Jarak Jauh/Perantaraan telah melihat bahawa isyarat semboyan tangannya diperakui oleh semua Pengawas tapak.

Nota : Isyarat semboyan tangan ini hanya boleh diberi pada waktu siang

dengan syarat penglihatan baik.

4.9.8 Jika tidak dapat memberi perlindungan yang cukup

Pengawas mestilah membunyikan isyarat amaran jika beliau tidak dapat memberi perlindungan yang cukup disebabkan:

(a) seseorang bergerak terlampau jauh, atau

(b) beliau tidak dapat melihat Pengawas di jarak

jauh/perantaraan (bila mana diperuntukkan), atau

(c) beliau perlu berhenti sebentar dari menjalankan tugas-tugas Pengawas, atau

(d) ada sebab-sebab lain. Bila mana semuanya telah

bebas, beliau mestilah memberitahu PYMK.

4.10 Tugas-tugas pekerja - apabila bekerja di bawah perlindungan Pengawas.

4.10.1 Jangan mulakan kerja sehingga di dapati selamat

untuk berbuat demikian Seseorang pekerja tidak boleh memulakan kerja sehingga:

(a) beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa

ia adalah selamat untuk berbuat demikian.

(b) beliau betul-betul faham bagaimana, Pengawas itu akan memberi isyarat amaran dan tempat yang selamat yang beliau mesti pergi bila isyarat amaran diberikan.

4.10.2 Apabila Pengawas memberi isyarat Amaran

Page 24: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

Apabila Pengawas memberi isyarat amaran, setiap pekerja yang dilindungi mestilah dengan serta merta memperakui isyarat amaran itu dengan mengangkat sebelah tangan di atas kepalanya dan pergi ke tempat yang selamat. Beliau mestilah berada di tempat yang selamat itu sehinggalah PYMKnya mengisyaratkan yang kerja itu boleh disambung semula.

4.10.3 Pengawas tidak boleh diganggu

Seseorang pekerja tidak boleh mengganggu Pengawas.

4.10.4 Jika perlindungan pengawas tidak mencukupi

Jika, oleh sesuatu sebab, Pengawas tidak kelihatan lagi, atau jika isyarat amarannya tidak mungkin kedengaran, setiap pekerja yang dilindungi mestilah dengan serta merta pergi ke tempat yang selamat dan PYMKnya mestilah diberitahu.

4.10.5 Pembatalan No 1/06 (17/12/2006- 2980)

4.11 Tugas-tugas setiap pekerja - apabila bekerja tanpa perlindungan

Pengawas.

4.11.1 Jangan memulakan kerja sehinggalah didapati selamat untuk berbuat demikian

Setiap pekerja yang bekerja di atas atau berhampiran landasan tanpa Perlindungan Pengawas adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan dirinya sendiri. Beliau tidak dibenarkan memulakan kerja sehingga:

(a) beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ianya

selamat untuk berbuat demikian.

(b) beliau tahu akan had kelajuan tren-tren dan dari arah mana yang tren-tren biasanya akan mendatang.

(c) beliau faham dengan jelas akan tempat

keselamatan yang beliau mesti pergi bila sesebuah tren mendatang.

4.11.2 Sentiasa berwaspada terhadap tren-tren yang mendatang

Setiap pekerja mestilah sentiasa memandang perhatian untuk menentukan bahawa terdapat isyarat amaran yang cukup tentang kedatangan tren-tren bagi membolehkannya pergi ke tempat yang selamat.

Page 25: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

4.11.3 Apabila tren mendatang

Beliau mestilah mematuhi peruntukan Fasal 3 di atas tetapi apabila sesebuah tren mendatang, beliau mestilah juga memberi isyarat amaran kepada sesiapa yang berhampiran. Walau bagaimana pun beliau tidak boleh bersandarkan kepada orang lain untuk memberi isyarat amaran tentang kedatangan sesebuah tren. Beliau tidak boleh menyambung semula kerjanya sehinggalah beliau telah diberitahu oleh PYMKnya bahawa ianya selamat untuk berbuat demikian.

4.11.4 Aturan pengawasan yang tidak dibenarkan

Tidak sesiapa pun selain dari seorang Pengawas yang dilantik dengan sempurna dibenarkan untuk mengawasi kakitangan lain ataupun seseorang kakitangan tidak boleh bersandarkan kepada aturan yang seumpama itu.

5. TUGAS AM BAGI PEKERJA YANG BERADA DI ATAS ATAU

BERHAMPIRAN DENGAN LANDASAN

5.1 Perjalanan dalam tren, kabin memandu, kompatmen brek atau van brek

5.1.1 Tidak sesiapa pun selain dari pekerja yang dalam tempoh menjalankan tugasnya dibenarkan membuat perjalanan dalam tren, kabin memandu atau van brek kecuali seperti berikut:

(a) dalam kabin memandu pada mana-mana tren.

- pemegang kepada suatu pas kabin memandu (mengikut

syarat-syarat yang dicatatkan di atas pas tersebut).

- pelansir semasa menjalankan tugas-tugas lansiran.

- kru tren dalam perjalanan semasa bertugas (hanya dipakai bila tidak terdapat lain-lain kemudahan tempat dan di dalam mana-mana kabin memandu selain dari kabin memandu yang mana tren itu sedang dipandu).

(b) di dalam koc penumpang pada tren-tren penumpang.

- pemegang tiket, pas atau permit yang sah.

- kru tren dalam perjalanan semasa dalam tugas.

(c) di dalam kompatmen brek atau van brek pada tren

penumpang.

- pemegang sesuatu pas kuasa yang sah di dalam kompatmen brek atau van brek.

Page 26: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

- orang-orang cacat di atas kerusi roda.

- kru tren dalam perjalanan semasa bertugas (hanya dipakai bila tiada lain-lain kemudahan tempat).

- orang-orang yang dibenarkan bekerja dengan

menggunakan teroli katering (dengan syarat Gad tidak terganggu dalam menjalankan tugasnya).

(d) di dalam tren stok kocing kosong.

- kru tren dalam perjalanan semasa menjalankan tugas.

- kakitangan Syarikat atau lain-lain kakitangan yang

dikehendaki membuat perjalanan berhubung dengan kerja tren berkenaan (hanya dipakai pada tren-tren yang disiarkan di dalam Jadual Waktu Kerja atau Notis Tren Khas untuk membawa kakitangan tersebut; seorang Gad mestilah disediakan jika bukan kakitangan Syarikat menaikinya).

- Setiap pekerja lain dalam perjalanan semasa menjalankan

tugas mereka ke atau dari tempat mereka bekerja (hanya dipakai bila mana dibenarkan).

(e) di dalam tren-tren bungkusan atau pos.

- pemegang-pemegang pas atau permit yang sah untuk

Tren Bungkusan atau Tren Pos.

(f) di dalam tren barang.

- pemegang-pemegang pas kuasa yang sah untuk kompatmen brek atau van brek (hanya dipakai di dalam van brek yang dinaiki oleh Gad).

- pengiring untuk pergerakan-pergerakan khas

(sebagaimana yang diberi di dalam Arahan-Arahan Khas Syarikat).

5.1.2 Apabila dibenarkan oleh Pengurus Stesen, seorang daripada

kakitangannya dalam hal-hal kecemasan boleh menaiki Kabin memandu, van brek atau tren penumpang di dalam tempat yang berkenaan dan di perantaraan stesen-stesen berhampiran.

5.1.3 Tidak lebih daripada empat orang (termasuk Pemandu dan

Pemandu Rendah) dibenarkan berada di dalam kabin memandu di mana Pemandu sedang memandu unit traksi atau trennya melainkan telah diberi kebenaran khas oleh Pengurus Besar, Operasi Tren.

Page 27: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

5.1.4 Seseorang pekerja yang membuat perjalanan di dalam kabin memandu dilarang mengganggu Pemandu dari menjalankan tugasnya dengan sempurna.

5.2 Unit traksi tidak boleh digerakkan oleh orang yang tidak berkelayakan

Sesuatu unit traksi mestilah digerakkan di bawah kuasanya sendiri oleh seorang yang telah lulus dan cekap untuk memandu jenis kenderaan berkenaan atau oleh seorang yang dibenarkan di bawah pengawasan langsung seorang Pengajar atau Pemandu.

