terampil mengarang bersama profesor dr. awang · pdf filebahasa mandarin sahaja (md), ......

1
PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BERITA HARIAN Rabu, 21 Mei 2008 Halaman Sebelas BH PILIH L11 21 emel TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan P erlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha memperkasakan bahasa Melayu di Malaysia. Peranan atau fung- si utama bahasa Melayu adalah sebagai alat perpaduan dan pem- bangunan negara. Selain itu, bahasa juga sebenarnya merupa- kan satu komoditi yang amat berharga dan mempunyai nilai ekonomi yang perlu diperagakan sebaik-baiknya. Bahasa Inggeris umpamanya, merupakan komoditi yang mempunyai nilai ekonomi bukan sahaja di negara asal, England, tetapi juga di negara lain yang berbahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Dalam konteks negara ini, kita- lah pemberi nilai ekonomi kepa- da bahasa Melayu atau bahasa Inggeris khasnya dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Keadaan seolah-olah memapar- kan bahasa Melayu tinggi nilai ekonominya dalam sektor awam, tetapi diberi nilai ekonomi yang rendah dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Tinjauan dilakukan untuk mengesan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen, maklu- mat atau iklan oleh syarikat dan industri tempatan dalam negara ini sebagai saluran perhubungan dan komunikasi antara syari- kat dengan pelanggan domestik. Bahan yang diteliti iaitu bahan bercetak seperti iklan, brosur, risalah, buku kecil atau panduan yang diterbitkan oleh organisasi atau syarikat tempatan sahaja. Sebahagian besar brosur atau risalah diperoleh semasa pameran diadakan oleh beberapa buah sya- rikat yang mengambil bahagian seperti dalam pameran “Home Decor 2007” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Semua dokumen tersebut di- asingkan mengikut bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu sahaja (BM), Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (BIBM), Bahasa Inggeris sahaja (BI), Bahasa Inggeris dan Mandarin (BIMD), Bahasa Mandarin sahaja (MD), Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin (BIBMMD), Bahasa Melayu dan Mandarin (BMMD). Daripada semua 462 buah doku- men yang diperoleh, didapati penggunaan BI amat tinggi, iaitu sebanyak 64% (296 dokumen), BIBM 13.2% (61 dokumen), BIMD 8.7% (41 dokumen), BM 5.8% (27 dokumen), BIBMMD 4.6% (21 dokumen), dwibahasa BMMD 2.4% (11 dokumen) dan MD 1.3% (6 dokumen). Dapatan tinjauan tersebut jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris masih menjadi bahasa yang dominan atau utama bagi sektor swasta dalam bidang per- niagaan dan industri walaupun negara telah 50 tahun merdeka. Angka 64% tersebut amat besar signifikannya bagi melonjakkan nilai ekonomi bahasa Inggeris sebagai ” bahasa utama” dalam sektor perniagaan dan perindus- trian di Malaysia dan ini me- nunjukkan bahawa bahasa Melayu masih dipinggirkan setelah 50 tahun merdeka. Walaupun jumlah kedua ter- besar ialah bahan dwibahasa Melayu dan Inggeris iaitu 13.2%, tetapi perbezaan jurangnya ter- lalu besar. Malahan walaupun bersifat dwibahasa, banyak yang mendahulukan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu yang menggambarkan bahasa Melayu seolah-olah menjadi bahasa kedua atau kurang penting dan rendah nilai ekonominya sedangkan penguasaan bahasa Melayu oleh rakyat atau pelanggan domestik negara ini lebih meluas berban- ding bahasa Inggeris. Penguasaan dwibahasa rakyat negara ini atau penguasaan bahasa Inggeris yang baik bagi kebanyakan pelanggan domestik misalnya pelanggan di hotel tidak wajar dijadikan “lesen” untuk mengutamakan bahasa Inggeris yang sekali gus meming- girkan bahasa Melayu. Jumlah ketiga terbesar iaitu 8.7% menggunakan dwibahasa, Inggeris dan Mandarin yang seka- li lagi