thesis new 2.docx

65
1.0 PENDAHULUAN Pada bahagian ini, pengkaji membincangkan pengenalan kajian, refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi nilai pendidikan. 1.1 Pengenalan Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Abdullah Hassan (1984) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan” Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka 1

Upload: mathialaggan-nadarajan

Post on 09-Nov-2015

271 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANPada bahagian ini, pengkaji membincangkan pengenalan kajian, refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi nilai pendidikan.1.1 PengenalanBahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Abdullah Hassan (1984) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubunganRaminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Arbak (1983) berpendapat bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Charles F. Hockett (1989) memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit. John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi. Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.Menurut Rodman (2005), kemahiran menulis ialah satu betuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Beliau turut menyatakan bahawa kemahiran menulis berkaitan dua perkara penting iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambing tulisan bagi mencatatkan idea tersebut.Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar. Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengkaji telah menjalani praktikum di sebuah sekolah pendidikan khas selama lapan minggu. Dalam menjalani fasa praktikum ini, pengkaji menghadapi beberapa masalah dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid murid di sekolah tersebut.Antara masalah yang dihadapi ialah, murid murid kurang jelas terhadap pemahaman pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid murid sering melakukan kesalahan dalam penggunaan simple present tense semasa membina ayat. Sebagai contohnya, murid menulis ayat seperti He go to hospital yang sepatutnya ditulis seperti He goes to hospital. Selain itu, pengkaji juga mendapati murid murid juga sering membina ayat ayat menggunakan perkataan yang sama. Sebagai contohnya, I go to school., I go to house. Ini menunujukkan murid murid ini sering menggunakan perkataan I yang boleh digantikan dengan kata ganti nama diri yang lain seperti: He goes to school atau Azmi goes to house.Selain itu, murid murid juga bermasalah dalam menjana idea untuk mengembangkan sesuatu ayat. Murid murid sering menulis ayat ayat yang tergantung yang mana ayat ayat tersebut boleh dikembangkan dengan penambahan beberapa perkataan untuk mengambarkan ayat itu lebih gramatis. Sebagai contohnya, He goes to school yang boleh dikembangkan, Every morning, he goes to school atau Every morning, he goes to school by bus.Di samping itu, pengkaji mendapati murid murid sering melakukan kesalahan ejaan semasa menulis sesuatu ayat. Malah, murid murid juga sering menggunakan ejaan Bahasa Melayu untuk perkataan Inggeris. Sebagai contohnya, murid sering mengeja perkataan bus dengan perkataan bas. Ini menyebabkan murid murid ini mendapat markah yang rendah dalam ujian penulisan Bahasa Inggeris.Kesimpulannya, langkah bagi mengurangkan dan mengatasi harus dikaji bagi meningkatkan penguasaan murid murid ini dalam kemahiran membina ayat. Pengkaji harus meneliti dan membuat kajian untuk mengatasi masalah ini berdasarkan rujukan literatur serta kebolehan murid murid.1.3 Refleksi Nilai PendidikanBerdasarkan pemerhatian pengkaji semasa sesi praktikum seblem ini, pengkaji mendapati guru guru di sekolah jarang menggunakan kemudahan ICT walaupun kemudahan ini disediakan di sekolah. Mereka lebih suka menggunakan buku teks dan papan putih untuk pengajaran walaupun mereka mengetahui bahawa murid murid sudah bosan dengan penggunaan kaedah lama ini. Ellington (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan dapat memenuhi objektif pembelajarannya dengan lebih tepat. Beliau juga berpendapat bahawa pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Semasa praktikum,pengkaji mendapati guru guru jarang menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik bagi tujuan pengajaran. Ini menyebabkan murid murid kehilangan minat untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran guru. MenurutNoraziah Abdul Hamid (1981), ABM itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkanproses pemahaman mereka.Menurut Aziz Saleh (1993), menjelaskan, pengajaran tanpa ABM proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik. Hal ini adalah kerana murid-murid mudah berasa bosan. Tumpuan yang mampu diberikan oleh murid-murid hanyalah sekitar 10 minit awal sahaja. Selepas tempoh tersebut,tumpuan tersebut akan beralih ke tempat lain.Selain itu, pengkaji juga mendapati guru guru sering mengamalkan strategi pemusatan guru di mana murid murid pasif semasa guru mengajar.strategi ini juga menyebabkan hanya komunikasi sehala dan murid murid tidak berani memberi pendapat dan meminta bimbingan. Menurut Kamarudin Husin (2004), aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajarandan pembelajaran (kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain lain). Menurut Mok Soon Sang (1992) strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal.. Pada pendapat pengkaji, peranan seorang guru bukan sahaja hanya menyampaikan isi pendidikan kepada murid murid. Malah, guru berperanan dalam mendidik, membimbing dan membentuk murid murid yang seimbang dari aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Guru perlu menjadi lebih kreatif jika pendekatan yang digunakan oleh guru tidak berkesan. Guru haruslah mahir dalam menggunakan pendekatan atau strategi yang membolehkan murid lebih memahami dan seterusnya menjadi murid yang cemerlang.

2.0 FOKUS KAJIANPada bahagian ini, pengkaji membincangkan isu kajian, tinjauan awal serta analisis tinjauan awal tentang kajian. Isu kajian adalah masalah yang dihadapi oleh pengkaji ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan masalah ialah pengkaji akan membuat tinjauan masalah melalui kaedah saintifik. selain itu, pengkaji turut menyatakan kriteria pemilihan fokus kajian, tinjauan literatur berkaitan dengan isu kajian dan istilah kajian.