5.3 Bekalan dan kegunaan Peletup

5.3.1 Peletup mestilah diselenggarakan dengan sempurna.

5.3.2 Peletup-peletup mestilah diikat pada pertengahan kepala rel

dengan melentikkan klip ke bawah bebibir rel. Orang yang meletakkan peletup mestilah mengelakkan dari berdiri di tempat yang ada risiko kecederaan melalui serpihan yang berterbangan dan mestilah mengisyaratkan kepada yang lain yang berada di persekitaran supaya beredar jauh sekurang-kurangnya 30 meter.

5.3.3 Setiap pekerja yang dibekalkan dengan peletup adalah

bertanggungjawab untuk menyimpannya dengan baik dan menentukan bekalannya. Peletup-peletup yang dihantar melalui tren penumpang mestilah diserahkan kepada Gad berkenaan.

5.3.4 Peletup yang menunjukkan tanda-tanda karat, rosak atau reput

(dan mana-mana baki peletup yang tinggal di dalam bekas yang sama) dan peletup-peletup melebihi lima tahun hayatnya mestilah dikembalikan kepada pihak yang mengeluarkannya dengan serta merta. Bulan dan tahun pembuatan adalah ditunjukkan di atas setiap bekas peletup. Peletup mestilah diperiksa setiap tahun.

5.3.5 Jika sesuatu peletup gagal meletup atau serpihan yang melayang

menyebabkan kecederaan, peletup atau serpihan tersebut dan mana-mana baki peletup di dalam bekas yang sama mestilah dipulangkan kepada pihak pengeluaran dengan serta merta bersama satu laporan berkenaan dengannya.

5.3.6 Peletup-peletup mestilah diuruskan dengan cermat dan tidak

boleh disalah guna. Ianya tidak boleh dibawa dengan kenderaan yang digunakan oleh orang awam. Sebarang kecurian atau salah guna mestilah dilaporkan kepada Pengurus Wilayah. Jika beliau mengganggap insiden tersebut serius hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Polis.

Page 28: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

5.4 Klip operasi litar landasan

5.4.1 Bila dipasang dengan kemas pada sebelah atas sesuatu rel larian, Klip Operasi Litar Landasan akan kendalikan litar landasan dan memberi satu cara melindungi halangan dengan serta merta pada sesuatu Litar Landasan. Ini mestilah digunakan bila perlu untuk melaksanakan perlindungan.

5.4.2 Penggunaan klip tidak akan menggantikan atau mengurangkan

keutamaan bagi penggunaan mana-mana alat perlindungan lain yang diperlukan.

5.4.3 Klip-klip tidak boleh dialihkan dari landasan berkenaan

sehinggalah cara kerja biasa disambung semula atau perlindungan lain telah diberikan. Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah diberitahu apabila klip tersebut telah dialihkan.

5.5 Semboyan tangan

5.5.1 Ukuran bendera mestilah tidak kurang dari 61 cm kali 40 cm dan

mestilah berkeadaan bersih, dan berwarna terang.

5.5.2 Pada waktu siang apabila penglihatan baik, isyarat semboyan tangan mestilah diberikan dengan menggunakan bendera atau jika dibenarkan dengan mengangkat atau menggerakkan tangan. Pada waktu gelap, kabus atau hujan lebat dan di waktu siang bila penglihatan kabur, semua isyarat semboyan tangan mestilah diberi dengan lampu tangan.

5.5.3 Setiap isyarat semboyan tangan mestilah diberi dengan terang

dan jelas tetapi mestilah berhati-hati untuk menentukan bahawa ianya diberikan kepada orang yang dimaksudkan sahaja. Bendera atau lampu mestilah dipegang dengan sempurna (melainkan ada cara lain ditunjukkan) dan tidak diletakkan ke bawah atau di mana-mana tempat kecuali bila ianya menunjukkan sesuatu halangan atau gerabak yang tidak boleh digerakkan atau poin-poin yang telah disetkan untuk cara kerja Landasan Tunggal.

5.5.4 Perhatian hendaklah diambil untuk memastikan bahawa isyarat

semboyan tangan tidak bercanggah secara tidak sengaja dengan aspek Bahaya bagi mana-mana semboyan henti yang berdekatan dan mengelirukan Pemandu melepasi semboyan pada kedudukan Bahaya tanpa kebenaran.

5.5.5 Bendera dan lampu tangan mestilah sentiasa berkeadaan bersih.

Page 29: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

5.6 Isyarat semboyan tangan Bahaya

5.6.1 Isyarat semboyan tangan merah menunjukkan BAHAYA - BERHENTI dan kecuali sebagaimana yang dibenarkan berhubung dengan ujian brek automatik, isyarat semboyan tangan ini hanya digunakan bila perlu untuk memberhentikan tren atau pergerakan.

5.6.2 Bila mana tiada bendera merah, isyarat semboyan tangan

Bahaya hendaklah diberikan dengan mengangkat kedua belah tangan di atas kepala atau bila menaiki sesebuah gerabak, dengan menggerakkan semboyan tangan naik dan turun. Bila lampu merah tiada, isyarat semboyan tangan Bahaya hendaklah diberikan dengan mengibarkan apa-apa lampu dengan galaknya.

5.6.3 Mana-mana tren atau pergerakan mestilah diberhentikan dengan

serta merta bila mana sesuatu isyarat semboyan tangan Bahaya yang dimaksudkan kepadanya dipamerkan.

5.7 Perlindungan dengan mengekalkan semboyan-semboyan pada

kedudukan Bahaya.

Bila didapati perlu untuk mengekalkan sesuatu semboyan pada kedudukan Bahaya untuk melindungi sesuatu landasan yang terhalang oleh sesuatu kemalangan, kegagalan, insiden di luar jangka dan lain-lain, atau kerja kejuruteraan, atau yang berhubung dengan pengasingan arus traksi, semboyan ini boleh dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak terlibat dengannya dengan syarat ianya selamat untuk berbuat demikian.

5.8 Mengawal poin-poin

5.8.1 Apabila poin-poin hendak dikawal untuk keselamatan pergerakan,

ianya mestilah dipasang kukuh dengan pencengkam (klip poin) untuk pergerakan dari mana-mana arah.

5.8.2 Bahagian Kejuruteraan Raya mestilah memperuntukkan

kakitangan yang perlu apabila poin-poin hendak dilindungi berhubung dengan kerja kejuruteraan.

5.8.3 Apabila poin-poin dipasang pada sesuatu landasan larian tetapi

tidak disambungkan kepada panel semboyan atau rak bumi yang terdekat atau apabila poin-poin di sesuatu landasan larian yang tidak digunakan tetapi tidak dialihkan dengan serta merta, ianya mestilah dilindungi dan dikecualikan dari penggunaan seperti yang disenaraikan di dalam Appendiks kepada Panduan Kerja Am. Aturan dan arahan berhubung dengan pergerakan ke atas poin-poin tidak meliputi poin-poin seumpama ini.

Page 30: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

5.9 Gerabak-gerabak rosak

5.9.1 Seseorang pekerja Bahagian Kejuruteraan dan Penyenggaraan yang mendapati bahawa sesuatu gerabak perlu dibaiki mestilah meletakkan label yang sesuai pada kedua-dua belah gerabak tersebut seperti mana yang terdapat dalam arahan bahagian. Jika gerabak tersebut didapati tidak selamat untuk perjalanan, beliau mestilah juga memberitahu Gad, Pelansir atau orang yang menjaga mengikut kesesuaian.

5.9.2 Jika seseorang pekerja, selain dari seorang pekerja yang dibenar

dan Penyenggaraan Kejuruteraan yang dibenarkan, melindungi atau mengalih sesuatu label TIDAK BOLEH PERGI atau label SAKIT, beliau boleh didakwa.

5.10 Penceroboh

5.10.1 Selain dari pekerja yang sedang menjalankan tugasnya

atau yang sedang menggunakan sesuatu laluan yang dibenarkan untuk pergi ke atau dari tempat kerjanya atau seseorang yang memiliki kuasa yang membenarkannya berada di kawasan kereta api yang berkenaan, lain-lain orang yang berada di kawasan kereta api hendaklah dianggap sebagai penceroboh.

