dan inovasi sebagai asas operasi kami, kumpulan berusaha ... · pdf fileanalisis segmen...

42
46 60 64 66 67 68 72 74 76 78 79 81 Ulasan Prestasi Dengan sebaran keteguhan dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha dengan berterusan untuk memberikan kecemerlangan dalam segala tindakan yang kami lakukan. Ulasan Pengerusi Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan Analisis Segmen Penyata Nilai Ditambah Prestasi Suku Tahunan Kumpulan Prihatin Pelanggan Pembangunan Sumber Manusia LPI Capital dalam Berita Anugerah & Pengiktirafan Permodalan Pasaran dan Harga Saham Maklumat Pelabur Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar

Upload: vanque

Post on 13-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

46

60

64

66

67

68

72

74

76

78

79

81

Ulasan Prestasi

Dengan sebaran keteguhan

dan inovasi sebagai asas operasi

kami, Kumpulan berusaha dengan

berterusan untuk memberikan

kecemerlangan dalam segala

tindakan yang kami lakukan.

Ulasan Pengerusi

Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan

Analisis Segmen

Penyata Nilai Ditambah

Prestasi Suku Tahunan Kumpulan

Prihatin Pelanggan

Pembangunan Sumber Manusia

LPI Capital dalam Berita

Anugerah & Pengiktirafan

Permodalan Pasaran dan Harga Saham

Maklumat Pelabur

Ekonomi Malaysia: Menempuhi

Cabaran-cabaran Luar

Page 2: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan
Page 3: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ulasan Pengerusi

Keuntungan sebelum cukai Kumpulan LPI meningkat

16.3% kepada RM141.6 juta pada 2008 berbanding

RM121.8 juta pada 2007, berasaskan pertumbuhan

hasil yang kukuh sebanyak 15.8%.

Suasana Perniagaan Keseluruhan

Ringkasan Prestasi Kewangan

Kumpulan

Pengurusan Modal

Penarafan Kekuatan Kewangan

Tinjauan Tinjauan 2009Ulasan Operasi Perniagaan

Penajaan Jamin

Pembangunan Perniagaan

– Agensi

– Institusi Kewangan

– Broker

– Sistem E-Insurans dan Pejabat

Cawangan Baru

Tuntutan

Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

Tinjauan Industri Insurans

Jangkaan dan Peluang

Strategi dan Hala Tuju

Tinjauan Ekonomi Malaysia

Page 4: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Tinjauan

SUASANA PERNIAGAAN KESELURUHAN

Sebahagian besar hasil LPI dijana oleh subsidiari insuransnya, Lonpac

Insurance Bhd (“Lonpac”). Pada tahun kewangan yang dilaporkan,

Lonpac mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan

keberkesanan perniagaan sejajar dengan Rancangan Perniagaannya

dan telah mengukuhkan dasar penajaan jamin, pengurusan

kewangan, pengurusan tuntutan dan amalan pengurusan risiko

selain menambah baik teknologi maklumat dan komunikasi dengan

matlamat memperbaiki proses perniagaannya.

Lonpac telah berkembang maju dan berganjak dari tempat ke-10

pada 2005 ke tempat ke-7 dari segi jumlah premium langsung

kasar (Sumber: Perangkaan Insurance Services Malaysia Berhad).

Dalam tempoh yang sama, bahagian pasaran Lonpac meningkat

daripada 3.46% kepada 4.16%.

Dalam tempoh 5 tahun lepas (2004 hingga 2008), Lonpac

mencatatkan Kadar Pertumbuhan Purata Terkompaun premium

kasar dan premium bersih masing-masing sebanyak 12% dan 18%.

Nisbah pengekalan bersih berada pada tahap 66% bagi tahun 2008

berbanding purata 60% dalam tempoh 5 tahun sebelumnya.

Page 5: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Insurans Kebakaran kekal sebagai portfolio terbesar pada 33.2%,

diikuti oleh insurans Pelbagai, Motor, Liabiliti, Pampasan Pekerja,

Marin, Penerbangan dan Transit, dan Kemalangan Peribadi. Dalam

semua kelas insurans utama, nisbah kerugian Lonpac lebih baik

daripada prestasi industri.

Margin penajaan jamin adalah konsisten pada 20.9% daripada

premium terperoleh. Portfolio Kebakaran Lonpac telah secara

konsisten mencatatkan keuntungan penajaan jamin sebelum

perbelanjaan pengurusan yang memberangsangkan dan

menyumbang keuntungan sebanyak RM68.6 juta pada 2008,

diikuti oleh kelas insurans Pelbagai. Margin yang tinggi ini diperolehi

menerusi amalan penajaan jamin berhemah Lonpac yang disokong

oleh khidmat pengurangan dan pengurusan risiko tambahan nilai

yang diberikan kepada pelanggan kami.

Lebihan Penajaan Jamin sebelum Perbelanjaan Pengurusan

Mengikut Kelas Insurans

RM’000 Lebihan penajaan jamin sebelum

perbelanjaan pengurusan

2008 2007

Kebakaran 68,603 52,939

Motor 30,366 36,676

Marin, Penerbangan & Transit 5,290 3,290

Pelbagai 38,083 27,648

Jumlah 142,342 120,553

Lonpac sentiasa berusaha memberi keyakinan dan kepuasan

kepada pemegang insurans kami. Untuk tujuan ini, beberapa

inisiatif untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan

telah disusun pada tahun yang dilaporkan. Satu daripada langkah

tersebut ialah untuk mengurangkan masa memproses pengeluaran

polisi dan mempercepat proses penghantaran.

Prestasi lebih baik Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada

31 Disember 2008 mencerminkan usaha dan komitmen Lembaga

Pengarah, pihak Pengurusan dan kakitangan dalam melaksanakan

strategi perniagaan penting sejajar dengan misi korporat Kumpulan.

Berasaskan kestabilan kewangan dan kebolehpercayaan Lonpac

dalam industri insurans Malaysia, Lembaga Pengarah dan pihak

Pengurusan yakin dapat menempuhi cabaran yang mendatang dan

akan terus melaksanakan strategi untuk mengukuhkan ketahanan

perniagaan Kumpulan dalam suasana perniagaan yang kompetitif.

R I N G K A S A N P R E S TA S I K E WA N G A N K U M P U L A N

Sepintas Lalu

2008 2007

RM’000 RM’000

Keuntungan Sebelum Cukai 141,564 121,766

Keuntungan Selepas Cukai 104,247 87,770

Jumlah Aset 856,201 792,389

Ekuiti Para Pemegang Saham 363,741 370,001

Perolehan Asas Sesaham (sen) 75.7 63.8

Pulangan atas Ekuiti 28.7% 23.7%

Margin Operasi 22.1% 22.1%

Tuntutan Bersih Ditanggung 51.2% 51.2%

Keuntungan dan Dividen

Keuntungan sebelum cukai Kumpulan LPI meningkat sebanyak •

16.3% kepada RM141.6 juta pada 2008, berbanding RM121.8

juta pada 2007, berasaskan pertumbuhan hasil yang kukuh

sebanyak 15.8%. Keuntungan bersih selepas cukai Kumpulan

juga meningkat 18.8% kepada RM104.2 juta. Prestasi

keuntungan yang mantap ini dicapai hasil keputusan penajaan

jamin lebih baik dan pendapatan pelaburan lebih tinggi.

Pulangan bersih atas ekuiti bagi 2008 terus meningkat kepada •

28.7% berbanding 23.7% pada 2007.

Perolehan bersih sesaham bagi 2008 bertambah kepada 75.7 •

sen berbanding 63.8 sen pada 2007.

Lembaga Pengarah mengesyorkan dividen akhir 55 sen sesaham •

biasa ditolak cukai 25%. Apabila dijumlahkan dengan dividen

interim 30 sen sesaham biasa ditolak cukai 26%, dividen kasar

bagi 2008 berjumlah 85 sen sesaham biasa.

Ulasan Pengerusi

Page 6: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Keuntungan Sebelum Cukai Mengikut Segmen

2008 2007

RM’000 RM’000

Operasi Insurans Am 108,679 94,849

Pegangan Pelaburan 32,322 26,913

Pembiayaan Pajakan (34) (4)

140,967 121,758

Bahagian keuntungan selepas cukai

syarikat bersekutu yang ekuitinya

diambil kira 597 8

Keuntungan sebelum cukai 141,564 121,766

Operasi Insurans Am terus menjadi tunggak kekuatan •

Kumpulan, iaitu 77.2% daripada keuntungan sebelum cukai

Kumpulan pada 2008.

Walaupun operasi tempatan terus menjadi penyumbang •

utama kepada keuntungan sebelum cukai Kumpulan pada

99%, tumpuan Kumpulan untuk mengembangkan perniagaan

serantau di Kemboja turut membuahkan hasil.

Pertumbuhan Lembaran Imbangan dan Kedudukan Modal

Jumlah aset Kumpulan LPI meningkat sebanyak 8.1% pada •

tahun yang dilaporkan kepada RM856.2 juta pada akhir 2008.

Jumlah pelaburan meningkat sebanyak RM52.6 juta kepada •

RM725.9 juta pada akhir 2008, dengan kadar pertumbuhan

7.8%.

Nisbah kecukupan modal tetap kukuh pada 181% pada akhir •

2008.

P E N G U R U S A N M O D A L

Lonpac Insurance Bhd 20081 20071 Sasaran Kawal

Selia Bank

Negara Malaysia

Ekuiti Para Pemegang

Saham (RM’000) 214,451 202,408 TB

Nisbah Kecukupan

Modal 181% 149% 130%

1 Setakat 31 Disember

TB Tidak Berkenaan

Permodalan Kukuh dan Meningkatkan Nilai Kepada Pemegang

Saham

Kumpulan LPI aktif menguruskan modalnya dengan matlamat

meningkatkan kecekapan struktur modalnya. Kumpulan telah

melaksanakan strategi berikut sebagai sebahagian daripada inisiatif

untuk mengekalkan kedudukan modal yang kukuh dan mantap

untuk menyokong pertumbuhan perniagaan Kumpulan:

Meneruskan pembelian balik saham:

Pada 31 Disember 2008, Kumpulan LPI telah membeli balik sejumlah

1,053,200 saham yang mewakili 0.76% daripada modal saham

terbitan dan berbayar LPI. Proses belian balik saham ini merupakan

sebahagian daripada rancangannya yang disusun sejak 2005.

Bayaran dividen yang tinggi:

LPI terus berusaha melaksanakan dasar pembayaran dividen tinggi

pada 2008 dengan dividen interim 30 sen ditolak cukai 26% dan

dividen akhir disyorkan 55 sen ditolak cukai 25% tertakluk kepada

kelulusan pemegang saham. Jumlah dividen bersih yang telah

dibayar dan perlu dibayar bagi 2008 berjumlah RM87 juta, meliputi

84% daripada keuntungan bersih Kumpulan kepada pemegang

saham Syarikat bagi 2008.

Inisiatif penting yang dilaksanakan berhubung dengan pengurusan

modal dan keuntungan perniagaan telah menyaksikan peningkatan

ketara dalam pulangan atas ekuiti bersih, iaitu daripada 18.3% pada

1999 kepada 28.7% pada 2008. Pada masa yang sama, perolehan

sesaham biasa Kumpulan meningkat daripada 31 sen pada 1999

kepada 75.7 sen pada 2008. Peningkatan nilai kepada pemegang

saham ini dapat dilihat daripada kenaikan ketara harga saham LPI

disebabkan pulangan dividen tinggi. Sejak permulaan 1999, harga

saham LPI telah meningkat sebanyak 132.8% kepada RM9.45

sesaham LPI dan modal pasaran pula bertambah tiga kali ganda

daripada RM434.1 juta kepada RM1,310.9 juta pada akhir 2008.

Pada akhir 2008, Nisbah Kecukupan Modal (“CAR”) Lonpac masih

berada di tahap yang tinggi pada 181% berbanding sasaran kawal

selia 130% yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

P E N A R A F A N K E K U ATA N K E WA N G A N

Pada September 2008, A.M Best telah mengekalkan penarafan

kewangan A- (Cemerlang) dan penarafan kredit pengeluar (ICR)

“a-“ Lonpac. Kedua-dua penarafan memaparkan kedudukan

kewangan yang stabil dan mencerminkan rekod pencapaian

operasi menguntungkan, perniagaan terpelbagai dan modal

yang mencukupi. Penarafan ini juga mengambil kira keupayaan

pengedaran Syarikat dan peluang pertumbuhan dalam sektor

bukan hayat Malaysia.

Ulasan Pengerusi

Page 7: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ulasan Operasi Perniagaan

P E N A J A A N J A M I N

Pada awal 2008, Jabatan Penajaan Jamin telah disusun semula

untuk menggabungkan Pusat Pemprosesan Utama, Unit

Perkhidmatan Pelanggan dan Pemasaran Langsung. Langkah ini

telah meningkatkan aliran komunikasi dan menambah baik lagi

proses kerja dan dengan itu meningkatkan tahap produktiviti.

