pelaburan pendidikan tinggi

Upload: anon-560015

Post on 31-May-2018

272 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    1/22

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    Jurnal Pendidikan 28 (2003) 33 - 46

    Pelaburan Pendidikan Tinggi: Analisis Perbandingan

    IPTA-IPTS di Malaysia

    ISHAK

    YUSSOF

    ABSTRAK

    Kertas ini bertujuan membandingkan pelaburan pendidikan tinggi di institusi

    pengajian tinggi awam (

    IPTA

    ) dengan institusi pengajian tinggi swasta (

    IPTS

    ).

    Tujuan perbandingan ini adalah untuk melihat sejauhmana pelaburan dalam

    IPTS

    itu berbeza berbanding dengan

    IPTA

    dari segi kos-kos yang terlibat,

    jangkaan pulangan yang diperolehi, ciri-ciri pelajar yang belajar di institusi

    berkenaandan

    persepsi mereka terhadap program pengajian yangditawarkan. Melalui perbandingan ini, isu dan masalah berkait dengan

    perkembangan pendidikan tinggi akan cuba dikenalpasti, khususnya yang

    bersabit dengan peranan

    IPTS

    . Hasil perbandingan ini penting bagi

    meningkatkan kefahaman kita tentang kepentingan peranan

    IPTS

    dalam

    perkembangan pendidikan tinggi memandangkan kajian lepas menunjukkan

    rumusan yang berbeza mengenai peranan tersebut.ABSTRACT

    This paper compares higher education investment in public universities with

    those at private higher learning institutions. The purpose of this comparison is

    to investigate to what extent investments in private higher education are dif-

    ferent compared with those in public institutions in terms of costs, expected

    returns, the characteristics of students and their perception on the degree

    programmes. Through this comparison, issues and problems related to highereducation development especially with regards to the role of private higher

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    2/22

    education shall be identified. The findings are imperative since previous stud-

    ies show contradictory conclusions regarding the role of private education

    towards higher education development.

    PENGENALAN

    Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting bagi menjana pertumbuhan

    ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing dan kualiti hidup penduduk

    sesebuah negara. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan, banyak kajian

    telah membuktikan perkara ini. Teori modal manusia dan pendekatan kadar

    pulangan umpamanya telah membuktikan bahawa pendidikan berupaya mening-

    34

    Jurnal Pendidikan 28

    katkan produktiviti dan pendapatan seseorang yang selanjutnya boleh

    mendorong kepada pertumbuhan ekonomi (Blaug 1976; Psacharoupoulos 1985;Schultz 1961). Manakala model pertumbuhan ekonomi makro juga menyebut

    tentang kepentingan pendidikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan

    ekonomi sesebuah negara (Pencavel 1991). Selain itu pendidikan juga dikatakan

    mempunyai pengaruh yang besar terhadap agihan pendapatan. Beberapa kajian

    di Malaysia juga telah membuktikan bahawa pencapaian pendidikan merupakan

    antara faktor penting yang membezakan pendapatan antara kaum dan jantina

    (Rahmah & Yussof 1995). Secara teorinya, perkembangan

    IPTSberupaya

    meningkatkan tingkat kecapaian pendidikan tinggi di samping mengurangkan

    bebanan kewangan kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.

    Bagi pelajar dan keluarga pula,

    IPTS

    menyediakan alternatif terbaik bagi

    melanjutkan pelajaran setelah gagal mendapatkan tempat dalam sektor awam.

    Namun begitu dari segi realitinya, terdapat beberapa kritikan terhadap

    IPTS

    kerana

    cirinya yang boleh menghadkan kecapaian (yang mana hanya mampu untuk

    golongan yang berpendapatan tinggi), implikasi terhadap agihan dan masalah

    kualiti.

    Ramai yang berpendapat bahawa kelebihan utama

    IPTS

    ialah berupaya

    bertindakbalas dengan cekap dan cepat ke atas sebarang perubahan yang berlakudi pasaran (Patrinos 1990; Balan 1990: 70). Mengikut pandangan ini sektor swasta

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    3/22

    berupaya untuk respon dengan baik kepada keperluan ekonomi dan masyarakat,

    dan seterusnya menawarkan jenis pendidikan yang bersesuaian. Terdapat juga

    kajian yang menunjukkan bahawa lulusan daripada

    IPTS

    memperoleh faedah

    yang lebih besar di pasaran kerja dalam bentuk kadar pengangguran yang lebih

    rendah, gaji yang lebih tinggi dan akhirnya memperoleh pendapatan yang lebih

    besar (Jimenez & Tan 1987; Patrinos 1990). Namun begitu, kajian-kajian ini juga

    mendapati

    IPTS

    lebih cenderung menawarkan kursus-kursus yang mempunyai

    pulangan persendirian yang besar berbanding pulangan kepada sosial (Tilak

    1991). Ramai yang mendakwa penyelidikan dan keperluan pendidikan yang lebihluas kurang ditekankan di kalangan

    IPTS

    . James (1986) misalnya mendapati dalam

    banyak kes

    IPTS

    hanya menawarkan kursus-kursus yang mempunyai intensiti

    modal yang rendah.

    IPTS

    hanya akan menawarkan kursus-kursus bidang profes-

    sional seperti kejuruteraan dan perubatan sekiranya keupayaan mendapat untung

    adalah tinggi (Tilak 1991: 233). Dari segi gunatenaga pula, terdapat bukti yang

    menunjukkan bahawa kadar pengangguran di kalangan graduan

    IPTS

    secara

    relatif adalah tinggi. Misalnya, kajian Arcelo dan Sanyal (1987) di Filipina

    mendapati kadar pengangguran di kalangan graduan universiti swasta adalah

    sekitar 2.8 lebih tinggi berbanding universiti awam.Rencana ini bertujuan membincangkan isu ini dengan lebih mendalam

    dengan melihat kes yang berlaku di negara Malaysia. Memandangkan salah

    satu aspek utama dalam K-ekonomi ialah pendidikan, maka adalah penting supaya

    isu berhubung dengan pelaburan dalam pendidikan tinggi dikaji, difahami dan

    diberikan cadangan penyelesaian yang sesuai demi memperkemas perkembangan

    35

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini kertas ini akan membuat analisis

    secara perbandingan beberapa aspek penting berhubung dengan pelaburan

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    4/22

    pendidikan tinggi di antara sektor awam dan swasta. Sebelum itu, kertas ini akan

    membincangkan secara ringkas perkembangan pendidikan tinggi di negara ini

    dengan memberi tumpuan khusus ke atas peranan sektor swasta.

