pelaburan (mudhabarah)

21
PELABURAN (Mudharabah / Qiradh) ZAFIRAH ABDULLAH

Upload: zafirah-abdullah

Post on 15-Apr-2017

193 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaburan (Mudhabarah)

PELABURAN(Mudharabah / Qiradh)

ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Pelaburan (Mudhabarah)

TAKRIF (Mudharabah atau Qiradh)• Dalam Bahasa Arab : Qiradh (Memotong)

• Ia dinamakan Qiradh kerana pemilik memotong sebahagian hartanya untuk diberikan kepada pengusaha yang akan menguruskannya.

• Pemilik juga ‘memotong’ sebahagian keuntungan untuk diberikan kepada pengusaha.• Amalan ini turut dikenali sebagai Muqaradhah yang bermaksud : Sama rata kerana masing-masing berkongsi

keuntungan.

• Mudharabah bermaksud bermusafir• Ia dinamakan sedemikian kerana pada kebiasaannya perniagaan akan membabitkan perjalanan jauh untuk

memperolehi baranganan, memasarkan, mengaut keuntungan dan sebagainya.

Menurut Istilah Ulama’ Fiqh:• Perkongsian seperti ini berlaku apabila pemilik menyerahkan hartanya kepada seseorang untuk diusaha dan

diniagakan.• Keuntungan pula akan dikongsi bersama.

Page 3: Pelaburan (Mudhabarah)

“ Tiga perkara yang ada berkat: Jual beli (secara hutang) sehingga satu tempoh (tertentu, iaitu Jual Beli Salam), muqaradhah , dan mencampurkan gandum dengan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual”

Kesahihan menurut SyarakNabi S.A.W bersabda:

Hikmah• Perkongsian dapat mewujudkan amalan tolong-menolong sesama anggota masyarakat

• Wujudkan suasana saling lengkap melengkapi dengan memanfaatkan segala keupayaan

• Ini dapat dicapai dengan menggabungkan• Mereka yang mempunyai banyak harta tetapi kurang kemahiran (PEMODAL)• Dengan mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kurang berharta atau sbgnya.

(PENGUSAHA)

Page 4: Pelaburan (Mudhabarah)

Hukum Pelaburan • Ia adalah kontrak yan Jaiz dan tidak lazim

• Maknanya kedua-dua pihak (pemodal & pengusaha) berhak membatalkan kontrak.• Tidak kira sama ada pengusaha telah memulakan kerjanya (berjual-beli) ataupun tidak.

1. Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan..• Pengusaha tidak berhak menggunakan sama sekali modal tersebut kerana ia dianggap sebagai

menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran.

2. Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dimulakan..• Pengusaha perlu memberhentikan serta-merta urusan jual beli yang baru• Pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang tunai tempatan

dan menyelesaikan hutang yang berkaitan dengan syarikat• Selepas itu barulah pengiraan akan dijalankan• Semua modal akan diserahkan semula kepada pelabur sementara keuntungan akan dibahagi

mengikut perjanjian

Page 5: Pelaburan (Mudhabarah)

Rukun Kontrak Pelaburan1. Lafaz Sighah

• Penawaran dan persetujuan

• Contoh Penawaran (ijab) : “Saya melabur kepada anda”/ “saya serahkan urusan kepada anda” / “Ambillah duit ini dan niagakanlah”

• Contoh Lafaz Persetujuan (qabul) : “Saya terima / setuju”

• Persetujuan juga mestilah berturutan dengan penawaran berdasarkan amalan yang diguna pakai.• Jika ia terpisah dengan DIAM YANG LAMA / Perbincangan yang tiada kaitan dengan kontrak, lafaz tersebut

TIDAK SAH.

• Lafaz ini pula mestilah terus berkuat-kuasa.• TIDAK SAH jika ia tertakluk kepada sesuatu syarat• Contohnya (Pemodal : “Jika Ramadan tiba, saya akan laburkan harta saya kepada anda”)

Page 6: Pelaburan (Mudhabarah)

2. Pihak yang berkontrak• Pelabur dan Pengusaha

• Mestilah mempunyai kelayakan sebagai wakil dan pewakilPelabur = Pewakil

Pengusaha = Wakil

• Jika salah satu pihak tidak dibenarkan menguruskan harta kerana kebodohan menguruskan harta (Safih), kontrak tersebut TIDAK SAH

• Pengusaha = Buta (Tidak Sah kerana tidak berkelayakan)• Pelabur = Buta (Kontrak masih SAH kerana orang buta dibenarkan untuk mewakilkan hartanya

kepada orang lain

3. Modal• Mestilah berbentuk Matawang

• Seperti dirham/ matawang yang dipakai pada hari ini• Modal tidak boleh berbentuk barangan perniagaan kerana ia membabitkan risiko yang besar

• Iaitu kenuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana sesuatu barangan mempunyai nilai yang berbeza pada ketika diterima, dijual, dan dipulangkan.

