titas topik 3

122
Topik 3 Topik 3 Tamadun Melayu TERUS TERUS hussain othman copyright 2011 INGATAN IKHLAS: INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan mendapatkan dan menggunakan produk ASLI. DAPATKAN YANG ASLI!

Upload: hazyema-harun

Post on 08-Aug-2015

931 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: TITAS topik 3

Topik 3Topik 3Tamadun Melayu

TERUSTERUShussain othman copyright 2011

INGATAN IKHLAS: INGATAN IKHLAS: Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUM

agama. Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT dengan

mendapatkan dan menggunakan produk ASLI.DAPATKAN YANG ASLI!

Page 2: TITAS topik 3

Pilih Kaedah Pembelajaran Anda

• Pembelajaran Pantas Pembelajaran Pantas (Quick Learning)(Quick Learning)

• Kaedah ini membolehkan anda belajar secara pantas dan hanya melibatkan aktiviti – menonton video– persembahan slaid– menjawab soalan latihan

• Kaedah ini sesuai untuk;– Mendapatkan gambaran awal

tentang topik– Ulangkaji berkala– Ulangkaji sebelum

peperiksaan • Untuk memilih kaedah ini sila

klik butang Quick Learning!

• Pembelajaran Proses Pembelajaran Proses (Process Learning)(Process Learning)

• Kaedah ini memerlukan anda mengikuti kesemua proses pembelajaran dalam 5 Tangga Pembelajaran Aktif (5 Ladders of Active Learning)

• Kaedah ini sesuai untuk:– Pembelajaran berbantukan

pensyarah– Proses pembelajaran

melengkapkan semua tugasan– Ulangkaji menyeluruh

• Untuk memilih kaedah ini sila klik butang Process Learning!

Quick LearningQuick Learning Process LearningProcess Learning

Page 3: TITAS topik 3

Klik:Klik: TONTON VIDEO TONTON VIDEO

Klik:Klik: JAWAB SOALAN LATIHANJAWAB SOALAN LATIHAN

Klik:Klik: PERSEMBAHAN SLAIDPERSEMBAHAN SLAID

Tamat Sesi Quick Learning

Quick LearningQuick Learning

Page 4: TITAS topik 3

Tangga 1Tangga 1Mengenalpasti Isu PembelajaranMengenalpasti Isu Pembelajaran

TERUSTERUS

Process LearningProcess Learning

Page 5: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 1

• Semasa meneroka seluruh pelusuk Tamadun Islam dalam pelbagai zaman, Profesor Kamal dan Amir akhirnya menemui petunjuk yang menghubungkan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu.

• Ketika mengembara merentasi masa dan sampai di Mesir pada tahun 1890an, mereka telah menemui beberapa yang menghubungkan Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu iaitu antaranya ialah kewujudan begitu banyak kitab agama berbahasa Melayu dan bertulisan Jawi dicetak di Kaherah.

Page 6: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 2

• Fakta ini amat menarik minat Amir kerana baginya inilah peluang keemasan untuk beliau mempelajari secara lebih dekat tentang Tamadun Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang telah mengubah pandangan semesta orang Melayu sehingga membentuk jati diri mereka yang unggul.

• “Cuba awak cari mana-mana kitab yang boleh menceritakan kepada kita bagaimana Islam boleh sampai ke Alam Melayu,” Profesor Kamal memberi cadangan kepada Amir sambil mereka membelek-belek kitab Jawi yang tersusun di atas meja di dalam gudang percetakan kitab di Kaherah itu.

Page 7: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 3

• “Bukan itu sahaja Prof., kita juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat tentang bagaimana agama Islam tersebar luas di Alam Melayu, kewujudan pusat-pusat Tamadun Melayu Islam serta bagaimana akhirnya Tamadun Melayu Islam muncul menjadi asas kepada pembinaan Tamadun Malaysia,” Amir menyambung cadangan Profesor Kamal.

Page 8: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 4

• Agak lama mereka menghabiskan masa membelek kitab-kitab Jawi tersebut tiba-tiba Amir menjerit, “Prof! Lihat di sini,” sambil tangannya mengangkat sebuah daripada kitab Jawi tersebut dan menarik sekeping kertas lusuh yang terselit di dalamnya.

• “Saya rasa saya menemui sesuatu yang agak pelik di sini Prof.,” sambung Amir apabila Profesor Kamal melangkah mendekatinya.

• Amir menunjukkan sekeping kertas lusuh bertulisan Rumi dan dengan pantas Profesor Kamal mengambilnya dan melihat kertas tersebut dengan teliti.

Page 9: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 5

• “Saya rasa ini adalah rangkap-rangkap pantun Melayu yang ditulis di dalam tulisan Rumi,” Profesor Kamal menunjukkan rasa yakinnya tentang apa yang mereka temui. Lalu satu demi satu pantun tersebut dibaca olehnya;

Pantun 1:Menanam kacang di tanah landai

Tercabut akar pucuknya layuKalau tuan orang yang pandai

Tolong lakarkan maksud Melayu?

Pantun 2:

Menyapu bedak di pagi hari

Basah dengan embun bayu

Andai tuan bijak bistari

Bagaimanakah asal tamadun Melayu?

Pantun 3:

Wawasan negara telah dibina

Melangkah kehadapan mencapai maju

Andai saudara bijak laksana

Kenalkah dengan sultan Melayu?

Pantun 4:

Banyak bangsa membuat bencana

Mengamuk bagai seekor gajah

Jika tuan bijak laksana

Siapa mereka bangsa penjajah?

Pantun 5:

Kelihatan berbaris gelombang naik

Bergenang sekebun surutnya tidak

Kejahatan Inggeris ditimbang baik

Datang Jepun perut dipijak

Page 10: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 6

• Setelah menghabiskan rangkap pantun terakhir Profesor Kamal menunjukkan wajah tersenyum. Amir pula menunjukkan rasa kehairanannya dengan sikap Profesor Kamal.