2.1 Isu KajianBerdasarkan refleksi pengajaaran dan pembelajaran lalu, pengkaji merumuskan bahawa murid murid bermasalah pendengaran Tahun 5 ini menghadapi masalah dalam menulis ayat dalam Bahasa Inggeris. Murid murid ini sering melakukan kesalahan bahasa seperti kesalahan dalam penggunaan tenses. Murid murid ini selalu mengahadapi kekeliruan semasa menggunakan simple present tense dalam membina ayat. Sebagai contohnya, murid menulis ayat seperti Abu go to school. yang sepatutnya ditulis seperti Abu goes to school. Jikalau kesalahan ini berulang, maka murid murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan semasa peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 2 yang memerlukan murid murid menulis ayat mahupun karangan.Di samping itu, kebanyakan murid murid bermasalah pendengaran mempunyai tahap penggunaan perbendaharaan kata yang tidak luas. Mereka lebih terkongkong kepada pengajaran guru dan buku teks. Mereka juga tidak menerima sebarang maklumat atau pengetahuan tambahan di luar bidang pendidikan yang sedikit sebanyak menjejaskan murid murid ini semasa mereka menulis ayat. Murid murid sering menggunakan perkataan yang sama dan biasa digunakan semasa membina ayat. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa murid murid ini sering melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat. Sebagai contohnya, mereka kerap melakukan kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata atau istilah yang betul dan struktur ayat. Oleh yang demikian, ayat yang selalu dibina oleh murid murid ini akan terpesong dan tidak membawa maksud yang betul.Tambahan pula, pengkaji mendapati murid murid suka menterjemahkan secara langsung ayat Bahasa Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan ayat yang ditulis oleh murid murid ini membawa maksud yang berlainan ataupun salah.2.1.1 Tinjauan AwalPengkaji bercadang untuk membuat tinjauan awal semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran murid murid bermasalah pendengaran Tahun 5. Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid murid dalam membina ayat mudah. Proses tinjauan dilakukan dengan membuat pemerhatian pra di mana pengkaji membuat pemerhatian dan membuat catatan nota lapangan. Proses pemerhatian ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris oleh guru dari sekolah tersebut. Menurut Jaizah Mahamud (2011) proses tinjauan awal dilaksanakan setelah pengkaji mengemukakan soalan soalan berkaitan dengan isu kajian. Beliau juga berpendapat bahawa tinjauan awal ini bertujuan untuk mencari bukti atau data dalam menentukan soalan yang boleh dijadikan fokus kajian. Menurut Chua (2006) menyatakan bahawa catatan nota lapangan ini berperanan dalam mencatat tingkah laku guru murid mengikut sela masa yang ditetapkan.2.1.2 Analisis Tinjauan AwalPengkaji menganalisis tinjauan awal berdasarkan pemerhatian pra yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menjalankan pemerhatian tidak berstruktur iaitu pengkaji menggunakan catatan nota lapangan. Berdasarkan hasil pemerhatian, pengkaji merumuskan bahawa murid murid tidak dapat menulis ayat mudah Bahasa Inggeris dengan betul. Murid murid ini sering keliru dengan penggunaan tenses yang betul semasa membina ayat. selain itu, murid murid ini sering melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan pengggunaan perkataan atau istilah dan kesalahan struktur ayat.Berdasarkan hasil pemerhatian, hanya murid A sahaja mampu memahami arahan guru semasa pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid murid lain harus diberi arahan berulang kali oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid murid lebih senang jika diberi arahan dengan menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) berbanding menggunakan American Sign Language (ASL).Pengkaji mendapati murid murid ini menunjukkan rasa bosan dan tidak berminat apabila guru meminta murid untuk membina ayat berdasrakan sesuatu gambar atau perkataan. Mereka sering memberi jawapan bahawa mereka tidak tahu buat dan tidak faham. Ini menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai.2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus KajianFokus kajian yang pengkaji pilih ini berdasarkan beberapa kriteria pemilihan fokus kajian. Kajian ini boleh dilaksanakan semasa pengkaji menjalani praktikum dan internship di sekolah pendidikan khas. Kajian ini boleh ditadbir di semua sekolah bagi membantu murid murid dalam penguasaan menulis ayat Bahasa Inggeris dengan betul dan menepati kehendak soalan. Selain itu, kajian ini dapat membantu guru guru dalam meningkatkan kawalan bilik darjah. Guru guru dapat mendalami strategi pengawalan bilik darjah bagi mewujudkan satu suasana bilik darjah yang lebih kondusif. Kajian ini juga berguna pada masa akan datang untuk kajian lain. Hal ini kerana hasil dan data data yang diperoleh dapat dijadikan rujukan bagi menghasilkan kajian lain. Selain itu, kajian ini juga mempunyai kepentingan tersendiri iaitu kajian ini dapat membantu murid murid bermasalah pendengaran untuk meningkatkan penguasaan dalam membina ayat dalam Bahasa Inggeris.Pengkaji juga telah membuat kolaborasi dengan pihak sekolah, guru kelas, guru guru Bahasa Inggeris dan pembantu pengurus murid untuk mengetahui tahap pengetahuan dan masalah murid murid. Tambahan pula, kolaborasi ini dapat membantu pengkaji dalam memilih fokus, objektif serta persoalan kajian yang betul. Kajian ini amat releven kepada sekolah di mana hasil dapatan kajian dan kaedah intervensi dapat diaplikasikan oleh guru guru lain bagi membantu murid murid dalam membina ayat Bahasa Inggeris dengan betul.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian.

2.2.1 Definisi Bahasa InggerisBahasa adalah alat untuk mengaturkan pemikiran bahasa kerana bahasa mempunyai konsep pemikiran Mol (1990). Fungsi utama bahasa pertuturan ialah untuk berkomunikasi. Vygotsky (1962). Mengikut kajian Vygotsky pertuturan bermula melalui komunikasi dengan orang lain, kemudian pertuturan yang mementingkan diri ( egosentrik ) dan akhirnya pertuturan dalaman.Lutfi Abas (1975) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Beliau menyatakan bahawa bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan. Raja Mukhtaruddin (1980) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.Menurut Halliday (1975;1979), terdapat tujuh fungsi bahasa iaitu, alatan (instrumental), penterbit (regulatory), interaksi atau perhubungan (interactional), peribadi (personal), penemuan(heuristic), khayalan(imaginative),dan penyataan (representational). Ketujuh fungsi ini sangat penting dalam aktiviti seharian kita kerana kita menggunakan bahasa sebagai bahan perantara walaupun bagi tujuan bermonolog. Menurut Fromklin (2007) bahasa Inggeris terbahagi kepada 4 kemahiran asas iaiti kemahiran mendengar, kemahiran membaca, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis.Beliau berpendapat keempat empat kemahiran ini merupakan asas kepada sesuatu bahasa dan merupakan aspek penting yang perlu didalami oleh sesorang dalam menguasai sesuatu bahasa.

2.2.2 Kemahiran menulisKemahiran menulis amat penting untuk murid murid kerana menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.Bryne (1989) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Ia meliputi beberapa aspek iaitu menggunakan pelbagai jenis ayat, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.Menurut Raimes (1993) terdapat tiga fungsi kemahiran menulis di mana kemahiran menulis berperanan dalam merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, dan perasaan seseorang. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi peluang kepada murid murid untuk meneroka bidang bahasa. Beliau juga berpendapat bahawa melalui kemahiran menulis dapapt memperluas pengeahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan sebagainya) untuk merangsan pembelajaran.Mariam Mohamed Nor (2007) pula, menganggap mengarang merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dimiliki murid kerana sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pendapat. Ini bukan sahaja tertumpu kepada mata pelajaran bahasa Melayu bahkan juga dalam semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Menurut Abdul Rahman Abdul Rahim (1999) ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna ( Tatabahasa Dewan, 1993:410). Menurut Yap Kim Fatt (2000) ayat tersusun dalam dua bahagian, iaitu subjek dan prediket di mana jumlah ayat sebenarnya tidak terbatas namun semua itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Sobri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu: 1. Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. 2. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. 3. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.2.2.3 Definisi Surat KhabarMenurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987) beliau berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Menurut Harrower (2007), surat khabar merupakan penerbitanberkala sama ada harian, mingguan, atau bulanan; yang memuatkanberitasemasa. Surat khabar biasanya dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk dari acara- acarapolitik,jenayah,sukan,rencanaataucuaca. Secara umumnya, akhbar mendapat pendapatan dari pengiklanan dan langganan pembaca. Tetapi kini terdapat akhbar percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata dari pengiklanan dan diedarkan secara percuma kepada pembaca.Menurut Taylor (2011) surat khabar merupakan satu jenis buku teks yang disediakan dan boleh diperoleh setiap hari. Beliau menyatakan bahawa penggunaan surat khabar dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan pengajian sosial.Menurut Aiex, N. K. (2000), bagi meningkatkan minat murid bagi penulisan, guru menggunakan surat khabar semasa proses pengajaran kemahiran menulis. Hal ini kerana bahan bahan bacaan yang terdapat dalam surat khabar lebih menarik minat murid kerana murid murid bermasalah pendengaran suka kepada bahan bacaan yang bervisual. Sebagai contohnya, bahan seperti gambar bersiri yang berbentuk animasi disukai oleh murid murid, malah ia boleh membantu murid murid menjana idea dalam aktiviti penulisan. Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa penggunaan bahasa dan struktur ayat dalam surat khabar lebih bermutu dan boleh membantu murid dalam meningkatkan perbendaharaan kata murid murid.2.2.4 Definisi murid bermasalah pendengaranMenurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa.Menurut Bee H. (1995), mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir.Hallahan dan Kaufman (1991), kanak-kanak masalah pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas. Pelbagai pendekatan pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk mengatasi masalah kekurangan yang mereka hadapi. Jadual 1:Klasifikasi Tahap Kehilangan PendengaranKategoriDesibel (dB)

