assignment pelaburan

23
MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam PENGENALAN Negara Malaysia pada dasarnya mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Dasar ini mudah dipengaruhi oleh perubahan suasana ekonomi antarabangsa atau negara-negara luar, terutamanya negara-negara maju. Namun begitu, ekonomi negara Malaysia tetap kukuh walaupun strukturnya berbeza mengikut tahun. Perkembangan dan kemajuan ekonomi Malaysia hari ini diasaskan dari sejarah perkembangan yang bertitik tolak dari zaman keagungan Kerajaan Melaka dan di zaman penjajahan British. Merujuk kepada Malaysia Kita (2006) (Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am), Malaysia memiliki tanah yang luas, subur dan sumber tenaga yang mencukupi. Terdapat kira-kira 32 ½ juta ekar tanah pertanian di negara ini dan hanya sepertiga sahaja yang telah dibangunkan dan dimajukan. Sabah dan Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan memiliki tanah yang luas yang masih belum diteroka sepenuhnya. Sebahagian besar dari kawasan ini amat sesuai untuk projek-projek pertanian. Selain penanaman padi yang merupakan makanan utama rakyat 75929 1

Upload: budi-bariza

Post on 14-May-2017

339 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

PENGENALAN

Negara Malaysia pada dasarnya mengamalkan dasar ekonomi terbuka.

Dasar ini mudah dipengaruhi oleh perubahan suasana ekonomi antarabangsa atau

negara-negara luar, terutamanya negara-negara maju. Namun begitu, ekonomi

negara Malaysia tetap kukuh walaupun strukturnya berbeza mengikut tahun.

Perkembangan dan kemajuan ekonomi Malaysia hari ini diasaskan dari sejarah

perkembangan yang bertitik tolak dari zaman keagungan Kerajaan Melaka dan di

zaman penjajahan British.

Merujuk kepada Malaysia Kita (2006) (Panduan dan Rujukan Untuk

Peperiksaan Am), Malaysia memiliki tanah yang luas, subur dan sumber tenaga

yang mencukupi. Terdapat kira-kira 32 ½ juta ekar tanah pertanian di negara ini dan

hanya sepertiga sahaja yang telah dibangunkan dan dimajukan. Sabah dan

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan memiliki tanah yang luas yang

masih belum diteroka sepenuhnya. Sebahagian besar dari kawasan ini amat sesuai

untuk projek-projek pertanian. Selain penanaman padi yang merupakan makanan

utama rakyat negara ini, Kerajaan Malaysia juga menggalakkan penanaman getah

dan kelapa sawit. Kedua-dua komoditi ini telah memberi kejayaan yang

menggalakkan dalam perkembangan ekonomi Malaysia. Negara ini juga menaruh

harapan yang sepenuhnya bagi memajukan projek penanaman koko secara

komersial disamping memajukan projek penanaman kelapa sawit seluas setengah

juta ekar.

759291

Page 2: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

Malaysia merupakan sebuah negara yang kemakmuran ekonominya

berasaskan sektor pertanian. Pada tahun 1975, sektor pertanian telah mencatatkan

30% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 45% daripada

pendapatan eksport. Sektor ini telah memberi peluang pekerjaan kepada 1.9 juta

rakyat. Sebagai sebuah sektor utama, sektor pertanian telah memainkan peranan

yang penting dalam pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara ini. Keluaran

sektor pertanian yang meliputi getah, kelapa sawit, kayu balak, koko, ternakan dan

perikanan telah meningkat dengan pesat sekali. Namun begitu, sektor ini telah

mencatat pertumbuhan yang berkurangan sedikit sekitar tahun 1980-an.

Pada tahun 1987, sektor pertanian yang dulunya yang menjadi tulang

belakang ekonomi negara Malaysia tidak berupaya lagi mengekalkan kedudukannya

sebagai sektor ekonomi yang utama. Satu perkembangan yang penting dalam

sektor pertanian bagi tempoh 1976-1987 ialah peningkatan yang ketara dalam

pengeluaran kelapa sawit dan koko. Proses mempelbagaikan sektor pertanian yang

bertujuan untuk mengurangkan pergantungan ke atas getah telah berjaya

memperluaskan asas sektor pertanian dan pendapatan eksport barangan hasil

daripada pengeluaran kelapa sawit, koko dan kayu balak.