Page 7: Pelaburan (Mudhabarah)

3. Modal• Modal mestilah dalam jumlah yang tertentu.

• Pelaburan TIDAK BOLEH melibatkan suatu jumlah yang tidak tepat.• Ini supaya keuntungan dapat dikira dengan tepat

• Modal mestilah dalam berbentuk tunai• Pelaburan TIDAK SAH jika membabitkan harta yang berada dalam tanggungan seseorang• Hutang pelabur yang ditanggung oleh pengusaha juga TIDAK SAH dijadikan Modal, kecualilah jika ia

diserahkan secara tunai dalam majlis kontrak.

• Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha• Modal mestilah berada dalam pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja yang mempunyai hak untuk

menggunakannya.

• Jika wujud syarat yang menyatakan modal mesti dipegang oleh pelabur / orang lain dan pengusaha akan dibayar setiap kali dia membeli sesuatu, kontrak tersebut TIDAK SAH.

• Pelaburan juga TIDAK SAH jika wujud syarat yang menyatakan pengusaha perlu merujuk setiap tindakannya kepada pelabur.• Ini kerana syarat ini menyukarkan dan mungkin memudaratkan pengusaha jika pelabur sukar

ditemui.

Page 8: Pelaburan (Mudhabarah)

Syarat-syarat Kontrak Mudharabah1. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu (bagi Pengusaha)

• Setiap pelaburan dianggap TIDAK SAH jika pelabur menetapkan pengusaha perlu memberi barangan tertentu. (contohnya: Sejadah)

• Atau disyariatkan berurusan dengan orang tertentu.

• Pelaburan juga tidak seharusnya terikat dengan tempoh tertentu• Sekiranya satu tempoh yang tidak dapat memenuhi tujuan pelaburaN ditetapkan (iaitu apabila pembelian,

penjualan dan pemasaran barang) tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh tersebut (dan keuntungan yang menjadi tujuan utama pelaburan) tidak tercapai, perkongsian tersebut TIDAK SAH.

• Sekiranya tempoh yang ditetapkan mencukupi untuk menjalankan proses pembelian..• Dan selepas tempoh tersebut tamat, pengusaha dilarang menjalankan pembelian lain tapi hanya dibenarkan

menjalankan penjualan..• Pelaburan tersebut SAH• Ini kerana keuntungan boleh diperolehi melalui jualan yang dilakukan selepas tempoh tersebut.

Page 9: Pelaburan (Mudhabarah)

2. Keuntungan hanya dikongsi antara Pelabur dan Pengusaha

• Keuntungan disyaratkan mesti dokongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha

• Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya sementara Pengusaha akan memperolehi hasil usahanya

• Pelabur memperolehi keuntungan berdasarkan modal miliknya dan pengusaha memperolehi keuntungan berdasarkan kerjanya

• Jika keuntungan hanya dibayar pada satu pihak sahaja, kontrak tersebut TIDAK SAH.

• Disyaratkan keuntungan setiap pihak mestilah ditetapkan pada kadar tertentu. (contoh 60% : 40%)

• Sesuatu kontrak TIDAK SAH jika kadar pembahagian keuntungan tidak dinyatakan dengan jelas.

• Kontrak Pelaburan juga TIDAK SAH jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh salah satu pihak ditentukan menurut jumlah tertentu. (contohnya: Pelabur akan menerima $1000 dari keuntungan)• Ini kerana terdapat kemungkinan jumlah keuntungan keseluruhan tidak melebihi jumlah tersebut dan menyebabkan

hanya pihak tersebut sahaja yang yang memperolehi untung.