Pantun 6:Ikat tali terbuka terlepas

Terkena pelipis luka berdarahHajat di hati merdeka bebas

Bahana Komunis seksanya parah

Pantun 7:

Putera raja dari Kedah

Beserta rakyat di kota Melaka

Bicara kata dimaklumkan sudah

Berita negara akan merdeka

Pantun 8:

Naik kereta ke Pulau Pinang

Berkayuh sampan ke Kuala Juru

Rakyat kita sudahlah senang

Sains dan teknologi semakin maju

Pantun 9:

Nilai Semesta Tamadun Melayu

Dikongsi bersama rakyat Malaysia

Pandai berkata tapi tak tahu

Tolong ceritakan apakah dia?

Pantun 10:

Daun layu tunduk ke huma

Bunga jambangan jatuh dikerat

Tamadun Melayu hidup bersama

Membina hubungan kukuh dan erat

Page 11: TITAS topik 3

Senario Kes: Topik 3 – Slaid 7

• “Kenapa Prof.?” Soal Amir dengan penuh tanda tanya.

• “Cuba awak bacakan catatan di bawah sekali,” balas Profesor Kamal sambil jari telunjuknya menunding ke arah tulisan berwarna merah di sudut bawah kertas tersebut. Amir mengambil kertas tersebut lalu membaca,

• “Sekiranya sesiapa menemui kertas ini maka tolonglah kami untuk menemui jalan kembali ke tamadun kami pada tahun 2000 dan lokasinya adalah di Malaysia. Pantun yang kami karang adalah sebagai petunjuk untuk tuan mempelajari selanjutnya tentang tamadun yang menjadi asas kepada tamadun kami. Maklumat yang tuan temui mungkin akan dapat membantu kami. Sila baca, fahami pembayangnya dan cari jawapannya,” Ikhlas, Koh dan Samy.

• Di hujung nota itu terdapat dua tandatangan. Satunya bertulisan Mandarin dan satu lagi bertulisan Tamil. Wajah Amir berkerut seribu dan fikirannya diselubungi dengan sejuta kehairanan dengan penemuan ini. Bagaimana mungkin kertas ini berada di sini? Siapakah Koh dan Samy? Sudah tentu mereka telah sampai dahulu ke sini. Kenapa Profesor Kamal tidak menunjukkan rasa pelik dengan penemuan kertas ini? Sebaliknya dia hanya tersenyum. Semua persoalan ini tidak dapat dijawab oleh Amir. Kali ini dia memandang tepat ke arah Profesor Kamal dan dengan penuh rasa mengharap meminta jawapan.

Page 12: TITAS topik 3

Aktiviti Tangga 1

• Perbincangan dipengerusikan oleh moderator yang dilantik untuk topik.

• Soalan yang perlu anda fikirkan– Bagaimana Islam datang ke Alam Melayu?– Apakah di antara kesan utama kedatangan Islam ke Alam

Melayu?– Bincangkan jawapan bagi pantun-pantun yang ditemui oleh

Profesor Kamal dan Amir.– Siapakah Koh dan Samy?

• Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A.

• Setelah selesai mengisi ruangan ini sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Page 13: TITAS topik 3

Aktiviti Tangga 1

• Setelah selesai sesi perbincangan sila isikan ruangan Refleksi Pembelajaran Tangga 1 di dalam LAMPIRAN A!

• Jika anda telah selesai mengisi ruangan di LAMPIRAN A sila bergerak ke Tangga 2 untuk sesi pembelajaran terarah kendiri.

Page 14: TITAS topik 3

TANGGA 2TANGGA 2Pembelajaran Terarah KendiriPembelajaran Terarah Kendiri

TERUSTERUS

Page 15: TITAS topik 3

TANGGA 2Pembelajaran Terarah Kendiri

• Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajaran kendiri (secara individu) dengan merujuk bahan berkaitan topik 3 yang disediakan di dalam CD; – Tayangan Video– Persembahan Slaid – Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara

individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.

– Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 3 di dalam modul TITAS.

– Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

• Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

Page 16: TITAS topik 3

Ulangkaji Bahan Video Hayati intipati topik dengan menonton video ini

hussain othman copyright 2011

Kembali ke Kembali ke Quick LearningQuick Learning

Terus ke Terus ke Process LearningProcess Learning

Page 17: TITAS topik 3

Ulangkaji Ringkasan ModulPersembahan Slaid

• NOTANOTA

• Berdasar tayangan video tadi dan persembahan slaid selepas ini, sila

sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK secara individu dengan mengisi

ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1.

TERUSTERUShussain othman copyright 2011

Page 18: TITAS topik 3

Persembahan Slaid Persembahan Slaid Topik 3Topik 3

Tamadun MelayuTamadun Melayu

hussain 2011 18

Page 19: TITAS topik 3

Hasil Pembelajaran Topik (TLO)Hasil Pembelajaran Topik (TLO)

Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat:Menghuraikan dengan jelas pandangan

semesta Tamadun Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam

Menganalisis secara kritis isu-isu berkaitan teori kedatangan, faktor perkembangan dan peranan Islam di Alam Melayu

Mempamerkan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis dalam sesi perbincangan dan pembentangan

hussain 2011 19

Page 20: TITAS topik 3

PENGENALANPENGENALAN

Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara.

Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini

Page 21: TITAS topik 3

PENGENALANPENGENALAN

Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Page 22: TITAS topik 3

PENGENALANPENGENALAN

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi.

Page 23: TITAS topik 3

PENGENALANPENGENALAN

Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah

1. Bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan

2. Agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu

Page 24: TITAS topik 3

Konsep MelayuKonsep Melayu

Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu ras (gentetik atau biologi), kebudayaan, dan bahasa.

Apabila istilah Ras Melayu digunakan, ianya hanya merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya.

Istilah ras dan rumpun Melayu seringkali digunakan bertukar-ganti.

Rumpun adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah.

Page 25: TITAS topik 3

Konsep MelayuKonsep Melayu

Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur bahasa yang sama.

Ras Melayu (atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu.

