thesis-pelaksanaan pendidikan keusahawanan

Upload: azali-shahak

Post on 09-Jul-2015

723 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

TAHAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN (KHSR) DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEKITAR ZON PETALING UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR: SATU TINJAUAN

NORAZALI BIN SHAHAK

MASTER PENDIDIKAN (PTV) FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2011

TAHAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN (KHSR) DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH SEKITAR ZON PETALING UTAMA, PETALING JAYA, SELANGOR: SATU TINJAUAN

NORAZALI BIN SHAHAK

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik dan Vokasional)

MASTER PENDIDIKAN (PTV) FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APRIL 2011

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang pendidikan keusahawan terutamanya sektor industri kecil dan sederhana sebagai penyumbang utama peluang pekerjaan baru, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara. Pelbagai rancangan dan usaha telah dirancang oleh kerajaan dalam usaha mencapai matlamat ini. Melalui RMK-10 baru-baru ini yang telah disampaikan oleh perdana menteri kita, Tan Sri Najib Tun Razak, menjelaskan bahawa beberapa teras strategik utama dalam RMK-10 adalah lebih banyak tertumpu kepada sektor ekonomi. Ini adalah kerana, melalui pembangunan strategik ekonomi yang mampan, struktur pembangunan ekonomi negara dapat ditingkatkan, malah matlamat untuk melahirkan lebih ramai warga Malaysia yang berpendapatan tinggi turut tercapai (The Malaysian Insider, 2010). Untuk mencapai dan merealisasikan RMK-10 serta Wawasan 2020, usaha membudayakan keusahawanan dalam kalangan rakyat di negara ini perlu ditingkatkan lagi, khususnya bermula di peringkat sekolah rendah. Ini telah dimulakan dengan penerapan unsur-unsur keusahawanan dalam mata pelajaran matematik. Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan di sekolah-sekolah rendah pada tahun 1979 melalui Jawatankuasa kabinet yang telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan Kemahiran Hidup sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua murid pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup, muridmurid akan didedahkan mengenai asas pendidikan keusahawan dengan lebih khusus.

Beberapa tahun kebelakangan ini sukatan pendidikan Kemahiran Hidup telah mengalamai beberapa perubahan, selaras dengan keperluan dan perubahan semasa bagi memenuhi cita-cita realistik negara dalam usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020. Namun begitu, apa yang lebih utama ialah matlamat utama mata pelajaran ini yang perlu dicapai, khususnya dalam pendidikan keusahawanan yang mana bermatlamat membentuk murid sebagai pencipta kerja yang bepotensi dan bukan sebagai pencari kerja. Telah banyak dilaporkan bahawa keputusan untuk menubuhkan perniagaan adalah berasaskan pemahaman seseorang terhadap aktiviti keusahawanan. Malangnya, kebanyakkan orang tidak melihat keusahawanan sebagai satu alternatif kerjaya yang wajar diceburi. Jadi adalah penting untuk membentuk sikap yang positif terhadap keusahawanan (Zaidatol, Abd.Rahim, & Mohd Majid, 2002). Secara umumnya, telah dipersetujui oleh orang ramai bahawa bidang keusahawanan merupakan satu bidang atau bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Bidang ini dikatakan dapat menggerakkan dan merangsang kejayaan serta peningkatan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ini adalah kerana melalui aktiviti yang dilaksanakan, kita dapat menentukan dan mengetahui tahap-tahap kemajuan yang telah dan akan dicapai oleh sesebuah negara serta masyarakat. Malah aktiviti keusahawanan juga dapat membantu meringankan permasalahan yang dihadapi negara seperti masalah pengangguran. (Gallagher & P.Miller, 1991) berpendapat bahawa aktiviti

keusahawanan melalui kegiatan industri kecil berjaya membantu menyelesaikan masalah pengangguran dalam kalangan rakyat sesebuah negara, di samping berfungsi sebagai penyumbang utama dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.

1.2 Latar Belakang Kajian Secara umumnya mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi serta keusahawanan. Matlamat utama mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta. Perniagaan dan keusahawanan adalah merupakan teras pendidikan keusahawanan dalam sukatan KHSR. Bidang ini membekalkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan secara asas. Selain daripada itu juga melalui penerapan bidang perniagaan dan keusahawan ini, amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Namun begitu, adakah sikap, kemahiran dan pengetahuan yang diharapkan ini dapat dipupuk dan disemai dalam kalangan murid-murid sepenuhnya? Menurut (Bakari, Hatta, & Mohamad, 2007) melalui hasil maklumbalas peserta Kursus Pendek Kelolaan Maktab anjuran Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu pada tahun 2004 dan 2005 yang terdiri daripada guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup daerah Besut, didapati pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup sering terganggu dengan pengisian mata pelajaran peperiksaan di atas banyak sebab tertentu. Menurut (Yusof,

2008) pula, melalui hasil pemantauan pelaksanaan pendidikan Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah di negeri Sabah mendapati bahawa, terdapat beberapa kelemahan yang ketara dan perlu diperbaiki terutamanya dari aspek pengurusan dari segi kewangan, Panitia dan kemudahan seperti bengkel, alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan yang tidak sistematik dan menyeluruh terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa pendidikan keusahawanan juga turut diabaikan. Dengan itu, matlamat melahirkan modal insan yang bijak, berinovasi dan berkeupayaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan melalui perniagaan akan terbantut. Umumnya beberapa kajian di luar negara membuktikan bahawa keusahawanan adalah merupakan pemacu utama perkembangan ekonomi sesebuah negara. Pernyataan ini turut di sokong oleh (Howard, 2000), menurut beliau pembangunan keusahawanan adalah sangat penting dalam menghadapi daya saing ekonomi global yang mana turut dimangkin oleh faktor inovasi. Peranan untuk mengenalpasti pendidikan dan latihan keusahawanan yang berkualiti dalam kalangan murid-murid adalah terletak pada penggubal polisi dan pendidik (guru). Selain itu, (Kourilsky, 2003) berpendapat bahawa, bilangan usahawan akan meningkat hasil daripada perkembangan dan pandangan yang positif, dan ini akan terlaksana dan dapat dicapai melalui persediaan dalam pendidikan bermula daripada pendidikan awal kanakkanak.

1.3 Pernyataan Masalah Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan dalam membentuk modal insan yang berpengetahuan, yakin diri serta berdaya saing, maka adalah penting agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawan diberi perhatian bermula dari peringkat sekolah rendah. Ini adalah kerana, pengetahuan asas yang jelas

dalam bidang keusahawanan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dengan lebih efektif dan praktikal. Oleh itu, satu kajian mengenai tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah rendah perlu dijalankan sebagai asas penanda aras pelaksanaannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh (Bakari, Hatta, & Mohamad, 2007), mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah sering diabaikan kerana faktor ianya bukan subjek peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Perkembangan dalam pendidikan keusahawanan serta penambahan dalam

peruntukan dan sumber dalam bidang tersebut telah meningkatkan minat pihak pemutus dasar dan para akademik berkaitan isu keberkesanan dan kecekapan program-program tersebut di samping usaha-usaha untuk mengenalpasti dan menyebarkan amalan-amalan terbaik yang telah dikenalpasti (Fayolle, Gailly, & Clerc, 2007). Selain itu, (Vesper & Gartner, 1997) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya terdapat 18 kriteria penilaian untuk program pendidikan keusahawanan, manakala (Block & Stumpf, 1992) dan (Iredale, 2002) telah menekankan tentang kepentingan untuk mengambil kira kesan jangka panjang (delayed effects) dalam penilaian terhadap program-program tersebut. Penilaian impak program yang berdasarkan kepada pencapaian objektif semata-mata adalah merupakan satu penilaian yang cetek dan boleh mengelirukan (Pin, Jamil, & Norasmah, 2009). Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Keusahawanan terhadap muridmurid. Adakah perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan keusahawanan oleh guru sekurang-kurangnya berjaya menimbulkan minat, mengubah sikap dan aspirasi murid terhadap bidang keusahawanan? Selain itu adakah

pengetahuan, dan kemahiran keusahawanan juga telah berjaya disemai dalam kalangan murid? Orientasi dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh beberapa faktor diri dan alam sekitar (Luthje & Franke, 2003). Kajian telah menunjukkan kepentingan aspek sosial dalam aktiviti-aktiviti keusahawanan di persekitaran mereka (Begley, Tan, Larasati, Rab, & Zamora, 1997). Ini terutamanya ditunjukkan melalui hubungan di antara tokoh usahawan dalam keluarga dengan kecenderungan murid yang memilih untuk bekerja sendiri di masa hadapan (Matthews & Moser, 1995). Pendidikan keusahawanan telah diintegrasikan dalam sistem pendidikan dan meninggalkan kesan positif terhadap murid. Didapati bahawa pendidikan keusahawanan telah berjaya menimbulkan kesedaran dan mengubah sikap serta persepsi murid kepada lebih positif terhadap bidang keusahawanan. Namun begitu kajian menunjukkan bahawa guru (terutama pada tahap awal pelaksanaan) belum dapat menghayati sepenuhnya tujuan, kandungan dan kaedah pelaksanaan yang khusus untuk pendidikan keusahawanan (Muhammad, 1994). Oleh itu kajian ini juga bertujuan untuk meninjau aspek kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah masing-masing.

1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti: 1. Tahap pelaksanaan pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah rendah sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. 2. Tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka terhadap pendidikan keusahawanan.

3. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian Persoalan yang ingin dikaji dalam kajian ini ialah; 1. Bagaimanakah tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah rendah sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor? 2. Bagaimanakah tahap kesediaan guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah? 3. Bagaimanakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pendidikan keusahawanan? 4. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan pendidikan keusahawanan di sekolah sekitar zon Petaling Utama?

1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan dengan hasrat data-data yang diperolehi menjadi satu maklumat penting dalam usaha untuk menaik tambah dan membaik pulih keperluan dalam merancang pembangunan pendidikan keusahawanan di sekolah-sekolah rendah. Selain daripada itu juga, maklumat kajian ini juga dapat memberikan senario sebenar tahap pelaksanaan pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah-sekolah rendah di sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor.

1.6.1 Guru Besar Melalui dapatan kajian, guru besar akan dapat menilai sejauh manakah tahap pelaksanaan pendidikan keusahawan di sekolah mereka. Melalui data-data kajian juga, secara tidak langsung guru besar boleh merancang pembangunan pendidikan keusahawan dengan lebih bersepadu lagi.