Ternyata sekali bahawa pertumbuhan sektor pertanian adalah sokongan dari

hasil pengeluaran kelapa sawit, koko dan kayu balak. Pada awal tahun-tahun 1980-

an, negara Malaysia menjadi pengeksport terbesar di dunia bagi kelapa sawit. Pada

waktu yang sama, negara ini telah muncul sebagai pengeksport utama kayu balak di

759292

Page 3: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

dunia. Namun begitu, negara Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai

pengeksport utama getah asli dan juga pengeksport koko. Proses mempelbagaikan

sektor pertanian juga telah disokong oleh Dasar Pertanian Negara yang telah

dilancarkan pada 12 Januari 1984.

ULASAN

Pertanian adalah perniagaan! Sememangnya slogan tersebut yang

diilhamkan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Mohd

Yassin telah menjadi seumpama perangsang kepada kebanyakkan orang yang

terlibat di dalam bidang pertanian dan usahawantani. Sehinggakan kini, suatu

platform untuk pertanian untuk transaksi jual beli pertanian di dunia internet iaitu

Agribazaar. Dari nilai jualan pada tahun 2006 yang berjumlah hanya RM21 juta telah

melonjak naik kira-kira RM200 juta untuk tahun 2007. Satu peningkatan yang amat

memberangsangkan.

Teras utama pembangunan sektor pertanian ialah untuk menjadikan sektor

ini salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara. Untuk tujuan ini,

sebanyak 6.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor pertanian. Antara program

yang akan dilaksanakan ialah meningkatkan pengeluaran padi, menggalakkan

penanaman florikultur, herba dan rempah ratus. Bagi sub sektor perikanan,

peruntukan disediakan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan dan pengeluaran

produk industri perikanan serta membangunkan industri akuakultur di bawah 39

759293

Page 4: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

projek berimpak tinggi. Peruntukan juga disediakan untuk pembangunan industri

ternakan haiwan.

Di samping itu, beberapa sumber pertumbuhan baru dalam sektor pertanian

telah dikenal pasti untuk dimajukan, seperti projek perintis pemprosesan minyak

kelapa dara (virgin coconut oil), pengkomersilan produk nira nipah dan penternakan

baka Kambing Boer. Peruntukan juga akan disediakan bagi projek perintis

penghasilan baja organik, penanaman menggunakan teknik penggabungan

pembajaan dan pengairan serta pelaksanaan mekanisasi dan automasi untuk

pekebun kecil.

Mengulas jurnal Nilai Ekonomi Khidmat Rekreasi Taman Pertanian Malaysia

Shah Alam; Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam telah diilhamkan

oleh mantan Menteri Pertanian, Yang Berbahagia Tan Sri Sanusi Junid pada tahun

1985. Pada 24 April 1986, satu gotong royong membabitkan seramai 300 orang dari

kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya bagi membangunkan Taman

Pertanian. Taman ini telah dibuka kepada orang awam pada 15 September 1989.

Taman yang pada mulanya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah ini

kemudiannya telah ditukar namanya kepada Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri

Alam pada Ogos 1990 oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah. Objektif Penubuhan Taman Pertanian Malaysia:

Membangunkan satu kompleks berasaskan pertanian dan pelancongan

759294

Page 5: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

Menjadikan taman ini sebagai satu pusat sumber untuk orang ramai dan

petani bagi mempelajari selok belok pertanian

Sebagai sebuah universiti terbuka untuk orang ramai yang ingin menjalankan

kajian dalam bidang pertanian

Mewujudkan kemudahan pembelajaran, dan rekreasi kepada orang ramai

Menjadikan taman sebagai suatu tarikan pelancongan utama di Malaysia

Memetik ucapan Perdana Menteri, Yab Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-

2010, “Sektor pertanian disasarkan berkembang sebanyak 5 peratus. Sektor ini

akan diberi nafas baru untuk menjadi tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Kita

perlulah berfikiran progresif, dengan keyakinan kita akan berjaya mengubah

tanggapan tidak tepat bahawa pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang

mempunyai sedikit nilai ditambah serta menjana pendapatan yang rendah. Sektor

tani sesungguhnya merupakan sumber kegiatan utama ekonomi masyarakat luar

bandar. 37 peratus warga Malaysia berada di luar bandar. 7 daripada 13 buah

negeri di Malaysia mempunyai kawasan luar bandar yang luas lagi ketara.