Page 26: TITAS topik 3

Wilayah Kebudayaan MelayuWilayah Kebudayaan Melayu

Ianya merangkumi kawasan-kawasan di mana tersebarnya ras (rumpun) Melayu dari pulau Madagaskar ke kepulauan Pasifik.

Secara umumnya, pusat teras wilayah ini adalah kawasan kepulauan Asia Tenggara yang menjadi pusat kepada ras (rumpun) Melayu, bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan tamadun Melayu

Page 27: TITAS topik 3

Takrif Perlembagaan MalaysiaTakrif Perlembagaan Malaysia

Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. secara lazimnya berbahasa Melayu,

2. secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan

3. beragama Islam

Page 28: TITAS topik 3

Asal- Usul Tamadun MelayuAsal- Usul Tamadun Melayu

Kemunculan masyarakat kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu awal.

Kerajaan-kerajaan Melayu awal mempunyai susunan struktur masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang, dan petani-petani sekurang-kurangnya.

Oleh yang demikian, kemunculan tamadun Melayu secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.

Page 29: TITAS topik 3

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan PerdaganganPenguasaan Laluan Perdagangan

Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu awal

Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra-Islam.

Antara contoh-contoh kerajaan-kerajaan Melayu pra-Islam yang awal adalah Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Thailand Selatan, Kuala Selinsing di Perak, dan Lembah Bujang di Kedah

Page 30: TITAS topik 3

Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Kemunculan Tamadun Melayu Hasil Penguasaan Laluan PerdaganganPenguasaan Laluan Perdagangan Tidak dapat dipertikaikan bahawa

kerajaan-kerajaan Melayu telah wujud sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu di Malaysia jika kita melihat kesan-kesan peninggalan arkeologi masyarakat Melayu di Lembah Bujang, Kedah dan juga di Kuala Selinsing, Selangor

Kedua-dua kerajaan Melayu awal ini meninggalkan bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan perdagangan jarak jauh.

Page 31: TITAS topik 3

Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu AwalMelayu Awal

Selepas kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kerajaan-kerajaan Melayu Islam.

Page 32: TITAS topik 3

Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu AwalMelayu Awal

Kerajaan-kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah

1. Angkor Wat di Kampuchea,

2. Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia, dan

3. Lembah Bujang, di Kedah, Malaysia.

Page 33: TITAS topik 3

Empayar Melayu AwalEmpayar Melayu Awal

Kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu berkembang luas.

Terdapat dua empayar Melayu yang agak besar dan merangkumi kawasan yang luas iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya.

Sememangnya Empayar Sri Vijaya jauh lebih luas daripada Empayar Funan.

Akan tetapi terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua empayar ini.

Kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka.

Page 34: TITAS topik 3

Teori-Teori Kedatangan Agama Islam ke Teori-Teori Kedatangan Agama Islam ke Asia TenggaraAsia Tenggara

Secara umumnya, agama Islam dikatakan datangnya melalui tiga laluan iaitu

1. Secara langsung melalui lalauan perdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab,

2. Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara, dan

3. Melalui laluan perdagangan darat (yakni laluan sutera) ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara

Page 35: TITAS topik 3

Bukti-Bukti Kesultanan Melayu IslamBukti-Bukti Kesultanan Melayu Islam

Kedatangan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru dan boleh dikatakan mengukuhkan (atau memantapkan) tamadun Melayu.

Empayar Melaka dan lain-lain kesultanan Melayu Islam menjadi pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu.

Page 36: TITAS topik 3

Ringkasan Sejarah Pembentukan Ringkasan Sejarah Pembentukan Tamadun MelayuTamadun Melayu

Orang-orang Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di kawasan Asia Tenggara.

Selepas masyarakat Melayu berjaya menghasilkan tamadun-tamadun awal tersebut, mereka telah menggabungkan kebudayaan mereka dengan ajaran-ajaran agama Islam untuk membentuk tamadun-tamadun Melayu Islam yang dianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu

Page 37: TITAS topik 3

Ketamadunan Kesultanan MelayuKetamadunan Kesultanan Melayu

Bukti fizikal untuk ketamadunan kurang jelas. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan Islam Melayu tidak membina bangunan-bangunan monumental yang dibuat daripada batu.

Sebaliknya, bukti untuk ketamadunan kerajaan-kerajaan Islam Melayu lebih menjurus kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

Page 38: TITAS topik 3

Ketamadunan Kesultanan MelayuKetamadunan Kesultanan Melayu

Penggunaan bahasa Melayu tersebar luas di rantau Asia Tenggara dan juga kepulauan Melayu.

Selain sebagai bahasa lingua franca, penggunaannya menunjukkan bahawa bahasa Melayu itu dikaitkan dengan bahasa orang-orang yang bertamadun.

Kita dapati bahawa terdapat penulisan yang dihasilkan oleh tamadun Melayu di antara 10,000 ke 14,000 naskah-naskah Melayu yang memperkukuhan kehebatan tamadun Melayu.

Page 39: TITAS topik 3

Interaksi Kesultanan Melayu dengan Interaksi Kesultanan Melayu dengan Pengaruh AsingPengaruh Asing

BekerjasamaRampasan Kuasa Naungan/Diplomasi

Page 40: TITAS topik 3

Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak InggerisInggeris Perjanjian-perjanjian yang telah

ditandatangani di antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk mendapatkan hak-hak menetap di beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu.

1. Kerajaan Kedah; 1786 – Pulau Pinang di beri kepada pihak Inggeris, dan 1800 - Province Wellesley diberi kepada pihak Inggeris.

2. Kerajaan Johor; 6 Februari 1819 - Pentadbiran Singapura diberi kepada Inggeris.

3. Kerajaan Perak; 18 Oktober 1826 - Daerah Dindings dan Pulau Pangkor diberi kepada Inggeris

Page 41: TITAS topik 3

Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak Perjanjian-Perjanjian dengan Pihak InggerisInggeris

Kerajaan Inggeris juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk mendapatkan hak-hak tertentu ke atas kawasan-kawasan tanah tertentu di kawasan Pulau Borneo

1. Sarawak

2. Pulau Labuan

3. Sabah

Page 42: TITAS topik 3

Kemunculan Sistem Pentadbiran SekularKemunculan Sistem Pentadbiran Sekular

Kemunculan sistem pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa agama dan kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874

Page 43: TITAS topik 3

Perjanjian PangkorPerjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia.

Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874.

Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan mengurangkan kuasa Sultan sehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara tentang agama Islam dan adai istiadat kebudayaan Melayu

Page 44: TITAS topik 3

Sistem Residen Inggeris di Tanah MelayuSistem Residen Inggeris di Tanah Melayu

Antara perjanjian-perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan sistem Residen Inggeris; 

1. 1874- Perjanjian Pangkor dengan Perak

2. 1874- Perjanjian dengan negeri Selangor

3. 1874- Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan)

4. 1888- Perjanjian dengan negeri Pahang

5. 1896 – Perjanjian dengan keseluruhan Negeri Sembilan

Page 45: TITAS topik 3

Negeri- negeri Melayu BersekutuNegeri- negeri Melayu Bersekutu

Untuk memudahkan pentadbiran kerajaan penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah membentuk negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah unit pentadbiran (atau persekutuan) yang diberi gelaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) pada 1 Julai 1896

Empat negeri-negeri Melayu yang menjadi ahli dalam Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Page 46: TITAS topik 3

Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) yang PertamaPertama Persidangan Raja-Raja

Melayu yang pertama dilangsungkan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, yang telah menemukan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Persidangan Raja-Raja Melayu ini menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu yang terdapat pada hari ini, satu institusi yang memainkan peranan penting di Malaysia.

Page 47: TITAS topik 3

Negeri- negeri Melayu Tak BersekutuNegeri- negeri Melayu Tak Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States) merujuk kepada kerajaan-kerajaan (atau negeri-negeri) Melayu yang tidak ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris sebagai satu unit pentadbiran seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Lima kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini adalah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor

Page 48: TITAS topik 3

Perang Dunia Kedua: Pendudukan JepunPerang Dunia Kedua: Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua banyak membuka mata masyarakat Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British.

Kemampuan pihak Jepun untuk mengalahkan pihak British dalam masa yang begitu singkat sekali menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa pihak British boleh ditewaskan.

Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya.

Page 49: TITAS topik 3

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Kebangkitan Semangat Kebangsaan MelayuMelayu

1. Kebangkitan Awal

2. Gerakan Inteligensia Melayu

3. Bantahan kepada Penubuhan Malayan Union

Page 50: TITAS topik 3

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Kebangkitan Semangat Kebangsaan MelayuMelayuKebangkitan Awal:

Kebangkitan semangat nasionalisme Melayu mungkin bermula sebelum Perang Dunia Kedua.

Gerakan Inteligensia Melayu: Terdiri daripada orang-orang cerdik pandai Melayu yang telah mendapat pendidikan dari Sekolah-Sekolah Melayu, Sekolah-sekolah (atau Pondok-Pondok) Agama, dan Sekolah-Sekolah Inggeris.

Page 51: TITAS topik 3

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Kebangkitan Semangat Kebangsaan MelayuMelayu Bantahan kepada

Penubuhan Malayan Union: Penubuhan Malayan Union itu sendiri berjaya ditewaskan dan pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan hasil daripada Perjanjian Negeri Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 yang ditandatangi oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu

Page 52: TITAS topik 3

Komunisme (PKM) dan DaruratKomunisme (PKM) dan Darurat

Parti Komunis Malaya menentang pemerintahan kerajaan Inggeris dan kerajaan Malaysia selepas itu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis.

Banyak nyawa terkorban akibat usaha-usaha penentangan PKM, kemudahan infrastruktur negara juga turut dimusnahkan.

PKM hanya menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1990.

Page 53: TITAS topik 3

Kemerdekaan dan Pembentukan Kemerdekaan dan Pembentukan Persekutuan MalaysiaPersekutuan Malaysia

Proses Pembentukan Negara Bangsa

1. Kewarganegaraan Sebagai Kontrak Sosial

2. Penerapan Simbol-Simbol Tamadun Melayu

3. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

4. Penubuhan Persekutuan Malaysia

Page 54: TITAS topik 3

Ciri Utama Struktur Kerajaan MalaysiaCiri Utama Struktur Kerajaan Malaysia

Struktur kerajaan Malaysia yang diamalkan pada hari ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri tertentu yang datangnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum kedatangan Inggeris.

Walaubagaimanapun, struktur ini telah diubahsuai oleh pihak Inggeris apabila mereka campur tangan dalam hal-hal kerajaan-kerajaan Melayu.

Page 55: TITAS topik 3

Orang Melayu, Bumiputera dan PribumiOrang Melayu, Bumiputera dan Pribumi

Istilah bumiputera digunakan untuk menunjukkan kumpulan-kumpulan etnik yang asalnya dari kawasan Malaysia Timur sendiri.

Page 56: TITAS topik 3

Pemantapan Negara Bangsa MalaysiaPemantapan Negara Bangsa Malaysia

Ekoran daripada tragedi 13 Mei 1969, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai program pembaharuan untuk mengubah keadaan yang sedia ada untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu.

Page 57: TITAS topik 3

Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan MelayuMelayu Sains Tamadun Melayu Tamadun Melayu

menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri berdasarkan kepada keperluan-keperluan kebudayaan Melayu.

Sebahagian daripada sistem sains tepat yang dihasilkan oleh tamadun Melayu boleh dilihat daripada sistem sukatan atau penakatan Melayu.

Page 58: TITAS topik 3

Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan MelayuMelayu

Kesenian Tamadun Melayu

Tamadun Melayu juga menghasilkan pelbagai bentuk kesenian, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible).

Page 59: TITAS topik 3

Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan Sains, Seni, dan Teknologi Ketamadunan MelayuMelayu

Ilmu dan Teknologi Tamadun Melayu

Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan (istana, masjid, dan rumah) dan pembuatan barang-barang keperluan harian (seperti keris dan songket).

