ekonomi - tabungan pelaburan

21
TABUNGAN DAN PELABURAN • TABUNGAN, Mengikut klasik simpanan yang dibuat oleh rumah tangga akan dipinjam oleh pelabur untuk tujuan pelaburan. Oleh itu bocoran akibat tabungan akan disuntik kembali melalui pelaburan. Dengan itu aliran pusingan pendapatan akan seperti biasa, iaitu tidak berlakunya bocoran. 1

Upload: nur-az

Post on 23-Jun-2015

232 views

Category:

Economy & Finance


1 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

TABUNGAN DAN PELABURAN

• TABUNGAN, Mengikut klasik simpanan yang dibuat oleh rumah tangga akan dipinjam oleh pelabur untuk tujuan pelaburan.

Oleh itu bocoran akibat tabungan akan disuntik kembali melalui pelaburan.

Dengan itu aliran pusingan pendapatan akan seperti biasa, iaitu tidak berlakunya bocoran.

1

Page 2: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Oleh sebab itu GTP (Keseimbangan) akan selalu dicapai.

Mengikut klasik pelaburan dan tabungan akan ditentukan sepenuhnya oleh kadar bunga benar.

Mereka yang menyimpan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dalam bentuk kadar bunga.

2

Page 3: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Oleh itu semakin tinggi kadar bunga benar, semakin tinggi simpanan.

Keluk tabungan juga dikenali sebagai keluk penawaran dana boleh pinjam.

(lagi tinggi r lagi tinggi tabungan [s] ) Klasik menganggap simpanan biasanya

dalam bentuk bond. Kadar bunga benar adalah harga terhadap

dana boleh pinjam. (untuk I)

3

Page 4: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Kadar bunga benar :

= kadar bunga nominal - kadar inflasi

(Rr = Rn - π)

Hubungan diantara kadar bunga benar dan penawaran dana boleh pinjam boleh ditunjukkan dalam rajah di bawah :

4

Page 5: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

5

Jika kadar bunga benar naik dari r0 ke r1 , tabungan naik

dari S0 ke S1 dan sebaliknya jika kadar bunga benar turun

ke r2 tabungan turun ke S2

Page 6: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

PELABURAN DAN PERMINTAAN DANA BOLEH PINJAM

Pengusaha juga berbelanja. Biasanya perbelanjaan mereka dalam bentuk pelaburan. Selalunya perbelanjaan pelaburan adalah besar.

Oleh itu pengusaha akan meminjam untuk membuat pelaburan. Mengikut klasik keinginan untuk membuat pelaburan adalah berhubung songsang dengan kadar bunga benar.

6

Page 7: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

7

Jika kadar bunga benar naik, pelaburan jatuh dan sebaliknya jika kadar bunga benar jatuh, pelaburan naik. Hubungan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Page 8: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Mengikut klasik tabungan selalu sama dengan pelaburan. Oleh sebab itu di dalam ekonomi tidak akan berlakunya bocoran.

Gunatenaga penuh akan dicapai kerana semua tabungan akan digunakan semula. Oleh itu akan wujud kadar bunga benar keseimbangan di pasaran di mana tabungan akan sama dengan pelaburan.

Keseimbangan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:

8

Page 9: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

9

Tabungan sama dengan pelaburan pada titik E, kadar bunga benar pada Re dan pelaburan keseimbangan pada Ie dan tabungan keseimbangan pada Se (Ie = Se)

Page 10: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Perbelanjaan Kerajaan dan Permintaan Terhadap Dana Boleh

Pinjam

Mengikut klasik kerajaan juga berbelanja. Samada belanja pengurusan atau belanja pelaburan.

Kerajaan juga akan meminjam dari dana boleh pinjam jika ia melakukan belajawan defisit (Hasil cukai < Perbelanjaan kerajaan) di mana perlu buat pinjaman.

Iaitu :

10

Page 11: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

EG = g – t (T - R)

EG = belanjawan kerajaan,

g = perbelanjaan kerajaan,

t = cukai bersih iaitu diperolehi

apabila cukai kasar tolak subsidi

11

Page 12: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Bila kerajaan berbelanja secara defisit (Hasil cukai < Perbelanjaan kerajaan di mana G perlu buat pinjaman), maka keluk permintaan terhadap dana boleh pinjam akan meningkat ke atas.

Kadar bunga benar akan naik. Kenaikan kadar bunga benar akan

menggalakkan rumahtangga untuk meningkatkan tabungan.

Bila tabungan naik maka, penggunaan akan jatuh.

[Bila T < G, maka G perlu pinjam dan bila

G r S C ]

I

12

Page 13: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Dari satu segi pula : Bila kadar bunga benar naik pelaburan

akan jatuh. Oleh itu jumlah perbelanjaan swasta iaitu

campuran antara kejatuhan dalam penggunaan rumahtangga (C) dan kejatuhan dalam pelaburan firma (I) adalah sama dengan jumlah defisit belanjawan kerajaan.

Keadaan ini diterangkan dalam rajah di bawah:

13

Page 14: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

14

Page 15: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Keterangan rajah:   Bila belanjawan defisit dilaksanakan, keluk

pelaburan akan naik dari I ke I + (g - t). Kesannya kadar bunga benar naik dari R1 ke R2. Bila R naik, tabungan naik dari S1 ke S2 maka penggunaan pula akan jatuh. Pada masa yang sama bila R naik pelaburan akan jatuh kerana kos meminjam naik.

15

Page 16: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Keinginan melabur jatuh. Pelaburan jatuh dari I1 ke I2, Jumlah kemerosotan dalam perbelanjaan swasta ialah campuran di antara kenaikan tabungan swasta (S1,S2) dan penurunan dalam pelaburan swasta

(I1 ,I2) yang ditunjukkan oleh defisit perbelanjaan kerajaan iaitu jarak g - t atau jarak E1F

16

Page 17: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Bila kerajaan melakukan belanjawan surplus pula, iaitu hasil cukai melebihi perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini akan ditabung. Kerajaan pula sekarang menawarkan dana boleh pinjam. Bila kerajaan menabung keluk tabungan akan bergerak ke kanan, dari S ke S + (t - g). Kadar bunga benar akan jatuh dari R1 ke R2.

17

Page 18: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Bila kadar bunga jatuh, maka tabungan swasta akan jatuh, penggunaan naik dan pelaburan swasta naik. Bila tabungan jatuh dan pelaburan naik, mengikut klasik penggunaan swasta akan naik. Analisa ini boleh diterangkan berdasarkan rajah di bawah:

18

Page 19: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

19

Page 20: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Keterangan rajah:

  Bila belanjawan lebihan dilaksanakan,

bererti hasil cukai lebih tinggi dari perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini ditabung. Keluk tabungan naik dari S ke S + (t - g). Oleh itu kadar bunga benar jatuh dari R1 ke R2. Bila kadar bunga benar jatuh; tabungan swasta akan jatuh dari S1 ke S2.

 

20

Page 21: Ekonomi -  Tabungan pelaburan

Pada masa yang sama pelaburan swasta naik I1 ke I2 . Bila tabungan jatuh dan pelaburan naik, bererti perbelanjaan swasta naik. Jumlah kenaikan perbelanjaan swasta ditunjukkan oleh jarak belanjawan lebihan tadi iaitu jarak t - g atau jarak E1L.

21