akaun pelaburan bertempoh

10
T 603 26 900 900 URL bankislam.com.my facebook.com/bankislamfb Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 Akaun Pelaburan Bertempoh

Upload: vucong

Post on 31-Dec-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 1T 603 26 900 900 URL bankislam.com.my facebook.com/bankislamfb

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku TahunanBerakhir 30 September 2015

Akaun Pelaburan Bertempoh

Page 2: Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 1

Akaun Pelaburan BertempohLaporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015

1.0 Maklumat Utama Dana

1.1 Nama Produk

Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) - Di bawah Akaun Pelaburan Waheed (Wakalah) ini, pemegang akaun pelaburan, sebagai muwakkil atau prinsipal, memberikan kuasa kepada Bank sebagai wakilnya untuk menjalankan aktiviti pelaburan patuh syariah supaya mencapai pulangan tertentu yang dijangkakan daripada pelaburan tersebut.

1.2 Jenis Akaun Pelaburan

Akaun Pelaburan Tanpa Had - merujuk jenis akaun pelaburan yang pemegang akaun pelaburan memberikan mandat kepada Bank untuk membuat keputusan muktamad tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat tertentu.

1.3 Objektif Pelaburan Dana

Menjana pulangan sederhana dalam tempoh yang dipersetujui bagi pelaburan tersebut berasaskan profil risiko dasar bagi aset tersebut.

1.4 Strategi Pelaburan Dana

• Untuk memastikan pelaburan mencapaiobjektif pelaburan Dana dengan peruntukan asetnya melindungi portfolio pelaburan.

• Padamasaini,BankmelaburdalamPortfolioPembiayaan Perumahan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang stabil.

1.5 Ciri Akaun Pelaburan

Akaun Pelaburan Bertempoh. Tempoh pelaburan minimum ialah 1 hari hingga maksimum 10 tahun.

1.6 Peruntukan Aset Pelaburan

Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan sedia ada yang berprestasi baik dan menghasilkan pendapatan yang stabil.

1.7 Profil Pelabur• Pelaburyangdisasarkan:

- Pelanggan Korporat- Agensi Kerajaan- Universiti- Syarikat, Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) dan Perkongsian- Perniagaan Lain & Entiti Bukan

Perniagaan • Pelabursamaadadengantempohpelaburan

jangka pendek atau sederhana• Pelabur yang memerlukan portfolio

pelaburan patuh Syariah• Pelaburdengantoleransirisikoyangrendah• Pelabur yang inginkan pendapatan yang

stabilPara pelabur dinasihatkan supaya mengambil maklum perkara yang berikut:• Amaunprinsipalpelaburantidakdijamin• Pelaburan ini tidak dilindungi oleh

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

1.8 Prestasi Aset Sandaran Penilaian akan dijalankan setiap bulan sebagai

sebahagian daripada proses untuk menentukan pulangan kepada pelabur. Pulangan akaun pelaburan ini akan dipengaruhi oleh prestasi aset dasar. Amaun prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan pelanggan/pemegang akaun pelaburan menghadapi risiko tidak mendapat sebarang pulangan. Jika pelaburan ditebus awal, pelanggan/pemegang akaun pelaburan mungkin mengalami kerugian sebahagian atau keseluruhan jumlah prinsipal yang telah dilaburkan.

1.9 Dasar Pembayaran Keuntungan Pendapatan akan dibayar pada tarikh matang

atau apa-apa kekerapan bayaran (untuk pelabur dengan tempoh melebihi 15 bulan), seperti yang dipersetujui oleh Bank dan Pelabur (contohnya, berasaskan bulanan / suku tahunan / setengah tahunan / tahunan).

1.10 Penyata Bagi Sebarang Perubahan Tiada perubahan pada objektif, strategi, sekatan

dan had pelaburan dalam tempoh suku tahun ini.

Pemegang Akaun Pelaburan yang Dihormati,

Tahniah kerana menjadi pemegang Akaun Pelaburan Bertempoh Bank Islam, iaitu akaun pelaburan yang direka untuk memenuhi keperluan pelaburan anda. Akaun Pelaburan Bertempoh merupakan yang pertama seumpamanya yang berasaskan kontrak Wakalah, diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada bulan Jun 2015 selaras dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013).

Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Pelaburan Bertempoh yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015.