1.6.2 Ketua Panitia Dapatan kajian boleh digunakan sebagai aras penanda bagi pelaksanaan pendidikan keusahawanan bagi Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Dengan itu, segala perancangan pembangunan pendidikan keusahawanan dapat diperbaiki atau di tambah nilai agar dapat mencapai matlamat utama pendidikan keusahawanan di sekolah rendah.

1.6.3 Guru Mata pelajaran Kemahiran Hidup Melalui kajian ini, secara tidak langsung membantu guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah rendah dalam merancang strategi dan kaedah yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka. Selain itu juga, dapatan kajian juga diharap dapat membantu guru-guru mata pelajaran dalam proses memahami matlamat pendidikan keusahawanan dengan lebih jelas.

1.7 Limitasi Kajian Kajian ini dijalankan ke atas semua guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) di sekolah-sekolah sekitar Zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak mudah. Menurut (Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof, & Abdul Rahim, 2010) persampelan rawak merujuk kepada prosedur persampelan yang mudah bagi memilih unit ataupun

responden. Oleh itu kaedah persampelan rawak mudah adalah sesuai dalam kajian ini, kerana pemilihan sampel adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup sekolah rendah sahaja. Manakala pemilihan sekolah juga dilakukan secara rawak di dalam lingkungan zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Sebanyak 20.buah sekolah kebangsaan telah dipilih daripada 43.buah sekolah yang berada di zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor dalam kajian ini.

1.8 Definisi Konseptual

1.8.1 Pelaksanaan / Implemetasi Implementasi atau pelaksanaan menurut (Laudon & P.Laudon, 2007), adalah merupakan semua aktiviti organisasi yang berhubungan dengan penggunaan, pengurusan dan rutin harian dari sebuah inovasi.

1.8.2 Keusahawanan Keusahawanan menurut (Gartner, 1989) ialah proses penciptaan sesebuah

organisasi. Menurut (Kuratko & Hodgetts, 1995) pula menhuraikan dfinisi keusahawanan sebagai penciptaan usaha niaga baru melalui empat dimensi utama iaitu, individu, organisasi, persekitaran dan proses yang dibantu oleh rangkaian kerjasama dalam kerajaan, pendidikan dan institusi. (Tan, 1983), membuat satu huraian berkenaan keusahawanan yang disifatkannya sesuai dengan konteks Malaysia. Beliau menyatakan usahawanan sebagai seorang yang mampu mengenalpasti dan mengambil peluang daripada perubahan ekonomi, menyediakan keperluan kewangan, bertanggung jawab dalam pengurusan dan

pengambilan risiko serta memperbaiki teknik pengurusan, strategi dalam lain-lain bidang yang berkaitan sejajar dengan perubahan teknologi.

1.8.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menurut (Shahabudin, Rohizami, & Mohd Zohir, 2007), pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Ianya bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Corak pengajaran juga banyak berubah dan akan terus berubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Keberkesanan pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Pembelajaran pula merupakan aktiviti mental, fizikal atau rohani kepada diri pelajar itu sendiri. Ianya adalah proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka supaya berkembang secara berterusan dan tekal serta mempu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi bagi kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Di dalam bab ini, pengkaji membincangkan beberapa pendapat dan dapatan dari beberapa kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan keusahawanan di sekolah-sekolah serta beberapa aspek yang berkaitan dengan pendidikan keusahawanan. Tumpuan bab ini adalah lebih tertumpu kepada aspek kepentingan dan pembangunan pendidikan keusahawanan, Kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pengajaran serta pembelajaran pendidikan keusahawanan dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR), dan faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan secara efektif oleh guru. Pemilihan topik-topik ini adalah kerana ianya mempunyai rangkaian perkaitan terhadap tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah rendah.

2.2 Kepentingan dan pembangunan pendidikan keusahawanan. Semenjak merdeka sehingga kini, sistem pendidikan merupakan satu instrumen yang terus dijadikan wadah utama dalam usaha memenuhi tuntutan semasa dan akan datang

dalam pembangunan negara dan bangsa. Rentetan perubahan global dan persekitaran menuntut dasar pendidikan negara yang mantap, mempunyai ketahanan dalam keadaa pendidikan yang berubah-ubah. Perubahan dan perkembangan yang begitu pantas memerlukan tindakan yang pantas bagi pihak-pihak berkaitan untuk menilai semula sistem pendidikan agar ia sejajar dan relevan dengan keperluan semasa. Mahu atau tidak mahu, apa yang pasti perubahan tetap berlaku. Jika tidak, negara akan ketinggalan jauh dan sukar untuk kita mencapai sasaran yang dicitakan dalam Wawasan 2020. Pada zaman lalu, pendidikan keusahawanan merupakan satu perkara yang kurang diambil perhatian dalam pendidikan secara formal. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya telah berlaku pada akhir tahun 1970-an, apabila berlakunya krisis ekonomi yang membawa pertambahan bilangan pengangguran. Sejak itu, menurut (Nelson & Neck, 1982) perhatian terhadap pendidikan keusahawanan telah mula berkembang, terutama agensi kerajaan kerana program ini banyak membantu membangunkan ekonomi negara. Dalam hal ini, pembangunan yang dimaksudkan dalam erti yang luas ialah satu proses yang menyebabkan negara miskin menjadi kaya dan kadang-kadang negara kaya menjadi lebih kaya (Berger, 1990; Hazil, 1990). Pembangunan juga boleh memberi maksud kepada berlakunya satu pengurangan yang progresif, penghapusan kepada kebuluran, penyakit kejahilan dan ketidaksamaan. Pembangunan sesebuah negara boleh diperoleh melalui program pendidikan, seperti program pendidikan keusahawanan. Dari pernyataan di atas, terbukti bahawa pendidikan keusahawanan dan pembangunan negara mempunyai kaitan yang rapat kerana pendidikan kerap kali digunakan untuk membangunkan sesebuah negara. Pandangan ini disokong oleh

(Goulet, 1978; Hazil, 1990 dan Harris, 1993), apabila mereka berpendapat bahawa pendidikan keusahawanan penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana

kemampuannya dalam meningkatkan bilangan usahawan memainkan peranan penting dalam menggerakkan aktiviti ekonomi sesebuah negara. Andaian ini dibuat berdasarkan kepada tanggapan bahawa usahawan bukan sahaja dilahirkan sebagai seorang usahawan tetapi usahawan juga boleh dibentuk melalui latihan dan pendidikan (Casson, 1982; Singh, 1985; Hisrich & Peter, 1989; Ahmad, 1985; Kuratko, 1989). Menurut (Hazil, 1990), sistem pendidikan selalu berhubung rapat dengan masyarakat dan kebudayaan satu-satu kawasan. Masalah yang timbul dalam masyarakat harus diambil perhatian dalam pembentukan sistem pendidikan. Keadaan ini terdorong kerana pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara serta peningkatan taraf hidup sesuatu bangsa. Menurut (Humam, 1992), pendidikan dan latihan keusahawanan dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan kaum Bumiputera di Malaysia. Hasrat ini cuba dimurnikan dengan terciptanya DEB pada tahun 1970. Melalui DEB, bilangan usahawan dalam kalangan kaum Bumiputera diharap akan meningkat. (Mescon, 1987), dalam kajian terhadap lima program pendidikan keusahawanan bagi golongan minoriti mendapati program ini berupaya memupuk minat keusahawanan kepada mereka dan secara tidak langsung juga berupaya meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sebagai contoh, kajian beliau menunjukkan pertambahan golongan berkulit hitam (41%) menceburi bidang perniagaan berbanding golongan Hispanic (39%) setelah menyertai program pendidikan ini. Pembangunan modal insan dalam bidang keusahawanan adalah sangat penting bagi menghadapi cabaran yang kompetetif dalam ekonomi global yang mana turut dipacu oleh faktor-faktor inovatif. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan salah satu daripada mata mata pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Negara.

Penggubalan

tersebut

bertujuan

untuk

meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif serta pembentukkan pelbagai jenis tenaga kerja yang berkait rapat dengan perkembangan teknologi dan ekonomi negara. Pendidikan keusahawanan yang ideal haruslah boleh mendorong kewujudan semagat keusahawanan dalam sanubari murid serta menanam ciri-ciri keusahawanan (Nor Aishah & Moi, 2002). Pendidikan keusahawanan juga sesuai dimulakan kepada murid pada usia yang muda kerana perubahan sikap terhadap keusahawanan jelas berlaku pada murid yang lebih muda dalan kajian (Hatten & Ruhland, 1995). (Kent, 1990) dan (Pitman, 1988) menerangkan bahawa ilmu keusahawanan yang boleh diajar boleh dibahagikan kepada bahagian konsep keusahawanan dan bahagian kemahiran keusahawanan. Beliau juga menegaskan bahawa fokus pendidikan keusahawanan mesti boleh menggalakkan murid menganalisis alternatif dan melihat semua kemungkinan yang wujud, dan menggelakkan murid daripada mendapatkan jawapan tunggal. Menurut (Maranville, 1992), terdapat tiga aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam penggubalan kurikulum pendidikan keusahawanan iaitu kefahaman tentang peranan usahawan, fungsi keusahawanan dan memperlihatkan perbezaan peranan usahawan dan prinsip inovasi melalui sejarah perkembangan ekonomi. (Zakaria, 1998) mencadangkan kurikulum pendidikan keusahawanan yang digubal haruslah lebih menekankan aspek pembangunan nilai intrinsik manusia jika dibandingkan dengan aspek teknikal pengurusan yang sewajarnya merupakan sebahagian kecil sahaja tetapi penting bagi menimbulkan unsur cabaran. Pembangunan nilai intrinsik manusia juga bererti membangunkan diri murid dari segi mental, emosi, dan sahsiah supaya minat dan motivasi murid terhadap kerjaya usahawan ini dapat dipertingkatkan secara berkesan dalam sanubari mereka.