Biasa ( normal )20 dB ke bawah

Ringan21 45 dB

Sederhana46 70 dB

Teruk71 90 dB

3.0 OBJEKTIF KAJIANPada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan objektif umum, objektif khusus dan soalan kajian.3.1 Objektif Umum Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris dengan mengunakan surat khabar. 3.2 Objektif Khusus1. Murid dapat menggunakan tenses yang betul dan tanpa sebarang kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat Bahasa Inggeris dengan bantuan surat khabar2. Murid dapat menjana idea dengan menggunakan surat khabar dalam menulis ayat mudah Bahasa Inggeris3.3 Persoalan kajian1. Bagaimanakah surat khabar dapat membantu murid dalam menulis ayat tanpa sebarang kesalahan tatabahasa?

2. Bagaimanakah surat khabar dapat membantu murid dalam menjana idea untuk membina ayat

4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan murid murid bermasalah pendengaran Tahun 5 iaitu seramai enam orang murid di mana semua murid tersebut adalah murid yang berusia 12 tahun. Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Murid murid ini menghadapi masalah dalam menjana idea untuk membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Murid - murid ini mengalami tahap masalah pendengaran yang teruk dan hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Kesemua murid ini menggunakan alat bantu dengar. Murid murid ini sering keliru dalam pemilihan tenses semasa menulis ayat Bahasa Inggeris. Selain itu, murid murid ini juga sering melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat seperti kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.Jadual 2:Senarai murid kajianNamaJantinaBangsaJenis Alat Bantu Dengar

Murid 1LelakiMelayuHearing Aid

Murid 2LelakiMelayuImplan koklea

Murid 3LelakiCinaHearing Aid

Murid 4PerempuanMelayuTiada

Murid 5PerempuanCinaTiada

Murid 6PerempuanCinaHearing Aid

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKANPengkaji menjalankan kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pengkaji menjalankan dua kitaran dengan menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu murid murid dalam penguasaan kemahiran membina ayat. Pengkaji telah menggunakan surat khabar sebagai bahan sumber di mana pengkaji telah menggunakan artikel, gambar dan iklan sebagai sumber rujukan. Murid murid perlu membaca dan mentafsir bahan bahan rujukan kemudian perlu membina ayat berdasarkan bahan bahan rujukan ini.

5.1 Kitaran Kajian 1Pada awalnya, pengkaji melaksanakan tinjauan awal iaitu dengan membuat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kemudian, pengkaji membuat nota catatan dan melengkapkan borang senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Selepas pengkaji mengenalpasti kelemahan dan masalah murid dalam membina ayat, pengkaji melaksanakan satu ujian pra kepada murid murid ini. Ujian pra ini bertujuan untuk mengesahkan tinjauan awal yang dilakukan terhadap kelemahan murid murid dalam membina ayat. Dalam ujian pra ini, pengkaji telah memberikan satu gambar yang sama kepada semua murid murid. Murid murid haruslah membina sekurang kurang lima ayat dengan betul. Selain itu, murid murid juga telah menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat yang betul. Selepas ujian tersebut, pengkaji membuat semakan hasil kerja murid murid. Kemudian, pengkaji telah merekodkan segala kelemahan dan kesalahan murid murid.Pengkaji telah membuat penganalisan data yang diperoleh melalui ujian pra yang dilaksanakan. Setelah pengkaji mengenalpasti kelemahan murid murid semasa membina ayat ayat mudah, pengkaji membuat perancangan untuk melaksanakan kitaran pertama dan kitaran kedua.Rajah 1: Model Penyelidikan KemmisRefleksi

MerancangKitaran 1

TindakanPemerhatian

RefleksiMerancang

PemerhatianKitaran 2

Tindakan

PemerhatianTindakan

Pengkaji melaksanakan kajian berdasarkan model Kemmis Mc Taggard (1988). Model ini menggunakan empat kaedah iaitu proses merancang, proses tindakan, proses pemerhatian dan proses refleksi.

5.1.1. PerancanganPengkaji merancang satu pengajaran mengenai pembelajaran kemahiran menulis ayat. Pengkaji menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar murid murid untuk membina ayat. Pengkaji lebih memfokuskan kepada penggunaan simple present tenses dalam pembinaan ayat. Pengkaji menyediakan beberapa iklan yang sesuai daripada surat khabar. Segala bahan bahan bacaan dari surat khabar juga tidak berunsur negatif dan tidak menyentuh sebarang isu isu sensitif. Pengkaji merancang untuk mengajar kaedah membina ayat tanpa sebarang kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.5.1.2 TindakanJadual 3:Rancangan Pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 4(Kitaran 1) Peringkat Aktiviti

Set Induksi1. Pengkaji menunjukkan menunjukkan surat khabar.2. Pengkaji menyoal murid murid surat khabar dan kandungan surat khabar.

Langkah 11. Pengkaji mengajar murid murid kaedah menulis ayat dengan betul2. Pengkaji mentitikberatkan penggunaan simple present tense dalam penulisan ayat Bahasa Inggeris.

Langkah 21. Pengkaji memberikan setiap murid satu iklan dari surat khabar.2. Murid murid membaca dan mentafsir iklan tersebut.3. Murid murid mencatat pemerhatian murid terhadap iklan tersebut

Langkah 31. Murid murid membina ayat berdasarkan pemerhatian yang dibuat2. Murid menulis ayat mudah tanpa sebarang kesalahan tatabahasa.

Penutup1. Pengkaji menyemak ayat ayat yang ditulis oleh murid murid.2. Pengkaji membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa membina ayat.

