thesis; kesejahteraan subjektif peneroka

89
BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Penubuhan tanah rancangan Felda membuka satu era baru dalam pembangunan negara. Bukan sahaja merealisasikan matlamat Felda sebagai pemain global dalam industri perladangan dan muncul sebagai pengeluar minyak sawit dunia, malah lebih penting memberi 1

Upload: missumie

Post on 19-Jun-2015

970 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BAHAN INI BOLEH MENJADI SUMBER RUJUKAN KEPADA PARA PENUNTUT BIDANG SAINS KEMANUSIAAN /SOSIAL

TRANSCRIPT

Page 1: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Penubuhan tanah rancangan Felda membuka satu era baru dalam

pembangunan negara. Bukan sahaja merealisasikan matlamat Felda sebagai pemain

global dalam industri perladangan dan muncul sebagai pengeluar minyak sawit dunia,

malah lebih penting memberi ruang masyarakat miskin menikmati kehidupan lebih baik

pada masa hadapan. Kini setelah lebih 50 tahun pembukaan Felda semakin ramai

peneroka yang sudahpun meninggal dunia. Oleh itu, tugas mereka diwarisi oleh anak-

anak sebagai generasi kedua. Di samping itu, sumbangan Felda kepada negara amat

dihargai khususnya, dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Hakikatnya,

1

Page 2: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Felda bukan sahaja menyumbang dari sudut ekonomi malah, membina satu masyarakat

yang harmoni, memulihara alam sekitar dan membekalkan bahan pertanian yang amat

kita perlukan.

Pada tahun 1970, Felda mencapai satu tahap kejayaan yang amat

membanggakan. Hal ini menunjukkan bahawa rancangan pembangunan tanah memberi

impak positif kepada peneroka yang majoritinya adalah masyarakat Melayu. Dengan

bangganya boleh diinteprestasikan bahawa masyarakat Melayu boleh maju ke hadapan

dalam satu bangsa. Begitu juga dengan masyarakat Felda Jengka 9 yang majoritinya

berbangsa Melayu mampu memajukan perkampungan Felda ini sejak 1974 hingga kini.

Kemajuan yang dimaksudkan bukan semata-mata berbentuk fizikal malah bukan fizikal

juga menjadi keutamaan dalam pembangunan masyarakat Felda.

Selain itu, masyarakat Felda dikenali sebagai community as territorial unit di

mana mereka tinggal bersama – sama di sebuah kawasan yang sama, di bawah struktur

gagasan organisasi yang sama (Felda) dan setiap ahli dalam masyarakat Felda

mempunyai rasa kepunyaan (belong to sense) dalam kawasan itu. Sehubungan dengan

itu, perpaduan di tanah rancangan kelihatan lebih erat berbanding dengan kawasan luar

bandar kerana antara mereka berkongsi kehidupan secara bersama-sama dan

mempunyai ikatan semangat kekitaan yang tinggi malah, yang lebih bermakna bagi

mereka apabila kesejahteraan itu dapat dikongsi bersama-sama.

Oleh itu, komuniti Felda dikatakan agak terpisah dengan kawasan lain pada jarak

yang agak jauh. Dengan kepentingan yang sama dan cara hidup yang tidak banyak

berbeza membolehkan mereka menjalinkan hubungan antara satu sama lain dengan

begitu kerap. Keadaan ini menunjukkan mereka dalam suasana yang sering berjumpa,

2

Page 3: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

berinteraksi dalam transaksi ekonomi, kontraktual dan personal siang dan malam.

Berbeza dengan masyarakat luar Felda perbezaan kaum sudah memberi satu batasan

sempadan, belum lagi jenis pekerjaan, kawasan perumahan dan interaksi yang tidak

mendesak mereka bersua. Tegasnya, hubungan di dua kawasan ini adalah amat

berbeza dari segi hubungan kemasyarakatan.

Namun, untuk melahirkan masyarakat peneroka yang mempunyai semangat

kekitaan dan dapat mengekalkan tradisi keharmonian dalam konsep satu negeri, satu

felda dan satu keluarga bukanlah satu perkara yang mudah kerana melibatkan motivasi

diri setiap individu. Dalam situasi ini interaksi dan komunikasi dua hala adalah sangat

penting bagi mewujudkan nilai tanggungjawab antara peneroka dan pengurusan

rancangan Felda. Kesungguhan dalam memikul tanggungjawab dan pemuafakatan

masyarakat Felda dan pengurusan rancangan telah menyaksikan banyak perubahan

yang berlaku ke atas masyarakat Felda kini lebih-lebih lagi mereka dapat menikmati

kehidupan selesa dan pendapatan lumayan.

Sehubungan dengan itu, pelbagai program diperkenalkan oleh Felda untuk

kesejahteraan peneroka. Antara program yang baru diperkenalkan adalah Edible

Garden 1. Namun, langkah yang lebih penting adalah pihak pengurusan rancangan perlu

menitikberatkan pembangunan yang menyeluruh dari segi fizikal, sosial dan mental

dalam menjaga kepentingan masyarakat peneroka asal Felda sebelum memberi

kepentingan kepada generasi seterusnya.

1 .Pertanian kecil-kecilan di tanah lapang yang boleh mendatangkan hasil sebagai pendapatan tambahan.

3

Page 4: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

1.1 Penyataan Masalah

Masyarakat Felda Jengka 9 ini sudah melebihi usia 50 tahun dan keadaan ini

boleh diinteprestasikan bahawa Felda ini telah lama bertapak dan penerokanya telah

lama bermastautin di Felda ini sejak tahun 1974. Majoriti penduduk Felda adalah

berbangsa Melayu dari Semenanjung Malaysia dan bagi membentuk semangat

perpaduan antara kaum tidak dapat diwujudkan serta interaksi mereka hanya berbeza

dari segi dialek. Dalam memberi pendapat dan idea antara mereka mungkin dikatakan

terbatas atau kualitinya hampir sama berbanding dengan pencampuran pelbagai latar

belakang peneroka khususnya dari segi bangsa. Apatah lagi untuk menyahut seruan

kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum sudah tentu sukar dicapai.

Tambahan pula, kebanyakannya peneroka tidak mempunyai taraf pendidikan

yang tinggi dan sebilangannya pula langsung tidak mendapat pendedahan tentang

pendidikan. Oleh itu, pembangunan di Felda bukan berfokus semata-mata dari segi

pembangunan fizikal tetapi pembangunan bukan fizikal juga turut diberi keutamaan

sebagai salah satu keperluan dalam memberi kesejahteraan kepada masyarakat

peneroka. Kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan

kesejahteraan warga tanah rancangan Felda sebagai fokus utama dalam melaksanakan

program. Pelbagai kemudahan dan bantuan diberikan kepada peneroka seperti bantuan

pendidikan, bantuan perbelanjaan hari raya, dan kos perbelanjaan program setempat

untuk meningkatkan kesejahteraan warga Felda. Namun, umum seharusnya

berpandangan lebih jauh kerana bukan setiap tanah rancangan Felda menikmati

faedah-faedah sedemikian secara bersama-sama.

4

Page 5: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Dalam mencapai matlamat Felda Nombor 1 di Dunia, masyarakat Felda mesti

didahulukan dan dalam merancang dan membuat program pihak pengurusan rancangan

Felda mesti mengutamakan kesejahteraan peneroka. Interaksi dan komunikasi

merupakan medium perantaraan yang penting dalam pencapaian kesejahteraan

peneroka. Pengurus Felda yang prihatin akan penerokanya, sentiasa ‘turun padang’,

memberi ruang dan peluang kepada peneroka dalam hak bersuara, secara tidak

langsung masalah-masalah dan ketidakpuasan yang dihadapi dapat dikenalpasti.

Sehubungan itu, keutuhan benteng interaksi yang wujud secara tidak langsung telah

membuka ruang kepada peneroka memutuskan pendapat dan membuat keputusan

serta terlibat dalam organisasi rancangan Felda secara tidak formal seperti

Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW).

Persoalannya, Felda ini telah lama membangun dengan pelbagai kemudahan fizikal

dan bukan fizikal dan mereka juga telah menghabiskan sebahagian daripada hidup

mereka di tanah rancangan ini. Oleh itu, adakah pembangunan yang Felda telah

jalankan ini mampu memenuhi pencapaian kesejahteraan peneroka secara

menyeluruh? Adakah mereka mencapai kebahagian semata-mata? Adakah mereka

peroleh rasa sejahtera secara kuantiti sahaja? Sebaliknya, dari segi kualiti

kesejahteraan tidak dititikberatkan. Secara kronologinya, kajian yang dijalankan ini

adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah latar belakang peserta kajian?

ii. Apakah tahap kesejahteraan subjektif peserta kajian?

iii. Apakah hubungan latar belakang dengan tahap kesejahteraan peserta kajian?

5

Page 6: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

1.2 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah bagi meneliti latar belakang masyarakat peneroka di Felda

Jengka 9. Peranan peneroka di tanah rancangan Felda adalah membantu kerajaan

dalam menjayakan capaian matlamat dan objektif Dasar Ekonomi Baru di bawah Dasar

Sosial Negara. Peneroka Felda merupakan community of federal unit yang penting

dalam memantapkan pengurusan rancangan dari peringkat blok ke peringkat Felda.

Selain itu, kajian ini perlu untuk dijadikan panduan kepada orang ramai bagi memahami

kehidupan peneroka Felda secara realitinya. Peneroka Felda merupakan kelompok

komuniti yang saling berinteraksi dan berhubung, bekerjasama dan bertolak ansur, dan

mempunyai semangat kekitaan yang tinggi berbanding komuniti lain.

Kajian ini penting bagi mengenalpasti pembangunan fizikal dan bukan fizikal di

tanah rancangan Felda yang sudah lama ditubuhkan dapat memberi kesejahteraan

yang menyeluruh kepada para penerokanya. Secara umumnya, peringkat umur

peneroka ini dikatakan patut menikmati erti realiti kesejahteraan. Oleh yang demikian

hasil kajian ini dapat membantu para peneroka Felda memperbaiki dan meningkatkan

lagi tahap kesejahteraan mereka dengan cara, pengkaji merujuk bukti-bukti data ujian

statistik kajian kepada pihak pengurusan tanah rancangan Felda Jengka 9 untuk

tindakan sewajarnya seperti perancangan pembangunan yang dibuat wajar ada

pembangunan holistik dan seimbang demi pencapaian kesejahteraan.

Setiap individu mempunyai jangkaan untuk masa depannya begitu juga

peneroka Felda. Oleh itu, kajian ini dapat mengenalpasti perkara yang diperlukan oleh

mereka. Kajian ini turut membantu organisasi mengenalpasti kehendak dan keperluan

semasa para peneroka supaya dapat diberi perhatian bagi memastikan peneroka Felda

6

Page 7: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

dapat mencapai kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan. Di samping itu,

sokongan peneroka terhadap Felda juga dapat diteruskan sekiranya harapan mereka

tercapai dengan baiknya. Secara tidak langsung, pembinaan hubungan interaksi dan

komunikasi yang lebih erat dapat diwujudkan antara peneroka dan pihak pengurusan

rancangan Felda.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Am

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesejahteraan subjektif dalam

kalangan peneroka di Felda Kesumba Jengka 9, Pahang.

1.3.2 Objektif Khusus

a. Mengenalpasti latar belakang peserta kajian.

b. Mengenalpasti tahap kesejahteraan subjektif peserta kajian.

c. Menentukan hubungan latar belakang dengan tahap kesejahteraan peserta

kajian.

7

Page 8: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

1.4 Definisi dan Istilah

1.4.1 Peneroka Felda

Konseptual: Peneroka merupakan gelaran kepada peserta di tanah rancangan

Felda (www.felda.net).

Operasional: Peneroka merupakan penduduk tetap yang bermastautin di Felda

Jengka 9 sejak 1974. Mereka diberi tanah ladang tanaman kelapa

sawit seluas 10 ekar dan tempat kediaman yang telah siap dibina.

Lazimnya, peneroka adalah ketua keluarga (bapa) dan mojoritinya

terdiri daripada bangsa Melayu yang berasal dari Semenanjung

Malaysia (Sumber: Pejabat Felda Jengka 9).

1.4.2 Kesejahteraan subjektif

Konseptual: Kesejahteraan subjektif adalah bagi menerangkan bagaimana

seseorang individu menilai kehidupannya (Shergill, 2006).

Operasional: Kesejahteraan subjektif peneroka boleh dinilai berasaskan

indikator ekonomi, sosial, biologi dan psikologi dengan

menggunakan soal selidik Skala Kepuasan Hidup (Satisfaction

With Life Scale – SWLS) yang berkaitan aspek persoalan

kebahagiaan. Penilaian ini terdiri daripada lima tahap skala

(contohnya, “Saya berpuas hati dengan kehidupan saya”) di mana

pada skala 1 (sangat tidak setuju) dan pada skala 4 (sangat

setuju) (Diener, Emmons, Larsen, & Griffin, 1985).