5.10.2 Seseorang penceroboh mestilah diminta untuk

memberikan nama dan alamatnya dan mestilah diberitahu untuk meninggalkan premis kereta api melalui jalan yang paling selamat dan diberi amaran supaya tidak menceroboh lagi. Peristiwa berkenaan mestilah dilaporkan. Jika beliau enggan pergi, pihak Polis hendaklah dipanggil. Polis hendaklah juga dipanggil bila terdapat penceroboh yang degil atau kerosakan kepada premis kereta api.

5.11 Pekerja-pekerja yang masuk dan keluar dari gerabak-gerabak

penumpang yang tidak dalam perkhidmatan

Apabila masuk dan keluar dari sesebuah Koc Penumpang yang tidak dalam perkhidmatan, setiap pekerja mestilah menentukan bahawa pintu-pintunya sentiasa ditutup dengan betul. Pada sesuatu gerabak yang mempunyai pintu kendalian kuasa automatik, beliau tidak boleh mengendalikan mana-mana kunci `pelepas' kecuali yang telah diperuntukkan untuk kegunaan oleh kru tren. Pemegang-pemegang kunci kecemasan dalam dan luar tidak boleh digunakan untuk tujuan ini.

6. TUGAS AM PEKERJA APABILA BEKERJA DI ATAS ATAU BERHAMPIRAN LANDASAN

Page 31: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

6.1 Kerja yang menjejaskan keselamatan landasan.

Seseorang pekerja tidak boleh memulakan kerja yang boleh menjejaskan keselamatan landasan, atau menggunakan kren atau lain-lain alat mekanikal yang boleh mengendala atau menghalang landasan berkenaan sehinggalah beliau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh orang yang menjaganya. Yang terlebih dahulu mestilah menentukan bahawa peruntukan-peruntukan yang bersesuaian bagi Seksyen 'H' dan 'J' Panduan Kerja Am telah dipatuhi.

6.2 Kerja di atas atau berhampiran landasan

6.2.1 Alat-alat atau perkakas yang ditinggalkan mestilah bebas dari

landasan dan tidak ditinggalkan dalam sekitaran 2 meter dari rel semasa laluan sesebuah tren melainkan tidak terdapat kemungkinan ianya dibawa oleh arus gelincir laluan tren.

6.2.2 Apabila bekerja di atas atau berhampiran landasan, seseorang

pekerja mestilah sejauh mana yang boleh memastikan bahawa:

(a) perkakas atau peralatan tidak ditinggalkan menghalangi tempat berlindung, tempat rehat, ruang pejalan kaki atau laluan berjalan kaki.

(b) balas atau lain-lain peralatan tidak dibenarkan terkumpul

sehingga menghalang atau mengganggu alat persemboyanan atau lintasan rata atau alat kelengkapan tren.

(c) kabel-kabel tidak boleh diganggu dan peralatan mudah

terbakar tidak dibenarkan dikumpul berhampiran dengan laluan kabel.

(d) Notis-notis amaran berhubung dengan kabel voltan tinggi

dan tanda-tanda yang menunjukkan kabel tidak boleh terhalang dan laluan kabel hendaklah bebas jika berlaku kebakaran di bawahnya.

(e) Palang atau get di lintasan rata suwa ditundukkan atau

ditutup dan apa-apa salah laku dalam hal ini, mestilah dilaporkan, dan lain-lain get yang memberi laluan di sebelah tepi landasan hendaklah ditutup dan, di mana praktikal, dikunci.

(f) Pagar tepi landasan mestilah dalam keadaan baik, mana-

mana yang rosak atau cacat hendaklah dibaiki dan butir-butirnya hendaklah dilaporkan kepada Merinyu Urusan Jalan.

(g) alat-alat yang telah ditempatkan di atas landasan yang

menyebabkan halangan tidak boleh ditinggalkan di tepi landasan apabila kerja siap.

Page 32: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

6.3 Kerja di atas atau berhampiran poin-poin

6.3.1 Jika seseorang pekerja dikehendaki bekerja di atas atau berhampiran landasan dan ada kemungkinan kecederaan akan berlaku disebabkan oleh kendalian poin-poin, beliau mestilah sebelum memulakan kerja seumpama itu mestilah mengambil langkah-langkah keselamatan berikut:

(a) memberitahu dan mendapatkan persetujuan Operator PKT

atau Pengurus Stesen, poin mana yang akan terlibat dan jangka masa yang diperlukan.

(b) mengaturkan supaya poin-poin tersebut dikendalikan

kepada kedudukan yang diperlukan.

(c) melindungi poin-poin tersebut dengan bingkah bagi mengelakkan pergerakan (dalam hal poin-poin kendalian elektrik, Merinyu Semboyan & Komunikasi bolehlah mengasingkan poin-poin).

6.3.2 Semasa kerja tersebut, tren-tren biasanya boleh disemboyankan

melalui laluan poin-poin yang diset.

6.3.3 Kerja tersebut mestilah disiapkan atau dihentikan mengikut waktu yang dipersetujui bagi mengelakkan kelewatan kepada tren-tren lain. Bingkah-bingkah mestilah dialihkan (atau poin-poin dikendalikan semula ke cara kerja biasa) dan Operator PKT atau Pengurus Stesen seterusnya diberitahu.

6.4 Kerja dengan tren jurutera

6.4.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan naik dan turun dari sesebuah

gerabak yang bergerak melainkan telah dibenarkan berbuat demikian oleh Penyelia Bahagian Kejuruteraan. Beliau tidak boleh berada di dalam sesebuah gerabak yang akan digerakkan melainkan jika beliau boleh melakukannya tanpa menghadapi risiko tercampak keluar atau terjatuh.

6.4.2 Pekerja Bahagian Kejuruteraan boleh menaiki kabin memandu

bagi sesebuah tren Jurutera yang bergerak ke hadapan, pada atau dari sesuatu landasan di bawah Pemilikan SAHAJA apabila dibenarkan oleh Pegawai yang menjaga Pemilikan atau Penyelia Kejuruteraan yang menjaga sesuatu kerja tapak. Pekerja berkenaan mestilah memberi maklumat yang perlu kepada Pemandu berhubung dengan lokasi kerja tersebut atau tentang aturan-aturan perlindungan tersebut.

6.5 Bekerja dengan atau berhampiran jentera Jurutera atas landasan

Apabila bekerja dengan atau berhampiran dengan Jentera Jurutera atas Landasan, setiap pekerja mestilah mematuhi arahan-arahan berkaitan dengannya dalam Buku Panduan Keselamatan Landasan.

Page 33: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

6.6 Bekerja dengan kenderaan jalanraya berhampiran dengan landasan

Apabila menjaga sesebuah kenderaan jalanraya berhampiran dengan landasan, seseorang pekerja mestilah mematuhi arahan-arahan di dalam Buku Panduan Kenderaan Jalanraya Pemandu.

6.7 Tugas-tugas rondaan

6.7.1 Bila menjalankan tugas-tugas rondaan, seseorang pekerja

Bahagian Kejuruteraan Raya mestilah ada bersamanya sekurang-kurangnya enam butir peletup, satu bendera hijau dan satu bendera merah dan di kawasan-kawasan Litar Landasan, satu Klip Operasi Litar Landasan dan pada waktu gelap atau hujan lebat satu lampu tangan mestilah juga dibawa. Beliau mestilah membuat pemeriksaan mengikut cara yang ditetapkan oleh bahagian itu dan mestilah mencuba semua telefon di mana-mana lintasan rata yang tidak berkawal untuk menentukan ianya dalam keadaan bekerja.

6.7.2 Kakitangan yang membuat pemeriksaan landasan di dalam

kawasan Dwi-arah Blok Litar Landasan, di kawasan landasan berkembar mestilah berjalan mengadap arah yang biasa dari mana tren-tren datang dan mestilah mematuhi Fasal 3.3.4 (c) di atas, dan

6.7.3 Sebelum memulakan rondaannya beliau mestilah menghubungi

Operator PKT atau Pengurus Stesen dan perolehi jaminan darinya bahawa setiap tren tidak akan dibenar dikendalikan pada arah yang bertentangan melalui bahagian landasan berkenaan sehinggalah Peronda telah sekali lagi melaporkan di semboyan yang ditetapkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen.