5.1.3 Pemerhatian Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tindakan murid semasa menulis ayat semasa proses pengajaran pengkaji. Pemerhatian pengkaji meliputi cara penggunaan simple present tense dalam penulisan ayat, kesalahan tatabahasa yang dilakukan seperti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata dan istilah serta struktur ayat. Di samping itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap keberkesanan bahan bacaan dari surat khabar dalam menjana idea murid murid dalam menulis ayat. pengkaji melengkapkan borang senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap murid murid.5.1.4 RefleksiPengkaji membuat refleksi berdasarkan proses kitaran pertama yang dilaksanakan. Pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan iklan dari surat khabar dalam membantu murid murid meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat. Pengkaji membuat rumusan terhadap masalah masalah yang dihadapi oleh murid murid semasa proses menjana idea dan menulis ayat. Pengkaji membuat proses pengumpulan dan penganalisisan data berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Proses menganalisis data dilaksanakan berdasarkan borang senarai semak yang dibaut semasa proses pemerhatian. Proses ini bertujuan untuk memperbaiki segala masalah yang wujud semasa kitaran pertama dilaksanakan.5.2 Kitaran Kajian 2Pada kitaran kedua, pengkaji melaksanakan empat proses iaitu proses perancangan, proses tindakan, proses pemerhatian dan proses refleksi. Pada kitaran ini, pengkaji memperbaiki segala kelemahan pada kitaran pertama dan merendahkan aras pengajaran bagi memudahkan murid murid untuk menguasai kemahiran menulis ayat. 5.2.1 PerancanganPengkaji merancang satu pengajaran mengenai pembelajaran kemahiran menulis ayat. Pengkaji menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar murid murid untuk membina ayat. Pengkaji lebih memfokuskan kepada penggunaan simple present tenses dalam pembinaan ayat. Pengkaji menyediakan beberapa gambar - gambar yang sesuai daripada surat khabar. Segala gambar - gambar dari surat khabar tidak berunsur negatif dan tidak menyentuh sebarang isu isu sensitif. Pengkaji merancang untuk mengajar kaedah membina ayat tanpa sebarang kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

5.1.2 TindakanJadual 4:Rancangan Pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 4(Kitaran 2)Peringkat Aktivti

Set Induksi1. Pengkaji menunjukkan menunjukkan surat khabar.2. Pengkaji menyoal murid murid surat khabar dan kandungan surat khabar.

Langkah 11. Pengkaji mengajar murid murid kaedah menulis ayat dengan betul2. Pengkaji mentitikberatkan penggunaan simple present tense dalam penulisan ayat Bahasa Inggeris.

Langkah 21. Pengkaji memberikan setiap murid satu gambar yang sama dari surat khabar.2. Murid murid membaca dan mentafsir gambar tersebut3. Murid murid mencatat pemerhatian murid terhadap gambar tersebut

Langkah 31. Murid murid membina ayat berdasarkan pemerhatian yang dibuat2. Murid menulis ayat mudah tanpa sebarang kesalahan tatabahasa.

Penutup1. Pengkaji menyemak ayat ayat yang ditulis oleh murid murid.2. Pengkaji membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa membina ayat.

5.1.3 Pemerhatian Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tindakan murid semasa menulis ayat semasa proses pengajaran pengkaji. Pemerhatian pengkaji meliputi cara penggunaan simple present tense dalam penulisan ayat, kesalahan tatabahasa yang dilakukan seperti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan kata dan istilah serta struktur ayat. Di samping itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap keberkesanan gambar - gambar dari surat khabar dalam menjana idea murid murid dalam menulis ayat. pengkaji melengkapkan borang senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap murid murid.5.1.4 RefleksiPengkaji membuat refleksi berdasarkan pengumpulan data dan pemerhatian yang dibuat semasa kajian ini dilaksanakan. Pengkaji membuat penilaian terhadap keberkesanan surat khabar dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid murid. Pengkaji membuat penilaian terhadap tahap penjanaan idea murid murid dalam membina ayat. Kemudian, pengkaji melaksanakan ujian pos kepada murid murid yang menjalani kedua dua kitaran tersebut. Selepas itu, pengkaji membuat penganalisisan data dan perbandingan terhadap keputusan ujian pra dan pos murid murid. Akhir sekali, pengkaji menyediakan laporan dapatan kajian serta refleksi kajian hasil daripada pengumpulan dan penganalisisan data yang diperoleh. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat, pengkaji membuat cadangan kajian seterusnya bagi memperbaiki kelemahan kelemahan serta masalah yang dihadapi semasa melaksanakan kajian ini.