8

Page 9: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

1.4.3 Kesejahteraan subjektif – ekonomi

Konseptual: Kesejahteraan dari segi istilah ekonomi adalah berkaitan tingkat

pendapatan. Pendapatan yang tinggi berkecenderungan

meningkatkan tahap pengunaan dan meningkatkan tahap

kesejahteraan. (Marzo, 2001).

Operasional: Perspektif peneroka terhadap kesejahteraan subjektif ekonomi.

1.4.4 Kesejahteraan subjektif – sosial

Konseptual: Sosial adalah merujuk kepada satu keadaan di mana keperluan

asas bagi sesebuah penduduk itu membolehkan mereka

berinteraksi dalam persekitaran. (Geography dictionary)

Operasional: Perspektif peneroka terhadap kesejahteraan subjektif sosial

1.4.5 Kesejahteraan subjektif – biologi

Konseptual: Untuk menilai aspek-aspek yang penting dalam kehidupan,

kesihatan yang baik merupakan aspek terpenting bagi setiap

individu. Kebahagian dan kesihatan mempunyai perkaitan yang

sangat kuat. (Larsen, 1992).

Operasional: Perspektif peneroka terhadap kesejahteraan subjektif biologi.

9

Page 10: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

1.4.6 Kesejahteraan subjektif – psikologi

Konseptual: Perasaan dalaman yang memerlukan masa bagi memerihalkan

kebahagian yang dialami adalah bermakna dan bukan mudah

untuk menerangkan sesuatu kepuasan (Pianalto, 2009 dalam

handout Happiness and the Environment: An Ecological

Conception of Well-Being, May 2)

Operasional: Perspektif peneroka terhadap kesejahteraan subjektif psikologikal.

10

Page 11: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Latar BelakangUmurTaraf pendidikanJumlah tanggungganPendapatan bulananPerbelanjaan bulanan

Angkubah Antisiden Angkubah Bersandar

1.5Kerangka Konseptual

Kesejahteraan Subjektif Peneroka Felda:EkonomiSosialBiologiPsikologi

Rajah 1.0: Kesejahteraan Subjektif dikalangan Penduduk Felda Jengka 9, Pahang

11

Page 12: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

1.6 Limitasi Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji kesejahteraan peneroka di Felda Jengka 9,

Pahang. Kajian ini hanya menekankan aspek latar belakang dan tahap kesejahteraan

subjektif. Selain itu, pengkaji menghadkan latar belakang dari segi jantina dan dan

bangsa kerana responden kajian tertumpu kepada peneroka generasi pertama (ketua

rumah) dan bukan isteri peneroka (penerokawati) dan mojoritinya penduduk peneroka

ini adalah berbangsa Melayu.

Pengkaji hanya mengambil 181 orang peneroka (mengikut jadual penentuan saiz

sampel Krejcie dan Morgan, 1970) sebagai responden kajian. Oleh itu, ketepatan kajian

ini banyak bergantung kepada kejujuran responden menjawab soalan yang

dikemukakan dan pengkaji mengandaikan bahawa setiap yang dijawab oleh responden

adalah benar dan jujur.

Selain itu, pengumpulan data adalah bergantung sepenuhnya pada borang soal

selidik kertas-pensil yang dibuat secara temuramah bersemuka kepada responden yang

buta huruf (temuramah berstruktur; menggunakan borang soal selidik) dan self

administered bagi yang celik membaca.

12

Page 13: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini menerangkan latar belakang Felda Jengka 9 dan tinjauan kajian

lepas antaranya, kesejahteraan subjektif, kesejahteraan subjektif, kesejahteraan

subjektif – ekonomi, kesejahteraan subjektif – sosial, kesejahteraan subjektif –

kesihatan, kesejahteraan subjektif – psikologi, serta kajian faktor demografi dengan

kesejahteraan subjektif.

13

Page 14: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

2.1 Latar Belakang Felda Jengka 9

Felda Kesumba Jengka 9 merupakan Felda yang terletak di sempadan Wilayah

Jengka (37 buah rancangan Felda). Felda Jengka 9 atau Felda Kesumba mula dibuka

pada tahun 1974. Jumlah penduduk peneroka di Jengka 9 adalah seramai 340 orang

(generasi pertama) dan mojoritinya berbangsa Melayu dari Semenanjung Malaysia.

Setiap peneroka Felda diberi rumah yang siap dibina dan tanah seluas 10 ekar yang

sudah ditanam kelapa sawit (Sumber: Pejabat Felda Kesumba Jengka 9).

Sebilangan umum berpendapat masyarakat Felda merupakan masyarakat

kampung traditional sebaliknya, masyarakat kampung tradisional masih dapat dibezakan

khususnya, dari segi hubungan kekeluargaan. Hal ini bermakna, jiran di sebelah rumah

mungkin adik-beradik atau bapa saudara dan demikian juga selang beberapa buah

rumah yang lain. Sebaliknya, tanah rancangan didatangi anggota dari pelbagai

kumpulan, asal keturunan dan daerah. Dan ada juga bekas tentera dari utara, pekebun

kecil dari selatan dan sebagainya2. Begitu juga dengan masyarakat di Felda Jengka 9

mereka adalah dalam status hubungan kejiranan yang majoritinya daripada kelompok

bangsa Melayu Semenanjung Malaysia.

Dari segi perpaduan di tanah rancangan kelihatan lebih erat berbanding dengan

kawasan luar kerana kehidupan yang dikongsi sama oleh mereka. Komuniti ini agak

terpisah dengan kawasan lain, dengan jarak agak jauh. Dengan kepentingan yang sama

dan cara hidup tidak banyak berbeza mereka terpaksa manjalinkan hubungan antara

satu sama lain dengan begitu kerap. Mereka berjumpa selalu, berinteraksi dalam

2 Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan

Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Utusan Malaysia, Selasa, 7 Julai 2009 - halaman 10).

14

Page 15: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

transaksi ekonomi, kontraktual dan personal siang dan malam. Berbeza dengan di luar

sana perbezaan kaum sudah memberi satu garisan, belum lagi jenis pekerjaan,

kawasan perumahan dan interaksi yang tidak mendesak mereka bersua. Ini menjadikan

hubungan dua kawasan ini amat berbeza.

Kegiatan ekonomi utama peneroka Felda adalah berasaskan sumber pertanian3.

Sumber mata pencarian bagi masyarakat peneroka Felda Kesumba Jengka 9 adalah

dengan mengutip hasil tanaman kelapa sawit pada setiap bulan sebanyak dua kali

pusingan ‘potong buah’.4 Selain itu, terdapat sebilangan peneroka di Felda Jengka 9

bekerja di daerah yang berdekatan dan di ibu kota Kuala Lumpur sebagai pegawal

keselamatan di sekolah, di bank, di tapak pembinaan perumahan dan di kilang-kilang.

Projek-projek keusahawanan juga giat dijalankan oleh peneroka di Felda ini secara

persendirian seperti tanaman cendawan dan perusahaan tauhu merupakan salah satu

sumber pendapatan tambahan bagi peneroka. Produk-produk ini dijual di pasar borong

Bandar Jengka dan di kedai runcit Jengka 9.

Dalam hubugan sosial, masyarakat Felda ini mempunyai sikap bekerjasama, dan

‘semangat blok’ yang tinggi.5 Semangat ini ketara dalam program kenduri-kendara

seperti Majlis Perkahwinan dan Program Pertandingan Taman Blok. Setiap blok

mempunyai ahli jawatan kuasa tertinggi masing-masing. Oleh itu, segala hal-hal

berkaitan kemasyarakatan setempat adalah melalui ketua blok sebelum disampaikan ke

pihak pengurusan pejabat Felda. Selain penglibatan, hubungan kemesraan juga dapat

diwujudkan antara mereka yang boleh mempengaruhi kesejahteraan peneroka Felda ini.

3 Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Pertama- RMK1 atau RMP 1966-1970)

4 Mengutip hasil kelapa sawit

5 Persatuan Ahli Blok (17 buah blok)

15

Page 16: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

2.2 Kesejahteraan Subjektif atau Subjective Well-Being

Rujukan utama bagi kesejahteraan subjektif adalah oleh Diener (1984), Diener et

al. (1999), and Kahneman, Diener, and Schwarz (1999). Kajian ke atas kesejahteraan

subjektif adalah melibatkan tiga dimensi iaitu, kepuasan hidup, kesan positif dan kesan

negatif (Diener et al., 1999). Persoalan apa yang membuatkan individu gembira dan

pada tahap mana, pengkaji memberi kepentingan dalam Kozma, Stones, and McNeil

(1991) yang merujuk kepada psikologikal individu atau kesejahteraan subjektif. Sejak

tahun 1960 pengkaji juga telah menemui persoalan apa yang membuatkan seseorang

individu gembira dan makna kegembiraan bagi setiap individu adalah unik. Setiap

individu mungkin meletakkan pendapatan satu kepentingan utama, agama, pekerjaan,

pendidikan, hubungan kekeluargaan, dan perkahwinan suatu yang menggembirakan.

Selain itu mungkin berkaitan persekitaran, umur, dan kesihatan sebagai pengaruh

utama (Fruhauf, 2000).

Seterusnya, kesejahteraan subjektif yang bermakna adalah berkaitan dengan

matlamat individu, jangkaan kehidupan dan pencapaian yang diperolehinya (Mullis,

1990). Misalnya, pengambilan dadah atau alkohol boleh mendatangkan kegembiraan

tetapi tidak boleh dinilai sebagai kesejahteraan kerana pengambilan dadah atau alkohol

memberi kualiti hidup yang rendah (Partha, 2000), maka keadaan itu menunjukkan

tingkahlaku itu tidak memberi makna baginya.

Dengan ini jelaslah kesejahteraan adalah berbeza dengan kegembiraan. Dalam

konsep utilitarian, kesejahteraan sebenar (relialiti) lebih mengutamakan kualiti

berbanding kuantiti (kegembiraan) (John, 1806 & John, 1873). Oleh itu, kekerapan

(kuantiti) dalam kegembiraan tidak boleh dikatakan seseorang itu mencapai

16

Page 17: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

kesejahteraan dalam hidupnya. Lelkes (2006), Frey dan Stutzer (2002a) memerhatikan

penilaian kesejahteraan subjektif adalah penilaian yang boleh dipercayai berdasarkan

“experienced utility” dan menggunakan data subjektif terkini.

Bagi mengkaji kesejahteraan subjektif melibatkan dua ciri-ciri penting (Diener,

1984). Pertama, kesejahteraan subjektif mesti merangkumi makna kegembiraan dan

kesakitan. Justeru, kegembiraan dan kesakitan individu boleh dihitung dan boleh diukur

bagi menilai dan menentukan tahap pencapaian kesejahteraan (Jeremy, 1748 &

Jeremy, 1832). Kedua, kesejahteraan subjektif merujuk pada pengalaman diri individu.

Menurut pakar psikologi, kesejahteraan subjektif selalunya digunakan bagi merujuk

kepada kebahagiaan (Nicole & Mariano, 2001).

Kebahagiaan yang dimaksudkan adalah penilaian (perspektif) yang membawa

kepada kehidupan yang sejahtera oleh seseorang individu dalam kehidupannya (Diener,

1996). Selain itu, kebahagian adalah penilaian cognoscitive6 dan affective7 dalam

kehidupannya (Diener & Diener, 1996). Namun, kesejahteraan subjektif adalah

menekankan kesejahteraan subjektif “real” yang boleh diketahui lebih daripada itu

(Headey and Wearing 1992: 49-52). Kozma et al. (1999,1) pula mengatakan kedudukan

manusia adalah lebih daripada emosi dan kesejahteraan psikologikal termasuk dalam

satu “sempadan kajian tentang isu kualiti hidup”.

Satu kajian di Amerika Utara mendapati bilangan orang tua pada linkungan umur

65 tahun semakin meningkat menunjukkan bahawa terdapat satu faktor dan konsep

penuaan yang baik (Knight, C., & Stones, M.J., 1999). Begitu juga Maddox (1992)

6 Objektif kepuasan hidup dalam jangka panjang (Venhoveen, 1994)

7 Pengalaman emosi harian individu (Venhoveen, 1994)

17

Page 18: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

mengatakan bahawa bilangan peningkatan umur itu menunjukkan orang tua telah

melalui kehidupan penuaan yang ke peringkat umur yang semakin tua. Penuaan yang

berjaya dapat ditakrifkan sebagai kesejahteraan psikologikal, kesihatan fizikal, dan

keupayaan dalam menyesuaikan diri (orang tua) berada pada tahap tinggi (Rowe &

Kahn, 1998). Pernyataan tersebut disokong oleh Maddox (1992) di mana beliau merujuk

isu kesejahteraan subjektif orang tua sebagai konsep “Aging Well”.