Pusat Pemprosesan Utama yang mengendalikan penghantaran

E-Insurans dapat memendekkan kitaran pengeluaran polisi iaitu

sebanyak separuh daripada masa pemprosesan, daripada 48

jam kepada 24 jam. Kitaran pengeluaran polisi insurans yang

lebih singkat membolehkan polisi dan premium insurans dikutip

dengan lebih pantas.

Pada tahun yang dilaporkan, sejumlah 914,351 polisi dikeluarkan

berbanding 879,865 polisi pada 2007, iaitu peningkatan 3.9%.

Produktiviti kakitangan di Jabatan Penajaan Jamin terus meningkat

dengan 62,988 polisi dikeluarkan bagi setiap kakitangan pada

2008 berbanding 61,685 polisi dikeluarkan bagi setiap kakitangan

pada 2007.

Dari segi pendapatan premium kasar, insurans kebakaran kekal

sebagai perniagaan teras Lonpac, merangkumi 33.2% daripada

jumlah portfolio manakala insurans pelbagai dan motor masing-

masing merangkumi 31.6% dan 31.5% sementara perniagaan

marin mewakili 3.7% daripada jumlah portfolio. Dengan

piawaian penajaan jamin yang teliti, penilaian risiko dari masa ke

masa dan pengurusan risiko yang baik, semua segmen insurans

mencatatkan keuntungan penajaan jamin pada tahun yang

dilaporkan.

Ulasan Pengerusi

Sepintas Lalu

Kelas Jumlah bil. polisi Jumlah bil. polisi

setiap kakitangan

penajaan jamin

2008 2007 2008 2007

Kebakaran 416,608 435,690 37,873 39,608

Motor 274,520 232,956 17,158 13,703

Marin, Penerbangan

& Transit (MAT) 26,114 32,023 3,264 4,003

Pelbagai 197,109 179,196 4,693 4,371

Jumlah 914,351 879,865 62,988 61,685

Bilangan Polisi Tahun 2008 berbanding 2007

Bila

ngan p

olis

i dik

elu

ark

an

Kebakaran Pelbagai

Kelas

Tahun 2008 Tahun 2007

Page 8: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ulasan Pengerusi

Sepintas Lalu

RM’000 Kebakaran Motor Marin, Pelbagai Jumlah

Penerbangan

& Transit

Premium Kasar 190,435 181,234 21,175 181,600 574,444

% 33.2 31.5 3.7 31.6 100

Lebihan penajaan jamin 68,603 30,366 5,290 38,083 142,342

sebelum perbelanjaan

pengurusan

Lebihan penajaan jamin

selepas perbelanjaan

pengurusan 49,224 2,218 3,211 20,349 75,002

Walaupun semua kelas perniagaan mencatatkan lebihan penajaan jamin, para penaja jamin

terus berhati-hati semasa menerima risiko khususnya bagi insurans motor. Kerugian kecurian

kenderaan dan kos pembaikan yang semakin meningkat serta nilai keputusan mahkamah

semakin tinggi telah menimbulkan kebimbangan kepada industri. Pada Ogos 2008, sistem

E-Insurans Motor yang ditambah baik telah dilancarkan di mana prosedur penilaian risiko

dan kelulusan lebih ketat diguna pakai. Menerusi penyelesaian penilaian risiko dalam talian

baru ini, para penaja jamin akan dapat menilai risiko dengan lebih berkesan dan memberikan

kelulusan yang tepat pada masanya untuk menaja jamin perniagaan yang mudah berubah

seperti ini.

Berikutan langkah kerajaan mewartakan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007, produk

bernama Insurans Liabiliti Pengurusan (Hartanah Berstrata) telah diperkenalkan. Polisi liabiliti

khusus ini, yang dirangka untuk melindungi Lembaga Pengurusan Bersama Bangunan bagi

hartanah hak milik strata terhadap kewajipan mereka di bawah undang-undang, telah

diperkenalkan pada 2008. Produk ini ditawarkan pada harga berpatutan, dengan terma dan

syarat yang mampu menjamin kejayaannya.

Lonpac terus menanda aras tahap perkhidmatan kami kepada amalan penajaan jamin global

yang terbaik dan usaha ini diiktiraf oleh rakan perniagaan tempatan dan antarabangsanya,

iaitu, masing-masing IGB dan Chubb Group of Insurance Companies. IGB menganugerahkan

“Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai bagi Tahun 2007”, manakala Chubb Group of

Insurance Companies mengurniakan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi

Kumpulan Risiko Multinasional Chubb. Anugerah ini mengiktiraf pengeluaran polisi dan

tahap perkhidmatan kami yang sentiasa cemerlang.

Produktiviti terus

meningkat pada

2008, dengan

sejumlah 914,351

polisi dikeluarkan

berbanding 879,865

pada 2007.

Page 9: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Premium Kasar mengikut Sumber

Agensi

Institusi Kewangan

Langsung

Broker

Penginsurans

P E M B A N G U N A N P E R N I A G A A N

Walaupun beroperasi dalam industri yang sangat kompetitif, subsidiari milik penuhnya,

Lonpac Insurance Bhd mencapai pertumbuhan menggalakkan sebanyak 16.2% dari segi

pendapatan premium kasar daripada RM494.3 juta kepada RM574.4 juta. Pada masa yang

sama, pendapatan premium bersih juga meningkat 12.3% daripada RM335.2 juta kepada

RM376.3 juta pada tahun kewangan yang dilaporkan.

Kumpulan terus memanfaatkan sepenuhnya saluran penyampaian dan memperkenalkan

kemudahan tambahan nilai kepada pelanggan menerusi;

Agensi•

Institusi Kewangan•

Broker•

Sistem E-Insurans•

Pejabat Cawangan Baru•

Agensi

Tenaga agensi menyumbang RM237 juta bagi tahun yang dilaporkan, mewakili 41% daripada

jumlah premium kasar Lonpac pada 2008. Jumlah ini merupakan peningkatan 18% atau

RM35 juta berbanding tahun kewangan lepas.

Pasukan agensi dianggotai seramai 1,399 ejen, peningkatan 31% berbanding 2007.

Angkatan ejen terulung Lonpac, Masterclub, bertambah daripada 16 keahlian apabila

pertama kali dilancarkan pada 2006, kepada 22 buat masa ini. Salah satu daripada strategi

utama Lonpac ialah terus meluaskan keahlian Masterclub ini di kalangan ejen yang sedia

ada dan juga menerusi ahli baru. Kami akan terus menilai manfaat dan pengiktirafan yang

diberikan kepada kumpulan ejen elit ini.

Selain daripada mengembangkan Masterclub, Lonpac juga sedang melaksanakan program

pengambilan dan pembangunan ejen yang agresif untuk meningkatkan bilangan ejen bukan

motor tanpa menjejaskan piawaian penajaan jamin. Kami akan terus berganding bahu

dengan ejen kami untuk mengkaji portfolio perniagaan masing-masing dan membantu ejen

kami meningkatkan keupayaan teknikal untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada

pemegang polisi.

Lonpac mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar tenaga agensi dan kami berusaha

untuk sentiasa membentuk pakatan yang berkekalan bersama mereka. Kami akan terus

memberi mereka alat untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan untuk menguasai

bahagian pasaran lebih besar dalam kelas perniagaan insurans yang menguntungkan.

Ulasan Pengerusi

Page 10: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Pelbagai latihan, seminar dan bengkel telah dianjurkan pada 2008

untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan juga meningkatkan

produktiviti tenaga agensi, termasuk:

Kunci Kejayaan Jualan•

Pengekalan dan Pembangunan Perniagaan•

Sistem E-Motor yang Dipertingkatkan•

Sistem E-Marin•

Tinjauan Kebakaran dan Rompakan•

Memahami Insurans Marin•

Produk Kemalangan Peribadi bagi Individu•

Sorotan utama kalendar agensi ialah Konvensyen Agensi di

Melaka di mana 84 ejen berprestasi tinggi layak untuk menghadiri

persidangan yang sememangnya menjadi matlamat mereka.

Kumpulan ejen terpilih ini telah menjalani latihan “Pengurusan

Tekanan dan Pembangunan Pasukan Menyeluruh”. Ejen dari

kawasan yang berbeza berpeluang bertukar-tukar pendapat

dan idea mengenai keadaan pasaran dan melaksanakan strategi

yang sesuai untuk menambah baik piawaian perkhidmatan dan

meningkatkan produktiviti.

Lonpac telah membangunkan Sistem Risikan Perniagaan untuk

menyediakan maklumat terkini mengenai risiko yang ditaja jamin

oleh ejen. Sistem ini memberikan maklumat yang pantas dan

tepat untuk membantu ejen menilai risiko yang dicadangkan dan

juga dalam proses membuat keputusan. Ia bukan sahaja telah

menambah baik perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan

bersama, tetapi juga menambahkan keuntungan portfolio

perniagaan masing-masing.

Meninjau tahun 2009, Lonpac akan berusaha mencapai

pertumbuhan berterusan dalam semua bidang strategi bagi

memastikan tenaga agensi diperkukuh secara sistematik untuk

mengambil kesempatan daripada peluang perniagaan dengan

cara yang wajar dan teratur. Usaha lebih giat sedang dilaksanakan

untuk menyediakan produk insurans inovatif yang memberikan

nilai tambahan untuk dipasarkan oleh ejen. Sebagai contoh,

produk baru bernama Insurans Liabiliti Pengurusan (Hartanah

Berstrata) yang dirangka untuk melindungi Lembaga Pengurusan

Bersama hartanah hak milik strata terhadap kewajipan mereka

di bawah undang-undang telah dilancarkan pada 2008. Produk

ini ditawarkan pada harga kompetitif untuk memudahkan ejen

untuk memasarkannya.

Ulasan Pengerusi

Page 11: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Institusi Kewangan

Premium yang dihasilkan oleh jabatan Institusi Kewangan

meningkat sebanyak 11% berbanding tempoh yang sama tahun

lepas dan menyumbang 27% daripada jumlah premium kasar

bagi 2008. Kumpulan Public Bank (“PBB”) ialah penyumbang

utama premium yang dihasilkan.

Pada tahun yang dilaporkan, kami mendapati adanya keperluan

untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang insurans

memandangkan ketidakpastian pasaran. Dengan itu, Lonpac

dan PBB telah bersama-sama memperkenalkan beberapa

produk insurans yang efektif untuk menawarkan pelbagai pelan

insurans untuk melindungi harta benda pelanggan. Usaha

sama ini telah menyaksikan ramai pelanggan PBB mendapatkan

perlindungan insurans bagi harta benda mereka yang tidak

bercagar. Pakej insurans tambahan untuk Peti Simpanan Selamat

yang membolehkan penyewa peti simpanan mendapatkan

perlindungan tambahan bagi harta benda berharga mereka yang

disimpan di dalamnya telah menghasilkan 5,000 polisi pada

2008.

Kami juga telah memperkenalkan Pakej Insurans Kandungan

Rumah Kediaman untuk melindungi pelanggan PBB daripada

sebarang kerugian atau kerosakan kepada isi rumah mereka di

samping melindungi bangunan. Pakatan strategik kami dengan

beberapa pengendali Takaful untuk melindungi hartanah yang

disandarkan kepada PBB menerusi portfolio pinjaman Islam

telah menghasilkan lebih daripada 4,000 polisi pada tahun yang

dilaporkan.

Meninjau ke hadapan, Lonpac akan mengukuhkan sistem

pengedaran untuk memenuhi keperluan pertumbuhan

perniagaan yang semakin pesat daripada Kumpulan PBB dan

menggiatkan lagi usaha untuk membangunkan produk baru dan

juga menambah baik produk sedia ada dan menyesuaikannya

untuk memenuhi keperluan rangkaian pelanggan PBB yang luas.

Lonpac akan memberi tumpuan menawarkan kepada pelanggan

PBB produk yang memberikan nilai untuk wang bagi pengguna

runcit dan menyesuaikan pakej perlindungan yang berkenaan bagi

pelanggan korporat. Beberapa program latihan akan dijalankan

pada 2009 untuk melengkapkan kakitangan pemasaran dan

jualan PBB dengan pengetahuan teknikal untuk mengukuhkan

lagi komitmen perkhidmatan kepada pelanggan bersama kami.

Ulasan Pengerusi

Page 12: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Broker

Jabatan Broker menyumbang 11% daripada jumlah hasil premium kasar. Jabatan ini mencatat

kadar pertumbuhan 31% walaupun bersaing dalam persekitaran yang sengit dan agak kurang

pesat, dengan penyusutan kadar premium dalam semua sektor risiko berbanding 2007.

Walaupun menghadapi suasana yang mencabar, Lonpac berjaya memperbaharui sebahagian

besar daripada polisi utama dan mendapatkan perniagaan baru daripada rakan perbankan

tradisional kami yang sedia ada dan juga daripada rakan broker yang sedang meningkat naik

terutamanya kerana piawaian perkhidmatan kami yang tinggi dan juga reputasi kewangan

kami yang kukuh.

Jabatan Broker mengendalikan portfolio besar yang merangkumi insurans liabiliti terkhusus

seperti polisi indemniti profesional, liabiliti Pengarah & Pegawai, liabiliti produk dan Kesilapan &

Keciciran Maklumat. Kapasiti pasaran tempatan untuk menanggung risiko sedemikian adalah

terhad. Kelebihan daya saing kami berteraskan sokongan daripada syarikat penginsurans

semula antarabangsa. Dengan penarafan A- yang diberikan A.M. Best, kekuatan kewangan

kami diperakui oleh syarikat penginsurans semula antarabangsa.

Lonpac, bersama broker sekutunya melindungi lingkungan risiko yang luas, daripada

polisi runcit untuk orang awam, pakej untuk perusahaan kecil dan sederhana, polisi yang

melindungi pembinaan bangunan, projek infrastruktur dan kerja membina jalan mahupun

loji janakuasa besar.

Pasaran broker insurans tempatan dijangka terus beroperasi dalam suasana yang sangat

kompetitif dan serba mencabar, di tengah-tengah krisis kewangan semasa. Walaupun

menghadapi cabaran sedemikian, Lonpac akan terus memberi tumpuan terhadap segmen ini

dan akan menyusun strategi dan rancangan tindakan yang sewajarnya dengan broker sekutu

kami untuk mengembangkan segmen ini secara menguntungkan.

Sistem E-Insurans dan Pejabat Cawangan Baru

Pada tahun yang dilaporkan, saluran perkhidmatan E-Insurans Motor telah ditambah baik lagi.

Sistem lebih baik ini menyediakan beberapa ciri baru untuk meningkatkan aplikasi dan tahap

kawalannya. Sistem ini lebih mesra pengguna dan mencepatkan proses yang meningkatkan

kecekapan dan produktiviti. Masa pusing ganti bagi menerima cadangan dan mengeluarkan

polisi telah dipercepat sehingga 100%.

Setakat ini, Syarikat mempunyai 14 Cawangan yang berkhidmat di merata negeri di Malaysia

dan sebuah Cawangan utama di Singapura. Pada tahun ini, 3 cawangan baru ditambah,

iaitu Pejabat Wilayah Selatan serta pejabat cawangan Batu Pahat dan Sandakan. Pembukaan

cawangan baru ini akan membawa kami lebih dekat kepada pemegang insurans dan

menyediakan perkhidmatan yang cekap dan tepat pada masanya.

Pada tahun yang

dilaporkan, kami

mendapati adanya

keperluan untuk

meningkatkan

kesedaran

orang ramai

tentang insurans

memandangkan

ketidakpastian

pasaran.

Ulasan Pengerusi

Page 13: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

T U N T U TA N

Jabatan Tuntutan memainkan peranan penting memberikan perkhidmatan kepada pemegang

polisi dengan menjelaskan tuntutan dengan pantas, adil dan saksama.

Oleh kerana pemegang polisi akan menilai pelaburan mereka menerusi cara tuntutan mereka

dikendalikan, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik reputasi kami dengan menjadi

sebuah syarikat yang profesional, boleh dipercayai dan ikhlas dalam menunaikan janji kami

dengan memenuhi kewajipan kontrak untuk memberikan perlindungan kewangan kepada

mereka dan keluarga mereka.

Perangkaan bagi tuntutan yang didaftarkan dan diselesaikan pada 2007 dan 2008 adalah

seperti berikut:

Kelas Bil. tuntutan didaftarkan Bil. tuntutan diselesaikan

2008 2007 2008 2007

Kebakaran 2,119 2,638 915 1,532

Marin 719 587 340 299

Kemalangan Peribadi 6,730 4,512 6,127 3,637

Pelbagai 1,768 1,699 808 925

Kesihatan 2,701 1,588 1,841 1,172

Pampasan Pekerja 2,928 3,281 1,183 1,404

Motor 18,547 13,912 7,264 6,285

Liabiliti 1,029 1,114 219 237

Bon 123 58 23 -

Penerbangan - 1 - -

Kejuruteraan 717 670 161 191

Jumlah 37,381 30,060 18,881 15,682

Produktiviti Jabatan Tuntutan juga dinilai berasaskan bilangan tuntutan yang diselesaikan

setiap kakitangan Tuntutan pada tahun dilaporkan. Pada 2008, purata bilangan tuntutan

yang diselesaikan oleh setiap kakitangan Tuntutan berjumlah 1,008 tuntutan. Kami sentiasa

berusaha mengukuhkan kedudukan kami untuk mencapai kelebihan daya saing menerusi

amalan pengurusan tuntutan rapi, yang berbeza daripada peranan biasa Jabatan Tuntutan

yang merangkumi penyiasatan, rundingan dan memahami kerugian dengan matlamat

memberikan nasihat dan menyelesaikan tuntutan dengan adil.

Seiring dengan penekanan kami terhadap usaha mengatasi jangkaan pemegang polisi,

proses tuntutan perlu diuruskan dengan cekap, iaitu dari saat pemberitahuan tuntutan kali

pertama diterima sehinggalah fail ditutup. Ini juga termasuk pemantauan dan pengawalan

kos secara berkesan menerusi infrastruktur sistem, piawaian perkhidmatan, kecekapan,

latihan berterusan, pembangunan kakitangan dan paling penting, integriti. Tambahan lagi,

proses tuntutan dikemas kini dari masa ke masa untuk menerapkan prosedur pengurusan

tuntutan yang lebih cekap. Maklum balas pelanggan dialu-alukan kerana maklumat yang

diberikan boleh digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kami dan menyelesaikan

masalah yang dihadapi bersama.

Tinjauan audit

dalaman dilaksanakan

dari masa ke masa

untuk memastikan

piawaian

perkhidmatan

tertinggi dikekalkan.

Ulasan Pengerusi

Page 14: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Misi korporat kami ialah untuk memberikan perkhidmatan yang

cemerlang kepada pelanggan. Untuk itu, program bantuan

pelanggan seperti Lonpac E-Assist dan Lonpac Home-Assist terus

memainkan peranan penting dalam proses pengurusan tuntutan

kami. Lonpac E-Assist ialah program bantuan kecemasan kereta

yang disediakan secara percuma kepada pemegang polisi

Insurans Komprehensif Kenderaan Persendirian Lonpac. Program

ini menawarkan pilihan perlindungan luas termasuk Kerja

Pembaikan Kecil di Tepi Jalan dan Perkhidmatan Tunda Kecemasan

24-jam, Perkhidmatan Rujukan Kereta Sewa dan Pengaturan

untuk Penginapan Hotel sekiranya kereta rosak atau ditimpa

kemalangan. Kemudahan ini juga menjadi saluran komunikasi

antara bengkel membaiki kereta dan kakitangan tuntutan, di mana

kami menerima komen, maklum balas dan pandangan pelanggan

mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh E-Assist menerusi

Risalah Excite dan laman web Lonpac. Lonpac Home-Assist ialah

program bantuan rujukan yang diberikan secara percuma kepada

semua pemegang polisi Insurans Pemilik Rumah dan Kandungan

Rumah Kediaman. Perkhidmatan ini menyediakan bantuan pakar

kepada mereka apabila menghadapi masalah berkaitan rumah.

Aduan yang diterima daripada pelanggan berkaitan dengan

pemprosesan tuntutan dikendalikan dan dijawab dalam tempoh

masa tertentu oleh kakitangan yang berpengalaman dan terlatih.

Ini untuk memastikan bahawa isu yang diselesaikan memuaskan

pelanggan.

Tinjauan audit dalaman juga dilaksanakan dari masa ke masa

untuk memastikan piawaian perkhidmatan tertinggi dikekalkan

dan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak

berkuasa kawal selia.

Matlamat kami bagi tahun-tahun akan datang ialah untuk terus

meningkatkan tahap pengurusan tuntutan kami demi kepuasan

pelanggan kami.

Ulasan Pengerusi

Page 15: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

T E K N O L O G I M A K L U M AT D A N K O M U N I K A S I

Dalam dunia hari ini yang terhubung, Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (“ICT”) memainkan peranan penting dalam

pertumbuhan strategik Lonpac. Infrastruktur ICT syarikat sentiasa

diteliti untuk meningkatkan kecekapan operasi teras kami dan

membekalkan sistem yang memberikan kelebihan atau nilai

perniagaan bagi meningkatkan produktiviti. Pelaksanaan inisiatif

Teknologi Maklumat (“IT”) diterajui oleh pasukan yang

menggandingkan tenaga wakil eksekutif, IT dan pengurusan risiko.

Usaha berterusan dibuat untuk menambah baik laman web yang

memuatkan maklumat dan perkhidmatan kepada ejen kami. Lebih

banyak kemudahan dan ciri interaktif disediakan di laman web untuk

menggalakkan pelanggan menjalankan lebih banyak urus niaga di

dalam talian. Dengan pelancaran ciri-ciri baru sistem E-Insurans

Motor, risiko perniagaan juga dapat diuruskan dengan lebih baik.

Inisiatif ICT lain yang dilaksanakan termasuk pembangunan sistem

jaminan insurans dan penggunaan perkhidmatan MyEG. Para

perantara akan dapat mencetak jaminan insurans dengan mudah

menerusi sistem E-Insurans kami, dan pengguna boleh membeli

insurans, membuat pembayaran dan juga memperbaharui cukai

jalan di laman web MyEG.

Selain itu, kami berhasrat untuk mentakrifkan semula dan

menguruskan perhubungan pelanggan untuk memahami

pelanggan dengan lebih baik dengan memanfaatkan teknologi

yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan

(“CRM”) untuk menggalakkan pertumbuhan, pengekalan dan

kesetiaan pelanggan. Beberapa projek kini sedang dilaksanakan

untuk mencipta dan menghasilkan gambaran yang tertumpu

pelanggan daripada titik hubungan pertama kepada pembelian

pertama dan juga selepas jualan dibuat.

Walaupun usaha untuk meningkatkan fungsi dan fleksibiliti sistem

perniagaan dilaksanakan secara berterusan, keselamatan dan

kebolehpercayaan data dan sistem tetap menjadi keutamaan.

Sistem dan dasar disemak dari masa ke semasa untuk sebarang

kelemahan keselamatan dan maklumat terbaru. Sistem Pengesanan

Pencerobohan (“IDS”) digantikan dengan teknologi lebih baru

yang memberikan perlindungan aplikasi dan infrastruktur pada

kelajuan gigabit untuk mengurangkan sebarang gangguan atau

pencerobohan keselamatan yang boleh menjejaskan perniagaan

dengan ketara.

Untuk meningkatkan kecekapan dan kawalan, sistem ICT yang

dilaksanakan merangkumi sebuah sistem pengurusan log, naik

taraf sistem pemantauan rangkaian dan penggabungan pelayan.

Sistem pengurusan log dilaksanakan untuk menangani cabaran

menguruskan kerumitan sistem log dan memberikan tinjauan

menyeluruh masa nyata kepada pentadbir untuk bertindak

dengan pantas. Dengan sistem pemantauan rangkaian yang

dinaik taraf, para pentadbir dapat memantau ketersediaan prestasi

rangkaian dan aplikasi dengan berkesan. Pelaksanaan sistem ini

telah mempermudah tugas pentadbiran ICT dan meningkatkan

produktiviti kakitangan pentadbiran.

Untuk terus berkembang maju, Jabatan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi akan terus memberi tumpuan menyediakan teknologi

baru dan sokongan dengan penekanan kepada usaha meningkatkan

kecekapan operasi dan kecemerlangan perkhidmatan.

Tinjauan 2009

T I N J A U A N I N D U S T R I I N S U R A N S

Prestasi industri insurans dijangka kurang memberangsangkan

disebabkan ketidakpastian yang melanda pasaran kewangan global.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, industri insurans mencatatkan

kadar pertumbuhan purata 2.9% daripada Keluaran Dalam Negara

Kasar dan arah aliran ini dijangka berterusan pada 2009.

Dengan kemelesetan dalam sektor pengilangan, keperluan insurans

dalam pasaran dalam negara dijangka terbatas. Namun begitu,

insurans peribadi seperti pemilik rumah dan kemalangan peribadi

diramalkan kekal stabil kerana pendapatan boleh guna isi rumah

yang tinggi ekoran langkah pengurangan caruman KWSP dan juga

kejatuhan harga minyak.

Kemelesetan dunia kewangan juga telah memberikan kesan negatif

terhadap pasaran insurans semula antarabangsa. Kos insurans

semula dijangka meningkat dan kapasiti insurans semula berlebihan

sudah tiada. Peningkatan kos insurans semula dan pengurangan

kapasiti memerlukan syarikat insurans untuk mengkaji semula

strategi perniagaan. Diharapkan dengan segala pelarasan ini, kadar

insurans utama akan mula meningkat pada 2009.

Pelaksanaan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko oleh badan

kawal selia, Bank Negara Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2009,

Ulasan Pengerusi

Page 16: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

juga akan menyaksikan beberapa perubahan dalam industri

insurans. Rangka kerja baru ini memerlukan syarikat insurans

mengukuhkan kedudukan kewangan dengan modal yang

mencukupi dan pengurusan risiko yang berkesan untuk

mengekalkan pertumbuhan. Rangka kerja ini pasti akan membuka

peluang baru bagi pasaran. Secara keseluruhannya, industri

insurans dijangka lebih mencabar pada tahun-tahun akan datang.

J A N G K A A N D A N P E L U A N G

Memandangkan suasana yang semakin berubah dan ketidakpastian

kewangan yang wujud, penanggung insurans akan terus mengambil

pendekatan berhati-hati dan teliti untuk menanggung risiko

pada kadar yang berpatutan. Pelaksanaan Rangka Kerja Modal

Berasaskan risiko berkuat kuasa 1 Januari 2009 akan menyaksikan

amalan pengurusan risiko lebih baik oleh penanggung insurans

di Malaysia. Walaupun syarikat dengan tadbir urus korporat yang

baik dan kedudukan kewangan yang kukuh dapat mengambil

kesempatan merebut peluang yang ada, syarikat lain perlu

menjajarkan semula strategi perniagaan masing-masing untuk

memenuhi nisbah kecukupan modal yang diperlukan.

Dengan tadbir urus korporat yang baik dan lembaran imbangan

yang kukuh, Lonpac boleh mengambil kesempatan daripada

peluang yang ada untuk menambah pendapatan premium kasar.

Untuk mengekalkan tahap keuntungan, Lonpac akan terus

mengamalkan prinsip penajaan jamin yang teliti dan meningkatkan

lagi nisbah tergabungnya untuk menghasilkan keputusan penajaan

jamin lebih baik.

S T R AT E G I D A N H A L A T U J U

Lonpac telah mengambil pendekatan yang berhemat pada tahun-

tahun apabila ekonomi berkembang pesat dan akan meneruskan

prinsip ini pada tahun-tahun yang mendatang.

Tenaga agensi adalah salah satu daripada tunggak syarikat dan

kami akan terus membina hubungan jangka panjang dengan

ejen kami yang sedia ada dan yang baru dilantik. Kami akan

menilai sokongan rakan niaga dalam usaha kami meningkatkan

perkhidmatan kepada pelanggan kami. Salah satu daripada strategi

kami ialah untuk mengukuhkan kedudukan di pasaran menerusi

tenaga agensi kami.

Operasi broker selama ini bukan menjadi penyumbang utama

portfolio perniagaan Lonpac. Kami kini sedang mengkaji semula

strategi kami untuk berganding bahu dengan broker terpilih. Kami

berhasrat untuk meletakkan asas yang kukuh membina syarikat

broker yang mantap pada masa depan.

Institusi kewangan sentiasa menjadi tunggak perniagaan syarikat.

Kami akan terus membangunkan kemahiran perkhidmatan dan

pakej insurans yang baik untuk memastikan bahawa keperluan

insurans pelanggan kami dilindungi dengan sewajarnya dan

sepenuhnya pada kos yang paling berpatutan.

Lonpac akan meneroka saluran alternatif baru seperti pemasaran

langsung dan telepemasaran, pemasaran berasaskan web dan

saluran bukan tradisional lain.

T I N J A U A N E K O N O M I M A L AY S I A

Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan positif

pada 2009 walaupun dalam persekitaran ekonomi global yang

mencabar. Kedudukan fiskal Kerajaan dijangka tetap kukuh.

Kerajaan Malaysia juga dijangka menerima penarafan hutang

kerajaan asing yang tinggi.

Beberapa tindakan ekonomi penting seperti rangsangan fiskal,

penurunan kadar faedah dan kadar cukai korporat lebih rendah

pada 2009 akan membantu negara menangani kesan kemelesetan

ekonomi global semasa. Sektor perbankan dijangka kekal kukuh,

dengan tahap keuntungan dan modal yang tinggi, kualiti aset yang

tinggi dan tahap kecairan yang mencukupi. Pasaran kredit juga

dijangka kekal stabil.

Kerajaan dan Bank Negara Malaysia mampu mengambil

langkah dan melaksanakan dasar yang sewajarnya untuk

mengelakkan kegawatan ekonomi yang lebih teruk menerusi

rangsangan perbelanjaan pengguna dan pelaburan tempatan.

Tumpuan Kerajaan menjamin tahap kecekapan lebih tinggi

dengan memperuntukkan perbelanjaannya kepada projek

yang menghasilkan kadar pengganda yang tinggi akan terus

menyokong ekonomi Malaysia pada 2009.

Ulasan Pengerusi

Page 17: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ringkasan Kewangan

KEPUTUSAN OPERASI

(RM’000)

Hasil

Premium Kasar

Lebihan Penajaan Jamin

Keuntungan Sebelum Cukai

Keuntungan Selepas Cukai

DATA LEMBARAN IMBANGAN UTAMA

(RM’000)

Jumlah Aset

Jumlah Liabiliti

Modal Saham

Ekuiti Para Pemegang Saham

MAKLUMAT SESAHAM Sesaham (sen)

Perolehan Asas

Perolehan Dicairkan

Dividen Kasar

Sesaham (RM)

Aset Bersih Ketara

Harga Saham pada 31 Disember (RM)

Permodalan Pasaran (RM'000)

NISBAH KEWANGAN(%) Nisbah Keuntungan

Pulangan atas Ekuiti

Pulangan atas Aset

Margin Penajaan Jamin

Margin Operasi

Tuntutan Bersih Ditanggung

Nisbah Produktiviti

Bilangan Pekerja

Pendapatan Premium Kasar Setiap Kakitangan (RM’000)

Bilangan Polisi Dikeluarkan Setiap Kakitangan

Bilangan Tuntutan Diselesaikan Setiap Kakitangan Tuntutan

Penilaian atas Saham Tempatan

Hasil Dividen Kasar

Nisbah Pembayaran Dividen

Harga Kepada Pelbagai Perolehan (kali)

Harga Kepada Pelbagai Buku (kali)

*Dikecualikan Cukai

N1- Berdasarkan kepada purata harga pasaran tahun lepas

N2- Berdasarkan kepada harga penutup pasaran tahun semasa

Page 18: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Sepuluh Tahun KumpulanTahun Berakhir pada 31 Disember

2008 2007 2006 2005 2004 2003 2002 2001 2000 1999

638,728 551,624 473,490 434,763 376,856 341,548 292,419 218,577 204,911 186,520

574,444 494,289 424,440 379,768 328,734 321,166 274,150 202,012 190,238 172,060

75,002 59,231 59,111 44,317 28,121 21,212 16,793 19,082 20,207 18,137

141,564 121,766 110,482 103,560 77,498 43,569 36,292 31,063 30,935 34,358

104,247 87,770 78,128 74,703 55,501 35,297 28,443 26,843 25,017 32,880

856,201 792,389 754,690 716,347 633,439 542,024 488,288 401,283 382,097 354,750

492,460 422,388 358,456 326,147 275,563 248,361 219,050 186,406 192,900 174,863

138,723 138,723 138,723 138,723 128,901 120,159 118,137 107,398 107,355 106,920

363,741 370,001 396,234 390,200 357,876 293,663 269,238 214,877 189,197 179,887

75.7 63.8 56.6 55.1 44.8 29.6 25.4 25.0 23.0 31.0

– – – – 44.5 29.3 25.2 – – –

85 110 105 70 60 25 15* 15* 15* 12.5*

2.64 2.69 2.87 2.83 2.78 2.44 2.28 2.00 1.76 1.68

9.45 12.10 9.35 8.30 5.90 4.14 3.80 3.00 2.54 4.06

1,310,932 1,678,548 1,297,060 1,151,401 760,516 497,458 448,921 322,194 272,682 434,095

28.7 23.7 20.0 19.1 15.5 12.0 10.6 12.5 13.2 18.3

12.2 11.1 10.0 10.0 8.8 6.5 5.8 6.7 6.5 9.3

20.9 19.2 23.5 20.6 15.8 13.8 13.6 17.2 18.8 18.4

22.1 22.1 23.0 23.0 19.8 12.1 11.9 13.6 14.4 17.2

51.2 51.2 48.5 48.6 54.3 55.3 55.4 54.9 53.1 52.1

481 449 426 410 370 345 328 298 277 266

1,194 1,101 996 926 888 931 836 678 687 647

1,901 1,473 1,454 1,363 1,268 1,123 1,057 975 970 944

1,008 1,065 949 1,031 1,156 882 888 898 1,015 1,308

7.8N1 14.0N1 13.1N1 8.4N2 10.2N2 6.0N2 3.9*N2 5.0*N2 5.9*N2 3.1*N2

83.8 127.1 135.0 91.5 97.1 61.4 59.5 60.0 65.2 40.3

12.5 19.0 16.5 15.1 13.2 14.0 15.0 12.0 11.0 13.1

3.6 4.5 3.3 2.9 2.1 1.7 1.7 1.5 1.4 2.4

Page 19: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan

18,1

37

20,2

07

19,0

82

16,7

93

21,2

12

28,1

21

44,3

17

59,1

11

59,2

31

75,0

02

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

LEB IHAN PENAJAAN JAMIN

(RM‘000)

JUMLAH ASET

(RM‘000)

354,7

50

382,0

97

401,2

83

488,2

88

542,0

24

633,4

39

716,3

47

754,6

90

792,3

89

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

856,2

01

179,8

87

189,1

97

214,8

77

269,2

38

293,6

63 357,8

76

390,2

00

396,2

34

370,0

01

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

EKUIT I PARA PEMEGANG SAHAM

(RM‘000)

363,7

41

PREMIUM KASAR

(RM‘000)

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

172,0

60

190,2

38

202,0

12

274,1

50

321,1

66

328,7

34

379,7

68

424,4

40

494,2

89

574,4

44

Page 20: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ringkasan Kewangan Sepuluh Tahun Kumpulan

KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI

(RM‘000)

34,3

58

30,9

35

31,0

63

36,2

92

43,5

69

77,4

98

103,5

60

110,4

82

121,7

66

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

141,5

64

PEROLEHAN SESAHAM

(sen)

31.0

23.0

25.0

25.4 2

9.6

44.8

55.1

56.6

63.8

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

75.7

JUMLAH D IV IDEN

(RM‘000)

13,3

65

16,1

03

16,1

10

17,7

92

21,8

51

58,6

70

69,3

99

105,4

09

111,6

65

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

87,3

52

Page 21: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

HAS IL

KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI

mengikut Segmen Perniagaan mengikut Lokasi Geografi

mengikut Segmen Perniagaanmengikut Lokasi Geografi

mengikut Segmen Perniagaanmengikut Lokasi Geografi

ASET D IGUNAKAN

Pegangan Pelaburan

Pembiayaan Pajakan

Malaysia

Singapura

Insurans Am

9.7%

90.3% 94.6%

99.0% 77.2%

85.5%

14.5%

82.5%

17.5%

22.8%

5.4%*

1.0%

**

**

*

* Kurang daripada 0.1%

Kurang daripada -0.1%

Analisis

Page 22: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER

PREMIUM KASAR MENGIKUT KELAS

LEB IHAN PENAJAAN JAMIN SEBELUM

PERBELANJAAN PENGURUSAN MENGIKUT KELAS

Pelbagai

Marin, Penerbangan & Transit

Motor

Kebakaran

31.6%

3.7%31.5%

33.2%

2008

26.8%

3.7%

21.3%

48.2%

2008

30.8%

3.4%34.3%

31.5%

2007

22.9%

2.7%

30.5%

43.9%

2007

Segmen

Page 23: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Penyata Nilai Ditambah

Nilai Ditambah

2008

RM’000

915,841Pindahan daripada akaun hasil insurans am tidak termasuk kos kakitangan dan susut nilai

Pendapatan pelaburan 34,726

Perbelanjaan pengurusan (2,193)

Bahagian keuntungan syarikat bersekutu 597

Nilai ditambah sedia untuk pengagihan 181,649

Pengagihan Nilai Ditambah

2008

RM’000

Kepada kakitangan: Kos Kakitangan 36,886

Kepada Kerajaan: Perbelanjaan cukai 37,317

253,78 Kepada penyedia modal: Dividen dibayar kepada pemegang saham

Kepada pelaburan semula dalam Kumpulan: Susut nilai

Keuntungan tertahan

3,199

16,895

Jumlah Pengagihan 181,649

11% Pelaburan semula dalam Kumpulan

20% Kakitangan

48% Penyedia modal

21% Kerajaan

2008

Nilai ditambah merupakan pengukur kekayaan yang diwujudkan oleh Kumpulan melalui pelbagai aktiviti perniagaan. Penyata nilai

ditambah menunjukkan jumlah kekayaan yang diperolehi dan bagaimana ia diagihkan kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk

Kerajaan, serta pelaburan semula dalam penggantian aset dan pengembangan perniagaan Kumpulan selanjutnya.

Page 24: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

2008 Suku Tahun Suku Tahun Suku Tahun Suku Tahun Tahun

RM’000 Pertama Kedua Ketiga Keempat 2008

PRETASI KEWANGAN

Hasil 185,562 144,308 191,728 117,130 638,728

Keuntungan operasi 37,380 24,236 35,145 44,206 140,967

Keuntungan sebelum cukai 37,360 24,308 35,379 44,517 141,564

Keuntungan boleh diagih kepada

pemegang ekuiti syarikat induk 27,415 17,906 26,236 32,690 104,247

Perolehan sesaham (sen)* 19.91 13.01 19.06 23.75 75.72

Dividen sesaham (sen) – 30.00 – 55.00 85.00

2007 Suku Tahun Suku Tahun Suku Tahun Suku Tahun Tahun

RM’000 Pertama Kedua Ketiga Keempat 2007

PRETASI KEWANGAN

Hasil 153,609 137,785 156,083 104,147 551,624

Keuntungan operasi 34,482 20,987 29,195 34,658 119,322

Keuntungan sebelum cukai 35,348 21,711 29,830 34,877 121,766

Keuntungan boleh diagih kepada

pemegang ekuiti syarikat induk 25,828 15,211 21,521 25,210 87,770

Perolehan sesaham (sen)* 18.72 11.04 15.63 18.31 63.75

Dividen sesaham (sen) – 30.00 – 80.00 110.00

Prestasi Suku Tahunan Kumpulan

* Perolehan sesaham suku tahunan adalah berdasarkan kepada purata wajaran bilangan saham-saham biasa diterbit pada suku tahun

tersebut manakala perolehan sesaham tahunan terkini adalah berdasarkan kepada purata wajaran bilangan saham-saham biasa diterbit

pada tahun tersebut.

Page 25: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

ADUNAN CABARAN DAN PELUANG

Beroperasi di dalam industri insurans, cabaran paling utama yang

syarikat akan hadapi adalah evolusi pantas terhadap jangkaan-

jangkaan pelanggan dengan kehadiran pesaing yang sangat

kompetitif. Walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran dan

ketidakpastian, Lonpac secara berterusan merangka strategi

perniagaan dan mencari para pelanggan baru untuk terus

bersaing.

UFUK BARU DAN EPISOD SEGAR UNTUK

KEPUASAN PELANGGAN

Lonpac percaya bahawa hubungan dengan pelanggan yang

berterusan bermula dengan perkhidmatan pelanggan yang

cemerlang. Ditubuhkan pada tahun 2004, Unit Perkhidmatan

Pelanggan bukan sahaja terhad untuk menyediakan perkhidmatan,

tetapi juga melaksanakan dan menyokong aktiviti-aktiviti

perniagaan secara umum. Ia juga merangkumi kajian terbesar

mengenai kelakuan pelanggan dan memainkan peranan penting

kepada pihak pengurusan dalam merangka masa depan Syarikat

dengan menubuhkan Unit Aduan pada Ogos 2003 untuk

menumpukan perhatian, bertindak balas dan menyelesaikan isu-

isu dan aduan-aduan pelanggan.

Dalam usaha untuk menjadikan Unit Aduan Pelanggan sebagai

jabatan yang bersemangat penuh dan berfikiran ke hadapan

secara berterusan, pada Jun tahun ini, Lonpac telah mula menaik

taraf sistemnya untuk mendorong operasi perniagaan yang lebih

baik dengan mengusahakan satu sistem yang dipertingkatkan

Pengurusan Hubungan Pelanggan (“CRM”), yang akan

dilaksanakan sepenuhnya pada Mei 2009.

CRM merupakan satu set aplikasi yang menyediakan kepada

Syarikat maklumat berdasarkan jualan, perkhidmatan dan

pemasaran yang menggariskan proses-proses perniagaan, kualiti

data yang dipertingkatkan dan membenarkan semua divisyen-

divisyen utama untuk mengeluarkan data dari sumber yang sama.

CRM merupakan strategi perniagaan paling utama yang

mendorong kepada kejuruteraan semula proses-proses pelanggan

untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan

hasil dan keberuntungan Syarikat.

Secara ringkasnya, sistem CRM merupakan salah satu dari

pelbagai cara untuk mempercepatkan langkah kami dalam

melaksanakan teknologi di dalam perniagaan dan operasi kami

untuk kekal kompetitif.

Prihatin Pelanggan

Lonpac percaya bahawa

hubungan dengan pelanggan

yang berterusan bermula

dengan perkhidmatan

pelanggan yang cemerlang.

Page 26: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Sebagai pelengkap, perkara yang lebih penting bagi Perkhidmatan

Pelanggan adalah mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang

berdedikasi dan cekap untuk melaksanakan proses-proses kerja

Syarikat. Bagi tahun-tahun sebelum sejak penubuhannya,

Perkhidmatan Pelanggan telah bekerja rapat bersama-sama

dengan jabatan lain dan cawangan dalam memenuhi permintaan

pelanggan yang sentiasa berkembang.

Adunan sistem yang berinovatif, ahli pasukan yang dilengkapi

dengan set kemahiran yang tepat, di samping hubungan kerja

yang rapat dengan jabatan-jabatan lain dan cawangan-cawangan

telah memperjelaskan kepentingan kami kepada Syarikat.

LONPAC E-ASSIST – BANTUAN SEBENAR UNTUK

PERJALANAN YANG SELAMAT

Lonpac E-Assist telah mempertingkatkan keupayaannya dari

tahun ke tahun. Lonpac E-Assist merupakan satu program

bantuan kecemasan kereta percuma untuk para pemegang polisi

Insurans Komprehensif Kenderaan Persendirian Lonpac yang

disediakan di seluruh negara secara percuma sehingga 300km

(perjalanan penuh).

Ia menawarkan skop perlindungan yang luas bermula dari

Pembaikan Kerosakan Kecil di Tepi Jalan dan Perkhidmatan Tunda

Kecemasan 24-Jam, Perkhidmatan Rujukan Kereta Sewa dan

Pengaturan untuk Penginapan Hotel jika berlaku kerosakan atau

kemalangan kereta.

Para pelanggan juga digalakkan untuk menghantar komen,

maklum balas dan pendapat mereka mengenai perkhidmatan

yang disediakan oleh E-Assist melalui Risalah Excite atau laman

web Lonpac. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini,

Perkhidmatan Pelanggan akan berupaya mendapatkan

kefahaman yang mendalam terhadap kehendak dan kepuasan

pelanggan dan seterusnya menyediakan penyelesaian terhadap

masalah yang dihadapi.

Oleh itu, dengan pasukan pengurusan yang mantap dan

berpengalaman, E-Assist berkedudukan baik dan terus berusaha

untuk berada di hadapan pesaing dalam menyediakan tahap

perkhidmatan yang setinggi mungkin kepada pelanggan.

Prihatin Pelanggan

Page 27: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

LONPAC HOME ASSIST – CARA UNTUK KESELESAAN DI

RUMAH

Melihat kepentingan untuk mewujudkan hubungan yang rapat

di antara produk dan pelanggannya, Lonpac telah mem-

perkenalkan Lonpac Home Assist bagi memastikan keselesaan

di rumah untuk pemegang polisi Insurans Pemilik Rumah dan

Kandungan Rumah Kediamannya, yang dilancarkan secara

rasmi pada 29 Julai 2004.

Dengan langkah mudah yang perlu dituruti, pemegang polisi

dapat dihubungkan dengan penyedia perkhidmatan kami untuk

mendapatkan bantuan di rumah apabila menghadapi masalah-

masalah rumah. Bantuan ini merupakan perkhidmatan rujukan

semata-mata bermula dari Bantuan Elektrik, Sistem Paip dan

Pakar Kunci, Perkhidmatan Penghawa Dingin dan Kawalan

Haiwan Perosak, Kebocoran Bumbung dan Pembersihan serta

Pemulihan Permaidani.

DETIK PEMBERIAN & PERKONGSIAN

Lonpac sentiasa memberi fokus yang mendalam terhadap

perhatian bagi memastikan bahawa ia mempunyai kaedah yang

hebat bagi mendorong perniagaan ke arah pertumbuhan yang

lebih baik dalam dunia yang berubah dengan dinamik pada hari

ini. Risalah Excite merupakan salah satu program-program

kesetiaan pelanggan berinovatif untuk pemegang polisi insurans

komprehensif kenderaan persendirian supaya mereka dapat kekal

seiring dengan pembangunan baru Lonpac.

Beberapa aktiviti telah diiklankan di dalam risalah ini yang

mengandungi beberapa bahagian seperti Pesanan daripada

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Maklumat Produk seperti

CAPTOR dan produk-produk Kemalangan Persendirian, ruangan

Maklum Balas bagi keseluruhan perkhidmatan Lonpac dan

perkhidmatan tunda, Pertandingan Golf, Pertandingan-

pertandingan, Hadiah Percuma, Diskaun bagi pembelian produk

Kemalangan Persendirian yang tertentu serta Baucer-baucer

Istimewa.

Sepanjang tahun ketujuh (ke-7) sejak pelancarannya pada tahun

2002, program ini telah diterima baik oleh para pelanggan. Selain

itu, Lonpac melihat program ini sebagai ramuan penting untuk

mendapatkan pandangan pelanggan bagi membantu memandu

perniagaan Syarikat dengan arah yang bertepatan.

Prihatin Pelanggan

Page 28: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

MEWUJUDKAN KEHADIRAN DALAM TALIAN

Pengiklanan dan promosi merupakan elemen utama bagi

membangunkan penjenamaan yang kukuh bagi memastikan

produk diakui dengan baik oleh pelanggan dalam pasaran

insurans yang kompetitif pada hari ini. Pada hakikatnya, lebih

banyak perniagaan mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran

maya.

Oleh itu, Lonpac juga berusaha dengan aktif bagi mewujudkan

lebih banyak nilai dalam produk dan perkhidmatannya dengan

menempatkannya di dalam laman web.

Lonpac telah melancarkan laman webnya pada tahun 2002 untuk

menyediakan sumber maklumat satu hentian bertujuan untuk

menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan bebas-masalah

dan responsif serta nasihat profesional dalam menguruskan

risiko-risiko atau polisi-polisi mereka. Laman web ini dikemas kini

secara berterusan dengan maklumat terkini berkenaan produk

dan perkhidmatan, isu-isu semasa pasaran insurans dan lain-lain

maklumat berkaitan insurans.

MAJU KE HADAPAN DENGAN TEKNOLOGI

Lonpac akan terus maju ke hadapan untuk memasuki lebih

banyak pasaran yang berpotensi dengan menggunakan teknologi

yang telah terbukti dengan fokus ke atas prihatin pelanggan

yang berkualiti.

Berpegang kepada misinya untuk menyediakan kepada

pelanggan-pelanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan

terbaik bertaraf antarabangsa yang disokong oleh kekuatan

teknikal dan kewangan yang telah terbukti selaras dengan Pelan

Induk Sektor Kewangan, Lonpac akan melancarkan Portal Internet

dalam masa yang terdekat untuk memasarkan produknya yang

baru dan sedia ada dalam talian yang menjadikan keseluruhan

urusan perniagaan lebih efisyen dari awal hingga akhir.

Dalam aspirasinya untuk terus mencapai tahap kecemerlangan

yang baru, Lonpac sedang menyediakan Gerai MyEG di Pusat

Perkhidmatan Pelanggan demi menepati kehendak segera

pelanggan dalam memperbaharui cukai jalan mereka tanpa perlu

berbaris panjang dan berasak-asak di Jabatan Pengangkutan

Jalan (“JPJ”) atau pejabat pos.

Kami pasti MyEG akan bertambah maju dan berguna kepada

pelanggan kami serta mewujudkan satu pengalaman

perkhidmatan pelanggan yang unik kepada Lonpac secara

keseluruhannya.

Prihatin Pelanggan

Lonpac akan terus maju ke

hadapan untuk memasuki lebih

banyak pasaran yang berpotensi

dengan menggunakan teknologi

yang telah terbukti dengan fokus

ke atas prihatin pelanggan yang

berkualiti.

Page 29: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Kakitangan merupakan kuasa pendorong yang menggerakkan

sesebuah organisasi untuk maju ke hadapan. Kejayaan sesebuah

organisasi berpunca dari kualiti dan kecekapan kakitangannya. Ini

juga amat bertepatan kepada Kumpulan LPI.

Menyedari fakta bahawa kakitangan yang menjadikan suatu

organisasi, Kumpulan LPI percaya dalam memberi tenaga,

membangunkan, mengekalkan dan menarik kakitangan yang

berbakat. Justeru itu, Kumpulan tetap terus fokus dan komited

terhadap pengurusan yang berkesan dan pembangunan bakat

kakitangan. Banyak yang telah dilaburkan dalam usaha untuk

menggalakkan pertumbuhan kerjaya kakitangan dan pengalaman

pembelajaran yang berterusan untuk semua kakitangan agar

Kumpulan dapat menandingi pesaing-pesaingnya dan mencapai

keputusan cemerlang.

MEMPERCAYAI KAKITANGAN KAMI

Asas kepada kejayaan Kumpulan yang berterusan adalah kebolehan,

kemahiran dan kepakaran tenaga kerjanya. Oleh itu, latihan dalam

bidang pembangunan teknikal, pembangunan dan peningkatan

kemahiran tetap penting dalam strategi Kumpulan untuk

pertumbuhan berkekalan dan prestasi cemerlang.

Mempercayai kepentingan dalam memupuk dan memberi kuasa

modal intelektualnya, subsidiari Kumpulan, Lonpac mengadakan

persidangan tahunan untuk kesemua pendorong utama dengan

kecekapan teknikal yang berbeza untuk membina strategi prestasi

perniagaan bersinergi yang berkesan sejajar dengan misi korporat

Kumpulan. Pada April 2008, Mesyuarat Perniagaan Para Pengurus

telah diadakan untuk mengkaji semula prestasi Syarikat dan

mempertimbangkan strategi dan pelan perniagaannya. Pada Julai

2008, Persidangan Pengurus Kanan telah diadakan untuk

membincangkan ulasan prestasi Kumpulan dan mengadakan sesi

sumbang saran untuk membangunkan formula perniagaan yang

berjaya untuk Kumpulan.

Sebagai sebahagian daripada pendorong Kumpulan untuk

melengkapkan kakitangan dengan kemahiran dan pengetahuan

penting, Lonpac juga menganjurkan pelbagai program yang

mensasarkan untuk membentuk kakitangan pengurusan

pertengahan ke arah pembangunan kecekapan kepimpinan dan

pelan pewarisan yang optimum. Pada Jun 2008, Lonpac telah

mengadakan seminar latihan demi membangunkan kemahiran

pengurusan yang berkesan untuk Penolong Pengurus dan Eksekutif

Kanan. Topik-topik penting yang dibincangkan di dalam seminar

latihan tersebut adalah:-

Pembangunan Sumber Manusia

Berkesan

Pada Ogos 2008, satu persidangan telah diadakan untuk pengurus

rendah. Seminar latihan yang bertajuk “Membangunkan Pengurus

untuk Cabaran di Masa Hadapan dan Keputusan yang Lebih Baik”

menyediakan para peserta dengan perspektif kepimpinan yang

baru. Bahagian-bahagian kepimpinan utama yang diperbincangkan

di persidangan tersebut adalah:-

Pada November 2008, satu bengkel pembentukan korporat dan

sesi latihan produk telah diadakan masing-masing untuk para

Eksekutif dan para Pegawai kami. Kakitangan perkeranian

disediakan latihan semasa bekerja yang berterusan dan sentiasa

dikemas kini dengan pembangunan baru yang berkaitan dengan

industri insurans.

Selain daripada latihan-latihan dalaman, Kumpulan juga

menggalakkan program-program latihan luar yang membolehkan

kaki tangan kami seiring dengan perkembangan terkini dalam

industri di luar pengalaman biasa Kumpulan. Pelbagai latihan dan

bengkel yang dianjurkan oleh organisasi dan institusi yang terkenal

seperti Institut Insurans Malaysia (“MII”), Persatuan Insurans Am

Malaysia (“PIAM”), Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia

(“NIAM”), Biro Penginsurans Motor (“MIB”), Persatuan Insurans

Tuntutan Kebangsaan (“NICS”), Persatuan Perlindungan Kebakaran

Malaysia Berhad (“FRAM”), Institusi Juruukur, Institut Bank-bank

Malaysia (“IBBM”), Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (“IIAM”),

KPMG Malaysia dan PricewaterhouseCoopers Malaysia telah

dihadiri oleh kakitangan kami dari jabatan yang berkaitan di

sepanjang tahun.

Antara seminar luar negara, Kumpulan telah menyertai satu seminar

antarabangsa yang dianjurkan oleh Mapfre Re, penginsurans

semula Sepanyol yang terkemuka. Diadakan di Madrid, Sepanyol;

seminar yang melibatkan 28 pelbagai syarikat insurans semula dari

20 buah negara yang berlainan di dunia. Seminar tersebut

mempersembahkan topik mengenai insurans semula dan pelbagai

kaedah dan perkhidmatan yang mempertingkatkan proses penajaan

jamin dan pengurusan risiko. Para peserta turut diperkenalkan

dengan beberapa aspek model MAPFRE untuk pengurusan dan

kawalan perniagaan motor.

Page 30: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Pembangunan Sumber Manusia

Selain itu, Kumpulan juga terlibat dalam seminar kejuruteraan yang

diadakan di Basel, Switzerland. Seminar tersebut dianjurkan oleh

Divisyen Insurans Teknikal dan Marin dari Swiss National Insurance

Company, sebuah syarikat insurans antarabangsa Swiss. Seminar

tersebut menyediakan pemahaman mengenai insurans teknikal

dan insurans marin bagi pasaran Asia termasuk beberapa program

bengkel teknikal.

Di samping itu, Kumpulan juga mengambil bahagian dalam Seminar

Insurans Antarabangsa NIPPONKOA tahunan yang diadakan di

Tokyo, Jepun. Seminar tersebut dianjurkan oleh NIPPONKOA Jepun

yang melibatkan peserta-peserta dari cawangan-cawangan luar

negara NIPPONKOA, wakil pejabat dan rakan kongsi perniagaan

luar negara dari serata dunia seperti Hong Kong, Taiwan, Filipina,

Thailand, Indonesia, Vietnam, Jerman, Singapura dan Malaysia. Di

seminar tersebut, para peserta diperkenalkan dengan perniagaan

insurans Jepun, strategi pasaran dan perniagaannya. Sementara

mempelajari tentang industri insurans Jepun, para peserta juga

diberi peluang untuk bertukar pendapat mereka dan berbincang

mengenai strategi antarabangsa dengan rakan sejawat mereka.

MENGHARGAI KAKITANGAN KAMI

Sebagaimana falsafah Pengasas dan Pengerusinya, Tan Sri Dato’ Sri

Dr. Teh Hong Piow; Kumpulan sangat percaya dalam berkongsi

kejayaannya dengan kakitangannya. Kumpulan berusaha dengan

berterusan untuk mengukuhkan budaya prestasi dan kejayaan di

kalangan kakitangannya. Disokong oleh sistem imbuhan

berdasarkan pretasi yang kompetitif, skim anugerah dengan teliti

dan konsistennya diselaraskan dengan strategi dan matlamat

perniagaan Kumpulan.

Selain itu, Kumpulan mempunyai komitmen yang berterusan

untuk membantu kakitangannya berkembang dengan kebolehan

mereka sendiri secara berterusan. Di samping ganjaran kewangan,

kakitangan individu diiktiraf dan dihargai di atas bakat-bakat,

keupayaan dan motivasi mereka. Ini dapat dilihat melalui bilangan

bakat yang diasuh sendiri yang pada masa ini memegang

kedudukan kepimpinan utama di dalam Kumpulan.

Pengurusan modal insan yang strategik merupakan keistimewaan

imperatif Kumpulan untuk mencapai pertumbuhan yang lebih

baik. Kumpulan dengan itu komited untuk terus mewujudkan nilai

dan membina pertumbuhan untuk kakitangannya.

Kumpulan berusaha

dengan berterusan untuk

mengukuhkan budaya

prestasi dan kejayaan di

kalangan kakitangannya.

Page 31: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan
Page 32: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan
Page 33: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai Bagi Tahun 2007

oleh IGB Corporation Berhad

5 Februari 2008

Lonpac telah dipilih oleh Divisyen Pemerolehan Kumpulan dari IGB

Corporation Berhad (“IGB”) sebagai salah satu “Sepuluh Pembekal

Terbaik Yang Dihargai bagi Tahun 2007” dalam mengiktiraf prestasi

Lonpac yang telah mencapai tahap kepuasan yang diharapkan oleh

IGB, sikap profesionalisme yang ditunjukkan di tempat kerja dan

juga sokongan sepenuhnya yang diberikan dengan perkhidmatan

nilai ditambah yang berterusan. Ini merupakan tahun kedua

berturut-turut Lonpac menerima pengiktirafan seumpama ini

daripada IGB.

Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi

Kumpulan Risiko Multinasional Chubb 2007

oleh Syarikat-syarikat Insurans Kumpulan Chubb

29 Februari 2008

Lonpac telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Perkhid-

matan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Multinasional Chubb 2007

sebagai pengiktirafan ke atas kecekapan perkhidmatan dan

sokongan Lonpac yang berterusan kepada Kumpulan Risiko

Multinasional Chubb.

Lonpac telah dikurniakan anugerah ini berdasarkan merit-merit

berikut:

Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business –

CIMA 2008

Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business –

CIMA 2008

oleh Malaysian Business dari Berita Publishing Sdn Bhd dan CIMA

21 Julai 2008

LPI muncul sebagai salah satu pemenang di bawah kategori

Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham bagi Anugerah Tadbir

Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2008. Selain itu, LPI

juga memenangi Anugerah Merit buat empat (4) tahun berturut-

turut sejak tahun 2004.

Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat atas kecemerlangan

organisasi mereka dalam mencapai prestasi di samping mematuhi

standard-standard dan amalan-amalan yang ditetapkan. Tadbir

Urus Per usahaan merupakan suatu evolusi Tadbir Urus Kor porat di

mana ia cuba mencapai keseimbangan di antara tadbir urus

korporat dan perniagaan. Para pemenang dinilai berdasarkan

prinsip-prinsip tadbir urus perniagaan dan korporat dan amalan-

amalan terbaik, termasuk pengurusan risiko dan kawalan dalaman,

komunikasi dan kepatuhan terhadap undang-undang, prestasi dan

kewangan operasi.

Page 34: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2007

Pemenang – Perkhidmatan Kewangan

oleh KPMG

15 Ogos 2008

LPI muncul sebagai salah satu pemenang di bawah kategori

Perkhidmatan Kewangan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG

2007. LPI telah memenangi Anugerah Nilai Pemegang Saham

KPMG buat empat tahun berturut-turut sejak tahun 2004.

Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG merupakan anugerah

tahunan di mana kesemua syarikat tersenarai di Bursa Securities

dinilai dari segi pembentukan nilai untuk para pemegang saham

mereka dalam tahun di bawah tinjauan. Anugerah ini diadakan

bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan korporat menerusi

peningkatan tahap pendedahan dan menetapkan amalan-amalan

terbaik yang boleh diteladani.

REKOD ANUGERAH-ANUGERAH YANG LEPAS

Sepuluh Pembekal Terbaik Yang Dihargai Bagi Tahun 2006

oleh IGB Corporation pada tahun 2007

Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan

(NAfMA)

oleh Institut Akauntan Malaysia dan Institut Pengurusan Akauntan

Bertauliah

2007 – Sijil Merit

2006 – Sijil Finalis

Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA)

oleh Institut Akauntan Malaysia, Institut Pengurusan Malaysia dan

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dengan Bursa Malaysia

sebagai Organisasi Sokongan

2006 – Sijil Merit

Anugerah Tadbir Urus Korporat Malaysian Business

oleh Malaysian Business dari Berita Publishing Sdn Bhd

2006 – Anugerah Merit

2005 – Anugerah Merit

2004 – Anugerah Merit

Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG

oleh KPMG

2006 – Pemenang Sektor, Perkhidmatan Kewangan

2005 – Pemenang Sektor, Perkhidmatan Kewangan

2004 – Pemenang, Perkhidmatan Kewangan

Anugerah “Best Under A Billion” bagi Rantau Asia-Pasifik

oleh Forbes Asia pada tahun 2005

Malaysia 1000

oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Basis Publications House

pada tahun 2005

PengiktirafanAnugerah &

Page 35: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

HARGA SAHAM TERTINGGI DAN TERENDAH BULANAN TAHUN 2008

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

Tertinggi 12.9 12.9 11.7 11.8 12.3 12.0 11.7 11.2 11.1 10.6 9.2 9.5

Terendah 11.9 11.3 10.5 11.2 11.8 11.2 10.8 10.8 9.9 8.0 8.6 8.8

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

HargaSaham

(RM)

Tertinggi Bulanan Terendah Bulanan

6

8

10

12

14

Prestasi Saham LPI pada 2008

1,678.5

1,297.1

1,151.4

760.5

497.5

RM juta

PERMODALAN PASARAN DAN HARGA PADA 31 DISEMBER 2008

RM9.35

RM12.10

RM8.30

RM5.90

RM4.14

54.9MR80021,310.9

2007

2006

2005

2004

2003

Permodalan Pasaran dan Harga Saham

Page 36: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

PRESTASI PASARAN SAHAM PADA TAHUN 2008

Prestasi pasaran saham tempatan yang teguh pada suku keempat

tahun 2007 meneruskan rali ke tahun 2008 dengan Indeks Kom-

posit Kuala Lumpur (KLCI) mencecah beberapa siri rekod tinggi

sebelum ditutup tinggi pada kemuncak 1,516.22 mata pada 11

Januari 2008. Ia meningkat sebanyak 4.9% untuk muncul sebagai

pasaran saham yang terbaik di Asia. Walau bagaimanapun, pene-

tapan dalam pasaran serantau dan global yang disebabkan oleh

kebimbangan terhadap kemelesetan global yang dicetuskan oleh

AS yang berpunca dari masalah sub-prima dan krisis kredit AS,

mengakibatkan KLCI ditutup lebih rendah pada 1,357.40 mata

pada akhir Februari 2008.

Memang tidak diragui berita terhangat bagi tahun 2008 adalah

pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008. Dengan

kerajaan Barisan Nasional kembali berkuasa dengan hanya majoriti

mudah dan sejumlah lima buah negeri jatuh ke pemerintahan pihak

pembangkang, pasaran bertindak balas dengan sangat negatif.

KLCI menjunam sebanyak 123.1 mata atau 9.5% pada 10 Mac

2008 dengan sejumlah besar saham 1.18 bilion saham didagangkan,

mencatatkan kerugian hariannya yang terbesar. Pemulihan semula

pasaran ekuiti serantau dan global, walau bagaimanapun mem-

bantu mengurangkan keadaan tersebut. KLCI diurus untuk ditutup

lebih tinggi pada 1,247.52 mata pada akhir Mac 2008, jatuh

sebanyak 13.7% bagi suku pertama tahun 2008.

Walaupun kenaikan tersebut sejajar dengan pemulihan semula

ekuiti serantau dan global, ia masih 1.3% di bawah mata penutup

pra pilihan raya umum pada 1,296.33 mata pada 7 Mac 2008. KLCI

terus meningkat lebih tinggi pada awal Mei 2008, mencapai suku

kedua yang tinggi pada 1,300.67 mata pada 16 Mei 2008. Dalam

pertengahan Mei sehingga akhir Jun 2008, ia terus menghadapi

tekanan jualan disebabkan oleh banyak faktor, didahului dengan

kos yang didorong tekanan inflasi daripada harga petrol lebih tinggi

dan kenaikan dalam tarif elektrik yang melembapkan pertumbuhan

ekonomi. Akibatnya, KLCI merosot ke arah tempoh sentimen

menurun lebih lanjut dan pada akhir setengah tahun pertama 2008

pada 1,186.57 mata, jatuh sebanyak 258.80 mata atau 17.9%.

Tren menurun ini berterusan sehingga ke suku ketiga tahun 2008

di tengah-tengah penularan kebimbangan berikutan perhatian

terhadap krisis kewangan di AS dan Eropah. Kebanyakan kelemahan

di dalam pasaran ekuiti global adalah disebabkan oleh ketidak-

pastian terhadap keteguhan ekonomi AS. Rantaian berita mengenai

kegagalan institusi kewangan besar di AS telah membawa gelom-

bang kejutan ke dalam pasaran kewangan global dan memburukkan

lagi sentimen pasaran. KLCI jatuh di bawah 1,000 mata pada 18

September 2008 kepada hampir 991.66 mata. Walaupun ia pulih

semula sedikit untuk mencatat 1,018.08 mata pada penutup suku

ketiga, ia menurun 14.1% bagi suku tahun tersebut.

Maklumat Pelabur

Pada permulaan suku keempat, KLCI terus menyusut sejajar dengan

kejatuhan mendadak pasaran ekuiti global dan serantau. Walaupun

langkah-langkah pembetulan diperkenalkan oleh Kerajaan dan

Bank-bank Pusat seluruh dunia untuk mengurangkan kadar faedah

dan menyuntik banyak kecairan ke dalam sistem kewangan,

ketidakfungsian pasaran kredit global terus menjana kebimbangan

terhadap kemelesetan global. KLCI terjejas teruk dan menjunam

kepada paras terendah dalam empat tahun pada 829.41 mata

pada 29 Oktober 2008. Ia bagaimanapun, pulih semula apabila

rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah sebanyak 50

mata asas kepada 1.0% pada 29 Oktober 2008.

KLCI terus pulih semula mengikut pasaran ekuiti AS dan serantau

dan tutup untuk suku keempat pada 876.75 mata, mencatatkan

keuntungan sebanyak 5.7% daripada 829.41 mata pada 29

Oktober 2008.

Tahun 2008 sesungguhnya tahun yang sangat mencabar. Tinjauan

bagi pasaran saham pada tahun 2009 juga dijangka mencabar.

Kebimbangan mengenai kemelesetan global akan terus merebak

pada setengah tahun pertama 2009. Kemerosotan ekonomi AS

bersama dengan kejatuhan harga komoditi dan minyak dijangka

memberi kesan negatif ke atas eksport Malaysia. Di samping

tinjauan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah bagi tahun 2009,

konsensus semasa bagi KLCI hanyalah kenaikan sebanyak 3.6%.

PRESTASI HARGA SAHAM LPI CAPITAL BHD PADA

TAHUN 2008

Harga saham LPI Capital Bhd meningkat daripada RM12.10 pada

31 Disember 2007 ke paras yang tinggi tahun ini bernilai RM12.70

pada 14 Februari 2008 berikutan pengumuman keputusan tahun

2007nya pada 13 Februari 2008. Dengan keputusannya yang

bertambah baik, LPI Capital mengisytiharkan dividen akhir sebanyak

55 sen sesaham ditolak 26% cukai pendapatan dan dividen khas

sebanyak 25% sesaham ditolak 26% cukai pendapatan. Dengan

dividen interim sebanyak 30 sen ditolak cukai pendapatan sebanyak

26%, jumlah dividen kasar yang diisytiharkan bagi tahun tersebut

adalah 110 sen sesaham. Harga sebelum dividen adalah RM12.20

yang didagangkan pada 15 Februari 2008.

Tekanan jualan dalam pasaran ekuiti serantau dan global dicetuskan

oleh masalah sub-prima dan krisis kredit di AS dan ditambah

dengan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang diadakan pada 8

Mac 2008, harga saham LPI Capital jatuh untuk ditutup di paras

rendah bagi suku pertama tahun 2008 pada RM10.80 pada 10

Mac 2008. Ini merupakan harga yang dicatatkan paling rendah

bagi suku pertama tahun 2008.

Harga saham LPI Capital kekal pada paras ini untuk dua minggu

seterusnya sebelum meningkat secara beransur-ansur sejajar

dengan tren menaik am KLCI untuk mencapai RM11.20 pada

penutup suku pertama.

Page 37: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Awal suku kedua melihat harga saham LPI Capital berada di sekitar

RM11.30 dan mula meningkat untuk mencapai RM12.30 pada 13

Mei 2008. Sejajar dengan penurunan di dalam pasaran ekuiti

tempatan dan serantau oleh kerana perhatian terhadap kenaikan

kadar inflasi yang disebabkan oleh kenaikan dalam harga minyak

mentah, harga saham LPI Capital diperbetulkan kepada RM11.80

pada penutup suku kedua. Apabila keputusan suku kedua yang

meningkat diumumkan bersama dengan dividen interim sebanyak

30% di tolak 26% cukai pendapatan pada 10 Julai 2008, harga

saham LPI Capital didagangkan dengan peningkatan secara

sederhana. Selepas pembayaran dividen harga saham menurun

kepada RM11.00 dan paras ini kekal sehingga pertengahan bulan

September. Selepas itu rantaian berita mengenai kegagalan institusi

kewangan besar di AS mula mempengaruhi pasaran ekuiti dan

harga saham LPI Capital mula menurun pada minggu-minggu

terakhir di suku ketiga. Harga saham ditutup pada RM10.40

penurunan nilai sebanyak 9.5%.

Dalam suku terakhir tahun ini harga saham dalam pasaran saham

serantau dan global mengalami penurunan mendadak akibat

perhatian terhadap kejatuhan krisis kewangan global dan

kemelesatan global. Seiring dengan KLCI yang lebih rendah, saham

LPI Capital menyusut ke paras rendah dalam tahun ini kepada

RM8.20 pada 29 Oktober 2008 sebelum pulih semula dan ditutup

pada RM9.45 bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2008.

Pada tahun 2008, nilai LPI Capital dari segi permodalan pasaran

menurun sebanyak 21.25% atau RM353.7 juta kepada RM1,310.9

juta berbanding dengan penurunan KLCI sebanyak 39.3%.

Berdasarkan harga penutup pada 31 Disember 2008 pada RM9.45

dan jumlah dividen kasar sebanyak 110 sen dibayar di sepanjang

tahun, para pemegang saham menikmati hasil dividen kasar

sebanyak 14% bagi tahun 2008.

Maklumat Pelabur

KLCI Harga Saham LPI

Harga-harga Saham LPI dan KLCI pada tahun 2008

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

1600

0

2

4

6

8

10

12

14

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

KLC

I

Harg

a S

ah

am

(R

M)

Page 38: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Menempuhi Cabaran-cabaran Luar

Ekonomi Malaysia:

I. ULASAN 2008

SUASANA GLOBAL YANG MENCABAR

Tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar bagi ekonomi

Malaysia berikutan persekitaran ekonomi lebih buruk di dalam

ekonomi global. Kesan krisis kewangan yang berpunca dari sekuriti

gadai janji sub-prima di Amerika Syarikat (“AS”) pada Ogos 2007

dan akibat kerugian yang besar oleh institusi kewangan global

utama, pasaran kredit di AS dan ekonomi-ekonomi maju utama

telah terhenti. Kecairan di dalam sistem kewangan global terpaksa

disuntik oleh bank pusat utama dan permodalan semula institusi

kewangan global utama terpaksa dilakukan untuk mencegah risiko

sistemik.

PROSPEK GLOBAL YANG KABUR

Prospek untuk pertumbuhan global merosot dengan mendadak

disebabkan oleh kesan kekacauan kewangan yang pesat dan meluas

dan kesannya yang membawa kemusnahan ke atas ekonomi-

ekonomi maju dan sedang membangun. Di samping itu, apabila

sektor kewangan di dalam ekonomi utama memulakan proses

mengurangkan pengaruh, keyakinan perniagaan dan pengguna

di negara-negara tersebut berkecai dan keadaan pasaran buruh

merosot dengan ketaranya.

ANCAMAN KEMELESETAN

Disebabkan perkembangan yang kurang baik ini, jangkaan

pertumbuhan ekonomi global telah menurun dengan mendadak

kepada hanya 3.7% bagi tahun 2008 daripada 5% pada tahun

2007. Pertumbuhan ekonomi di kebanyakan ekonomi-ekonomi

maju telah menjadi perlahan dengan ketara pada tahun 2008

(Jadual 1). Walaupun terdapat banyak pakej penyelamat untuk

membantu sistem kewangan AS dan suntikan kecairan, permodalan

semula bank, dan tindakan berselaras oleh bank-bank pusat global

untuk mengurangkan kadar faedah, pasaran kredit kekal ketat.

Menjelang November 2008, ekonomi-ekonomi utama seperti AS,

rantau Eropah dan Jepun telahpun mengalami kemelesetan teknikal.

Untuk menghadkan kemerosotan di dalam aktiviti ekonomi global,

kadar faedah telah dikurangkan dengan mendadak oleh bank-

bank pusat utama dan banyak pakej rangsangan diperkenalkan

pada setengah tahun kedua 2008.

Jadual 1

Pertumbuhan KDNK Ekonomi, 2007-2008

2008

Amerika Syarikat

(%, tahunan s-b-s)

2.0 0.9 2.8 -0.5

Jepun

(%, tahunan s-b-s)

2.1 0.7 -0.9 -0.1

Rantau Eropah

(%, s-b-s)

2.6 0.7 -0.2 -0.2

United Kingdom

(%, s-b-s)

3.1 0.3 0.0 -0.5

Sumber: Bureau of Economic Analysis, US Department of Commerce

dan Reuters.

S1 S2 S32007

Page 39: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar

TIADA PENGASINGAN

Asia tidak terlepas dari kesan kemelesetan ekonomi global.

Pertumbuhan ekonomi di Taiwan, Singapura dan Hong Kong

mengecut atau perlahan dengan ketara dalam suku ketiga tahun

2008 (Jadual 2). Terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi Republik

Rakyat China (“PRC”) juga sederhana. Pandangan bahawa ekonomi

Asia telah terasing daripada AS tertakluk kepada perbahasan.