6.0 CARA PENGUMPULAN DATAPada bahagian ini, pengkaji membincangkan cara cara pengumpulan data dan cara menganalisis data semasa melaksanakan kajian ini.6.1 Instrumen Pengumpulan DataPengkaji menggunakan tiga kaedah atau instrument pengumpulan data dalam kajian ini. Pengkaji memilih instrument pengumpulan data berdasarkan kesesuaian dan kepentingan instrument dalam membantu pengkaji untuk mengenalpasti serta menambahbaik masalah serta kelemahan yang dihadapi oleh murid murid. Menurut Chow Fook Meng(2011) tujuan pengumpulan data adalah untuk membolehkan pengkaji membuat analisis serta memperolehi kefahaman baru tentang sesuatu isu atau kajian. 6.1.1 UjianPengkaji melaksanakan dua jenis ujian kepada murid murid iaitu ujian pra dan ujian pasca. Menurut Jaizah Mahamud (2011) ujian pra bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan dan masalah murid murid. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa ujian pra ini bertujuan untuk mengesahkan tinjauan awal pengkaji yang dibuat seblum kajian. Menurut Rosinah Edinin (2011) ujian pasca pula bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah kajian dalam mengatasi masalah responden Ujian pra dilaksanakan pada kitaran pertama iaitu pada awal kajian. Pengkaji menjalankan ujian pra untuk mengesan kelemahan dan kesalahan murid murid semasa membina ayat. Ujian pra ini meliputi dua bentuk aspek iaitu murid murid menyusun semula perkataan untuk membentuk lima ayat yang betul. Aspek yang seterusnya ialah, murid murid membina lima ayat mudah berdasarkan gambar yang disediakan oleh pengkaji. Ujian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman murid terhadap kemahiran membina ayat.Setelah mengenal pasti masalah, pengkaji akan melaksanakan kedua dua kitaran. Akhir sekali, pengkaji akan melaksanakan ujian pasca di mana ujian ini bertujuan unutk mengesan keberkesanan penggunaan surat khabar dalam menguasai kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid murid. Ujian pasca ini adalah ujian yang sama dijalankan semasa ujian pra iaitu murid menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat yang betul serta membina ayat mudah berdasarkan gambar yang disediakan. Tambahan pula, ujian ini juga bertujuan untuk mengesan kelemahan dan masalah yang dihadapi murid murid dalam menggunakan surat khabar untuk membina ayat.6.1.2 Pemerhatian Menurut Rosinah Edinin (2011), kaedah pemerhatian ini terdiri daripada dua cara iaitu kaedah pemerhatian berstruktur dan kaedah pemerhatian tidak berstruktur. Menurut beliau, pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak manakala pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan. Pengkaji melaksanakan pra pemerhatian iaitu pengkaji membuat tinjauan awal sebelum kajian dimulakan bagi menentukan fokus kajian. Pada tinjauan awal ini, pengkaji akan meninjau masalah serta kelemahan murid dalam menulis ayat Bahasa Inggeris. Kemudian pengkaji mencatatkan hasil pemerhatian di dalam borang catatan nota lapangan. Pengkaji juga membuat pemerhatian setiap kali kitaran dilaksanakan iaitu pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, masalah murid hadapi semasa membina ayat, serta keberkesanan surat khabar dalam penguasaan murid terhadap kemahiran menulis ayat. kemudian, pengkaji melengkapkan borang senarai semak setiap kali selepas pemerhatian dilakukan iaitu hasil pemerhatian dihuraikan dalam bentuk senarai semak yang memudahkan pengkaji untuk membuat analisis data. 6.1.3 Analisis DokumenMenurut Rosniah Edinin (2011), analisis dokumen ialah pengkaji membuat analisis terhadap dokumen dokumen yang berkaitan serta membantu pengkaji membuat kajian. Menurut beliau, tujuan analisis dokumen adalah menyokong dapatan yang sedia ada dalam kajian yang dilakukan. Dalam kajian ini, pengkaji membuat penelitian terhadap buku buku Bahasa Inggeris murid di mana pengkaji medapatkan data data tentang masalah serta kelemahan murid murid semasa menulis ayat. Pengkaji juga dapat membuat analisis pada buku buku latihan selepas kedua dua kitaran dilaksanakan. Pengkaji menyemak latihan latihan yang diberi semasa setiap kitaran bagi mengenalpasti kelemahan murid murid. Selain itu, pengkaji melaksanakan proses ini bagi menilai keberkesanan penggunaan surat khabar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat murid murid ini.6.2 Cara Menganalisis DataMenurut Ng Kim Choy (2001), pengkaji memerlukan data daripada beberapa sumber untuk mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman pengkaji tentang masalah atau isu yang ditangani. Pengkaji menggunakan pengumpulan data triangulasi iaitu pendekatan menjalankan kajian dengan menggunakan lebih daripada satu alat kajian. Menurut Rosinah Edinin (2011) triangulasi digunakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif. Pengkaji menggunakan tiga bentuk cara pengumpulan data iaitu kaedah ujian, pemerhatian dan penelitian dokumen.6.2.1 Ujian Pengkaji menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca bagi mendapatkan data kajian. Setelah murid murid menjalani ujian pra, pengkaji menganalisis hasil keputusan ujian pra iaitu ujian pra ini terbahagi kepada dua aspek iaitu lima soalan berdasarkan keupayaan murid untuk menyusun semula perkataan untuk membentuk lima ayat yang betul. Setiap ayat yang disusun dengan betul diberikan satu markah. Aspek kedua merupakan keupayaan murid untuk membina lima ayat mudah berdasarkan gambar yang diberikan oleh pengkaji. Setiap murid yang dapat membina satu ayat yang betul tanpa sebrang kesalahan tatabahasa diberi 3 markah. Jikalau terdapat satu kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan, maka 1 markah ditolak dari markah keseluruhan ayat. Pengkaji menyemak ujian pra dan hasil ujian dicatatkan dalam satu jadual. Jadual pertama meliputi aspek pertama iaitu menyusun semula perkataan untuk membentuk ayat di mana pengkaji manakala jadual kedua meliputi aspek kedua iaitu membina ayat mudah berdasarkan gambar. Kemudian, pengkaji menganalisis data yang diperoleh dengan menentukan peratus hasil keputusan ujian pra. Hasil keputusan ujian pasca juga turut dianalisis sama seperti ujia pra iaitu dengan menyediakan dua jenis jadual yang berbeza bagi dua aspek yang diuji semasa ujian ini. Akhir sekali, pengkaji menyediakan dua jenis graf iaitu bagi kedua dua aspek yang diuji pada murid murid semasa ujian pra dan ujian pasca. Setiap graf dibentuk meliputi hasil keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi menunjukkan peningkatan yang ditunjukkan oleh murid sebelum kajian dan selepas kajian.6.2.2 Pemerhatian Pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur iaitu dengan melengkapkan borang senarai semak. Pengkaji membuat pemerhatian semasa tinjauan awal kajian di mana pengkaji mencatatkan hasil pemerhatian dicatatkan pada nota catatan lapangan. Pengkaji membuat pemerhatian terhadap masalah dan kelemahan murid semasa menulis ayat. Selain itu, pengkaji melengkapkan borang senarai semak setiap kali selepas membuat pemerhatian pada setiap kitaran. Borang senarai semak ini dibuat bagi membuat penganalisisan hasil pemerhatian oleh pengkaji pada kedua dua kitaran yang telah dijalankan. Pada setiap kali intervensi dilaksanakan semasa setiap kitaran, pengkaji mebuat pemerhatian dan melengkapkan borang senarai semak. Borang senarai semak yang disediakan pengkaji merangkumi enam instrument iaitu minat murid terhadap penggunaan surat khabar, pemahaman murid terhadap surat khabar, kebolehan mentafsir artikel dari surat khabar, kebolehan murid untuk menjana idea, pemahaman terhadap penggunaan tenses semasa membina ayat dan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis. Setiap instrumen yang disediakan dinilai berdasarkan empat tahap iaitu sangat baik, baik, memuaskan dan kurang memuaskan.

6.2.3 Analisis DokumenPengkaji mendapatkan data tentang masalah dan kelemahan murid semasa membina ayat melalui buku buku latihan sebelum intervensi dijalankan. Kemudian, pengkaji mendapatkan peratus markah bagi lembaran kerja murid semasa intervensi pada kitaran pertama dan kedua. Pengkaji menganalisis peratus markah yang diperoleh dan menjadualkannya dalam satu jadual. Jadual ini menunjukkan perbezaan peratus markah murid semasa intervensi pada kitaran pertama dan kitaran kedua. Selepas itu, pengkaji menyediakan graf yang menunjukkan keberkesanan kedua - dua intervensi yang dijalankan pada kitaran pertama dan kedua.

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN Pengkaji telah menganalisis hasil keputusan ujian pra dan ujian pasca selepas proses mengumpul data telah dilakukan. Hasil keputusan dari subjek kajian iaitu sebanyak 6 orang murid Tahun 4 yang bermasalah pendengaran ini telah diterjemaahkan dalam bentuk jadual dan graf setelah dianalisis oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga menganalisis hasil pemerhatian yang diperoleh serta data data yang diperoleh semasa pengkaji membuat analisis dokumen terhadap buku buku latihan Bahasa Inggeris murid serta latihan latihan yang telah dibuat oleh murid semasa intervensi pada kitaran 1 dan kitaran 2.7.1 Ujian Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji membuat analisis terhadap kesalahan sturktur ayat semasa murid menyusun perkataan untuk membentuk ayat dan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan struktur ayat semasa membina ayat mudah Bahasa Inggeris berdasarkan gambar.Pada ujian pra, murid telah menjawab 5 soalan menyusun perkataan untuk membentuk ayat yang mana setiap soalan diberi 1 markah. Murid juga membina 5 ayat berdasarkan gambar yang mana setiap ayat yang betul diberi 3 markah. Markah keseluruhan bagi ujian pra adalah 20 markah. Jikalau murid melakukan satu kesalahan ejaan atau penggunaan istilah, maka 1 markah akan ditolak bagi setiap ayat. jikalau murid melakukan lebih daripada satu kesalahan maka 2 atau 3 markah ditolak bagi setiap ayat.Jadual 5: Pencapaian Murid dalam Ujian Pra (A)MuridKeputusan

Murid A4/5

Murid B1/5

Murid C3/5

Murid D1/5

Murid E1/5

Murid F2/5

Jadual 6: Pencapaian Murid dalam Ujian Pra (B)MuridAyatXYZJumlah markah

Murid A The postman give letter brother. My father waters flower using watering can My mother aranges flowers. My grantmother use hose to watering. My family house bother and father is mother.001111011210112

7/15

Murid B He postman. Family garden enjoying.0012221/15

Murid C My father waters flowers. Postman give leter. My mother arange the pots. My grandmother hose waters

011011120112

5/15

Murid D Weters wetering can. Family enjoy.2022220/15

Murid E My fether water. Posman give letter. My mother arranges pots1101121103/15

Murid F My father waters the fowers. I postman give letter bother. My family enjoys in gardan1111110214/15