Salah satu komponen teras yang terdapat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah Perniagaan dan Keusahawanan. Komponen teras ini dapat mendedahkan dan membekalkan para murid dengan pelbagai pengetahuan serta kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian. Murid dibekalkan dengan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan, jual beli dan konsumerisme. Malah kurikulum pendidikan keusahawanan yang digubal dengan teliti akan melahirkan usahawan yang boleh mengawal kehidupan dan persekitarannya (Shahrin & Herdy, 2009).Usahawan adalah orang yang mempunyai matlamat hidup, daya usaha dan penuh bersemangat. Inilah ciri-ciri peribadi yang perlu ditanamkan kepada setiap murid. Pendidikan komponen keusahawanan sepatutnya memberikan maklumat dan kebolehan mengenai nilai perseorangan dan kewarganegaraan kepada individu dan juga memberikan pendidikan vokasional yang lengkap untuk mengenalpasti kerjaya dalam masyarakat moden. Hal ini kerana, sekiranya melentur buluh biarlah daripada rebungnya supaya dapat melahirkan murid yang berminat dalam bidang perniagaan dan berjaya pada masa hadapan. Melalui pembelajaran ini, murid akan didedahkan dengan suasana kehidupan seharian yang melibatkan masyarakat sekeliling. Menurut (Ab. Aziz, 2003), tahap pembelajaran dan pendidikan akan mempengaruhi peringkat pembangunan keusahawanan. Kejayaan atau kegagalan syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperoleh, secukup mana maklumat diperoleh dan bagaimana maklumat digunakan dalam membuat keputusan berkaitan dengan aktiviti keusahawanan yang dijalankan. Usahawan yang sensitif kepada perubahan maklumat akan berusaha memperbaiki dan mengambil iktibar daripada apa jua bentuk maklum balas yang diperoleh sama ada daripada kritikan orang lain atau kesan daripada kesilapan sendiri yang pernah

dilakukan. Pengambilan, pencarian dan penggunaan maklumat yang berkesan akan hanya dapat dilakukan jika usahawan peka dan bersedia untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pendidikan dan pembelajaran.

2.3 Pendidikan Keusahawanan dalam Pembangunan Negara Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia perlu melahirkan seberapa ramai yang mungkin golongan usahawan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi. Bagi melahirkan usahawan yang berwibawa, memerlukan latihan dan bimbingan yang sewajarnya untuk menanamkan sifat-sifat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang usahawan. Bimbingan dan latihan dalam bidang pendidikan keusahawanan adalah perlu bagi melahirkan usahawan yang berjaya. Pengkaji-pengkaji seperti (Ronstadt, 1985), (Humam, 1992) dan (Badrul Hisham, 1995) telah melaporkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pendidikan keusahawanan dengan kejayaan usahawan. Masing-masing telah bersetuju bahawa usahawan boleh dibentuk melalui pendidikan. Pendapat ini turut disokong oleh (Kent, 1990) yang mengatakan bahawa pendidikan yang berkesan di sekolah boleh mengenal pasti dan membentuk kanakkanak yang mempunyai potensi atau ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan. Terdapat beberapa model pendidikan keusahawanan yang dikemukan mengatakan bahawa pendidikan keusahawanan perlu diterapkan seawal usia muda. Model keusahawanan yang dikemukakan oleh National Center for Research in Vocational Education (NCRVE) misalnya menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan adalah

suatu proses sepanjang hayat yang melalui lima peringkat. Peringkat pertama hingga ketiga akan berlaku di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Manakala peringkat keempat dan kelima adalah merupakan pengalaman sebenar di mana murid itu telah mula bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri hinggalah proses memantapkan perniagaan mereka. Begitu juga dengan model yang dikemukan oleh (Miller, 1983) yang juga melalui lima peringkat pendidikan keusahawanan. Model Miller ini menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan perlu bermula di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah yang memperkenalkan kemahiran keusahawanan pada peringkat asas serta idea-idea berkaitan dengan keusahawanan. Pada peringkat asas ini, murid akan diterapkan dengan nilai-nilai kepimpinan dan motivasi keusahawanan.

2.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Keusahawanan Pemahamam proses pembelajaran berkaitan keusahawanan amatlah penting. Kita tidak akan dapat mengetahui dengan tepat bagaimana usahawan sebenarnya belajar, dan apakah proses pembelajaran yang terlibat dengan pembentukan sesuatu perniagaan itu selalunya difahami dengan amat lemah sekali. Terdapat satu keperluan baru untuk mengubah fokus daripada merekodkan kejayaan seseorang usahawan kepada isu utama dalam proses pembelajaran dan pembentukan usahawan. Pembelajaran akan merekodkan proses di mana manusia mendapat kemahiran, ilmu pengetahuan, tabiat dan sikap, kemudian menukarkannya apabila sesuatu tingkah laku telah diubahsuai. Ataupun pembelajaran mungkin terjadi apabila usahawan telah dapat memenuhi hasratnya atau bertingkah laku dalam cara yang diinginkan. Pembelajaran juga boleh terjadi dengan mengalami sesuatu dan ini dikenali sebagai pembelajaran melalui pengalaman. (Watson & Harris, 1999) menegaskan bahawa manusia seterusnya

belajar melalui proses pemahaman, perbuatan, percubaan dan penjelasan semula sesuatu pengalaman mereka dalam melengkapkan proses pembentukan tingkah laku. Untuk mengurangkan jumlah usahawan yang gagal, satu pemahaman bagaimana usahawan belajar adalah penting. Keinginan untuk membantu penubuhan perniagaan baru supaya terus wujud dan berkembang hendaklah dimulakan dengan kaedah yang sesuai dalam proses pembelajaran keusahawanan mereka (Zaidatol, Abd.Rahim, & Mohd Majid, 2002). Tidak dapat disangkal lagi kebanyakkan bantuan yang diberi untuk usahawan memulkan perniagaan ialah dengan menyediakan rancangan perniagaan. Memang betul melalui rancangan perniagaan bakal usahawan dapat belajar tetapi perlu diingat kadangkadang perniagaan yang diceburi berkembang dengan cara yang berbeza-beza, jadi rancangan perniagaan itu perlulah usahawan fleksibel. terlalu Perkara bergantung ini kadang-kadang rancangan

membimbangkan

sekiranya

dengan

perniagaannyasehingga rasa takut untuk mengubah strategi di luar persekitaran perniagaan yang begitu dinamik ini. Jadi untuk meningkatkan keupayaan usahawan belajar supaya dapat menghasilkan nilai tambah dalam perniagaan mereka, cara belajar perlulah diolah semual supaya bersesuaian dengan keperluan semasa.

2.4.1 Strategi Pembelajaran Pendidikan Keusahawanan Untuk menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajarannya, mereka hendaklah dimotivasikan dan pastikan mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk terlibat dalam strategi pembelajaran yang serius. Dengan sebab itu murid perlu digalakkan untuk berusaha belajar melalui regulasi kendiri. Regulasi kendiri ialah satu proses pembelajaran dimana murid mengaktifkan dan mengekalkan keupayaan kognitif, tingkahlaku dan afektif secara sistematik serta bergerak untuk mencapai matlamat

pembelajarannya. Mereka yang mengamalkan kaedah ini akan dapat dikategorikan sebagai murid yang aktif secara metakognitif, bermotivasi dan bertingkah laku aktif dalam pembelajarannya (Zaidatol Akmaliah, 2007). Proses metakognitif ini termasuklah membuat perancangan strategik dan pemantauan kendiri. Bermotivasi pula melibatkan pelajar yang mampu memulakan aktiviti pembelajaran sendiri dan memaparkan daya usaha dan ketekunan sehingga aktiviti pembelajaran selesai. Proses pembelajaran regulasi menurut (Zaidatol Akmaliah, 2007) banyak bergantung kepada persepsi murid atau keyakinan seseorang bahawa ia berkemampuan atau tidak melaksanakan sesuatu tugas.

Murid/ Usahawan mendapat pengalaman baru

Adakah maklumat cukup untuk menjelaskan pengalaman?

Aktiviti mental dilaksanakan (pemikiran di peringkat keseimbangan)

Tidak, maklumat tidak mencukupi

Struktur taakulan dan pengetahuan diubahsuai untuk menjalani ketidakseimbangan Aktiviti mental dilaksanakan (pemikiran di peringkat keseimbangan)

Adakah pengetahuan mencukupi?

Rajah 1:Kerangka Konsep Proses Regulasi Kendiri Dalam Proses Pengajaran-Pembelajaran Keusahawanan (Zaidatol Akmaliah, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Keusahawanan, 2007, pg183)

2.4.2 Pembelajaran Bermakna Terdapat permintaan untuk menjadi lebih fleksibel dalam membentuk pendidikan masa depan dan keperluan untuk murid membentuk kemahiran belajar dan keupayaan untuk memindahkan apa yang dipelajari kepada situasi baru. Situasi baru dan lebih kompleks akan wujud maka proses, konsep pengajaran dan pembelajaran juga perlu berubah. Pembelajaran itu sendiri dilihat sebagai satu proses perubahan, yang bukan sahaja melibatkan keupayaan intelek tetapi juga melibatkan kemahiran peribadi, sosial dan perubahan praktikal. Sebenarnya kualiti dalam pembelajaran murid wujud daripada cara sesuatu kursus itu dibentuk, diajar dan dinilai supaya pembelajaran mendalam diwujudkan. Pembelajaran mendalam yang berkualiti berfokuskan pembentukan pembelajaran yang bermakna di mana murid berupaya untuk menghubungkait ilmu baru dengan pengalaman terdahulu, dan akhirnya menstruktur maklumat. Pembelajaran bermakna selalunya dikaitkan dengan pembelajaran lepas. Pembelajaran ini terjadi apabila tiga syarat berikut wujud: satu set pembelajaran yang bermakna, pembelajaran ilmu sebelum yang relevan dan kesedaran bahawa ilmu yang akan dipelajari juga relevan (Zaidatol Akmaliah, 2007). Pembelajaran yang relevan akan terjadi apabila murid telah dapat menguasai konsep asas yang telah dipelajari melalui pengajaran secara langsung. Guru perlu mengajar menggunakan situasi yang biasa dengan murid supaya asimilasi tentang apa yang telah terjadi diperolehi dan ini akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Murid mempunyai stail pembelajaran yang berbeza-beza, sebab itu guru perlu menggunakan set panduan berikut untuk memilih kaedah pengajaran. Perlu diingat

bahawa penguasaan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang berbeza akan melengkapi stail pembelajaran murid yang berbeza-beza. Murid belajar dengan baik melalui pelbagai aktiviti. Salah satu cara ialah melalui pendekatan aktif yang melibatkan murid melihat, mengumpul, meramal, mengkaji, menerang dan mentafsir. Semua ini dikaitkan dengan kaedah hands-on,minds-on, penerokaan terpimpin dan inkuiri terbuka seperti yang digambarkan dalam filosofi constructivism berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Kesediaan guru dalam menyedia dan melaksana pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja. (Gibb, 1993) menyatakan bahawa proses pengajaran keusahawanan harus menekan bagaimana daripada apa. (Timmons, 1997), (Brenneke, 1990) dan (Klandt, 1993) menjelaskan aspek-aspek dalam mengurus dan mencipta sesuatu perniagaan tidak boleh dinilai melalui cara pengajaran konvensional seperti pembacaan, perkuliahan dan menonton filem. Pendekatan konvensional merupakan cara yang berkesan dalam membekalkan pengetahuan tentang keusahawanan dan beberapa aspek mekanikal tentang penubuhan perniagaan kepada murid. Tetapi bagi pengetahuan jenis kesedaran, motivasi dan kriteria-kriteria tertentu hanya dapat disemai apabila murid-murid mempunyai pengalaman dan melibatkan diri dalam proses mencipta sesuatu perniagaan yang baru melalui kaedah pengajaran rundingan dan kaedah bekerja dengan usahawan. Kedua-dua kaedah ini adalah antara kaedah yang terbaik dalam merangsangkan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan murid dan diikuti oleh kedah pengajaran simulasi, kajian kes, main peranan, kertas kerja atau tesis dan menulis rancangan perniagaan (Nor Aishah & Moi, 2002).