jelas meminggirkan bahasa Melayu. Ini seolah-olah menafikan hak atau peluang pelanggan domestik berbahasa Melayu (yang difahami oleh tiga bangsa terbesar di Malaysia) untuk mendapat mak- lumat melalui bahasa Melayu. Sesuatu yang agak menge- cewakan apabila terdapat bahan menggunakan tiga bahasa, iaitu Inggeris, Melayu dan Mandarin yang kebanyakannya juga men- dahulukan bahasa Inggeris dan selepasnya bahasa Mandarin dan akhir sekali bahasa Melayu. Penggunaan tiga bahasa mungkin baik bagi sebaran yang lebih melu- as tetapi wajarlah diberi penghor- matan kepada bahasa kebangsaan terlebih dahulu. Seterusnya didapati tiga syari- kat yang berkaitan dengan indus- tri perhotelan, elektrik dan kom- puter dan jualan kereta meng- gunakan 100% bahasa Inggeris dalam dokumen yang dicetak. Syarikat berkaitan dengan bank dan insurans menggunakan BI dan BM masing-masing sebanyak 21%, BIBM 17%, MD 7%, BM 21%, BIBMMD 31% dan BMMD 3%. Syarikat berkaitan perabot menggunakan BI 91%, BIMD 6% dan BM 3%. Syarikat berkaitan dengan komunikasi dan perhubung- an menggunakan BI 66%, BIBM 13%, BIMD 3%, BM dan BIBMMD masing-masing sebanyak 6%. Sya- rikat perumahan dan hartanah menggunakan BI 35%, BIBMU 7%, BIMD 24%, BM 20%, BIBMMD 7% dan BIMD 7%. Kompleks, pasar raya dan gedung perniagaan menggunakan BI 46%, BIBM 27%, BIMD 10%, BM, BMMD dan MD masing-masing sebanyak 7%. Syarikat pelancong- an, penerbangan dan pengangkut- an menggunakan BI 92%, BIBM 4% dan BM 4%. Syarikat-syarikat kecil atau kedai di pasar raya atau kompleks perniagaan menggunakan BI 52%, BIBM 22%, BIMD 13%, BM 4%, BIBMMD, BMMD dan MD masing- masing sebanyak 3%. Semua ini menunjukkan bahawa bahasa Inggeris masih mendomi- nasi sebanyak 100% bagi indus- tri perhotelan, syarikat jualan kereta (termasuk kereta nasional) dan barangan elektrik dan kom- puter. Keadaan ini bercanggah dengan hasrat yang terkandung dalam Laporan Status Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri iaitu wawasan dan matlamat strate- gik dan jangka panjang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi pelbagai bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan kemasyarakat- an, bahasa utama dan meluas dalam bidang ekonomi, perbankan, kewangan, perniagaan, insurans, urus niaga saham, bidang komer- sial dan perdagangan dan digu- nakan secara meluas bagi komuni- kasi canggih dan media elektronik (kerajaan dan swasta). - (bersambung) Oleh Kamal Shukri Abdullah Sani Memperkasakan Bahasa Melayu di Sektor Swasta: Satu Tinjauan Selepas 50 Tahun Merdeka D alam keluaran lalu, telah kita bincangkan secara umum pentingnya penulis menguasai aspek pembentukan kata yang berkaitan dengan kata terbitan atau kata berimbuhan. Hal ini demikian kerana kata terbitan amat tinggi kekerapan penggunaannya dalam pelbagai wacana bahasa Melayu. Anda bacalah sahaja rencana, buku dan wacana-wacana lain dalam bahasa Melayu. Nescaya anda da- pati bahawa banyak sekali kata terbitan atau kata berimbuhan yang digunakan. Banyak maksud dan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis memerlukan penggunaan kata terbitan. Telah kita bincangkan sebelum ini bahawa jika salah kata terbitan yang kita gunakan, seperti penggunaan imbuhan yang salah, berkemungkinan salah pula makna yang timbul. Hal ini pastilah mencacatkan keberkesanan karangan atau tulisan yang kita hasilkan. Kata terbitan terbentuk dengan menambahkan imbuhan tertentu pada unsur dasar, sama ada unsur dasar itu kata yang dapat berdiri sendiri mahupun unsur yang tidak bebas. Kata tunggal, iaitu bentuk kata yang dapat berdiri sendiri tanpa imbuhan, kebanyakannya dapat menerima imbuhan untuk menimbulkan makna yang lain atau makna baharu. Dengan demikian, penguasaan kaedah pembentukan kata terbitan amat penting untuk tujuan menimbulkan makna baharu yang