landskap edisi 4/2021 pelaburan-pelaburan baharu di bawah

14
1

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

1

Page 2: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

LANDSKAP EDISI 4/2021

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan

Nasional

Page 3: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

Diterbitkan Oleh: Interdisciplinary Research and International

Strategy (IRIS) Institute Berhad

Copyright © 2021, by Interdisciplinary Research andInternational Strategy (IRIS) Institute Berhad

Penulis:Unit Penyelidik IRIS Institute

Ketua Editor:Fathiah Zulkifli

Reka bentuk kulit & Susun Atur: Wafiq Azman

No. 6-23-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A,Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi,

Taman Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan TEL: 018-2084917 EMAIL: [email protected]

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam dokumen ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS)

Institute Berhad.

www.iris.institute

Page 4: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

Isi Kandungan

Ringkasan 1Latar Belakang 2Pelaburan Luar (FDI) 3Rumusan Pelaburan Baru Malaysia (Ogos 2020 - Mac 2021)

4

Pelaburan Dalam (DDI) 6Penutup 7

Page 5: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

1

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

Landskap edisi 4/2021

Ringkasan

• Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia turun sebanyak 56% daripada RM31.7 bilion kepada RM13.9 bilion pada tahun 2020. Malaysia berisiko ketinggalan dalam persaingan serantau bagi pelaburan asing, dan menjejaskan peluang untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berikutan isu dasar dan struktur lama.

• Syarikat dari China, Nine Dragon (ND) Paper mencatatkan jumlah pelaburan asing terbesar sebanyak RM5.4 bilion melalui pelaburan di Bentong, Pahang dan Banting, Selangor.

• Syarikat pembuatan sarung tangan Hartalega Holdings Bhd akan melabur sebanyak RM7 bilion untuk membina 16 buah kilang pembuatan sarung tangan di Kota Perdana Special Border Economic Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Page 6: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

2

Latar Belakang

● Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), FDI di Malaysia turun sebanyak 56% daripada RM31.7 bilion kepada RM13.9 bilion pada tahun 20201. Laporan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perdagangan dan pembangunan pula melaporkan, penurunan FDI Malaysia pada kadar 68% merupakan kadar yang terburuk. Ekonomi negara pula menguncup sebanyak 5.6% ketika wabak COVID-19 melanda berbanding 7.4% ketika krisis ekonomi dunia 1998.

● Bank Dunia pula melaporkan, Malaysia berisiko untuk ketinggalan dalam persaingan serantau bagi pelaburan asing, dan menjejaskan peluang untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berikutan isu dasar dan struktur lama2.

● Namun begitu, walaupun kadar aliran pelaburan asing mencatatkan penurunan, terdapat beberapa senarai projek pelaburan asing yang akan atau sedang dijalankan apabila sektor ekonomi mulai pulih.

1 The Edge Market. 2 Mac 2021. “Malaysia says net FDI inflows dropped 56% in 2020 to US$3.4b.2 The Straits Times. 16 Mac 2021. “Malaysia investment slump shows need for structural reforms: World Bank”.

Page 7: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

3

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

Pelaburan Luar (FDI)Jadual 1: Senarai Projek Pelaburan Luar di Bawah Kerajaan

Perikatan Nasional daripada Ogos 2020 - Mac 2021

Projek Pelabur/Pemaju yang

terlibat

Jumlah Pelaburan

Kepentingan Projek

1) Pelaburan fasiliti pengilangan kertas di Bentong dan Banting (China)

9 Dragon Paper

ND Paper (Malaysia) Sdn Bhd - Bentong Pahang

ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn.Bhd - Banting Selangor

ND Paper Bentong (RM1.2 bilion)

ND Paper Selangor (RM4.2 bilion)

Melibatkan proses pemerolehan kilang pulpa dan kertas

Fokus kepada test liner, pelapik Kraft, kertas medium beralun, kertas dan pulpa

2) Projek peluasan saiz operasi syarikat besi di MCKIP (China)

Alliance Steel (M) Sdn Bhd

RM5 bilion

Tidak diketahui (tambahan saiz 3,000 pekerja)

3) Fasiliti pembuatan kerajang tenaga

SK Nexilis (Korea Selatan)

RM2.3 bilion

Fasiliti pembuatan kerajang tembaga menghasilkan 50,000 tan setahun

4) Teknologi getah lestari Baru

Cabot (Amerika Syarikat)

Tidak dinyatakan

Pengembangan Operasi perkilangan dan R&Duntuk produk E2C di Port Dickson

Page 8: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

4

5) Pengeluaran semikonduktor automotif

Denso Malaysia Sdn Bhd

RM160 juta

Mengeluarkan semikonduktor automotif ASIC Exposed Package (Ex-PKG) di Selangor

6) Pusat latihan sumber manusia

Sankyu (Jepun) Tidak dinyatakan

Kumpulan Sankyu, syarikat Konglomerat Jepun, Pusat Latihan di Medini Central Business District, Iskandar Puteri

7) Kilang Sensor Optik

Leuze (German) Tidak dinyatakan

Kilang sensor optik bersaiz melebihi (17,000 meter padu)

Rumusan Pelaburan Baru Malaysia (Ogos 2020 - Mac 2021)3

● Pelaburan asing terbesar dicatatkan melalui projek Fasiliti Pengilangan Kertas di Bentong dan Banting oleh syarikat Nine Dragon (ND) Paper. Projek pelaburan ini dianggarkan berjumlah RM5.4 bilion, yang mana RM1.2 bilion daripada nilai tersebut akan dilaburkan di Bentong, Pahang melalui anak syarikat ND Paper (Malaysia) Sdn Bhd - Bentong Pahang. Manakala RM4.2 bilion lagi akan dilaburkan di ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn.Bhd, Banting Selangor. Projek ini melibatkan proses pemerolehan kilang pulpa dan kertas dan memberi fokus

3 Malaysian Investment Development Authority (MIDA). N.d. In Facebook (Official Page). Retrieved March 17, 2021, from https://www.facebook.com/OfficialMIDA

Page 9: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

5

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

kepada test liner, pelapik kraft, kertas medium beralun, kertas dan pulpa4.

● Selain itu, syarikat dari China terus mencatatkan jumlah pelaburan asing paling tinggi apabila Alliance Steel (M) Sdn Bhd, syarikat besi dari China yang beroperasi di MCKIP ingin menambahkan lagi saiz operasi pembuatan dan pembekalan bernilai RM5 bilion. Syarikat tersebut berhasrat ingin menambah 3,000 staf bagi tujuan tersebut.

● Syarikat dari Korea Selatan pula, SK Nexilis, ingin membuka kilang di Malaysia dengan membangunkan fasiliti pembuatan kerajang tembaga yang mampu dihasilkan sebanyak 50,000 tan setahun. Syarikat tersebut akan melabur sebanyak RM2.3 bilion bagi tujuan tersebut5.

● Syarikat dari Jepun melalui anak syarikat Denso Malaysia Sdn Bhd pula akan melabur sebanyak RM160 juta untuk membangunkan fasiliti pembuatan semikonduktor automotif ASIC Exposed Package (Ex-PKG) di Selangor. Hal ini diikuti pula oleh Syarikat Konglomerat Jepun, Sankyu yang akan membuka pusat latihan di Medini Central Business District, Iskandar Puteri6.

● Selain itu menurut laporan MIDA, terdapat beberapa buah syarikat dari Eropah, Amerika Syarikat dan Taiwan

4 Nikkei Asia. 31 Januari 2021. “The paper queen’s gambit: Chi-na’s Nine Dragons bets on Southeast Asia (Leading manufacturer builds $4.6bn plant to overcome supply restrictions)”. 5 New Straits Times. 26 Januari 2021. “SK Nexilis to build RM2.3bil plant in Malaysia, its first overseas production base”6 Nikkei Asia.1 Ogos 2020. “Japan’s Sankyu to build logistics center on Malacca Straits”.

Page 10: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

6

akan menjadikan Malaysia sebagai hub operasi terbaru antaranya adalah, Smith and Nephew (UK), Dexcom (US), LAM Research (US), LEM (Switzerland), MusicTribe (Korea Selatan), Eppendorf (Jerman), Bosch (Jerman), B.Braun (Jerman), Wistron (Taiwan), Western Digital (US), Nippon Electric Glass (Jepun).

Pelaburan Dalam (DDI)

● Sementara itu, tidak banyak perkembangan terkini pelaburan dalam negara dicatatkan oleh syarikat tempatan. Terbaru, syarikat pembuatan sarung tangan Hartalega Holdings Bhd akan melabur sebanyak RM7 bilion untuk membina 16 buah kilang pembuatan sarung tangan di utara tanah air. Baru-baru ini, syarikat terbabit menandatangani pembelian tanah sebanyak 250 ekar di Kota Perdana Special Border Economic Zone (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Harga tanah dianggarkan bernilai RM228.7 juta. Hartalega juga menandatangani perjanjian dengan Northen Gateway Sdn Bhd untuk pembelian tanah seluas 130 ekar7.

Penutup

● Pandemik COVID-19 yang melanda negara menjejaskan aliran pelaburan asing yang masuk ke dalam negara. Krisis politik yang berpanjangan menjadi salah satu faktor pelabur-pelabur asing mula mengalihkan operasi ke beberapa negara di Asia Tenggara.

7 The Edge Markets. 10 Mac 2021. “Hartalega to invest RM7b for 16 new glove factories in Kedah”.

Page 11: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

7

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

● Syarikat-syarikat dari China kekal mendominasi pelaburan asing ke Malaysia melalui saiz pelaburan yang besar dicatatkan oleh Nine Dragon (ND) dan Alliance Steel dengan saiz pelaburan mencecah RM10.4 bilion.

● Sementara itu, syarikat-syarikat dari Jerman mula menunjukkan minat untuk melabur ke dalam Malaysia.

● Tun Dr. Mahathir dalam satu forum di “Minda Profesor Negara” menyatakan bahawa Malaysia tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada pelaburan asing syarikat-syarikat multinational, kerana negara pada hakikatnya tidak memperolehi teknologi tersebut secara sepenuhnya. Hal ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Raduan Che Rose yang mengatakan bahawa kadar transfer of technology adalah rendah dan Malaysia hanya digunakan sebagai kilang penghasilan disebabkan faktor buruh dan kos operasi yang rendah8.

8 The Edge Markets. 1 Mac 2021. “Malaysia cannot continue to depend on FDI, says Dr Mahathir”.

Page 12: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

8

Page 13: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

9

Page 14: LANDSKAP EDISI 4/2021 Pelaburan-pelaburan baharu di bawah

10