Jumlah kekerapan kesalahan122420

(X= kesalahan ejaan, Y= kesalahan penggunaan tenses, Z= kesalahan struktur ayat)Setelah kedua dua jadual ini dianalisis, pengkaji merumuskan bahawa murid murid ini sangat lemah dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris. Murid murid banyak melakukan kesalahan penggunaan tenses serta kesalahan struktur ayat yang agak ketara berbanding dengan kesalahan ejaan. Pengkaji merumuskan bahawa kesemua murid murid ini sangat lemah dalam kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan dua kitaran iaitu memberi intervensi kepada murid murid dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menulis ayat melalui surat khabar. Setelah setiap intervensi berakhir, pengkaji memberikan semula ujian yang sama yang ditadbir sebagai ujian pasca. Murid murid membuat semula ujian yang sama mereka jalani semasa ujian pra bagi mengesahkan peningkatan murid selepas intervensi kitaran pertama dan kitaran kedua dalam penguasaan kemahiran menulis.Setelah menganalisis keputusan ujian pasca ini, pengkaji mendapati murid murid menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian pasca berbanding dengan keputusan ujian pra selepas murid murid menjalani intervensi semasa kitaran pertama dan kitaran kedua. Pengkaji mendapati murid murid kurang melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan tenses dan kesalahan struktur ayat. Murid murid telah memahami konsep dan cara penggunaan tenses dalam membina ayat melalui intervensi menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar.Jadual 7: Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 MuridPeratus markah ujian praPeratus markah ujian pasca 1Peningkatan peratus markah

Murid A55%65%10%

Murid B10%20%10%

Murid C40%50%10%

Murid D5%10%5%

Murid E20%35%15%

Murid F30%40%10%

Jadual 8: Peratusan Markah Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2MuridPeratus markah ujian pasca 1Peratus markah ujian pasca 2Peningkatan peratus markah

Murid A65%75%10%

Murid B20%30%10%

Murid C50%65%15%

Murid D10%15%5%

Murid E35%40%5%

Murid F40%55%15%

Berdasarkan dua jadual tersebut, pengkaji merumuskan murid murid menunujukkan peningkatan pada ujian pasca berbanding ujian pra. Intervensi pada kedua dua kitaran ini merupakan faktor utama dalam peningkatan peratus markah murdi murid pada kedua dua ujian pasca ini. Murid murid dapat menulis ayat mudah Bahasa Inggeris dengan menggunakan konsep yang betul serta murid murid dapat mengurangkan kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat.Pengkaji telah menyediakan graf tentang peningkatan dan perbandingan peratus markah keputusan ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji juga telah membuat rujukan pada laporan kemajuan murid murid dan telah menyediakan jadual gred dan markah murid murid untuk peperiksaan. Jadual gred dan markah ini membantu pengkaji untuk menentukan gred murid murid berdasarkan peratus markah yang diperoleh murid murid.

Jadual 9: Gred dan MarkahGredMarkah

A80-100

B60-79

C40-59

D20-39

E0-19

Rajah 2: Graf Peningkatan peratusan markah ujian pra dan ujian pasca

7.2PemerhatianPengkaji telah membuat pemerhatian berstruktur iaitu melengkapkan borang senarai semak selepas membuat pemerhatian. Pengkaji membuat pemerhatian setiap kali intervensi dijalankan semasa kitaran pertama dan kitaran kedua. Pengkaji memberi tumpuan pemerhatian kepada beberapa aspek penting iaitu minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian surat khabar bagi setiap murid, tumpuan murid semasa membuat latihan, tahap kefahaman murid terhadap konsep tenses, kebolehan murid untukKemudian, pada setiap kali intervensi dilaksanakan semasa setiap kitaran, pengkaji mebuat pemerhatian dan melengkapkan borang senarai semak. Borang senarai semak yang disediakan pengkaji merangkumi enam instrumen iaitu minat murid terhadap penggunaan surat khabar, pemahaman murid terhadap surat khabar, kebolehan mentafsir artikel dari surat khabar, kebolehan murid untuk menjana idea, pemahaman terhadap penggunaan tenses semasa membina ayat dan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis. Setiap instrumen yang disediakan dinilai berdasarkan empat tahap iaitu sangat baik, baik, memuaskan dan kurang memuaskan.Pengkaji mendapati pada instrumen pertama iaitu minat murid terhadap penggunaan surat khabar, kesemua murid telah menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan surat khabar semasa membina ayat dalam kedua dua kitaran. Murid murid ini sangat suka terhadap gambar gambar yang terdapat dalam surat khabar yang membantu murid murid ini untuk menjana idea dalam membina ayat. Hal ini kerana, gambar gambar yang terdapat dalam surat khabar seperti makanan dan permainan yang terdapat dalam iklan surat khabar merupakan perkara yang sering dilihat serta digunakan setiap hari. Maka, murid murid dapat mengaplikasikan perlakuan murid atau pemerhatian murid terhadap perlakuan orang lain menggunakan benda- benda itu. Sebagai contohnya, murid melihat gambar buku, maka mereka dapat membina ayat seperti He reads book everyday.Pada instrumen kedua iaitu pemahaman murid terhadap surat khabar semasa kitaran pertama, pengkaji mendapati dua daripada enam orang murid menunjukkan pemahaman yang sangat baik, manakala dua orang menunjukkan pemahaman yang baik dan dua murid lagi menunjukkan pemahaman yang memuaskan. Murid murid dapat memahami bahasa serta ayat yang digunakan dalam iklan yang diberikan oleh pengkaji. Murid juga dapat menggunakan bahan dalam surat khabar dengan sebaiknya tanpa bantuan pengkaji. Pada kitaran kedua, pengkaji mendapati hampir kesemua murid dapat menunjukkan pemahaman yang sangat baik terhadap penggunaan surat khabar dalam menulis ayat. Murid murid memahami keberkesanan penggunaan surat khabar semasa membina ayat dan cara cara penggunaan surat khabar dalam menulis ayat.Pada instrumen ketiga iaitu kebolehan mentafsir artikel dari surat khabar semasa kitaran pertama, pengkaji merumuskan bahawa hanya dua daripada enam orang murid sahaja dapat mentafsir iklan surat khbar dengan baik, manakala tiga murid hanya dapat mentafsir iklan dengan memuaskan dan seorang lagi murid tidak dapat mentafsirkan iklan dari surat khabar. Dua orang murid tersebut dapat mentafsir iklan tersebut dan membuat catatan ringkas tentang pemerhatiannya dalam buku Bahasa Inggeris. Kemudian, murid ini berbincang dengan pengkaji tentang cara penggunaan tenses sebelum membina ayat. Murid murid yang lain pula memerlukan bantuan serta tunjuk ajar daripada pengkaji untuk mentafsir iklan dari surat khabar sebelum murid murid itu diajar dan dibimbing untuk membina ayat. Pada kitaran kedua, empat dari enam orang murid menunjukkan pemahaman yang sangat baik terhadap penggunaan gambar dair surat khabar. Murid murid ini dapat mentafsir gambar dari surat khabar dengan sangat baik dan dapat membina ayat tanpa bantuan guru.Pada instrumen keempat iaitu kebolehan murid untuk menjana idea semasa kitaran pertama, pengkaji merumuskan bahawa dua daripada enam orang murid dapat menjana idea berdasarkan iklan dari surat khabar dengan baik. Murid murid lain iaitu empat orang murid dapat menjana idea dengan memuaskan. Melalui penggunaan iklan untuk membina ayat ini, murid murid memperoleh idea baru dan dapat membuat gambaran sebelum membina ayat. Murid murid juga memperkaitkan rutin harian dengan iklan yang diperoleh untuk membina ayat. Pada kitaran kedua, empat dari enam orang murid sudah boleh menjana idea sangat baik. Murid murid ini mampu menjana idea dengan membina ayat dengan baik di mana sebelum ini murid ini membina ayat seperti He goes school. manakala sekarang murid ini boleh membina ayat yang lebih baik seperti Every morning, he goes to school by bus..Pada instrumen kelima iaitu pemahaman terhadap penggunaan tenses di mana pada kitaran pertama ini, empat orang murid daripada enam orang murid dapat memahami konsep dan penggunaan tenses yang betul dengan baik. Murid murid ini dapat membina ayat dengan menggunakan tenses yang sesuai dengan struktur yang betul. Murid murid ini jarang melakukan kesalahan tenses semasa menulis ayat. pada kitaran kedua, hampir semua murid dapat memahami konsep dan cara penggunaan tenses semasa membina ayat dengan sangat baik. Pada instrumen keenam iaitu tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis semasa kitaran pertama, pengkaji mendapati tiga dari enam orang murid dapat menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik daripada intervensi yang dijalankan semasa kitaran pertama. Tiga murid yang lain masih perlu dibimbing pada intervensi kedua kerana pada kitaran pertama murid murid hanya dapat menguasi kemahiran menulis ayat pada tahap memuaskan. Pada kitaran kedua, pengkaji mendapati kesemua murid dapat menguasai kemahiran menulis ayat dengan agak baik. Murid murid dapat memahami konsep membina ayat, kesalahan tatabahasa yang perlu diperbetulkan dan cara cara membina ayat yang betul.Jadual 10: Hasil Pemerhatian pada Kitaran 1MuridInstrumen 1Instrumen 2Instrumen 3Instrumen 4Instrumen 5Instrumen 6