Page 60: TITAS topik 3

Nilai (Pandangan Alam - World-View) Nilai (Pandangan Alam - World-View) Tamadun MelayuTamadun Melayu Keimanan / Ketakwaan

kepada Allah swt. Ketaatan kepada Sultan dan

Menghormati Pemimpin Kepatuhan kepada Undang-

Undang Mendahului yang Tua Saling Hormat-Menghormati

Orang Lain

Meraikan Tetamu Bertimbang Rasa Bersopan-santun, berbudi

pekerti Bermesyuarah / Bermuafakat Bergotong-royong Bekerja Bersungguh-

Sungguh

Page 61: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di Malaysia

Orang Melayu Penduduk Kawasan Kepulauan

Keadaan ini memaksa orang Melayu untuk berinteraksi dengan mana-mana kumpulan manusia yang datang ke kawasan mereka untuk mendapat khabar berita dari jauh dan pada waktu sama untuk berdagang

Page 62: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di Malaysia Orang Melayu Bersifat

Heterogeneous Keadaan orang Melayu yang

tinggal di kawasan kepulauan memisahkan mereka secara fizikal dari kumpulan-kumpulan orang Melayu yang lain.

Ianya juga membolehkan kemunculan perbezaan-perbezaan kebudayaan tempatan.

Perbezaan-perbezaan ini menjadikan orang-orang Melayu bersifat heterogeneous atau pelbagai.

Page 63: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di Malaysia

Sifat Terbuka Kepada Luar Tamadun Melayu selalunya

mempunyai sifat terbuka kepada kedatangan orang-orang luar.

Penerimaan kedatangan orang luar adalah sebahagian daripada keperluan masyarakat yang menetap di kawasan kepulauan untuk mempertingkatkan kemampuan diri mereka.

Page 64: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di MalaysiaPenerimaan Pandangan

LuarMasyarakat Melayu

begitu mudah sekali menerima pendapat-pendapat berbeza yang dibawa oleh pendatang-pendatang.

Masyarakat Melayu biasa melihat kelainan dan tidak menanggap kelainan itu sebagai sesuatu yang merbahaya.

Page 65: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di Malaysia

Memberi Peluang Kepada Kemampuan Luar

Kemampuan tamadun Melayu untuk menerima pandangan dari luar adalah satu sifat yang berkaitan rapat dengan kesediaan masyarakat Melayu untuk memberi peluang kepada kemampuan luar.

Page 66: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di Malaysia

Bermesyuarah dan bermuafakat

Salah satu mekanisma yang terdapat dalam tamadun Melayu untuk mencapai sesuatu keputusan adalah melalui proses bermesyuarah atau bermuafakat.

Page 67: TITAS topik 3

Hubungan Tamadun Melayu dengan Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-Tamadun Lain di MalaysiaTamadun-Tamadun Lain di Malaysia

Interaksi Orang Melayu dengan Orang Bukan Melayu

Interaksi yang berlaku antara orang-orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu di Malaysia menunjukkan ciri-ciri biasa kumpulan etnik terbesar (iaitu masyarakat Melayu).

Page 68: TITAS topik 3

Rumusan dan KesimpulanRumusan dan Kesimpulan

Tamadun Melayu muncul di kawasan Asia Tenggara dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal.

Selalunya kerajaan-kerajaan Melayu awal menunjukkan pengaruh dari kepercayaan Hindu-Buddha. Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut membina monumen-monumen besar dari batu.

Akan tetapi terdapat bukti-bukti arkeologi yang mencadangkan bahawa terdapat juga kerajaan-kerajaan Melayu awal muncul pada waktu yang sama dengan kerajaan-kerajaan pengaruh Hindu-Buddha, akan tetapi tidak menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha.

Perkara penting yang juga perlu diambil perhatian adalah bahawa kebanyakan daripada kerajaan-kerajaan awal yang terdapat di Asia Tenggara adalah kerajaan-kerajaan yang dibentuk oleh orang-orang Melayu.

Page 69: TITAS topik 3

Rumusan dan KesimpulanRumusan dan Kesimpulan

Kerajaan-kerajaan Melayu awal ini menjadi lebih mantap apabila ianya menerima agama Islam.

Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam di rantau Asia Tenggara dianggap sebagai zaman kegemilangan tamadun Melayu.

Kerajaan Melayu Islam yang sering dikaitkan dengan negara Malaysia adalah kerajaan Melayu Islam di Melaka.

Page 70: TITAS topik 3

Tamat Persembahan SlaidTamat Persembahan Slaid

hussain 2011 70

Kembali ke Kembali ke Quick LearningQuick Learning

Terus Kepada Terus Kepada Process LearningProcess Learning

Page 71: TITAS topik 3

Ulangkaji Ringkasan ModulPersembahan Slaid

• Sudahkah anda menyediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individu dengan mengisi ruangan yang disediakan di dalam LAMPIRAN B1?

• Jika belum sila selesaikan tugas dan tanggungjawab anda sekarang!

• Jika sudah sila bergerak ke aktiviti seterusnya!

TERUSTERUShussain othman copyright 2011

Page 72: TITAS topik 3

TANGGA 2Pembelajaran Terarah Kendiri

• Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajar diminta membaca sepenuhnya topik 3 di dalam modul TITAS.

• Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

Page 73: TITAS topik 3

TANGGA 2Pembelajaran Terarah Kendiri

• Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN B2.

• SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI

LAMPIRAN B2?• Jika sudah selesai

sila bergerak ke TANGGA 3!

Page 74: TITAS topik 3

Tangga 3Tangga 3Laporan Kepada KumpulanLaporan Kepada Kumpulan

TERUSTERUS

Page 75: TITAS topik 3

TANGGA 3Laporan Kepada Kumpulan

• Adakan sesi perbincangan bersemuka bersama kumpulan dengan diselaraskan oleh moderator serta dibantu oleh pengurus dan setiausaha.– Nota: anda juga boleh

menggunakan kaedah perbincangan atas talian seperti Nicenet atau Author.

• Tempoh masa perbincangan bersemuka adalah antara 30 minit sehingga 1 jam bagi setiap topik.