Selain itu, menurut (Pitman R. , 1988), mendapati bahawa kesediaan guru dan pendekatan pengajaran yang sesuai mempunyai hubungkait yang tinggi dengan tahap motivasi murid, tahap pencapaian akademik dan persepsi keseluruhan keberkesanan pengajaran. (Good, 1983) dalam kajiannya, mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah. Di samping itu, seorang guru yang berkesan perlu menguasai pengetahuan isi kandungan subjek yang diajarkan dan pengetahuan pedagogi berkaitan dengan subjek tersebut. (Hashweh, 1985) pula, mendapati penguasaan guru terhadap isi kandungan yang hendak diajarkan akan mempengaruhi proses transformasi kurikulum yang dilakukan oleh guru-guru di dalam kelas, ini dapat dilihat dari segi pengubahsuaian bahan atau isi kandungan yang tercatat dalam buku teks serta perwakilan-perwakilan yang guru-guru gunakan dalam menerangkan sesuatu konsep dan prinsip. (Shulman, 1987) dan (Lilia, 1997) pula menjelaskan kepentingan seseorang guru dalam menguasai pengetahuan pedagogi berkaitan dengan subjek yang hendak diajarkan. Pengetahuan pedagogi akan membantu guru-guru mengubah suai kefahaman mereka mengenai isi kandungan tersebut kepada bentuk-bentuk pedagogikal yang baik serta bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang murid. Pengetahuan jenis ini juga dikatakan bertindak sebagai peta konseptual atau panduan kepada guru-guru dalam membuat keputusan tentang pengajaran, ini termasuk objektif yang hendak dicapai, pemilihan kaaedah pengajaran yang sesuai dan jenis latihan yang harus diberikan dalam sesuatu pengajaran. (Lilia & Norlena, 2000) menambah bahawa guru yang lemah dari segi pengetahuan pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang lebih bersifat tradisional iaitu guru-guru hanya berkuliah dan murid belajar secara hafalan. Guru juga akan kurang berupaya mengesan salah tanggapan murid tentang konsep.

Selain itu, (Ryan & Cooper, 1998) serta (Sharifah, 1983), bersetuju bahawa guru yang berkesan adalah guru yang menunjukkan sikap yang positif terhadap subjek yang diajar. Kajian yang dilakukan oleh (Ryan, 1980) menyatakan bahawa guru-guru yang efektif menunjukkan tingkah laku seperti berminat terhadap murid dan pengajaran, bersemangat tinggi, terbuka, riang dan memberi galakan kepada murid. (Wiseman, Cooner, & Knight, 1999) pula merumuskan bahawa seorang guru yang baik perlu memiliki ciri-ciri seperti berminat terhadap pembelajaran murid, mempunyai pengetahuan tentang subjek yang diajar serta mengetahui kaedah pengajaran yang terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid, berkebolehan untuk mengurus dan mengawal pembelajaran murid, mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah selain mengajar. Selain itu, (Peters, C.W, & G.F, 1963) menegaskan bahawa satu pengajaran yang baik bergantung kepada faktor pengetahuan yang dikuasai oleh guru dan kesesuaian kaedah yang digunakan. Jesteru itu, adalah perlu untuk memastikan bahawa guru-guru Kemahiran Hidup (KHSR) mempunyai kesediaan dari segi pengetahuan, pedagogi dan sikap apabila mereka disarankan untuk mengajar pendidikan keusahawanan dalam Kemahiran Hidup (KHSR).

2.5

Faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah. Menurut (Shahrin & Siti hasmah, 2010), usaha untuk menerapkan ciri

keusahawanan dalam pembelajaran kini tidak boleh bergantung kepada sukatan pelajaran sahaja. Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam mendorong semangat keusahawanan seperti mana yang dinyatakan bekas perdana menteri kita. Guru perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menerapkan ciri keusahawanan. Guru perlu kreatif dalam menarik minat murid terhadap keusahawanan. Cabaran pendidikan kini menuntut guru atau pendidik melipat gandakan usaha, melengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang relevan dengan perubahan. Guru harus mempersiapkan minda untuk menerima perubahan besar dan bersifat meneroka (Musa, 1992). Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan seharusnya dapat meransang dan mengembang minda murid serta menarik minat murid ke arah keusahawanan. Menurut kajian yang dilakukan oleh (Zaharuddin, 1995), ilmu pengetahuan itu tidak semestinya diperolehi secara pendidikan formal tetapi juga boleh dijana melalui sumber yang berwibawa seperti menyertai aktiviti berkaitan, mengumpul pengalaman lalu dijadikan pengetahuan baru. (Razak, 1993) pula menyatakan bahawa, guru kurang pendedahan kepada ilmu-ilmu terbaru dan guru tidak boleh cepat berpuas hati dengan ilmu yang sedia ada. Jadi guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka supaya seiring dengan sistem pendidikan yang kerap berubah kerana kesan peredaran zaman. Dalam rangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) jelas menyebut tentang corak modal insan yang perlu dilahirkan serta ciri keusahawanan yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan. Tuntutan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) ini membuktikan guru-guru perlu bersedia dengan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan selain daripada memantapkan pengetahuan dalam bidang atau pengkhususan masing-masing. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh (Siti Hasmah, 2008), faktor pengetahuan merupakan faktor penghalang dalam usaha menerapkan ciri keusahawanan dalam

pengajaran. Dapatan ini bertentangan dengan apa yang diperlukan oleh sistem pendidikan negara sepertimana yang terancang dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha mencari ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan supaya faktor pengetahuan dalam bidang keusahawanan bukan lagi faktor penghalang di masa akan datang. Menurut (Ee.Ah Meng, 1996), minat berkait rapat dengan desakan motif dan gerakbalas emosi hasil pengalaman. Ini menunjukkan bahawa minat guru terhadap bidang keusahawanan boleh disemai dalam keadaan yang mendesak guru-guru mencari ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan.

2.6 Kerangka konsepsual kajian

Matlamat Pendidikan adalah ke arah keseimbangan antara: Pendidikan Keusahawanan 1. 2. 3. 4. Kemahiran dan kreativiti Individu dan kumpulan Kebendaan dan kerohanian Keuntungan dan keinsanan Pelaksana (guru)

Kesediaan Melahirkan modal insan Aspek Pengetahuan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Mempengaruhi

Aspek Kemahiran

Aspek Sikap Objektif Pengajaran & Pembelajaran Masalah wujud Kewujudan Budaya Keusahawanan Perubahan Sikap Murid Berlaku

Rajah 2.6.1 : Kerangka Konseptual Kajian Kajian yang dilakukan akan tertumpu kepada tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Pengkaji menetapkan tiga aspek kesediaan guru berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Jelas sedia maklum bahawa pendidikan keusahawan memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek kemahiran, kreativiti, individu atau kumpulan, kebendaan dan kerohanian serta keuntungan dan keinsanan.Guru pula memainkan peranan penting sebagai pelaksana, menyampaikan maklumat dan membimbing murid mencapai matlamat pendidikan keusahawanan. Untuk melaksana, guru perlu bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap matlamat yang ingin dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini penting kerana kesediaan yang guru mantap akan menghasilkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, maka secara tidak langsung objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, pewujudan budaya usahawan berlaku serta perubahan sikap dalam kalangan murid dapat dilihat.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan yang mana dijalankan ke atas guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah di sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) oleh guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolahsekolah rendah. Menurut (Van Dalen, 1979), kajian deskriptif menerangkan fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau media-media lain. Manakala jenis kajian tinjauan menurut (Sulaiman Ngah, 1996), menyatakan bahawa kajian tinjauan merupakan kajian terhadap perkara yang sedang berlaku. Kaedah ini melibatkan pengumpulan data-data, menjadual data-data, membuat interpretasi, membuat perbandingan dan merumus generalisasi.

3.3 Tempat Kajian Kajian ini dijalankan di sekitar sekolah-sekolah rendah dalam kawasan pentadbiran Pejabat Pelajaran Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Sejumlah 20

buah sekolah kebangsaan telah dipilih daripada 43 buah sekolah kebangsaan di zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor.

3.4 Populasi dan sampel kajian Menurut (Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof, & Abdul Rahim, 2010), tugas utama dalam proses persampelan adalah pemilihan sampel daripada populasi yang didefinisikan. Semakin kecil saiz populasi, semakin rendah ketepatannya. Namun, saiz kurang penting berbanding perwakilan. (Sidek, 2002) pula berpendapat bahawa, terdapat dua isu penting yang perlu diberi perhatian berkaitan penggunaan sampel dalam pengkajian. Isu pertama adalah berkaitan dengan kecukupan, iaitu adakah bilangan sampel yang dipilih mencukupi untuk membuat generalisasi dan isu yang kedua ialah berkait dengan perwakilan. Isu perwakilan ini berkait dengan adakah bilangan sampel benar-benar mewakili populasi yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih sekolah-sekolah kebangsaan yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama sebagai populasi kajian. Sebanyak 43 buah sekolah kebangsaan berada didalam lingkungan zon Petaling Utama. Bagi tujuan persampelan pula, pengkaji telah memilih secara rawak sebanyak 20 buah sekolah, yang mana membabitkan seramai 100 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup (KHSR). Pengkaji kemudiannya merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel (Krejcie & Morgan, 1970) untuk menentukan saiz sampel seperti dalam Jadual 1. Berdasarkan jadual tersebut, jumlah sampel yang sepatutnya digunakan oleh pengkaji adalah seramai 80 orang.