6.7.4 Selepas memberi jaminan seumpama itu Operator PKT atau

Pengurus Stesen tidak boleh membenarkan mana-mana tren dikendalikan pada arah yang bertentangan melalui landasan berkenaan sehinggalah Peronda tersebut telah melaporkan dari semboyan yang ditetapkan, atau, dalam keadaan berlaku kerosakan telefon di semboyan tersebut, dari mana-mana lokasi lain, dan telah diberi amaran tentang arah pergerakan yang bertentangan itu.

6.7.5 Apabila pergerakan ke arah yang bertentangan itu selamat

Peronda berkenaan mestilah sekali lagi berhubung dengan Operator PKT atau Pengurus Stesen. Operator PKT atau Pengurus Stesen berkenaan kemudiannya bolehlah seterusnya memberi jaminan bahawa setiap tren tidak akan dibenarkan bergerak pada arah yang bertentangan dan tidak akan memberi kebenaran untuk Peronda tersebut meneruskan tugasnya dan Peronda hendaklah melaporkan dari semboyan yang ditetapkan berikutnya.

Page 34: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B7. TUGAS AM BAGI PEKERJA-PEKERJA DI SEMUA STESEN-

STESEN PENUMPANG

7.1 Penumpang dan bungkusan hendaklah berada bebas dari tepi platform

Peralatan stesen, bungkusan, kelangkasar dan kerusi tolak dan lain-lainnya tidak boleh ditinggalkan dalam sekitaran 1.75 meter dari hujung platform. Apabila sesebuah tren hendak berlalu terus tanpa berhenti, penumpang-penumpang mestilah jika boleh diberitahu supaya berdiri jauh dari tepi platform.

7.2 Teroli-teroli dan peralatan stesen dan lain-lainnya hendaklah dilindungi

Apabila tidak dijaga, teroli-teroli dan peralatan mudalih stesen mestilah dilindungi mengikut arahan-arahan yang berkaitan dan kunci-kunci hendaklah dikeluarkan. Mana-mana penumpang yang ada bersamanya kerusi tolak dan lain-lainnya, mestilah jika praktikal, diberitahu untuk menentukan bahawa ianya dipastikan selamat atau diikat dengan kuat (tidak kira jaraknya dari tepi platform) apabila sesebuah tren datang atau berlalu terus tanpa berhenti.

7.3 Penumpang-penumpang naik dan turun dari tren

7.3.1 Seseorang pekerja tidak dibenarkan membuka pintu untuk

membenarkan penumpang naik dan turun dari tren yang sedang bergerak dan mestilah menegah mana-mana penumpang yang cuba berbuat demikian.

7.3.2 Jika sesebuah tren berhenti dengan sebahagian daripada koc-

kocnya tidak berada di platform, penumpang-penumpang yang terlibat mestilah dinasihatkan dengan serta merta supaya jangan keluar. Mereka mestilah diminta berjalan di dalam tren tersebut sekiranya boleh atau menunggu sehingga tren tersebut digerakkan untuk membolehkan penumpang-penumpang turun.

7.4 Tren penumpang tidak boleh berlepas sebelum jadual

Tren penumpang tidak boleh berlepas dari sesebuah stesen sebelum waktu yang diiklankan.

7.5 Melepaskan tren yang mempunyai pintu kendalian kuasa dari platform

stesen yang ada kakitangan bertugas

7.5.1 Kakitangan yang menjaga platform mestilah memberi isyarat semboyan tangan (seperti yang disebutkan dalam Fasal 7.6.1 di bawah) kepada Gad (Pemandu bagi Tren Kendalian Pemandu

7.5.2 Apabila pintu-pintu ditutup, kakitangan yang menjaga platform

tersebut mestilah memastikan bahawa pintu-pintu tidak menghalang, tiada sesiapa yang tersangkut pakaian, dan lain-lain dan ianya selamat untuk berlepas. Beliau mestilah kemudiannya:

Page 35: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(a) memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas (seperti yang diperihalkan di dalam Fasal 7.7 di bawah) kepada Gad yang akan menentukan bahawa ianya selamat untuk berlepas sebelum memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu atau

(b) dalam hal Tren Kendalian Pemandu sahaja, hendaklah

memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu.

7.6 Tren-tren yang mempunyai pintu-pintu kendalian kuasa berlepas dari

platform yang tiada kakitangan

7.6.1 Bila mana tiada terdapat kakitangan stesen (lihat nota di bawah) di platform, sesebuah tren yang mempunyai Pintu-Pintu Kendalian Kuasa boleh berlepas dari stesen tersebut selepas Gad atau Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja, telah melaksanakan prosedur pemeriksaan seperti yang disebutkan dalam Fasal 7.5.2 di atas dan semboyan-semboyan berkenaan mempamerkan aspek maju.

Nota : Apabila tren-tren EMU tiba serentak di sesebuah stesen, kakitangan stesen

hendaklah berada pada tren yang berdekatan dengan Pejabat Pengurus Stesen. Tren bukan EMU hendaklah dikendalikan oleh kakitangan stesen diutamakan daripada tren-tren EMU.

7.6.2 Sekiranya sesebuah tren yang mempunyai Pintu-Pintu Kendalian

Kuasa berhenti di sesebuah platform tanpa kakitangan, Gad mestilah melaksanakan prosedur-prosedur pemeriksaan seperti yang disebutkan di dalam Fasal 7.5.2 di atas sebelum memberi isyarat semboyan sedia untuk berlepas kepada Pemandu.

7.7 Semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS

7.7.1 Pada waktu siang, isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS

mestilah diberikan melalui satu bendera hijau yang dikibarkan di atas kepala apabila memulakan tren dari paltform penumpang atau dengan sebelah tangan di atas kepala apabila memulakan dari tempat lain. Pada waktu malam atau dalam cuaca gelap, semboyan tangan ini mestilah sentiasa diberikan melalui lampu hijau yang dipegang tetap di atas kepala.

7.7.2 Isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS mestilah dibantu

dengan penggunaan wisel.

7.7.3 Bila mana penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS diperuntukkan, ianya mestilah digunakan oleh kakitangan yang menjaga bagi mengulangi isyarat semboyan tangan Gad SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu. Penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS bila mana diperuntukkan, mestilah digunakan untuk memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja.

Page 36: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

7.7.4 Bila mana penunjuk SEDIA UNTUK BERLEPAS tidak diperuntukkan dan Pemandu tidak dapat melihat isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS dari Gad, kakitangan yang menjaga mestilah selepas memastikan isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS telah diberikan, seterusnya beri isyarat semboyan tangan kepada Pemandu berkenaan.

7.8 Memulakan tren dari tempat yang ada diperuntukkan semboyan

7.8.1 Bila mana sesuatu semboyan diperuntukkan, jika praktikal

pemeriksaan hendaklah dibuat, untuk memastikan bahawa semboyan berkenaan dibebaskan sebelum:

(a) Kakitangan yang menjaga memberi isyarat semboyan

tangan untuk menunjukkan bahawa kerja stesen telah siap.

(b) Gad memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK

BERLEPAS.

(c) kakitangan yang menjaga memberi isyarat semboyan SEDIA UNTUK BERLEPAS kepada Pemandu Tren Kendalian Pemandu sahaja.

7.8.2 Bila mana perlu, satu penunjuk "OFF" diperuntukkan bagi

membolehkan kakitangan yang menjaga atau Gad berkenaan untuk memastikan bahawa semboyan berkenaan dibebaskan sebelum tren berlepas. Penunjuk ini mengandungi satu tanda berkilau yang menunjukkan perkataan "OFF" bila semboyan yang dimaksudkan itu mempamerkan satu tanda maju. Tiada indikasi yang ditunjukkan bila semboyan berkenaan berada pada keadaan Bahaya.

7.9 Menggerakkan tren sebelum kerja stesen siap

Tren yang telah berhenti di sesebuah stesen tidak boleh digerakkan tanpa kebenaran daripada Pengurus Stesen. Jika didapati perlu untuk menggerakkan tren sebelum kerja stesen siap, semua pintu mestilah ditutup sebelum sesuatu pergerakan dibuat. Jika didapati perlu untuk menggerakkan ke arah sesuatu semboyan yang berkeadaan Bahaya, kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen mestilah terlebih dahulu diperolehi dan beliau mestilah diberitahu bila pergerakan itu siap.

7.10 Menggerakkan tren di landasan platform di mana cara kerja

"Permissive" dibenarkan Kecuali bagi maksud untuk menyambung atau menceraikan gerabak-gerabak, pergerakan mengundur tidak dibenarkan (atau pada Landasan Dwi-Arah atau landasan buntu, pergerakan pada mana-mana arah adalah tidak dibenarkan) walaupun untuk satu jarak yang dekat yang mesti dilaksanakan melainkan semboyan dibebaskan untuk pergerakan itu atau kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen diperolehi (dalam hal yang demikian, beliau mestilah diberitahu bilakah pergerakan itu tamat).

Page 37: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

7.11 Menggunakan kenderaan berjentera dan lain-lain di stesen-stesen

7.11.1 Seseorang pekerja tidak boleh mengendalikan kelengkapan berjentera (seperti kereta , traktor, fork-lift dan lain-lain) melainkan beliau telah lulus dan cekap untuk berbuat demikian atau beliau sedang dalam latihan di bawah seorang jurulatih. Seseorang Operator pelatih hanya boleh mengendalikan peralatan tersebut dalam kawasan di luar dari kawasan landasan yang mana setiap tren akan datang dan jauh dari kawasan yang boleh dihubungi oleh orang awam.

7.11.2 Pergerakan bagi alat kelengkapan berjentera di atas

mana-mana platform atau kawasan yang boleh dihubungi oleh orang awam mestilah tidak lebih dari kadar kelajuan orang berjalan.

7.11.3 Tiada sesiapa pun selain dari Operator berkenaan

dibenarkan menaiki mana-mana peralatan melainkan ianya direka untuk membawa lebih ramai orang.

BAHAGIAN II – TUGAS PEKERJA YANG DILANTIK UNTUK BERTUGAS SEBAGAI JURU SEMBOYAN TANGAN ATAU OPERATOR POIN 8. TUGAS JURU SEMBOYAN TANGAN

8.1 Kecekapan

Seseorang pekerja yang dilantik untuk bertugas sebagai Juru Semboyan Tangan mestilah seorang yang cekap.

8.2 Peralatan

Juru Semboyan Tangan mesti ada bersamanya:

(a) satu bendera merah, satu bendera kuning dan satu bendera

hijau.

(b) satu lampu tangan yang boleh menunjukkan warna merah, kuning dan hijau.

(c) peletup yang mencukupi.

Page 38: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

8.3 Penempatan Juru Semboyan Tangan

8.3.1 Juru Semboyan Tangan mestilah menempatkan dirinya sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai yang disebutkan di bawah:

Sebab- SebabPerlantikan

Pegawai Yang MenempatkanJuru Semboyan Tangan

Kerosakan atau melucutkanSemboyan

Operator PKTatau Pengurus Stesen

Persemboyanan Blok Kontingensi Operator PKTatau Pengurus Stesen

Melindungi kerja kejuruteraan padalandasan bukan di bawah PemilikanMutlak Had kelajuan tertentui

Pegawai Yang Menjaga

Melindungi landasan yang tersekat melalui Pemilikan Mutlak

Peagwai Yang MenjagaPemilikan (PYMP)

Stesen Tanpa Kuncikait Pengurus Stesen

Lain-lain keadaan sebagaimanayang diperlukan

Pegawai- Pegawai yangberkenaan.

8.3.2 Juru Semboyan Tangan mestilah berada di tempat bekerja

sehinggalah ditarik balik oleh pegawai yang disebutkan di atas (atau penggantinya) atau sehingga Juru Semboyan Tangan itu sendiri diganti.

8.3.3 Apabila dikehendaki bekerja di sesuatu semboyan, di poin-poin,

atau di mana-mana, di bawah arahan seorang Pengurus Stesen, Juru Semboyan Tangan mestilah, bila mana alat komunikasi boleh didapati, laporkan ketibaannya di lokasi tersebut kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen.

Bila mana tidak terdapat alat komunikasi dari lokasi tersebut, Juru Semboyan Tangan mestilah melaporkan sendiri kepada Pengurus Stesen dan bertindak mengikut arahannya.

Pengurus Stesen mestilah memberi arahan-arahan yang terang dan jelas kepada Juru Semboyan Tangan dan memastikan bahawa beliau mempunyai peralatan dan borang-borang yang diperlukan sebelum membenarkannya meneruskan perjalanan ke lokasi tersebut.

Page 39: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

8.4 Penempatan Semboyan Halangan Juru Semboyan Tangan

Semboyan Halangan mestilah ditempatkan (mengikut Seksyen 'B' ini) pada jarak yang mencukupi dari Juru Semboyan Tangan untuk memastikan bahawa Pemandu mempunyai masa untuk memerhatikan isyarat semboyan tangan berkenaan selepas ianya diletupkan. Bila mana Juru Semboyan Tangan ditempatkan di sesuatu semboyan yang berada di dalam keadaan bahaya, Semboyan Halangan mestilah ditempatkan di semboyan tersebut.

8.5 Tugas Juru Semboyan Tangan berhubung dengan kerosakan atau

perlucutan Semboyan

8.5.1 Juru Semboyan Tangan mestilah berada di semboyan di mana dia ditugaskan atau di tempat yang biasanya semboyan itu ditempatkan.

8.5.2

(i) Bila ditempatkan di sesuatu semboyan henti yang rosak, Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan semboyan tangan bahaya kepada Pemandu bagi setiap tren yang mendatang dan dalam kawasan Blok Litar Landasan letakkan satu Semboyan Halangan di atas landasan yang mana semboyan berkenaan dipakai sehinggalah diarahkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen untuk membenarkan tren tersebut meneruskan perjalanan.

(ii) Juru Semboyan Tangan mestilah menentukan bahawa laluan

yang tren akan lalui diset dengan betul dan mana-mana poin yang ditetapkan di dalam arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen dilindungi.

(iii) Juru Semboyan Tangan mestilah memberi jaminan kepada

Operator PKT atau Pengurus Stesen apabila poin-poin berkenaan telah diletakkan di dalam kedudukan yang betul.

(iv) Pada Landasan Tunggal, bila mana lain-lain bentuk perhubungan

tidak diperolehi, satu jaminan yang menunjukkan bahawa poin-poin adalah betul boleh diberikan oleh Juru Semboyan Tangan melalui satu isyarat semboyan tangan merah kepada Pengurus Stesen.

(v) Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah

diperolehi untuk tren berkenaan berlepas, Juru Semboyan Tangan tersebut mestilah:

Page 40: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(a) pada Landasan Tunggal, jika borang KTMB 002 belum lagi dikeluarkan oleh stesen yang di belakang, serahkan borang KTMB 002 sebagaimana yang diarahkan oleh Pengurus Stesen.

(b) di semboyan pada kawasan Blok Litar Landasan, alihkan

Semboyan Halangan berkenaan dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Pada semua semboyan yang lain pamerkan isyarat semboyan tangan kuning kecuali di Semboyan Pelepas ABG di mana isyarat semboyan tangan hijau mestilah dipamerkan.

8.5.3 Apabila ditugaskan di semboyan jauh di dalam kawasan Blok

Litar Landasan Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan kuning kepada setiap tren yang mendatang.

8.5.4 Bila mana beberapa kakitangan dilantik untuk membantu Juru

Semboyan Tangan berkenaan mengklip poin-poin di dalam kawasan Blok Litar Landasan, beliau mestilah mengarahkan mereka supaya bertindak atas arahannya sahaja. Juru Semboyan Tangan masih lagi bertanggungjawab bagi perlaksanaan arahan-arahan dari Operator PKT atau Pengurus Stesen dan berkomunikasi dengannya.

8.6 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Cara Kerja Blok

Kontigensi

8.6.1 Juru Semboyan Tangan mestilah menempatkan dirinya di semboyan yang beliau ditugaskan pada permulaan masuk bahagian di mana Cara Kerja Blok Kontingensi dilaksanakan.

8.6.2 Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat

semboyan tangan bahaya kepada Pemandu setiap tren yang mendatang, dan kekalkan satu Semboyan Halangan di atas landasan yang ke arahnya semboyan itu dipakai, sehingga diarahkan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen untuk membenarkan tren itu meneruskan perjalanan. Juru Semboyan Tangan mestilah menentukan bahawa laluan yang ke arahannya sesebuah tren akan berlalu, diset dengan betul dan poin-poin seperti yang ditetapkan di dalam arahan-arahan oleh Operator PKT atau Pengurus Stesen dilindungi. Juru Semboyan Tangan mestilah memberi satu jaminan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen apabila poin-poin berkenaan telah diletakkan dalam kedudukan yang betul.

