20130121070117 topik 1

31

Upload: aki-ntol

Post on 20-Jun-2015

1.030 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20130121070117 topik 1
Page 2: 20130121070117 topik 1

PENGENALAN

• Kecergasan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan tidak terhad kepada kesihatan atau kecergasan fizikal sahaja.

• Individu yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mengharungi kehidupan dengan sejahtera.

• Individu yang cergas– bertindak dengan lebih yakin, cekap, berkesan dan

memberikan sumbangan yang lebih bermakna

Page 3: 20130121070117 topik 1

KECERGASAN KESELURUHAN

• Kecergasan keseluruhan ialah kualiti diri yang membolehkan individu termasuk atlet mencapai kesejahteraan hidup.

• Kualiti diri yang dimaksudkan ialah kecergasan keseluruhan yang berkaitan dengan;– Keupayaan fizikal– Kekuatan rohani– Kestabilan mental serta emosi– Adaptasi sosial

Page 4: 20130121070117 topik 1
Page 5: 20130121070117 topik 1

1. Kecergasan Fizikal

Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan

2. Kecergasan Mental

Keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk

meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimum

Page 6: 20130121070117 topik 1

3. Kecergasan Sosial

Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan

perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini

4. Kecergasan Emosi

Keupayaan individu menangani kehidupan harian dan perasaan kendiri secara

membina, proaktif dan optimistik

Page 7: 20130121070117 topik 1

5. Kecergasan Rohani

Keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan dan menetapkan serta melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif

Page 8: 20130121070117 topik 1

KECERGASAN FIZIKAL

Page 9: 20130121070117 topik 1
Page 10: 20130121070117 topik 1

Daya Tahan Kardiovaskular

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan otot jantung dan salur darah membekalkan darah beroksigen dan nutrien ke otot-otot tubuh yang bekerja

•Aktiviti fizikal yang dilakukan berterusan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 20 minit• Latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek dan jeda jarak jauh

•Individu dapat berlatih atau bertanding dalam jangka masa yang panjang dengan efisien dan lancar•Acara lari jarak jauh

Page 11: 20130121070117 topik 1
Page 12: 20130121070117 topik 1

Daya Tahan Otot

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

• Keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dan berterusan dalam suatu jangka masa yang lama.

•Latihan bebanan menggunakan beban yang ringan dan ulangan yang banyak•Bangkit tubi, tekan tubi, burpee

•Mampu melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dalam satu jangka masa yang lama•Sukan tenis dan badminton

Page 13: 20130121070117 topik 1
Page 14: 20130121070117 topik 1

Komposisi Tubuh Badan

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Perbandingan antara peratusan relatif lemak berbanding otot, tulang dan organ-organ dalam badan

•Latihan daya tahan kardiovaskular, latihan bebanan dan pengambilan makanan seimbang

•Membentuk ciri-ciri bentuk badan (somatotyping) kepada jenis mesomorf, endomorf dan ektomorf•Pelari pecut, ahli gusti dan pelari marathon

Page 15: 20130121070117 topik 1
Page 16: 20130121070117 topik 1
Page 17: 20130121070117 topik 1

Kelenturan dan Fleksibiliti

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan bahagian sendi digerakkan menerusi julat pergerakan yang maksimun tanpa rasa sakit

•Aktiviti regangan otot secara statik dan dinamik.•Latihan bebanan dilakukan dalam julat pergerakan sendi yang maksimun

•Kelenturan yang baik melancarkan lakuan kemahiran sukan dan mengurangkan risiko kecederaan•Sukan gimnastik

Page 18: 20130121070117 topik 1
Page 19: 20130121070117 topik 1

Kekuatan Otot

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan otot atau kumpulan otot-otot yang mampu menghasilkan daya untuk mengatasi rintangan

•Latihan bebanan dengan beban yang berat dan ulangan yang sedikit

•Mengurangkan risiko kecederaan atlet dan membantu dalam melaksanakan kemahiran dengan efisien•Sukan tarik tali

Page 20: 20130121070117 topik 1
Page 21: 20130121070117 topik 1

Kelajuan

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik yang lain dalam satu masa yang minimun

•Aktiviti pecutan, latihan bebanan untuk meningkatkan kuasa otot

•Bergerak laju menewaskan lawan•Acara larian dalam sukan olahraga (balapan)

Page 22: 20130121070117 topik 1
Page 23: 20130121070117 topik 1

Ketangkasan

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan bergerak pantas dengan menukar arah dan kedudukan badan

•Larian zig-zag, larian ulang alik atau aktiviti menukar kedudukan badan seperti burpee

•Tangkas bergerak dan menukar posisi tubuh•Sukan badminton, bola sepak, hoki dan ragbi

Page 24: 20130121070117 topik 1

Koordinasi

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas, teratur dan lancar

•Latihan kemahiran khusus sukan yang dilakukan dengan tepat dan berlulang-ulang

•Membantu melakukan semua kemahiran sukan dengan lebih efektif, lancar dan berseni•Menangkap bola, menahan bola, mengelecek, rejaman dsb.

Page 25: 20130121070117 topik 1

Masa Tindak Balas

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Masa yang diambil untuk individu mula bertindakbalas terhadap rangsangan yang diterima

•Latihan tindakbalas yang sesuai dengan rangsangan dalam sukan•Permulaan acara lari pecut

•Meningkatkan kepantasan bertindakbalas terhadap rangsangan•Acara lari pecut dalam sukan olahraga (balapan)

Page 26: 20130121070117 topik 1

Imbangan

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan mengimbang tubuh semasa dalam keadaan statik atau dinamik.

•Latihan mengimbang tubuh atau latihan kemahiran yang disertakan dengan imbangan menggunakan anggota tubuh

•Meningkatkan keupayaan mengawal kedudukan tubuh dengan berpaksikan tangan atau kaki•Sukan gimnastik

Page 27: 20130121070117 topik 1

• Imbangan statik

– Imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali.

– Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan anda berubah kedudukannya.

– Imbangan statik berlaku apabila pusat graviti berada setempat.

Page 28: 20130121070117 topik 1

• Imbangan dinamik – Imbangan badan anda yang tetap semasa

melakukan pergerakan. – Imbangan dinamik juga adalah kebolehan

mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah.

– Mengekalkan imbangan walaupun badan anda berada dalam keadaan condong kedudukannya.

– Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.

Page 29: 20130121070117 topik 1

Kuasa

Definisi Contoh Aktiviti / Kaedah Latihan

Kesan Dalam Sukan

•Keupayaan seseorang memindahkan kekuatan atau daya dalam masa yang singkat•Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan

•Latihan bebanan dengan beban yang berat dan bilangan ulangan yang sedikit

•Meningkatkan kuasa eksplosif otot ketika melakukan sesuatu kemahiran sukan•Melontar peluru, merejam lembing, melompat untuk menjaring

Page 30: 20130121070117 topik 1
Page 31: 20130121070117 topik 1

Sekian…