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

    Di negara ini kepentingan pendidikan telah lama diakui dan diterapkan dalam

    agenda pembangunan negara. Secara purata kerajaan memperuntukan lebih 6

    peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK

    ) untuk melaksanakan

    program pendidikan. Nisbah ini secara relatifnya adalah tinggi jika dibandingkan

    dengan beberapa negara maju termasuk Negara Industri Baru (NIB

    ) di rantauAsia. Walaupun beberapa indikator pendidikan negara ini menunjukkan

    pencapaian yang baik, namun perkembangan pendidikan tinggi negara masih

    belum dapat menandingi negara-negara yang disebutkan tadi. Enrolmen peringkat

    tertiari negara ini adalah kurang 13 peratus sedangkan pencapaian negara-negara

    maju adalah jauh lebih tinggi. Misalnya Amerika Syarikat mencatatkan 76 peratus,

    Korea Selatan 40 peratus, Jerman 36 peratus, Jepun 31 peratus dan United King-

    dom 28 peratus. Malah Thailand dan Indonesia mencatatkan nisbah enrolmen

    pendidikan tinggi yang lebih tinggi dari negara ini, iaitu masing-masing di sekitar

    20 dan 16 peratus. Keadaaan ini lebih serius sekiranya nisbah enrolmen ini

    dibataskan kepada nisbah enrolmen pelajar peringkat universiti, iaitu di Malay-

    sia cuma sekitar kira-kira 6 peratus sahaja.

    Nisbah enrolmen yang sangat rendah ini dikatakan berpunca daripada

    keterbatasan keupayaan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan untuk

    menawarkan tempat yang secukupnya. Perangkaan terkini menunjukkan hampir

    separuh daripada calon-calon yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat

    yang lebih tinggi gagal berbuat demikian kerana tempat yang terhad. Walaupun

    peratusan pelajar yang memdapat tempat belajar di universiti menunjukkan tren

    yang semakin meningkat, jumlah keciciran masih besar. Sebahagian daripada

    mereka yang tercicir ini mungkin meneruskan pengajian mereka sama ada di luar

    negara ataupun di kolej-kolej swasta dalam negeri yang menawarkan program

    berkembar.

    Keterbatasan kecapaian pendidikan tinggi seumpama ini sudah tentulah

    tidak sejajar dengan kehendak perkembangan ekonomi semasa yang sangat

    bergantung kepada ilmu pengetahuan. Dalam era K-ekonomi, peranan pendidikan

    tinggi sudah pasti lebih mencabar dan memerlukan perancangan yang lebih teliti

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    5/22

    agar peranannya dapat diluaskan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan yang

    berpengetahuan tinggi. Oleh itu pendidikan tinggi, khususnya universiti, di

    samping berfungsi sebagai pusat intelektual perlulah juga berperanan seiring

    dengan perkembangan ekonomi negara bagi menghasilkan tenaga manusia ber-

    36

    Jurnal Pendidikan 28

    bakat tinggi sesuai dengan keperluan pembangunan ekonomi semasa dan juga

    masa hadapan. Malah dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekalipun peranan

    pendidikan tinggi adalah penting. Negara harus sentiasa bersedia dengan

    kemahiran yang diperlukan oleh pasaran (Mohd Yusof & Ishak 2000, m/s 205).

    KEPENTINGAN PERANAN PENDIDIKAN SEKTOR SWASTA

    Peningkatan kos pengajian luar negara dan keupayaan

    IPT

    awam tempatan yang

    terbatas telah menjadi pendorong utama terhadap perkembangan kolej-kolej

    swasta di negara ini. Sebahagian besar kolej-kolej ini menawarkan program ijazah

    berkembar bagi calon-calon yang gagal mendapatkan tempat diIPT

    awam tem-

    patan dan tidak mampu ke luar negara. Kewujudan kolej-kolej swasta ini mendapat

    sambutan yang sungguh menggalakkan kerana ia dapat mengurangkan kos bagi

    mendapatkan pendidikan tinggi. Yuran pengajian dan kos hidup bagi seorang

    penuntut institusi pengajian tinggi tempatan adalah dianggarkan sekitarRM

    5

    ribu setahun berbanding kosnya di luar negara antaraRM

    27 RM

    41 ribu bagi

    aliran sastera dan

    RM

    36 RM

    58 ribu bagi aliran sains (FMM

    Forum 1993; Rahmah

    & Ishak 1995). Oleh itu institusi pendidikan swasta tidak seharusnya dilihat

    sebagai saingan kepada institusi pendidikan awam, tetapi lebih merupakan seba-

    gai pelengkap kepada kemudahan pendidikan sedia ada. Trend perkembangan

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    6/22

    pendidikan pada masa kini menunjukkan peranan dan sumbangan institusi

    pendidikan swasta yang semakin penting kepada pembangunan ekonomi negara.

    Namun begitu, pertumbuhan institusi pendidikan swasta perlulah mendapat

    kawalan yang menyeluruh daripada Kementerian Pendidikan agar tidak terpesong

    jauh daripada falsafahdan matlamat pendidikan negara.

    Kerajaan telah meluluskan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

    (AIPTS

    ) untuk memberi galakan penubuhan kolej-kolej berkenaan. Pada awal

    tahun 1996 terdapat kira-kira 283 kolej swasta dengan enrolmen lebih 51 ribu

    pelajar di seluruh negara. Menjelang tahun 2000 bilangan

    IPTS

    telah meningkatkepada 564 dengan enrolmen yang mencecah 100,000 ribu pelajar. Dari satu segi

    perubahan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta telah dapat meningkatkan

    peluang bagi mendapatkan pendidikan tinggi dan menjimatkan aliran perbelanjaan

    kerajaan dalam bidang pendidikan. Ia juga secara tidak langsung dapat

    mengurangkan defisit akaun semasa negara. Sekiranya seorang pelajar Malay-

    sia yang menuntut di universiti luar negara memerlukan perbelanjaan kira-kiraRM

    50 ribu setahun, maka negara boleh menjimatkanRM

    2.8 billion setahun

    sekiranya 56 ribu pelajar yang sekarang ini menuntut di luar negara mendapatkan

    pendidikan mereka di

    IPTS

    tempatan.

