tugasan seni mengarang iklan

25
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS BMK3043 - SENI MENGARANG TAJUK KUMPULAN Group UPSI04(A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SUSANTI BT SAMSUDIN D20112053704 0124790759 NAMA TUTOR E-LEARNING: Profesor Madya Dr. Ani binti Omar TARIKH SERAH: 28 APRIL 2014 TUGASAN 1

Upload: puchai68

Post on 08-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kongsi

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Seni Mengarang Iklan

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

BMK3043 - SENI MENGARANG

TAJUK

KUMPULAN

Group UPSI04(A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SUSANTI BT SAMSUDIN D20112053704 0124790759

NAMA TUTOR E-LEARNING: Profesor Madya Dr. Ani binti Omar  

TARIKH SERAH: 28 APRIL 2014

TUGASAN 1

Page 2: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Kandungan

Pengenalan 1 - 2

Lokasi kajian 3

Analisis Kajian 4 - 13

Perbincangan dan Kesimpulan 14 - 16

Cadangan dan Implikasi Kajian 17 - 18

Cadangan Kajian Selanjutnya 19

Rujukan 20

Page 3: Tugasan Seni Mengarang Iklan

PENGENALAN

Bahasa Melayu tersebar sebagai perantaraan atau lingua franca. ke seluruh Nusantara

dari tanah asalnya Sriwijaya di Sumatera. Namun, selepas mengalami beberapa

perkembangan terutamanya dari segi politik, bahasa Melayu berkembang kepada dua

kawasan politik iaitu Indonesia yang pada masa itu di bawah jajahan Belanda serta Tanah

Melayu yang di bawah pemerintahan Inggeris.

Pemisahan politik ini telah menyebabkan bahasa Melayu berkembang secara

berlainan di kedua-dua negara. Di Indonesia, bahasa Indonesia berkembang dengan pesatnya

sejak Sumpah Pemuda pada tahun 1928 manakala di Tanah Melayu, bahasa Melayu mula

berkembang pesat sejak tahun 1960-an.

Namun begitu, di Tanah Melayu, bahasa Melayu telah melalui pelbagai tahap

perkembangan bagi meninggikan martabat dan memantapkan lagi bahasa komunikasi antara

negara-negara ini sejajar dengan terbentuknya Malaysia pada peta dunia. Perkembangan yang

dilalui antaranya dari segi perbendaharaan kata, sistem ejaan dan tatabahasa.

Akhirnya, pada 16 Ogos 1972, sistem ejaan bahasa Melayu telah diisytiharkan

penggunaannya secara rasmi hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (

MABIM ). Badan ini seterusnya menjadi MABBIM iaitu Majlis Bahasa Brunei, Indonesia

dan Malaysia dengan kemasukan negara Brunei Darussalam pada tahun 1986.

Nik Safiah Karim 1986: 132 dan Awang Sariyan 1984: 50 mendefinisikan kesalahan

bahasa sebagai penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa atau peraturan-

peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau

susunan frasa dan ayat.

Menurut Za`ba,1965, Asmah Hj. Omar,1980 dan Arbak Othman,1981 menyatakan

bahawa kesalahan bahasa adalah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan

bahasa yang baku.

Abdullah Hassan 1989: 34 pula menegaskan bahawa penggunaan bahasa dalam

bentuk tulisan lebih mudah dilakukan dan sebarang kesalahan juga dapat dilihat dengan

mudah. Sebagai contoh, wujud kesalahan dalam penggunaan bahasa seperti di papan tanda, di

surat khabar, majalah, buku teks dan surat atau dokumen rasmi atau tidak rasmi. Beliau juga

Page 4: Tugasan Seni Mengarang Iklan

mengatakan bahawa penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan lebih luas tersebar berbanding

bentuk pertuturan kerana bahasa tulisan lebih mudah disebarkan tanpa batasan ruang dan

waktu. Selain itu, kesalahan-kesalahan ini juga mungkin lebih mudah dikuatkuasakan dan

dapat dikawal.

Kini,setelah empat puluh dua berlalu,pentas ceritera pendaulatan, pemerkasaan dan

pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak

pernah melabuhkan tirainya.Peristiwa yang dipertontonkan kepada masyarakat bahasa di

Malaysia,daripada babak penobatan status bahasa Melayu dalam undang-undang yang

disusuli pelbagai adegan konflik pencemaran bahasa sampai kepada klimaks dasar pengajaran

dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Semua ini menjadikan bahasa

Melayu dilihat semakin terhakis dan juga dipinggirkan oleh masyarakat penuturnya semata-

mata dengan alasan untuk bersaing dalam dunia globalisasi.

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan

iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga

atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan

menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul

atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi

pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa

yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna.

Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu

dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.

Page 5: Tugasan Seni Mengarang Iklan

LOKASI KAJIAN

Kajian dilakukan di sekitar kawasan pekan kecil ,Jalan Junjong,Kulim.Saya tinggal di

206,Kampung Tasek Junjong,14120 Simpang Ampat,Pulau Pinang. Kampung Tasek Junjong

terletak di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dan bersempadan dengan daerah Kulim,

Kedah (rujuk peta di atas).

Pekan kecil yang terdapat berhampiran Kampung Tasek Junjong adalah yang terletak di

Jalan Junjong,Kulim Kedah.Pekan kecil yang terletak di sempadan ini kebanyakkannya

terdiri daripada bangunan lama dan gerai-gerai keci yang dibina oleh Majlis Perbandaran

Kulim(MPK). Jika dihitung,terdapat kira-kira 20 buah premis perniagaan yang beroperasi di

sekitar kawasan ini yang rata-ratanya peniaga tersebut berasal dari kawasan ini juga.

Pekan kecil ini merupakan laluan utama kereta,lori,bas ekspress dari Sungai Bakap atau

Simpang Empat yang hendak ke Kulim.Sekiranya dari Kulim hendak Kuala Lumpur atau

hendak masuk lebuh raya juga melalui pekan ini.

Selain itu,terdapat juga, bangunan Perpustakaan Desa Tasek Junjong terletak di Dewan

Orang Ramai Tasek Junjong. Ia terletak di tepi jalan dan berhampiran dengan Masjid Tasek

Junjong. Kedudukannya di tepi jalan raya memudahkan penduduk kampung mahupun orang

luar untuk datang dan menggunakan kemudahan yang terdapat di perpustakaan ini.

Page 6: Tugasan Seni Mengarang Iklan

ANALISIS KAJIAN DALAM IKLAN DAN PAPAN TANDA DI PREMIS

PERNIAGAAN

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar dalam buku Pengajian Melayu

3:Komunikasi Bahasa,secara umum,kesilapan bahasa yang biasa dilakukan oleh pelajar atau

penutur dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;

a) Kesilapan struktur

b) Kesilapan konsep

c) Kesilapan bentuk bertindan

d) Kesilapan disebabkan gangguan bahasa lain

e) Kesilapan disebabkan pengaruh bahasa lisan

Justeru itu,kajian ini akan menganalisis tentang kajian bahasa Melayu dalam iklan dan

papan tanda di premis perniagaan di sekitar kawasan Kampung Tasek Junjong dan pekan

kecil,Jalan Junjong,Kulim yang dilakukan oleh peniaga-peniaga sama ada dalam keadaan

sedar atau tidak sedar.

Kesalahan bahasa Melayu di dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan ini

merangkumi aspek-aspek istilah,penggunaan imbuhan,kesalahan frasa dan beberapa aspek

kesalahan ayat.

Page 7: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Analisis 1

Pemilik kedai ini berbangsa Cina.Berdasarkan iklan yang terpampang,di kedai ini,barang-

barang yang dijual digunakan untuk aktiviti sembahyang.

Papan tanda yang dipasang dibahagian atas kedai ternyata nampak kesalahan penggunaan

ayat iaitu “Menjual Barang-Barang Sembahyang”. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana

mengikut pengertian ayat, papan iklan ini seolah-olah mengiklankan dan menjual barang-

barang yang boleh sembahyang dengan sendiri.

Oleh itu,dalam pembinaan ayat yang betul bagi ayat “menjual barang-barang sembahyang”

ini ialah “menjual barang-barang untuk sembahyang”. Pengunaan frasa sendi nama “untuk”

ditambah antara perkataan “barang-barang” dan “sembahyang”.

Analisis 2

Page 8: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Berdasarkan nama pemiliknya iaitu Leong,ternyata pemilik kedai yang menyediakan

perkhidmatan elektrik ini berbangsa Cina.

Terdapat kesalahan penggunaan istilah “lektrik” pada papan iklan yang dipasang pada

kedai tersebut. Sebenarnya,tiada istilah atau perkataan “letrik” dalam bahasa Melayu. Hanya

terdapat perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu “elektrik”.Sepatutnya, pihak yang

bertanggungjawab membuat papan iklan ini menggantikan perkataan “letrik” dengan

“elektrik”. Pembetulannya, “ Perkhidmatan Elektrik Leong Bersaudara”.

Analisis 3

Kedai ini dimiliki oleh peniaga berbangsa Melayu.Berdasarkan iklan berserta gambar yang

terpampang,kedai ini ternyata menjual produk makanan seperti kek,kuih-kuih moden dan

sebagainya.

Page 9: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Papan iklan yang dipasang di kedainya menarik namun terdapat kesalahan istilah atau ejaan

yang ketara iaitu “Laaaaagi Sedap”.Dari segi struktur ayat,sepatutnya,ayat pada papan tanda

iklan itu sepatutnya ditulis “sungguh sedap” dan dari segi istilah atau ejaan yang betul

perkataan “Laaaaagi” ditulis dengan ejaan “Lagi”. Kesalahan ini dilakukan disebabkan

pengaruh bahasa lisan yang tidak menitik beratkan tatabahasa.

Selain itu,terdapat juga penggunaan perkataan dan ayat bahasa Inggeris iaitu Nawi’s dan

Quqi’s Industry.Peniaga ternyata memartabatkan bahasa Inggeris,sepatutnya peniaga

menggunakan bahasa Melayu yang betul dan menulis “Nawi” dan “Industri Quqi”.

Analisis 4

Page 10: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Peniaga kedai ini,berbangsa Cina dan menggunakan perkataan dan ayat “Gmart Mini

Market” sebagai nama kedainya.Kedai ini menjual barangan runcit,peralatan

mandian,selipar,alat tulis dan sebagainya.

Penggunaan papan iklan yang menggunakan nama kedai “Gmart Mini Market” menunjukkan

peniaga mengutamakan bahasa Inggeris,sepatutnya peniaga memartabatkan bahasa Melayu

dengan menggunakan nama “Pasar Mini Gmart”.

Seterusnya,terlihat kesalahan struktur dan ejaan pada perkataan dan ayat “so kari so

sedaap”.Perkataan dan ayat “so kari dan so sedaap” ini adalah perkataan dan ayat yang

bercampur dengan bahasa Inggeris.Perkataan “so” hendaklah diganti dengan perkataan

“sungguh” menjadi “sungguh kari sungguh sedap”.Manakala,ejaan “sedaap”perlulah ditulis

“sedap”.

Analisis 5

Page 11: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Kedai ini dimiliki oleh pemilik berbangsa Melayu.Kedai ini,menjual pelbagai peralatan

seperti mainan,beg sekolah,seluar,baju dan sebagainya serta menyediakan perkhidmatan

fotostat.

Terdapat kesalahan struktur ayat “ada sini”,sepatutnya ayat tersebut dimasukkan imbuhan

‘di’ dan menjadi ayat yang betul “ada di sini”.

Perkataan “Photostat”pula hendaklah digantikan dengan ejaan dalam bahasa Melayu iaitu

fotostat.

Analisis 6

Page 12: Tugasan Seni Mengarang Iklan
Page 13: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Kesalahan ejaan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Satu lagi kesalahan biasa yang

digunakan ialah ejaan “mee”.Ramai peniaga yang keliru antara ejaan “mee” dan “mi”.Mi

ialah perkataan dalam bahasa Melayu, manakala ejaan dalam bahasa Inggerisnya pula ialah

mee. Ramai pengusaha kedai makan yang memandang ringan akan masalah ini. Sedangkan

orang yang melihat ejaan ini akan terbiasa dengan ejaan sebegitu dan menggunakannya

dalam tulisan rasmi seperti pelajar menulis karangan.

Page 14: Tugasan Seni Mengarang Iklan

“Noor Fesyen”. Frasa ini bermaksud Noor yang digelarkan “fesyen”. Mungkin kerana Noor

selalu memakai baju yang berfesyen, maka dia pun digelar “Noor Fesyen”. Jadi, bagi

mengelakkan kekeliruan, kedai ini hendaklah dinamai “Fesyen Noor” atau “Perniagaan

Fesyen Noor” dengan mengikut Hukum D-M.

Struktur ejaan bagi perkataan “pekakas jahit” salah kerana perkataan itu sepatutnya ditulis

perkakas untuk menjahit.

Page 15: Tugasan Seni Mengarang Iklan
Page 16: Tugasan Seni Mengarang Iklan

Jelas di sini, kesalahan penggunaan ejaan “pasaraya” yang sepatutnya dieja secara jarak

dan tidak boleh dicantumkan. Perkataan ini juga adalah salah satu perkataan dari Kata

Majmuk yang tidak mantap. Pembetulannya, “Pasar Raya Ekonomi, Fesyen L.H.H”.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Setiap kesalahan di dalam dunia ini mesti mempunyai faktor-faktor penyebab kenapa

kesalahan itu berlaku. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali mengalami kesalahan-kesalahan

terutamanya dari segi ejaan, istilah dan bahasa. Namun, ia juga mempunyai faktor penyebab

kesalahan tersebut berlaku. Antaranya, kurangnya sifat keprihatinan terhadap bahasa.