N 20 40 60 80 100 120 140

S 19 36 52 66 80 92 103

Nota : N ialah saiz populasi, S ialah saiz sampel Jadual 3.4.1:Jadual Krejcie, R. V and Morgan D. W. Yang menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel daripada populasi. (Krejcie, R. V and Morgan D. W. Determining sampel Size For Research education and Psychological Measurement, 1970, 30, 607-610)

3.5 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian tinjauan ini adalah satu set borang soal selidik. Soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat atau data berdasarkan kepada perkara-perkar berikut: a. Data yang diperolehi melalui kaedah soal selidik adalah lebih tepat kerana responden lebih berani memberikan tindakbalas terhadap aspek yang dikaji berbanding dengan temuduga atau temubual. b. Masa, tenaga dan kos perbelanjaan kajian dapat dijimatkan dengan menggunakan kaedah ini. Menurut (Sulaiman Ngah, 1996), soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk memperolehi maklumat. Soal selidik mempunyai kebaikan dibandingkan dengan cara-cara yang lain alam usaha pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat kualitatif dan kuantitatif. Borang soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan dengan aspek demografi responden. Bahagian B pula, adalah berkaitan dengan tahap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah yang mana meliputi aspek kesediaan guru dari faktor pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Pengukuran yang digunakan untuk mengenalpasti tahap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) melalui kajian tinjauan ini ialah dengan menggunakan skala sikap dengan menggunakan kaedah skala Likert. Menurut (Sulaiman Ngah, 1996), skala sikap sesuai digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau kepercayaan seseorang atau sesuatu kumpulan masyarakat

terhadap satu-satu kajian. Langkah pertama menggunakan kaedah ini ialah dengan mengumpul beberapa pernyataan yang bersabit dengan aspek-aspek yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, pernyataan-pernyataan yang disediakan diubahsuai dari kajian yang lepas. Skala yang digunakan ialah menggunakan angka 1, 2, 3, 4, dan 5 yang mana 1 bermakna sangat tidak setuju, 2 bermakna kurang setuju, 3 bermakna tidak pasti, 4 bermakna setuju dan 5 bermakna sangat setuju.

3.6 Kajian Rintis Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada responden, satu kajian rintis telah dijalankan. Pengkaji menggunakan Ujian Alpha Cronbach dalam pakej SPSS sebagai instrumen kajian bagi mengukur kebolehpercayaan item dalam soal selidik dan diukur dengan mengikut kriteria daripada Jadual 2 berikut:

Skala 0.0 0.2 0.2 0.8 0.8 1.0

Nilai Kebolehpercayaan Item Rendah (Ubah kesemua item) Sederhana (Ubah sebahagian item) Tinggi (Item boleh diterima)

Jadual 3.4.2: Pekali Alpha Cronbach Bagi kajian ini, seramai 10 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup telah dipilih dalam kajian rintis. Kesemua mereka tidak terlibat dalam kajian sebenar. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan, didapati nilai pekali Alpha adalah pada 0.857. Mengikut Best & Kahn (1986), nilai pekali Alpha Cronbach yang melebihi 0.6 boleh dianggap mencukupi untum menerima kebolehpercayaan item

tersebut. Bagi kajian ini, nilai Alpha yang diperolehi adalah berada pada skala kebolehpercayaan yang tinggi.

3.7 Prosedur Kajian Bagi melancarkan proses kajian yang dilakukan serta mendapat maklumbalas yang baik, pengkaji telah merangka prosedur kajian. Tujuan prosedur kajian adalah untuk mengelakkan pertambahan kos, masa dan kesilapan sewaktu menjalankan kajian. Berikut adalah aturan prosedur kajian yang telah dirangka. i. Memohon kebenaran ke Bahagian Perancangan dan Pengkajian dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. ii. iii. Memohon kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Mendapatkan kebenaran dari pihak Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian. iv. v. Melakukan kajian rintis Melakukan analisis ke atas set soal selidik bagi kajian rintis dan membuat pembetulan jika perlu. vi. Mengedarkan borang soal selidik dan memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan kajian dan cara menjawab soal selidik kepada responden. vii. viii. ix. Mengumpul data. Membut analisis ke atas data kajian. Membuat kesimpulan dan rumusan hasil kajian.

3.8 Analisis Data Menurut (Bhasah, 2007), analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data serta prosedur statistik. Analisis data dibuat berdasarkan soalan kajian yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Bagi kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Pengkaji menggunakan analisis deskriptif. Statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai akan digunakan untuk meringkaskan maklumat sampel yang terlibat dalam menentukan tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Untuk memudahkan pengkaji membuat analisis, setiap item dikelaskan mengikut objektif kajian dan dicatatkan peratusan, min dan sisihan piawai sebelum rumusan dilakukan. Setiap pilihan jawapan dikodkan semula daripada lima pilihan kepada tiga pilihan sahaja seperti dalam Jadual 3. Jawapan bagi skor 1 dan 2 dikategori sebagai tidak setuju, skor 3 tidak pasti dan seterusnya skor 4 dan 5 sebagai setuju. Selepas dikodkan semula jawapan dari responden barulah pengkaji dapat menganalisis data tersebut dengan berkesan.

Skala 1 2 3 4 5

Pengelasan Skala Likert Amat Tidak Setuju

Pengkelasan Skala Tiga Mata Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Setuju Amat Tidak Setuju Tidak Pasti

Jadual 3: Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata

4.0 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan Bab ini memfokuskan kepada analisis data hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Analisis data dibuat secara deskriptif. Dapatan kajian ditunjukkan dalam jadual. Seramai 80 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah sekitar sekolah-sekolah kebangsaan di Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor telah dipilih sebagai responden dalam kajian. Pengkaji telah mengedarkan set borang soal selidik ke sekolah-sekolah yang dipilih berdasarkan jumlah bilangan guru mata pelajaran di sekolah-sekolah berkenaan. Jumlah keseluruhan set borang soal selidik yang dihantar bagi kesemua sekolah adalah sebanyak 100 set borang soal selidik. Set soal selidik dikumpulkan kembali selepas 3 hari diedarkan. Hasil daripada pungutan set soal selidik yang telah dikembalikan, sebanyak 80 set soalan telah dipilih secara rawak untuk dianalisis. Analisis data akan ditunjukkan berdasarkan 2 bahagian iaitu; A. Analisis data berdasarkan demografi responden B. Analisis data berdasarkan persoalan kajian Bahagian A, data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk taburan kekerapan dan peratusan, . Manakala analisis data berdasarkan persoalan kajian (Bahagian B), tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan ditunjukkan dalam bentuk taburan kekerapan, peratusan dan skor min. Penentuan tahap bagi empat aspek ini ditentukan melalui purata min.

4.2 Analisis data berdasarkan demografi responden. Bahagian ini menerangkan secara terperinci tentang demografi responden yang terlibat dalam kajian ini. Untuk mendapatkan maklumat responden secara terperinci, bahagian A dalam set soal selidik kajian ini lebih mengkhusus kepada maklumat latar belakang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) sekitar sekolah-sekolah kebangsaan zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Jadual 4.2.1 menunjukkan komposisi responden berdasarkan jantina. Seramai 80 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah telah terlibat dalam kajian ini.

Jadual 4.2.1 : Taburan Komposisi Responden Mengikut Jantina JantinaLelaki Perempuan Kekerapan 65 15 Peratus (%) 81.2 18.8

Jadual 4.2.1 menunjukkan komposisi responden mengikut jantina yang terlibat dalam kajian ini. Data menunjukkan seramai 65 orang (81.2%) adalah merupakan guru lelaki, manakala seramai 15 orang (18.8%) adalah terdiri daripada guru perempuan. Data menunjukkan tidak terdapat keseimbangan antara jumlah bilangan guru lelaki dan perempuan dalam kajian ini.

Jadual 4.2.2: Taburan Responden Berdasarkan Umur Umur 25 hingga 35 tahun 36 hingga 45 tahun 46 tahun ke atas Kekerapan 44 24 12 Peratus (%) 55 30 15

Jadual 4.2.2 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Seramai 44 orang responden (55%) adalah berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun. Manakala seramai 24 orang (30%) responden lagi adalah berumur dalam lingkungan 36 hingga 45 tahun. Hanya 12 orang (15%) responden yang terlibat dalam kajian ini berumur 46 tahun ke atas.

Jadual 4.2.3: Taburan Responden Mengikut Opsyen Pernyataan Guru Opsyen Guru Bukan Opsyen Kekerapan 54 26 Peratus (%) 67.5 32.5

Jadual 4.2.3 menunjukkan taburan responden berdasarkan opsyen yang diikuti sewaktu pengajian di Institut Latihan Perguruan atau di Universiti. Sebanyak 67.5% atau seramai 54 orang responden adalah terdiri daripada guru opsyen. Manakala sebanyak 32.5% atau seramai 26 orang responden adalah merupakan bukan guru opsyen Kemahiran Hidup.

Jadual 4.2.4: Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik Pernyataan Diploma Perguruan Malaysia Ijazah Perguruan/Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Ijazah Sarjana (Master) Ijazah Kedoktoran (Phd) Kekerapan Peratus (%) 48 32 0 0 60 40 0 0

Jadual 4.2.4 menunjukkan taburan responden berdasarkan kelayakan akademik. Seramai 48 orang responden (60%), adalah merupakan guru lepasan Diploma Perguruan Malaysia. Manakala seramai 32 orang responden lagi (40%) adalah merupakan guru lepasan Ijazah Perguruan dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Tiada responden yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (Phd) dalam kajian ini.

Jadual 4.2.5: Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar Pendidikan Keusahawanan (KHSR).