    Namun begitu kawalan-kawalan tertentu perlulah dikenakan ke atas

    universiti-universiti dan kolej-kolej swasta ini kerana terdapat bukti menunjukkan

    bahawa kolej-kolej swasta berkecenderungan mewujudkan masalah agihan.Terdapat teori yang mengatakan bahawa pendidikan tinggi swasta tidak sensitif

    37

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    terhadap aspek agihan malah ia boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan

    tingkat sosio-ekonomi (Tilak 1991). Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa

    universiti awam mempunyai kesan agihan yang lebih baik berbanding universiti

    swasta khususnya dari segi memindahkan sumber-sumber dari golongan

    berpendapatan tinggi kepada golongan lain (James & Benjamin 1988). Begitu

    juga dengan kes yang berlaku di India, kajian menunjukkan bahawa sistem

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    7/22

    pendidikan swasta adalah penyumbang kepada perbezaan dalam pendapatan

    dan melebarkan jurang sosio-ekonomi di kalangan masyarakat (Dasgupta 1979).

    Di samping itu pencapaian terhadap pendidikan tinggi tidak seharusnya dibiarkan

    melebihi tahap yang diperlukan oleh pembangunan ekonomi kerana ini akan

    menyebabkan faedah yang diperolehi daripada pelaburan dalam pendidikan tinggi

    mencapai nilai negatif (Glvtsos 1990). Oleh itu governan dalam pendidikan tinggi,

    khususnya yang membabitkan sektor swasta adalah amat penting bagi menjamin

    aspek pertumbuhan dan agihan ekonomi yang berterusan pada masa hadapan.

    METODOLOGIASPEK TEORITIS

    Kebanyakan pendapat yang menyokong pendidikan tinggi swasta memberi hujah

    bahawa kolej atau universiti swasta akan mendorong persaingan di kalangan

    pembekal sektor awam dan swasta. Suasana persaingan dikatakan bolehmeningkatkan kualiti program yang ditawarkan. Namun begitu, bukti-bukti

    menunjukkan kualiti pendidikan sektor swasta sangat bergantung kepada ciri-

    ciri yang terdapat pada institusi yang menawarkan kursus itu sendiri.

    Menurut James (1986) permintaan terhadap pendidikan swasta tergadai

    disebabkan kekurangan yang berlaku dalam sektor awam, dan ia wujud dalam

    dua keadaan. Keadaan pertama disebut sebagai differentiated demand suatu

    keadaan di mana pendidikan awam tidak dapat menawarkan jenis atau pun tingkat

    kualiti pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat, misalnya pendidikan agama,pendidikan yang menggunakan bahasa selain dari bahasa kebangsaan ataupun

    pendidikan yang menekankan kepada kemahiran tertentu. Keadaan yang kedua

    disebut sebagai access demand suatu keadaan di mana pendidikan awam

    tidak dapat menawarkan kemudahan pendidikan yang mencukupi kepada

    masyarakat. Contohnya, kekurangan tempat

    IPTA

    telah menyebabkan munculnya

    universiti dan kolej swasta bagi memenuhi permintaan terhadap pendidikan tinggi

    yang berlebihan.

    Mengikut James (1986: 255-276), keadaan pertama akan mewujudkan

    institusi-institusi pendidikan swasta bersifat non-profitdan lebih berkualiti

    sifatnya. Sekiranya ini berlaku maka perkembangan pendidikan swasta dijangka

    berupaya memberi sumbangan positif ke atas kemajuan sistem pendidikan negara.

    Sebaliknya dalam keadaan yang kedua (access demand), ianya cenderung

    menghasilkan institusi-institusi pendidikan swasta yang lebih bersifatfor-profit.

    38

    Jurnal Pendidikan 28

    Ciri-ciri yang terlalu mementingkan keuntungan menyebabkan institusi-institusi

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    8/22

    pendidikan swasta ini akan cuba sedaya upaya untuk meminimumkan kos mereka

    yang akhirnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang ditawarkan.

    Bagi menilai pelaburan pendidikan, kertas ini menggunakan kaedah analisis

    kos-faedah bagi menganggar kadar pulangan dalaman yang dijangka diterima

    oleh individu yang belajar diIPTS

    berbanding individu di

    IPTA

    . Kadar pulanganSKOP

    Secara umumnya di Malaysia, institusi pendidikan tinggi dapat di kategorikan

    kepada pertama,

    IPTA

    memperolehi sebahagian besar peruntukan daripada

    kerajaan di samping mengenakan kadar yuran yang minima kepada pelajar, dan

    kedua

    IPTS

    .

    IPTS

    ini pula dapat dibahagikan kepada dua yang utama. Pertama,

    IPTS

    yang dimiliki oleh syarikat-syarikat awam / kerajaan. Institusi jenis ini

    mendapatkan sumber kewangan yang utama daripada syarikat indukdan juga

    hasil kutipan yuran pengajian. Oleh kerana institusi-institusi jenis ini dimiliki

    oleh syarikat-syarikat kerajaan, pengurusannya adalah tertakluk kepada

    peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kedua,

    IPTS

    yang dimiliki

    dan dibayai sepenuhnya oleh syarikat swasta.

    IPTS

    jenis ini lebih bergantung

    kepada yuran pengajian bagi membiayai perjalanannya dan mempunyai enrolmen

    pelajar yang paling ramai. Oleh itu fokus kertas ini lebih tertumpu kepada

    IPTS

    jenis yang kedua ini. Aspek-aspek yang menjadi asas perbandingan adalah dari

    segi kos yang terlibat, jangkaan pulang yang diperolehi dan juga persepsi pelajar

    terhadap program-program yang ditawarkan.DATA KAJIAN

    Sampel kajian terdiri daripada dua buah universiti awam (mewakiliIPTA

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    9/22

    ) dan tiga

    buah kolej swasta yang menawarkan program 3+0. Asas pemilihan

    IPTS

    3+0

    ialah supaya aspek-aspek yang berkaitan dengan kos dan faedah boleh diban-

    39

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    dingkan dengan

    IPTA

    memandangkan keseluruhan dikendalikan di peringkat

    tempatan. Tambahan lagi bukan semua kolej swasta diberikan kebenaran

    menawarkan program 3+0 ini. Setakat ini kurang 10 peratus daripada jumlah kolej

    swasta yang telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Pendidikan untuk

    menawarkan program berkenaan. Jadual 1 menunjukkan institusi-institusi yang

    terlibat dengan jumlah enrolmen pelajar masing-masing. Untuk menjaga

    kerahsiaan khususnya terhadap

    IPTS

    , tiap-tiap sampel dinamakan dengan abjad

    khusus. Untuk tujuan analisis seramai 509 orang responden telah dipilih daripada

    institusi-institusi yang terlibat (Jadual 1).