berkaitan dengan penjanaan idea dalam penulisan. Perhatikanlah bagaimana kata terbitan berperanan menjana makna baharu dalam bahasa dengan mengambil contoh kata ajar . Daripada kata tunggal ajar , dapat diterbitkan berbelas-belas kata baharu yang mendukung makna baharu. Kata baharu yang mendukung makna khusus yang terbit da- ripada kata ajar ialah belajar, berajar, mempelajari, mengajar, mengajarkan, ajaran, pelajaran, terpelajar, berpelajaran, diajar, diajarkan, dipelajari, pengajar- an, pembelajaran, pemelajaran. Dengan menguasai kaedah pem- bentukan kata terbitan, anda da- pat menerbitkan 15 patah kata baharu, dengan masing-masing mendukung makna tertentu. Dengan memahami adanya kata belajar dan berajar, misalnya, anda dapat mengetahui ada- nya kelainan makna kedua-dua patah kata itu. Yang pertama menunjukkan perbuatan mem- peroleh ilmu atau kemahiran, sedang yang kedua berkaitan dengan kesan daripada perbuatan belajar. Orang yang belajar belum tentu berajar. Maksudnya, orang yang belajar belum tentu menjadi orang yang berakhlak baik jika ia tidak mengamalkan ilmu atau pelajarannya. Demikian juga, kita mengajar makhluk yang dapat diajar (manusia dan mungkin juga seba- hagian haiwan untuk kemahiran tertentu), tetapi kita mengajarkan sesuatu ilmu atau kemahiran kepada makhluk. Jelas bahawa ada makna yang berlainan antara kata mengajar dengan kata me- ngajarkan. Namun, apabila kata mengajar diikuti oleh bidang ilmu atau subjek yang menunjukkan kejayaan seseorang, maka boleh pula kata itu digunakan tanpa akhiran kan, misalnya dalam ayat Guru itu mengajar Matematik. Apabila dalam ayat digunakan unsur keterangan sasaran, maka digunakan pula akhiran kan, misalnya dalam ayat Guru itu mengajarkan Matematik kepada pelajar kelas khas itu. Selain itu, sering dibincangkan orang soal kata pembelajaran dan pemelajaran. Kedua-dua patah kata itu telah diterima penggunaannya dan telah dimasukkan dalam kamus. Untuk mengelakkan salah faham, kita perlu tahu bahawa kata pembelajaran terbit daripada kata kerja belajar untuk menunjukkan makna “proses belajar”. Kata pemelajaran pula terbit daripada kata kerja mempelajari yang berkaitan dengan makna “proses mempelajari”. Kedua-duanya mendukung makna yang sama tetapi berlainan bentuk, sama halnya dengan kata belajar dan mempelajari itu juga. Untuk menimbulkan makna orang yang berilmu atau berpendidikan, terbit kata berpelajaran dan terpelajar. Darjah kelainannya terbayang pada makna bahawa orang yang berpelajaran tidaklah se- tinggi atau sehebat orang yang terpelajar. Kita boleh mengatakan Kebanyakan rakyat di negara kita berpelajaran. Namun, ba- rangkali tidak tepat pula kita mengatakan Kebanyakan rakyat negara kita terpelajar, kerana kata terpelajar berkaitan dengan golongan cendekiawan, pemikir dan mungkin juga sarjana. Dalam bidang pendidikan, dua bentuk kata terbitan daripada kata ajar telah menjadi istilah yang amat penting. Daripada kata pengajaran dan pembelajaran/ pemelajaran, timbul istilah dan konsep P&P, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran/ pemelajaran. Konsep itu berkaitan dengan kaedah dan teknik yang perlu dikuasai oleh pendidik untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran dalam bidang tertentu. Itulah antara contoh bagaimana menarik dan rumitnya peng- gunaan kata terbitan dalam bahasa Melayu. Kata terbitan berperanan menimbulkan makna tertentu dan khusus walaupun ada waktunya merupakan sinonim atau kata seerti bagi kata tertentu. Oleh itu amat penting kita se-bagai penulis memahami dan menguasai kaedah pembentukan kata terbitan, terutama selok-belok penggunaan imbuhan. Dalam keluaran akan datang, kita akan mula membincangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu. MUNSYI MENULIS Binaan Kata dalam Karang-Mengarang (4)