Kebanyakan masyarakat sekarang tidak mengendahkan perkataan apa yang paling sesuai

untuk diguna bertepatan dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu. Asalkan perkataan tersebut

sedap didengar dan memudahkan sesuatu pekerjaan, wujudlah papan-papan iklan,papan-

papan tanda serta surat rasmi yang tidak menepati piawaian sistem ejaan bahasa Melayu.

Selain itu, faktor keterbiasaan masyarakat terutamanya golongan yang lahir serta

hidup sebelum zaman wujudnya Sistem Ejaan Rumi Baharu ini. Mereka sering terbawa-bawa

dengan sistem ejaan lama yang banyak telah diubah kepada ejaan yang baru.

Di samping itu, faktor penguatkuasaan undang-undang yang tidak ketat juga

menyebabkan masalah ini berlaku. Seharusnya, undang-undang perlu dikuatkuasakan kepada

Page 17: Tugasan Seni Mengarang Iklan

sesiapa yang melakukan kesalahan bahasa kerana bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara

Malaysia. Tidak sepatutnya bahasa kebangsaan diambil mudah dan dipandang remeh seolah-

olah bahasa Melayu tidak dimartabatkan masyarakat Malaysia sendiri.

Daripada dapatan analisis kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status

penggunaan bahasa kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut:

a) Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan peniaga adalah kurang baik

Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang banyak malah

penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek

penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati

disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan

penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul

mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang

digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.

b) Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan

Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris

sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh

dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan

ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku

mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping

kerana bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan

harian.

CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Bagi meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu

dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan

Page 18: Tugasan Seni Mengarang Iklan

yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu

dipamerkan kepada masyarakat.

Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-

masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk

menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan bahasa

kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan. Undang-undang dan

peraturan berkaitan penggunaan bahasa Melayu yang kurang berkesan atau agak longgar

perlu diteliti semula dan dikemas kini serta diselaraskan untuk semua kawasan pentadbiran

pihak berkuasa tempatan. Langkah ini dapat membantu memantapkan dan memperkasakan

penggunaan bahasa Melayu dan tindakan penguatkuasaannya. Bagi premis yang sudah

mendapat kelulusan tetapi gagal mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia

termaktub, tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan mengeluarkan arahan atau

notis pembetulan, menurunkan objek yang dipamerkan, mengenakan kompaun, dan denda.

Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya

mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan

memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa

kebangsaan. Sekiranya peniaga yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa

kebangsaan dengan betul, peniaga tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek

dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Peniaga itu juga seharusnya merujuk kepada Unit

Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang

sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang bertugas di

Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang badan itu,

www.dbp.gov.my.

Ketiga, tindakan pemantauan yang berterusan dan lebih kerap perlu dilakukan. Berdasarkan

temu bual dengan beberapa orang pegawai di pihak berkuasa tempatan, isu pemantauan dan

penguatkuasaan sukar dilakukan kerana faktor kekurangan sumber tenaga manusia dan

kawasan liputan pentadbiran yang luas. Bagi menangani masalah ini, pihak berkuasa

tempatan perlu menambah bilangan sumber manusia.

Kempat, bagi memastikan penggunaan bahasa yang tidak menyalahi peraturan tatabahasa

bahasa Melayu di tempat awam, pihak berkuasa tempatan perlu mewujudkan jawatan

pegawai bahasa disetiap kawasan pentadbirannya. Pegawai ini bertanggungjawab

melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan pemantauan dalam memastikan penggunaan

Page 19: Tugasan Seni Mengarang Iklan

bahasa Melayu yang betul. Mereka juga bertanggungjawab untuk memberi khidmat

nasihat,panduan, dan teguran kepada pelanggan pihak berkuasa tempatan.

Kelima, bagi meningkatkan kesedaran peniaga dan orang awam,kempen kesedaran seperti

‘Cintailah Bahasa Kita’ perlu dilaksanakan dari semasa.

CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Dalam kajian ini,hanya difokuskan kepada kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan

dan papan tanda di premis perniagaan sahaja dan skop ini masih terlaku kecil serta terdapat

kekurangan dan kelemahannya.

Justeru itu ,kajian lain perlu dilakukan dengan lebih meluas lagi contohnya subjek kajian

hendaklah dilakukan terhadap papan-papan tanda yang di pasang di kawasan kampung

seperti papan tanda projek naik taraf kawasan kampung,papan-papan tanda di jalan

raya,papan tanda pembinaan projek infrastruktur dan sebagainya.

Kajian juga wajar dilakukan terhadap pembungkusan makanan yang dijual di kedai-kedai di

seluruh negeri.Syarikat-syarikat yang membungkus makan perlu pastikan ejaan dan struktur

ayat yang digunakan adalah betul dan sesuai serta menarik.

Dengan kajian sedemikian, kesalahan penggunaan bahasa Melayu dengan betul akan dapat

diminimakan.

RUJUKAN