Page 3: Akaun Pelaburan Bertempoh

Bank Islam • Akaun Pelaburan Bertempoh2

3.0 Prestasi Dana

3.1 Prestasi bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015

Tempoh Saiz DanaRM’000

Pulangan Aset(ROA)

Pulangan Pelaburan(ROI)

Ogos – September 2015 168,490 4.35% Tertakluk pada Terma& Syarat

Nota:i. Tiada urus niaga dibuat dalam tempoh tawaran pelaburan pada bulan Jun dan Julai 2015.ii. Untukpenjelasanlanjut,silarujukRisalahPendedahanProduk(PDS),Terma&SyaratdanNotisPengesahan

Pelaburan.

3.2 Peruntukan Aset Portfolio Pembiayaan Perumahan

2.0 Penyata Risiko

Di Bank Islam, Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaannya dengan menetapkan selera risiko dan tahap toleransi yang konsisten dengan objektifkeseluruhanperniagaanBanksertaprofilrisikoyangdiingini.JawatankuasaRisikoLembagaPengarahyangdibantuolehBahagianPengurusanRisikomemastikanterdapatpengawasanyangberkesanterhadappembangunanstrategi, dasar, prosedur dan infrastruktur untuk menguruskan risiko Bank.

Page 4: Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 3

4.0 Pembayaran Keuntungan

4.1 Penyata Untung & Rugi

AKAUN PELABURAN WAHEEDPenyata Untung & Rugi Bagi Suku Ketiga 2015

Ogos 2015 September 2015

RM RMPendapatan 146,388 292,461

Perbelanjaan Langsung * - -

Elaun Bagi Penjejasan Pembiayaan (12,379) (23,013)

Jumlah Pendapatan RM134,009 RM269,449

ROA 4.35% 4.35%

ROITertakluk pada Terma & Syarat

Tertakluk pada Terma & Syarat

Nota:i) Pulangan Pelaburan (ROI) untuk Akaun PelaburanWaheed (Wakalah) tertakluk pada Terma & Syarat semasa

pelaburan dibuat.ii) Tiada urus niaga dibuat dalam tempoh tawaran pelaburan pada bulan Jun dan Julai 2015.

* Perbelanjaan boleh dikenal pasti, diukur, mandatori dan mesti ditanggung untuk melengkapkan aktiviti pelaburan tertentu (termasuk pembiayaan)

Page 5: Akaun Pelaburan Bertempoh

Bank Islam • Akaun Pelaburan Bertempoh4

45.5%

53.9%

0.6%

House Financing Portfolio by Contracts

Bai` `inahTawarruq

Istisna'

House financing portfolio stood atRM11.42 billion as at 30 September 2015.

Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Kontrak

Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan terdiri daripada Konsep Tawarruq yang mencakupi 53.9% daripada jumlah portfolio. Ini diikuti oleh Bai``inah dan Istisna` dengan kedua-dua kontrak masing-masing merangkumi 45.5% dan 0.6% daripada jumlah komposisi Portfolio Pembiayaan Perumahan. Sejak bulan Januari 2013, Bank telah menawarkan semua Portfolio Pembiayaan Perumahannya berdasarkan Konsep Tawarruq, manakala Portfolio Pembiayaan Perumahan berkaitan Bai``inah telah dihentikan.

Istisna`

Istisna` merupakan satu akad jual beli yang melibatkan pembuatan, penghasilan atau pembinaan aset tertentu dengan spesifikasi dan syarat tertentu yang dipersetujui antara penjual, pengilang/pemaju dan pelanggan.

Tawarruq

Tawarruq merujuk kepada urus niaga mua`malah yang melibatkan dua peringkat urus niaga. Pada peringkat pertama, urus niaga tersebut melibatkan pembelian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal sesuatu aset, dan pada peringkat kedua, pembeli kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak ketiga.

Bai` `Inah

Bai` `inah merujuk kepada kontrak yang membabitkan urus niaga jualan dan pembelian semula aset oleh penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual asset kepada pembeli secara tunai dan kemudian membelinya semula secara pembayaran tertangguh dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan secara tunai dan mematuhi keperluan khusus Bai’ Inah

4.2 Kajian Portfolio Pembiayaan Perumahan Setakat September 2015

Page 6: Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 5

40.5% 18.5%

18.2%

16.0% 6.7%

Tengah

Timur

Utara

Selatan

Malaysia Timur

House Financing Portfolio by GeographicalLocation in Malaysia

Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Lokasi di Malaysia

< 1 tahun

1 hingga 5 tahun

5 hingga 10 tahun

10 hingga 15 tahun

> 15 tahun

85.3%

8.9% 4.4%

1.3%

0.1%

House Financing Portfolio by Remaining Maturity of Facilities Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut

Baki Tempoh Matang Kemudahan

Sebanyak 40.5% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan adalah dari wilayah Tengah. Ini menunjukkan tumpuan kami terhadap kawasan maju seperti Lembah Klang yang profil pendapatannya lebih tinggi berbanding negeri lain.

Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan mempunyai tempoh matang lebih daripada 15 tahun. Ini akan memastikan kestabilan dalam aliran pendapatan kami yang dapat memberikan manfaat kepada profil pulangan pelaburan terutamanya untuk pelabur jangka panjang.

Page 7: Akaun Pelaburan Bertempoh

Bank Islam • Akaun Pelaburan Bertempoh6

40.6%

59.4%

Pakej Pembiayaan–Potongan Gaji / Pemindahan Gaji

Pembiayaan bukan pakej

Pakej pembiayaan ialah kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk kakitangan institusi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta dan syarikat tersenarai awam yang diiktiraf dan majikan yang mengadakan persetujuan dengan bank untuk membuat potongan gaji kakitangan daripada sumber gaji atau melalui pemindahan gaji untuk membayar ansuran bulanan.

Pembiayaan bukan pakej ialah kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk kakitangan institusi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta dan syarikat tersenarai awam yang diiktiraf yang tidak mengadakan persetujuan dengan bank untuk membuat potongan gaji kakitangan daripada sumber gaji untuk membayar ansuran bulanan bagi pihak kakitangan mereka.

Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Kaedah Pakej Pembiayaan

Pakej pembiayaan termasuk pelanggan yang telah memilih potongan gaji atau pemindahan gaji yang membentuk 40.6% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan setakat September 2015. Potongan gaji/pemindahan gaji dilihat sebagai sumber pembayaran yang selamat.

105 101 105 96

10,869 11,045 11,236 11,419

0.97% 0.91% 0.93% 0.84%

-0.07% -0.11% -0.09% -0.12%

-0.40%

-0.20%

0.00%

0.20%

0.40%

0.60%

0.80%

1.00%

1.20%

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

Jun Julai Ogos September

RM ju

ta

Kualiti Aset

PembiayaanTerjejas

Pembiayaan Kasar Nisbah TerjejasKasar

Nisbah TerjejasBersih

Kualiti Aset

Page 8: Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 7

5.0 Tinjauan dan Prospek Ekonomi

Persekitaran operasi dijangka menjadi semakin mencabar. Semakan semula pertumbuhan global baru-baru ini oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi 2015 dan 2016 menunjukkan permintaan luaran Malaysia dijangka mengalami perjalanan yang sukar seiring dengan aliran modal yang tidak menentu dan harga komoditi yang lebih rendah. Selain itu, pengguna juga menghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi manakala pengumuman pengurangan pekerjaan dalam industri tertentu telah menyebabkan tahap keyakinan menjadi semakin rendah. Ini dicerminkan oleh Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang susut kepada 70.2 mata pada suku ketiga, iaitu mata terendah dalam tempoh tujuh tahun.

Kenaikan paras harga umum juga agak ketara sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bulan April 2015. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia mempunyai sumber yang cukup untuk memastikanekonomikekalstabil.Sebagaicontoh,kenaikanperbelanjaanpembangunankepadaRM52biliondalam Bajet 2016 menandakan lebih banyak projek infrastruktur akan dilancarkan yang akan memberikan kesan langsung terhadap industri pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Projek ini seterusnya akan mewujudkan pemangkin yang diperlukan untuk kenaikan nilai hartanah terutamanya di kawasan perumahan yang bersebelahan dengan projek infrastruktur.

Selain itu, dasar monetari yang akomodatif akan membolehkan pengantaraan kewangan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Oleh itu, ekonomi negara dijangka mencapai pertumbuhan Keluaran DalamNegeriKasar(KDNK)sebanyak4.5%hingga5.5%pada2015,dan4.0%hingga5.0%pada2016.