    HASIL KAJIAN

    KOS PURATA INSTITUSI

    Analisis yang dibuat ke atas kos institusi menunjukkan bahawa jumlah kos

    purata bagi mengelolakan kursus pengajian di

    IPTS

    secara umumnya adalah

    lebih rendah berbanding di

    IPTA

    . Data mengenai jumlah kos purata institusi ini

    meliputi segala perbelanjaan terhadap pengurusan, bangunan (nilai susutnilai

    atau sewa yang terlibat), gaji pensyarah dan perbelanjaan untuk kemudahan

    pengajaran. Jadual 2 menunjukkan bahawa hampir kesemua kursus pengajian di

    IPTS

    (kecuali Undang-undang) mempunyai jumlah kos purata institusi yang

    lebih rendah berbanding di

    IPTA

    .

    Ada dua tafsiran yang boleh dibuat berhubung dengan corak kos yang

    sedemikian. Pertama, sama adaIPTS

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    10/22

    lebih cekap dari segi penawaran kursus-JADUAL

    1. Institusi dan jumlah enrolmen serta responden yang terlibat dalam kajian

    Institusi

    Enrolmen pelajarPeratus daripada

    Bilangan

    1997/1998 (Jumlah

    jumlah enrolmen

    responden

    dan peratus

    peringkat nasional1

    2481

    Berdasarkan perangkaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).Sumber: Kaji selidik 1998.

    Page 8

    40

    Jurnal Pendidikan 28

    kursus tersebut berbanding

    IPTA

    , atau kedua,

    IPTS

    cuba meminimumkan kos

    operasi mereka dengan hasrat memaksimumkan untung. Oleh kerana struktur

    permintaan pendidikan tinggi di negara ini adalah bersifat access demand, sifat

    pemaksimuman untung mungkin lebih berkaitan dalam kes ini (James 1986).JUMLAH KOS INDIVIDU

    Bagi individu pelaburan pendidikan tinggi melibatkan beberapa kos seperti yuran

    pengajian, buku dan bahan pengajian, tempat tinggal dan belanja perjalanan,

    serta lain-lain perbelanjaan yang berkaitan. Jadual 3 menunjukkan perbezaan

    jumlah kos pelaburan persendirian (individu/isi rumah) yang diperlukan di antara

    pelajar diIPTA

    berbanding

    IPTS

    .JADUAL

    2. Jumlah kos purata institusi sample, 1997/1998

    (enrolmen pelajar sebagi pemberat)

    Sumber: Kaji selidik 1998.

    BidangPengajian

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    11/22

    Sosial Sains dan Sastera

    Ekonomi dan Perniagaan

    Pendidikan

    Undang-undang

    Perubatan dan PergigianKejuruteraan dan Teknologi

    Teknologi Maklumat

    Sains Tulen dan Gunaan

    Keseluruhan

    IPTA

    (

    JADUAL

    3. Perbandingan ke atas jumlah kos pelaburan bagi pelajar

    IPTA-IPTS

    (bagi satu tahun pengajian)Bidang Pengajian

    Sosial Sains dan Sastera

    Ekonomi dan Perniagaan

    Pendidikan

    Undang-undang

    Perubatan dan Pergigian

    Kejuruteraan dan Teknologi

    Teknologi Maklumat

    Sains Tulen dan Gunaan

    Keseluruhan

    Min

    IPTA

    (

    Sumber: Kaji selidik 1999.

    Page 9

    41

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    Secara keseluruhannya Jadual 3 menunjukkan bahawa jumlah kos bagi pelajar

    diIPTA

    adalah jauh lebih rendah berbanding kos yang terpaksa ditanggung oleh

    pelajar di

    IPTS

    . Perincian kos menunjukkan bahawa yuran pengajian adalah

    penyumbang utama kepada kos persendirian ini, iaitu antara 65 hingga 75 peratus

    daripada jumlah kos tersebut. Yuran pengajian yang tinggi di

    IPTS

    adalah kerana

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    12/22

    sektor swasta sangat bergantung kepada yuran pengajian sebagai sumber utama

    pembiayaan. Tambahan lagi, oleh kerana bentuk

    IPTS

    yang wujud adalah bersifat

    access demand, maka kadar yuran yang dikenakan cenderung lebih tinggi bagitujuan permaksimuman untung. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan yang

    besar ke atas keupayaan individu ataupun isi rumah, khususnya dari kalangan

    yang berpendapatan sederhana dan rendah, bagi mengikuti program pengajian

    yang ditawarkan di

    IPTS

    . Hasil kajian menunjukkan bahawa min pendapatan

    penjaga bagi pelajar di

    IPTS

    adalahRM

    2300 berbandingRM

    1700 bagi pelajar di

    IPTA

    . Trend ini menggambarkan bahawa pelajar yang mengikuti program di

    IPTS

    adalah berasal dari keluarga berpendapatan tinggi. Kekurangan pelajar dari

    keluarga berpendapatan sederhana dan rendah mungkin disebabkan oleh jumlah

    kos persendirian yang secara relatif lebih tinggi di

    IPTS

    .

    KOS PURATA INSTITUSI DAN JUMLAH KOS PERSENDIRIAN

    Perbandingan di antara kos purata institusi dengan jumlah kos persendirian

    yang terlibat boleh memberi gambaran kasar mengenai tingkat keuntungan.

    Keuntungan yang diperolehi oleh

    IPTS

    berbanding dengan

    IPTA

    . Bagi

    IPTA

    jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan keluarkan bagi menawarkan kursus

    pengajian di universiti-universiti awam disebabkan kadar yuran yang lebih rendah

    berbanding kos purata yang diperlukan terhadap seorang pelajar. Jadual 4JADUAL

    4. Perbandingan anggaran antara subsidi dan keuntunganbagi

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    13/22

    IPTA

    dan

    IPTS

    Sumber: Kaji selidik 1999.