Upload: vominh

Post on 27-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang · PDF fileBahasa Mandarin sahaja (MD), ... makna baharu dalam bahasa dengan mengambil contoh kata ajar. ... dan konsep P&P, iaitu proses

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU

BERITA HARIAN Rabu, 21 Mei 2008 Halaman SebelasBH PILIH L11 21 emel

TERAMPIL MENGARANGBersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha

memperkasakan bahasa Melayu di Malaysia. Peranan atau fung-si utama bahasa Melayu adalah sebagai alat perpaduan dan pem-bangunan negara. Selain itu, bahasa juga sebenarnya merupa-kan satu komoditi yang amat berharga dan mempunyai nilai ekonomi yang perlu diperagakan sebaik-baiknya. Bahasa Inggeris umpamanya, merupakan komoditi yang mempunyai nilai ekonomi bukan sahaja di negara asal, England, tetapi juga di negara lain yang berbahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Dalam konteks negara ini, kita-lah pemberi nilai ekonomi kepa-da bahasa Melayu atau bahasa Inggeris khasnya dalam sektor perdagangan dan perindustrian. Keadaan seolah-olah memapar-kan bahasa Melayu tinggi nilai ekonominya dalam sektor awam, tetapi diberi nilai ekonomi yang rendah dalam sektor perdagangan dan perindustrian.

Tinjauan dilakukan untuk mengesan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen, maklu-mat atau iklan oleh syarikat dan industri tempatan dalam negara ini sebagai saluran perhubungan dan komunikasi antara syari-kat dengan pelanggan domestik. Bahan yang diteliti iaitu bahan

bercetak seperti iklan, brosur, risalah, buku kecil atau panduan yang diterbitkan oleh organisasi atau syarikat tempatan sahaja. Sebahagian besar brosur atau risalah diperoleh semasa pameran diadakan oleh beberapa buah sya-rikat yang mengambil bahagian seperti dalam pameran “Home Decor 2007” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Semua dokumen tersebut di-asingkan mengikut bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu sahaja (BM), Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (BIBM), Bahasa Inggeris sahaja (BI), Bahasa Inggeris dan Mandarin (BIMD), Bahasa Mandarin sahaja (MD), Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin (BIBMMD), Bahasa Melayu dan Mandarin (BMMD).

Daripada semua 462 buah doku-men yang diperoleh, didapati penggunaan BI amat tinggi, iaitu sebanyak 64% (296 dokumen), BIBM 13.2% (61 dokumen), BIMD 8.7% (41 dokumen), BM 5.8% (27 dokumen), BIBMMD 4.6% (21 dokumen), dwibahasa BMMD 2.4% (11 dokumen) dan MD 1.3% (6 dokumen).

Dapatan tinjauan tersebut jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris masih menjadi bahasa yang dominan atau utama bagi sektor swasta dalam bidang per-niagaan dan industri walaupun

negara telah 50 tahun merdeka. Angka 64% tersebut amat besar signifikannya bagi melonjakkan nilai ekonomi bahasa Inggeris sebagai ” bahasa utama” dalam sektor perniagaan dan perindus-trian di Malaysia dan ini me- nunjukkan bahawa bahasa Melayu masih dipinggirkan setelah 50 tahun merdeka.

Walaupun jumlah kedua ter-besar ialah bahan dwibahasa Melayu dan Inggeris iaitu 13.2%, tetapi perbezaan jurangnya ter-lalu besar. Malahan walaupun bersifat dwibahasa, banyak yang mendahulukan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu yang menggambarkan bahasa Melayu seolah-olah menjadi bahasa kedua atau kurang penting dan rendah nilai ekonominya sedangkan penguasaan bahasa Melayu oleh rakyat atau pelanggan domestik negara ini lebih meluas berban-ding bahasa Inggeris. Penguasaan dwibahasa rakyat negara ini atau penguasaan bahasa Inggeris yang baik bagi kebanyakan pelanggan domestik misalnya pelanggan di hotel tidak wajar dijadikan “lesen” untuk mengutamakan bahasa Inggeris yang sekali gus meming-girkan bahasa Melayu.

Jumlah ketiga terbesar iaitu 8.7% menggunakan dwibahasa, Inggeris dan Mandarin yang seka-li lagi jelas meminggirkan bahasa

Melayu. Ini seolah-olah menafikan hak atau peluang pelanggan domestik berbahasa Melayu (yang difahami oleh tiga bangsa terbesar di Malaysia) untuk mendapat mak-lumat melalui bahasa Melayu.