Terdapat lima kesejahteraan subjektif yang dikenalpasti penting iaitu, kesihatan

subjektif, kepuasan perumahan, kepuasan kewangan, kepuasan perkahwinan dan

kepuasan pekerjaan (Fruhauf, 2000). Ini bermaksud bagi kepuasan yang dirasai

daripada pekerjaan (penilaian subjektif), sebaliknya, jenis pekerjaan (penilaian objektif),

kepuasan perumahan lebih daripada jenis rumah dan kepuasan kesihatan individu lebih

daripada diagnosis perubatan professional (Kozma et al., 1991). Tambahan pula,

terdapat pelbagai ukuran dalam demografi, tahap aktiviti, peristiwa hidup, persekitaran

dan personaliti juga akan dikaitkan dalam kesejahteraan subjektif (Fruhauf, 2000).

Namun, kesihatan, kekayaan dan kasih sayang adalah asas kepada kebahagian

mengikut budaya masyarakat dahalu (Larson, 1978).

2.3 Indikator - Indikator Kesejahteraan

Indikator kesejahteraan subjektif merangkumi pendapatan relatif, status

kesihatan, kekuatan jaringan sosial, kegembiraan dengan rakan-rakan dan saudara-

mara, perubahan semasa dalam pendapatan, status perkahwinan atau jaringan sosial

(Frey and Stutzer 2002b).

18

Page 19: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

2.3.1 Ekonomi dan kesejahteraan subjektif

Aspek ekonomi dalam kajian ini adalah berkaitan tingkat pendapatan dan

perbelanjaan atau pengggunaan terhadap keperluan asas. Oleh itu, pendapatan

memainkan peranan penting dalam mencapai kesejahteraan individu. Bradburn dan

Caplovitz (1965) menjelaskan bahawa apabila tingkat pendapatan meningkat, tahap

kesejahteraan individu juga turut meningkat. Kozma et al. (1991) dan George (1992)

juga mendapati bahawa kepuasan kewangan adalah faktor yang paling baik dijangkakan

dalam menilai kesejahteraan.

Kebanyakkan individu beranggapan, jika mereka mencapai usia tua tahap

kepuasan kewangan akan menurun di mana jumlah pendapatan yang rendah (pencen)

menyebabkan mereka terpaksa menanggung kos perbelanjaan perubatan yang

meningkat (Kozma et al., 1991). Namun, penilaian ke atas hal ini adalah jarang

dipertikaikan. George (1992) merujuk kajian pada tahun 1960, 1970, dan 1980,

mendapati bahawa kebanyakkan orang tua meletakkan faktor kewangan pada tahap

kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan Stones and Kozma (1986) mendapati bahawa

tahap kesejahteraan pada masa dahulu dan kini adalah dikawal oleh tahap kepuasan

kewangan dimana individu yang berpuas hati dengan keadaan kewangan mereka akan

lebih gembira.

2.3.2 Sosial dan kesejahteraan subjektif

Sosial adalah berkaitan sesuatu yang menghubungkan manusia dengan

persekitaran seperti, penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dan hubungan interaksi

19

Page 20: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

dengan rakan, keluarga, atau saudara-mara. Peranan seseorang dalam komuniti awam,

keluarga, persekitaran kerja dan sebagainya akan meningkatkan identiti kesejahteraan

melalui interaksi sosial. Walaupun terdapat pelbagai jenis penglibatan sosial

menggalakkan integrasi sosial, namun kebanyakan penyelidikan lebih tertumpu pada

perkahwinan sebagai satu aspek utama dalam sokongan sosial (Umberson, Chen, Hall,

Hopkins, & Slaten, 1996).

Sebaliknya, penglibatan dalam aktiviti sosial merangkumi jaringan hubungan dan

interaksi dengan rakan, keluarga dan lain-lain. Jaringan hubungan ini boleh

mempengaruhi dan membuatkan seseorang individu melahirkan rasa kegembiraan.

Bradburn and Caplovitz (1965) menyatakan bahawa meluangkan masa dalam aktiviti

dan interaksi sosial dengan kawan karib dan ahli keluarga merupakan faktor yang paling

singnifikan dan dapat meningkatkan kesejahteraan individu. Decker (1980)

menerangkan kesejahteraan subjektif sosial mengikut teori disengagement di mana

pada umur yang semakin tua mendapati mereka semakin pasif dan kurang melibatkan

diri dalam aktiviti adalah merupakan satu perubahan yang normal dan tidak dapat

dinafikan (Decker, 1980)

Selain itu, teori disengagement menegaskan bahawa bukan semua orang tua

akan menjauhkan diri daripada masyarakat tetapi sebenarnya mereka menyatakan

bahawa tinggal di rumah adalah lebih selasa, sebaliknya mungkin mereka mendekati

“laissez-faire attitude that supports and approves of reduced activity on the part of the

older persons, and they argue that older persons usually decrease their level of activity

as they adapt to the normal changes that are part of the aging process" (Decker, 1980,

p. 138). Ringkasnya, Decker menerangkan tentang orang tua aktif lebih berpuas hati

20

Page 21: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

dengan hidupnya (Ferraro, 1997) dan lebih menunjukkan kegembiraan yang berterusan

(Clark, Long, & Schiffman, 1999).

Dalam teori sosial, penuaan merupakan teori aktiviti (Decker, 1980), di mana

lebih berpengaruh dalam kajian sosial gerontologi (McKee, Harrison, & Lee, 1999). Teori

aktiviti menerangkan bahawa aktiviti sosial adalah aktiviti bagi mencari satu kehidupan

yang bermakna pada setiap umur (Decker, 1980; McKee et al., 1999). Teori aktiviti

mempercayai aktiviti sosial sangat penting terhadap kepuasan hidup yang boleh

menentukan sama ada penuaan kita berjaya atau tidak berjaya (Decker, 1980).

Tambahan pula, satu kajian mendapati aktiviti fizikal dan sosial mempunyai

banyak kesan positif semulajadi terhadap kepuasan hidup seseorang individu (Peppers,

1976). Hal ini dapat dijelaskan, aktiviti sosial di kawasan pedalaman orang tua kulit

hitam adalah sebagai faktor pengaruh yang kritikal tentang tahap kepuasan hidup

(Wilson-Ford, 1993), walau bagaimanapun perbezaan bangsa bukanlah jangkaan teori

yang dibina. Manakala Helliwell and Putnam (2005) menjelaskan aktiviti keagamaan

menjadi penjana kepada komuniti-tahap modal sosial, yang mana secara tidak langsung

meningkatkan kesejahteraan subjektif.

Selain itu, bilangan dan kekerapan berinteraksi dengan rakan-rakan juga

mempengaruhi kegembiraan. Laporan kajian mengatakan lelaki lebih menunjukkan

tahap perasaan (positif) yang tinggi (Bradburn & Caplovitz, 1965) dan rasa dipunyai atau

feelings of belonging (Steinkamp & Kelly, 1987) berbanding individu yang tidak bergaul

dan hanya duduk dirumah dan tidak berinteraksi dengan persekitaran sosial. Tahap

kemesraan dalam aktiviti sosial adalah penting untuk mengukur kesejahteraan orang

tua. Kualiti aktiviti sosial adalah berhubung kuantiti penglibatan dalam aktiviti sosial akan

21

Page 22: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

mempengaruhi kesejahteraan (Kozma et al., 1991). Peppers (1976) mendapati

kekerapan terlibat dalam sesebuah aktiviti merupakan indikator paling kuat dalam

mengukur kepuasan hidup.

Individu yang sering terlibat dalam aktiviti kegiatan harian dirumah dan sukan

dan beriadah adalah tidak berkaitan dengan kesejahteraan (Reich, Zautra, & Hill, 1987).

Individu yang pencen dan terlibat dalam aktiviti yang diminati mempunyai skor kepuasan

hidup yang tinggi (Peppers, 1976). Kozma et al. (1991) menyatakan sekiranya individu

berkeinginan dan berkehendak sendiri untuk terlibat dalam aktiviti fizikal mereka dapat

meningkatkan kesejahteraan.

Walau bagaimanapun, sokongan sosial daripada individu lain bukan hanya

signifikan kepada kesejahteraan, sebaliknya memberi faedah secara langsung kepada

individu dari segi mengurangkan tekanan berhadapan dengan masalah dan peristiwa

seperti pendapatan rendah, hilang pekerjaan, penyakit, dan kemalangan (House et al,

1988). Menurut pendekatan penuaan, terdapat peningkatan dari segi kedudukan antara

individu dengan yang lain, dan terdapat juga satu perubahan hubungan antara individu

dengan orang lain atau hubungan masyarakatnya (Cumming & Henry, 1961). Cumming

dan Henry (1961) menyatakan bahawa orang tua sudah dijangkakan mencapai satu

perasaan yang tinggi terhadap kesejahteraan.

Struktur simbolik perspektif interaksi (Stryker & Burke, 2002; Stryker & Statham,

1985) memaparkan diri terdiri daripada pelbagai peranan yang boleh dimainkan, seperti

suami atau isteri, adik-beradik, rakan, ibu bapa, dan pekerja. Sementara itu, KampDush

dan Amato (2005) memperkenalkan hierarki peranan sebagai kedudukan tertinggi bagi

menggalakan indentiti individu diutamakan berbanding kedudukan peranan yang

22

Page 23: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

rendah. Penglibatan lebih merujuk kepada nilai individu adalah satu identiti, dengan kata

lain, ia adalah berkaitan faedah yang diperolehi daripada hubungan sosial yang

mengaitkan identiti, jika identiti menjadi buruk dipercayai mereka akan hilang dalam

perhubungan. Peranan pada tahap komitmen yang tinggi membuatkan individu merasai

dirinya banyak memberi sumbangan.

2.3.3 Kesihatan dan kesejahteraan subjektif

Dalam memerihalkan kesejahteraan subjektif dari aspek kesihatan bukan

mudah. Masalah ini menjadi isu utama dalam kalangan penyelidik untuk membahas dan

memperincikan kesejahteraan subjektif. Namun, terdapat penyelidik yang cuba untuk

membincangkan tahap kesihatan hidup dalam ukuran utilitarian (Singer, 1976, Jan

Nerveson, 1973; Bayles,1980 dan 1985).

Tanggapan terhadap umur mungkin disebabkan diri dalam kelesuan atau lemah

merupakan satu tekanan persekitaran (Rothermund & Brandtsta¨dter, 2003). Levy

(2003) menyatakan orang tua di bawah asas kesedaran stereotype negatif pada umur

tua mempunyai memori yang lemah, tulisan tangan yang buruk, kurang aktif dan

tekanan kardiovaskular yang agak tinggi berbanding orang tua yang mempunyai

stereotype positif pada umur tua.

Selain itu, penglibatan dalam aktiviti fizikal (senaman, aktiviti jasmani) dapat

memberi output yang berkesan kepada individu untuk memperolehi kesihatan yang baik

pada jangka panjang (usia tua). Penglibatan beriadah menekankan aktiviti fizikal yang

memberi kepuasan hidup orang tua (Clark et al., 1999). Peppers (1967) mendapati lelaki

23

Page 24: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

tua yang aktif dalam aktiviti fizikal mempunyai tahap kepuasan hidup yang tinggi

berbanding rakan-rakan yang duduk di rumah. Decker (1980) percaya bahawa aktiviti

menjadi faedah penting kepada kesihatan dan kesejahteraan sosial orang tua.

Individu yang berada dalam rangkaian sokongan dan bantuan orang lain

cenderung mempunyai kesihatan fizikal dan emosi yang baik, dan tahap kepuasan

hidup yang tinggi (House, Umberson, & Landis, 1988). Pernyataan tersebut

menunjukkan bukan setakat melakukan aktiviti senaman sahaja boleh mempengaruhi

tahap kesihatan individu tetapi lebih daripada jangkaan yang difikirkan.

Kesejahteraan subjektif orang tua dari aspek kesihatan dapat dilihat melalui

kekerapan ke klinik atau hospital dan jumlah kadar kematian peringkat usia tua.

Stereotypes golongan tua dipertimbangkan dalam satu strategi peningkatan diri (Filipp &

Ferring, 1989; Montepare & Lachman, 1989; Staats, 1996), keberkesanannya dapat

ditunjukkan dalam kajian kesihatan fizikal (Levy, Slade, Kunkel, & Kasl, 2002a) dan

mortaliti (Levy, Slade, & Kasl, 2002b; Maier & Smith, 1999). Selain itu, individu yang aktif

dari segi keagaamaan mempunyai kesihatan fizikal yang baik dan hidup lebih lama.