(a) menyerahkan tiket Cara Kerja Blok Kontigensi kepada

Pemandu. Bila mana terdapat lebih dari satu unit traksi, tiket tersebut mestilah ditunjukkan kepada setiap Pemandu dan serahkan kepada Pemandu yang terhadapan.

(b) mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning.

Page 41: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

8.7 Tugas-tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Cara Kerja Landasan Tunggal dalam kawasan Blok Litar Landasan mengikut Panduan Kerja Am Seksyen 'G'.

8.7.1 Apabila ditempatkan di sesuatu semboyan di mana setiap tren

perlu diberhentikan, Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan satu Semboyan Halangan di atas landasan yang digunakan untuk trafik dan pamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada setiap tren yang mendatang pada landasan di arah yang berkenaan sehingga tren tersebut telah berhenti. Selepas kebenaran Operator PKT atau Pengurus Stesen telah diperolehi untuk tren tersebut meneruskan perjalanan, Juru Semboyan Tangan mestilah:

(a) mengeluarkan Semboyan Halangan berkenaan dari rel.

(b) mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning.

Walau bagaimana pun jika Operator PKT atau Pengurus Stesen memberi kebenaran untuk tren tersebut meneruskan perjalanan sebelum ianya menghampiri Juru Semboyan Tangan, tren tersebut tidak perlu diberhentikan. Juru Semboyan Tangan mestilah mengalihkan Semboyan Halangan tersebut dari rel dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning.

8.7.2 Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru

Semboyan Tangan mestilah menarik balik perlindungan itu jika tren datang pada arah biasa. Beliau mestilah melaksanakan semula perlindungan itu dengan serta merta selepas tren tersebut berlepas dengan selamat.

8.8 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Perlindungan bagi

kerja kejuruteraan, atau sesuatu landasan yang mungkin terhalang oleh kren atau lain-lain peralatan mekanikal

8.8.1 Apabila di panel semboyan atau di sesuatu semboyan yang boleh

dikendalikan kepada Bahaya, Juru Semboyan Tangan mestilah mendapatkan jaminan daripada Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa semboyan-semboyan berkenaan akan dikekalkan pada kedudukan Bahaya sehinggalah landasan pada mana semboyan itu dipakai adalah selamat untuk laluan tren-tren. Bila berada di panel stesen berkenaan, beliau mestilah kekal di situ sebagai peringatan kepada Pengurus Stesen dan

Page 42: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

8.8.2 Kecuali bila ditempatkan di Panel Stesen setiap Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan tiga butir Semboyan Halangan pada jarak 20 meter, di atas landasan berkenaan dan mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada mana-mana tren yang datang pada landasan itu. Perlindungan ini mestilah dikekalkan sehingga Juru Semboyan Tangan telah mendapat kepastian bahawa landasan tersebut adalah selamat untuk laluan tren-tren. Jika Semboyan Halangan telah diletupkan untuk sesuatu sebab Semboyan Halangan tersebut mestilah diperbaharui dengan serta merta. Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah menarik balik perlindungan itu bila sesuatu Semboyan Simpang dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak terlibat dengannya. Beliau mestilah melaksanakan semula perlindungan tersebut sebaik sahaja semboyan tersebut diletakkan semula ke bahaya.

8.9 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Pemilikan

Mutlak jurutera terhadap landasan berkenaan mengikut Seksyen 'J' Panduan Kerja Am. Juru Semboyan Tangan mestilah mengekalkan tiga butir Semboyan Halangan pada jarak 20 meter, di atas landasan berkenaan dan mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya kepada mana-mana tren yang menghampiri Semboyan Halangantersebut dari kedua-dua arah. Beliau tidak boleh membenarkan mana-mana tren melintasi Semboyan Halangantersebut tanpa kebenaran daripada PYMP (Pegawai Yang Menjaga Pemilikan) dan mestilah melaksanakan semula cara perlindungan tersebut sebaik sahaja sesebuah tren telah melintasinya.

8.10 Tugas Juru Semboyan Tangan - Berhubung dengan Had Kelajuan

Kecemasan mengikut Seksyen 'K' Panduan Kerja Am.

8.10.1 Juru Semboyan Tangan di tempat amaran had kelajuan mestilah meletakkan dua butir Semboyan Halangan, pada jarak satu meter setiap satu di atas landasan berkenaan dan pamerkan isyarat semboyan tangan kuning dengan mengibarkannya perlahan-lahan dari kiri ke kanan berkali-kali kepada setiap tren yang menghampiri had kelajuan itu. Jika beliau boleh berbuat demikian dengan selamat, Juru Semboyan Tangan mestilah mengambil semula Semboyan Halangan tersebut apabila:

(a) semboyan sesimpang dibebaskan untuk sesuatu laluan yang tidak berkaitan.

(b) sesebuah tren mendatang dari arah kawasan had

kelajuan. Semboyan Halangan mestilah diganti semula sebaik sahaja Semboyan Simpang itu diletakkan semula kepada bahaya atau selepas tren tersebut melintas dengan selamat, mengikut mana yang sesuai.

Page 43: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

8.10.2 Juru Semboyan Tangan dipermulaan had kelajuan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning. Juru Semboyan Tangan di akhir had kelajuan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan hijau dengan mengibarkannya perlahan-lahan dari kiri ke kanan. Di mana jarak had kelajuannya terlampau pendek dan hanya seorang sahaja Juru Semboyan Tangan dilantik, beliau mestilah berdiri di akhir kawasan had kelajuan dan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan kuning sehingga tren tersebut hampir kepadanya dan kemudian pamerkan isyarat semboyan tangan hijau dengan mengibarkannya dari kiri ke kanan.

8.10.3 Juru Semboyan Tangan mestilah memastikan bahawa

isyarat semboyan tangannya tidak bercanggah dengan mana-mana aspek bahaya semboyan henti berhampiran yang berkaitan dengan landasan berkenaan. Apabila semboyan berkenaan mempamerkan aspek bahaya, Juru Semboyan Tangan mestilah mempamerkan isyarat semboyan tangan bahaya di semboyan tersebut. Apabila semboyan tersebut dibebaskan, beliau bolehlah mempamerkan isyarat semboyan tangan yang sesuai berhubung dengan had kelajuan itu.

9. TUGAS-TUGAS OPERATOR POIN

9.1 Kecekapan

Seseorang pekerja yang dilantik untuk mengendalikan poin kendalian kuasa secara manual mestilah yang telah lulus dan cekap untuk mengendalikan jenis poin-poin yang berkenaan. Jika layak, beliau boleh juga bertindak sebagai Juru Semboyan Tangan.

9.2 Tugas-Tugas Am

9.2.1 Kakitangan yang berkenaan mestilah:

(a) mengambil dan kemudiannya menyerahkan semula pemegang

poin/kunci, klip-klip poin dan mangga-mangga yang perlu kepada Pengurus Stesen.

(b) melaporkan kepada Operator PKT atau Pengurus Stesen

setibanya di poin-poin.

(c) bertindak mengikut arahan-arahan Operator PKT atau Pengurus Stesen sahaja, mengklip poin-poin jika diarah untuk berbuat demikian dan setelah mematuhi setiap arahan, seterusnya memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen.

Page 44: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(d) memastikan bahawa arus elektrik ke poin-poin itu dipotong

sebelum mengendalikan atau melindungi poin-poin.

(e) jangan pulihkan poin-poin kepada kendalian kuasa (elektrik) sehingga mendapat kebenaran khas untuk berbuat demikian.

9.2.2 Bila mana seorang Juru Semboyan Tangan dan seorang operator

poin dilantik, Juru Semboyan Tangan akan dijadikan ketua. Juru Semboyan Tangan akan memberi arahan-arahan kepada Operator-Operator Poin dan akan bertanggungjawab untuk semua perhubungan dengan Operator PKT atau Pengurus Stesen.

BAHAGIAN III 10. KESELAMATAN KEPADA PEKERJA-PEKERJA

PENYENGGARAAN YANG MENJALANKAN KERJA KE ATAS KERETAREL

10.1 Umum

10.1.1 Sebelum memulakan kerja di luar atau di dalam sesebuah

keretarel, setiap pekerja mestilah memastikan bahawa beliau dilindungi mengikut Fasal ini.

10.1.2 Sebarang kesalahan dalam pemakaian arahan-arahan ini,

termasuk pergerakan sesebuah keretarel yang tidak dibenarkan mestilah dilaporkan dengan serta merta kepada pegawai yang dilantik bertanggungjawab terhadap perlindungan.

10.1.3 Arahan-arahan ini juga dipakai kepada kakitangan kontraktor dan

pekerja-pekerja firma swasta.

10.2 Tanggungjawab untuk perlindungan

10.2.1 Dalam kawasan setiap depot seseorang pegawai yang dilantik bertanggungjawab untuk perlindungan adalah ditetapkan di dalam arahan-arahan tempatan. Di tempat lain, pegawai yang menjaga bagi mana-mana geng atau kumpulan adalah pegawai yang dilantik bertanggungjawab terhadap perlindungan geng atau kumpulan berkenaan.

10.2.2 Sesiapa yang bekerja berseorangan adalah bertanggungjawab

bagi perlindungannya sendiri.

Nota : Bagi maksud Fasal ini, sesuatu Depot ialah mana-mana bangunan atau kumpulan bangunan yang di dalamnya menjalankan kerja-kerja penyenggaraan, perkhidmatan atau membaik pulih (termasuk sisian-sisian dalam kawasan sempadan Depot) seperti mana mengikut takrif tempatan.

Page 45: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

10.3 Aturan-Aturan Perlindungan - pada landasan larian (termasuk landasan-landasan platform) dan dalam sisian-sisian yang tidak dikhususkan sebagai sisian-sisian penyenggaraan atau baik pulih.

10.3.1 Sebelum kerja bermula

Sebelum kerja bermula di atas sesebuah keretarel, pegawai yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah menentukan bahawa:

(a) perlindungan diperuntukkan melalui satu papan bertulis

TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah pada waktu siang atau satu lampu merah (secara tetap atau berklip) pada waktu malam atau hujan lebat.

(b) perlindungan ini dipamerkan pada bahagian hujung

keretarel terakhir pada arah di mana kereta-keretarel, akan dilansirkan bertentangan dengan tempat di mana kerja itu dilaksanakan dan, bila perlu, perlindungan ini mestilah dipamerkan pada kedua-dua bahagian hujung.

(c) apabila gerabak-gerabak berada di platform, perlindungan

ini mestilah dipamerkan pada sebelah platform dan jelas kelihatan di sepanjang platform tersebut.

(d) apabila gerabak-gerabak berada di sebelah sesuatu

landasan larian, perlindungan ini dipamerkan pada sebelah yang paling jauh dari landasan larian itu. Bila jarak di antara dua landasan ini kurang dari 3 meter, arahan-arahan dalam Fasal 10.8 di bawah akan dipakai jika kerja dilaksanakan pada sebelah yang paling dekat dengan landasan larian. Sebelum memulakan kerja di bawah sesuatu keretarel, beliau mestilah memastikan bahawa:

(e) pegawai yang menjaga landasan, platform dan sisian

diberitahu.

(f) jika keretarel tersebut masih dalam perkhidmatan, Pengurus Stesen, Pemandu atau Gad, jika ada bersama, hendaklah diberitahu dan seorang kakitangan yang dibekalkan dengan satu Semboyan Tangan merah berkelip-kelip hendaklah ditempatkan di suatu kedudukan yang terbaik bagi memastikan bahawa gerabak tersebut tidak digerakkan.

(g) jika keretarel tersebut TIDAK dalam perkhidmatan, ianya

hendaklah dipastikan selamat dengan bingkah/pasak dan jika terdapat gerabak-gerabak lain di atas landasan yang sama, satu atau dua gerabak pada setiap belah keretarel berkenaan hendaklah dipastikan selamat dengan brek tangan atau bingkah roda/pasak.

Page 46: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

10.3.2 Semasa dalam kerja

Semua keretarel yang dilindungi tidak boleh diubah. Pengurus Stesen atau Pegawai Yang Menjaga mestilah mengambil langkah-langkah yang muktamad untuk memastikan bahawa pergerakan-pergerakan lansiran dielakkan dari bersentuhan dengan tren atau keretarel yang tersebut semasa kerja sedang dilaksanakan. Satu lampu merah (berkelip-kelip) mestilah disimpan di dalam Pejabat Pengurus Stesen seperti yang diperihalkan di dalam 10.3.1(F).

10.3.3 Apabila kerja telah siap atau ditangguhkan

Perlindungan tersebut mestilah dialihkan oleh orang yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan dan hendaklah sehingga:

(a) kerja tersebut disiapkan atau ditangguhkan.

(b) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.

(c) keretarel adalah didapati selamat untuk digerakkan dan

semua bingkah roda/pasak telah dikeluarkan bebas dari landasan.

10.4 Aturan-Aturan Perlindungan dalam sisian penyenggaraan atau sisian

baik pulih yang tidak termasuk dalam bahagian sesebuah depot Di mana aktiviti yang sedang merupakan adalah cucian kecil dalaman keretarel jenis yang mudah sahaja, peraturan perlindungan seperti yang disebut di dalam Fasal 10.3 mestilah diaturkan.

Di mana sisian-sisian dikhususkan untuk kerja-kerja membaik pulih , kerja di atas keretarel sejauh mana praktikal mestilah dijalankan di dalam sisian-sisian itu.

10.4.1 Sebelum kerja bermula

Sebelum kerja bermula ke atas sesebuah keretarel, pegawai yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah menentukan bahawa:

menentukan bahawa:

(a) poin-poin masuk ke sisian dicengkam dan dimangga supaya pergerakan-pergerakan tidak boleh dibuat ke dalam sisian di mana kerja akan dilaksanakan.

(b) anak kunci kepada mangga tersebut ada dalam simpanannya.

(c) perlindungan diperuntukkan melalui satu papan bertulis TIDAK

BOLEH DIGERAKKAN atau melalui bendera merah pada waktu siang atau lampu merah (tetap atau berkelip) pada waktu malam atau hujan lebat.

Page 47: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

(d) papan perlindungan tersebut dipamerkan di hujung bahagian terakhir di keretarel terakhir dari arah di mana kereta-keretarel akan dilansirkan bertentangan dengan tempat di mana kerja itu dilaksanakan dan bila perlu, hendaklah dipamerkan pada kedua-dua bahagian hujungnya.

(e) roda-roda pada gerabak yang kerja itu akan dilaksanakan

hendaklah dipastikan selamat dengan bingkah-bingkah roda/pasak dan jika terdapat keretarel pada sisian yang sama, satu atau dua gerabak pada setiap belah keretarel berkenaan hendaklah dikukuhkan dengan brek tangan atau bingkah/pasak.

10.4.2 Semasa bekerja

Jika pekerjaan itu memerlukan keretarel digerakkan dalam kawasan sisian tersebut, orang yang dipilih yang bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah terlebih dahulu memastikan bahawa setiap orang tahu tentang rancangan pergerakan tersebut dan bebas dari laluan keretarel.

10.4.3 Bila kerja siap atau ditangguhkan

Perlindungan tersebut mestilah dialihkan oleh pegawai yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan sahaja dan hendaklah sehingga:

(a) kerja itu disiapkan atau ditangguhkan.

(b) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.

(c) keretarel adalah selamat untuk digerakkan dan semua

bingkah/pasak telah dialihkan.

10.5 Peraturan perlindungan di dalam depot-depot

10.5.1 Am

(a) Bila mana perlindungan diberikan dengan mengukuhkan poin-poin

Arahan-arahan dalam Fasal 10.4.1(a), (b), (c), (d) dan (e) di atas adalah dipakai.

(b) Bila mana Papan Tanda Berhenti diperuntukkan

Bila mana papan tanda BERHENTI - TUNGGU ARAHAN diperuntukkan, kebenaran untuk melintasi papan ini mestilah diberi oleh orang yang dipilih sahaja dan hanya selepas beliau memastikan bahawa apa-apa kerja yang dilaksanakan dalam sisian telah diberhentikan dan setiap orang telah beredar jauh.

Page 48: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

Orang yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah kemudiannya dimaklumkan sewajarnya. Alat perlindungan yang dipakai mengikut Fasal 10.4.1 mestilah dialihkan oleh Pegawai yang dipilih sahaja dan itu pun dengan syarat bahawa semua papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN, bendera merah dan lampu merah telah ditarik keluar dan semua bingkah/pasak telah dialihkan.