    Bidang Pengajian

    Sosial Sains dan

    Sastera

    Ekonomi dan

    Perniagaan

    Pendidikan

    Undang-undang

    Peubatan dan Pergigian

    Kejuruteraan dan

    Teknologi

    Teknologi Maklumat

    Sains Tulen dan Gunaan

    Yuran(a)

    42

    Jurnal Pendidikan 28

    menunjukkan anggaran jumlah subsidi yang diperlukan oleh

    IPTA

    dan jumlah

    keuntungan yang diperolehi

    IPTS

    berhubung dengan pelaburan pendidikan tinggi.

    Jumlah keuntungan yang tinggi di kalangan

    IPTS

    untuk hampir kesemua

    bidang pengajian (kecuali undang-undang) menyokong model access demand

    yang dikemukakan oleh James (1986). Ini bermakna

    IPTS

    di negara ini wujud bagi

    memenuhi keperluan permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh sektor awam.

    Sekiranya ini berlaku, kualiti pendidikan yang ditawarkan olehIPTS

    munkin lebih

    rendah berbanding sektor awam kerana motif memaksimumkan untung. Data-

    data mengenai persepsi pelajar berhubung dengan program pengajian yang

    diikuti mungkin boleh menerangkan aspek ini dengan lebih jelas. Namun yang

    jelas, Jadual 5 menunjukkan bahawa kerajaan selama ini terpaksa memberi subsidi

    yang tinggi kepada

    IPTA

    untuk menawarkan program pengajian masing-masing.KADAR PULANGAN PERSENDIRIAN

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    14/22

    Perbandingan ke atas kadar pulangan persendirian pula menunjukkan bahawa

    pelajar di

    IPTS

    menerima kadar pulangan yang lebih rendah berbanding dengan

    kadar pulangan yang diterima oleh pelajarIPTA

    . Jadual 5 menunjukkan bahawa

    kadar pulangan yang diterima berdasarkan tiga anggaran pendapatan (anggaran

    responden, upah sektor awam dan upah sektor swasta) menunjukkan pelajar

    JADUA

    L 5. Perbandingan kadar pulangan persendirian berdasarkan jangkaan

    dan anggaran pendapatan sebenar bagi pelajar

    IPTA

    danIPTS

    43

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    IPTA

    memperoleh kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding pelajar

    IPTS

    bagi

    kesemua bidang pengajian yang ditawarkan.Trend ini mempunyai persamaan dengan beberapa kajian lepas yang

    mengatakan kadar pulangan graduan sektor swasta secara relatif adalah lebih

    rendah berbanding graduan sektor awam (Patrinos 1990). Ini menunjukkan bahawa

    walaupun

    IPTS

    berupaya memberikan alternatif bagi melanjutkan pendidikan

    tinggi, risiko terhadap pelaburan adalah lebih tinggi kerana kadar pulangan yang

    secara relatifnya rendah. Keadaan mungkin bertambah rumit dalam keadaan

    kemelesetan ekonomi.LATAR BELAKANG AKADEMIK PELAJAR

    Jadual 6 menunjukkan bahawa bagi semua mata pelajaran (kecuali matematik)

    pelajar

    IPTA

    mempunyai kelayakan masuk yang lebih tinggi berbanding pelajar

    di

    IPTS

    . Ini menunjukkan bahawa pelajar yang diterima masuk ke

    IPTA

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    15/22

    mempunyai

    latar belakang akademik yang lebih baik berbanding pelajar di

    IPTS

    . Trend ini

    membuktikan bahawa pelajar yang memasukiIPTS

    adalah pelajar yang gagal

    mendapat tempat di

    IPTA

    kerana mempunyai merit yang lebih rendah. Oleh kerana

    tempat yang agak terhad dalam universiti-universiti awam, pelajar-pelajar yang

    meritnya agak rendah terpaksa ke

    IPTS

    sebagai alternatif bagi melanjutkan

    pendidikan tinggi mereka. Senario ini adalah selari dengan model access demand

    yang diutarakan oleh James (1986). Dalam kes access demandkualiti pelajar

    yang dimiliki oleh sektor swasta lazimnya lebih rendah berbanding sektor awam.JADUAL

    6. Perbandingan latar belakang akademik pelajar

    IPTA-IPTS

    (Ujian U Mann-Whitney)

    * Signifikan pada aras keertian 1%

    + Tidak signifikan

    44

    Jurnal Pendidikan 28

    KUALITI PROGRAM PENGAJIAN

    Bahagian ini menganalisis penilaian pelajar ke atas kualiti program pengajian

    yang mereka ikuti. Beberapa indikator mengenai aspek pengajaran, kemudahan

    pengajaran dan khidmat sokongan telah digunakan untuk tujuan perbandingan.

    Jadual 7 menunjukkan bahawa tingkat kepuasan pelajar di

    IPTA

    adalah lebih

    tinggi berbanding pelajar

    IPTS

    untuk sebahagian besar angkubah yang digunakan

    untuk tujuan perbandingan. Sekiranya tingkat kepuasan boleh dikaitkan dengan

    kualiti program yang ditawarkan, berdasarkan keputusan ujian yang dibuat dalam

    Jadual 7, bolehlah dirumuskan bahawa kualiti program pengajian di

    IPTA

    adalah

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    16/22

    lebih baik berbanding di

    IPTS

    . Keputusan ini selari dengan analisis perbandingan

    terhadap aspek-aspek sebelumnya yang jelas menunjukkan bahawa program di

    IPTA

    adalah lebih baik berbanding dengan yang terdapat di

    IPTS

    . Oleh itu model

    access demandadalah bersesuaian digunakan untuk memahami isu dan masalah

    bersabit dengan perkembangan

    IPTS

    di negara ini.JADUAL

    7. Perbandingan penilaian pelajar ke atas aspek pengajaran,

    kemudahan pengajaran dan khidmat sokongan antara

    IPTA

    dan

    IPTS

    (Ujian U Mann-Whitney)

    * Signifikan pada aras keertian 1%

    ** Signifikan pada aras keertian 5%

    Sumber: Kaji selidik 1999.