Bumiputera merupakan golongan tertinggi dalam tahap kemiskinan pada kadar 8.3

peratus. Mereka merupakan majoriti penduduk luar bandar. 11.9 peratus kemiskinan

terdapat di luar bandar, lebih dua kali ganda kadar kemiskinan nasional. Dengan itu,

pembangunan sektor pertanian bukan hanya dapat menjana sumber pertumbuhan

baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam

negara, sekali gus memenuhi agenda membasmi kemiskinan. Dengan itu, Kerajaan

759295

Page 6: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

akan membangunkan program ‘Pertanian Baru’ dengan memberi tumpuan kepada

usaha meningkatkan nilai rantaian serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian

yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi; perladangan komersial berskala besar,

dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam

bioteknologi”.

Inisiatif akan diambil untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan serta

peluang menjana pendapatan dan kekayaan, penggunaan kaedah pertanian moden

dan teknologi secara meluas, peningkatan R&D dan inovasi, penambahbaikan

akreditasi perladangan, piawai dan kualiti produk, serta penambahbaikan

keupayaan pemasaran dan infrastruktur. Kerajaan akan menggalakkan peningkatan

penyertaan sektor swasta termasuklah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), PKS,

siswazah, usahawan tani dan tenaga kerja mahir bagi meningkatkan tahap

profesionalisme dalam sektor ini. Negara berhasrat untuk menjadi negara

pengeksport bersih bagi makanan menjelang tahun 2010.

Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, sebanyak 11.4 bilion

ringgit diperuntukkan kepada sektor pertanian. Ia merupakan peningkatan 70

peratus berbanding peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Sebahagian

besar daripadanya akan diperuntukkan bagi pembangunan prasarana berkaitan

pengairan dan saliran, R&D, peningkatan kemudahan kredit dan pelaksanaan

program pembangunan usahawan. Program penyatuan dan pemulihan tanah seluas

lebih 100,000 hektar akan dilaksanakan manakala lebih daripada 380,000 hektar

759296

Page 7: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

tanah akan ditanam semula dengan getah dan kelapa sawit. Projek utama lain

termasuklah mewujudkan 28 Taman Kekal Pengeluaran Makanan dengan kawasan

seluas hampir 2,400 hektar, Agropolis di Serdang dan Terminal Makanan Negara

(TEMAN) di Ipoh dan Kota Bharu. Kita juga akan menambah kawasan

pembangunan kelompok industri minyak sawit, lembah ternakan, lembah buah-

buahan, taman akuakultur dan taman makanan halal.

PERBINCANGAN

Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh Kerajaan meliputi

industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah bernilai 16.9 bilion

ringgit pada tahun 2005, dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru

secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini

tiada batasannya jika diusahakan dengan teliti. Sektor pertanian perlu dilihat dengan

kanta baru, dengan keyakinan baru; dibangunkan dengan azam baru, semangat

baru dan agenda baru. Menjelang tahun 2020, sektor pertanian perlu berada di

tahap kejayaan yang membantu membina imej sebuah negara maju.

Berikutan dengan itu, Program Peningkatan Pendapatan Warga FELDA

merupakan tiga daripada lima Arahan Dasar yang disarankan oleh Y.A.B Perdana

Menteri Malaysia, semasa ucapan beliau sempena Hari Peneroka pada 10 Januari

2004. Tiga arahan dasar tersebut ialah mewujudkan lebih banyak Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) berasaskan pertanian, mempelbagaikan kegiatan ekonomi

759297

Page 8: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

berasaskan industri dan perniagaan dan memastikan program Satu Wilayah Satu

Industri (SAWARI) dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai

Cara-cara Bagi Meningkatkan Pendapatan Pekebun-pekebun Kecil Komoditi Industri

(JKMPPK) pada 4 Februari 2005, FELDA telah menubuhkan secara rasmi Jabatan

Pembangunan Usahawan (JPU) pada 1 April 2005. Penubuhan jabatan ini akan

seterusnya membantu FELDA mencapai lima peranan dalam usaha meningkatkan

taraf hidup warganya. Gambaran keseluruhan fungsi JPU ialah seperti berikut:

Objektif Kumpulan FELDA :

Untuk membangunkan kawasan perladangan secara produktif  dengan

pengamalan pengurusan pertanian yang lebih berkesan seperti

759298

Page 9: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

penyenggaraan ladang yang baik, memaksimakan pengeluaran dengan kos

produksi yang rendah.

Untuk menggalakkan pembangunan sebuah komuniti  peneroka yang lebih

progresif, produktif dan berdisiplin.