2.3.4 Psikologi dan kesejahteraan subjektif

Psikologi memerihalkan perasaan dalaman yang sukar ditafsir secara objektif

dan unik bagi setiap individu. Dalam kajian kesejahteraan psikologikal adalah merujuk

kepada kesejahteraan subjektif (KS) atau subjective well-being (SWB), lazimnya makna

kepuasan hidup boleh berubah-ubah dalam kajian empirikal8 mengikut keadaan semasa

8 Pemerhatian dan kajian

24

Page 25: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

(Diener & Lucas, 1999; Hart, 1999; Pavot & Diener, 1993). Individu yang merasai

dirinya lebih muda dan sebenarnya adalah tua mempunyai tahap kesejahteraan subjektif

yang tinggi (Barak & Stern, 1986; Logan, Ward, & Spitze, 1992; Montepare, 1996).

Walau bagaimanpun, bagi hubungan merasai dirinya tua dan sebenarnya muda adalah

tidak berkaitan (Montepare & Lachman, 1989) dengan kesejahteraan subjektif.

Lazimnya, individu pada usia tua lebih menghabiskan masa kepada tuhan

sebagai satu tindakan meningkatkan diri. Ardelt (2003) menegaskan tujuan orientasi

keagaam dalam kehidupan adalah lebih daripada extrinsik atau intrinsik. Justeru,

individu yang mempunyai kepercayaan kepada agama mempunyai kepuasan hidup

yang tinggi berbanding individu yang tidak percaya kepada agamanya (Donovan &

Halpern, 2002; Helliwell & Putnam, 2005) dan dapat mengawal tingkahlaku yang tidak

bermoral (Helliwell & Putnam, 2005).

Wilson (1967) merujuk pada kajian lepas menyatakan sosial dan penyesuaian

keluarga dan estim diri yang tinggi mempunyai perkaitan dengan kegembiraan

menyeluruh. Beliau membuat kesimpulan bahawa kegembiraan mempunyai hubungan

langsung yang baik dengan lain. Bradburn (1969) mendapati bahawa kesan positif

adalah minat terhadap sosial, kebolehsosialan dan aktiviti, di mana kesan negatif

mempunyai perasaan bimbang, kuathir, tanda-tanda psikomatik, dan neurotik. Pengkaji-

pengkaji lain menyatakan (seperti Costa & McCrae, 1980; Warr, Barter & Brownbridge,

1983) hanya extraversion sebagai kesan positif dan tiada kesan negatif. Manakala

Costa dan McCrae (1980) mengutarakan extraversion dan sikap adalah pengaruh

berkaitan kesan negatif.

25

Page 26: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Terdapat satu kajian menunjukkan sempadan dalam persekitaran fizikal menjadi

halangan bagi kemampuan orang tua berfungsi (Fange & Iwarsson, 2003; Iwarsson,

2005; Stark, 2004; Wahl, Oswald, & Zimprich, 1999; Wahl, Schilling, Oswald, & Heyl,

1999). Catherine Ward Thompson et al. (2007) menyatakan persekitaran yang

mempunyai lanskap, keindahan dan pemandangan semulajadi dan bersih, bebas

jenayah, dan ruang hijau yang baik merupakan pengaruh kuat dalam kesejahteraan

psikologikal.

2.4 Kajian faktor antara demografi dengan kesejahteraan

Kajian faktor antara demografi dan kesejahteraan subjektif oleh Diener and Oishi

(2000) dan Diener and Biswas-Diener (2000) adalah berkaitan pendapatan, Diener and

Suh (1997) berkaitan umur, Myers and Diener (1995) berkaitan agama, Diener, Suh,

Lucas, and Smith (1999) berkaitan perkahwinan , dan Diener and Lucas (1999)

berkaitan perangai atau tabiat (temparement).

Namun, Andrews & Withey (1976), Diener (1984) dan Wilson (1976) menentang

pendapat beberapa pengkaji lain bahawa pembolehubah demografi adalah tidak

berkaitan pada persepsi individu tentang kesejahteraan subjektif. Sebaliknya, faktor

demografi seperti pendapatan, pendidikan, status perkahwinan, dan konsep emosi

seperti optimisme dan estim diri merupakan beberapa faktor mengenai pengaruh

kesejahteraan subjektif (Oishi, Diener, Lucas, & Suh, 1999). Selain itu, faktor antara

agama, tempoh perkahwinan, bilangan tanggungan juga mempengaruhi hubungan

dengan kesejahteraan subjektif.

26

Page 27: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Campbell, Converse, and Rodgers (1976) meringkaskan bahawa faktor

demografi (seperti, umur, jantina, pendiddikan, status perkahwinan) adalah kurang

berkaitan dan pernyataan ini disokong dengan sisihan piawai kesejahteraan subjektif

iaitu 20 peratus. Andrews and Withey (1976) mempercayai sebanyak lapan peratus

kepuasan hidup boleh berubah dengan menggunakan pembolehubah demografi dan

Argyle (1999) menerangkan bahawa pembolehubah demografi hanya boleh mencapai

sisihan piawai sebanyak 15 peratus dalam kesejahteraan subjektif.

2.4.1 Faktor umur dengan kesejahteraan subjektif

Hubungan antara umur dan kesejahteraan subjektif adalah berasaskan hipotesis

model Kozma (Fruhauf, 2000). Filipp and Ferring (1989) mendapati tiada hubungan

subjektif pada umur dengan konsep diri dan kepuasan hidup dalam sampel German.

Fruhauf (2000) pula menjelaskan bahawa perbezaan dalam kepelbagaian angkubah

yang dikaji seperti, umur sahaja tidak signifikan sebagai indikator kesejahteraan. Kajian

awal mendapati terdapat beberapa bentuk kesejahteraan subjektif dalam angkubah

bersandar (contohnya, Bradburn, 1969; Bradburn & Caplovitz, 1965; Cantril, 1966; Shin

& Johnson, 1978, Larson, 1978) telah dikenalpasti bahawa penuaan menyebabkan

tahap kebahagiaan (kegembiraan) dan kepuasan hidup akan menurun. Hasil kajian

pada angkubah sosiodemografi seperti umur, jantina, pendapatan dan status

perkahwinan dapat menunjukkan perbezaan tahap kesejahteraan (Mroczek & Kolarz,

1998).

Kebanyakkan individu yang hidup lebih lama mempunyai kesedaran

kesejahteraan yang tinggi dan ini ada kaitan dengan umur sebagai indikator utama

kepada tahap kesejahteraan subjektif. Mroczek dan Kolarz (1998) mengatakan orang

27

Page 28: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

tua yang mengalami kemurungan mungkin disebabkan peningkatan penyakit kronik,

tahap kesihatan menurun, kehilangan pasangan dan sokongan sosial berbanding

mereka yang muda adalah lebih bahagia.

Witt, Lowe, Peek, & Curry (1980) melihat hubungan antara umur dan

kebahagiaan (kesejahteraan subjektif) adalah berubah daripada negatif kepada positif.

Pengkaji menyatakan bahawa umur boleh meningkatkan kesejahteraan (Lawton, 1989,

1996) dan menurunkan tahap kesunyiaan (Tornstam, 1990). Penuaan yang dikatkan

banyak pengalaman negatif adalah disebabkan penurunan dalam kesan positif di

kalangan kumpulan umur tua-tua (lebih 75 tahun) berbanding umur tua-muda (55

hingga 74 tahun) (Ferring & Filipp, 1995), dan juga ini adalah penurunan dalam

kebahagiaan atau kesejahteraan umur seseorang (Smith & Baltes, 1993).

Mereka yang melebihi umur 70 tahun, kajian mendapati individu ini mengalami

kemurungan atau kesedihan berbanding mereka yang lebih muda dikatakan gembira

(Bradburn & Caplovitz, 1965). Larson (1978) mengatakan peningkatan umur secara

kronologikal merupakan idea sokongan yang signifikan dan dapat digunakan dalam

kajian kesejahteraan subjektif. Beliau mendapati terdapat banyak faktor berkaitan

dengan penurunan dalam kesejahteraan subjektif pada dewasa penuaan, termasuklah

kehilangan rakan-rakan, janda atau balu, kemerosotan kesihatan, kurang beraktiviti, dan

penurunan dalam sumber kewangan. Kesejahteraan subjektif dewasa penuaan memberi

kesan negatif pada umur iaitu berkaitan kehilangan peranan dan hubungan, umur

adalah berkaitan penurunan dalam fungsi psikologikal (Westerhof & Barrett, 2005).

2.4.2 Faktor taraf perkahwinan dengan kesejahteraan subjektif

28

Page 29: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Perkahwinan (bersuami atau beristeri) memberi satu tahap kehidupan lebih tinggi

berbanding menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan atau individu-individu lain

(bujang, duda atau janda) (Nock, 1998; Waite, 1995). Sama ada individu itu berkahwin,

bujang atau janda atau duda, tahap kepentingan bagi seseorang tentang status

perkahwinan adalah mengutamakan kepuasan berkahwin. Kozma et al. (1991)

mendapati kepuasan berkahwin menunjukkan signifikan bagi kepuasan hidup

seseorang, individu yang tidak mementingkan kepuasan berkahwin dikatakan mereka

lebih mengutamakan kewangan, kesihatan, dan kepuasan perumahan.

Bradburn & Caplovitz (1965) menjelaskan bahawa individu yang tidak berkahwin

adalah tidak bahagia atau tidak gembira berbanding individu yang berkahwin dikatakan

lebih bahagia. Walau bagaimanapun, Kozma et al. (1991) menekankan bahawa apabila

pendapatan dan interaksi sosial dipengaruhi, tiada perbezaan antara kesejahteraan

dengan perkahwinan dan juga awal perkahwinan individu. Individu-individu yang telah

berkahwin mempunyai kesejahteraan yang lebih tinggi berbanding individu yang bujang,

berpisah, bercerai atau duda atau janda (Gove, Hughes, & Style, 1983; Lee, Seccombe,

& Sheehan, 1991; Ross, Mirowsky & Goldsteen, 1990; Waite, 1995)

Perkahwinan yang bahagia mempunyai kesihatan mental dan tahap

kesejahteraan yang tinggi berbanding individu yang tidak berkahwin adalah tidak

gembira (Williams, 2003 & Glenn, 1990). Gove et al. (1983) menjelaskan bahawa hidup

keseorangan adalah lebih baik berbanding hidup berpasangan merupakan anggapan di

sebalik pertimbangan dan kasih sayang. Ross (1995) juga menyatakan bahawa individu

yang tidak berpasangan menunjukkan hubungan kesedihan yang rendah berbanding

individu yang tidak gembira dalam hubungan. Manakala pasangan yang berkahwin

29

Page 30: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

mempunyai piawai (standard) kehidupan yang sangat tinggi berbanding pasangan

berkesedudukan atau individu-individu bujang (Nock, 1998; Waite, 1995).

Sebaliknya, peningkatan kesan baik daripada hubungan perkahwinan tiada

kaitan dengan faktor ekonomi (Brown, 2000; Ross et al., 1990). Malahan individu yang

berkahwin adalah lebih bahagia dan emosinya lebih stabil berbanding mereka yang

tidak berkahwin (Diener 1984, Coombs 1991 and Diener et al. 1999). Leary (1999)

menekankan bahawa estim diri adalah asas di mana individu percaya kepada orang lain

menunjukkan mereka sebagai hubungan pasangan yang ada nilai (dihargai).

Selain itu, tempoh perkahwinan juga mempengaruhi hubungan kemesraan

(Ross, 1995). Hubungan kemesraan juga menggalakan peningkatan komitmen dengan

pasangan. Komitmen yang formal dalam hubungan perkahwinan adalah memberi satu

ganjaran, sebagai penjelasan (Mastekaasa 1993, Waite and Gallagher 2000)

perkahwinan formal menggambarkan tahap komitmen yang tinggi seterusnya,

meningkatkan jangkaan kestabilan hubungan pada jangka panjang (Evans and Kelley

2002), kemudian kita boleh menjangkakan tahap kesejahteraan subjektif bagi pasangan

yang tidak berkahwin lebih rendah berbanding pasangan yang berkahwin.

Faktor tanggungan juga mempengaruhi tahap kepuasan hidup individu.

Kebanyakkan individu yang sudah mencapai saiz keluarga yang diinginkan atau sedang

memperkembangkan saiz keluarga, menunjukkan tanggungan tidak mempunyai kaitan

dalam kesejahteraan subjektif (Evans and Kelley 2002). Diener (1984) membuat

kesimpulan kebanyakkan hasil kajian yang dibuat menunjukkan perihal anak-anak

(tanggungan) memberi kesan negatif atau tidak memberi kesan terhadap kesejahteraan

subjektif. Keadaan ini mungkin disebabkan keinginan memiliki anak mengikut had yang

30

Page 31: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

dijanjikan dengan pasangan (suami isteri) telah dipatuhi atau sebaliknya.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah pengaruh hubungan positif bagi kesejahteraan dan

kesihatan mental (Horwitz, White, & Howell-White, 1996; Kim & McHenry, 2002; Waite,

1995; Williams, 2003).

2.4.3 Faktor perumahan (tempat tinggal) dengan Kesejahteraa subjektif

Kepuasan perumahan adalah lebih signifikan berbanding jenis dan kedudukan

perumahan dalam kehidupan orang tua. Larson (1978) menjelaskan bahawa objektif

bagi perumahan (ciri-ciri bangunan seperti saiz, ketinggian, dan bilangan bilik)

menunjukkan sisihan piawai yang kecil dalam skor kesejahteraan. Justeru, Kozma et al.,

(1991) pula menyatakan mengubahsuai kedudukan rumah meningkatkan kesejahteraan

dalam kalangan orang tua, kemungkinan juga dapat mengurangkan masalah

keusangan rumah.

Hasil pelbagai kajian pada impak pergerakan involuntary dalam kalangan

individu tua bergantung pada kesejahteraan mereka (Kozma et al., 1991). Apabila

individu tua menduduki rumah yang tidak pernah diubahsuai sejak awal perumahan

mereka, didapati tiada perubahan signifikan dalam kesejahteraan subjektif mereka

(Borup, 1982). Pada tahun yang sama, kajian Damon's (1982) mendedahkan tentang

pergerakan involuntary menurunkan kesejahteraan subjektif di mana tidak terdapat

pergerakan voluntary.

Merujuk pada individu pencen, Headey (1999) menjelaskan bahawa orang tua

lebih berpuas hati dengan situasi rumah mereka. Contohnya, mempunyai bilik yang

31

Page 32: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

banyak untuk anak-anak yang semakin membesar, perabot dan perkakas rumah yang

mencukupi dan keluasan ruang rumah yang selesa dengan jumlah isi rumah. Secara

individual, walau bagaimanapun, individu yang pernah menjadi penghuni sesebuah

institusi, menunjukkan tahap kepuasan perumahan yang rendah adalah berbeza dengan

pinggir bandar, bandar dan mixed participants (Kozma et al., 1991).

Menurut teori ekologikal, penuaan mempunyai perkaitan antara kediaman

(rumah) dengan kesihatan. Teori ini juga dikenali sebagai model manusia-persekitaran

yang sama dengan pendapat Kahana (1982) and Carp (1987). Kepuasan daripada

aspek kediaman adalah berdasarkan hasil penilaian sikap terhadap kualiti rumah yang

didiami (Aragones, Francescano, & Garling, 2002; Weideman & Anderson, 1985).

32

Page 33: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Dalam bab ini menerangkan reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan

pemilihan sampel, pengumpulan data, pengukuran angkubah, dan analisis data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah penyelidikan yang akan dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan

(survey). Kajian tinjauan dilakukan dengan menggunakan soal selidik kertas-pensil dan

temubual bersemuka secara individu menggunakan soalan pada borang soal selidik.

3.2 Lokasi Kajian

33

Page 34: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Penyelidikan akan dijalankan dalam kalangan penduduk peneroka asal Felda di

Jengka 9 yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Jengka Tun Razak atau Pusat

Bandar Jengka. Majoriti penduduk di Felda ini menginap di rumah reka bentuk moden di

tanah hak milik persendirian dengan pengiktirafan gran tanah.

3.3 Populasi dan Pemilihan Sampel

Populasi kajian adalah terdiri daripada peneroka asal dan ketua rumah

berbangsa Melayu (100 peratus penduduk berbangsa Melayu). Dalam pemilihan sampel

pula pengkaji menggunakan kaedah persampelan sistematik. Tujuan kaedah ini

digunakan supaya setiap unit atau subjek (responden) dalam populasi mempunyai

peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian. Dalam kaedah ini, subjek-

subjek dalam setiap n unit yang berikut dipilih sebagai responden, bermula dengan

subjek ke-n yang pertama. Kaedah persampelan ini merupakan kaedah pemilihan

sampel yang lebih mudah kerana hanya memilih responden pada gandaan yang

tertentu.

Langkah – langkah dalam kaedah persampelan sistematik iaitu mendapatkan

senarai populasi kajian di Pejabat Felda Jengka 9, menentukan saiz sampel,

menentukan nilai gandaan n dan memilih responden. Untuk lebih jelas kaedah

persampelan sistematik dapat ditunjukan seperti berikut:

a) Bilangan populasi kajian mengikut data yang diperolehi dari Pejabat Felda Jengka 9

adalah 340 orang.

34

Page 35: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

b) Dengan menggunakan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970),

saiz sampel kajian adalah seramai 181 orang.9 Pada jumlah sampel tersebut

menunjukkan kajian yang akan dijalankan adalah lebih saintifik.

c) Bagi menentukan nilai gandaan n, jumlah subjek dalam populasi perlu dibahagikan

dengan jumlah responden yang diperlukan.

Secara rumusannya,

Jumlah subjek dalam populasiJumlah responden yang diperlukan

Nilai gandaan n =

n = 340

181

n = 1.87

Angka n = 1.87 yang diperoleh perlu dibulatkan pada digit yang paling hampir, tetapi

bagi kes ini digit yang dipilih adalah lebih tinggi daripadanya iaitu 2. Angka n = 2

yang diperoleh ini dinamakan sebagai selang gandaan.

d) Langkah yang seterusnya ialah melakukan kaedah persampelan rawak, seperti

melontar sebiji anak batu ke atas sehelai kertas yang mengandungi angka 1 hingga

2. Jika batu jatuh pada angka 4, maka subjek yang keempat akan dipilih sebagai

responden pertama sampel kajian, dan seterusnya angka 6, 8, 9, 11... akan dipilih

sebagai responden – responden seterusnya, sehingga responden yang ke-181. Jika

9 Rujuk Lampiran 2

35

Page 36: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

responden yang ke-11 tidak memenuhi kategori sampel yang dikehendaki pengkaji

(peneroka asal dan ketua rumah) maka, responden pada angka ke-12 akan dipilih

sebagai responden. Oleh itu, responden yang terpilih adalah tidak semestinya

mengikut gandaan yang tersusun tetapi bergantung juga pada kategori sampel

responden yang diperlukan.

3.4 Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah dengan

mengggunakan borang soal selidik yang sedia ada. Jenis borang soal selidik yang

digunakan adalah soal selidik kertas – pensil di mana data dapat dikumpul dari rumah

ke rumah responden yang terpilih. Selain itu, pengkaji juga membuat temubual ringkas

dengan beberapa orang peneroka Felda bagi mengetahui sejarah dan latar belakang

tanah rancangan Felda ini dengan lebih mendalam.

Pengkaji mengumpul data melalui temubual bersemuka secara individu dengan

menggunakan soalan dalam borang selidik kertas – pensil iaitu pada masa yang

berlainan.10 Kaedah ini digunakan bagi responden yang tidak tahu membaca. Dengan

menggunakan kaedah ini responden akan lebih faham dan memberi jawapan yang lebih

relevan, pengkaji juga dapat memperoleh jawapan responden secara terus dan

menjimatkan masa bagi mengutip borang soal selidik.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah self administered bagi responden

yang tahu membaca. Dengan kaedah ini pengkaji akan ke rumah responden iaitu

10 Lampiran 1(Borang soal selidik)

36

Page 37: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

memberi borang soal selidik dan menunggu sehingga selesai menjawab. Oleh itu,

responden tidak akan membuat sambil lewa untuk menjawab borang soal selidik yang

diedarkan itu. Justeru, responden dapat bertanya secara terus kepada pengkaji bagi

memahami soalan - soalan dalam borang soal selidik.

Borang soal selidik yang digunakan mengandungi lima (5) bahagian iaitu,

Bahagian A: Latar belakang responden, Bahagian B: Persepsi terhadap kesejahteraan

subjektif ekonomi, Bahagian C: Persepsi terhadap kesejahteraan subjektif sosial,

Bahagian D: Persepsi terhadap kesejahteraan subjektif kesihatan, dan Bahagian E:

Persepsi terhadap kesejahteraan subjektif psikologi

Jenis soalan yang digunakan dalam instrumen kajian ini adalah menggunakan

soalan terbuka (maklumat yang perlu diisi oleh responden seperti umur, bilangan anak,

bilangan tanggungngan, jumlah pendapatan) dan soalan tertutup (maklumat yang

terdapat pada borang soal selidik dan responden hanya perlu memilih dan menandakan

jawapan yang tepat). Manakala jenis item yang digunakan dalam borang soal selidik ini

adalah item pilihan tunggal dan pilihan bebas.

Di samping itu, penggunaan skala likert (skala dichotomous) juga digunakan

sebagai pengukuran kepada kenyataan yang ditanya, skor yang dinyatakan iaitu

“Sangat Setuju” diberi nilai 4, “Setuju” diberi nilai 3, “Tidak setuju” diberi nilai 2 dan

“Sangat Tidak Setuju” diberi nilai 1.

3.4 Pengukuran Angkubah

37

Page 38: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Terdapat dua jenis pengukuran angkubah yang telah digunakan dalam kajian ini

iaitu angkubah antisiden dan angkubah bersandar. Angkubah antisiden terdiri daripada

latar belakang seperti umur, taraf pendapatan manakala angkubah bersandar terdiri

daripada indikator-indikator kesejahteraan subjektif (KS) seperti KS ekonomi, KS sosial,

KS kesihatan dan KS psikologi. Angkubah-angkubah ini diukur dengan menggunakan

skala likert yang diadaptasi daripada Skala Kepuasan Hidup (Satisfaction With Life

Scale – SWLS) bagi mengukur kesejahteraan subjektif (Diener, Emmons, Larsen, &

Griffin, 1985).

3.5 Penganalisisan Data

Data dari soal selidik yang diperoleh telah dianalisis ialah menggunakan kaedah

“Statistical Package For The Social Science for Windows” (SPSS for Windows) versi 13.

Statistik ujian deskriptif (frekuensi, peratus, purata dan sisihan piawai) digunakan untuk

memerihalkan data. Selain itu, statistik ujian korelasi pearson juga digunakan bagi

melihat hubungan angkubah antisiden dengan angkubah bersandar.

38

Page 39: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

Bab ini menerangkan hasil kajian berdasarkan objektif dan analisis data yang

diperolehi daripada 181 orang responden dalam kalangan peneroka asal di Felda

Jengka 9. Antara sub – sub topik yang dibincangkan dalam tajuk hasil kajian dan

perbincangan ini adalah latar belakang responden, tahap kesejahteraan subjektif

(ekonomi, sosial, kesihatan, psikologi) dan perkaitan antara faktor latar belakang

responden (umur, pendidikan, tanggungan, pendapatan dan perbelanjaan) dengan

tahap kesejahteraan subjektif (ekonomi, sosial, kesihatan, psikologi).

4.1 Latar Belakang Responden

4.1.1 Latar Belakang Demografi Responden

39

Page 40: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut latar belakang demografi.

Berdasarkan jadual tersebut mendapati majoriti responden berumur 62 hingga 66 tahun

iaitu sebanyak 56.9 peratus. Secara keseluruhan, min umur responden ialah 64.25

tahun dengan sisihan piawai sebanyak 2.90. Sebanyak 97.2 peratus daripada

keseluruhan responden telah berkahwin dan selebihnya 2.8 peratus menjadi duda.

Jadual 4.1: Taburan Latar Belakang Demografi Responden

Latar belakang demografi Kekerapan Peratus (%)

Umur57 – 61 35 19.362 – 66 103 56.9≥ 67 43 23.8

Min : 64.25 Minimum : 57Sisihan piawai : 2.902 Maksimum : 70

Status Berkahwin 176 97.2Duda 5 2.8

Jumlah 181 100.0

4.1.2 Latar Belakang Keluarga Responden

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut latar belakang keluarga.

Berdasarkan jadual, kebanyakan responden mempunyai 6 hingga 10 orang anak iaitu

sebanyak 57.5 peratus pada min 7.03 dan sisihan piawai 2.72. Pada 79.6 peratus pula

kebanyakan responden mempunyai tanggungngan antara 0 hingga 2 orang iaitu pada

min 1.55 dan sisihan piawai 1.43. Pada pemerhatian saya, walaupun responden

40

Page 41: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

dikurniakan anak yang ramai, tetapi kebanyakan mereka hanya tinggal bersama isteri

dan tidak mempunyai tanggungan yang ramai.

Jadual 4.2: Taburan Latar Belakang Keluarga Responden

Latar belakang demografi Kekerapan Peratus (%)

Bilangan anak≤ 5 58 32.06 – 10 104 57.511 – 15 19 10.5

Min : 7.03 Minimum : 1Sisihan piawai : 2.72 Maksimum : 15

Jumlah tanggungngan0-1 98 54.1≥ 2 83 45.9

Min : 1.55 Minimum : 0Sisihan piawai : 1.43 Maksimum : 8

Jumlah 181 100.0

4.1.3 Latar Belakang Pekerjaan Responden

Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut latar belakang pekerjaan.

Berdasarkan jadual, kebanyakan responden telah mendapat pendidikan sekolah rendah

iaitu sebanyak 81.2 peratus. Sehubungan itu, kebanyakan responden hanya bergantung

pada pekerjaan utama (peneroka) di mana pernyataan ini disokong dengan peratusan

sebanyak 85.6 tidak mempunyai pekerjaan sampingan. Namun, didapati kebanyakan

pekerjaan sampingan responden adalah sebagai peniaga pada 6.1 peratus.

Jadual 4.3: Taburan Latar Belakang Pekerjaan Responden

Latar belakang demografi Kekerapan Peratus (%)

41

Page 42: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

PendidikanTidak bersekolah 12 6.6Sekolah rendah 147 81.2Sekolah menengah 22 12.2

Pekerjaan sampinganTiada 155 85.6Pengawal keselamatan 4 2.2Peniaga 11 6.1Tukang gunting rambut 1 0.6Pemandu (Bas, lori, teksi)

7 3.9

Pengusaha cendawan 1 0.6Ustaz 1 0.6Tukang jahit 1 0.6

Jumlah 181 100.0

4.1.4 Latar Belakang Pendapatan Bulanan Responden

Jadual 4.4 menunjukkan pendapatan bulanan responden daripada beberapa

sumber pendapatan seperti pekerjaan utama (peneroka kelapa sawit), pekerjaan

sampingan dan pemberian anak atau menantu. Berdasarkan jadual tersebut sebanyak

42.5 peratus pendapatan utama bulanan responden adalah ≥ RM 2500. Ini disokong

dengan min pendapatan utama dalam sebulan iaitu RM 2227.07 dengan sisihan piawai

453.98. Sementara itu, 8.8 peratus daripada pendapatan sampingan adalah RM 700

hingga RM1500. Keadaan tersebut juga menerangkan bahawa majoriti peneroka Felda

tidak mempunyai pekerjaan sampingan. Bagi punca pendapatan daripada pemberian

anak atau menantu adalah sebanyak 32.0 peratus pada jumlah RM 100 hingga RM 150.

Nilai pendapatan daripada pemberian anak atau menantu dapat disokong dengan min

RM 106.08 dan sisihan piawai RM131.73. Kesimpulannya, jumlah pendapatan

responden adalah 45.9 peratus dengan jumlah ≥ RM 2501. Pada nilai tersebut min

jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 2609.39 dan sisihan piawai RM799.84.

42

Page 43: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Jadual 4.4: Taburan Pendapatan Bulanan Responden

Latar belakang demografi Kekerapan Peratus (%)

Utama1500 – 1900 59 32.62000 – 2400 45 24.9≥ 2500 77 42.5

Min : RM 2227.07 Minimum : RM 1500Sisihan piawai : RM 453.98 Maksimum : RM 3100

SampinganTiada 154 85.1700 – 1500 16 8.8≥ 1600 11 6.1

Min : RM 265.19 Minimum : RM 0Sisihan piawai : RM772.05 Maksimum : RM 5000

Pemberian anakTiada 81 44.8100 – 150 58 32.0≥ 151 42 23.2

Min : RM 106.08 Minimum : RM 0Sisihan piawai :RM 131.73 Maksimum : RM 500

Jumlah keseluruhan≤ 2000 45 24.92001 – 2500 53 29.3≥ 2501 83 45.9

Min :RM 2609.39 Minimum : RM 1500Sisihan piawai : RM 799.84 Maksimum : RM 6800

Jumlah 181 100

4.1.5 Latar Belakang Perbelanjaan Bulanan Responden

43

Page 44: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut latar belakang

perbelanjaan bulanan responden. Berdasarkan jadual, majoriti responden berbelanjaan

untuk makanan dan minuman antara RM 350 hingga RM 400 iaitu sebanyak 45.3

peratus pada min RM402.39 dan sisihan piawai 119.27. Didapati juga jumlah

perbelanjaan bagi pembayaran bil – bil seperti air, elektrik dan telefon antara RM 101

hingga RM 150 iaitu sebanyak 42.5 peratus. Ini disokong dengan min perbelanjaan bil –

bil sebanyak RM 141.55 dan sisihan piawai RM 44.17. Manakala bagi perbelanjaan

bayaran ansurans adalah ≥ RM 400 dengan jumlah peratus 4.4. Nilai tersebut

menunjukkan majoriti responden tidak mempunyai bayaran ansuran di mana min

ansuran sebanyak RM 28.45 dan sisihan piawai RM 109.70. Perbelanjaan pakaian pula

majoritinya antara RM 50 hingga RM 150 iaitu dengan jumlah peratusan sebanyak 33.7.

Peratus perbelanjaan pakaian adalah disokong dengan min RM 117.67 manakala

sisihan piawai sebanyak RM 100.24. Oleh demikian, kebanyakan responden berbelanja

antara RM 501 hingga RM 850 iaitu sebanyak 49.7 peratus. Nilai tersebut disokong

dengan min perbelanjaan sebulan iaitu RM 688.24 dan sisihan piawai RM 242.18.

Jadual 4.5: Taburan Perbelanjaan Bulanan Responden

44

Page 45: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Latar belakang demografi Kekerapan Peratus (%)

Makanan minuman≤ 300 46 25.4350 – 400 82 45.3≥ 450 53 29.3

Min : RM 402.93 Minimum : RM 200.00Sisihan piawai :RM 119.27 Maksimum : RM 1000.00

Bil-bil (elektrik, air)≤ 100 67 37.0101 – 150 77 42.5≥ 151 37 20.4

Min : RM 141.55 Minimum : RM 50.00Sisihan piawai :RM 44.17 Maksimum : RM 250.00

AnsuranTiada 167 92.3150-350 6 3.3≥400 8 4.4

Min : RM 28.45 Minimum : RM 0.00Sisihan piawai :RM 109.70 Maksimum : RM 850.00

PakaianTiada 63 34.850 -150 61 33.7≥ 200 57 31.5

Min : RM 117.67 Minimum : RM 0.00Sisihan piawai :RM 100.24 Maksimum : RM 400.00

Jumlah keseluruhan250 – 500 76 42.0501 – 850 90 49.7≥ 851 15 8.3

Min : RM 688.45 Minimum : RM 250.00Sisihan piawai :RM 242.18 Maksimum : RM 2750.00

Jumlah 181 100.0

4.2 Tahap Kesejahteraan Subjektif Responden

45

Page 46: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Jadual 4.6 menunjukkan tahap kesejahteraan subjektif responden. Berdasarkan

jadual tersebut menunjukkan tahap kesejahteraan subjektif ekonomi paling ramai adalah

pada tahap skor antara 13 hingga 19 iaitu sebanyak 80.7 peratus. Ini secara tidak

langsung menyumbang kepada tahap kesejahteraan subjektif ekonomi secara

keseluruhan dalam kalangan responden iaitu pada tahap sederhana dengan min 18.60

dan sisihan piawai iaitu 1.014. Seterusnya kesejahteraan subjektif sosial juga

menunjukkan responden paling ramai adalah pada tahap skor 23 hingga 28 dalam

kategori tinggi dengan nilai peratusan sebanyak 95.6. Di sini juga menunjukkan bahawa

kebanyakan responden sangat berpuas hati dengan hubungan sosial sekeliling mereka

di mana jumlah min adalah 24.28 dan sisihan piawai 1.128. Manakala kesejahteraan

subjektif kesihatan majoriti responden mencapai skor 20 hingga 24 iaitu pada tahap

tinggi dengan nilai peratusan sebanyak 79.6. Ini disokong dengan min 20.27 dan sisihan

piawai 1.100. Bagi tahap kesejahteraan subjektif psikologi secara keseluruhannya pada

tahap sederhana di mana nilai skor adalah antara 17 hingga 25 dengan peratus

sebanyak 72.9. Justeru, kekuatan peratus tersebut dapat disokong dengan nilai min

sebanyak 25.83 dan sisihan piawai 2.697.

Jadual 4.6 : Tahap kesejahteraan subjektif

46

Page 47: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Kesejahteraan subjektif Kekerapan Peratus (%)

EkonomiTinggi ( 20 – 24 ) 35 19.3Sederhana (13 – 19 ) 146 80.7Rendah ( 6 – 12 ) - -

Min : 18.60 Minimum : 16Sisihan piawai : 1.014 Maksimum : 21

SosialTinggi ( 23 – 28 ) 173 95.6Sederhana ( 15 – 22 ) 8 4.4Rendah ( 7 – 14 ) - -

Min : 24.28 Minimum : 21Sisihan piawai : 1.128 Maksimum : 27

KesihatanTinggi ( 20 – 24 ) 144 79.6Sederhana (13 – 19 ) 37 20.4Rendah ( 6 – 12 ) - -

Min : 20.27 Minimum : 18Sisihan piawai : 1.100 Maksimum : 23

PsikologiTinggi ( 26 – 32 ) 49 27.1Sederhana (17 – 25 ) 132 72.9Rendah ( 6 – 16 ) - -

Min : 25.83 Minimum : 22Sisihan piawai : 1.147 Maksimum : 28

Jumlah 181 100.0

4.3 Perkaitan antara Faktor Latar Belakang dengan Kesejahteraan Subjektif

47

Page 48: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Jadual 4.7 menunjukkan perkaitan antara latar belakang seperti umur,

pendidikan, tanggungan, pendapatan, perbelanjaan dengan kesejahteraan subjektif

(ekonomi, sosial, kesihatan dan psikologi). Hasil korelasi yang menunjukkan signifikan

adalah perkaitan antara tanggungngan dengan kesejahteraan subjektif psikologi dan

perbelanjaan dengan kesejahteraan subjektif ekonomi.

Jadual 4.7: Korelasi matrik antara latar belakang dengan kesejahteraan subjektif

1 2 3 4 5 6 7 8 9

1. Umur1

2. Pendidikan-.205** 1

.006

3. Tanggungngan-.132 .130 1.075 .080

4. Pendapatan-.055 .201*

*.181* 1

.460 .007 .015

5. Perbelanjaan-.169* .274*

*.258** .484** 1

.023 .000 .000 .000

6. KS ekonomi-.101 -.067 -.026 -.113 -.175* 1.897 .368 .727 .128 .018

7. KS sosial.068 -.028 .049 -.048 .005 -.03

11

.366 .712 .516 .521 .950 680

8. KS kesihatan-.055 .030 .005 -.010 .104 .075 -.042 1.461 .684 .943 .891 .163 .317 .571

9. KS psikologi

-.104 -.044 .165* .040 -.017 .022 .005 .071

1

.165 .557 .026 .593 .815 .767 .951 .340

Nota: ** Signifikan pada aras 0.01

* Signifikan pada aras 0.05

48

Page 49: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

4.3.1 Jumlah Tanggungan Anak dan Kesejahteraan Subjektif

Hasil korelasi menunjukkan bahawa terdapat signifikan yang positif antara

jumlah tanggungan anak dengan kesejahteraan subjektif psikologi di mana (r=0.165,

p=0.026). Walaupun terdapat hubungan antara dua pembolehubah tersebut, namun

menurut tafsiran kekuatan hubungan Davis (1971) mendapati hubungan antara jumlah

tanggungan anak dengan kesejahteraan subjektif psikologi adalah tidak kuat di mana

nilai r berada antara 0.10 hingga 0.29.11

Keadaan ini juga dapat diinteprestasikan bahawa semakin kurang tanggungan

(anak), semakin rendah tahap kesejahteraan subjektif psikologi peneroka. Dengan

keadaan tersebut juga mungkin bermaksud mereka berasa sunyi dengan ketiadaan

anak yang tidak tinggal bersama mereka. Sebaliknya, bagi mereka yang mempunyai

ramai tanggungan anak yang tinggal bersama mereka, dari segi interaksi adalah meluas

dan dapat mengurangkan rasa sunyi berbanding mereka tinggal berdua dengan isteri

mungkin berasa sunyi kerana interaksi adalah terhad.

Namun, hasil kajian yang diperolehi bertentangan dengan pendapat Evan dan

Kelly (2002) mengatakan bahawa tanggungan tidak mempunyai kaitan dengan

kesejahteraan subjektif. Walau bagaimanapun pendapat beliau dapat disokong oleh

Diener (1984) menyatakan perihal anak tidak memberi kesan terhadap kesejahteraan

subjektif. Keadaan ini mungkin disebabkan keinginan memiliki anak adalah

berlandaskan had yang dijanjikan oleh pasangan suami dan isteri.

11 Lampiran 3 (Jadual nilai pekali r dan tafsiran kekuatan perkaitan Davis, 1971)

49

Page 50: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

4.3.2 Jumlah Perbelanjaan dan Kesejahteraan Subjektif

Hasil analisis korelasi juga memperihalkan bahawa terdapat hubungan signifikan

negatif antara jumlah perbelanjaan dengan kesejahteraan subjektif ekonomi di mana (r =

-0.175, p=0.018). Namun, dari segi kekuatan hubungan antara pembolehubah tersebut

juga adalah tidak kuat (Davis, 1971). Manakala hubungan negatif antara dua

pembolehubah tersebut menunjukkan bahawa semakin banyak berbelanjaan, semakin

rendah tahap kesejahteraan subjektif ekonomi.

Situasi tersebut dapat dikaitkan dengan pendapatan mereka yang dikatakan

agak banyak, tetapi sebenarnya kehidupan di felda banyak urusan perbelanjaan dengan

masyarakat yang kita tidak nampak seperti bayaran syarikat kenduri, bayaran hutang

sara hidup, yuran kutipan blok dan sebagainya. Selain itu, dari segi simpanan setiap

bulan sudah tentu diluar kemampuan peneroka namun, keadaan kewangan pada tahap

memuaskan dan untuk hidup mewah adalah sukar diperolehi maka dari segi pencapaian

kesejahteraan subjektif ekonomi adalah pada tahap rendah.

Sehubungan dengan itu, aspek ekonomi dalam kajian ini adalah berkaitan tingkat

pendapatan dan perbelanjaan. Dalam hasil kajian yang dijalankan dapat disokong

dengan pendapat Kozma et al. menyatakan apabila mencapai usia tua tahap kepuasan

kewangan akan menurun di mana jumlah pendapatan yang rendah (pencen)

menyebabkan mereka terpaksa menanggung kos perbelanjaan perubatan yang

meningkat. Manakala Bradburn dan Caplovitz (1965) pula menjelaskan bahawa apabila

tingkat pendapatan meningkat, tahap kesejahteraan individu juga turut meningkat.

Pandangan beliau adalah menerangkan bahawa pendapatan yang tinggi membolehkan

50

Page 51: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

individu berbelanjaan bagi mencapai kehidupan yang lebih sejahtera tanpa mempunyai

rasa dihalang untuk berbelanja pada tujuan tertentu sahaja.

Dengan ini, saya dapat merumuskan bahawa hubungan korelasi adalah lebih

signifikan antara sesama faktor latar belakang berbanding hubungan yang dikaji iaitu

faktor latar belakang dengan tahap kesejahteraan subjektif pada kekuatan signifikan

yang lemah. Hasil kajian ini dapat disokong oleh Campbell, Converse, and Rodgers

(1976) meringkaskan bahawa faktor demografi (seperti, umur, jantina, pendiddikan,

status perkahwinan) adalah kurang berkaitan dan pernyataan ini disokong dengan

sisihan piawai kesejahteraan subjektif iaitu 20 peratus. Manakala Andrews and Withey

(1976) mempercayai sebanyak lapan peratus kepuasan hidup boleh berubah dengan

menggunakan pembolehubah demografi dan Argyle (1999) menerangkan bahawa

pembolehubah demografi hanya boleh mencapai sisihan piawai sebanyak 15 peratus

dalam kesejahteraan subjektif.

Selain itu, tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara umur, pendidikan,

tanggungan, pendapatan dan perbelanjaan dengan kesejahteraan subjektif ekonomi,

sosial, kesihatan, dan psikologi. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor latar belakang

lain seperti tempoh perkahwinan dan tempoh bermastautin mempengaruhi

kesejahteraan subjektif.

51

Page 52: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAB 5

RINGKASAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Dalam bab ini menerangkan tentang ringkasan kajian, implikasi daripada hasil

kajian dan cadangan bagi meningkatkan signifikan kajian akan datang.

5.1 Ringkasan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti kesejahteraan subjektif

peneroka di Felda Jengka 9, Bandar Jengka, Pahang. Kajian ini memberi penekanan

kepada aspek kesejahteraan subjektif ekonomi, sosial, kesihatan dan psikologi. Bagi

52

Page 53: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

mencapai matlamat kajian ini, satu set borang soal selidik yang sedia ada dapat

dijadikan sebagai satu sumber alat untuk mengumpul data dan maklumat.

Dalam kajian ini melibatkan 181 orang responden peneroka yang diwakili oleh

ketua isi rumah yang telah dipilih. Pemilihan responden adalah menggunkan kaedah

persampelan rawak mudah. Tujuan kaedah ini digunakan supaya setiap unit atau subjek

(responden) dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai

responden kajian. Bagi penganalisisan data adalah menggunakan kaedah Statistical

Package for the Social Science 16.0 (SPSS).

Tanah rancangan Felda Jengka 9 dipilih dalam kajian ini kerana Felda ini

merupakan salah satu antara skim pembangunan tanah yang berjaya di Malaysia.

Selain itu, Felda tersebut juga merupakan satu penempatan yang terancang dan

lengkap dengan pelbagai pembangunan kemudahan asas. Secara tidak langsung

terdapat banyak bidang dan peluang yang boleh diceburi dan diterokai oleh masyarakat

rancangan bagi meningkatkan sumber pendapatan individu dan kelompok.

Kebanyakan responden yang terlibat dalam usia adalah antara 62 hingga 66

tahun. Tinjauan bagi tahap pendidikan, responden mendapat pendidikan di sekolah

menengah dan rendah. Analisis bagi jenis pekerjaan pula memperlihatkan responden

mempunyai dua bidang pekerjaan iaitu pekerjaan utama dan sampingan. Pekerjaan

utama bagi peneroka tersebut sebagai pengusaha ladang kelapa sawit dan pekerjaan

sampingan adalah seperti peniaga, pengawal keselamatan, pengusaha cendawan,

tukang gunting rambut, tukang jahit pakaian, pemandu bas, teksi, dan lori. Manakala

kajian ke atas pendapatan mendapati jumlah pendapatan responden adalah melebihi

RM 2501.

53

Page 54: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Tinjauan ke atas perbelanjaan responden secara keseluruhannya dalam

keadaan yang baik. Anggaran perbelanjaan bulanan sekeluarga secara keseluruhannya

adalah sebanyak RM 501 hingga RM 850. Keadaan ini menunjukkan keadaan kos hidup

yang semakin mencabar dalam era globalisasi sehingga kadang kala menyebabkan

mereka terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu,

langkah yang paling berkesan untuk memastikan kewangan keluarga dalam keadaan

baik adalah melalui peningkatan simpanan setiap bulan, walaupun pada jumlah nilai

yang kecil tetapi penyimpanan adalah konsisten. Selain itu, dengan kaedah bijak

berbelanja juga dapat mengatasi masalah kesempitan wang pada masa hadapan dan

keadaan kecemasan.

Dari aspek perhubungan sosial seperti komunikasi atau interaksi antara keluarga

adalah mesra dan erat. Keadaan tersebut menunjukkan mereka sering berinteraksi dan

saling mempunyai rasa tanggungjawab antara satu sama lain. Secar tidak langsung

dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera.

Dalam aspek perhubungan sosial dengan masyarakat sekeliling juga dikatakan

dalam keadaan harmoni. Hubungan tersebut wujud melalui penglibatan dalam aktiviti

kemasyarakatan yang berprinsipkan tolong-menolong sebagai satu budaya di Felda.

Keberkesanan program adalah bergantung kepada penglibatan peneroka secara

langsung dalam organisasi Felda, Blok, aktiviti-aktiviti seperti seminar dan ceramah

adalah amat memuaskan.

Kesimpulannya, kajian ini memberi satu impak yang manfaat dalam menekankan

aspek kesejahteraan subjektif peneroka Felda. Pengukuruan kesejahteraan subjektif

memfokus kepada aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan psikologi. Sehubungan itu,

54

Page 55: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

peneroka mempunyai tahap yang ingin dicapai termasuklah pendapatan, keselesaan

hidup, keharmonian dalam keluarga samada antara ahli keluarga dan juga jiran

sekeliling, kesihatan, pendidikan, dan keseimbangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

5.2 Implikasi

Berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian mendapati peneroka Felda Jengka 9

masih belum mencapai kesejahteraan subjektif yang menyeluruh dalam keempat-empat

indikator (KS ekonomi, KS sosial, KS kesihatan, dan KS psikologi). Kesejahteraan

subjektif ekonomi menunjukkan perbezaan paling ketara berbanding kesejahteraan

subjektif yang lain.

Indikator ekonomi adalah berkaitan pendapatan dan perbelanjaan atau lebih

mudah difahami hal kewangan. Masalah kewangan sememangnya tidak dapat dielakkan

bagi setiap individu kerana keperluan adalah berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Secara umumnya, komuniti Felda menggambarkan sebuah kehidupan yang serba

mewah kerana diberi pelbagai kemudahan dan intensif kewangan. Tetapi dengan segala

kemudahan dan intensif kewangan yang diberi oleh Felda masih belum berjaya

menangani dan diserapkan erti kesejahteraan subjektif para peneroka.

Bagi sistem kehidupan masyarakat Felda adalah terkenal sebagai sebuah

komuniti sosial yang sangat baik, jika dibandingkan dengan masyarakat perkampungan

kecil, pinggir bandar dan bandar. Keadaan sedemikian disebabkan sistem perumahan

yang terancang telah menggalakkan dan menggiatkan peneroka mudah untuk

berkomunikasi sesama jiran persekitaran pada siang dan malam. Buktinya sosial yang

55

Page 56: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

tinggi adalah dalam aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, majlis malimatul

urus dan gotong-royong, terdiri daripada sokongan dan kerjasama masyarakat peneroka

setempat.

Penyediaan kemudahan hospital dan klinik pada lokasi yang strategik dan

berdekatan dapat memudahkan peneroka berhubung bagi mendapatkan rawatan dan

perubatan. Oleh yang demikian, sumbangan pembangunan kemudahan kesihatan yang

baik dapat mencapai kesejahteraan subjektif kesihatan yang tinggi bagi peneroka Felda

Jengka 9. Walaupun, ramai antara mereka menghidap penyakit kronik tetapi,

kemudahan kesihatan yang ada memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan dan

perubatan dan meningkatkan tahap kesejahteraan subjektif kesihatan.

Manakala keadaan fizikal dan persekitaran individu juga akan mempengaruhi

kesejahteraan subjektif psikologi. Persekitaran perumahan di Felda adalah nyaman dan

damai di mana bebas dari gangguan bunyi kenderaan, industri dan sebagainya. Namun,

persekitaran dalam rumah mereka yang agak sunyi kerana usia peneroka menunjukkan

kebanyakan anak-anak mereka telah bekerja dan tidak tinggal bersama lagi. Situasi

tersebut menerangkan halangan kepada kesejahteraan subjektif psikologi yang tinggi.

5.3 Cadangan

Untuk kajian akan datang juga, adalah disarankan agar faktor lain yang mungkin

boleh mempengaruhi tahap kesejahteraan subjektif seperti tempoh perkahwinan dan

tempoh bermastautin dikaji. Selain itu, kajian ini disarankan agar memperbaiki

kandungan soalan-soalan dalam borang soal selidik yang bukan setakat memberi fokus

56

Page 57: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

pada kesejahteraan subjektif malah kesejahteraan objektif juga penting bagi mengkaji

kesejahteraan subjektif supaya hasil kajian lebih signifikan. Manakala skala likert yang

digunakan juga disarankan lebih diperluaskan kepada enam skala di mana responden

dapat membuat pemilihan jawapan yang lebih tepat.

Bagi pengiraan skala tahap kesejahteraan subjektif perlu mengikut intrumen

kajian seperti Oxford Happiness Questionaire, Subjective Well-Being Inventory (SUBI),

dan Satisfaction With Life Scale (SWLS) supaya hasil yang diperolehi dapat menjawab

keseluruhan objektif kajian. Disamping itu, kajian akan datang juga disarankan

menambah objektif kajian bagi melihat perbandingan antara tahap kesejahteraan

subjektif dikaji.

Memandangkan peneroka telah diwarisi oleh generasi kedua di tanah rancangan

Felda. Sampel kajian juga perlu diperluaskan kepada ketua isi rumah generasi kedua

supaya perbandingan antara kesejahteraan subjektif generasi pertama dan generasi

kedua dikaji.

57

Page 58: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Bibliografi / Rujukan

Baker, A.L., Cahalin, P.L., Gerst. K., & Burr, A. J., (2005). Productive Activities and Subjective Well-Being among Older Adults: The Influence of Number of Activities and Time Commitment. Social Indicators Research, 73, 431-458. Retrived on October, 1, 2009, from http://www.springer.com.

Brandts, J., Riedl, A., & Windens, F.V., (2006). On Competition and Well-Being. Article: An Experimental Investigation into Rivalry, Social Disposition, and Subjective Well-Being, May, 10.

