tinjauan operasi perniagaan - maa.my · pdf filediperolehi daripada perniagaan premium...

3
25 Operasi Perniagaan Tinjauan TINJAUAN BAHAGIAN INSURANS HAYAT MALAYSIA Bahagian Insurans Hayat mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 7.7% bagi jumlah pendapatan premium RM1.4 bilion (2004: RM1.3 bilion), di mana sebahagian besarnya diperolehi daripada perniagaan premium tunggal, khususnya pelan bertempoh tetap dan pelan berkaitan pelaburan. Pertumbuhan premium berterusan dicapai kerana rangkaian cawangan MAA yang luas (kini berjumlah 76), tenaga agensi yang besar yang menyokong kapasiti pengedaran serta kesedaran jenama. Kadar faedah semasa yang rendah dan perubahan pilihan pengguna daripada perlindungan insurans biasa kepada polisi jenis tabungan/pelaburan telah menyaksikan peningkatan dalam jualan produk berkaitan pelaburan dan pelan bertempoh tetap. Dari segi premium perniagaan baru tahunan, yang menjadi ukuran aktiviti jualan secara tahunan, Bahagian Insurans Hayat mencatatkan pertumbuhan menggalakkan sebanyak 12.3% kepada RM898.4 juta (2004: RM800.2 juta). Angka ini mengatasi pertumbuhan 0.6% yang dicatatkan oleh industri, lantas mencerminkan keupayaan MAA untuk terus menembusi pasaran. Bahagian Insurans Hayat mencatakan Keuntungan Sebelum Cukai yang lebih rendah, iaitu daripada RM50.8 juta pada 2004 kepada RM14.5 juta pada 2005. Kemerosotan Keuntungan Sebelum Cukai pada 2005 disebabkan terutamanya oleh peruntukan lebih tinggi bagi penyusutan nilai pelaburan yang dibuat pada tahun tersebut dan keuntungan pelaburan lebih rendah, serta kenaikan dalam bayaran bonus tunai dan tuntutan perubatan daripada polisi perubatan. Tanpa mengambil kira pemindahan keuntungan kepada akaun Dana Pemegang Saham secara keseluruhan, Lebihan Dana Insurans Hayat tetap kukuh dengan lebihan kumulatif yang dibawa ke hadapan sebanyak RM500.8 juta pada 31 Disember 2005. Sejajar dengan peranan perkhidmatan perancangan kewangan yang semakin penting di negara ini, MAA akan terus memberi tumpuan kepada latihan agensi dengan mendaftarkan ejen untuk mengikuti kursus Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dan Perancang Kewangan Berdaftar (RFP). Kursus ini akan mempertingkatkan tahap profesionalisme dengan melengkapkan ejen dengan pengetahuan tentang perancangan kewangan serta kemahiran dan keupayaan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin tinggi dan menangani persaingan daripada perkhidmatan kewangan lain. Untuk tujuan ini, berkuatkuasa 1 Januari 2005, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (“LIAM”) telah melaksanakan peraturan baru yang mensyaratkan ejen insurans hayat yang telah berkecimpung dalam industri selama lebih daripada satu (1) tahun untuk mengikuti modul 1 dan modul 2 program RFP, untuk melatih ejen tersebut menjadi perancang kewangan. Pada akhir bulan Disember 2005, syarikat mempunyai seramai 12,773 (2004: 15,802) ejen. Pada masa depan, tumpuan utama MAA ialah mempertingkatkan tahap profesionalisme dan pengetahuan ejennya untuk mempertingkatkan produktiviti ejen dan bukannya menambahkan bilangan jurujual. Bahagian ini telah memerhatikan perubahan dalam permintaan orang ramai yang lebih cenderung ke arah pelan berkaitan pelaburan. Kumpulan meramalkan bahawa trend ini akan berterusan pada masa depan dan kini sedang merangka pelan-pelan berkaitan pelaburan yang lebih menarik untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah. Pelan yang telah berjaya dilancarkan pada tahun tinjauan termasuk pelan berkaitan pelaburan Siri MaaxLife (versi MaaxWanita, MaaxUmaat dan MaaxEducation yang dinaik taraf), Pelan Maaster Yield Guaranteed, pengagihan kedua Pelan Maaster Capital Guaranteed, pelan kemalangan peribadi PA 500, pelan insurans SeniorGold untuk warga emas, dan pelancaran semula pelan penjagaan kesihatan utamanya, iaitu MedicaLife 200 dan MedicaGen 200. MAA memberi penekanan kepada usaha memenuhi kepuasan pelanggan. Maka itu, syarikat akan mengekalkan strategi-strategi dan meneruskan pelbagai inisiatif yang telah dimulakannya, termasuk pelaksanaan Indeks Kepuasan Pengguna (“CSI”) untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan kami. Di peringkat industri, tahun 2006 bakal menyaksikan pelancaran Pelan Anuiti jenama bersama oleh Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia (“NIAM”) yang akan merupakan sebuah produk berkaitan pelaburan premium tunggal. Untuk tujuan ini, LIAM juga telah mengemukakan satu cadangan kepada KWSP untuk melaksanakan skim pengeluaran pelaburan pencarum, untuk pelan berkaitan pelaburan premium tunggal, yang sama seperti skim pengeluran pelaburan sedia ada untuk amanah saham. Semua usaha ini dilaksanakan untuk memberikan pilihan pelaburan lebih luas kepada orang ramai dan paling penting lagi, menyediakan khidmat perancangan persaraan dan pengurusan kekayaan. Kemudahan ATM bagi keperluan pelanggan. ATM service for customers’ convenience.

Upload: ngotram

Post on 06-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tinjauan Operasi Perniagaan - maa.my · PDF filediperolehi daripada perniagaan premium tunggal, khususnya pelan bertempoh tetap dan pelan berkaitan pelaburan. Pertumbuhan premium

25

Operasi PerniagaanTinjauan

TINJAUAN BAHAGIAN INSURANSHAYAT MALAYSIA

Bahagian Insurans Hayat mencatatkanpertumbuhan sederhana sebanyak 7.7% bagijumlah pendapatan premium RM1.4 bilion (2004:RM1.3 bilion), di mana sebahagian besarnyadiperolehi daripada perniagaan premium tunggal,khususnya pelan bertempoh tetap dan pelanberkaitan pelaburan. Pertumbuhan premiumberterusan dicapai kerana rangkaian cawanganMAA yang luas (kini berjumlah 76), tenaga agensiyang besar yang menyokong kapasiti pengedaranserta kesedaran jenama. Kadar faedah semasayang rendah dan perubahan pilihan penggunadaripada perlindungan insurans biasa kepadapolisi jenis tabungan/pelaburan telah menyaksikanpeningkatan dalam jualan produk berkaitanpelaburan dan pelan bertempoh tetap.

Dari segi premium perniagaan baru tahunan, yang menjadiukuran aktiviti jualan secara tahunan, Bahagian InsuransHayat mencatatkan pertumbuhan menggalakkan sebanyak12.3% kepada RM898.4 juta (2004: RM800.2 juta). Angkaini mengatasi pertumbuhan 0.6% yang dicatatkan olehindustri, lantas mencerminkan keupayaan MAA untuk terusmenembusi pasaran.

Bahagian Insurans Hayat mencatakan Keuntungan SebelumCukai yang lebih rendah, iaitu daripada RM50.8 juta pada2004 kepada RM14.5 juta pada 2005. KemerosotanKeuntungan Sebelum Cukai pada 2005 disebabkanterutamanya oleh peruntukan lebih tinggi bagi penyusutannilai pelaburan yang dibuat pada tahun tersebut dankeuntungan pelaburan lebih rendah, serta kenaikan dalambayaran bonus tunai dan tuntutan perubatan daripadapolisi perubatan. Tanpa mengambil kira pemindahankeuntungan kepada akaun Dana Pemegang Saham secarakeseluruhan, Lebihan Dana Insurans Hayat tetap kukuhdengan lebihan kumulatif yang dibawa ke hadapansebanyak RM500.8 juta pada 31 Disember 2005.

Sejajar dengan peranan perkhidmatan perancangankewangan yang semakin penting di negara ini, MAA akanterus memberi tumpuan kepada latihan agensi denganmendaftarkan ejen untuk mengikuti kursus PerancangKewangan Bertauliah (CFP) dan Perancang KewanganBerdaftar (RFP). Kursus ini akan mempertingkatkan tahapprofesionalisme dengan melengkapkan ejen dengan

pengetahuan tentang perancangan kewangan sertakemahiran dan keupayaan untuk memenuhi permintaanpengguna yang semakin tinggi dan menangani persaingandaripada perkhidmatan kewangan lain. Untuk tujuan ini,berkuatkuasa 1 Januari 2005, Persatuan Insurans HayatMalaysia (“LIAM”) telah melaksanakan peraturan baruyang mensyaratkan ejen insurans hayat yang telahberkecimpung dalam industri selama lebih daripada satu (1)tahun untuk mengikuti modul 1 dan modul 2 program RFP,untuk melatih ejen tersebut menjadi perancang kewangan.Pada akhir bulan Disember 2005, syarikat mempunyaiseramai 12,773 (2004: 15,802) ejen. Pada masa depan,tumpuan utama MAA ialah mempertingkatkan tahapprofesionalisme dan pengetahuan ejennya untukmempertingkatkan produktiviti ejen dan bukannyamenambahkan bilangan jurujual.

Bahagian ini telah memerhatikan perubahan dalampermintaan orang ramai yang lebih cenderung ke arahpelan berkaitan pelaburan. Kumpulan meramalkan bahawatrend ini akan berterusan pada masa depan dan kini sedangmerangka pelan-pelan berkaitan pelaburan yang lebihmenarik untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Pelan yang telah berjaya dilancarkan pada tahun tinjauantermasuk pelan berkaitan pelaburan Siri MaaxLife (versiMaaxWanita, MaaxUmaat dan MaaxEducation yang dinaiktaraf), Pelan Maaster Yield Guaranteed, pengagihan keduaPelan Maaster Capital Guaranteed, pelan kemalanganperibadi PA 500, pelan insurans SeniorGold untuk wargaemas, dan pelancaran semula pelan penjagaan kesihatanutamanya, iaitu MedicaLife 200 dan MedicaGen 200.

MAA memberi penekanan kepada usaha memenuhikepuasan pelanggan. Maka itu, syarikat akan mengekalkanstrategi-strategi dan meneruskan pelbagai inisiatif yangtelah dimulakannya, termasuk pelaksanaan IndeksKepuasan Pengguna (“CSI”) untuk memperbaiki danmempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan kami.

Di peringkat industri, tahun 2006 bakal menyaksikanpelancaran Pelan Anuiti jenama bersama oleh PersatuanInsurans Kebangsaan Malaysia (“NIAM”) yang akanmerupakan sebuah produk berkaitan pelaburan premiumtunggal. Untuk tujuan ini, LIAM juga telah mengemukakansatu cadangan kepada KWSP untuk melaksanakan skimpengeluaran pelaburan pencarum, untuk pelan berkaitanpelaburan premium tunggal, yang sama seperti skimpengeluran pelaburan sedia ada untuk amanah saham.Semua usaha ini dilaksanakan untuk memberikan pilihanpelaburan lebih luas kepada orang ramai dan palingpenting lagi, menyediakan khidmat perancangan persaraandan pengurusan kekayaan.

Kemudahan ATM bagi keperluan pelanggan.ATM service for customers’ convenience.

Page 2: Tinjauan Operasi Perniagaan - maa.my · PDF filediperolehi daripada perniagaan premium tunggal, khususnya pelan bertempoh tetap dan pelan berkaitan pelaburan. Pertumbuhan premium

26

Tinjauan Operasi Perniagaan (bersambung)

TINJAUAN INSURANS AMMALAYSIA

Bahagian Insurans Am mencatatkan pertumbuhan16.3% dari segi premium bertulis kasar kepadaRM424.3 juta (2004: RM364.8 juta), mengatasipertumbuhan 9.7% yang dicatat oleh industripada 2005. Selepas melaksanakan pembersihanportfolio taja jaminnya pada 2004 denganmengenepikan agensi dan pelanggan yangmerugikan dan pada masa yang samamengenakan syarat taja jamin yang lebih ketat,Bahagian ini menumpukan semula kepadastrateginya dan mengguna pakai pendekatan yanglebih berasaskan produk untuk memperluaskanperniagaan pada 2005.

Premium perniagaan kenderaan motor meningkatsebanyak 13.0% kepada RM208.0 juta (2004: RM184.0juta) manakala premium bukan motor meningkat sebanyak19.7% kepada RM216.3 juta (2004: RM180.7 juta).

