terapi muzik dan seni suaian

13
1.0 Pengenalan Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk membuat ulasan, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology ) Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu. Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. 1

Upload: azie

Post on 10-Jun-2015

7.943 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

1.0 Pengenalan

Sebelum meneruskan dengan artikel yang telah dipilih sebagai bahan untuk

membuat ulasan, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan

dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar

pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan

minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan

tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

“ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku

ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan

ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi

seseorang.”

(http://ms.shvoong.com/huminities/musicology)

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang paling

berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi.

Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan

dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi

kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak

balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.

Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapi

bukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan dengan

meluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang

menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan taraf

kesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan

emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu.

1

Page 2: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi

perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi

trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan

AIDS.

Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, menyediakan

pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada

pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan

menenangkan fikiran.

Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program

terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi

muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari

atau melukis dengan muzik.

1.2 Artikel 1

Tajuk Artikel : Music Theraphy for Disabled Children

Penulis : Ashley Bell

Tempat : Brooke Point High School, Stanford, California

1.1.1 Tujuan / Objektif :

Artikel ini ditulis untuk membincangkan bagaimana terapi muzik dapat membantu

kanak-kanak bermasalah pembelajaran membina dan mempertingkatkan skil

asas dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini juga dapat membantu ibu

bapa serta orang awam bagaimana untuk membantu dan memahami kanak-

kanak bermasalah pembelajaran ini dengan terapi muzik.

2

Page 3: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

Di dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan

untuk merawat bukan hanya kanak-kanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang

menghadapi masalah pembelajaran syndrom down, masalah pendengaran,

lemah anggota badan dan masalah kerencatan mental.

Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka

penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Hasilnya begitu menggalakkan.

1.1.2 Latar belakang kajian:

Sebenarnya artikel ini tidaklah membuat kajian yang sepenuhnya kepada kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Artikel ini ditulis hanya berdasarkan

pemerhatian kepada tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan

sekumpulan kanak-kanak yang mengandungi 11 orang kanak-kanak yang

mempunyai kesukaran untuk bercakap.

Tiada pemerhatian yang khusus dan berapa lama pemerhatian dijalankan ke

atas kanak-kanak tersebut. Juga tiada data terpeinci mengenai pemerhatian

yang dilakukan, contohnya dimana, masa dan hasil dapatan penulis semasa

pemerhatian dijalankan.

1.1.3 Kaedah kajian :

Selebihnya artikel ini hanya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan

terapi muzik, sejarah perkembangan terapi muzik dan bagaimana terapi muzik

digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tiada

kaedah yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini, iaitu bermaksud samada

pemerhatian dibuat secara klinikal atau sebaliknya.

3

Page 4: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

1.1.4 Dapatan kajian:

Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai

digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan

daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar-

pakar terapi muzik

Walaubagaimana pun saya amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi muzik

amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat

membantu dalam sessi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak

bermasalah pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di

mana seorang kanak-kanak down syndrom bernama Josh Clark berumur lapan

tahun. Josh di rawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina,

L.Hofmeister-Connoly.

Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga

nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk

menolong Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya

iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan

mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam

nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini,

penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang

lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin

beberapa minggu atau beberapa bulan.

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai

berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak

dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi

muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut.

4

Page 5: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan

yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang

harus diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan

elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan

memahami gambarajah.

Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara nyanyian

didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi,

menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.

Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak

bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf,

malah aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan

menyeronokkan bukan sahaja murid malahan guru juga.

Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi responden di dalam artikel ini

mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-kanak yang menghadapi

masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui terapi muzik. Ini

dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh

kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka.

Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan

bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan

menyeronokkan kanak-kanak tersebut.

5

Page 6: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

2.0 Seni dan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian

yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk

mempastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan

keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat

bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang

kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah

satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah

bidang sosial, riadah dan kreativiti.

Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada

memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum

pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan

potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran supaya mereka dapat

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu

pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti

kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka

menerusi nilai yang dipelajari.

Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi meningkatkan

kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan

kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan

ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya

menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka

fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri.

6

Page 7: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

2.1 Terapi Seni

“Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin

menjadi ‘kunci’ kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai

kaitan psikologi dengan si pelukisnya. “

(20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen)

Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu

meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah

satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.

Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar

konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkahlaku di

Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor.

Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian

kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan

literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka

yang dalam.

Menurut Paul (2008) medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan

skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi di

mana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar.

Beliau juga mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan

perasaan yang sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan

semua orang dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan

baik. Malah cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan

pendekatan yang selamat dan diterima ramai.

7

Page 8: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

Artikel kedua yang dipilih ialah berkaitan dengan kajian terhadap seorang kanak-

kanak autisme dengan terapi seni. Apakah autisme? Autisme merujuk kepada

kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologikal yang

mempengaruhi fungsi normal otak. Kanak-kanak yang menghidapi masalah itu

mengalami masalah dari segi komunikasi, interaksi sosial, kecacatan deria, cara

bermain dan kelakuan. Bangsa, keturunan, tahap pendapatan dan pendidikan

ibu bapa, kelas sosial bukan punca autisme. Pakar Fizik terkemuka dalam

sejarah, Albert Einstein dikatakan memiliki ciri autisitk.

Ada 18 simptom pesakit autistik termasuk terlalu aktif atau terlalu pasif, menolak

perubatan rutin, kemahiran motor kasar atau halus yang tidak sekata, gemar

memutar objek, menolak kaedah pendidikan biasa. Mereka juga lazimnya

sayang kepada objek yang tidak sepatutnya, enggan bertentang mata,

berkelakuan pekak atau amat sensitif kepada bunyi, sukar bergaul dan

mengekalkan satu corak permainan untuk masa yang lama.

Simptom lain termasuk enggan bergaul atau mempedulikan orang lain, tiba-tiba

ketawa tanpa sebab, meniru percakapan orang lain seperti burung kakak tua,

tidak takut pada situasi bahaya dan tidak peka pada kesakitan.

Simptom autisme :                                                       

                                                                                       

Tidak suka bergaul

Tidak peka kepada kesakitan

Tidak suka dipeluk

Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan

Terlalu aktif/pasif

Gemar memutarkan objek

Tidak bertentang mata bila berkomunikasi .

8

Page 9: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

Ramai ahli dan pakar terapi mendapati kanak-kanak autisme mempunyai bakat

dalam kerja seni, samada jahitan croshtich atau menggulung kertas untuk dibuat

bakul atau kraf tangan. Cuma perlu peruntukkan masa yang lama untuk

mengajar mereka membuatnya. Kerja yang mereka buat sangat teliti dan kemas.

Seterusnya kita akan membincangkan mengenai artikel 2 yang melibatkan

kanak-kanak autisme dan terapi seni:

2.2 Artikel 2 :

Nama Jurnal : Advocate Third Edition 2001

Tajuk Artikel : Weekeend Outings Provide Creative Outlet

Penulis : Donna J.Betts, M.A., A.T.R

Tahun Terbitan : 2001

2.2.1 Tujuan / Objektif :

Artikle ini ditulis oleh Donna J. Betts seorang Pengarah Seni Terapi di National

Children’s Centre di Washington, Amerika. Ia adalah laporan khas mengenai isu-

isu terapi alternatif untuk merawat kanak-kanak yang menghidapai autisme.

Ramai ibu bapa dan ahli profesional bersetuju bahawa pendidikan awal

intervensi adalah kunci kepada perkembangan dalam kehidupan dan hasil

luahan seseorang yang mengidap autisme.

Artikel ini juga ditulis untuk membantu kita memahami apa yang dikatakan terapi

seni, teori-teori yang digunakan dalam menggunakan terapi ini dan bagaimana

kajian dilakukan. Juga di beri contoh kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat

dalam menggunakan teknik terapi ini.

9

Page 10: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

2.2.2 Latar belakang kajian :

Artikel yang di tulis bukanlah merupakan kajian yang sebenar yang dijalankan

oleh Donna J. Betts. Ia hanyalah sebuah laporan khas beliau untuk menunjukkan

bagaimana terapi seni dapat membantu kanak-kanak autisme. Laporan ini hanya

tertumpu kepada seorang remaja yang mengidap autisme. Remaja ini iaitu Tony

Meredith, berumur 18 tahun dan merupakan salah seorang yang mendapatkan

bantuan Donna dalam menghadapi autisme.

Donna menyatakan dalam laporannya bahawa selepas Tony melukis lebih

daripada 30 gambar berkaitan dengan bas awam di dalam sessi terapi seni yang

dilaluinya, dia terfikir mengapa bas-bas tersebut begitu bermakna sekali kepada

Tony. Ibu Tony pernah bercerita sebelumnya bahawa Tony sering menaiki bas

metro iaitu sebuah perkhidmatan bas di bandar Washington setiap hari Sabtu

bersama bapanya.

Walaupun Tony mempunyai masalah kerencatan akal dan kelewatan dalam

percakapan serta tidak pernah menyatakan tentang pengalamannya menaiki

bas, tetapi hasil-hasil seninya menunjukkan bahawa bas yang sering dinaikinya

setiap hari sabtu mempunyai makna yang mendalam dalam kehidupannya.

Menurut Donna lagi, apa yang menarik bagi setiap lukisan bas yang dilukis oleh

Tony, dia akan melabel setiap bas tersebut dengan nombor yang berbeza.

Mungkin menunjukkan sesuatu tentang daya ingatan Tony. Tetapi tidak dapat

dipastikan mengenai nombor-nombor bas yang ditulisnya kerana dia

menghadapi kesukaran untuk bercakap.

10

Page 11: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

2.2.3 Kaedah Kajian / Dapatan Kajian :

Tiada kaedah yang dinyatakan didalam laporan ini. Cuma dinyatakan bahawa

Tony mendapat impak positif daripada terapi yang dijalankan. Seperti kanak-

kanak autisme yang lain, komunikasi Tony adalah terhad kerana menghadapi

masalah kesukaran untuk bercakap, dan sikapnya walaupun telah berumur 18

tahun, hasil seninya adalah seperti kanak-kanak berumur antara 7 – 9 tahun.

Donna menyatakan, secara keseluruhannya mod rawatan secara terapi seni

adalah efektif untuk Tony. Dia (Donna) telah cuba berkomunikasi dan membina

hubungan yang baik dengan Tony. Tony juga cuba membangkitkan

keupayaannya melibatkan diri dalam kumpulan kecil terapi seninya. Dari terapi

ini Donna berharap Tony boleh menggunakan seni terapi untuk meninggalkan

dunia tersendirinya walaupun hanya untuk sementara.

Sebagai pakar terapi Tony, Donna amat berharap dapat membantu Tony

berhadapan dengan masalah autistiknya. Katanya (Donna), Tony perlu

merasakan bahawa ada orang lain yang mengakui kewujudannya dengan cara

berkomunikasi dan sama-sama berkongsi dunianya. Walaupun Tony kelihatan

wujud dengan segala karekternya, berbeza daripada orang lain,bertingkah laku

khusus, mempunyai masalah dalam berkomunikasi, Donna merasakan bahawa

dia dapat melihat proses kreatif Tony dan dialu-alukan dalam kehidupan

tersendiri Tony.

Hasil karya seni Tony telah dipamerkan di American Art Theraphy Association

National Client Art, di Washington, Amerika.

11

Page 12: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya kedua-dua artikel telah membincangkan beberapa

perkara berkaitan dengan isu dan masalah dalam terapi muzik dan juga terapi

seni. Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa kedua-dua terapi tersebut amat

perlu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah

pembelajaran.

Kerjasama daripada ibu bapa, masyarakat, keluarga, komuniti dan para

profesional amat perlu bagi memberi intevensi yang berkesan kepada kanak-

kanak tersebut supaya perkembangan dalaman kanak-kanak tersebut dapat

dipertingkatkan.

Semua pihak perlu sedar tentang kepentingan terapi ini yang boleh memberi

impak positif terutamanya terhadap perkembangan efektif dan kognitif dalam

kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dengan demikian negara

akan dapat melahirkan masyarakat berkeperluan khas yang berimiginatif, kreatif,

berpengetahuan dan berdikari.

12

Page 13: Terapi Muzik Dan Seni Suaian

RUJUKAN :

Ashleigh Bell. (2003). Music theraphy for disabled children. Dimuat turun pada 2

mac 2009.

http://www. nshss.org /Academic_Paper_Awards/Bell.pdf

Boon, R. (2003). Learning Disabilities. Dimuat turun pada 5 Mac 2009, daripada

http://home.iprimus/rboon/LearningDisabilities.htm

Osman Hashim. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran

pendidikan seni dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Dimuat turun pada 5 Mac 2009.

http:// myais.fsktm.um.edu.my /4794/1/3.pdf

http://gabunganpelukis.blogspot.com/2008/10/terapi-seni.html

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081123131448/

Article/index_html

http://www. personal.psu.edu /sma5008/Scholarly Work.htm

13