tinjauan operasi (pengurusan pelaburan) (1)

Upload: suhana013

Post on 02-Mar-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    1/7

    Tinjauan OperasiPengurusan Pelaburan

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    2/7

    LAPORAN TAHUNA N SURUHANJAYA SEKURITI 2002

    TINJAU AN O PERASI 2-53

    PENGURUSAN PELABURAN

    Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi dana

    pencen dan kumpulan wang simpanan, dana unit amanah,

    dana insurans dan tabung haji. Menurut SCA, bidang kuasa

    pengawalseliaan Suruhanjaya terhadap skim pelaburan

    kolektif sedemikian merangkumi dana unit amanah, danaamanah harta dan dana tertutup, tetapi tidak meliputi skim

    pelaburan kolektif yang lain seperti dana pencen dan

    kumpulan wang simpanan, dana insurans dan tabung

    haji. Daripada dana ini, unit amanah membentuk bahagian

    yang besar.

    Suruhanjaya sebagai badan yang bertanggungjawab dalam

    memastikan industri pengurusan pelaburan beroperasi

    dengan teratur dan cekap menerbitkan lesen kepada

    perantara dalam industri dan juga mempertimbangkan

    permohonan untuk menubuhkan dana unit amanah, dana

    amanah harta dan skim pelaburan kolektif yang lain, dan

    juga terb itan dan tawaran untuk jualan instrumen-

    instrumen tersebut kepada awam. Suruhanjaya juga

    mempertimbangkan permohonan terhadap pengecualian/

    kelainan daripada garis panduan dan juga merangka polisi

    dan peraturan untuk dana unit amanah serta skim pelaburan

    kolektif yang lain bawah kawal seliaannya.

    TERBITAN LESEN

    Pada akhir 2002, terdapat 80 syarikat pengurusan dana

    berlesen dan 292 wakil pengurus dana. Enam puluh lima

    syarikat pengurusan dana ini ialah 100% milik tempatan,

    10 dimiliki secara usaha sama dengan majoriti pemilikan

    tempatan, dua ialah 100% milik asing dan tiga secara usaha

    sama dengan majoriti pemilikan asing. Di samping itu,

    terdapat juga 12 pengurus dana niaga hadapan berlesen dan

    53 wakil pengurus dana niaga hadapan.

    PRESTASI INDUSTRI

    Setakat 31 Disember 2002, jumlah dana yang diuruskan oleh

    syarikat pengurusan dana ialah RM64.26 bilion, mencakupi

    RM61.26 bilion dana tempatan dan RM3 bilion (AS$0.79

    bilion)1dana asing.

    Sebahagian besar dana tempatan yang diuruskan ialah dalamkategori unit amanah, mencecah RM41.83 bilion pada

    penghujung 2002, berbanding RM36.77 bilion pada akhir

    2001 (Jadual 1). Jumlah ini merangkumi lebih daripada 68%

    dana yang diuruskan di negara ini pada akhir 2002. Dana

    jenis lain bawah pengurusan ialah dana amal, dana korporat,

    KWSP, dana badan/agensi kerajaan, dana individu, dana

    insurans dan dana pencen persendirian.

    Bagi dana asing pula, sebahagian besar dana yang diuruskan

    terdiri daripada dana korporat (75%), seperti pola yang

    dicatatkan pada tahun sebelumnya.

    1 AS$1 = RM3.80

    Cart a 1

    Peratusan Dana yang Diuruskan oleh

    Syarikat Pengurusan Dana

    80

    60

    40

    20

    0

    Peratusan(%)

    31 Dis 2002

    31 Dis 2001

    Lima syarikat peng urusan

    d ana terbesar

    Syarikat pengurusan

    d ana yang l a in

    74.0

    29.9

    26.0

    70.1

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    3/7

    LAPORAN TAHUNA N SURUHANJAYA SEKURITI 2002

    TIN JA UA N O PERASI2-54

    Setakat 31 Disember 2002, lima syarikat pengurusan dana

    yang terbesar masih menguruskan lebih daripada 70%

    daripada jumlah dana yang diuruskan, kira-kira 4% lebih

    rendah daripada peratusan yang dicatatkan pada akhir tahun

    sebelumnya (Carta 1).

    Setakat 31 Disember 2002, jumlah dana yang dilaburkan di

    Malaysia melalui pengurusan dana ialah sebanyak

    RM60.14 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 20% daripada

    penghujung tahun 2001 (Carta 2). Manakala, dana yang

    dilaburkan di luar Malaysia ialah sebanyak RM2.01 bilion,

    iaitu peningkatan ketara sebanyak 83% berbanding akhir

    tahun 2001.

    Jika dibandingkan dengan tahun 2001, tidak terdapat

    sebarang perubahan besar dari segi pola pengagihan aset pada

    tahun 2002 (Carta 3) kebanyakan aset diperuntukkankepada pelaburan dalam ekuiti (2002: 64.98%, 2001:

    62.94%) diikuti oleh pelaburan tunai (2002: 17.54%, 2001:

    15.8%).

    Prestasi industri unit amanah pada tahun 2002 secara amnya

    amat memberangsangkan. Setakat 31 Disember 2002,

    terdapat 39 syarikat pengurusan unit amanah berbanding

    37 pada tahun sebelumnya (Jadual 2). Dana unit amanah

    yang telah diluluskan sejumlah 163 pada akhir tahun 2001

    telah meningkat kepada 188 pada 31 Disember 2002. Unit

    dalam edaran juga telah meningkat sebanyak 18.42%daripada 71.39 bilion unit pada akhir tahun 2001 kepada

    84.54 bilion unit pada 31 Disember 2002.

    Jumlah NAV dana juga telah meningkat daripada RM47.34

    bilion pada 31 Disember 2001 kepada RM53.70 bilion pada

    akhir Disember 2002, iaitu peningkatan sebanyak 13.44%.

    NAV pada tahun 2002 merangkumi 11.15% daripada

    jumlah permodalan pasaran BSKL berbanding 10.18% pada

    tahun 2001. Jumlah akaun pada akhir Disember 2002sebanyak 10.18 juta, juga lebih tinggi daripada jumlah pada

    tahun 2001 iaitu 9.99 juta.

    Selaras dengan pertumbuhan industri unit amanah, dana

    unit amanah Islam juga mencatatkan pertumbuhan

    dalam tahun 2002. Terdapat 44 dana unit amanah Islam

    yang merupakan 23% daripada jumlah keseluruhan 188

    dana unit amanah di Malaysia pada 31 Disember 2002

    (tahun 2001: 32 tabung iaitu 19.6%). Penerangan lebih

    lanjut lagi mengenai perkembangan industri dana unit

    amanah Islam terdapat dalam bab Pasaran Modal Islamlaporan tahun ini.

    Dari segi permohonan yang berkaitan dengan unit

    amanah, amanah harta dan skim pelaburan kolektif

    yang lain, Suruhanjaya telah mempertimbangkan 367

    permohonan pada tahun 2002 (Jadual 3). Daripada

    jumlah ini, 25 permohonan ialah untuk menubuhkan

    dana baru, 28 untuk meningkatkan had saiz dana dan

    12 untuk pengecualian/kelainan daripada garis panduan

    tersebut.

    Carta 2

    Dana yang Dilaburkan Di Dalam dan Di Luar Malaysia

    80

    60

    40

    20

    0

    RMb

    ilion

    31 Dis 2002

    31 Dis 2001

    Dilaburkan di Malaysia

    (RM)

    Dilaburkan di luar Malaysia

    (RM)

    49.91

    2.01 1.10

    60.14

    Carta 3

    Pengagihan Aset

    80

    60

    40

    20

    0

    Lain-lainTun aiEkuitiPendapat an Tetap

    Peratusan(%)

    31 Dis 2002

    31 Dis 2001

    17.515.8

    3.8 2.6

    62.965.0

    18.7

    13.7

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    4/7

    LAPORAN TAHUNA N SURUHANJAYA SEKURITI 2002

    TINJAU AN O PERASI 2-55

    NOTA AMALAN DAN GARIS PANDUAN

    Pada tahun 2002, Suruhanjaya telah menerbitkan empat nota

    amalan dan satu set garis panduan untuk menggalakkan

    industri unit amanah yang lebih efektif dan persekitaran

    pelaburan yang lebih baik bagi pelabur.

    Practice Note 16 on Eligibility of Management

    Companies

    Sejajar dengan matlamat memberi kelonggaran kepadaindustri pengurusan pelaburan secara berperingkat-

    peringkat, Practice Note 16 on Eligibility of Management

    Companies telah diterbitkan bagi melonggarkan lagi

    keperluan yang telah ditetapkan terhadap hak milik syarikat

    pengurusan unit amanah. Polisi baru ini diperkenalkan untuk

    membenarkan sesebuah kumpulan syarikat untuk

    mempunyai kepentingan dalam lebih daripada satu syarikat

    pengurusan unit amanah. Kelonggaran ini diperkenalkan

    setelah mengambil kira kerumitan struktur pemegangan

    saham yang semakin bertambah dalam dunia korporat.

    Walaupun diberikan kelonggaran, beberapa syarat telahdikenakan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan

    yang mungkin timbul dan untuk memastikan ada

    kawalan untuk mengurangkan perkara sedemikian, termasuk

    mengehadkan penguasaan pemegang saham hanya ke atas

    sebuah syarikat pengurusan unit amanah, mengehadkan

    hak mengundi tidak melebihi 20% daripada saham

    undian syarikat yang mana pemegang saham tersebut

    mempunyai kepentingan minoriti, dan tidak membenarkan

    pemegang saham melibatkan diri dalam pengurusan

    harian syarikat atau dilantik sebagai ahli lembaga

    pengarah atau ahli jawatankuasa pelaburan dalam syarikat

    yang pemegang saham itu mempunyai kepentingan

    minoriti.

    Practice Note 18 on Additional Requirements

    for Schemes Managed and Administered in

    Accordance with Syariah Principles

    Dalam merealisasikan matlamat untuk terus membangunkan

    pasaran modal Islam, Suruhanjaya telah memperkenalkanPractice Note 18 on Additional Requirements for Schemes

    Managed and Administered in Accordance with Syariah

    Principles.Nota Amalan 18 diperkenalkan bertujuan untuk

    mempertingkatkan integriti dan kredibiliti skim unit

    amanah yang ditadbir berdasarkan prinsip Syariah dengan

    penetapan peranan masing-masing bagi penasihat Syariah,

    jawatankuasa, juru runding, jawatankuasa pelaburan,

    pemegang amanah dan pegawai pematuhan dalam menyelia

    pengurusan unit amanah Islam bagi memastikan pengurusan

    mengikut objektifnya. Nota amalan ini juga bertujuan

    meningkatkan kemahiran ahli jawatankuasa Syariah sesebuah

    skim bagi memastikan mereka yang dilantik untuk

    memegang jawatan tersebut mempunyai kemahiran dankeupayaan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi yang

    dikehendaki ketika melaksanakan tugas mereka.

    Nota Amalan 17 dan 19

    Dua Nota Amalan lain yang telah diterbitkan dalam tahun

    2002 ialah Nota Amalan 17 dan 19. Nota Amalan 17

    merupakan usaha Suruhanjaya untuk terus meliberalisasikan

    dan meningkatkan daya saing di kalangan peserta dalam

    industri unit amanah dengan melupuskan kadar yuranminimum untuk pemegang amanah. Langkah ini memberi

    laluan kepada pemegang amanah dan syarikat pengurusan

    untuk berunding mengenai yuran yang wajar dikenakan

    tanpa sebarang had minimum, dan mengambil kira faktor-

    faktor lain seperti tanggungjawab yang dipikul oleh

    pemegang amanah dan tahap perkhidmatan yang disediakan

    oleh pemegang amanah.

    Nota Amalan 19 pula membentangkan prosedur bagi

    pendaftaran ahli jawatankuasa Syariah atau penasihat syariah.

    Objektif Nota Amalan 19 ialah untuk memperbaiki rangka

    pelantikan ahli jawatankuasa Syariah atau penasihat syariah

    supaya menjadi lebih efisien dan teratur untuk dana unit

    amanah yang diurus berlandaskan prinsip Syariah.

    Guidelines on Property Trust Funds

    Pada tahun 2002 juga, Suruhanjaya telah menerbitkan

    Guidelines on Property Trust Fundsyang telah disemak semula

    untuk memudahcarakan pengenalan produk pengurusanpelaburan yang pelbagai dan berorientasikan permintaan di

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    5/7

    LAPORAN TAHUNA N SURUHANJAYA SEKURITI 2002

    TIN JA UA N O PERASI2-56

    pasaran modal Malaysia. Semakan semula garis panduan

    tersebut telah dijalankan untuk menggalakkan pertumbuhan

    industri tabung amanah harta, di samping merangsang sektor

    harta tanah di Malaysia.