• Begitu juga jika pelabur menetapkan pengusaha akan memperolehi jumlah tertentu daripada keuntungan

Page 10: Pelaburan (Mudhabarah)

3. Pengusaha mestilah bebas meguruskan modal dan bekerja

• Kontrak pelaburan dianggap TIDAK SAH jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha• Syarat ini bermakna modal akan kekal di tangan Pelabur dan antara syarat dalam Kontrak , modal

mestilah berada di tangan Pengusaha

• Jika syarat tersebut tidak wujud tetapi Pengusaha meminta bantuan pelabur dalam sesetengah kerja, tindakan ini dibenarkan.• Kerana bantuan ini tidak bermakna modal akan diambil semula daripada pelabur

Status Pengusaha

1. Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad amanah) terhadap Modal yang diserahkan kepadanya dan barangan yang dibeli dari modal tersebut

2. Dia tidak perlu membayar ganti rugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya• Kecuali, jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaian dalam melaksanakan tanggung-

jawabnya.

Page 11: Pelaburan (Mudhabarah)

Kerugian ditanggung oleh Pelabur

1. Kerana pengusaha dianggap sebagai orang yang memegang amanah, ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur sahaja.

Garis Panduan PengusahaPerkara yang perlu dipatuhi oleh Pengusaha:

2. Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan untuk pelaburan dengan harga yang melebihi modal dan keuntungan yang bakal diperolehi.

3. Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam perjalanan tanpa izin pelabur.• Kerana kebiasaannya, keselamatan modal tidak dapat dijamin dalam perjalanan

4. Pengusaha tidak boleh menjual secara Hutang• Iaitu menangguhkan bayaran hingga ke suatu tempoh tertentu• Kecuali dibenarkan oleh Pelabur• Ini kerana dalam tempoh tersebut, wujud kemungkinan modal akan musnah.

Page 12: Pelaburan (Mudhabarah)

Garis Panduan PengusahaPerkara yang perlu dipatuhi oleh Pengusaha:

4. Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha lain untuk bekerja dan berkongsi keuntungan bersamanya walaupun ia dibenarkan oleh pelabur

• Ini kerana dalam konsep pelaburan, satu pihak memiliki harta dan satu pihak lagi memiliki kerja.

• Oleh itu jika pengusaha melabur kepada pengusaha lain pula, ini bertentangan dengan konsep tersebut.

• Jika perkara ini berlaku, kontrak kedua terbatal sementara kontrak pertama masih sah

• Jika pengusaha kedua telah mengurus-niagakan modal tersebut, dia berhak mendapat upah sepadan daripada pelabur.

• Seluruh keuntungan yang diperolehi oleh pengusaha ledua akan menjadi hak pelabur.

• Pengusaha pertama tidak berhak untuk mendapat apa-apa kerana keuntungan tersebut diperolhinya tanpa usaha daripadanya.

Page 13: Pelaburan (Mudhabarah)

Garis Panduan PengusahaPerkara yang perlu dipatuhi oleh Pengusaha:

5. Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan modal pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika dia menetap di tempat perniagaan.

• Ini kerana kegunaan tersebut mungkin melibatkan keseluruhan untung dan ini bermakna pengusaha mengaut keseluruhan untung

• Ini bertentangan dengan kontrak walaupun tidak membabitkan keseluruhan untung

Tanggung-jawab Pengusaha:• Bertanggung-jawab melakukan semua kerja yang perlu bagi menjayakan pelaburan..

• ..Jika kerja-kerja tersebut mengikut kebiasaannya dilakukan oleh pengusaha

• Atau menjadi amalan di kalangan ahli perniagaan melakukannya sendiri

• Ini tanpa mengira walaupun pengusaha sendiri tidak biasa melakukannya.

Page 14: Pelaburan (Mudhabarah)

Tanggung-jawab Pengusaha:

• Sekiranya pengusaha mengupah seseorang untuk melakukan kerja yang kebiasaannya perlu dilakukannya sendiri..

• ..Upah tersebut perlu dibayar daripada wangnya sendiri dan bukan dari wang pelaburan

• Jika pengusaha meletakkan syarat pelabur perlu memberi upah kepada pekerja tersebut, kontrak itu TIDAK SAH.

• Bagi kerja yang kebiasaannya tidak perlu dilakukan sendiri, pengusaha boleh mengupah seseorang untuk melakukannya dengan membayar menggunakan wang pelaburan

• Ini kerana kerja-kerja tersebut adalah sebahagian daripada keperluan perniagaan dan untuk kepentingannya.• Walau bagaimanapun, sekiranya pengusaha melakukan sendiri kerja tersebut, dia dikira melakukannya secara

sukarela.