Pernyataan 1 hingga 5 tahun 6 hingga 10 tahun 11 hingga 15 tahun 16 tahun ke atas

Kekerapan 41 24 15 0

Peratus (%) 51.2 30 18.8 0

Jadual 4.2.5 menunjukkan taburan responden berdasarkan pengalaman mengajar pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Seramai 41 orang responden (51.2%)

mempunyai pengalaman mengajar pendidikan keusahawanan selama 1 hingga 5 tahun. Selain itu, seramai 24 orang (30%) responden berpengalaman selama 6 hingga 10 tahun. Manakala selebihnya iaitu seramai 15 orang (15%) responden mempunyai pengalaman yang lebih lama mengajar pendidikan keusahawanan iaitu dalam tempoh 11 hingga 15 tahun. Tiada responden yang mempunyai pengalaman mengajar pendidikan

keusahawanan (KHSR) lebih dari 16 tahun.

Jadual 4.2.6: Taburan Responden Yang Pernah Menghadiri Kursus/Latihan/Seminar Pendidikan Keusahawanan. Pernyataan Ya Tidak Kekerapan 18 62 Peratus (%) 22.5 77.5

Jadual 4.2.6 menunjukkan taburan responden yang pernah menghadiri kursus, latihan atau seminar pendidikan keusahawanan. Sebanyak 22.5% (18 orang) responden menyatakan bahawa mereka pernah menghadiri kursus, latihan atau seminar pendidikan keusahawanan. Namun begitu jumlah bilangan responden yang tidak pernah menghadiri kursus, latihan atau seminar pendidikan keusahawanan adalah lebih besar jurangnya, iaitu sejumlah 77.5% (62 orang).

Jadual 4.2.7: Taburan Responden yang Terlibat Dalam Pengurusan dan Perancangan Untuk Murid-Murid Tahun 6. Pernyataan Ya Tidak Kekerapan 45 35 Peratus (%) 56.3 43.8

Taburan responden yang terlibat dalam pengurusan dan perancangan untuk muridmurid tahun 6 ditunjukkan dalam jadual 4.2.7. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa seramai 45 orang (56.3%) responden adalah terlibat dalam pengurusan dan perancangan untuk murid-murid tahun 6, umumnya yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Selebihnya seramai 35 orang (43.8%) responden menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam pengurusan dan perancangan untuk murid-murid tahun 6.

Jadual 4.2.8: Taburan Responden Yang Meminati Pendidikan Keusahawanan Pernyataan Ya Sekadar yang difahami sahaja Tidak berminat Kekerapan 17 46 17 Peratus (%) 21.3 57.4 21.3

Jadual 4.2.8 menunjukkan taburan responden yang meminati Pendidikan Keusahawanan. Data yang diperolehi menunjukkan sebanyak 21.3% (17 orang) responden meminati pendidikan keusahawanan. Manakala sebanyak 57.5% (46 orang) menyatakan bahawa mereka hanya meminati pendidikan keusahawanan sekadar yang

difahami sahaja. Selain itu, sebanyak 21.3% (17 orang) menyatakan bahawa mereka adalah tidak berminat dalam pendidikan keusahawanan.

Jadual 4.2.9: Taburan Responden Yang Pernah Mengelola atau Mengurus Hari Keusahawanan Di Sekolah. Pernyataan Ya Tidak Kekerapan 52 28 Peratus (%) 65 35

Jadual 4.2.9 menunjukkan taburan responden yang pernah mengelola atau mengurus Hari Keusahawanan di sekolah mereka. Seramai 52 orang (65%) responden memberikan maklum balas bahawa mereka pernah terlibat dalam mengelola dan mengurus Hari Keusahawanan di sekolah mereka. Manakala seramai 28 orang (35%) responden lagi menyatakan bahawa mereka tidak pernah terlibat dalam urusan pengelolaan dan pengurusan Hari Keusahawanan di sekolah mereka.

Jadual 4.2.10: Taburan Responden Yang Mengusahakan Perniagaan Di luar Waktu Tugas Pernyataan Ya Tidak Kekerapan 15 65 Peratus (%) 18.8 81.2

Jadual 4.2.10 menunjukkan taburan responden yang mengusahakan perniagaan di luar waktu tugas mereka sebagai seorang pendidik. Data menunjukkan bahawa seramai 15 orang (18.8%) responden mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan perniagaan. Manakala seramai 65 orang (81.2%) responden pula

menyatakan bahawa mereka tidak mengusahakan perniagaan di luar waktu tugas mereka.

4.3 Analisis data berdasarkan persoalan kajian Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian berkaitan dengan kesediaan responden dalam aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam usaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Maklumat data adalah dalam bentuk taburan kekerapan, peratusan dan skor min. Penentuan tahap bagi aspek kesediaan dan permasalahan yang dihadapi oleh responden ditentukan melalui purata min.

Jadual 4.3.1: Analisis Item Berdasarkan Kesediaan Guru Aspek PengetahuanItem Pernyataan Kemahiran dan pengetahuan dalam menyediakan rekod pendapatan dan jualan adalah sangat penting. Komisen ialah bayaran yang diterima kerana menjual atau mengurus penjualan barang orang lain. Kaedah menyusun atur barang jualan yang kemas, 3 teratur, serta menarik perlu untuk menarik perhatian pelanggan. Pengetahuan mengenai kehendak dan keperluan 4 pengguna sekitar premis perniagaan perlu bagi merancang jenis barang dan perkhidmatan yang akan disediakan. 5 Internet juga adalah salah satu medium untuk memulakan perniagaan yang efektif Sebelum memulakan perniagaan, kajian awal risiko perniagaan perlu dijalankan. Promosi perlu bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat yang maksimum. Etika perniagaan adalah perkara utama yang perlu sentiasa diamalkan oleh peniaga. Bijak mengambil peluang, berani mengambil risiko 80 100% 80 100% 80 100% 80 100% 80 4.67 80 100% 4.47 5 6.25% TS TP S 80 100% 75 93.75% 80 100% Min

1

4.60

2

4.40

4.62

6

4.41

7

4.52

8 9

4.52 4.55

dan bijak mengambil peluang adalah salah satu ciriciri utama seorang usahawan. 10 Faktor dorongan dalaman perlu bagi memantap dan menjadi motivasi sebagai seorang usahawan. 2 2.5%

100%

78 97.5%

4.51

Purata Min = 4.52

Jadual 4.3.1 menunjukkan analisis item berdasarkan kesediaan guru dalam aspek pengetahuan. Data menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya berada pada tahap yang baik, iaitu berada pada purata min 4.52. Hampir keseluruhan item mencapai persetujuan yang tinggi kecuali item 10 yang mana hanya 78 orang (97.5%) responden menunjukkan persetujuan mereka.

Jadual 4.3.2: Analisis Item Berdasarkan Kesediaan Guru Dari Aspek Kemahiran Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Keusahawanan (KHSR) Di Sekolah Item Pernyataan Anda sering mempelbagaikan kaedah pengajaran 11 dan pembelajaran dalam pendidikan TS TP S Min

80 100%

4.4

keusahawanan (KHSR) di sekolah. Anda mengutamakan kefahaman yang jelas dan 12 aplikasi yang betul dalam pengajaran dan

80 100%

4.52

pembelajaran pendidikan keusahawanan Anda mengambil pendekatan yang logical dan 13 sistematik untuk sesuatu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran keusahawanan Anda 14 boleh menggunakan sumber luar 15 18.75% 10 12.5%

70 87.5%

4.42

(internet/seminar/jurnal) dalam pengajaran dan 25 pembelajaran pendidikan keusahawanan. 31.25%

40 50%

3.28

Anda 15

lebih

selesa

menggunakan

kaedah

tradisional (chalk and talk) dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan. Anda mewujudkan perkaitan isi pelajaran dengan

74 92.5%

6 7.5%

1.62

16

suasana sebenar alam keusahawanan secara glokal. Anda mengaitkan perkembangan teknologi

80 100%

4.33

17

semasa terhadap peluang-peluang perniagaan kepada murid-murid dalam pengajaran dan

80 100%

4.47

pembelajaran pendidikan keusahawanan. Anda mengamalkan sikap keterbukaan terkawal 18 terhadap semua murid-murid anda dalam 18 16 20% 46 57.5% 3.62

membentuk ciri-ciri keusahawanan mngikut corak 22.5% dan acuan mereka sendiri. Anda mementingkan pencapaian objektif dan hasil

19

pembelajaran sesuatu topik khususnya dalam pendidikan keusahawanan. Anda kerap menjalankan penilaian terhadap sikap, 27 33.75% 10 12.5%

80 100%

4.66

20

minat dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan murid anda.

43 53.75%

4.5

Purata Min = 3.88 Jadual 4.3.2 menunjukkan analisis item berdasarkan tahap kesediaan guru dari aspek kemahiran terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah. Berdasarkan data yang diperolehi, didapati secara keseluruhannya tahap kesediaan guruguru Kemahiran Hidup (KHSR) di sekitar sekolah-sekolah kebangsaan di Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor berada pada tahap yang baik iaitu pada purata min keseluruhan 3.88.

Jadual 4.3.3: Analisis Item Dari Aspek Sikap Guru Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Keusahawanan (KHSR) Di Sekolah Item Pernyataan Anda sering memotivasikan murid-murid yang cenderung untuk menjadi usahawan Anda berupaya menjalankan program 5 6.25% 6 7.5% 15 18.75% 10 12.5% TS TP S 80 100% 60 75% 64 80% Min

21

4.33

22

keusahawanan di sekolah Anda bersedia dan berupaya menjadi mentor

3.87

23

kepada

murid-murid

yang

cenderung untuk

4.02

menceburi bidang keusahawanan Penting bagi anda menilai ciri-ciri keusahawanan 24 dalam kalangan murid-murid anda bagi

80 100%

memastikan matlamat pendidikan keusahawanan tercapai.

4.40

25

Anda sentiasa mengikuti perkembangan dan isuisu semasa dalam pendidikan keusahawanan Anda banyak merujuk jurnal dan kertas

17 21.25%

10 12.5%

53 66.25%

3.63

penyelidikan dari dalam dan luar negara berkaitan 26 dengan pendidikan keusahawanan sebagai

80 100%

1.52

penduan kepada pengajaran dan pembelajaran anda. 27 Anda berusaha mewujudkan suasana alam

10 12.5%

70 87.5%

keusahawanan di sekolah anda Anda sering mengadakan sesi perbincangan

4.35

28

dengan guru KH yang lain bagi mempetingkatkan tahap dan kualiti pengajaran dan pembelajaran anda. Anda berusaha memantapkan pengetahuan, 18 22.5% 10 12.5%

80 100%

4.40

kemahiran dan nilai kompetensi anda dalam 29 pengajaran dan pembelajaran dengan menghadiri atau menyertai pelbagai kursus, seminar, sesi konferen dan penyelidikan berkaitan dengan

52 65%

3.61

bidang keusahawanan Anda merancang untuk meningkatkan 50 62.5% 5 6.25% 25 31.25%

pengetahuan anda dalam bidang keusahawanan ke 30 tahap yang lebih tinggi seperti mengikuti

4.5

pengajian ijazah sarjana (master) atau ijazah kedoktoran (phd) dalam bidang keusahawanan.