Sesuatu yang agak menge-cewakan apabila terdapat bahan menggunakan tiga bahasa, iaitu Inggeris, Melayu dan Mandarin yang kebanyakannya juga men-dahulukan bahasa Inggeris dan selepasnya bahasa Mandarin dan akhir sekali bahasa Melayu. Penggunaan tiga bahasa mungkin baik bagi sebaran yang lebih melu-as tetapi wajarlah diberi penghor-matan kepada bahasa kebangsaan terlebih dahulu.

Seterusnya didapati tiga syari-kat yang berkaitan dengan indus-tri perhotelan, elektrik dan kom-puter dan jualan kereta meng-gunakan 100% bahasa Inggeris dalam dokumen yang dicetak. Syarikat berkaitan dengan bank dan insurans menggunakan BI dan BM masing-masing sebanyak 21%, BIBM 17%, MD 7%, BM 21%, BIBMMD 31% dan BMMD 3%.

Syarikat berkaitan perabot menggunakan BI 91%, BIMD 6% dan BM 3%. Syarikat berkaitan dengan komunikasi dan perhubung-an menggunakan BI 66%, BIBM 13%, BIMD 3%, BM dan BIBMMD masing-masing sebanyak 6%. Sya-rikat perumahan dan hartanah

menggunakan BI 35%, BIBMU 7%, BIMD 24%, BM 20%, BIBMMD 7% dan BIMD 7%.

Kompleks, pasar raya dan gedung perniagaan menggunakan BI 46%, BIBM 27%, BIMD 10%, BM, BMMD dan MD masing-masing sebanyak 7%. Syarikat pelancong-an, penerbangan dan pengangkut-an menggunakan BI 92%, BIBM 4% dan BM 4%.

Syarikat-syarikat kecil atau kedai di pasar raya atau kompleks perniagaan menggunakan BI 52%, BIBM 22%, BIMD 13%, BM 4%, BIBMMD, BMMD dan MD masing-masing sebanyak 3%.

Semua ini menunjukkan bahawa bahasa Inggeris masih mendomi-nasi sebanyak 100% bagi indus-tri perhotelan, syarikat jualan kereta (termasuk kereta nasional) dan barangan elektrik dan kom-puter. Keadaan ini bercanggah dengan hasrat yang terkandung dalam Laporan Status Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri iaitu wawasan dan matlamat strate-gik dan jangka panjang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi pelbagai bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan kemasyarakat-an, bahasa utama dan meluas dalam bidang ekonomi, perbankan, kewangan, perniagaan, insurans, urus niaga saham, bidang komer-sial dan perdagangan dan digu-nakan secara meluas bagi komuni-kasi canggih dan media elektronik (kerajaan dan swasta).- (bersambung)

Oleh Kamal ShukriAbdullah Sani Memperkasakan Bahasa Melayu di Sektor Swasta:

Satu Tinjauan Selepas 50 Tahun Merdeka

Dalam keluaran lalu, telah kita bincangkan secara umum pentingnya penulis

menguasai aspek pembentukan kata yang berkaitan dengan kata terbitan atau kata berimbuhan. Hal ini demikian kerana kata terbitan amat tinggi kekerapan penggunaannya dalam pelbagai wacana bahasa Melayu. Anda bacalah sahaja rencana, buku dan wacana-wacana lain dalam bahasa Melayu. Nescaya anda da-pati bahawa banyak sekali kata terbitan atau kata berimbuhan yang digunakan.

Banyak maksud dan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis memerlukan penggunaan kata terbitan. Telah kita bincangkan sebelum ini bahawa jika salah kata terbitan yang kita gunakan, seperti penggunaan imbuhan yang salah, berkemungkinan salah pula makna yang timbul. Hal ini pastilah mencacatkan keberkesanan karangan atau tulisan yang kita hasilkan.

Kata terbitan terbentuk dengan

menambahkan imbuhan tertentu pada unsur dasar, sama ada unsur dasar itu kata yang dapat berdiri sendiri mahupun unsur yang tidak bebas. Kata tunggal, iaitu bentuk kata yang dapat berdiri sendiri tanpa imbuhan, kebanyakannya dapat menerima imbuhan untuk menimbulkan makna yang lain atau makna baharu.