Brown, P.H., & Tienery, B. (2008). Religion and Subjective Well-Being among Elderly in China. Journal of Socio-Economics, 4(1), 1-33.

Clark, A.E., P. Frijters, and M.A. Shields (2006), Income and Happiness: Evidence, Explanations and Economic Implications. Journal of Economic Literature.

Diener, E. (2006), Guidelines for National Indicators of Subjective Well-Being and Ill-Being. Journal of Happiness Studies, 7(4), 397-404.

Diener, E., Suh, E., & Oishi, S., (1997). Recent Findings on Subjective Well-Being. Journal of Clinical Psychology Literature.

Diener, E., & Scollon, C., (2003). Subjective Well-Being Is Desirable, But Not the Summum Bonum. Paper to be delivered at the University of Minnesota Interdisciplinary Workshop on Well-Being, October 23 - 25, Minneapolis.

Emmons, R.A, & Diner, E. (1985). Personality Correlates of Subjective Well-Being by the Society for Personality and Social Psychology, Inc. Personality and Social Psychology Bulletin, 11(1), 89-97. Retrieved October, 1, 2009 http://www.sagepublication.com.

Evans, M.D.R., & Kelly,J. (2005). Marital Biographies and Subjective Well-Being: The Effect of

De Facto Status Differs for the Never Married and the Divorced. Retrieved October, 1, 2009, from website University of Melbourne, Institute of Applied Social and Economic Research.

Finkenauer, C., & Rime, B., (1998). Health and Subjective Well-being when Emotions are not Shared. Journal of Health Psychology, 3(1), 47-58. Retrieved October, 1, 2009 http://www.sagepublication.com.

Fruhauf,C., (2000). Thesis master. The Relationship of Age and Subjective Well-Being: A Test of Kozma’s Theoretical Model.

Fuentes, N., & Rojas, M., (2001). Economic Theory and Subjective Well-Being: Mexico. Social Indicators Research, Kluwer Academic Press, Netherlands, Marzo.

58

Page 59: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Gamer, T., stinson, L., & Shipp, S., (1996). Subjective Assessments of Economic Well-Being and Preliminary Findings from Miami. Joint Statistical Meetings, Chicago, August 5.

Guven, C., & Sorensen, E.B., (2007). Subjective Well-Being: Keeping up with the Joneses. Real or Perceived?

Headey, B., & Wooden, M., (2003). The Effects of Wealth and Income on Subjective

Well-Bieng and Ill-Being. Paper presented at the 32nd Conference of Economists (Australia and New Zealand), 29 September – 1 October, ANU, Canberra.

Howell, R., Kern, M., & Lyubomirsky, S., (2007). Health benefits: Meta-analytically determining the impact of well-being on objective health outcomes. Article: Health Psychology Review, 1(1), 83 – 136.

J. Westerhof, G., & E. Barrett, A. (2005). Age Identity and Subjective Well-Being: A comparison of the United States and Germany. Journal of Gerontology: Social sciences by the the Gerontological Socienty of American, 60B(3), 129-136.

KampDush, C.M., & R.Amato, P. (2005). Consequences of Relationship Status and Quality for

Subjective Well-Being. Journal of Social and Personal Relationship, 22(5), 607-627. Retrieved October, 1, 2009, from http://psp.sagepub.com

Oswald, F., Wahl, H.W., Schilling, O., Nygren, C., Fange, A., Sixsmith, A., et al. (2007). Relationships between Housing and Healthy Aging in Very Old Age. The Gerontologist, 47, 96-107.

Peterson, C., (2009). Subjective and Objective Research in Positive Psychology: A Biological Characteristics is linked to Well-Being. Article from blog: Hapiness, May, 23.

Pianalto, M., (2009). Happiness and the Environment: An Ecological Conception of Well-Being

Handout, May 2.

Rockhold, L., (2002). Article:The Importance of Subjective Well-Being.

Ryff, C.D, Singer, B.H, and DiengbergLove, G., (2004). Positive health: connecting well-being with biology. Articles from Philosophical Transactions of the Royal Society B: Biological Sciences, September 29, 359(1449), 1383–1394.

Santally, M.I., & Senteni, A., (2005). Adaptation Models for Personalisation in Web-based Learning Environments. Malaysian Online Journal of Instructional Technology, ISSN: 1823-1144, 2(1) .

Schwarze, J., (2008). Subjective Measures of Economic Well-Being and the Influence of Income Uncertainty. IZA Discussion Paper No. 3720.

Seligman, E.P.M., & Csikszentmihalyi, (2007). Positive Psychology: An Introduction.

59

Page 60: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Sheldon, M.k., & Bettencourt.B.A., (2002). Psychological need-satisfaction and subjective well-being within social groups. Journal of Social Psychology, 41, 25-38. Retrieved on October, 1, 2009, from http://www.bps.org.uk.

Shield, M., & Wooden, M., (2009, February). Married, Children and Subjective Well-Being. Paper Presented at the Eight Australian Institute of Family Studies Conferences – Step Forward for Families: Research, Practice and Policy.

Taylor, R.J., Chatters, M.L., Hardison, C.B., & Riley, A., (2001). Informal Social Support

Networks and Subjective Well-Being among African Americans. Journal of Black Psychology,27(4), 439-463. Retrieved on October, 1, 2009, from http://jbp.sagepub.com/cgi/content/abstract/27/4/439.

Tiliouine, H., Robert, A.C., & Melanie.D., (2009). Mental Health, Religious, Subjective Well-Being and Culture, 12(1), 55-74. Francis: Publication Routledge.

Wallace, A.B., & Shapiro, L.S., (2006). Mental Balance and Well-Being: Building Bridges between Buddhism and Western Psychology. American Psychologist Association, 61(7), 690-701.

60

Page 61: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

LAMPIRAN 1

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Sila baca setiap kenyataan dan tandakan ( / ) yang sesuai.

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

2. Bangsa

Melayu

Cina

India

3. Agama

Islam

Buddha

Hindu

Kristian

4. Status Perkahwinan

Berkahwin

Duda

61

5. Jika berkahwin, nyatakan tahun

perkahwinan ...................Tahun

6. Tinggal bersama (Jawapan boleh

lebih dari satu)

Sendiri

Pasangan (isteri)

Anak kandung

Anak tiri

Menantu

7. Tahap pendidikan tertinggi

Tidak pernah ke sekolah

Sekolah rendah

Sekolah menengah

8. Pekerjaan sampingan (Jika ada)

Nyatakan:........................

Page 62: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

9. Rumah yang didiami sekarang

Status pemilikan

Persendirian

Sewa

Lain-lain

10. Tempoh bermastautin..............(Tahun)

11. Bilangan anak:..............orang

12. Jumlah tanggungan:.............orang

13. Anggaran pendapatan bulanan yang diperolehi daripada pelbagai

Sumber

Punca pendapatan Jumlah (RM)

Pekerjaan utama

Pekerjaan sampingan

Pemberian anak / menantu

Jumlah keseluruhan

14. Anggaran perbelanjaan bulanan

Perbelanjaan Jumlah (RM)

Makanan dan minuman

Bil-bil (elektrik, telefon, air dan lain-

lain)

Bayaran ansuran pinjaman

Pakaian

Jumlah keseluruhan

62

Page 63: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAHAGIAN B: PERSEPSI TERHADAP KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF EKONOMI

Sila baca setiap kenyataan dan tandakan ( / ) sama asa di ruang ‘Sangat tidak setuju’

atau ‘Tidak setuju’ atau Tidak pasti’ atau ‘Setuju’ atau ‘Sangat setuju’. Tandakan

jawapan bagi setiap kenyataan.

BIL KENYATAANSANGAT

TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

SETUJUSANGAT SETUJU

1.Saya mampu menyimpan wang setiap bulan

2.

Saya mempunyai harta yang cukup untuk masa kecemasan

3.

Saya tidak bergantung kepada pemberian anak / keluarga

4.

Saya tidak bergantung kepada bantuan kerajaan untuk sara hidup

5.

Saya mampu membiayai rawatan perubatan yang diterima

6.Keadaan kewangan saya pada masa sekarang baik

63

Page 64: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

BAHAGIAN C: PERSEPSI TERHADAP KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF SOSIAL

Sila baca setiap kenyataan dan tandakan ( / ) sama asa di ruang ‘Sangat tidak setuju’

atau ‘Tidak setuju’ atau Tidak pasti’ atau ‘Setuju’ atau ‘Sangat setuju’. Tandakan

jawapan bagi setiap kenyataan.

BIL KENYATAANSANGAT

TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

SETUJUSANGAT SETUJU

1.Hubungan saya dengan ahli keluarga adalah mesra

2.Saya terlibat dengan kegiatan masayarkat sekililing

3.Saya mempunyai ramai kawan

4.Keluarga saya mengambil berat terhadap diri saya

5.Hubungan saya dengan jiran adalah mesra

6.

Saya sering bergotong-royong sekiranya ada aktiviti yang dijalankan (majlis perkahwinan dan lain-lain)

7.Saya selalu mengamalkan kunjung mengunjung jiran

BAHAGIAN D: PERSEPSI TERHADAP KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF KESIHATAN

64

Page 65: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Sila baca setiap kenyataan dan tandakan ( / ) sama asa di ruang ‘Sangat tidak setuju’

atau ‘Tidak setuju’ atau Tidak pasti’ atau ‘Setuju’ atau ‘Sangat setuju’. Tandakan

jawapan bagi setiap kenyataan.

BIL KENYATAANSANGAT

TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

SETUJUSANGAT SETUJU

1.

Saya selalu membuat pemeriksaan di klinik/ hospital yang berdekatan

2.Saya berpuas hati dengan keadaan kesihatan saya

3.

Saya mengalami penyakit yang kronik (jantung, darah tinggi, kencing manis)

4.Saya mengamalkan cara pemakanan yang seimbang

5.Saya mampu melakukan kerja rumah sendiri

6.Saya mampu mengurus diri saya sendiri

BAHAGIAN E: PERSEPSI TERHADAP KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PSIKOLOGI

65

Page 66: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

Sila baca setiap kenyataan dan tandakan ( / ) sama asa di ruang ‘Sangat tidak setuju’

atau ‘Tidak setuju’ atau Tidak pasti’ atau ‘Setuju’ atau ‘Sangat setuju’. Tandakan

jawapan bagi setiap kenyataan.

BIL KENYATAANSANGAT

TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

SETUJUSANGAT SETUJU

1.

Saya boleh beri tumpuan pada kerja-kerja yang saya lakukan

2.Biasanya saya boleh tidur walaupun rasa risau

3.Hidup saya sekarang ini dalam keadaan tenang dan damai

4.Saya jarang rasa bimbang/risau

5.Saya boleh mengatasi masalah peribadi

6.Saya jarang rasa hilang kenyakinan diri

7.

Kebanyakkan perkara yang saya lakukan masa sekarang tidak membosankan

8.Saya jarang merasa kesunyian

LAMPIRAN 2

66

Page 67: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

TABLE FOR DETERMINING NEEDED SIZE S OF A RANDOMLY CHOSEN SAMPLE FROM A GIVEN FINITE POPULATION OF N CASES SUCH THAT THE SAMPLE PROPORTION p WILL BE WITHIN ± .05 OF THE POPULATION PROPORTION P

WITH A 95 PERCENT LEVEL OF CONFIDENCE

PopulationSize

SampelSize

PopulationSize

SampelSize

PopulationSize

SampelSize

10 10 220 140 1200 29115 14 230 144 1300 29720 19 240 148 1400 30225 24 250 152 1500 30630 28 260 155 1600 31035 32 270 159 1700 31340 36 280 162 1800 31745 40 290 165 1900 32050 44 300 169 2000 32255 48 320 175 2200 32760 52 340 181 2400 33165 56 360 186 2600 33570 59 380 191 2800 33875 63 400 196 3000 34180 66 420 201 3500 34685 70 440 205 4000 35190 73 460 210 4500 35495 776 480 214 5000 357

100 80 500 217 6000 361110 86 550 226 7000 364120 92 600 234 8000 367130 97 650 242 9000 368140 103 700 248 10000 370150 108 750 254 15000 375160 113 800 260 20000 377170 118 850 265 30000 379180 123 900 269 40000 380190 127 950 274 50000 281200 132 1000 278 75000 382210 136 1100 285 100000 384

LAMPIRAN 3

67

Page 68: THESIS; KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF PENEROKA

JADUAL NILAI PEKALI DAN TAFSIRAN KEKUATAN PERKAITAN DAVIS (1971)

Nilai Pekali (r) Tafsiran Kekuatan Perkaitan0.70 ke atas Sangat kuat0.50 – 0.69 Kuat0.30 – 0.49 Sederhana kuat0.10 – 0.29 Lemah atau tidak kuat0.01 – 0.09 Sedikit atau boleh diabaikan

68