10.5.2 Sebelum kerja bermula

Sebelum kerja bermula ke atas sesebuah keretarel, orang yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah menentukan bahawa tiada kerja-kerja lansiran yang boleh menjejaskan keretarel, berkenaan diteruskan dan, melainkan untuk kerja-kerja servis keretarel sahaja, landasan di mana keretarel berada adalah dilindungi mengikut Fasal 10.5.1 dan bingkah-bingkah roda diletakkan di bawah roda-roda sebelah luar ke atas kedua-dua hujung keretarel. Orang yang pertama (atau kumpulan, di mana keadaan tempatan membenarkan) memulakan kerja ke atas sesebuah keretarel atau kereta-keretarel mestilah mendapatkan jaminan daripada pegawai yang dipilih bahawa landasan-landasan berkenaan dilindungi dan seterusnya meletakkan satu papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah atau lampu merah (tetap atau berkelip) seperti berikut:

(a) pada pepenjuru sudut yang bertentangan dengan keretarel

yang perlu dilindungi, atau

(b) pada permukaan masuk ke bangunan berkenaan apabila keretarel sepenuhnya berada di dalam, atau

(c) mengikut sebagaimana yang ditakrifkan di dalam arahan-

arahan tempatan.

Setiap orang (atau kumpulan) yang memulakan kerja ke atas keretarel atau rangkaian keretarel mestilah meletakkan tanda pengenalannya di atas papan perlindungan sebagaimana yang ditetapkan di dalam arahan-arahan tempatan.

10.5.3 Apabila kerja siap atau ditangguhkan

Papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN atau bendera merah atau lampu merah mestilah dialihkan oleh orang yang terakhir sekali (atau ketua kumpulan) yang mengambil balik tanda pengenalannya daripada tempatnya dan dengan syarat bahawa:

(a) kerja tersebut telah siap atau ditangguhkan.

(b) keretarel tersebut adalah selamat untuk digerakkan.

(c) setiap orang berada di tempat yang selamat atau bebas.

Page 49: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

Pegawai yang dilantik bertanggungjawab untuk perlindungan mestilah kemudiannya diberitahu dengan sewajarnya. Alat perlindungan yang digunakan mengikut Fasal 10.5.1 di atas mestilah dialihkan oleh pegawai yang dilantik sahaja dan itu pun dengan syarat bahawa semua papan tanda TIDAK BOLEH DIGERAKKAN, bendera merah dan lampu merah dikeluarkan dan semua bingkah/pasak dialihkan.

10.6 Perlindungan pekerja yang bekerja di dalam sisian tetapi tidak

menjalankan kerja ke atas keretarel.

10.6.1 Orang yang pertama memulakan kerja di dalam sesuatu sisian atau lubang pemeriksaan tetapi tidak melibatkan kerja ke atas sesebuah keretarel mestilah, setelah mendapat kebenaran dari pegawai yang dipilih bertanggungjawab untuk perlindungan, menempatkan kain rentang merah, bendera atau lampu (tetap atau berkelip) di setiap pintu masuk ke sisian. Sesiapa selepas itu memulakan kerja di dalam sisian atau lubang yang sama mestilah meletakkan pengenalan dirinya di tempat perlindungan itu.

10.6.2 Sebaik sahaja tamat kerja, alat-alat perlindungan tersebut

mestilah dialih oleh orang yang terakhir menarik balik tanda pengenalan dirinya, dan beliau mestilah memberitahu orang yang dipilih bertanggungjawab bagi perlindungan bahawa kerja tersebut telah siap dan semuanya adalah bebas.

10.6.3 Orang yang dipilih tidak boleh membenarkan kerja tersebut

dimulakan sehinggalah perlindungan yang diperlukan mengikut Fasal 10.5.1 di atas telah diaturkan, atau beliau tidak boleh mengalihkan perlindungan tersebut sehinggalah beliau diberitahu bahawa semuanya adalah bebas.

10.7 Perlindungan kepada pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel

yang mungkin menggendalakan tolok pengisian bagi sesuatu sisian berhampiran Peraturan untuk perlindungan yang disebut di dalam Fasal 10.6 mestilah dibuat berhubung dengan sesuatu sisian bila tolok pengisiannya mungkin tergendala oleh pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel pada sisian sebelahnya.

10.8 Perlindungan kepada pekerja-pekerja yang bekerja ke atas keretarel

di sebelah landasan larian yang berhampiran

Page 50: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

10.8.1 Fasal ini dipakai apabila pekerja-pekerja bekerja ke atas kereta-keretarel di sebelah landasan larian yang berhampiran dan jarak di antara dua landasan itu kurang dari 3 meter. Dalam hal yang demikian, keretarel tersebut mestilah, sekiranya boleh, dialihkan ke tempat lain sebelum kerja bermula. Jika ianya tidak dapat dilakukan, atau jika sesebuah tren diberhentikan di atas landasan larian kerana sesuatu kerosakan atau insiden luar biasa atau oleh sesuatu sebab, orang yang dilantik bertanggungjawab bagi perlindungan mestilah mematuhi arahan-arahan berikut.

10.8.2 Sebelum kerja dimulakan, orang yang dipilih mestilah

mendapatkan sendiri jaminan daripada Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan untuk tren-tren pada landasan bersebelahan telah dihentikan. Jika perlu, beliau mestilah menunggu sehingga Operator PKT atau Pengurus Stesen telah mendapat satu waktu yang sesuai bagi laluan tren-tren diberhentikan dan seterusnya dapatkan jaminan ini.

10.8.3 Orang yang dipilih mestilah mendapatkan persetujuan

yang jelas dari Operator PKT atau Pengurus Stesen tentang landasan mana yang ditutup kepada trafik dan sama ada, terdapat landasan lain yang masih digunakan. Bila mana praktikal, beliau mestilah menandatangan timbal catatan Operator PKT atau Pengurus Stesen di dalam Daftar Tren. Sekiranya tidak beliau mestilah meminta Operator PKT atau Pengurus Stesen membaca balik catatan tersebut dan bila berpuashati yang ianya betul, beliau mestilah memberitahu namanya, bahagian, tempat dari mana beliau sedang bercakap dan waktu.

10.8.4 Orang yang dipilih tidak boleh membenarkan kerja

dimulakan sehinggalah peraturan yang di atas telah dibuat dan setiap orang betul-betul faham landasan mana yang ditutup kepada trafik. Tiada sesiapa pun boleh memulakan kerja tanpa kebenarannya.

10.8.5 Apabila kerja telah siap dan semua orang telah bebas dari

landasan, orang yang dipilih mestilah memberitahu Operator PKT atau Pengurus Stesen bahawa laluan untuk tren-tren boleh dibuka semula.

10.9 Keselamatan pekerja-pekerja yang bekerja di atas stok kocing

10.9.1 Sebelum bekalan karan elektrik disambung daripada Koc

Janakuasa kepada koc-koc berkenaan bagi tujuan menghawadinginkan, satu notis yang menyatakan BAHAYA - KABEL VOLTAN TINGGI mestilah dipamerkan pada sebelah/hujung gerabak tersebut.

Page 51: Buku Aturan Seksyen B

MOHD ROSDI MOHD ZAIN

SEKSYEN

B

10.9.2 Sebelum kerja ke atas alat kelengkapan hawadingin tren dan alat kawalan elektrik dimulakan, Suis Koc Janakuasa mestilah dimatikan. Notis amaran yang bertulis "TUTUP SUIS JENTERA JANAKUASA SEBELUM SESUATU TINDAKAN" mestilah dipamerkan di setiap tepi/hujung koc-koc. Kerja tersebut mestilah dilakukan oleh kakitangan penyenggaraan yang dibenarkan sahaja mengikut "Arahan-Arahan Khas Keselamatan" yang ditetapkan.

10.10 Keselamatan kepada pekerja-pekerja mencuci koc/gerabak

Apabila bekerja ke atas keretarel bersebelahan dengan suatu landasan larian, pekerja-pekerja mestilah berhati-hati. Papan-papan, tangga atau berus yang mempunyai pemegang panjang tidak boleh digunakan di sebelahnya kecuali bila diberi kebenaran khas.