Perniagaan kenderaan motor terus menjadi penggerakutama, dengan sumbangan portfolio sebanyak 49.0%daripada jumlah pendapatan premium kasar untuk seluruhBahagian ini (2004: 50.4%). Sumbangan portfolio bukanmotor turut meningkat, dengan Insurans Kebakaran,perniagaan Rampaian, perniagaan Motosikal dan Marinmasing-masing menyumbang 14.9%, 21.6%, 9.7% dan4.7% (2004: 16.2%, 20.2%, 9.5% dan 3.7%).

Hasil daripada kawalan tuntutan yang ketat dan langkah-langkah taja jamin yang dilaksanakan, nisbah tuntutan2005 menyusut kepada 62.2% (2004: 66.3%). Penyusutanini, disokong oleh syarat pembaharuan perjanjian yanglebih baik yang telah membolehkan Bahagian Insurans Ammencatatkan keuntungan taja jamin berjumlah RM0.6 juta(2004: RM0.8 juta). Walaupun jumlahnya kecil,keuntungan telah dicapai buat tahun kedua berturut-turut.

Walaupun prestasi taja jamin lebih baik, Bahagian inimengalami Kerugian Sebelum Cukai bernilai RM5.3 jutaberbanding keuntungan RM17.3 juta pada 2004. Kerugianini disebabkan terutamanya oleh peruntukan lebih tinggibagi penyusutan nilai pelaburan yang dibuat dalam tahunkewangan yang dilaporkan dan keuntungan pelaburanlebih rendah.

Sejak 2004, Bahagian ini telah mengguna pakai falsafahPemprosesan Pusat untuk menyediakan kawalan lebih ketatmenggunakan Teknologi Maklumat. Bahagian ini telahmelaksanakan Sistem Insurans Am, (GIS) yang telahdiperbaiki yang memberi tumpuan automasi penuh prosesterasnya pada 2004, bermula dengan bahagian motor danberakhir dengan bahagian bukan motor pada akhir 2005.

Sejak 2001, Industri Insurans Am telah mengemukakanbeberapa cadangan kepada pihak pengawal selia untukmengimbangkan semula tarif premium insurans motorkenderaan, yang kali terakhir dipinda pada 1978 atau 28tahun lepas. Pindan tarif ini perlu untuk menampung kosalat ganti kenderaan yang semakin tinggi, kadar kecurian

yang meningkat dan bayaran tuntutan mahkamah yanglebih besar. Tarif baru yang disyorkan akan mengambil kirafaktor-faktor baru yang sebelum ini diabaikan, iaitu lokasigeografi, jantina, usia dan sejarah tuntutan pemandu sertabutiran mengenai jenis dan model kenderaan. Setakat ini,cadangan ini masih menunggu keputusan pihak berkuasa.

Dalam usaha berterusan kami untuk menyediakanperkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, selain daripadakhidmat Bantuan Kerosakan MotorClub di seluruh negara,Bahagian ini akan melancarkan Skim Bantuan Kemalanganpada 2006, di mana bantuan di tempat kejadian akandiberikan untuk meliputi semua kemalangan danperlanggaran yang dilaporkan. Pada masa yang sama,Bahagian ini juga akan menyediakan penilaian risikokebakaran menyeluruh dan khidmat pencegahan secarapercuma kepada semua pemegang polisi kebakaran. Iniakan membantu pemegang polisi kebakaran menikmatikadar premium yang lebih berpatutan dengan sistempencegahan kebakaran yang lebih baik dan berkesan danpada masa yang sama, membantu mengurangkan kejadiankebakaran.

TINJAUAN AMANAH SAHAMMALAYSIA

Suasana kadar faedah rendah dan orang ramaiyang semakin maklum dan bijak dalam hal ehwalpelaburan telah menyaksikan pelabur beralih keamanah saham untuk memperolehi pulanganpelaburan dan pertumbuhan modal lebih tinggidalam tahun yang dilaporkan. Memanfaatkantrend ini, industri amanah saham swastamencatatkan pertumbuhan dua angka. JumlahNilai Aset Bersih (“NAV”) dana di bawahpengurusan di Malaysia berkembang 160.6%kepada RM98.5 bilion (2004: RM37.8 bilion).