• Setiap ahli kumpulan wajib melaporkan hasil pembelajaran kendiri kepada kumpulan.

Page 76: TITAS topik 3

TANGGA 3Laporan Kepada Kumpulan

• Hasil perbincangan hendaklah didokumenkan oleh moderator dan digunakan sebagai asas untuk menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk peta minda (di atas kertas mahjong atau menggunakan perisian komputer) secara berkumpulan yang akan dibentangkan pada Tangga 4.

• Lantik dua orang ahli sebagai pembentang atau sebagai ahli panel.

• Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

Page 77: TITAS topik 3

TANGGA 3Laporan Kepada Kumpulan

• SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI

LAMPIRAN C?• Jika sudah selesai

anda telah bersedia untuk bergerak ke

TANGGA 4!

• Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 3 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN C.

Page 78: TITAS topik 3

Tangga 4Tangga 4PembentanganPembentangan

TERUSTERUS

Page 79: TITAS topik 3

TANGGA 4Pembentangan - (Oral @ Forum)

• Proses pembelajaran pada tangga 4 akan dibuat sama ada dalam bentuk pembentangan selari atau forum.

• Oleh itu setiap kumpulan perlu bersedia untuk kedua-dua pendekatan ini.

Page 80: TITAS topik 3

Pembentangan Selari• Pembentangan selari; antara

dua kumpulan atau berpecah– Setiap dua ahli panel yang

dilantik akan membentangkan hasil kerja kumpulan.

– Ahli kumpulan yang lain akan bergerak untuk mendengar dan menilai pembentangan kumpulan lain.

– Borang penilaian berdasarkan rubrik yang disediakan akan diberikan oleh pensyarah.

– Sesi pembentangan adalah antara 20 – 30 minit sahaja.

Page 81: TITAS topik 3

Sesi Forum• Forum di dalam kumpulan atau di antara

dua kumpulan. • Tempoh masa sesi forum adalah antara 20

-30 minit.• Akan dipengerusikan oleh moderator yang

dilantik bagi topik ini.• Jika forum antara dua kumpulan, moderator

daripada kedua-dua kumpulan akan mempengerusikannya dan empat ahli panel akan terlibat.

• Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan menjadi peserta yang akan melibatkan diri dalam sesi soal jawab.

• Untuk sesi penilaian:– Setiap kumpulan akan melantik

seorang ahli untuk menjadi pemerhati atau penilai yang akan memerhati atau menilai sesi forum kumpulan lain.

– Mereka akan diberikan borang pemerhatian atau borang penilaian.

– Penilaian adalah berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Page 82: TITAS topik 3

Refleksi

• Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 4 sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN D.

• SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI

LAMPIRAN D?• Jika sudah selesai

sila bergerak ke TANGGA 5!

Page 83: TITAS topik 3

Tangga 5Tangga 5Refleksi KeseluruhanRefleksi Keseluruhan

TERUSTERUS

Page 84: TITAS topik 3

TANGGA 5 Refleksi / Muhasabah

• Setiap ahli kumpulan WAJIB membuat refleksi bagi keseluruhan proses pembelajaran sebaik sahaja selesai proses pembelajaran pada Tangga 5. Sila isi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRAN E1.

• SUDAHKAH ANDA SELESAI MENGISI

LAMPIRAN E1?• Jika sudah selesai anda boleh bergerak ke aktiviti menjawab

Soalan Latihan Topik

Page 85: TITAS topik 3

Jawab Soalan Ulangkaji

• Pelajar boleh menggunakan soalan latihan topik yang disediakan di dalam CD untuk menguji kefahamannya terhadap topik ini secara manual.

• Borang OMR yang disediakan dalam Lampiran E2 boleh digunakan untuk tujuan ini.

TERUS JAWAB SECARA TERUS JAWAB SECARA INTERAKTIFINTERAKTIF

Page 86: TITAS topik 3

SOALAN ANEKA PILIHAN / SOALAN ANEKA PILIHAN / OBJEKTIFOBJEKTIF

Sila jawab semua soalan.

Pilih A, B, C atau D

hussain 2011 86TERUSTERUS

Page 87: TITAS topik 3

Klik Soalan Pilihan Anda

11 22 33 44 55 66

77 88 99 1010 1111 1212

1313 1414 1515 1616 1717 1818

1919 2020 2121 2222 2323 2424

2525 2626 2727 2828 2929 3030

Tamat menjawabTamat menjawabKembali ke Quick LearningKembali ke Quick Learning

Page 88: TITAS topik 3

S1S1Tamadun Melayu merujuk kepada perkara berikut KECUALI

A. Agama Islam adalah asas kepada kewujudannya

B. Lahir setelah pembukaan kota Melaka oleh Parameswara

C. Tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara dikenali sebagai Kepulauan Melayu (Malay Archipelago)

D. Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu

88AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 89: TITAS topik 3

S2S2• Dua perkara penting yang

mewarnai tamadun wilayah ini A. Bahasa Melayu dan agama

Islam

B. Bahasa Melayu dan budaya Islam

C. Bahasa Melayu dan tradisi timur tengah

D. Bahasa Melayu dan tradisi Hindu-Buddha

hussain 2011 89AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 90: TITAS topik 3

S3S3• Istilah Melayu

sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu

A. Etnik, bahasa dan agama

B. Budaya, agama dan bahasa

C. Ras, kebudayaan, dan bahasa

D. Paras rupa, kebudayaan dan bahasa

hussain 2011 90AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 91: TITAS topik 3

S4S4• Manakah kenyataan yang berikut benar

tentang istilah ras dan rumpun Melayu I. Istilah ras dan rumpun Melayu

mempunyai makna yang jauh berbeza dan tidak boleh disamakan

II. Istilah ras dan rumpun Melayu mempunyai makna yang hampir sama dan seringkali digunakan bertukar-ganti.

III. Rumpun adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah

IV. Ras adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala rumpun adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah

A. I dan IIB. II dan IIIC. I dan IVD. III dan IV

hussain 2011 91AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 92: TITAS topik 3

S5 S5 • Keluarga bahasa

Melayu-Indonesia pula terangkum dalam Rumpun Bahasa

A.Australasia

B.Austronesia

C.Austroeuropa

D.Arab dan Semitik

hussain 2011 92AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 93: TITAS topik 3

S6S6• Manakah kenyataan berikut

yang TIDAK BENAR tentang konsep perantauan di dalam wilayah kebudayaan Melayu.

A. Orang-orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan perantauan

B. Orang yang merantau dianggap sebagai sebahagian daripada orang Melayu.

C. Apabila berada di luar kampung atau kerajaan asal, mereka dianggap sebagai orang merantau

D. Dalam kerangka pemikiran masyarakat Melayu, kami membawa maksud orang Melayu diperantauan manakala kita membawa maksud orang Melayu tempatan

hussain 2011 93AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 94: TITAS topik 3

S7S7• Dalam Perkara 160,

Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai

I. PeribumiII. Beragama IslamIII. Berbahasa MelayuIV. Mengamalkan adat

istiadat Melayu

A. I, II dan III

B. I, III dan IV

C. II, III dan IV

D. Semua di atas

hussain 2011 94AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 95: TITAS topik 3

S8S8• Menurut Bellwood dan von

Heine Geldern masyarakat Melayu

A. Berhijrah ke Asia Tenggara dari China sejak 10,000 tahun lalu

B. Adalah penduduk tetap wilayah Asia Tenggara sejak sebelum 10,000 tahun yang lalu

C. Telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 7,000 tahun dahulu.

D. Berhijrah ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik) sekitar 5,000 tahun dahulu

hussain 2011 95AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 96: TITAS topik 3

S9S9• Menurut sarjana tempatan

masyarakat MelayuA. Berhijrah ke Asia Tenggara dari

China sejak 10,000 tahun laluB. Adalah penduduk tetap wilayah

Asia Tenggara sejak sebelum 10,000 tahun yang lalu

C. Telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 7,000 tahun dahulu.

D. Berhijrah ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik) sekitar 5,000 tahun dahulu

hussain 2011 96AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 97: TITAS topik 3

S10S10• Secara umumnya, zaman

neolitik (atau zaman batu baru) dalam Tamadun Melayu memperlihatkan

A. Pertanian tetap

B. Wujudnya budaya penghijrahan yang berterusan

C. Perubahan teknologi yang berteraskan pemikiran saintifik

D. Penubuhan tempat tinggal berpindah randah di sepanjang sungai

hussain 2011 97AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 98: TITAS topik 3

S11S11• Berikut adalah

kawasan tumpuan awal tamadun Melayu di Asia Tenggara KECUALI

A. Funan

B. Kuala Selinsing di Perak

C. Lembah Bujang di Kedah

D. Langkasuka di Sumatera

hussain 2011 98AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 99: TITAS topik 3

S12S12• Beberapa artifak yang

ditemui di tapak arkeologi tamadun awal Melayu menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan

A. Sistem tulisan Jawi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu

B. Sistem tulisan Kawi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu

C. Sistem tulisan Pahlavi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu

D. Sistem tulisan Rencong (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu

hussain 2011 99AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 100: TITAS topik 3

S13S13• Secara umumnya, agama Islam

dikatakan datangnya melalui tiga laluan iaitu

I. Secara langsung melalui laluan perdagangan laut dari kawasan negara-negara Arab

II. Melalui laluan perdagangan darat ke benua Afrika dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara

III. Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara

IV. Melalui laluan perdagangan darat ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

hussain 2011 100AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 101: TITAS topik 3

S14S14• Berikut adalah di antara karya-

karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh kesultanan-kesultanan Melayu Islam KECUALI

A. Hikayat Hang Tuah

B. Hikayat Arjuna Tapa

C. Hikayat Amir Hamzah

D. Hikayat Raja-Raja Pasai

hussain 2011 101AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 102: TITAS topik 3

S15S15• Penjajah Eropah yang

kedua menjejakkan kakinya ke Alam Melayu adalah

A. Portugis

B. Belanda

C. Inggeris

D. Perancis

hussain 2011 102AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 103: TITAS topik 3

S16S16• Pada tahun 1800,

kerajaan penjajah Inggeris telah membuat perjanjian dengan

A. Kerajaan Brunei untuk mendapatkan Labuan

B. Kerajaan Kedah untuk mendapatkan Province Wellesley

C. Kerajaan Selangor untuk mendapatkan hak perlombongan

D. Kerajaan Perak untuk mendapatkan daerah Dinding dan Pulau Pangkor

hussain 2011 103AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 104: TITAS topik 3

S17S17• Pada tahun 1846, penjajah

Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Brunei untuk

A. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Sulu

B. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Sabah

C. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Labuan

D. Mendapatkan kuasa pemerintahan di Sarawak

hussain 2011 104AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 105: TITAS topik 3

S18S18• Kerajaan Brunei telah

memberi kawasan Sarawak kepada James Brooke pada September 1842 kerana

A. Desakan daripada penjajah Inggeris

B. Desakan daripada keluarga diraja Brunei

C. Mematuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak Inggeris

D. Balasan kepada usaha-usaha beliau yang membantu kepentingan kerajaan Brunei

hussain 2011 105AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 106: TITAS topik 3

S19S19• Kemunculan sistem

pentadbiran sekular yang memecahkan kuasa kepada dua, yakni kuasa agama dan kuasa sekular, diperkenalkan oleh pihak Inggeris buat kali pertamanya di Semenanjung Tanah Melayu apabila

A. Tertubuhnya Majlis Raja-raja Melayu

B. Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874

C. Tertubuhnya Sistem Kehakiman Sivil di Tanah Melayu

D. Perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu ditandatangani di London sebelum merdeka

hussain 2011 106AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 107: TITAS topik 3

S20S20• Berikut adalah di antara perjanjian-

perjanjian yang ditangani oleh pihak Inggeris untuk melaksanakan sistem Residen Inggeris KECUALI 