    Garis panduan tersebut memberikan lebih kelonggaran

    dalam operasi berkaitan dana amanah harta, termasuk skop

    pelaburan yang lebih luas dan had pelaburan yang lebih

    liberal bagi portfolio pelaburan dana. Dengan kelonggaran

    tersebut, dana amanah harta diberi peluang untuk melabur

    dalam kelas aset yang lebih pelbagai, termasuk pelaburan

    dalam instrumen yang dibenarkan, seperti aset berkaitan

    harta tanah sebenar, untuk menggalakkan lebih fleksibiliti

    dari segi pengagihan aset. Proses liberalisasi ini juga

    meliputi keperluan terhadap tebaran dan tumpuan

    pelaburan, untuk mengurangkan risiko kepada pelabur

    dengan mempelbagaikan pengagihan aset tabung.

    Di samping itu, garis panduan ini juga memperkenalkan

    perubahan ketara kepada kriteria kelayakan syarikat yang

    ingin menyertai industri amanah harta, iaitu kini

    merangkumi anak syarikat induk harta dan syarikat

    pembangunan harta.

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    6/7

    LAPORAN TAHUNA N SURUHANJAYA SEKURITI 2002

    TINJAU AN O PERASI 2-57

    STATISTIK UTAMA

    Jadual 1

    Dana Baw ah Peng urusan Mengikut Jenis Dana 2

    Jenis Da na Tempa t a n (RM Juta ) Asing (AS$ Juta )

    2002 2001 2002 2001

    D ana am al 288.25 225.90 2.26 0

    D ana korporat 5,628.52 4,050.35 592.29 520.05

    KW SP 4,232.65 2,129.52 0 0

    D ana kerajaan 1,280.34 885.47 0 0

    D ana individu 1,724.91 673.22 43.70 33.44

    D ana insurans 857.72 529.16 5.40 1.60

    D ana lain3 3,748.59 2,755.67 7.17 96.61

    D ana pencen persendirian 959.79 899.05 0.08 0.37

    D ana unit am anah 41,828.75 36,774.36 141.21 28.35

    D ana unit am anah Islam 705.53 664.72 0 0.40

    Jumla h 61,255.05 49,587.42 792.11 680.82

    Jadual 2

    Industri Unit Amana h pa da Tah un 2002 da n 2001

    2002 2001

    Jum lah syarikat pengurusan 39 37

    Jum lah dana yang diluluskan 188 163

    Jum lah saiz dana yang diluluskan (bilion unit) 134.96 109.97

    U nit dalam edaran (bilion unit) 84.54 71.39

    N AV (RM bilion) 53.70 47.34

    Jum lah akaun (juta) 10.18 9.99

    % N AV kepada jum lah perm odalan pasaran BSKL 11.15 10.18

    2 Berdasarkan 61 syarikat pada tahun 2001 dan 63 syarikat pada tahun 2000.3 Meliputi dana yang ditubuhkan untuk tujuan khas, yang tidak dapat dikelaskan bawah mana-mana kategori dalam jadual.

  • 7/26/2019 Tinjauan Operasi (Pengurusan Pelaburan) (1)

    7/7

    LAPORAN TAHUNA N SURUHANJAYA SEKURITI 2002

    TIN JA UA N O PERASI2-58

    Jadual 3

    Permohona n Berhubung Pelbag ai Perkara Berkaita n Skim Unit Amana h, Aman ah Harta da n Skim Pelab uran Kolektif Lain

    Jumlah Permohonan

    Jenis Permohona n Dipert imba ng ka n Ma sih Dipert imba ng ka n

    2002 2001 2002 2001

    Penubuhan dana baru 25 33 16 13

    Pertam bahan dalam had saiz dana 28 18 0 2

    Pengecualian/kepelbagaian daripada 12 8 4 2

    garis panduan

    Penilaian sem ula harta 3 5 0 2

    Pendaftaran prospektus 79 67 29 25

    Pendaftaran surat ikatan am anah 39 56 23 17

    Pelantikan Ketua Pegaw ai Eksekutif, 89 87 17 19

    Pengarah dan A hli Jaw atankuasa

    Pelaburan

    Perm ohonan lain 92 73 17 22

    Jumla h 367 347 106 102