    Senarai

    Angkubah

    Pengajaran:

    Kepuasan keseluruhan*

    Kuantiti kuliah*

    Kualiti kuliah*

    Kuantiti sokongan akademik*

    Kualliti sokongan akademik**

    Kemudahan Pengajaran:

    Kemudahan Perpustakaan*

    Masa buka perpustakaan*

    Buku dan bahan perpustakaan*

    Kemudahan komputer**

    Khidmat sokongan komputer+

    Kemudahan makmal+

    Khidmat Sokongan:

    Kuantiti khidmat sokongan*

    Kualitii khidmat sokongan*

    Khidmat persatuan pelajar*

    Kemudahan persatuan pelajar+

    Aktiviti ko-kurikulum*

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    17/22

    Bimbingan kerjaya+

    Pelaburan Pendidikan Tinggi

    KESIMPULAN

    K-ekonomi memerlukan lebih ramai guna tenaga berpengetahuan tinggi dalamusaha menjana ekonomi negara masa depan. Keadaaan ini dijangka memberi

    kesan yang besar ke atas peningkatan permintaan terhadap pendidikan tinggi di

    negara ini. Berdasarkan perkembangan sistem pendidikan tinggi negara sejak

    beberapa tahun yang lalu, peningkatan dalam permintaan ini sudah tentu akan

    memberi tekanan yang lebih besar ke atas keupayaan sistem pendidikan tinggi

    awam negara. Walaupun langkah kerajaan menggalakkan penubuhan lebih

    banyak

    IPTSdijangka mengurangkan tekanan terhadap permintaan pendidikan

    tinggi di sektor awam, namun langkah ini perlulah dilaksanakan secara berhati-

    hati memandangkan terdapat beberapa isu dan masalah yang berkait rapat dengan

    sistem pendidikan tinggi swasta itu sendiri ini.

    Oleh kerana peningkatan permintaan terhadap pendidikan tinggi swasta

    adalah berpunca dari access demand, terdapat kecenderungan di kalangan

    operator-operator institusi swasta yang mengambil kesempatan memaksimumkan

    keuntungan. Hasil kajian menunjukkan kos operasian di kalangan

    IPTS

    adalah

    jauh lebih rendah berbanding

    IPTA

    . Seimbas lalu, kos operasian yang rendah ini

    mungkin membayangkan kecekapan kolej-kolej swasta ini dari segi penawaran

    kursus. Namun berdasarkan analisis ke atas angkubah-angkubah lain, terutama

    sekali dari perspektif pelajar terbabit, jelas menunjukkan terdapat beberapa

    kelemahan ketara berhubung dengan perananIPTS

    ini. Dari segi istilahnya,

    IPTS

    mungkin mencapai kecekapan teknikal sahaja, tetapi dari segi kecekapan ekonomi

    yang menyeluruh,

    IPTA

    kelihatan lebih cekap dari segi penawaran kursus.

    Kecekapan ekonomi mengambilkira buka sahaja aspek kos yang terlibat, tetapi

    juga aspek kualitidan kebajikan masyarakat seluruhnya.

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    18/22

    Hasil kajian menunjukkan bahawa individu atau isi rumah terpaksa

    menanggung kos yang tinggi untuk mengikuti pengajian di

    IPTS

    , sedangkan kos

    tersebut masih boleh dikurangkan memandangkan kos operasian yang terlibatadalah jauh lebih rendah dari itu. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan kebajikan

    pelajar yang ingin (atau mungkin terpaksa) belajar di

    IPTS

    , lebih-lebih lagi kajian

    ini juga mendapati bilangan pelajar

    IPTS

    yang mendapat bantuan kewangan

    adalah kurang 20 peratus, sedangkan di

    IPTA

    , lebih 80 peratus mendapat bantuan

    kewangan.

    Kos persendirian yang terlalu tinggi juga telah menyebabkan kadar

    pelaburan pendidikan tinggi bagi pelajar

    IPTS

    rendah dalam hampir semua bidang

    pengajian, kecuali bidang perubatan. Sekiranya masyarakat mendapat maklumat

    yang betul tentang kadar pulangan ini, ia mungkin boleh menjejaskan pernyataanmereka dalam pendidikan tinggi, dan ini seterusnya boleh memberi kesan terhadap

    perlaksanaan rancangan k-ekonomi negara. Perlaksanaan k-ekonomi juga

    mungkin boleh terjejas sekiranya mutu pengajian yang ditawarkan oleh

    IPTS

    tidak mencukupi tahap yang diinginkan. Motif untuk memaksimumkan keuntungan

    telah mendorong operator-operator

    IPTS

    ini untuk mengurangkan kos operasi

    Page 14

    46

    Jurnal Pendidikan 28

    mereka. Dari segi pendidikan, ini boleh menjejaskan mutu pengajaran seperti

    yang dibayangkan oleh tahap kepuasan responden-responden

    IPTS

    terhadap

    aspek-aspek pengajaran, kemudahan pengajaran dan khidmat sokongan yang

    secara relatifnya lebih rendah berbanding respondenIPTA

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    19/22

    .RUJUKAN

    Arcelo, A. A. & Sanyal, B. C. 1987.Employment and Career Opportunities After Gradu-

    ation: The Philippine Experience. Manila: Fund for Assistance to Private Education,

    IIEP

    .

    Balan, J. 1990. Private Universities within the Argentine Higher Educational System,

    Trends and Prospects.Higher Educational Policy 3(2): 13-17.

    Blaugh, M. 1976. The Empirical Status of Human Capital Theory: A Slightly Jaundiced

    Survey.Journal of Economic Literature 14: 827-855.

    Dasgupta, A. 1979.Income Distribution, Education and Capital Accumulation. Washing-

    ton

    DC

    : World Bank.

    FMM

    Forum. 1993. Manpower Requirements: Industrial Strategies in the Nineties.

    FMM

    Forum 93/94. Kuala Lumpur: Federation of Malaysian Manufacturers.

    Glytsos, Nicholas P. 1990. Anticipated Graduate Job Mismatches and Higher Education

    Capacity Inadequacies in Greece.Higher Education 19(4): 397-418.

    James, E. 1986. The Private Non-profit Provision of Education: A Theoretical Model

    and Application to Japan.Journal of Comparative Economics 10: 255-276.

    James, E. & Benjamin, G. 1988. Public Policy and Private education in Japan. London:

    Macmillan.

    Jimenez, E. & Tan, J. P. 1978. Selecting the Brightest for Post Secondary Education inColumbia: The Impact of Equity.Economics of Education Review 6(2): 129-135.

    Mohd Yusof & Ishak Yussof. 2000. Liberalisasi dan Pendemokrasian Pendidikan Tinggi

    dalam Konteks Pertumbuhan dan Agihan. Dlm. Md. Zhahir Kechot & Mansor

    Jusoh (pyt.),Ekonomi Malaysia: Menghadapi dan Menangani Cabaran. Bangi,

    Penerbit

    UKM

    .

    Patrinos, H. A. 1990. The Privatisation of Higher Education in Columbia, Effects on

    Quality and Equity.Higher Education 20(2): 161-173.

    Pencavel, T. 1991. Higher Education, Productivity, and Earnings: A Review.Journal of

    Economics Education 22(4): 331-359.

    Psacharopoulos, G. 1985. Returns to Education: A Further International Update and

    Implications.Journal of Human Resources 20(4): 583-604.

    Rahmah Ismail & Ishak Yussof. 1995. Pendidikan dalam Membina Ekonomi Malaysia:

    Ke Arah Sebuah Negara Industri Maju. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan

    Negara Abad Ke-21, Fakulti Pendidikan

    UKM

    , Bangi.

    Schultz, T. W. 1961. Investment in Human Capital.American Economic Review 51: 1-17.

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    20/22

    Tilak, J. B. G. 1991. The Privatisation of Higher Education. Prospects 21(2): 227-239.

    Baiknya IPTS ------------- 1. Pelajar2 melayu yg tak dapat masuk IPTA dapat meneruskan

    pengajian mereka. 2. Dapat menampung kehendak industri yg semakin meningkat. 3. Lebih

    ramai rakyat kita mempunyai kelulusan tinggi. Buruknya IPTS 1. Yuran tinggi kualiti rendah.

    IPTA yuran rendah kualiti tinggi. 2. Pensyarah IPTA berkelayakan, ada MA dan PhD. Kat

    IPTS boleh kira berapa ada MA dan PhD. Degree 70 -100% 3. Kat IPTA, R&D kuat tetapiIPTS R&D boleh katakan tak de langsung. Akibatnya 1. Graduan yang lahir tidak mempunyai

    kualiti dan standard yang sepatutnya. 2. Bila interview-jauh berbeza jika dibandingkan dengan

    IPTA atau Poli/UiTM/IKM dsb. 3. Jadi - apalah nilai sebuah sijil diploma atau degree kalau

    tak de quality ?? Ada yg mengatakan Najib kena kencing Fong Chan On. Dia dikelabui

    dengan Malaysia menjadi pusat pendidikan. Saya fikir Malaysia sesuai menjadi pusat

    pendidikan pringkat post graduate dan bukan first degree. Kita sebenarnya telalu gopoh dan

    ghairah. CADANGAN 1. Kerajaan perlu ambil alih IPTS melalui konglomerat seperti

    PROTON, PKEN, PETRONAS, MISC, MAS dan sebagainya. 2. Beri suntikan modal dan

    letak mereka yang bekelayakan menerajui IPTS bukannya mereka yang mentah dan berfikir

    untung semata-mata. 3. LAN perlu ketatkan dan perlu ada rating IPTS yang ada. taraf *, **,

    ***, ****, ****. KESIMPULAN Datuk Najib tidak boleh menafikan apa yang disebut olehPensyarah dalam UM hari ini. Apa yang datuk Najib tahu, pergilah tengok IPTS bumiputera

    yg ada sekarang - offer Dip computer sciense tapi praktikal training tak de, makmal pun PC

    klon jekk, develope system pakai PASCAL atau FOXPRO. lecturer baru graduate, sambil

    tunggu keje tempat lain. lecturer asyik tukar2 orang !!! Macamana nak memenuhi kehendak

    industri ? Hutang PTPN/MARA berpuluh ribu !!. PAS/BA perlu tindakan yang lebih konsisten

    dan berterusan. Pendidikan ada CORE BUSINESS dalam mana-mana negara. Manifesto

    PAS/BA perlu jelas dan detail - apa dasar pendididkan BA. Penerangan dasar ini hendaklah

    dimulakan dari sekarang. Kita tengok tahun 2003 !!! BERITA MALAYSIA

    -------------------------------------------------------------------------------- August 21 , 2000 16:29PM

    PENUBUHAN IPTS MEMPUNYAI BANYAK KESAN POSITIF, KATA NAJIB KUALA

    LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Orang ramai tidak harus melihat kesan penubuhan institusi

    pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada segi pembahagian kaum sahaja kerana ia sebenarnya

    mempunyai banyak kesan lain yang positif, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun

    Razak. Beliau berkata dasar menggalakkan penubuhan IPTS yang diperkenalkan semasa

    beliau menjadi Menteri Pendidikan itu telah berjaya menjimatkan beratus juta ringgit wang

    kerajaan yang sebelum ini dibelanjakan bagi menghantar pelajar mengikuti pengajian di luar

    negara. "Dasar ini juga telah membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai

    pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini," katanya pada sidang media selepas

    melancarkan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2002, di sini Isnin. Beliau mengulas

    laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik kenyataan Pensyarah Fakulti Perniagaan dan

    Perakaunan Universiti Malaya Nawi Abdullah yang mendakwa jurang perbezaan bilanganprofesional Melayu dan bukan Melayu dijangka semakin melebar pada tahun 2003 apabila

    pelajar bukan Melayu menamatkan pengajian daripada IPTS. Menurut Nawi, ketidak

    seimbangan itu wujud kerana pelajar Melayu menghadapi kesukaran melanjutkan pelajaran di

    IPTS kerana yuran yang dikenakan adalah terlalu tinggi berbanding yuran institusi pengajian

    tinggi awam (IPTA). Najib berkata semasa menerajui Kementerian Pendidikan beliau juga

    telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan IPTS di negara ini bagi

    memastikan yuran yang dikenakan mereka adalah berpatutan. Najib yang juga Naib Presiden

    Umno berkata parti itu juga telah mengemukakan beberapa saranan kepada kerajaan bagi

    membantu pelajar Bumiputera di IPTS dan IPTA termasuk meminta tabung bantuan pengajian

    sedia ada diperluaskan. Dalam perkembangan lain, Najib berkata Kementerian Pertahanan

    akan lebih berhati-hati pada masa depan dalam memberi sokongan terhadap syarikat tempatanyang ingin menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat pertahanan