Murid ASangat BaikSangat BaikBaikBaikBaikBaik

Murid BSangat BaikMemuaskanMemuaskanMemuaskanMemuaskanMemuaskan

Murid CSangat BaikSangat BaikBaikBaikBaikBaik

Murid DSangat BaikMemuaskanTidak MemuaskanMemuaskanMemuaskanMemuaskan

Murid ESangat BaikBaikMemuaskanMemuaskanBaikMemuaskan

Murid FSangat BaikBaikMemuaskanMemuaskanBaikBaik

Jadual 11: Hasil Pemerhatian pada Kitaran 2MuridInstrumen 1Instrumen 2Instrumen 3Instrumen 4Instrumen 5Instrumen 6

Murid ASangat BaikSangat BaikSangat BaikSangat BaikBaikSangat Baik

Murid BSangat BaikBaikBaikBaikBaikBaik

Murid CSangat BaikSangat BaikSangat BaikSangat BaikBaikBaik

Murid DSangat BaikMemuaskanBaikBaikBaikBaik

Murid ESangat BaikSangat BaikSangat BaikSangat BaikBaikBaik

Murid FSangat BaikSangat Baik Sangat BaikSangat BaikBaikBaik

Istilah:Instrumen 1: Minat murid terhadap penggunaan surat khabar.Instrumen 2: Pemahaman murid terhadap surat khabarInstrumen 3: Kebolehan mentafsir artikel dari surat khabarInstrumen 4: Kebolehan murid untuk menjana ideaInstrumen 5: Pemahaman terhadap penggunaan tensesInstrumen 6: Tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis

7.2 Analisis Dokumen Pengkaji menjalankan analisis dokumen terhadap hasil kerja murid semasa menjalani intervensi pada kitaran pertama dan kedua. Selepas murid murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi pengkaji semasa kitaran pertama dan kedua, pengkaji mengumpul hasil kerja murid dan membuat penilain. Selepas penilaian dibuat, pengkaji menyediakan jadual yang menunjukkan peningkatan peratus markah dalam lembaran kerja semasa intervensi pada kitaran pertama dan kitaran kedua. Selepas itu, pengkaji menyediakan graf yang menunjukkan peningkatan peratus markah dan keberkesanan intervensi semasa kedua dua kitaran.Jadual 12: Peratus Markah Intervensi pada Kitaran 1 dan Kitaran 2 MuridKitaran 1Kitaran 2

Murid A65%85%

Murid B35%55%

Murid C55%75%

Murid D20%45%

Murid E45%65%

Murid F50%70%

Melalui penganalisisan data, pengkaji mendapati peratus markah pada lembaran kerja murid semasa intervensi pada kitaran 1 dan 2 menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Semua murid menunjukkan peningkatan pada latihan semasa intervensi pada kitaran kedua berbanding intervensi pada kitaran pertama. Pengkaji mendapati murid murid sudah mula memahami konsep dan cara penggunaan tenses semasa membina ayat selepas melalui intervensi.Rajah 3: Graf peningkatan peratus markah latihan kitaran 1 dan kitaran 2

Selain itu, pengkaji juga menganalisis latihan latihan dari buku murid murid yang mana pengkaji mendapati murid murid menunjukkan peningkatan dari aspek kekurangan melakukan kesalahan tatabahasa semasa membina ayat selepas menjalani intervensi pada kedua dua kitaran. Kesemua murid telah menunjukkan peningkatan dalam menulis ayat selepas menjalani intervensi pada kedua dua kitaran di mana murid murid dapat menjana idea dengan untuk membina ayat yang lebih baik.