Purata Min = 3.66 Jadual 4.3.3 menunjukkan data bagi analisis item dari aspek sikap oleh guru terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan. Purata min yang diperolehi adalah sebanyak 3.66 iaitu berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa sikap guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup (KHSR) terhadap pendidikan keusahawanan adalah positif secara keseluruhannnya.

Jadual 4.3.4: Purata Min Keseluruhan Tahap Kesediaan guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan

keusahawanan (KHSR) di sekolah Aspek Pengetahuan Kemahiran Sikap Purata Purata Min 4.52 3.88 3.66 4.02

Jadual 4.3.4 menunjukkan purata min keseluruhan tahap kesediaan guru-guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan

keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Data menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan

mencapai tahap yang baik iaitu berada pada purata min 4.52, diikuti dengan aspek kemahiran (3.88) dan aspek sikap iaitu pada purata min 3.66. Kesimpulannya tahap kesediaan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup (KHSR) di sekitar sekolah-sekolah kebangsaan zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan

keusahawanan (KHSR) di sekolah mereka adalah pada tahap yang baik iaitu berada pada purata min keseluruhan 4.02.

Jadual 4.3.5: Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-Guru Kemahiran Hidup Dalam Melaksana Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Keusahawanan (KHSR) Di Sekolah. Item Pernyataan Kemudahan dan peralatan di sekolah mencukupi 31 dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan Pihak pengurusan banyak memberikan bantuan 32 dan sokongan terhadap program keusahawanan di sekolah anda Mata pelajaran berkaitan pendidikan 80 100% TS TP S Min

15 18.7%

65 81.25%

3.97

5 6.25%

5 6.25%

70 70%

4.16

keusahawanan ( Kemahiran Hidup) banyak kali 33 tertangguh disebabkan tumpuan kepada mata pelajaran teras yang terlibat dalam peperiksaan UPSR. Anda berpendapat bahawa sukatan pelajaran bagi subtopik 34 pendidikan keusahawanan dalam 17 21.25%

4.75

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah kurang memberikan kesan terhadap minat dan kemahiran murid-murid dalam bidang keusahawanan

63 78.75%

3.97

35

Pihak pentadbiran lebih menumpukan perhatian

27

53

3.51

kepada mata pelajaran yang terlibat dalam 33.75% peperiksaan UPSR berbanding dengan pendidikan keusahawanan dalam (KHSR). Masalah kewangan seperti peruntukan yang 36 diberikan tidak mencukupi untuk anda merangka program keusahawanan di sekolah. Anda mampu mendapatkan sumber kewangan luar 37 bagi menjayakan program keusahawanan di sekolah anda. Anda lebih berminat mengajar mata pelajaran lain 38 daripada mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. 39 Anda terpaksa mengajar mata pelajaran 65 81.25% 5 6.25%

66.25%

10 12.5%

2.08

60 75%

5 6.25%

15 18.75%

2.21

41 51.25% 59 73.75%

10 12.5%

29 36.25% 21 26.25%

2.70

Kemahiran Hidup atas arahan pihak pentadbir. Anda kurang pengetahuan dan pengalaman dalam

2.22

40

topik

pendidikan

keusahawanan

berbanding

37

43 53.75%

dengan topik-topik lain dalam mata pelajaran 46.25% Kemahiran Hidup Purata Keseluruhan = 38.62% 5.25%

3.01

56.13% 3.25

Jadual 4.3.5 menunjukkan data analisis mengenai masalah yang dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup (KHSR) dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah. Keseluruhannya masalah yang dihadapi oleh responden adalah berada pada tahap yang sederhana iaitu pada purata min 3.25. Kesemua responden memberikan persetujuan bahawa mata pelajaran berkaitan keusahawanan (Kemahiran Hidup) banyak kali tertangguh disebabkan tumpuan kepada mata pelajaran teras yang terlibat dalam peperiksaan UPSR iaitu seramai 80 orang . Selain itu, responden turut memberikan maklumbalas permasalahan mereka adalah disebabkan masalah kewangan. Seramai 65 orang responden (81.25%) bersetuju bahawa

masalah kewangan seperti peruntukan yang diberikan tidak mencukupi untuk mereka merangka program keusahawanan. Selain itu, antara masalah lain yang dibelenggui oleh responden adalah disebabkan kurangnya minat mereka terhadap pendidikan keusahawanan. Ini dapat dibuktikan dengan data yang diperolehi pada item 38 dan 39, iaitu responden lebih berminat mengajar mata pelajaran lain sebanyak 51.25% (41 orang) dan ketidak relaan mereka untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup atas arahan pihak pentadbir iaitu sebanyak 73.75% (59 orang) responden. Secara keseluruhannya, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat tiga perkara yang menjadi masalah utama terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor, iaitu: a. Perhatian utama pihak sekolah terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup yang menjadi subtopik dalam pendidikan keusahawanan. Memandangkan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah dikecualikan dalam Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR), maka kebanyakkan sekolah lebih mementingkan mata pelajaran teras lain yang terlibat dalam UPSR. b. Faktor minat dalam kalangan responden yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR). c. Faktor kewangan pula merupakan faktor minor yang sering dihadapi oleh mana-mana sekolah dalam usaha merancang dan mewujudkan aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan keusahawanan.

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN Kajian ini telah dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Bab ini akan membincangkan rumusan berdasarkan dapatan kajian dan persoalan kajian, implikasi serta cadangan kajian lanjutan.

5.1 Perbincangan Bagi tujuan merumuskan hasil dapatan yang diperolehi, pengkaji membincangkan keputusan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina iaitu: i. Bagaimanakah tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah rendah sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor? ii. Bagaimanakah tahap kesediaan guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah? iii. Bagaimanakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru terhadap pendidikan keusahawanan? iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan pendidikan keusahawanan di sekolah sekitar zon Petaling Utama? Dari analisis yang dijalankan, pada keseluruhannya tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor adalah berada pada tahap yang baik. Kesediaan responden dari aspek pengetahuan mencapai tahap yang baik diikuti aspek kemahiran. Manakala kesediaan responden dari aspek sikap adalah pada tahap yang sederhana. Dari aspek masalah yang dihadapi oleh responden, kesemua mereka bersetuju bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup kurang diberikan perhatian oleh pihak pentadbir berbanding

dengan mata pelajaran teras yang terlibat dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini mengakibatkan fokus utama matlamat pendidikan keusahawanan dalam (KHSR) tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu faktor minat juga merupakan masalah bagi responden dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR). Ini adalah kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak berminat dan terpaksa untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di samping pengetahuan yang terhad terutamanya dalam bidang keusahawanan berbanding topik-topik lain yang terkandung dalam mata pelajaran ini.

5.1.2 Kesediaan guru dalam merancang dan melaksanakan pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Secara keseluruhannya kesediaan responden dalam merancang dan melaksanakan pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah adalah berada di tahap yang baik. Penentuan ini dilakukan berdasarkan kepada tiga aspek yang diambil kira dalam kajian ini oleh pengkaji. Aspek tersebut adalah merupakan kesediaan responden dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan. Hasil daripada dapatan kajian diterjemahkan dalam jadual 5.2.1 di bawah:

Jadual 5.2.1: Tahap Kesediaan Guru Dalam Merancang dan Melaksana Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Keusahawanan (KHSR) Di Sekolah. Aspek Pengetahuan Kemahiran Sikap Purata Purata Min 4.52 3.88 3.66 4.02

Hasil daripada dapatan kajian ini secara umumnya menunjukkan bahawa guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya telah menyediakan diri mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah mereka. Kajian oleh (Pitman R. , 1988), mendapati bahawa kesediaan guru dan pendekatan pengajaran yang sesuai mempunyai hubungkait yang tinggi dengan tahap motivasi murid, tahap pencapaian akademik dan persepsi keseluruhan keberkesanan pengajaran serta bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang murid. Dalam konteks pendidikan keusahawanan adalah penting seorang guru menguasai ilmu keusahawanan secara lebih terperinci. Ini adalah kerana dengan perkembangan teknologi dan ekonomi semasa sering berubah-ubah memerlukan guru lebih peka terhadap perubahan dan peluang-peluang yang wujud di persekitaran agar dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang mendalam, pembudayaan sikap keusahawanan dapat diterap dan dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.

5.1.3 Kesediaan guru dari aspek pengetahuan Kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam bidang keusahawanan. Majoriti responden mempunyai pengetahuan asas mengenai pendidikan keusahawanan. Ini turut diakui oleh (Shulman, 1987) dan (Lilia, 1997) yang menjelaskan bahawa kepentingan seseorang guru dalam menguasai pengetahuan pedagogi berkaitan dengan subjek yang hendak diajarkan. Pengetahuan pedagogi akan membantu guru-guru mengubah suai kefahaman mereka mengenai isi

kandungan tersebut kepada bentuk-bentuk pedagogikal yang baik serta bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang murid.

5.1.4 Kesediaan guru dari aspek kemahiran Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan responden dari aspek kemahiran adalah berada pada tahap yang baik. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah mereka. (Timmons, 1997), (Brenneke, 1990) dan (Klandt, 1993) menjelaskan aspek-aspek dalam mengurus dan mencipta sesuatu perniagaan tidak boleh dinilai melalui cara pengajaran konvensional seperti pembacaan, perkuliahan dan menonton filem. Pendekatan konvensional merupakan cara yang berkesan dalam membekalkan pengetahuan tentang keusahawanan dan beberapa aspek mekanikal tentang penubuhan perniagaan kepada murid. Tetapi bagi pengetahuan jenis kesedaran, motivasi dan kriteria-kriteria tertentu hanya dapat disemai apabila murid-murid mempunyai pengalaman dan melibatkan diri dalam proses mencipta sesuatu perniagaan yang baru melalui kaedah pengajaran rundingan dan kaedah bekerja dengan usahawan. Kedua-dua kaedah ini adalah antara kaedah yang terbaik dalam merangsangkan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan murid dan diikuti oleh kedah pengajaran simulasi, kajian kes, main peranan, kertas kerja atau tesis dan menulis rancangan perniagaan Berdasarkan dapatan (Timmons, 1997), (Brenneke, 1990) dan (Klandt, 1993) ini, jelas menunjukkan bahawa guru perlu mempunyai kemahiran dalam mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Penumpuan terhadap satu kaedah sahaja tidak mungkin dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka.