  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    21/22

    asing. Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan syarikat terbabit tidak mengggunakan

    nama kementerian dan MoU itu bagi mendapatkan publisiti, sedangkan mereka tidak

    berhasrat melaksanakan perjanjian yang telah ditandatangani itu. Ditanya mengenai langkah

    terbaru kementerian bagi memastikan kejadian penculikan di Pulau Sipadan 23 April lepas

    tidak berulang, Najib berkata kementerian telah menasihati semua hotel di kawasan terpencil

    yang tidak mempunyai kemudahan komunikasi supaya menyediakan kemudahan radio VeryHigh Frequency (VHF). Katanya kemudahan radio itu akan membolehkan pengusaha hotel

    terbabit menghubungi pasukan tentera dan polis bagi mendapatkan bantuan sekiranya

    menghadapi ancaman. -- BERNAMA

    __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail

    Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To

    : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang

    dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-

    Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?="

    Pada tahun 1996, dengan tergubalnya Akta Pendidikan (yang menggantikan Akta Penalaran

    1961) dan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, kami menggangap sebagai perubahan

    yang boleh menjejaskan sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada, terutama dari segi

    perpaduan dan jati diri kebangsaan. Apa tidaknya, kewujudan IPTS yang menggunakan

    Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala di IPTA, bahasa pengantarnya adalah

    Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa pengantar di dalam Bahasa Inggeris di IPTS nampaknya

    nenidakkan kepentingan Bahasa Malaysia dan membawa implikasi yang besar khususnya dari

    segi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan bagi kelulusan dari IPTA dan IPTS di mana

    pihak swasta lebih gemar menawarkan peluang pekerjaan kepada lulusan yang boleh

    menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

    Pada tahun 1998 terdapat lebih 195 IPTS di Malaysia. Dari jumlah ini hanya 10 peratus

    dimiliki oleh kaum Bumiputera (Melayu).

    Sebanyak 250 daripada IPTS tersebut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengantar. Dari segi kemasukan hanya 5 peratus daripada pelajar di IPTS adalah pelajar

    Bumiputera. Manakala tidak sampai 0.01 peratus daripada jumlah pelajar di IPTS adalah

    daripada kaum Bumiputera keturunan Bidayuh. Ini menunjukkan betapa IPTS itu tidak

    menyumbangkan kepada peningkatan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi kaum Bumiputera

    di Malaysia. Selain itu timbul juga persolan-persoalan lain akibat dari kewujudan IPTS,misalnya kesukaran yang dialami oleh pelajar Bumiputera.

    Pelajar-pelajar Bumiputera khususnya yang datang dari luar bandar didapati sukar memahami

    kuliah dan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini akan memburukkan lagi

    keadaan ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan Bumiputera yang

    berada dan kurang berada, dan di kalangan kaum Bumiputera dn bukan Bumiputera.

    Kewujudun IPTS dilihat akan memburukkan lagi jurang perbezaan di antara kaum-kaum di

    Malaysia, malah ia juga akan mengurangkan kemungkinan pergaulan antara kaum dan

    seterusnya menyukarkan perpaduan kaum seperti yang ingin dicapai dalam WAWASAN

    2020.

    Salah satu perubahan yang ketara di dalam Dasar Pendidikan Negara ialah Pengkropratan

    http://mail.yahoo.com/http://mail.yahoo.com/
  • 8/14/2019 Pelaburan Pendidikan Tinggi

    22/22

    IPTA. Dasar kerajaan untuk mengkorporatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    Tujuan pengkorporatan IPTA ialah untuk membebaskan IPTA daripada kerenah peraturan

    birokrasi agar IPTA ditadbirkan dengan lebih cekap.

    IPTA dibenarkan mencari sumber kewangan sendiri untuk membiayai rancangan

    pembangunannya dan untuk memberi ganjaran yang lebih menarik kepada tenagaakademiknya. Dasar pengkorporatan IPTA dan kelonggaran yang dibuat oleh kerajaan dalam

    penglibatan pihak swasta dalam bidang pendidikan merupakan pendekatan baru dalam

    pendidikan di Malaysia. Dengan mengenakan yuran kemasukan dan pengajian yang tinggi di

    IPTA ramai di kalangan golongan yang kurang bernasib baik khususnya penduduk di luar

    bandar didapati tidak mampu untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka di IPTA. Jika

    cadangan pengkorporatan IPTA tidak ditangani dengan baik ia akan membawa impak yang

    negatif kepada pembangunan negara.

    Selain persoalan pongkorporatan IPTA, dasar untuk mewujudkan Sekolah Bestari (Smart

    School) juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan khususnya dari segi pelaksanaannya di

    negeri-negeri yang tidak mempunyai prasarana yang mencukupi untuk melaksanakan SekolahBestari. Di Sarawak lebih 45 peratus sekolah rendah adalah terletak di kawasan luar bandar di

    kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang terpinggir. Kebanyakan dari sekolah ini

    tidak mempunyai bekalan eletrik, kalau adapun bekalan eletrik ini diperolehi dari generator.

    Kemudahan ini didapati tidak sesuai untuk pelaksanaan Sekolah Bestari. Tetapi jika ia tidak

    dilaksanakan maka yang rugi adalah mereka yang tinggal jauh di pedalaman, bukan sahaja

    mereka ketinggalan dalam arus pembangunan perdana malah terus terpinggir dalam system

    pendidikan itu sendiri. Bagi masyarakat kaum Bidayuh di Sarawak, terdapat banyak kampung

    di Daerah Serian, kawasan Padawan, Penrissen, kawasan Serumbu, Jagoi di Bau dan Lundu

    yang masih tidak mempunyai bekalan eletrik yang mencukupi. Persoalannya bagaimanakah

    Sekolah Bestari seperti mana yang telah gembar-gemburkan pelaksanaannya akan

    dilaksanakan di kawasan tersebut.

    Keadaan sekolah khususnya sekolah rendah kebangsaan yang dahulunya ialah Mission

    Primary Schools masih lagi dalam keadaan fizikal yang amat daif, dan ada kalanya sekolah-

    sekolah jenis ini tidak mempunyai bilik darjah yang mencukupi untuk menampung bilangan

    pelajar yang semakin meningkat. Ini adalah kerana sekolah-sekolah tersebut tidak menerima

    peruntukan kewangan yang mencukupi dari Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini

    kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman yang terpinggir. Di kawasan-kawasan yang

    terpinggir, di Sarawak, kanak-kanak sekolah yang berusia lebih kurang 6 tahun dikehendaki

    tinggal di asrama di sekolah rendah. Ini adalah kerana untuk ke sekolah mereka terpaksa

    berjalan kaki hingga beberapa jam untuk sampai ke sekolah kerana tidak ada system jalanrayayang baik. Mereka terpaksa melalui jalan hutan untuk sampai ke sekolah.