Untuk membina jentera pengurusan yang cemerlang dan berdedikasi

berlandaskan 'Profesionalisme Berorientasikan Pembangunan Sosial'.

Peranan Kumpulan FELDA :

Untuk menyediakan perkhidmatan pengguna untuk syarikat-syarikat di bidang

kewangan, pembangunan sumber manusia, hal ehwal perundangan dan

audit dalaman.

Untuk menyediakan perkhidmatan pengguna untuk syarikat-syarikat di bidang

kewangan, pembangunan sumber manusia, hal ehwal perundangan dan

audit dalaman.

Untuk menyediakan dasar panduan di dalam hal ehwal pengurusan, tadbiran,

etika perniagaan, keselamatan, kesihatan serta persekitaran.

Merancang, mengenalpasti dan meluluskan cadang-cadangan

pelaburan baru yang boleh menambah nilai serta memberi sumbangan ke

atas pertumbuhan syarikat kumpulan.

Mengawasi, menyelaras serta mengulas operasi dan pencapaian syarikat

kumpulan untuk memastikan pulangan yang optimum serta nilaian kepada

pemegang-pemegang saham.

759299

Page 10: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

Untuk merancang dan mengurus program latihan yang menyeluruh untuk

meningkatkan kecekapan dan kebolehan bagi seluruh pekerja di dalam

syarikat kumpulan.

Pada 07 Julai 2008, merupakan hari bertuah bagi warga peneroka kerana

berlangsungnya sambutan Hari Peneroka 2008 dengan tema “Felda Moden”. Tema

ini menggambarkan dengan jelas kedudukan Felda sekarang bikan seperti 50 tahun

lalu yang terbabit dalam aktiviti pembangunan tanah dan pertanian sebaliknya

berkembang sebagai satu organisasi yang disegani dan mula mengintai peluang di

persada antarabangsa. Justeru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun

Razak yang di petik dalam Berita Harian mahu konsep “Felda Moden” dihayati

semua pihak dari peringkat pengurusan atasan Felda hinggalah kepada peneroka di

tanah rancangan. Beliau berkata,

“ Kita memilih konsep Felda Moden kerana gagasan ini menggambarkan

proses pemodenan perlu dilakukan bukan sahaja dari segi fizikal. Kita hendak

jadikan kampung Felda sebagai contoh kepada masyarakat luar”.

Boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia ini terdapat kawasan felda. Hatta di

Negeri Bayu juga sudah ada pembangunan insfrastruktur felda di sana. Di Kedah

sebagai contoh, Felda Lubuk Merbau muncul sebagai Felda kedua terbesar di

negara ini dengan keluasan mencecah 4,000 hektar tanah. Ianya memberi

kelebihan kepada warga Felda Lubuk Merbau merasai pelbagai pembangunan

7592910

Page 11: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

pesat yang mendatangkan manfaat kepada kira-kira 7,000 penduduknya termasuk

dalam aspek pembangunan modal insan dan infrastruktur.

Felda Lubuk Merbau yang mula dibuka sekitar 1960 menerima kemasukan

peneroka secara berperingkat pada 1968, kini muncul sebagai antara Felda moden

dilengkapi infrastruktur serbal engkap selain agresif dalam melahirkan usahawan

muda di kalangan generasi keduanya. Menerusi pembangunan keusahawanan

generasi kedua yang dirangka di Felda Lubuk Merbau ini, mengukir pelbagai

kejayaan membabitkan anak jati kelahiran tanah rancangan ini khususnya dalam

bidang perniagaan termasuk industri asas tani, ternakan, perikanan, perusahaan

dan perkhidmatan.

Memetik dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan

2006-2010 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri; dalam tempoh separuh penggal pertama Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMKe-9), kemajuan yang berterusan telah dicapai untuk meningkatkan ekonomi

dalam rantaian nilai lebih tinggi. Pertumbuhan dalam sektor pertanian disumbang

terutamanya oleh komoditi industri pertanian khususnya minyak sawit, getah dan

kayu balak serta pertumbuhan kukuh subsektor perikanan dan ternakan.

Penggunaan teknologi baru dan amalan pertanian baik telah menjadikan sektor ini

lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

7592911

Page 12: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

Kemajuan yang dicapai dalam meningkatkan produktiviti, menjana sumber

pertumbuhan baru dan memperluas pasaran baru adalah seperti berikut:-

Meneroka sumber - Peningkatan dalam pengeluaran

pertumbuhan baru Kenaf – daripada 1,163 tan metrik pada tahun

2005 kepada 4185 tan metrik pada tahun 2007

Perikanan laut dalam – daripada 221,228 tan

metrik pada tahun 2005 kepada 264,000 tan

metrik pada tahun 2007

Ikan hiasan – daripada 458 juta ekor pada tahun

2005 kepada 679 juta ekor pada tahun 2007.