(Zaidatol Akmaliah, 2007), dalam penulisannya menerangkan bahawa terdapat beberapa strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan. Antaranya adalah dengan penggunaan

5.1.5 Kesediaan guru dari aspek sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan responden dari aspek sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) adalah berada pada tahap yang sederhana. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah ini. Antara faktor dikenalpasti daripada analisis data mendapati bahawa majoriti responden tidak berhasrat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan di peringkat tinggi seperti di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang keusahawanan. Ini mungkin disebabkan oleh dua perkara, pertama responden tidak mempunyai komitmen untuk terus belajar disebabkan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu memaksa mereka untuk terus bekerja menampung keperluan keluarga yang semakin meningkat. Kedua, mungkin disebabkan responden lebih berminat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi di bidang yang lain seperti bidang kejuruteraan, pengurusan pentadbiran dan lain-lain lagi.

5.2 Rumusan kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah sekitar zon Petaling Utama, Petaling jaya, Selangor. Seramai 80 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Majoriti responden yang terlibat adalah guru lelaki iaitu seramai 65 orang dan guru perempuan seramai 15 orang. Hampir keseluruhan responden adalah merupakan guru opsyen dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) di sekolah-sekolah sekitar zon Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor berada pada tahap yang baik. Tahap kesediaan responden dari aspek pengetahuan merupakan aspek yang mempunyai nilai tahap yang baik diikuti dengan aspek kemahiran dan sikap responden. Masalah yang dihadapi oleh responden dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan (KHSR) berada pada tahap yang sederhana. Pengkaji berpendapat bahawa masalah yang dihadapi oleh responden dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu masalah kewangan, minat dan pengabaian mata pelajaran Kemahiran Hidup oleh pihak sekolah.

5.3 Implikasi kajian Hasil daripada kajian yang dijalankan memberikan gambaran kepada pihak guru bahawa kesediaan mereka dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan minat memainkan peranan penting dalam menghasil dan mewujudkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan efektif. Apabila wujudnya elemen-elemen ini, maka penguasaan, pengamalan dan pembudayaan nilai keusahawanan dalam kalangan murid dapat diwujudkan.

Dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing, elemen pendidikan keusahawanan memainkan peranan yang sangat penting. Ini adalah kerana pendidikan keusahawan bukan sahaja dapat melahirkan usahawan sebagai suatu kerjaya malah dapat membentuk dan mendidik masyarakat memiliki ciri-ciri dan nilai-nilai keusahawanan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang munasabah, yakin diri, rajin berusaha dan bersemangat cekal dalam setiap bidang yang diceburi (Nor Aishah & Moi, 2002). Menyedari hal tersebut, melalui kajian ini mampu memberikan petunjuk kepada guru-guru, pihak pentadbir sekolah mahupun Pejabat Pelajaran Daerah atau Negeri bahawa tanggungjawab membentuk dan melahirkan usahawan yang berjaya adalah terletak di atas bahu mereka dan perlu diberikan perhatian yang lebih serius lagi. Kajian lepas mununjukkan ramai orang mempunyai potensi atau ciri-ciri keusahawanan tetapi tidak menjadi usahawan (Kent, 1990). Walau bagaimanapun, jika seseorang murid itu dididik dan diberi motivasi yang sewajarnya, mereka boleh menjadi usahawan yang berjaya.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan Berikut adalah cadangan bagi pengkaji yang berminat untuk menjalankan kajian lanjutan terhadap tajuk kajian ini: i. Pengkaji boleh menjalankan kajian mengenai perhubungan diantara minat guru dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan. ii. Kajian juga boleh dijalankan dengan mengkaji hubungan diantara jenis program keusahawanan yang dijalankan di sekolah dengan penerapan nilai-nilai usahawan dalam kalangan murid sekolah rendah. iii. Penerapan strategi laut biru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan serta kesannya terhadap strategi perniagaan usahawan muda di sekolah rendah.

5.5 Kesimpulan Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru-guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan minat adalah sangat penting dalam mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan keusahawanan yang efektif. Menurut (Zaidatol Akmaliah, 2007), guru keusahawanan yang berkesan memerlukan persediaan dalam tiga perkara iaitu ilmu keusahawanan, ilmu pedagogi dan ilmu berkaitan pedagogi-kandungan (pedagogical-content knowledge). Ilmu ini penting untuk guru membuat hubungkait antara pengetahuan isi kandungan dan cara untuk menyampaikan isi kandungan tersebut. Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk ketiga-tiga bidang ini untuk terus berdaya saing dalam perkembangan semasa ilmu keusahawanan. Oleh itu guru perlu peka terhadap keperluan semasa secara glokal terutamanya dalam konteks pendidikan keusahawanan.

BIBLIOGRAFI Ab. Aziz, Y. (2003). Prinsip keusahawanan. Petaling Jaya: Prentice Hall Publisher. Azizi, Y., Shahrin, H., Jamaludin, R., Yusof, B., & Abdul Rahim, H. (2010). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan:Teori,Analisis dan Interpretasi Data. Batu Caves: PTS Professional Publishing Snd. Bhd. Bakari, H. M., Hatta, & Mohamad. (2007). Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemhiaran HIdup di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang . Begley, T., Tan, W., Larasati, A., Rab, A., & Zamora, E. (1997). The Relationship Between Socio-Cultural Dimension and Interest in Strating a Business: a Multi-Country Study. Frontiers of Entrepreneurships Research. Babson Conference Proceedings. Bhasah, A. B. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Snd Bhd. Block, Z., & Stumpf, S. (1992). Entrepreneurship Education Research: Experience and Challenge. Boston MA: PWS-Kent Publishing. Brenneke, K. (1990). Case studies and other student based programs in entrepreneurships programs. Dlm. Kent, C.A.Entrepreneurship education: Intergrating entrepreneurship in secondary Curriculum. New York: Quorum Books. Ee, A. M. (1996). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Snd.Bhd. Faridah, K. (2007). Pembangunan Usahawan Remaja Ke Arah Keusahawanan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Fayolle, A., Gailly, B., & Clerc, N. (2007). Assesing Risk Perception self-Efficacy and Entrepreneurial Attitudes and Intentions : Implication for Entrepreneurship Education. (023/2007) . National Council For Graduate Entrepreneurship. Gallagher, C., & P.Miller. (1991). Determinants of Spanish Succesfull Small Business: Characteristics of their Entrepreneurs. Spain: University of Girona. Gartner. (1989). In Z. K. hasnun, Menjadi Usahawan (p. 5). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Snd.Bhd. Gibb, A. (1993). Do we really teach (approach) small business in the way we should?Internationalizing Entrepreneurship Education and Training. Proceeding of the International Entrepreneurs 93 conference, (pp. pg 3-17). Good, T. (1983). Research on classroom teaching. In L. Shulman, & G. Sykes, Handbook of teaching and policy. New york: Longman. Hashweh, M. (1985). An exploratory study of teacher knowledge and teaching: the effects of Science Teacher's knowledge og subject-matter and their conceptions of learning on their teaching. Unpublished doctoral dessertation . Stanford. C.A.: Stanford University. Hatten, T., & Ruhland, S. (1995). Student Attitude Toward Entrepreneurship as Affected by Participant in an SBI Program. Journal of Education For Business , 70(4), pg 224-227. Howard. (2000). Developing Entrepreneurial Potential in Youth: The Effects of Entrepreneurial Education and Venture Creation. University of South Florida. Iredale, N. (2002). Enterprise Education. A Briefing Paper Foundation for Small and Medium Enterprise Development. University of Durham.

Kent, C. (1990). Entrepreneurship Education: Integrating Entrepreneurship in Secondary Curriculum. New York: Quorum Books. Klandt, H. (1993). Methods of teaching: what is useful for entrepreneurship education? Internationalizing Entrepreneurhip Education and Training. Proceedings of the IntEnt 93 conference Vienna, (pp. pg. 31-41). Kourilsky, M. (2003). Developing Entrepreneurial Characteristic in Minority Youth: The Effects of Education and Enterprise Experience. International Research in the Bussiness Disciplines , 4, 261-277. KPM. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran. Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (Tahun 6) . Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuratko, D., & Hodgetts, R. (1995). Effective Small Bussiness. Forth Worth, Texas: Harcourt Brace College Publishers. Laudon, K. C., & P.Laudon, J. (2007). Management Information System: Managing The Digital Firm (10th ed.). Upper saddle River, New Jersey: Paerson Prentice Hall. Lilia, H. (1997). A critical appraisal of secondary Science Teacher Training Programmers in Malaysia with an emphasis on Pedagogical Content Knowledge. Doctor of Philosphy . Universiti of London. Lilia, h., & Norlena, S. (2000). Orientasi akademik: Pendekatan alternatif dalam program pendidikan guru siswazah di Malaysia. 56 , 47-64. Akademika. Luthje, C., & Franke, N. (2003). The Making of an Entrepreneur: Testing a Model of Entrepreneurial Intent Among Engineering Students at MIT. R&D Management , Vol. 7, No. 4, pg 365-147.

Maranville, S. (1992). Entreperneurship in the Business. Journal of Education for Business , 68(1), 27-31. Matthews, C., & Moser, S. (1995). Family Background and gender: Implications for Interest in Small Firm Ownership. Entrepreneurship and regional Development , Vol.7,No. 4, pg 365-377. Mohd Majid, K. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad, H. (1994). Kesediaan Guru-Guru Dalam Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Selangor darul Ehsan. Tesis Sarjan . UKM. Nelson, R., & Neck, P. (1982). The Practice of Entrepreneurship. Geneva: International Labour Office. Nor Aishah, B., & Moi, Y. P. (2002). Kesediaan Guru-Guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan Dari Aspek Penetahuan Kaedah Pengajaran Dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Jurnal Teknologi , 1-16. Peters, H., C.W, B., & G.F, F. (1963). Introduction to teaching. New York: The macmillan Company. Piaw, C. Y. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Pin, U., Jamil, A., & Norasmah, O. (2009). Penilaian Program Perintis Usahawan (PPU) Di Sekolah Rendah.