MALAYSIA: PERTUMBUHAN KDNK LEBIH LEMBAP

Sebagai ekonomi terbuka dan di mana perdagangan antarabangsa

membentuk lebih daripada 200% dari KDNK, ekonomi Malaysia

tidak terlindung daripada kemelesetan ekonomi global, terutamanya

apabila ekonomi rakan kongsi perdagangan utamanya – AS, rantau

Eropah dan Jepun, yang secara kolektifnya merangkumi lebih dari

satu per tiga daripada jumlah eksport Malaysia – merosot dengan

ketara. Walau bagaimanapun, Malaysia memasuki tahun 2008

daripada kedudukan yang kukuh di mana ekonomi berkembang

sebanyak 6.3% pada tahun 2007 dan inflasi adalah rendah

pada hanya 2%. Di samping kadar tabungan negara yang tinggi,

ekonomi juga menikmati lebihan akaun semasa yang besar,

pengangguran yang rendah dan ringgit yang stabil di sepanjang

tahun.

Sektor perbankan bukan sahaja teguh dengan keberuntungan

yang kukuh, permodalan yang tinggi dan kualiti aset yang tinggi

tetapi juga dicurahkan dengan kecairan (Jadual 3). Sementara itu

pertumbuhan KDNK masih memberangsangkan dalam setengah

tahun pertama 2008, didorong oleh permintaan domestik dan

prestasi eksport – risiko bagi aktiviti domestik memperlahan

meningkat dengan mendadak dalam setengah tahun kedua 2008.

Indeks Utama bagi ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak

0.1% pada bulan Ogos dan 1.2% pada bulan September (Graf 1).

Jadual 2

Pertumbuhan KDNK Ekonomi Negara Asia Terpilih, 2007-2008

% Perubahan Tahunan

2008

2007 S1 S2 S3

Republik Rakyat China 11.9 10.6 10.1 9.0

Hong Kong 6.4 7.1 4.2 1.7

Korea Selatan 5.0 5.8 4.8 3.8

Taiwan 5.7 6.3 4.6 -1.0

Singapura 7.7 6.9 2.3 -0.6

Sumber: Reuters.

Jadual 3

Sistem Perbankan Malaysia: Kekuatan Utama, 2007-2008 dan

Nisbah Pinjaman-Deposit, 2007-2008

2008

2007 Mac Jun Sep

Keuntungan Sebelum 17.7 5.7 4.5 4.1

Cukai (RM bilion –

Suku Tahunan)

Nisbah Modal Berwajaran

Riskio (%) 13.2 13.3 13.3 13.0

Nisbah NPL Bersih (%) 3.2 3.0 2.6 2.4

Nisbah Pinjaman-Deposit (%) 74.1 72.5 73.7 75.6

Sumber: Bank Negara Malaysia, Buletin Perangkaan Bulanan September

2008 dan Buletin Suku Tahunan, pelbagai terbitan.

Page 40: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar

Seperti ditunjukkan di Jadual 4, KDNK bagi suku ketiga merosot

kepada 4.7% akibat dari penurunan dalam perbelanjaan

penggunaan akhir merangkumi penggunaan akhir swasta dan

penggunaan akhir Kerajaan, dan pelaburan. Pertumbuhan eksport

juga merosot dalam suku ketiga tahun 2008, diakibatkan oleh

kelemahan mendadak pada harga komoditi – terutamanya harga

minyak mentah dan minyak sawit mentah. Eksport barangan E&E –

yang meliputi hampir 40% eksport Malaysia – kekal rendah kerana

nisbah buku-ke-bil global hanya berada di sekitar 0.8%. Keadaan

pasaran buruh menyusut dalam suku ketiga tahun 2008 (Graf 2).

Graf 1

Malaysia: Indeks Utama, 2008

0

2

4

6

8

10

12

SepOgosJulJunMeiAprMacFebJan

%

Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia, Indeks Utama, Berbetulan

dan Lat, Ogos 2008

Jadual 4

Malaysia: KDNK mengikut Komponen Perbelanjaan, 2007-2008

(pada harga konstan 2000)

% Perubahan Tahunan

2007 2008

S3

Permintaan Domestik Agregat 9.8 9.4 6.5

Penggunaan 9.9 10.8 7.8

Sektor Umum 6.6 12.7 6.9

Sektor Swasta 10.8 10.3 8.1

Formasi Modal Tetap Kasar 9.6 5.8 3.1

Eksport Barangan dan 4.2 7.9 5.1 Perkhidmatan

Import Barangan dan 5.4 5.9 8.2 Perkhidmatan

KDNK 6.3 7.1 4.7

Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia, Keluaran Dalam Negara Kasar,

Suku Ketiga, 2008.

SeparuhTahun

Graf 2

Malaysia: Pemberhentian Kerja, 2007-2008

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

S3S2S108S4S3S2S107

Bila

ngan P

ekerja

Sumber: Laman Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia.

Page 41: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

ARAH ALIRAN HARGA MENAIK TETAPI REDA

Arah pertumbuhan yang ketara juga datang dari inflasi tinggi

yang mempunyai kesan penyusutan ke atas permintaan domestik.

Sepanjang tahun 2008, inflasi meningkat dengan mendadak

daripada 2.3% pada bulan Januari 2008 kepada 7.7% pada bulan

Jun 2008 dan 8.5% pada bulan Julai dan Ogos 2008 disebabkan

oleh harga minyak global yang tinggi (Graf 3) dan penstrukturan

semula utama harga tenaga domestik untuk memastikan

pengekalan fiskal. Peningkatan mendadak dalam harga

pengguna telah mengakibatkan kenaikan mendadak di dalam

kos pengangkutan dan harga makanan. Walau bagaimanapun,

memandangkan harga minyak global telah menurun melebihi 65%

daripada puncaknya pada tahun 2008, terdapat penurunan ketara

di dalam harga minyak domestik. Sehubungan itu, inflasi dijangka

reda lagi di dalam setengah tahun pertama 2009 daripada suku

keempat tahun 2008.

Graf 3

Malaysia: Inflasi, 2008

0

2

4

6

8

10

OktSepOgosJulJunMeiAprMacFebJan

% p

eru

bahan, t-

b-t

Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia, Indeks Harga Pengguna,

pelbagai terbitan.

SEKTOR PERBANKAN YANG TEGUH

Sektor perbankan Malaysia terlepas dari kesan kekacauan

kewangan global yang menyaksikan penurunan nilai dan kerugian

bernilai ratusan billion. Ini disebabkan oleh tiada perkara remeh

dalam melaksanakan peraturan-peraturan berhemah Bank

Negara Malaysia yang efektif. Bank-bank Malaysia bukan sekadar

mempunyai pendedahan yang tidak penting atau tiada langsung

terhadap sekuriti sub-prima dan toksik yang mempunyai kesan yang

amat membinasakan ke atas AS dan institusi-institusi kewangan

yang terjejas di negara-negara lain, malah penggabungan

perbankan utama yang dimulakan oleh Bank Negara Malaysia

pada tahun 2000 dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan

telah menjurus kepada peningkatan dalam amalan-amalan tadbir

urus korporat dan infrastruktur pengurusan risiko yang lebih

baik disediakan. Ini telah menyumbang dengan penting kepada

kekuatan dan ketahanan industri perbankan dan kewangan di

Malaysia untuk menempuh krisis kewangan global semasa dan

menyokong ekonomi. Pertumbuhan pinjaman kekal baik pada

kadar tahunan sebanyak 10.3% pada akhir bulan Oktober 2008.

PENGURUSAN MAKROEKONOMI

Di Malaysia, keseimbangan risiko di antara inflasi tinggi dan

pertumbuhan ekonomi yang lembap telah berubah dengan

ketara dalam setengah tahun kedua 2008 disebabkan oleh risiko

lebih rendah bagi inflasi global dan risiko lebih tinggi terhadap

pertumbuhan ekonomi yang lebih lembap. Risiko lebih tinggi

terhadap pertumbuhan lebih lembab disebabkan oleh kesan

kemelesetan yang cepat di ekonomi-ekonomi maju utama dan

kesan-kesan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi di

ekonomi-ekonomi maju yang tidak dialami, ke atas ekonomi dan

pasaran ekuiti dari ekonomi-ekonomi yang muncul. Dibantu oleh

penurunan mendadak harga minyak global, Bank Negara Malaysia

menjangka inflasi akan reda lagi kepada kurang dari 3% dalam

setengah tahun kedua 2009 daripada 7.6% pada bulan Oktober

2008.

Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar

Page 42: dan inovasi sebagai asas operasi kami, Kumpulan berusaha ... · PDF fileAnalisis Segmen Penyata Nilai ... Strategi dan Hala Tuju Tinjauan Ekonomi Malaysia. Tinjauan ... mencatatkan

Bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik, Kerajaan

Malaysia telah mengambil beberapa langkah penting untuk

menyokong permintaan domestik. Pada bulan Ogos 2008,

Kerajaan mengambil keputusan untuk pam-prima ekonomi

selanjutnya dengan defisit fiskal bagi tahun 2008 yang meningkat

kepada 4.8% daripada 3.1% pada tahun 2007. Selain itu, Kerajaan

juga memperkenalkan pakej rangsangan bernilai RM7 bilion dan

langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan swasta dan

meningkatkan penggunaan swasta.

Pihak-pihak berkuasa juga telah memperkenalkan langkah-langkah

untuk mengekalkan keyakinan terhadap sistem perbankan,

termasuk sokongan kecairan oleh Bank Negara Malaysia dan

jaminan sepenuhnya ke atas semua deposit ringgit dan mata

wang asing di dalam bank-bank perdagangan dan bank-bank

asing yang ditubuhkan di dalam negara, bank-bank Islam dan

pelaburan serta institusi-institusi penerima deposit. Bank Negara

Malaysia juga menyediakan dana baru untuk menyokong PKS dan

perusahaan mikro termasuk Kemudahan Pembiayaan Bantuan

PKS dan Kemudahan Pemodenan PKS. Untuk terus menyokong

aktiviti ekonomi domestik, Bank Negara Malaysia juga telah

mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (“OPR”)nya sebanyak

25 mata asas kepada 3.25% pada 24 November 2008. OPR kekal

tidak berubah pada 3.50% sejak Mei 2006.

II. PROSPEK BAGI TAHUN 2009

PERTUMBUHAN DALAM ASIA

Walaupun tinjauan untuk ekonomi global kekal tidak pasti,

tindakan global berselaras dijangka akan menyokong pasaran

kewangan dan menyediakan banyak rangsangan fiskal dan

pemulihan monetari dijangka akan menghadkan penurunan dalam

pertumbuhan dunia. Asia dijangka berkembang sebanyak 6.5%

pada tahun 2009, disokong oleh permintaan domestik dan lebih

banyak polisi fiskal dan monetari yang membantu.

TINJAUAN POSITIF UNTUK MALAYSIA

Di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar, ekonomi

Malaysia diramalkan mencatat pertumbuhan KDNK yang positif

sebanyak 3.5%-4% pada tahun 2009 berdasarkan fiskal utama

terdahulu dan campur tangan dasar monetari oleh Kerajaan. Defisit

fiskal Kerajaan dijangka kekal pada 4.8% dari KDNK bagi tahun

2009. Kerajaan masih mempunyai ruang untuk bertindak di mana

kedudukan fiskal Kerajaan kekal baik, dengan pendedahannya yang

rendah kepada hutang luar. Kerajaan Malaysia masih menikmati

penarafan asing yang tinggi.

Di samping kedudukan kecairan institusi kewangan yang kukuh

dan jaminan akses yang stabil kepada pembiayaan oleh isi rumah

dan perniagaan, Bank Negara Malaysia mempunyai kapasiti untuk

menjalankan maklum balas polisi yang bersesuaian – termasuk

mengurangkan lagi kadar – untuk mengelakkan kemelesetan

ekonomi yang teruk. Pertumbuhan pinjaman bagi sistem perbankan

dijangka kekal baik pada 7% pada tahun 2009.

KEKUATAN ASAS MALAYSIA

Malaysia juga mempunyai kekuatan dasar untuk menempuh

kemerosotan ekonomi global semasa. Kadar cukai korporat akan

diturunkan kepada 25% pada tahun 2009. Sektor perbankan

akan kekal teguh dengan permodalan yang tinggi, kualiti aset

yang kukuh dan kecairan yang mencukupi. Pasaran kredit dijangka

kekal stabil. Seterusnya, lembaran imbangan isi rumah dan sektor

perniagaan dijangka kekal baik.

Kadar tabungan negara yang tinggi boleh dimanfaatkan lagi

bagi menggalakkan perbelanjaan pengguna domestik. Tumpuan

Kerajaan untuk memastikan kecekapan di dalam perbelanjaannya

bagi projek-projek dengan kesan pengganda yang tinggi ke atas

ekonomi domestik akan menyokong pertumbuhan pada tahun

2009.

Ekonomi Malaysia: Menempuhi Cabaran-cabaran Luar