celcom operasi-operasi antarabangsa fakta sekilas pandang and... · malaysia business fakta sekilas

Download Celcom Operasi-Operasi Antarabangsa Fakta Sekilas Pandang and... · Malaysia Business Fakta Sekilas

Post on 13-Aug-2019

217 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Malaysia Business

    Fakta Sekilas Pandang Tinjauan

    Pelanggan-pelanggan Internet Jalur Lebar

    1,265,308 + 46.4%

    Celcom

    Fakta Sekilas Pandang Tinjauan Jumlah Asas Pelanggan

    7.2 juta + 18%

    Operasi-Operasi Antarabangsa

    Fakta Sekilas Pandang Operasi

    Pelanggan Mudah Alih

    32.6 juta + 45.3% PATAMI

    RM744.9 juta + 19.7%

    Jumlah Hasil

    RM5,157.1 juta + 13.1% Pelanggan Prabayar

    5.9 juta + 22.9% Pelanggan Pascabayar

    1.3 juta + 8.3%

    TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 144

  • Ulasan Perniagaan

    MALAYSIA BUSINESS 148

    CELCOM (MALAYSIA) BERHAD 158

    OPERASI-OPERASI 166 ANTARABANGSA – PERKHIDMATAN KABEL GLOBAL, 184

    JANGKAUAN DAN PELABURAN ANTARABANGSA

    TM VENTURES 186 – ANTARABANGSA & DOMESTIK 202

    INFRASTRUKTUR & RANGKAIAN GENTIAN OPTIK UTAMA

    EKONOMI ASIA DAN 204 SEKTOR TELEKOMUNIKASI: TINJAUAN DAN GAMBARAN

    TM Ventures

    Fakta Sekilas Pandang Tinjauan

    EBITDA

    RM462.3 juta + 114.6% PATAMI

    RM189.5 juta + 247.1%

    TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 145

  • TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 146

  • Sebuah Galaksi Warna-Warni Dikatakan bahawa melihat cengkerang Paua ibarat memandang sebuah galaksi warna yang berkilauan. Anda akan dipukau oleh gemerlapan, sinar dan warnanya yang berubah-ubah dan mempesonakan. Sinaran dan kepelbagaian warna Paua ibaratkan imaginasi yang tiada penghujung.

    Kemungkinan yang Tiada Batasan Bukalah kunci imaginasi agar dapat pergi nun lebih jauh daripada perkhidmatan talian tetap dan mudah alih… setibanya di situ lihatlah potensi luas yang disediakan oleh jalur lebar. Dengan meningkatnya permintaan terhadap jalur lebar, warga Malaysia akan lebih bersedia menghadapi masa depan – masa depan yang tiada had, hanya kemungkinan yang tiada batasan.

    TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 147

  • DATO’ ZAMZAMZAIRANI MOHD ISA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Malaysia Business

    M al

    ay si

    a B

    us in

    es s

    TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007148

    Ulasan Perniagaan

    TINJAUAN

    Malaysia Business (MB) ditubuhkan pada Ogos 2006 sebagai sebuah Unit Perniagaan Strategik (SBU) untuk menggabungkan semua perkhidmatan talian tetap domestik TM di bawah satu pasukan kepimpinan. Penubuhan Malaysia Business juga merupakan respon strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh perniagaan domestik, terutamanya dalam sektor talian tetap. Dengan mewujudkan sebuah pasukan yang khusus dan fokus di bawah kepimpinan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, keutamaan strategik TM bagi pasaran domestik akan lebih sejajar dan keputusan juga boleh dibuat dengan lebih baik. Hasilnya, peningkatan prestasi lebih ketara telah dapat dilihat sepanjang tahun lalu.

    Pelanggan-pelanggan Internet Jalur Lebar

    Fakta Sekilas Pandang Tinjauan

    1,265,308 + 46.4%

    TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:53 PM Page 148

  • TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007 149

    RM6.6 bilion pada tahun 2007. Peningkatan kos adalah disebabkan peningkatan dalam kos langsung dan kos operasi serta peruntukan yang lebih tinggi bagi hutang lapuk dan hutang ragu. Walau bagaimanapun, penurunan dalam kos bahan selain caj susut nilai dan pelunasan merupakan sesuatu yang positif.

    Didorong oleh keperluan untuk menyelaraskan perniagaan dengan agenda yang serupa serta memanfaatkan sinergi, MB terus memfokuskan kepada 3 segmen perniagaan teras iaitu perniagaan retail, wholesale dan global.

    RETAIL Dalam menawarkan perkhidmatan kepada segmen pelanggan retail utama seperti pengguna di Perusahaan Kecil Sederhana (EKS), perusahaan dan kerajaan, perniagaan retail MB menumpukan kepada aktiviti-aktiviti jualan dan membina hubungan dengan pelanggan bagi sepanjang tahun laporan.

    SEGMEN PENGGUNA

    PERKHIDMATAN SUARA Pada tahun 2007, MB meningkatkan usaha ke arah mengekang penurunan dalam penggunaan perkhidmatan suara-talian tetap dan mengekalkan jumlah pengguna talian tetap. Salah satu inisiatif utamanya adalah pengenalan kempen Let’s Talk yang berjaya memberikan nafas baru kepada perkhidmatan talian tetap. Let’s Talk ditawarkan dalam beberapa pakej untuk disesuaikan dengan gaya hidup pelanggan dan keperluan penggunaan yang berbeza, termasuk kadar panggilan domestik dan antarabangsa terendah dengan kualiti suara yang terbaik. Hasil daripada aktiviti-aktiviti promosi yang agresif menerusi kempen ini, MB dapat melihat perubahan positif dalam sikap terhadap penggunaan talian tetap seperti yang dibuktikan oleh peningkatan panggilan talian tetap ke talian tetap.