Bilakah Pengusaha memperolehi Keuntungannya?

• Setelah pengusaha menerima modalnya >> menggunakannya dalam Jual Beli >> Kemudian memperolehi Untung

• Dia berhak mengambil bahagiannya setelah semua modal dan keuntungan diperolehi

• Ini adalah setelah semua barangan telah dijual dan modal diperolehi semula dalam bentuk tunai

Page 15: Pelaburan (Mudhabarah)

Bilakah Pengusaha memperolehi Keuntungannya?

• Pelabur dan Pengusaha akan membahagikan keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan

• Jika terjadi kerugian sebelum untung diagihkan, kerugian akan ditampung oleh keuntungan• Kerana keuntungan dalam perkongsian ini berperanan menjada modal

• Jika pengusaha meninggal dunia sebelum pengagihan dilakukan, bahagiannya akan diperolehi oleh warisnya.

Penurunan Nilai ModalJika berlaku penurunan nilai kepada modal pelaburan selepas kontrak dimeterai, siapakah yang menanggung kerugian tersebut?

• Penurunan berlaku sebelum Pengusaha menggunakannya dan berlaku tanpa disengajakan atau sebarang kecuaian, kerugian akan ditampung oleh modal pelaburan dan ditanggung oleh Pelabur.

• Ini kerana kontrak pelaburan hanya berkuatkuasa selepas kerja dimulakan

• Jika penurunan berlaku selepas modal digunakan:• Jika ia disebabkan oleh penurunan harga selepas pembelian/kecacatan yang disebabkan penyakit pada haiwan/

kerosakan pada buah, kerugian akan ditolak daripada keuntungan.

Page 16: Pelaburan (Mudhabarah)

Penurunan Nilai ModalJika berlaku penurunan nilai kepada modal pelaburan selepas kontrak dimeterai, siapakah yang menanggung kerugian tersebut?

• Jika penurunan berlaku selepas modal digunakan:

• Jika ia disebabkan oleh penurunan harga selepas pembelian/kecacatan yang disebabkan penyakit pada haiwan/ kerosakan pada buah, kerugian akan ditolak daripada keuntungan.

• Jika penurunan nilai disebabkan oleh bencana alam seperti (kebakaran, banjir ..etc / dirampas atau dicuri), kerugian akan ditampung oleh keuntungan.

Penamatan Kontrak Mudharabah

1. Pembatalan• Kontrak Mudhabarah adalah kontrak Jaiz (boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja)

• Sekiranya Kontrak dibatalkan oleh salah satu pihak/ kedua-dua pihak, kontrak Mudharabah tersebut batal pada tarikh pembatalan dilakukan.• Walaupun pembatalan tersebut tidak diketahui oleh pihak kedua• Contoh Lafaz : “Saya batalkan pelaburan ini”

Page 17: Pelaburan (Mudhabarah)

Penamatan Kontrak Mudharabah

1. Pembatalan• Selepas kontrak dibatalkan, pengusaha tidak berhak menggunakan modal pelaburan untuk membuat sebarang

pembelian.

• Jika dia membeli sesuatu barangan sebelum mengetahui tentang pembatalan tersebut, pembelian tersebut tidak berkuatkuasa

• Pengusaha dibenarkan menjual barang perniagaan yang masih ada jika dijangka boleh menghasilkan keuntungan.

• Jika pelabur menuntut supaya barang tersebut dijual, pengusaha bertanggung-jawab menjualnya untuk ditukar kepada wang tunai dan seterusnya mendapatkan keuntungan.

• Pengusaha juga bertanggung-jawab melunaskan segala hutang menggunakan wang pelaburan

2. Kematian salah satu pihak• Sekiranya pelabur meninggal dunia, pengusaha masih berhak menjual barang yang ada bersamanya untuk

mendapatkan semula modal iaitu ditukarkan menjadi wang tunai. (walaupun tanpa kebenaran waris pengusaha)

• Jika pengusaha meninggal dunia, waris pengusaha tidak dibenarkan menjalankan urusan pelaburan kecuali setelah mendapat kebenaran pelabur.

Page 18: Pelaburan (Mudhabarah)

Penamatan Kontrak Mudharabah

3. Salah satu pihak gila atau pengsan• ..walaupun sifat sementara• Penyakit-penyakit ini menyebabkan kontrak tidak sah dan ia tersendirinya batal• Dalam keadaan ini, Pengusaha akan menguruskan modal jika Pelabur menghidap gila/pengsan• Penjaga (wali) pengusaha akan menguruskan modal dengan izin pelabur jika Pengusaha menghidap gila/pengsan.• Setelah sedar, akad baru harus diambil

4. Kemusnahan modal Pelaburan

• Dengan kemusnahan ini, kontrak tersebut tidak membawa apa-apa makna lagi

• Tidak kira kemusnahan ini disebabkan oleh bencana alam seperti kebakaran, banjir, atau disebabkan oleh perbuatan pelabur / pengusaha• Walaubagaimanapun, pengusaha akan tetap mendapat bahagiannya jika kemusnahan tersebut

disebabkan oleh pelabur

• Jika kemusnahan tersebut disebabkan oleh perbuatan pengusaha, pelaburan tersebut dianggap tamat jika pengusaha tidak mahu membayar ganti rugi.• Pelaburan hanya boleh diteruskan semula setelah Pengusaha membayarnya

• Jika kemusnahan itu disebabkan oleh oleh perbuatan pihak lain, pihak tersebut harus membayar ganti rugi, jika tidak, pelaburan dianggap tamat.• Pihak yang harus menuntut ganti rugi adalah Pelabur.

Page 19: Pelaburan (Mudhabarah)

Percanggahan antara Pelabur dan Pengusaha1. Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan..

• Pengusaha mendakwa: Tidak memperolehi apa-apa keuntungan/ “Saya hanya mendapat keuntungan sebanyak ini..”

• Maka pengakuan Penguasaha akan diterima jika disokong dengan sumpah• Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan• Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah untung, kemudian dia mendakwa tersilap membuat perkiraan,

dakwaannya itu tidak dapat diterima kerana dia menarik balik pengakuan yang telah membabitkan hak pihak lain.

2. Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan…

• ..lalu pelabur berkata “Anda membeli barang ini untuk pelaburan”• Dan pengusaha mendakwa “ Saya membeli barang ini untuk diri saya” atau sebaliknya..• Maka pengakuan Pengusaha akan diterima jika disokong dengan sumpah dan sekiranya pembelian tersebut

dibuat dalam bentuk hutang• Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang pelaburan, pengakuannya tidak diterima. Barang yang

dibeli ini dikira termasuk dalam pelaburan

Page 20: Pelaburan (Mudhabarah)

3. Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal pelaburan/jenis modal…• ..maka pengakuan yang diterima ialah pengakuan Pengusaha yang disokong dengan sumpah• Ini kerana pada asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan kepadanya

4. Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab kemusnahan modal…• ..lalu pelabur mendakwa kemusnahan dilakukan dengan sengaja atau kerana cuai..• Dan pengusaha berkata “Tidak, ia berlaku tanpa disengajakan, dan bukan kerana kecuain”• Maka pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong dengan sumpah kerana pengusaha adalah

orang yang diberikan kepercayaan.

5. Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal…• ..lalu pengusaha mendakwa telah memulangkannya• Tetapi pelabur menafikan yang ia telah dipulangkan, maka pengakuan pengusaha akan diterima jika

disokong dengan sumpah kerana dia adalah orang yang diberi amanah

Page 21: Pelaburan (Mudhabarah)

6. Jika berlaku kemusnahan kepada modal..• ..dan pelabur mendakwa ia sebenarnya diberikan sebagai hutang..• Sementara pengusaha mendakwa ia adalah pelaburan, maka pengakuan pelabur akan diterima jika

disokong dengan sumpah.• Ini kerana pengusaha mengaku menerima modal tersebut dan mendakwa tidak menanggung sebarang

tanggung-jawab, sedangkan pada asalnya dia bertanggung-jawab

7. Jika mereka bercanggah mengenani keuntungan (seperempat/sepertiga..&sbgainya)…• ..maka kedua-dua pihak perlu mengangkat sumpah bagi menyokong dakwaan masing-masing.• Ini kerana masing-masing bercanggah mengenai untung yang bakal diperolehi• Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan memperolehi keseluruhan untung kerana

keuntungan ini adalah hasil pelaburan hartanya• Pengusaha pula akan mendapat upah sepadan dengan kerjanya