Ternakan – daripada 1.7 juta tan metrik pada

tahun 2005 kepada 1.9 juta tan metrik pada tahun

2007

Rumput laut – daripada 46,000 tan metrik pada

tahun 2005 kepada 68,000 tan metrik pada tahun

2007

Herba dan rempah – daripada 7,098 tan metrik

pada tahun 2005 kepada 13,251 tan metrik pada

tahun 2007

Mengembangkan - Pelaburan dalam memproses makanan berjumlah RM 2

aktiviti pemprosesan billion

asas tani - pelaburan dalam pembuatan produk getah berjumlah

RM 918 juta

7592912

Page 13: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

- pelaburan dalam pembuatan produk getah

berjumlah RM 918 juta

- pelaburan dalam pembuatan perabot dan

kelengkapan berjumlah RM 596 juta

memperkukuh pemasaran jumlah nilai eksport komoditi pertanian mening-

dan rangkaian global kat daripada RM 37.5 billion pada tahun 2005

kepada RM 52.4 billion pada tahun 2007

jumlah nilai eksport produk asas tani meningkat

daripada RM 35.6 billion pada tahun 2005

kepaa 45.3 billion pada tahun 2007

KESIMPULAN

Akhir-akhir ini ini, kerajaan seolah-olah melupakan pentingnya sektor pertanian

pada keseluruhannya, dan nasib serta masalah pekebun kecil khasnya. Oleh itu

perkara ini perlu perbetulkan dengan memberi tumpuan yang wajar kepada sektor

asas ini, yang sebenarnya telah menyelamatkan ekonomi Malaysia ketika

kegawatan ekonomi melanda. Dalam konteks ini kerajaan perlu:

Mengutamakan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pengeluaran

makanan demi keselamatan dan kestabilan negara;

Mempertingkatkan penyelidikan pertanian, khususnya teknologi tinggi, makanan

serta kegunaan industri hasil tanaman di Malaysia;

Menggubal undang-undang demi melindungi kepelbagaian alam (biodiversity)

7592913

Page 14: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

dalam bidang pengeluaran pertanian dan perhutanan, serta mempertingkatkan

penyelidikan kegunaan industri bahan kepelbagaian alam;

Mengkaji semula rancangan-rancangan FELDA, FELCRA, RISDA, MAJUIKAN

serta badan-badan kemajuan pertanian dan perikanan lainnya untuk membaiki

pengurusan dan teknologinya demi memanfaatkan para peneroka, petani dan

nelayan;

Menyusun semula monopoli pemerintah yang menelan sumber ekonomi kerajaan

supaya menjadi badan yang lebih cekap, berkesan dan sesuai dengan pasaran;

Melaksanakan dengan tegas undang-undang pengasingan kawasan perikanan

supaya melindungi nelayan kecil daripada pencerobohan bot besar dan pukat

yang merosakkan punca perikanan tepi pantai;

Membangunkan lebih banyak tanah terbiar untuk meningkatkan pembangunan

pertanian.

RUJUKAN

Hj. Abdul Ghani Samsudin. (2005). Pembangunan Ekonomi Islam : PerspektifMalaysia. [online]

7592914

Page 15: Assignment Pelaburan

MGF2223 Pengurusan dan Analisis Pelaburan Awam

Malaysia Kita. 2006. Kuala Lumpur: International Law Book ServicesY.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (2006, Mac). Membina Tamadun

Menjulang Martabat Negara. Ucapan Perdana Menteri Semasa Membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.

Nik Suhaila Nik Muhammad. (2006, Ogos). Tuntutan Membangunkan Modal Insan; Dalam Perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Sinar Rohani, 41, 13-15. [online][http://www.islam.gov.my/pipa/dev/index.php?page=ucpnksn [2008, Jun 28]

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. (1994-1999). Kuala Lumpur: International Law Book Services

Rozita Abdul Mutalib, Fariza Romli, Mokhtafizam Mokhtar & Noor Farihah Mohd Noor. (2005). Modul MGH2113: Etika Pentadbir Awam. Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE): Universiti Utara Malaysia

Oleh

7592915