    PRESTASI KEWANGAN Selepas melancarkan Program Peningkatan Prestasi (PIP) pada Ogos 2006 serta meneruskan inisiatif- inisiatifnya dalam tahun 2007, MB berjaya menangani penurunan hasil dalam operasi talian tetap sebagai sebahagian daripada pelan pembaikpulih. Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007, operasi- operasi MB merekodkan pendapatan RM7.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak 2.0%, berbanding tahun 2006. Ini membawa kepada EBITDA berjumlah RM3.0 bilion bagi tahun tersebut. Walau bagaimanapun, margin EBITDA menurun sebanyak 5.0% berbanding tahun 2006 ekoran kos langsung dan kos sokongan yang meningkat naik serta kos yang dibuat sekali sahaja dan peruntukan hutang lapuk.

    Perkhidmatan suara kekal sebagai penjana hasil utama bagi MB pada tahun 2007 yang menyumbangkan sebanyak 64.2% kepada pendapatan unit, namun ia menunjukkan penurunan sebanyak 4.5% ke atas sumbangan hasil yang dicatatkan pada tahun 2006 ekoran penghijrahan pelanggan yang berterusan ke komunikasi mudah alih

    dan komunikasi berasaskan Internet. Namun penurunan tersebut lebih rendah berbanding 6.5% yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

    Sejajar dengan haluan industri yang menunjukkan pilihan pelanggan terhadap perkhidmatan Internet dan multimedia, pendapatan daripada segmen ini menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 22.7% yang telah menyumbangkan 14.1% daripada jumlah hasil operasi berbanding 11.7% pada tahun 2006.

    Peningkatan jumlah pelanggan jalur lebar yang terdiri daripada pelanggan Streamyx, Hotspot Streamyx dan Direct kepada 1,265,308 direkodkan pada tahun 2007, menunjukkan peningkatan 46.4% berbanding tahun sebelumnya. Perkhidmatan data menyumbang sebanyak 14.7% kepada hasil MB, sementara perkhidmatan telekomunikasi dan bukan telekomunikasi lain menyumbang kepada hasil yang selebihnya sebanyak 7.0%.

    Jumlah kos dalam MB, termasuklah susut nilai bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2007 meningkat sebanyak 4.9% berbanding 2006 kepada

    TM2007_BM_14_M’siaBus/Celco 08/04/2008 7:54 PM Page 149

  • TELEKOM MALAYSIA BERHAD LAPORAN TAHUNAN 2007150

    MB juga terus mengekalkan kepimpinan dalam pasaran VoIP prabayar menerusi pelbagai tawaran promosi terutama sekali pada musim-musim perayaan. Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2007, MB memperkenalkan siri kad iTalk Travellers yang menampilkan beberapa jenis reka bentuk kad iTalk edisi khas yang memaparkan tempat-tempat menarik di Malaysia, yang disasarkan kepada pelancong asing. Lebih banyak penambahan produk dilakukan apabila MB melancarkan iTalk Buddy akhir tahun lalu untuk memenuhi keperluan segmen remaja dengan ciri-ciri online interaktif yang lebih menarik. MB turut bekerjasama dengan AmBank (M) Bhd untuk melancarkan NexG-iTalk Prepaid Mastercard yang membolehkan pelanggan membeli-belah dan membuat panggilan pada masa yang sama.

    Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini, pendapatan tahunan perkhidmatan suara mengalami penurunan yang lebih perlahan iaitu daripada negatif 13.2% pada tahun 2006 kepada negatif 11.4% pada tahun 2007.

    PERKHIDMATAN INTERNET/JALUR LEBAR MB mencatatkan pertumbuhan Internet yang ketara pada tahun 2007 dan mencapai jumlah pelanggan sebanyak 1.3 juta menjelang Disember 2007. Pertumbuhan tersebut didorong oleh aktiviti-aktiviti promosi dan jualan yang agresif seperti Streamyx Super Duper Deal dan program jualan semula yang dipertingkatkan di bawah inisiatif PIP. Promosi tersebut bertujuan untuk menggalakkan peningkatan penggunaan perkhidmatan jalur lebar di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi nilai tambahan kepada pelanggan dalam pakej gaya hidup digital yang menyeluruh.

    MB turut bekerjasama dengan rakan niaganya untuk meluaskan liputan Streamyx Hotspot yang memberikan pelanggan lebih pilihan untuk mengakses Internet dari lokasi-lokasi pilihan mereka. Pertumbuhan jumlah pengguna Streamyx Hotspot pada tahun 2007 juga menunjukkan peningkatan populariti perkomputeran tanpa wayar menggunakan komputer riba dan lain- lain peranti mudah alih di kalangan rakyat Malaysia.

    JUALAN & PEMASARAN Dari segi jualan, tumpuan telah diberikan kepada dua siri jelajah yang dijalankan di seluruh negara iaitu Syoknya Fiesta TM dan Let’s Talk Road Show sebagai wadah untuk mewujudkan kesedaran dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan TM kepada orang ramai. Dalam inisiatifnya untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, MB memperkenalkan Frontliner Goes to Customer, suatu program inovatif yang direka untuk meningkatkan interaksi pelanggan menggunakan komputer tanpa wayar berteknologi tinggi yang berfungsi sebagai kaunter maya untuk melayan pelanggan serta memperkenalkan tawaran-tawaran terbaru dari TM.

    PIP juga memfokuskan kepada usaha meningkatkan program jualan semula dengan garis panduan yang lebih jelas serta menyediakan kriteria pemilihan wakil jualan semula bagi membantu MB meluaskan aktiviti-aktiviti jualannya.

    SEGMEN EKS

    PERKHIDMATAN SUARA Bagi segmen EKS, MB menawa