6.3%

6.5%

5.6% 5.7% 5.6%

4.9%

4.7%

4.0%

4.5%

5.0%

5.5%

6.0%

6.5%

7.0%

1Q 14 2Q 14 3Q 14 4Q 14 1Q 15 2Q 15 3Q 15

Sumber: CEIC, Bank Negara Malaysia

Carta 1: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Page 9: Akaun Pelaburan Bertempoh

Bank Islam • Akaun Pelaburan Bertempoh8

6.0 Tinjauan Pasaran Hartanah

Pencapaian Keseluruhan

Berdasarkandata1H2015yangdikeluarkanolehPusatMaklumatHartaTanahNegara(NAPIC)baru-baruini,urus niaga di seluruh negara telah menurun sedikit (3%) dan harga kekal tidak berubah berbanding 1H2014. IndeksHargaRumah(HPI)menurunkepada5.9%padasukukedua2015daripada7.8%padasukusebelumnya.Secara umumnya terdapat kebimbangan tentang pasaran hartanah yang perlahan sejak lapan belas bulan yang lalu, menyebabkan pihak berkepentingan dan peserta industri mengambil tempoh yang lebih panjang dan lebih mampan terhadap pasaran pembangunan hartanah. Kestabilan sektor perumahan dan kelegaan pasaran yang amat diperlukan itu sebenarnya menekankan usaha Kerajaan untuk membendung dan menangani spekulasi hartanah kediaman.

Walau bagaimanapun, pasaran hartanah kediaman di Lembah Klang, yang mencakupi 40.5% daripada jumlah portfolio, dijangka kekal berdaya tahan dan mencatat pertumbuhan yang sederhana dan stabil dalam tempoh yang terdekat. Pengenalan pelbagai sistem transit aliran ringan di Lembah Klang menyebabkan akses menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini, dan ini menjadi faktor penyumbang utama terhadap peningkatan yang ketarabaginilaihartanahsediaadadiLembahKlang.LandasankeretaapibertingkatsepertiLaluanPUTRAdanSTARsertaKTMKomuteryangmerentasikawasanperumahanyangterkenaldandilengkapistesentransitmenjadi faktor utama bagi pasaran sekunder yang kukuh.

Salah satu strategi Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi Kuala Lumpur ialah pembangunan Greater Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia. Dalam pengumumannya baru-baru ini, bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2016 akan digerakkan ke arah mencapai matlamat tersebut menjelang 2020. Bagi 2016, sejumlah RM2.72biliontelahdiperuntukkandalambajetnya;iaitupeningkatansebanyakRM89.8jutaatau3.4%daripadabajet 2015. Turut diumumkan bahawa bajet tersebut sejajar dengan 5 perkara teras dalam pelan strategik KualaLumpur-bandarrayamilikwargakota;makmurekonomi;bandarrayaberhubung;bandarrayaekodantadbir urus cekap.

Kualiti aset Portfolio Pembiayaan Perumahan akan terus kekal berdaya tahan dengan nisbah penjejasan nilaisecarakonsistenmenurundanterusberadadibawahpurataindustri.SetakatSeptember,NisbahTerjejas Kasar (GIR) berada pada 0.84%, lebih rendah daripada 0.93% yang dicatatkan pada bulansebelumnyadandibawahpurataindustrisebanyak1.18%(Sumber:CEIC,BankNegaraMalaysia).Profiltersebut akan menghasilkan pulangan pelaburan yang konsisten memandangkan aliran pendapatan yang dijana daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan kekal stabil. Walaupun prestasi Portfolio Pembiayaan Perumahan didapati memberangsangkan, kami menjangkakan kemunculan prospek yang lebihmencabar bagi sektor hartanahmemandangkan pertumbuhan perlahan KDNK pada tahundepan berikutan ketidakpastian dalam ekonomi global serta kos sara hidup yang meningkat. Walau bagaimanapun,kamiyakin langkahyangberkaitandengangarispanduanResponsibleFinancing,yangdiperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2013, akan memastikan sektor hartanah mengalamiperalihan yang lancar berikutan kenaikan mendadak harga rumah antara 2011 hingga 2013. Selain itu, kami sentiasa berwaspada dalam menguruskan Portfolio Pembiayaan Perumahan supaya kemunculan risiko penjejasan boleh dikenal pasti dan ditangani tepat pada masanya.

Page 10: Akaun Pelaburan Bertempoh

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2015 9

Disediakan oleh:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

“LAPORAN PRESTASI DANA INI DISEDIAKAN SEMATA-MATA UNTUK MANFAAT PEMEGANG AKAUN PELABURAN DAN TIDAK BOLEH DISALIN, DIPETIK ATAU DIRUJUK SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA TANPA KEBENARAN BERTULIS BANK ISLAM TERLEBIH DAHULU. BANK ISLAM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SESIAPA SAHAJA SELAIN PIHAK YANG DIKENAL PASTI DALAM

LAPORAN PRESTASI DANA INI BAGI MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI”