terapi pertuturan

53

Click here to load reader

Upload: dewipurplerose

Post on 05-Dec-2014

239 views

Category:

Documents


44 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi pertuturan

Terapi pertuturan, yang dibantu oleh ahli patologi pertuturan, membantu seseorang

memperbaiki kebolehannya berkomunikasi; ini termasuk pertuturan, iaitu bagaimana

bunyi dibentuk, dan bahasa, yang melibatkan pemahaman dan pemilihan perkataan

yang sesuai.

Bagaimana ia membantu

Strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan

bahasa, di samping pergerakan di sebelah kanan tubuh. Matlamat utama terapi

pertuturan adalah untuk memulihkan semula kebolehan mangsa berkomunikasi dengan

tepat, dengan melatih bahagian-bahagian berikut:

1. Pertuturan – seorang mangsa strok dengan masalah pertuturan mempunyai

kesukaran membentuk bunyi yang dapat difahami orang lain. 

2. Bahasa – adalah penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor atau gerak

isyarat yang mempunyai makna. Seorang mangsa strok mungkin menghadapi

kesukaran memahami atau memilih perkataan atau nombor atau gerak isyarat

yang betul.

3. Kognisi (Pengamatan), atau kemahiran berfikir – untuk berkomunikasi dengan

tepat dengan orang lain, seorang mangsa strok perlu mampu menumpukan

perhatian, dan menggunakan beberapa kemahiran berfikir. 

4. Menelan – seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal

lidah dan menelan. Otot-otot lidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk

membuat bunyi. Oleh itu, terapi yang membantu pertuturan juga boleh

membantu kebolehan menelan.

Terapi Pertuturan(G 5.4)

DEFINISI TERAPI PERTUTURAN

Page 2: Terapi pertuturan

MASALAH PERTUTURAN YANG DIALAMI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS

Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada

ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan

dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada pelbagai

masalah dalam pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-

murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang

demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan,

halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan

seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap

kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam

pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam

pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi

fisio atau cara kerja.

Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang

berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu

bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni, terapi pertuturan dan terapi pergerakan.

Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah

mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan

atau rujukan pada pakar.

TERAPI

Sebenarnya terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah

menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini

bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang

pulih semula dari kecederaan atau masalah yang dialami.

Page 3: Terapi pertuturan

Bagaimanapun, di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk

membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti  atau

kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu

murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.

PERTUTURAN

Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat

pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan

kemahiran berinteraksi dalam suasana  bahasa manusia.

Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang

dituturkan , bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah

wilayah atau tempat.

TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh

seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.

Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan

aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau

intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti

pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.

Terapi pertuturan juga  merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid

yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia

bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan  melatih murid-

murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya

murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan

melakukan terapi terlebih dahulu.

 Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat

membantu murid.  Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh

guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

Page 4: Terapi pertuturan

 

 

KEPENTINGAN TERAPI PERTUTURAN(G 5.4)

Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk

mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing

dan sebagainya. 

            Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama

melatih murid menguasai kemahiran tertentu.  Sebagai contoh, jika terapi pertuturan

dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. 

Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus

dijalankan.

Kedua, membantu murid menghasilkan bunyi bahasa.  Hal ini bermaksud, terapi

pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih

bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan

mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain.  Dengan pelaksanaan terapi

pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna.

Ketiga,  meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial.  Hal ini bermaksud,

terapi pertuturan ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan

orang lain.  Sebagai contoh, jika murid yang mengalami masalah pertuturan, sifat

rendah diri mereka untuk bergaul dengan orang lain akan kurang.  Apabila mereka

dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk bergaul

dengan orang lain akan meningkat.  Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan

meningkat daripada pengalaman bergaul denga orang lain.

Keempat, meningkatkan tahap keupayaan murid.  Hal ini bermaksud, tahap

keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih meningkat.  Sebagai contoh, apabila

murid yang mengalami masalah pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan

positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan murid dalam bidang lain seperti

pelajaran.

Page 5: Terapi pertuturan

Kelima, membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi. Hal ini bermaksud,

terapi pertuturan ini dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan

meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan. 

Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat

pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara

satu sama lain.  Hal ini akan membantu murid-murid bertutur dengan cara yang lebih

baik dan berkesan.  Selain itu, apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat

pertuturan dengan betul, hal ini akan membantu murid-murid berkomunikasi dengan

lebih baik.

Keenam, membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain.  Hal ini

bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid-murid menyampaikan

maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan

cara yang betul.  Sebagai contoh, apabila murid-murid bermasalah pertuturan sudah

mula pandai bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang

bersesuaian.  Apabila mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus

mencapai makanan yang mereka mahu.

Ketujuh, membantu meningkatkan kemahiran sosial.  Hal ini bermaksud, terapi

pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.  Murid-murid akan

tahu kemahiran sosial dengan lebih baik.  Sebagai contoh, mereka akan tahu cara

untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai.  Hal ini juga bermaksud, mereka

akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan

orang lain.

Kelapan, memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.  Hal ini bermaksud, murid-

murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan dan dalam pergaulan apabila terapi

pertuturan ini berkesan.  Sebagai contoh, apabila mereka dapat bertutur dengan lebih

baik, peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan

wujud dan keyakinan mereka

Page 6: Terapi pertuturan

 

 

 

 

    

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI     PERTUTURAN

Alat terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah

ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut:

§            i) Kecelaruan perkembangan bahasa

§            iiK0ecelaruan bahasa perolehan

Kecelaruan bunyi pertuturan

Masalah pendengaran

Kecelaruan suara

Kecelaruan resonan/ sengau

Kecelaruan kelancaran pertuturan

Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)

Kecelaruan deglutasi (feeding)

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:

§  Wisel

Page 10: Terapi pertuturan

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat

menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara

aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:

  

§

  M

eni

up belon  dan wisel serta peniup hari jadi

§  Meniup lilin yang dinyalakan api

§  Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air

§  Meniup straw di dalam cawan yang berisi air

§  Meniup kertas di dalam air.

§  Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.

§  Menyedut air menggunakan straw.

Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau

merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan ini

kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat

terapi dan kaedah yang digunakan ialah:

Page 11: Terapi pertuturan

1.    Penilaian awal bahasa dan pertuturan.

Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan

dan bahasa.

2.    Set kemahiran mendengar dan bertutur.

Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi

langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan

bertutur.

3.    Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).

Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang

mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.

4.    Kad imbas berlamina.

Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-

kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.

5.    CD clipart.

Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan

untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.

6.    Kad imbas kaedah S.I.

Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak

dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan

kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.

7.    Sticker pelbagai warna dan karektor.

Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.

8.    Aktiviti kraf.

Page 12: Terapi pertuturan

Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik,

mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan

menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.

9.    Hand puppet.

Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan

kanak-kanak untuk bertutur.

10. Finger puppet.

Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang

pertuturan.

11. Perisian Dr Speech.

Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan

mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.

12. Perisian nasal view.

Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami

masalah sengau dalam pertuturan.

13. Five.

Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar

mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.

14. Echo Microphone.

Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat

menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.

 

 

 

Page 13: Terapi pertuturan

 

 

Cara pelaksanaan terapi pertuturan

Melakukan Latihan Senaman Muka

1.     Lidah

a.     Gerakkan lidah ke atas

b.     Gerakkan lidah ke bawah

c.      Gerakkan lidah ke kanan

d.     Gerakkan lidah ke kiri

2.     Mulut

a.     Buka mulut seluas mungkin

b.     Tutup mulut

c.      Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan

d.     Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.

3.     Muka

a.     Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4.     Kunyah

Kawalan pernafasan

·                Cara pernafasan menggunakan perut

Page 14: Terapi pertuturan

·                Tarik nafas kemudian tahan dan hembus

·                Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.

·                Latihan hembus kertas

·                Hembus bola kertas ke arah gol

·                Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw

·                Tiup buih-buih

·                Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi

·                Tiup wisel mengikut rentak

·                Tiup belon mengikut tahap kesukaran

Kawalan suara

·                Letak tangan di hadapan mulut

·                Letak belakang tangan di bahagian leher

·                Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturan

Pandang mata

·                Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien

melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil

namanya sebelum memulakan aktiviti.

Page 15: Terapi pertuturan

·                Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.

Vokalisasi

·                Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang

berkaitan dengan pertuturan.

·                Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut

atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.

·                Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat

menarik minat klien untuk meniru.

Kekangan atau halangan dalam menjalankan terapi pertuturan

Halangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.

1.     Guru

a.     Guru pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan

dan tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk murid

pendidikan khas.

b.     Guru malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas

tersebut kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.

c.      Guru tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan

terapi lain sewaktu masa terapi.

2.     Bahan

a.     Ketiadaan bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi

pertuturan.

b.     Penggunaan bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid

atau bahan yang mudah rosak.

Page 16: Terapi pertuturan

3.     Peruntukkan masa

a.     Peruntukkan masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.

b.     Terdapat pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk

sesuatu aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan proses terapi

pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu giliran atau menunggu untuk

ke tahap seterusnya kerana terdapat murid yang masih memerlukan masa yang lama

untuk sesuatu melaksanakan sesuatu aktiviti terapi pertuturan).

4.     Sokongan ibu bapa

a.     Ibu bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan

dirumah sebaliknyan menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk menjalankan terapi

pertuturan.

b.     Ibu bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan oleh

guru supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada dirumah.

5.     Tingkah laku

a.     Terdapat murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.

b.     Murid mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi

pertuturan.

c.      Tidak mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.

 

Page 17: Terapi pertuturan

Cadangan Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan murid-murid

pendidikan khas untuk bertutur itu meningkat. Oleh itu sokongan dan galakan daripada

semua pihak perlu ada agar murid-murid pendidikan khas merasa dihargai dan tidak

dipinggirkan. Setiap usaha mereka perlu dihargai dan bukannya dipandang rendah

walaupun objektif yang ditetapkan itu gagal dicapai

Guru merupakan individu yang paling dekat dengan Murid-murid khas semasa di

sekolah. Guru perlu memantau dan merekod tahap kebolehan pertuturan setiap murid.

Sekiranya ada murid yang menunjukkan masalah lewat pertuturan,guru perlu

mengambil langkah intervensi dengan kadar segera.Oleh itu guru perlu memantau

perkembangan pertuturan murid. Hal ini penting untuk menjamin keberkesanan terapi

pertuturan yang dijalankan dan tindakan susulan yang bakal diambil berdasarkan

pencapaian murid. Guru juga perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kaedah terapi

kerana setiap murid bermasalah pertuturan memerlukan pendekatan yang berbeza.

Ibu bapa perlu sentiasa bercakap dengan anak istimewa mereka. Semakin kerap

perbualan dan pertuturan berlaku,semakin banyak input dan perbendaharaan kata yang

didengar dan dikuasai oleh anak mereka. Kanak-kanak istimewa ini memerlukan lebih

banyak perhatian dan kasih sayang daripada semua orang. Oleh itu, ibu bapa perlu

mendengar setiap perkataan yang diluahkan dan jangan memperkecilkan kanak-kanak

bermasalah pertuturan ini kerana hal ini akan melemahkan semangatnya.

Page 18: Terapi pertuturan

Persepsi negatif masyarakat terhadap murid-murid pendidikan khas yang mengalami

masalah pertuturan dan komunikasi ialah perkara biasa. Masyarakat perlu mempunyai

pengetahuan dan kesedaran akan hak murid-murid pendidikan khas ini untuk  belajar

bertutur dan bercakap seperti manusia normal. Murid-murid masalah pertuturan tidak

sepatutnya dipinggirkan dan dilayan seperti orang asing. Mereka perlu dihargai agar

mereka lebih yakin dan tidak malu untuk berkomunikasi

Kempen kesedaran,seminar,taklimat mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh

murid-murid bermasalah pertuturan perlu diadakan dengan lebih kerap lagi. Masih

ramai lagi golongan masyarakat yang tidak mengetahui akan kesedaran untuk

membantu golongan murid-murid bermasalah pertuturan ini. Masyarakat terus

berprasangka dan melabel murid-murid bermasalah komunikasi ini dengan pelbagai

label negatif. Media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan

bahan-bahan ilmiah mengenai masalah pertuturan yang dihadapi oleh kanak-

kanak.Blog,laman web dan laman social juga boleh dimanfaatkan sebagai wadah untuk

menyampaikan mesej mengenai masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak dan

bagaimana kita dapat membantu mereka.

Page 19: Terapi pertuturan

KESIMPULAN TERAPI PERTUTURAN

Program terapi pertuturan merupakan satu program yang penting bagi membantu

kanak-kanak bermasalah pertuturan dan komunikasi untuk bertutur. Guru pendidikan

khas perlu didedahkan proses mendapatkan perkhidmatan,proses pengesanan awal,

pengetahuan asas terapi pertuturan agar langkah-langkah yang perlu diambil

bersesuaian dengan keperluan murid. Guru memainkan peranan penting mengesan

sebarang masalah komunikasi dalam kalangan muridnya. Guru perlu menjalankan ujian

diagnostik bagi mengenalpasti tahap dan kebolehan murid untuk berkomunikasi.

Page 20: Terapi pertuturan

Pemantauan secara berterusan oleh guru terhadap perkembangan komunikasi murid

bertujuan untuk mengetahui tahap murid dan mengenalpasti keperluan murid. Guru

atau pakar terapi pertuturan akan melakukan program-program terapi secara bersistem

dan berjadual, justeru,data-data perkembangan pertuturan dan komunikasi murid

sentiasa diperlukan. Guru juga perlu bersedia melakukan inovasi dan teknik memberi

terapi kepada kanak-kanak bermasalah pertuturan yang memerlukan perhatian lebih

bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur sedikit demi sedikit.

Murid-murid bermasalah komunikasi dan pertuturan perlu dibantu. Persekitaran murid-

murid khas juga menjadi faktor penting yang membantu perkembangan

mereka.  Guru,ibubapa, dan masyarakat perlu memastikan murid-murid ini sentiasa

bertutur dan melibatkan diri dalam pertuturan walaupun cara mereka bertutur itu tidak

betul.

Penyebaran maklumat mengenai terapi pertuturan dalam media massa seperti media

cetak dan media elektronik membantu masyarakat amnya dan ibubapa khususnya yang

mempunyai kanak-kanak bermasalah pertuturan untuk mengambil tindakan yang

sewajarnya membantu anak mereka sebelum terlambat. Seminar-seminar dan kursus-

kursus diadakan bagi membantu ibubapa menimba ilmu tentang bagaimana masalah

pertuturan anak mereka dapat diatasi

Page 21: Terapi pertuturan

Definisi  Terapi Pertuturan

            Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.            Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.            Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yangdihadapi oleh seseorang individu.  Terapi pertuturan  juga adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.            Menurut Encyclopedia Britannica terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaiki kecacatan pertuturan. Ia mungkin berpunca dari otak, telinga, sepanjang peti suara yang menjejaskan suara, alat artikulasi, perkembangan dan kesukaran bercakap selepas penguasaan bahasa. Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik.

Kepentingan Terapi Pertuturan         melatih murid menguasai kemahiran tertentu         membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa         meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu         meningkatkan tahap keupayaan murid.

Dilakukan kepada         Kanak-kanak lewat pertuturan         Bibir atau lelangit sumbing         Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus         Gagap atau sengau         Pesakit stroke

Punca masalah         Masalah pendengaran         Lewat perkembangan         Otot lisan lemah         Kecacatan masa lahir         Masalah pernafasan         Kecederaan otak         Masalah dalam proses penelan makanan

Strategi pemulihan         Aktiviti intervensi bahasa         Terapi artikulasi         Terapi motor lisan

Page 22: Terapi pertuturan

Aktiviti yang boleh dilakukan         Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri an ke kanan         Membunyikan vokal dengan panjang         Aktiviti senaman muka dan mulut (menguap, mengunyah)         Meniup belon         Tiup bola ping pong dalam bekas berisi air

Terapi Pertuturan

Definisi terapi pertuturan

•Terapi pertuturan yang dibantu oleh ahli patologi pertuturan, membantu seseorang me

mperbaikikebolehannya berkomunikasi; ini termasuk pertuturan, iaitu bagaimana bunyi 

dibentuk, danbahasa,

yang melibatkan pemahaman dan pemilihan perkataan yang sesuai.

Bagaimana ia membantu ?

•Strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan bahas

a, di sampingpergerakan di sebelah kanan tubuh.

Matlamat utama terapi pertuturan

•Pertuturan – seorang mangsa strok dengan masalah pertuturan mempunyai kesukara

n membentuk bunyiyang dapat difahami orang lain.

Page 23: Terapi pertuturan

•Bahasa – adalah penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor atau gerak isyarat ya

ng mempunyaimakna. Seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran memah

ami atau memilih perkataanatau nombor atau gerak isyarat yang betul.

•Kognisi (Pengamatan), atau kemahiran berfikir – untuk berkomunikasi dengan tepat d

engan orang lain,seorang mangsa strok perlu mampu menumpukan perhatian, dan men

ggunakan beberapakemahiran berfikir.

•Menelan – seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal lidah da

n menelan. Otot-ototlidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk membuat buny

i. Oleh itu, terapi yang membantupertuturan juga boleh membantu kebolehan menelan.

LATIHAN SENAMAN MUKA, KAWALAN PERNAFASAN & SUARA

•Periksa Struktur Dan Fungsi Alat-alat Pertuturan:

1.Muka

2.Hidung

3.Mulut

4.Bibir

5.Gigi

6.Lidah

7. Lelangit keras

8.Anak tekak

Page 24: Terapi pertuturan

KAWALAN PERNAFASAN

•Cara pernafasan-menggunakan bahu,dada atau perut.Yang sesuai perut

•Tarik nafas-tahan 5/10/15/20 s-hembus

•Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus nafas ikut hidung/mulut 2 kali

•Hembus bulu ayam/percikan kertas

•Hembus bola kertas ke arah gol

•Minum, sedut dan buat buih air menggunakan straw.

•Tiub bubbles

•Tiup alat yang mengeluarkan bunyi mengikut tahap kesusahan

• Tiup wisel mengikut rentak-1,2,1 1 2

•Tiup belon mengikut tahap kesusahan

KAWALAN SUARA

•Letakkan tangan di hadapan mulut

•Letakkan belakang tangan di bahagian leher

•Sebut fonem di bawah-5, 10, 15, 20 saat /a/ /i/ /u/

LATIHAN SUPRASEGMENTAL

•Rentak 1 1 1 1/ 1 2 1 2/ 1 2 3 1 2 3

•Nyanyi vokal sahaja”mana kucing”

Page 25: Terapi pertuturan

• Nada kuat dan perlahan

•Nada panjang dan pendek

•Panjang/pendek-/o/ /u/ /a/ /i/

•Nyanyi vokal panjang pendek

•Nada tinggi dan rendah

•Low/mid/hi a a a a / a a a a

LATIHAN SUPRASEGMENTAL

•Nyanyi vokal+panjang & pendek + tinggi & rendah

•Nada campur aai – eoia – aoa

•Berulangan pa pa pa..ta ta ta, ka ka ka Pa ta, pa ta,ta ka,ta ka, pa ta ka

• Nyanyi vokal + konsonan (panjang,pendek + tinggi,rendah)

•Nyanyi ikut tempo biasa

LATIHAN PENDENGARAN MENGESAN BUNYI

•Membezakan samada suasana persekitaran ada bunyi atau tidak

•Menggunakan puzzle, kiub yang boleh dimasuk/disuaikan.

•Galakkan tunggu, pandang mata dan ambil giliran.

•Mengesan bunyi Kondisikan

Page 26: Terapi pertuturan

•Letakkan kiub/puzzle dekat telinga,-sebut bunyi 6 Ling,

-letak/masukkan kiub/puzzle ke dalam bekasnya.

•Ulang proses yang sehingga subjek faham.

•Mengesan bunyi 6 Ling -/a/ /i/ /u/ /m/ /s/ /sy/

•Peringkat seterusnya bertukar bunyi Ling kepada bunyi-bunyi binatang.

•Ketuk alat muzik.meja (1 2 3 4

5) dan minta subjek dengar serta ulang ketukan mengikut bilangan yangdibuat

MEMBEZAKAN BUNYI

•Membezakan bunyi

•Bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi. Cth.ayam kucing

•Nama ahli keluarga/anggota badan/binatang/tumbuhan/benda persekitaran

•(1s/kata) bas, jam,pen,bom

•1-2 s/kata mata, ibu dan ayah

•1-3 s/kata kereta, kerusi,kelapa

•1-4 s/kata matahari, serigala

MENGENALPASTI BUNYI

•Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu.

•Sudah mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas.

•Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud/gambar

Page 27: Terapi pertuturan

1. Bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi.Cth.miaw,kok kok

2. Nama ahli keluarga/tumbuhan/benda persekitaran/anggota tubuh(1-2 s/kata)

3. sda- (1-3 s/kata)-telefon

4. sda- (1-4 s/kata)-pembaris,matahari

5. Benda yang mempunyai 2 perkataan/frasa

Cth: surat khabar,cermin mata, baju kotor, pen biru, bola kecil dll.

MEMAHAMI BUNYI

•Kanak-kanak berkebolehan untuk memahami apa yang ibu dan bapa cakap dalam aya

t yang lengkap.

•Masih boleh menggunakan gambar/benda.

•Galakkan subjek mendengar,faham dan letak, tunjuk, tulis atau melakukan:

1.Arahan mudah (1 hingga 2 kritikal elemen)

2.Memahami ayat mudah (3 perkataan) Arahan kompleks (3-5 kritikal elemen)

3.Memahamai ayat tanya dan soal jawab yang mudah.

4.Bermain telefon rosak menggunakan kaedah dengar dan tulis

5.Memahami cerita pendek. Mendengar cerita dan bercerita kembali.

LATIHAN PRA PERTUTURAN

1.Pandangan Mata:

Page 28: Terapi pertuturan

§ letakkan permainan berdekatan mata anda.

§Tujuan supaya subjek melihat ke arah guru

§Jika tidak beri perhatian,berhenti dan panggil namanya sebelum mula aktiviti.

§Berhenti sebelum subjek penat dan beri ganjaran kepada yang berjaya.

PANDANGAN MATA

•Bermain dengan kapal terbang secara beransur k/terbang berdekatan dgn muka

•Bermain dengan topeng muka-lukis dan warna topeng,pakai topeng dan memandang k

e arah muka anda.

•Bermain puzzle-letakkan puzzle dekat mata anda,subjek lihat bagi puzzle,berikan nya 

puzzle.. akhirnyasubjek akan melihat ke muka guru.

TUMPUAN PERHATIAN

•Tumpuan kanak-kanak pendek.

•Tumpuan perhatian yang panjang diperlukan terhadap sesuatu aktiviti untuk memaha

mi bahasa.

•Pelbagaikan aktiviti dan sentiasa berusaha menarik perhatian subjek.

• Contoh:meniub belon,lepas dan kejar belon,lukis gambar atas belon,pukul belon,

rasa udara yang keluardari belon.

MENIRU

Page 29: Terapi pertuturan

•Meniru merupakan proses awal kanak-kanak memahami seuatu perbuatan atau pertut

uran yangbermakna.

•Kanak-kanak meniru gerak mulut,lidah, bibir dan suaranya supaya sama dengan sebut

an ibunya. (mama,bye-bye)

•Permainan yang menggalakkan meniru sangat berguna jika subjek belum bertutur

AMBIL GILIRAN

•Kemahiran mengambil giliran diperlukan dalam komunikasi,seorang bertutur dan seora

ng lagi mendengardan tunggu gilirannya sehingga kawannnya berhenti

•Biar seorang saja memberi arahan, perkataan yang ringkas 2/3 perkataan yang tepat p

enggunaannya.

• Beri masa kepada subjek untuk memahami aktiviti dan buat secara teratur

BERMAIN DENGAN BETUL

•Bermain –asas pemerolehan bahasa,pemikiran dan imaginasi.

•Kemahiran bermain yang berguna-bermain dengan deria(sentuh & lihat),bermain alat p

ermainan yangperlukan imaginasi seperti set makan,rumah,set doktor, bermain sembun

yi dan cari.

•Anda boleh menggabungkan kemahiran prapertuturan ketika bermain dengan subjek.

VOKALISASI

Page 30: Terapi pertuturan

•Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot oral

yang berkaitan dengan pertuturan.

•Bila subjek buat bunyi,

guru ulang semula bunyinya itu atau memanjangkan bunyi itu kepadaperkataan/ayat.

•Guru boleh membuat suara menjadi lebih menarik dgn menaik dan menurunkan nada

/ menguat danmemperlahankan suara.

LATIHAN PERTUTURAN

•Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran( 1-

2 bunyi). Latihan boleh dimulakan bila subjekmempunyai kemahiran pra-komunikasi da

n membezakan bunyi.

•Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran 2-5 bunyi.

•Latihan membeza,mengenalpasti,memahami dan membunyikan vokal /a/ /i/ /u/ /o/

•Beza,kenalpasti,memahami dan membunyi vokal /a/ /i/ /u/ /o/ /e/ /ao/

•Kenalpasti,memahami dan menyambung bunyi vokal (diftong) 2-5 gabungan vokal

•Membaca dengan menyebut bunyi vokal

•Menyanyi menggunakan bunyi vokal dengan nada panjang pendek

•Pengenalan konsonan mudah y,w,h,l,b,p

•Membeza fonem bersuara dan tidak bersuara, kenalpasti kedudukan dan cara pengha

silan sesuatufonem.

•Latihan cara penghasilan fonem konsonan pertengahan t,d,f,v,c,j,s,z.

•Konsonan lanjutan k,g,r,m,n,ny,ng

Page 31: Terapi pertuturan

•Latihan membaca hanya sebut bunyi vokal dan konsonan dengan jelas ikut sukukata

•Tingkatkan kosa kata

•Faham dan hafal ayat tanya dan jawab

•Tingkatkan motivasi bertutur dan mendengar

Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan merupakan terapi yang fokus kepada masalah pertuturan dan

masalah komunikasi verbal serta masalah kesukaran menelan. Masalah pertuturan

merujuk kepada masalah-masalah yang menghalang penghasilan suara seseorang dan

juga penggabungan suara untuk menghasilkan kata atau frasa yang bermakna dan

boleh difahami. Manakala, masalah komunikasi verbal pula merujuk kepada kesukaran

untuk memahami percakapan seseorang dan memberi respon kepadanya. Masalah

kesukaran menelan merangkumi masalah untuk makan dan minum serta

ketidakupayaan mengelak air liur daripada meleleh keluar.

Terapi pertuturan dapat membantu mereka pada pelbagai peringkat umur yang

mengalami masalah yang berkaitan dengan pertuturan, komunikasi verbal dan

kesukaran menelan. Ia termasuklah bayi yang sukar disuap; kanak-kanak dan orang

dewasa yang mengalami kesukaran untuk menelan atau makan dan minum; individu-

individu yang mengalami masalah pertuturan dan komunikasi akibat daripada

perkembangan lewat, kecederaan otak, masalah pendengaran, perkembangan

Page 32: Terapi pertuturan

kemahiran komunikasi dan bahasa yang lewat, palsi serebrum dan masalah

pembelajaran; orang dewasa yang mengalami strok, kanser pada kepala, leher atau

kerongkong, masalah kesihatan mental dan sebagainya.

Terapi pertuturan akan membantu individu-individu palsi serebrum mengawal otot-otot

pada mulut, lelangit dan kerongkong dengan lebih baik supaya dapat meningkatkan

kemahiran-kemahiran untuk bertutur, berkomunikasi secara verbal dan menelan.

Mereka akan diberi pelbagai aktiviti yang dapat merangsang penggunaan, menguatkan

dan meningkatkan koordinasi pergerakan otot-otot tesebut seperti mengurut otot-otot

tersebut; melakukan pergerakan lidah dan rahang mulut; melakukan aktiviti yang

berkaitan dengan pernafasan seperti bernafas panjang, menahan nafas lalu

melepasnya perlahan-lahan; meniup dan sebagainya.

Terapi pertuturan akan membantu bayi palsi serebrum untuk menghisap susu atau air

dan menelannya. Seterusnya, ia akan membantu bayi, kanak-kanak dan mungkin juga

individu palsi serebrum yang telah besar mempelajari kemahiran-kemahiran meminum

dengan menggunakan penyedut; meminum dari cawan atau gelas; menggigit,

mengunyah dan menelan pelbagai jenis makanan dari tekstur lembut hingga keras

seperti bubur, nasi, biskut, buah-buahan dan sebagainya. Terapi ini juga akan

membantu mereka untuk menelan air liur atau memastikan air liur tidak dileleh keluar

daripada mulut.

Page 33: Terapi pertuturan

Dalam terapi pertuturan, individu-individu palsi serebrum akan mempelajari kemahiran-

kemahiran untuk bertutur. Dalam proses mempelajari kemahiran bertutur, mereka akan

diajar untuk membunyikan bunyi sesuatu binatang, kenderaan atau benda-benda lain

seperti bunyi ayam, enjin kereta, keretapi, bunyi hon, jam, loceng dan sebagainya.

Mereka akan diajar menamakan huruf-huruf; membunyikan sesuatu huruf seperti aaa...,

sss.... dan kr....; dan menyebut sesuatu sukukata, perkataan, frasa dan kemudiannya

ayat. Bagi mereka yang kecil, mereka biasanya akan diajar melalui permainan simbolik.

Bagi mereka yang lebih besar pula, mereka akan diajar melalui pembacaan. Mereka

akan belajar pergerakan mulut yang diperlukan untuk menyebut sesuatu dengan

meneliti pergerakan mulut jurupulih ketika menyebut sesuatu dan adakalanya merasai

pergerakan kerongkong jurupulih atau angin yang dikeluarkannya semasa menyebut

sesuatu. Kemudiannya, mereka akan cuba menyebutnya. Mereka akan terus belajar

dan berlatih sehingga dapat menyebut dengan sejelas yang mungkin secara konsisten.

Page 34: Terapi pertuturan

Dalam masa yang sama, mereka juga akan belajar berkomunikasi secara verbal

dengan orang lain. Mereka akan dibimbing untuk menceritakan apa yang sedang

berlaku dalam permainan simbolik atau apa yang kelihatan dalam sesuatu gambar yang

diberi, menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan diri mereka dan menjawab soalan-

soalan yang ditanya jurupulih. Mereka terutamanya yang mengalami sedikit masalah

pendengaran akan dibimbing untuk mengasah kemahiran-kemahiran mendengar yang

penting untuk berkomunikasi. Bagi mereka yang tidak berupaya untuk bercakap atau

berkomunikasi secara verbal, mereka akan diajar berkomunikasi melalui cara-cara lain

khususnya melalui penggunaan makaton atau carta komunikasi. Mereka mungkin juga

akan dibimbing untuk menulis atau menaip sesuatu perkataan, frasa, ayat atau

perengan.

Page 36: Terapi pertuturan

Secara tidak langsung, terapi pertuturan juga akan membantu perkembangan bahasa

seseorang. Mereka akan mempelajari perkataan-perkataan baru dan pembentukan

frasa, ayat serta perengan.

Kelas Terapi Pertuturan

           Bilik terapi pertuturan amat relevan untuk kegunaan golongan cacat

pendengaran. Bilik yang memerlukan kos agak tinggi ini amatlah penting terutama pada

peringkat intervensi awal kanak-kanak mendengar kerana mengurangkan kadar

gangguan bunyi luar yang bising yang boleh menyakitkan pendengaran mereka. Ini

membuatkan ada di antara mereka yang tidak suka memakai alat pendengaran

tersebut.

           Di bilik terapi ini pelatih akan diajar menggunakan alat bantu dengar seoptima

yang mungkin. Mereka dilatih mendengar suara guru sahaja  tanpa gangguan bunyi

yang lain. Sekiranya kanak-kanak yang tidak diberikan terapi, bermungkinan besar

kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk belajar, mendengar dan memahami

pertuturan bahasa.Pakar terapi Pertuturan-Bahasa yang bertauliah untuk

mendiangnosis, membuat perancangan rehabilitasi, menjalankan terapi, memberi

konsultasi dan nasihat berkaitan pertuturan, bahasa dan komunikasi. Untuk

mendapatkan khidmat pakar terapi luar amatlah mahal dan bayaran dibuat berdasarkan

masa terapi. Walau pun terdapat klinik terapi pertuturan milik kerajaan/swasta namun

sesi diberikan mengikut giliran. Jika bernasib baik dapat seminggu sekali dan ada pula

yang terpaksa menunggu berbulan-bulan.

           Penglibatan patologis pertuturan-bahasa dalam proses rehabilitasi kanak-kanak

bermasalah pendengaran tidak hanya terhad kepada pelatih sahaja. Para petugas juga

akan dilatih supaya pelatih akan mendapat terapi yang berterusan. Begitu juga dengan

penglibatan ibubapa amatlah penting juga tidak kurang pentingnya bagi meneruskan

terapi di rumah masing-masing.

Page 37: Terapi pertuturan

            Dengan adanya bilik terapi ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran mendengar

dan bertutur pelatih di pusat ini. Selain itu, ia adalah satu strategi awal bagi

memperkasakan kemahiran bertutur dan berbahasa  golongan bermasalah

pendengaran.

TERAPI PERTUTURAN

Rawatan yang diaplikasikan untuk memperbaiki masalah

pertuturan yang mungkin berpunca daripada kecacatan atau

gangguan daripada otak, telinga, peti suara dan alat pertuturan lain.

Masalah ini akan menyebabkan melewatkan atau

kesukaran percakapan dalam berbahasa.

Terapi akan membantu kanak-kanak mengawal otot-otot mulut,

lelangit dan kerongkong dengan lebih baik sekali gus memperbaiki

penguasaan kemahiran bertutur masing-masing.

Terapi turut meransang kanak-kanak melakukan koordinasi pergerakan

pada otot-otot seperti melakukan pergerakan lidah dan rahang.

Aktiviti pernafasan panjang, menahan nafas dan melepaskan

Page 38: Terapi pertuturan

secara perlahan-lahan, meniup belon, straw dan sebagainya

juga merupakan antara terapi pertuturan yang popular.

( sumber daripada Pn. Radin Mas HBM & duniacp )

Terapi pertuturan adalah penting dan harus dikuasai

oleh bukan sahaja pakar terapi dan guru-guru, malah

ibu bapa dan masyarakat juga perlu mempunyai  pengetahuan

tentang perkara ini, agar tidak berlaku kepincangan sekiranya

berhadapan dengan masalah pertuturan anak-anak kelak..

Kenangan Amali Terapi 28072011

Pra-Sekolah IPTek, Jln. Yaacob Latif

Page 40: Terapi pertuturan

terapi meniup lilin dari pelbagai jarak

bacaan pemintal lidah

( cth. : Jamal jolok jambu jumpa jepun... )

Page 41: Terapi pertuturan

terapi catan menggunakan tiupan straw

Amali terapi ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan

dan Jabatan Pengajian Melayu. Usaha murni ini bertujuan memberikan

peluang kepada para guru pelatih mengembangkan kemampuan berkomunikasi

dan mendapat pengalaman berhadapan dengan bermacam situasi dan

masalah yang dihadapi kanak-kanak apabila berada di sekolah kelak.

Page 42: Terapi pertuturan

PANDUAN KEMAHIRAN LISAN UNTUK ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

              Kanak-kanak bermasalah pembelajaran sering menghadapi masalah

pertuturan ketika berkomunikasi dengan orang lain.Masalah lisan yang dihadapi oleh

mereka adalah berbeza-beza mengikut kategori masalah mereka seperti Autisme,

Sindrom Down, Kerencatan Akal, Serebral Palsi, Masalah Komunikasi dan Aphasia.

Kategori Murid Masalah

Pembelajaran

Masalah Lisan

Autisme

a)   Pengulangan

b)   Pelat

c)   Penggantian konsonan

Sindrom Down

a)   Penguguran konsonan

b)   Penggantian konsonan

c)   Pertuturan kanak-kanak(baby

talk)

 Kerencatan Akal

a)   Pengguguran konsonan cth:

pergi -/pei/

b)   Sebut tidak jelas

c)   Tidak lancar

Page 43: Terapi pertuturan

Serebral Palsi

Masalah Kominikasi

a)   Pengguguran konsonan

b)   Sebutan tidak jelas

c)   Tidak lancar

Masalah Komunikasi

a)   Kecelaruan pertuturan

b)   Kecelaruan suara

c)   Tidak lancar

Aphasia

a)   Kecelaruan bahasa

b)   Kesukaran mengujarkan kata

Namun begitu, terdapat beberapa kaedah dan strategi pengajaran bagi kemahiran lisan

untuk mengajar anak-anak berkeperluan khas ini.Perlaksanaan strategi ini melibatkan

kepada intervensi dan terapi pertuturan.

Permasalahan Lisan Strategi Pengajaran

Page 44: Terapi pertuturan

Kecelaruan Suara

a)   Aktiviti awal pendengaran

b)   Aktiviti awal pertuturan

Contoh: Ayat beritma

Sebutan Tidak Jelas

a)   Aktiviti awal pertuturan dan

bahasa.

Contoh : Deskriminasi bunyi

(seperti mengajar sebutan bunyi

huruf a,e,i.o.u)

Tidak lancar/gagap

a)   Aktiviti awal pertuturan dan

bahasa.

Contoh: Pemintal lidah, cuing

(mengajar sebut sebutan perkataan

yang sukar seperti chewing,dsb)

Page 45: Terapi pertuturan

Aphasia

a)   Aktiviti awal pertuturan dan

bahasa

Contoh:

Deskriminasi bunyi