8.0 RUMUSANPada bahagian ini, pengkaji membincangkan rumusan keseluruhan dapatan kajian dan refleksi berdasarkan kajian yang dijalankan.8.1 Rumusan DapatanBerdasarkan analisis keputusan kajian, pengkaji merumuskan bahawa murid murid menunjukkan peningkatan dalam peratus markah bagi ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Keputusan ujian pasca menunjukkan kesemua murid menunjukkan peningkatan hampir 20 peratus berbanding dengan ujian pra. Peningkatan dalam keputusan kajian ini hasil daripada penggunaan surat khabar dalam pengajaran kemahiran menulis ayat semasa intervensi pada kitaran 1 dan kitaran 2. Peningkatan yang ketara ini berpunca daripada keberkesanan penggunaan surat khabar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris.Penggunaan surat khabar ini membantu murid murid dalam memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang dilakukan semasa menulis ayat. hasil keputusan menunjukkan murid murid dapat menghasilkan ayat ayat Bahasa Inggeris yang lebih baik dan murid murid juga dapat mengurangkan kesalahan tatabahasa terutama kesalahan penggunaan tenses semasa membina ayat.Selain itu, hasil keputusan juga membuktikan bahawa penggunaan surat khabar juga menunjukkan peningkatan minat murid dalam membina ayat. Berdasarkan hasil pemerhatian, murid murid menunjukkan minat yang baik terutamanya menggunakan bahan dari surat khabar seperti iklan sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Perkara ini juga turut disokong oleh kajian daripada Aiex, N. K. (2000) yang menyatakan bahawa bahan bahan bacaan yang terdapat dalam surat khabar lebih menarik minat murid kerana murid murid bermasalah pendengaran suka kepada bahan bacaan yang bervisual.Murid murid juga menunjukkan peningkatan dalam penulisan ayat Bahasa Inggeris selepas menjalani intervensi pada kedua dua kitaran yang dilaksanakan oleh pengkaji. Ini dibuktikan apabila buku buku latihan Bahasa Inggeris murid murid ditinjau dan dianalisis yang mana murid murid telah mengurangkan melakukan kesalahan tatabahasa terutama kesalahan penggunaan tenses. Tambahan pula, hasil analisis buku buku latihan juga menunjukkan bahawa murid murid telah menunjukkan peningkatan dalam kebolehan menjana idea semasa membina ayat. Murid murid telah menggunakan perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding selum menjalani intervensi pada kedua dua kitaran.8.2 RefleksiMelalui kajian ini, pengkaji memperoleh pendedahan serta pengalaman tentang masalah murid murid bermasalah pendengaran dalam membina ayat Bahasa Inggeris. Menurut Safani Bari (2003) murid murid bermasalah pendengaran menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa dan penulisan. Namun demikian, jika murid murid ini diberi intervensi yang sewajarnya dan guru menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan murid murid ini menguasai kemahiran menulis dengan baik.Dalam kajian ini, pengkaji membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran menulis ayat. Pengkaji telah menggunakan surat khabar sebagai bahan bantu mengajar bagi meningkatkan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Di samping itu, penggunaan kaedah pemusatan murid dapat membantu murid untuk menjana dan merangsang minda murid mruid untuk membina ayat tanpa sebarang kesalahan tatabahasa.Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan surat khabar dapat menjana idea murid murid berdasarkan gambar gambar yang dilihat dari bahan bacaan untuk membina ayat yang baik. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji merumuskan bahawa setelah murid murid menjalani intervensi iaitu menggunakan surat khabar dalam pembelajaran kemahiran menulis pada kedua dua kitaran, didapati tahap penguasaan murid murid terhadap kemahiran menulis ayat menunjukkan peningkatan yang ketara. Intervensi yang dijalankan oleh pengkaji banyak membantu murid murid ini dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat di mana murid murid telah mempertingkatkan kebolehan untuk menjana idea serta mengurangkan melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis ayat.Penggunaan surat khabar ini dalam pengajaran kemahiran menulis ayat ini turut disokong oleh kajian Aiex, N. K. (2000) yang menyatakan bahan bahan dari surat khabar dapat menarik minat murid bermasalah pendengaran untuk belajar kerana murid murid bermasalah pendengaran suka terhadap bahan bacaan yang bervisual. Pengkaji telah menggunakan dua jenis bahan bacaan dari surat khabar iaitu iklan dan gambar berwarna. Kedua dua bahan bacaan ini merangsang minda murid dalam menjana idea untuk membina ayat dengan baik tanpa melakukan kesalahan tatabahasa. Malah, melalui penggunaan surat khabar ini memudahkan murid murid ini untuk memahami konsep penggunaan tenses dengan betul.Namun demikian, pengkaji mendapati terdapat aspek aspek yang perlu diperbaiki dan diubah bagi memudahkan intervensi ini dijalankan dengan baik. Pada awalnya pengkaji menghadapi masalah untuk merangang minda murid menggunakan iklan yang tidak berwarna, maka pengkaji menggunakan iklan yang berwarna yang lebih mudah menarik minat murid dan merangsang minda murid. Pengkaji juga mendapati murid murid mula melakukan akitviti lain seperti melukis dan mawarna gambar yang terdapat dalam surat khabar.Pengkaji telah membuat beberapa penambahbaikan dalam kaedah intervensinya agar keberkesanan penggunaan surat khabar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat dalam kalangan murid bermasalah pendengaran dapat ditingkatkan. Pengkaji juga harus mengawal kelakuan dan aktiviti murid murid semasa melaksanakan intervensi bagi mengelakkan berlakunya masalah kegagalan mengawal bilik darjah.

9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAKajian seterusnya adalah meninjau kemahiran menulis karangan pendek dalam Bahasa Inggeris menggunakan bahan bacaan dari surat khabar dengan menggunakan kaedah pemusatan murid. Kajian diperbaiki dengan menggunakan bahan bacaan yang lebih bersifat teks yang dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Penambahbaikan ini dapat membantu murid murid bermasalah pendengaran ini untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat mahupun menulis karangan pendek. Ia juga selaras dengan peranan menulis karangan merupakan salah satu soalan yang perlu dijawab oleh murid murid dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Kepelbagaian penguasaan jenis-jenis ayat ini akan menjadikan penulisan murid-murid bermasalah pendengaran lebih menarik dan berstruktur.

SUMBER RUJUKANAbdul Rahman Abdul Rashid (1999) Kemahiran menulis. Pearson Malaysia Sdn. Bhd: Petaling JayaAiex, N. K. (2000). Newspapers as a Teaching Resource.Online ESL Articles.ERIC Clearing house on Reading English and Communication: Bloomington IN.Aziz Salleh (1993).Akhbar Dalam Darjah:Alat Bantuan Mengajar (Panduan). Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.Chua, Y.P (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. McGraw- Hill: Kuala Lumpur.Harrower, Tim. (6th ed. 2007)The Newspaper Designer's Handbook. University Press: Cambridge, UK.Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.: Puchong, SelangorKamarudin Hj. Husin (1998).Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Subang Jaya:Kuder (2003), Teaching Students with Language and Communication Disabilities, Second Edition, Pearson Education: United States of America.Mariam Mohamed Nor (2007), Writing For ESL Teachers, Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjung Malim, Perak.Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.: Selangor.Mok Soon Sang (2010), Penyelidikan dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Penerbit Multimedia SDN.BHD: Ipoh, Perak.Noorazman Mahat (2009), Asas Kemahiran Menulis, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.Noraziah Abdul Hamid (1981),Alatan Mengajar DalamPengajaran Bahasa, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala LumpurPaul Sanderson (2008) Using Newspapers In The Classroom, University Press, Cambridge: London, United Kingdom.Rosinah Edinin. (2011).Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Freemind Horizons: Kuala Lumpur.Safani Bari. (2003). Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan Murid- Murid Bermasalah Pendengaran. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi MalaysiaSulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Ampang/ Hulu KelangTaylor, A Clark (2011) Newspaper In Education. The Post Standrad Puclications: New York

Lampiran AUjian Pra & Ujian Pasca (A)Name:Class:.Rearrange the words to form simple sentences1. studies / English / in a school / Alex

2. at shop/ new clothes / buy / Laura

3. flies / a bird / sky / the / high/ at

4. stays / at home / at night / Hasan

5. Ilham / school / every day / goes

Lampiran BUjian Pra & Ujian Pasca (B)

Lampiran CBorang Senarai Semak

Nama murid: ..Kelas: .Tarikh: ..Masa: Instrumen1234

Minat murid terhadap penggunaan surat khabar

Pemahaman murid terhadap surat khabar

Kebolehan mentafsir artikel dari surat khabar

Kebolehan murid untuk menjana idea

Pemahaman terhadap penggunaan tenses

Tahap penguasaan murid terhadap kemahiran menulis

Tahap 1: Tidak memuaskanTahap 2: MemuaskanTahap 3: BaikTahap 4: Sangat Baik

Lampiran DLatihan Semasa IntervensiLampiran EHasil Kerja Murid sebelum intervensi

Lampiran FHasil Kerja Murid Selepas Intervensi

46