bh pilih l11 16 emel penerbitan bermutu masyarakat … · berita harian rabu, 16 april 2008 halaman...

1
PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008 Halaman Sebelas BH PILIH L11 16 emel TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan P ada 6 April yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melan- carkan cakera padat (CD) Puisi Tradisional Syair dan Gurindam, Jilid 1 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Terdapat dua keping CD, iaitu CD interaktif dan CD audio. Majlis pelancaran CD ini disempurnakan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini. CD ini menggabungkan perse- mbahan artis tiga generasi. Selain itu, bahan maklumat berkaitan dengan syair dan gurindam turut disediakan di samping pandangan beberapa tokoh pengkaji tentang puisi tradisional. Sebagai khazanah bangsa yang sangat bernilai, puisi tradi- sional perlu dipertahankan dan diperkembangkan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana dalam bait-bait puisi tradisional tersimpan akal budi dan pemikiran masyarakat silam yang perlu digali untuk membentuk peribadi yang ung- gul. Pelbagai teknik boleh dilaku- kan untuk menyemarakkan, memulihara dan memalarkan puisi tradisional ini. Antaranya dengan variasi penerbitan dalam pelbagai media, sama ada media cetak atau elektronik. Penerbitan Puisi Tradisional Syair dan Gurindam merupa- kan salah satu usaha DBP untuk memartabatkan kesusasteraan Melayu tradisional. CD ini turut memuatkan syair “Bidasari Syair Romantis” yang dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Aishah, Haziq (AF4), Farah dan Bob (AF2). “Syair Perahu” dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M. Salim dan Haziq (AF4). “Syair Nasihat” dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M. Salim, Aishah, Haziq (AF4), Farah dan Bob (AF2). “Gurindam Dua Belas” pula dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M. Salim dan Haziq (AF4). CD Puisi Tradisional Syair dan Gurindam, Jilid 1 dijual pada harga RM30.00 (CD Interaktif) dan RM 20.00 (CD audio). CD tersebut dan CD lain terbitan DBP boleh dibeli dengan menghubungi talian menghubungi talian 019-3911944. �ntuk pertan- �ntuk pertan- yaan berkaitan tentang produk multimedia DBP, sila hubungi Encik Hassan Alias di talian 03- 21481434 atau Cik Izaziah Morni Mohamad di talian 03-21481427. Oleh Abdul Razak Mohammad Menghidupkan Semula Puisi Tradisional D alam keluaran lalu, telah kita bincangkan kata tung- gal sebagai salah satu binaan atau bentuk kata yang men- jadi unsur penting dalam komuni- kasi, baik lisan mahupun tulisan. Kata tunggal ialah kata yang dapat berdiri sendiri dalam pertuturan atau tulisan kerana kata jenis ini mempunyai sesuatu makna. Bentuk kata yang kedua ialah kata terbitan, iaitu kata yang menerima imbuhan (sama ada imbuhan dalam bentuk awalan, akhiran, apitan atau sisipan). Kata terbitan dapat terbentuk daripada dua unsur, iaitu kata tunggal dan bentuk dasar teri- kat. Kata tunggal, oleh sebab mem- punyai maknanya dan bentuknya sedia sempurna, disebut bentuk dasar bebas. Maksudnya, kata tung- gal bebas atau dapat berdiri sendiri tetapi dapat juga menerima imbu- han, biasanya untuk menimbulkan makna yang lain. Sebagai contoh awal, kata ada ialah kata tunggal kerana dapat berdiri sendiri, tetapi kata itu dapat menerima imbuhan tertentu untuk menimbulkan makna yang lain. Daripada kata itu, dapat diterbitkan kata seperti berada, mengadakan, diadakan, mengada-ada, keadaan. Satu unsur lain yang dapat mem- bentuk kata terbitan ialah bentuk dasar terikat. Bentuk itu disebut bentuk dasar kerana dapat menjadi dasar kata terbitan. Namun, ben- tuk itu disebut bentuk dasar terikat kerana tidak dapat berdiri sendiri. Bentuk dasar terikat memerlukan unsur lain, misalnya imbuhan. Contohnya ialah juang, rangkak, punya, didih, alir. Semua bentuk itu belum bertaraf kata atau tidak disebut kata tunggal kerana tidak dapat berdiri sendiri. Kesemuanya menjadi bentuk dasar bagi kata terbitan, misalnya: Juang: berjuang, memperjuang- kan, diperjuangkan, perjuangan, pejuang Rangkak: merangkak Punya: mempunyai, dipunyai, kepunyaan Didih: mendidih, mendidihkan, dididihkan Alir: mengalir, mengalirkan, dialirkan, aliran Tidak pernah kita mendapati kata juang, rangkak, didih dan alir digunakan tanpa imbuhan. Kata punya ada waktunya digunakan tetapi hanya dalam bentuk bahasa basahan atau bahasa percakapan. Ketepatan kata terbitan dapat dinilai daripada dua segi, iaitu segi bentuknya dan segi maknanya. Ada kata terbitan yang maknanya beru- bah atau hilang disebabkan ben- tuknya salah. Contohnya: 1. Encik Hamzah sangat cekap mempermainkan alat muzik tradi- sional itu. (seharusnya: memain- kan) 2. Hakim menjatuhi hukuman penjara dan sebatan kepada pen- jenayah itu. (seharusnya: men- jatuhkan) 3. Mangsa kemalangan itu dike- jar ke hospital. (seharusnya: dike- jarkan) Semua kata terbitan dalam ayat-ayat di atas salah kerana menyebabkan maknanya salah. Ada pula kata terbitan yang salah bentuk atau binaannya walaupun tidak menyebabkan makna beru- bah atau hilang. Contohnya: 1. Perlaksanaan projek itu menja- di tanda tanya rakyat. (seharusnya: pelaksanaan) 2. Pemerintah tidak patut men- genepikan suara rakyat. (seharus- nya: mengetepikan) 3. Pemimpin perlu mempastikan betul atau tidaknya aduan yang diterimanya. (seharusnya: memas- tikan) Kata terbitan dalam semua ayat di atas salah walaupun tidak me- me- ngubah atau menghilang- atau menghilang- kan maknanya. Kesalahan itu disebabkan oleh bentuknya yang oleh bentuknya yang tidak mematuhi rumus atau atu- ran pengimbuhan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu ada atu- ran tertentu tentang pengimbuhan. Misalnya, kita perlu menggunakan awalan pe- dalam kata pelaksanaan kerana kata itu merupakan kata nama terbitan yang terbentuk daripada kata kerja melaksanakan (awalan me- menjadi pe-). Demikian juga, kata yang ber- mula dengan huruf k berubah men- jadi ng apabila menerima awalan me- (seperti bagi kata ketepi yang asalnya frasa sendi ke tepi lalu men- jadi mengetepikan ). Bagi kata yang bermula dengan huruf p, huruf itu berubah menjadi m seperti pada kata pasti lalu menjadi memastikan, bukan mempastikan ). Baik kesalahan kata terbitan yang menyebabkan makna berubah atau hilang mahupun kesalahan kata terbitan yang tidak mematuhi aturan pengimbuhan, kedua- duanya penting diberi perhatian untuk menghasilkan karangan atau tulisan yang berkesan. Kesalahan kata terbitan dapat mencacatkan karangan yang anda hasilkan kerana maklumat mungkin menjadi salah dan ragam bahasa rasmi yang sepatutnya anda gunakan dalam karangan bercampur-aduk dengan bahasa basahan. Perbincangan kita selanjutnya akan tertumpu pada kaedah mem- bentuk kata terbitan dengan meng- gunakan pelbagai imbuhan yang ada dalam bahasa Melayu. Memahami dan kemudian menggunakan kata terbitan yang mematuhi kaedah itu amat penting dalam penghasilan karangan yang berkesan. berkesan. DBP DI SANA-SINI M ajlis Makan Malam Pertemuan Delegasi Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 telah diadakan dengan meriahnya pada 3 April yang lalu di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Majlis yang berkonsepkan pertemuan santai tetapi eksklusif dan tertutup, bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kedua- dua buah institusi dan juga menjalin hubungan dan rangkaian kerjasama yang lebih meluas dan mantap atas dasar mengangkat industri buku di kedua-dua buah negara ini. Ikatan persahabatan antara DBP dengan IKAPI telah termeterai sejak sekian lama. Seperti juga DBP, yang ditubuhkan pada tahun 1956, khusus untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, IKAPI pula ditubuhkan lebih awal lagi, iaitu pada tahun 1950 atas usaha dan kesepakatan beberapa penerbit Indonesia ketika itu, yang didorong oleh semangat untuk menggantikan penerbit asing, khususnya Belanda, yang memonopoli kegiatan penerbitan buku di Indonesia. Penubuhan IKAPI juga turut dijiwai hasrat yang besar untuk membantu pemerintah dalam membangunkan masyarakat Indonesia. Delegasi IKAPI diketuai oleh Bapak Setia Darma Madjid, Presiden IKAPI dan Ir. Hajah Rosidayati Rozalina, yang turut membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Industri Buku (IcoBI) pada 3 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Oleh Dahlina Daut Mohmud IKAPI Eratkan Hubungan Dua Negara LANCAR: Datuk Sharifah Aini bersama Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Encik Zulkifli Salleh dan Ketua Bahagian Multimedia DBP Encik Jamaluddin Sulong. ERAT: Bapak Setia Darma Madjid bersalaman dengan Datuk Dr. Firdaus Abdullah. Binaan Kata dalam Karang-Mengarang (3)

Upload: duongkhanh

Post on 11-Mar-2019

215 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU

BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008 Halaman SebelasBH PILIH L11 16 emel

TERAMPIL MENGARANGBersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Pada 6 April yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melan-

carkan cakera padat (CD) Puisi Tradisional Syair dan Gurindam, Jilid 1 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Terdapat dua keping CD, iaitu CD interaktif dan CD audio. Majlis pelancaran CD ini disempurnakan oleh Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini. CD ini menggabungkan perse-mbahan artis tiga generasi. Selain itu, bahan maklumat berkaitan dengan syair dan gurindam turut disediakan di samping pandangan beberapa tokoh pengkaji tentang puisi tradisional.

Sebagai khazanah bangsa yang sangat bernilai, puisi tradi-sional perlu dipertahankan dan diperkembangkan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana dalam bait-bait puisi tradisional tersimpan akal budi dan pemikiran masyarakat silam yang perlu digali untuk membentuk peribadi yang ung-gul.

Pelbagai teknik boleh dilaku-kan untuk menyemarakkan, memulihara dan memalarkan puisi tradisional ini. Antaranya dengan variasi penerbitan dalam pelbagai media, sama ada media cetak atau elektronik. Penerbitan Puisi Tradisional Syair dan Gurindam merupa-

kan salah satu usaha DBP untuk memartabatkan kesusasteraan Melayu tradisional.

CD ini turut memuatkan syair “Bidasari Syair Romantis” yang dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Aishah, Haziq (AF4), Farah dan Bob (AF2). “Syair Perahu” dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M. Salim dan Haziq (AF4). “Syair Nasihat” dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M. Salim, Aishah, Haziq (AF4), Farah dan Bob (AF2). “Gurindam Dua Belas” pula

dilagukan oleh Datuk Sharifah Aini, Tan Sri S.M. Salim dan Haziq (AF4).