Dengan demikian, penguasaan kaedah pembentukan kata terbitan amat penting untuk tujuan menimbulkan makna baharu yang berkaitan dengan penjanaan idea dalam penulisan. Perhatikanlah bagaimana kata terbitan berperanan menjana makna baharu dalam bahasa dengan mengambil contoh kata ajar. Daripada kata tunggal ajar, dapat diterbitkan berbelas-belas kata baharu yang mendukung makna baharu.

Kata baharu yang mendukung makna khusus yang terbit da-ripada kata ajar ialah belajar, berajar, mempelajari, mengajar,

mengajarkan, ajaran, pelajaran, terpelajar, berpelajaran, diajar, diajarkan, dipelajari, pengajar-an, pembelajaran, pemelajaran. Dengan menguasai kaedah pem-bentukan kata terbitan, anda da-pat menerbitkan 15 patah kata baharu, dengan masing-masing mendukung makna tertentu.

Dengan memahami adanya kata belajar dan berajar, misalnya, anda dapat mengetahui ada-nya kelainan makna kedua-dua patah kata itu. Yang pertama menunjukkan perbuatan mem-peroleh ilmu atau kemahiran, sedang yang kedua berkaitan dengan kesan daripada perbuatan belajar. Orang yang belajar belum tentu berajar. Maksudnya, orang yang belajar belum tentu menjadi orang yang berakhlak baik jika ia tidak mengamalkan ilmu atau pelajarannya.

Demikian juga, kita mengajar makhluk yang dapat diajar (manusia dan mungkin juga seba-hagian haiwan untuk kemahiran tertentu), tetapi kita mengajarkan sesuatu ilmu atau kemahiran kepada makhluk. Jelas bahawa ada makna yang berlainan antara kata mengajar dengan kata me-ngajarkan. Namun, apabila kata mengajar diikuti oleh bidang ilmu atau subjek yang menunjukkan kejayaan seseorang, maka boleh pula kata itu digunakan tanpa

akhiran kan, misalnya dalam ayat Guru itu mengajar Matematik. Apabila dalam ayat digunakan unsur keterangan sasaran, maka digunakan pula akhiran kan, misalnya dalam ayat Guru itu mengajarkan Matematik kepada pelajar kelas khas itu.

Selain itu, sering dibincangkan orang soal kata pembelajaran dan pemelajaran. Kedua-dua patah kata itu telah diterima penggunaannya dan telah dimasukkan dalam kamus. Untuk mengelakkan salah faham, kita perlu tahu bahawa kata pembelajaran terbit daripada kata kerja belajar untuk menunjukkan makna “proses belajar”. Kata pemelajaran pula terbit daripada kata kerja mempelajari yang berkaitan dengan makna “proses mempelajari”. Kedua-duanya mendukung makna yang sama tetapi berlainan bentuk, sama halnya dengan kata belajar dan mempelajari itu juga.

Untuk menimbulkan makna orang yang berilmu atau berpendidikan, terbit kata berpelajaran dan terpelajar. Darjah kelainannya terbayang pada makna bahawa orang yang berpelajaran tidaklah se-tinggi atau sehebat orang yang terpelajar. Kita boleh mengatakan Kebanyakan rakyat di negara kita berpelajaran. Namun, ba-

rangkali tidak tepat pula kita mengatakan Kebanyakan rakyat negara kita terpelajar, kerana kata terpelajar berkaitan dengan golongan cendekiawan, pemikir dan mungkin juga sarjana.

Dalam bidang pendidikan, dua bentuk kata terbitan daripada kata ajar telah menjadi istilah yang amat penting. Daripada kata pengajaran dan pembelajaran/pemelajaran, timbul istilah dan konsep P&P, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran/pemelajaran. Konsep itu berkaitan dengan kaedah dan teknik yang perlu dikuasai oleh pendidik untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran dalam bidang tertentu.

Itulah antara contoh bagaimana menarik dan rumitnya peng-gunaan kata terbitan dalam bahasa Melayu. Kata terbitan berperanan menimbulkan makna tertentu dan khusus walaupun ada waktunya merupakan sinonim atau kata seerti bagi kata tertentu. Oleh itu amat penting kita se-bagai penulis memahami dan menguasai kaedah pembentukan kata terbitan, terutama selok-belok penggunaan imbuhan. Dalam keluaran akan datang, kita akan mula membincangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu.

MUNSYI MENULIS

Binaan Kata dalam Karang-Mengarang (4)