MAAKL Mutual Bhd (“MAAKL”) telah mengambilkesempatan daripada permintaan yang semakin tinggi inidan melancarkan 3 dana baru dalam tahun yang dilaporkandengan saiz dana diluluskan berjumlah 2.6 juta unit, iaituMAAKL Pacific Fund (dana asing pertama di Malaysia),MAAKL Eagle Fund dan MAAKL AL-FAUZAN. Dengantambahan tiga dana baru tersebut, MAAKL mempunyaiempat belas (14) dana di bawah pengurusannya. MAAKLPacific Fund telah dilancarkan selepas kawalan tukaranasing dilonggarkan pada 1 April 2005 oleh Bank NegaraMalaysia, yang membolehkan syarikat amanah sahamuntuk melabur sehingga 30% daipada jumlah nilai asetmereka di luar negara. MAAKL Pacific Fund direka ciptauntuk memberikan peningkatan modal jangka panjangmenerusi pelaburan dalam ekuiti tersenarai dan instrumenberkaitan ekuiti di pasaran-pasaran terpilih di rantau AsiaPasifik. Kejayaan pelancaran dana asing pertama ini akanmembantu meletakkan batu asas bagi memperkenalkandana amanah saham global pada masa depan.

Pada tahun yang dilaporkan, MAAKL telah menambahRM270.4 juta kepada jumlah aset di bawah

Page 3: Tinjauan Operasi Perniagaan - maa.my · PDF filediperolehi daripada perniagaan premium tunggal, khususnya pelan bertempoh tetap dan pelan berkaitan pelaburan. Pertumbuhan premium

27

Tinjauan Operasi Perniagaan (bersambung)

pengurusannya, lantas meningkatkan lagi jumlah Nilai AsetBersih dana amanah di bawah pengurusan MAAKL padaakhir Disember 2005 kepada RM694.2 juta (2004:RM423.8 juta). Dengan pertumbuhan Nilai Aset Bersihsebanyak 63.8%, syarikat telah mengatasi pertumbuhanindustri buat tahun kedua berturut-turut sebanyak 15.9%pada 2005.

Usaha membina tenaga agensi menjadi teras rancanganMAAKL, dalam usaha mencapai wawasannya untukmenyediakan produk dan perkhidmatan kepada seluruhrakyat Malaysia menerusi sekumpulan kakitangan amanahsaham yang profesional. Pada akhir Disember 2005,MAAKL disokong tenaga kerja seramai 1,125 ejen (2004:1,249 ejen). Untuk melengkapkan para penasihat amanahsaham dengan peralatan berasaskan pengetahuan yangmembolehkan mereka menawarkan tahap perkhidmatandan profesionalisme yang lebih tinggi kepada pelanggan,MAAKL telah meningkatkan taraf Home Office Suite,sebuah program perisian komputer yang membantupenasihat amanah saham menguruskan portfoliopelanggan mereka dengan lebih berkesan, denganbeberapa ciri-ciri baru, termasuk paparan nama pemegangbersama, tarikh pelaburan dan urus niaga terakhir danakhir sekali pilihan Model Pengimbangan Semula Aset(“ARM”) untuk membantu pelanggan bertindak balasdengan lebih pantas kepada keadaan atau matlamatkewangan yang semakin berubah.

Untuk itu, MAAKL, dengan kerjasama HIJRAH StrategicAdvisory Group, melancarkan Alat Perancangan IslamPertama di Malaysia yang dikenali sebagai “PerancangKewangan MAAKL”. Alat perancangan kewangan Islam initelah direka cipta dengan teliti untuk membantu penasihatamanah saham memberi panduan kepada pelanggan Islamtentang cara untuk membuat perancangan Persaraan,Menunaikan Haji dan Umrah, membiayai pendidikanKanak-Kanak, mengumpulkan Kekayaan dan Menawarkanbarangan kepunyaan dan harta benda untuk tujuankebajikan.

Kumpulan berbangga untuk menyatakan bahawaberasaskan jumlah pulangan dana, MAAKL telah menerimasebanyak empat (4) Anugerah Dana Terbaik Industridaripada The Edge-Lipper sempena Anugerah DanaAmanah Saham Malaysia 2004. Anugerah yang dimenangioleh MAAKL ialah Dana Bon Terbaik, Dana Indeks EkuitiTerbaik, Dana Ekuiti Islam Terbaik dan Dana Ekuiti Terbaik(diedarkan oleh ejen amanah saham).

Pada tahun yang dilaporkan, berasaskan LaporanPenarafan Bintang Dana Standard & Poor's, tiga daripadadana syarikat ditarafkan di tempat pertama dari segiprestasi pulangan berbanding 2004, iaitu MAAKL As-Saaddalam kategori pendapatan tetap bon Islam, MAAKLMoney Market dalam kategori pasaran wang pendapatantetap dan juga MAAKL Growth dalam kategori modal/ekuitikecil.

Kumpulan yakin terhadap masa depan bahagian ini. Pada2006, MAAKL akan melancarkan beberapa dana baru danakan terus memberi tumpuan eksklusif kepada strategijangka panjang untuk membentuk ejen yang dapatmemberikan perkhidmatan dan kata nasihat kepada

pelanggan dan pada masa yang sama, menjana jualan.Sehingga Mac 2006, syarikat melancarkan dua lagi danabaru, iaitu MAAKL Dividend dan MAAKL Al-Umran.

TINJAUAN OPERASIANTARABANGSA

MAA International Assurance Ltd (“MAAIA”),bahagian insurans dan pelaburan yang bertapak diLabuan, mencatatkan pendapatan premium kasaryang lebih tinggi berjumlah RM62.1 juta (2004:RM56.9 juta), dan juga keuntungan sebelum cukaiyang lebih tinggi iaitu daripada RM0.6 juta pada2004 kepada RM7.6 juta. Peningkatan dalamkeuntungan diperolehi terutamanya kerana tuntutanlebih rendah daripada perniagaan insurans semula am.

MAAIA juga merupakan syarikat pegangan pelaburan bagikepentingan antarabangsa Kumpulan, termasuk operasisedia ada di Indonesia dan Filipina dan pelaburan baru diThailand dan Sri Lanka. Di Thailand, MAAIA telahmemperolehi kepentingan 60% dalam MAAKK WealthManagement Co. Ltd (“MAAKK”) yang menyediakanperkhidmatan perancangan kewangan dan merupakanusaha sama dengan kumpulan pengedar perkhidmatankewangan terbesar Thailand. Syarikat memulakan operasipada tahun yang dilaporkan dengan menyediakan khidmatwasiat dan pelan amanah. Pada masa depan, MAAKKbercadang menceburi bidang pembrokeran insurans danpengurusan dana amanah saham.

Pada Jun 2005, Kumpulan memperolehi kepentingan 15%dalam Hatton National Bank (“HNB”) yang disenaraikan diBursa Saham Colombo. Pertama sekali, pelaburan strategikini dibuat berasaskan pelan perkembangan serantauKumpulan menerusi anak syarikat insurans tersenarai HNB,iaitu HNB Assurance Limited (syarikat insurans komposit) diSri Lanka yang mempunyai cawangan di India, khususnyasebagai pintu masuk bagi menembusi perniagaan insuranshayat, amanah saham dan pengurusan aset di India padatahun-tahun akan datang, dan keduanya, memanfaatkanpotensi keuntungan modal daripada pelaburan tersebut.

Pada amnya, dasar Kumpulan terhadap pelaburanantarabangsa berteraskan strategi 'membina kubu' danmemang diakui bahawa tempoh masa beberapa tahunmungkin diperlukan sebelum operasi tersebut memberisumbangan hasil dan keuntungan yang ketara kepadaKumpulan dari segi pengautan hasil dan keuntungan. Buattahun kedua berturut-turut, kedua-dua perniagaaninsurans di Indonesia dan Filipina menghasilkan sumbanganpositif kepada keputusan Kumpulan.

Kumpulan berbangga untuk mengumumkan bahawa anaksyarikat insurans di Indonesia, PT MAA Life Assurance,walaupun masih kecil, telah memenangi anugerah SyarikatTakaful Terbaik di Indonesia pada 2004 daripada MajelisUlama Indonesia. Pada masa yang sama di Filipina, anaksyarikat amanah saham Kumpulan, MAA Mutual LifePhilippines Inc. telah diberikan anugerah Dana Bon US$Terbaik 2004, berasaskan jumlah pulangan dana.