CD Puisi Tradisional Syair dan Gurindam, Jilid 1 dijual pada harga RM30.00 (CD Interaktif) dan RM 20.00 (CD audio). CD tersebut dan CD lain terbitan DBP boleh dibeli dengan menghubungi talianmenghubungi talian 019-3911944. �ntuk pertan-�ntuk pertan-yaan berkaitan tentang produk multimedia DBP, sila hubungi Encik Hassan Alias di talian 03-21481434 atau Cik Izaziah Morni Mohamad di talian 03-21481427.

Oleh Abdul Razak Mohammad

Menghidupkan Semula Puisi Tradisional

Dalam keluaran lalu, telah kita bincangkan kata tung-gal sebagai salah satu

binaan atau bentuk kata yang men-jadi unsur penting dalam komuni-kasi, baik lisan mahupun tulisan. Kata tunggal ialah kata yang dapat berdiri sendiri dalam pertuturan atau tulisan kerana kata jenis ini mempunyai sesuatu makna.

Bentuk kata yang kedua ialah kata terbitan, iaitu kata yang menerima imbuhan (sama ada imbuhan dalam bentuk awalan, akhiran, apitan atau sisipan). Kata terbitan dapat terbentuk daripada dua unsur, iaitu kata tunggal dan bentuk dasar teri-kat. Kata tunggal, oleh sebab mem-punyai maknanya dan bentuknya sedia sempurna, disebut bentuk dasar bebas. Maksudnya, kata tung-gal bebas atau dapat berdiri sendiri tetapi dapat juga menerima imbu-han, biasanya untuk menimbulkan makna yang lain.

Sebagai contoh awal, kata ada ialah kata tunggal kerana dapat berdiri sendiri, tetapi kata itu dapat menerima imbuhan tertentu untuk menimbulkan makna yang lain. Daripada kata itu, dapat diterbitkan kata seperti berada, mengadakan, diadakan, mengada-ada, keadaan.

Satu unsur lain yang dapat mem-bentuk kata terbitan ialah bentuk dasar terikat. Bentuk itu disebut bentuk dasar kerana dapat menjadi dasar kata terbitan. Namun, ben-tuk itu disebut bentuk dasar terikat kerana tidak dapat berdiri sendiri. Bentuk dasar terikat memerlukan unsur lain, misalnya imbuhan. Contohnya ialah juang, rangkak, punya, didih, alir.

Semua bentuk itu belum bertaraf kata atau tidak disebut kata tunggal kerana tidak dapat berdiri sendiri. Kesemuanya menjadi bentuk dasar bagi kata terbitan, misalnya:

Juang: berjuang, memperjuang-kan, diperjuangkan, perjuangan, pejuang

Rangkak: merangkakPunya: mempunyai, dipunyai,

kepunyaanDidih: mendidih, mendidihkan,

dididihkanAlir: mengalir, mengalirkan,

dialirkan, aliranTidak pernah kita mendapati

kata juang, rangkak, didih dan alir digunakan tanpa imbuhan. Kata

punya ada waktunya digunakan tetapi hanya dalam bentuk bahasa basahan atau bahasa percakapan.

Ketepatan kata terbitan dapat dinilai daripada dua segi, iaitu segi bentuknya dan segi maknanya. Ada kata terbitan yang maknanya beru-bah atau hilang disebabkan ben-tuknya salah. Contohnya:

1. Encik Hamzah sangat cekap mempermainkan alat muzik tradi-sional itu. (seharusnya: memain-kan)

2. Hakim menjatuhi hukuman penjara dan sebatan kepada pen-jenayah itu. (seharusnya: men-jatuhkan)

3. Mangsa kemalangan itu dike-jar ke hospital. (seharusnya: dike-jarkan)

Semua kata terbitan dalam ayat-ayat di atas salah kerana menyebabkan maknanya salah. Ada pula kata terbitan yang salah bentuk atau binaannya walaupun tidak menyebabkan makna beru-bah atau hilang. Contohnya:

1. Perlaksanaan projek itu menja-di tanda tanya rakyat. (seharusnya:

pelaksanaan)2. Pemerintah tidak patut men-

genepikan suara rakyat. (seharus-nya: mengetepikan)

3. Pemimpin perlu mempastikan betul atau tidaknya aduan yang diterimanya. (seharusnya: memas-tikan)

Kata terbitan dalam semua ayat di atas salah walaupun tidak me-me-ngubah atau menghilang- atau menghilang-kan maknanya. Kesalahan itu disebabkan oleh bentuknya yang oleh bentuknya yang tidak mematuhi rumus atau atu-ran pengimbuhan dalam bahasa Melayu.

Dalam bahasa Melayu ada atu-ran tertentu tentang pengimbuhan. Misalnya, kita perlu menggunakan awalan pe- dalam kata pelaksanaan kerana kata itu merupakan kata nama terbitan yang terbentuk daripada kata kerja melaksanakan (awalan me- menjadi pe-).

Demikian juga, kata yang ber-mula dengan huruf k berubah men-jadi ng apabila menerima awalan me- (seperti bagi kata ketepi yang asalnya frasa sendi ke tepi lalu men-

jadi mengetepikan). Bagi kata yang bermula dengan huruf p, huruf itu berubah menjadi m seperti pada kata pasti lalu menjadi memastikan, bukan mempastikan).

Baik kesalahan kata terbitan yang menyebabkan makna berubah atau hilang mahupun kesalahan kata terbitan yang tidak mematuhi aturan pengimbuhan, kedua-duanya penting diberi perhatian untuk menghasilkan karangan atau tulisan yang berkesan. Kesalahan kata terbitan dapat mencacatkan karangan yang anda hasilkan kerana maklumat mungkin menjadi salah dan ragam bahasa rasmi yang sepatutnya anda gunakan dalam karangan bercampur-aduk dengan bahasa basahan.

Perbincangan kita selanjutnya akan tertumpu pada kaedah mem-bentuk kata terbitan dengan meng-gunakan pelbagai imbuhan yang ada dalam bahasa Melayu. Memahami dan kemudian menggunakan kata terbitan yang mematuhi kaedah itu amat penting dalam penghasilan karangan yang berkesan.berkesan.

DBP DI SANA-SINI

Majlis Makan Malam Pertemuan Delegasi Ikatan Penerbit

Indonesia (IKAPI) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 telah diadakan dengan meriahnya pada 3 April yang lalu di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Majlis yang berkonsepkan pertemuan santai tetapi eksklusif dan tertutup, bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua buah institusi dan juga menjalin hubungan dan rangkaian kerjasama yang lebih meluas dan mantap atas dasar mengangkat industri buku di kedua-dua buah negara ini.

Ikatan persahabatan antara DBP dengan IKAPI telah termeterai sejak sekian lama. Seperti juga DBP, yang

ditubuhkan pada tahun 1956, khusus untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, IKAPI pula ditubuhkan lebih awal lagi, iaitu pada tahun 1950 atas usaha dan kesepakatan beberapa penerbit Indonesia ketika itu, yang didorong oleh semangat untuk menggantikan penerbit asing, khususnya Belanda, yang memonopoli kegiatan penerbitan buku di Indonesia. Penubuhan IKAPI juga turut dijiwai hasrat yang besar untuk membantu pemerintah dalam membangunkan masyarakat Indonesia.

Delegasi IKAPI diketuai oleh Bapak Setia Darma Madjid, Presiden IKAPI dan Ir. Hajah Rosidayati Rozalina, yang turut membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Industri Buku (IcoBI) pada 3 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Oleh Dahlina Daut Mohmud

IKAPI Eratkan Hubungan Dua Negara

LANCAR: Datuk Sharifah Aini bersama Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Encik Zulkifli Salleh dan Ketua Bahagian Multimedia DBP Encik Jamaluddin Sulong.

ERAT: Bapak Setia Darma Madjid bersalaman dengan Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Binaan Kata dalam Karang-Mengarang (3)