A. Perjanjian dengan Pahang pada tahun 1876

B. Perjanjian dengan Selangor pada tahun 1874

C. Perjanjian Pangkor dengan Perak pada tahun 1874

D. Perjanjian dengan Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada tahun 1874

hussain 2011 107AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 108: TITAS topik 3

S21S21• Berikut adalah empat

negeri Melayu yang menjadi ahli dalam Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah

A. Selangor, Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan

B. Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan

C. Pulau Pinang, Singapura, Labuan dan Sabah

D. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang

hussain 2011 108AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 109: TITAS topik 3

S22S22• Berikut adalah kenyataan yang

benar tentang Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Non-Federated Malay States)

A. Enam kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini

B. Ditadbir oleh kerajaan penjajahan Inggeris sebagai satu unit pentadbiran

C. Empat daripadanya berasal daripada negeri di bawah naungan kerajaan Siam

D. Negeri-negeri ini hanya diserahkan kepada pihak British pada tahun 1919 apabila Perjanjian Bangkok ditandatangani diantara pihak British dengan pihak Siam

hussain 2011 109AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 110: TITAS topik 3

S23S23• Pendudukan Jepun semasa

perang dunia kedua banyak membuka mata masyarakat Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British kerana

A. Pemerintahan Jepun mengganggu dan mengubah sistem-sistem kerajaan Melayu.

B. Tindakan pihak British membantu golongan penentang Jepun dianggap sebagai satu usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu

C. Pemerintahan Jepun tidak cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat tempatan (iaitu orang Melayu) untuk menentang pihak British

D. Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya

hussain 2011 110AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 111: TITAS topik 3

S24S24• Gerakan inteligensia

Melayu yang menerajui gerakan nasionalisme Melayu terdiri daripada cerdik pandai Melayu yang mendapat pendidikan dari

I. Sekolah-sekolah MelayuII. Sekolah-sekolah InggerisIII. Sekolah-sekolah Pondok

dan MadrasahIV. Sekolah-sekolah Jenis

Kebangsaan

A. I dan IIB. III dan IVC. I, II dan IIID. I, III dan IV

hussain 2011 111AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 112: TITAS topik 3

S25 S25 • Malayan Union yang

ditubuhkan pada tahun 1946 menggabungkan negeri-negeri

I. SingapuraII. Pulau Pinang dan MelakaIII. Johor, Kedah, Perlis,

Kelantan dan TerengganuIV. Perak, Selangor, Pahang dan

Negeri Sembilan

A. I dan IIB. III dan IVC. I, II, dan IIID. II, III dan IV

hussain 2011 112AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 113: TITAS topik 3

S26S26• Persekutuan Tanah Melayu

diisytiharkan pada 1 Februari 1948 hasil daripada

A. Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu

B. Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955

C. Perjanjian Negeri Negeri dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948

D. Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman di London

hussain 2011 113AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 114: TITAS topik 3

S27S27• Berikut adalah di antara

simbol daripada Tamadun Melayu yang diserapkan ke dalam pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat

I. Lagu Negaraku II. Stadium NegaraIII. Bendera Malaysia IV. Akta-akta berkaitan hak

asasi manusia

A. I dan IIB. III dan IVC. I, II dan IIID. I, III dan IV

hussain 2011 114AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 115: TITAS topik 3

S28S28• Berikut adalah kenyataan yang

benar tentang orang Asli dan Bumiputera di Malaysia

A. Orang Asli hanya mendiami kawasan selatan Semenanjung

B. Istilah Orang Asli hanya digunakan di Malaysia dan istilah bumiputera digunakan di luar Malaysia

C. Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia, istilah-istilah Orang Asli, Bumiputera dan Pribumi terpaksa dijelaskan

D. Berbeza daripada kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kawasan Malaysia Timur khususnya mempunyai pelbagai kumpulan-kumpulan etnik asli.

hussain 2011 115AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 116: TITAS topik 3

S29S29• Berikut adalah ukuran jarak

yang menggambarkan nilai sains kuantitatif di dalam Tamadun Melayu

I. Koyan

II. Cupak

III. Sedepa

IV. Sejengkal

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, II dan III

D. II, III dan IV

hussain 2011 116AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 117: TITAS topik 3

S30S30• Kesenian di dalam

Tamadun Melayu boleh dilihat daripada dua aspek, ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible). Di antara kesenian yang berbentuk ketara adalah

A. Syair

B. Pantun

C. Mak Yong

D. Peribahasa

hussain 2011 117AA BB CC DDJawapan andaJawapan anda

Page 118: TITAS topik 3

JAWAPAN ANDAJAWAPAN ANDA

hussain othman copyright 2011

SALAHSALAHMaaf,Maaf,

sila cuba lagi!sila cuba lagi!

KembaliKembali

Page 119: TITAS topik 3

TAHNIAH!TAHNIAH!JAWAPAN ANDA TEPAT JAWAPAN ANDA TEPAT

SEKALI!SEKALI!

hussain othman copyright 2011

KembaliKembali

Page 120: TITAS topik 3

Tamat Menjawab Soalan Tamat Menjawab Soalan Ulangkaji TopikUlangkaji Topik

hussain 2011 120

Tamat sesi pembelajaranTamat sesi pembelajaranProcess LearningProcess Learning

Tamat Sesi Pembelajaran Tamat Sesi Pembelajaran Quick LearningQuick Learning

Page 121: TITAS topik 3

Semoga pembelajaran anda mencapai hasilnya…

Untuk keluar sila klik kanan

dan klik end show!

Anda telah tamat sesi Anda telah tamat sesi Quick Learning!Quick Learning!

Page 122: TITAS topik 3

Tahniah! Anda telah berlabuh di pelabuhan ketiga!

hussain othman copyright 2011

Teruskan usaha Teruskan usaha meningkatkan meningkatkan

ilmu dan hikmah ilmu dan hikmah kebijaksanaan kebijaksanaan

dalam kehidupan dalam kehidupan anda!anda!

Ulang Semula Proses Ulang Semula Proses PembelajaranPembelajaran

Untuk keluar sila klik kanan

dan klik end show!