teori sastera tempatan

Upload: acapasyraaf

Post on 06-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    1/14

    TEORI SASTERA TEMPATAN

     ASYRAAF BIN YUSUF

    HUSNI NAEEM BIN GANI

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    2/14

    JENIS-JENIS TEORI TEMPATAN

    TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

    TEORI TAKMILAH

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    3/14

    TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

    Teori ini mula diperkenalkan oleh Hashim Awang

    melalui kertas kerja seminar yang dibentangkan

    dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan

    Melayu.

     Hashim Awang telah mengemukakan teori inidengan merujuk kepada kitab Tahul Muluk yang

    mengandungi pelbagai ilmu dan panduan hidup

    yang cukup popular dalam kalangan generasi tua.

    Menurut beliau, kitab itu membincangkan enamperkara pokok iaitu mengenai manusia, kesihatan

    (perubatan) manusia, sifat dan geraklaku manusia,

    mimpi dan firasat, cakerawala dan perumahan.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    4/14

    Hashim Awang telah mengenengahkan dua

    pengkaedahan

      i- Pengkaedahan Alamiah

    Pengkaedahan Alamiah merujuk secara langsung kepada

    faktor alam yang menjadi latar kehidupan. Pendekatan

    Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat.

     

    ii- Pengkaedahan Keagamaan.

    Merupakan satu pendekatan yang berdasarkan kepada

    keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Dalam

    pendekatan ini terdapat tiga pendekatan yang saling

    berhubungkait iaitu Pendekatan Dakwah, Pendekatan

    Masyarakat dan Pendekatan Seni.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    5/14

    PENGKAEDAHAN ALAMIAH

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    6/14

    PENDEKATAN GUNAAN Pendekatan Gunaan memberikan penekanan besar dan luas

    terhadap kegunaan dan kebajikan sastera, baik dari aspek isiatau bentuknya yang berteraskan kebajikan dan ketatasusilaan.

    Hashim Awang(1999) melihat atau mengandaikan sastera

    dengan Pendekataan Gunaan dalam ciri-ciri berikut:

    i. Sastera satu antara objek-objek daripada ciptaan alam;ciptaan berlaku dengan keizinan atau restu Allah.

    ii. Ciptaan sastera adalah bersebab, berhikmah dan berfungsi

    tertentu. Ia dilihat melalui unsur intrinsik dan ekstrinsik

    yang merangkumi latar belakang penciptaan, masyarakat,

    pembaca, pengarang dan ideologi.iii. Ciptaan sastera harus dilihat sebagai alat yang boleh

    memberi manfaat atau kegunaan besar kepada manusia dan

    kehidupan luaran dan dalamannya.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    7/14

    PENDEKATAN MORAL

    Pendekatan Moral pula didasari daripada

    Pendekatan Gunaan iaitu sastera berupa

    kejadian dan objek, namun kejadiannya

    berdasarkan Pendekatan Moral, bukan lagi

    berbentuk sesuatu kewujudan yang menyamaialat atau benda yang memberi kegunaan, tetapi

    kejadian yang bersifat pengalaman hidup

    manusia. Iaitu pengalaman yang dilalui manusia

    tertentu dan maklumat yang berkaitan denganmanusia serta dunianya termasuklah kejiwaan,

    kepercayaan(agama), kebudayaan,

    kemasyarakatan, kebangsaan dan persekitaran.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    8/14

    Ciri-ciri Pendekatan Moral seperti berikut:

    i. Ia dapat memberi kemanfaatnya yang lebih jauh

    dan besar daripada fungsinya sebagai suatu alat,

    iaitu kemanfaat yang berkaitan dengan kebatinan

    dan keperibadian manusia.

    ii. Sastera dalam konteks ini bukan lagi berfungsi

    untuk menumbangkan sesuatu faedah, tetapi

    menyingkapkan dan menyatakan pengalaman.

    iii. Sastera sebagai penyingkapan dan pernyataanpengalaman boleh mengambil bentuk-bentuk

    peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan

     juga segala maklumat yang berkaitan dengan

    mereka serta suasana persekitaran.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    9/14

    PENDEKATAN FIRASAT

    Pendekatan Firasat berlandaskan kepada

    tanggapan bahawa sastera adalah satu kejadian

    alam semesta yang memberikan dan

    memperkayakan pengalaman hidup. Mengikut

    Hashim Awang(1989:63) kejadian itu dikaitkandengan mimpi, iaitu suatu pengalaman hidup

    masyarakat Melayu sering dianggap bermakna

    kepada kehidupan untuk ditemukan pengertian

    atau pencarian makna mimpi, dikenali sebagaitakbir, iaitu proses menemukan makna menerusi

    tafsiran lambang atau alamat tertentu.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    10/14

    Hashim Awang mencirikan Pendekatan Firasat seperti

    berikut:

    i. Sastera perlu dilihat sebagai memiliki sifat-sifat zahir dan batin

    atau yang sering disebut sebagai yang tersurat dan yang

    tersirat. Sifat zahir menjadi PENANDA, atau dalam masyarakat

    Melayu diistilah sebagai ALAMAT, untuk mendapatkan makna

    yang tersirat atau PENANDA.

    ii. Satera dianggap sebagai wacana berlapis atau berkias yangmemerlukan kerja-kerja penafsiran untuk menentukan makna

    atau isi dan tujuan sebenar yang mahu disampaikan oleh

    pengarang.

    iii. Dalam sastera terkandung makna atau isi yang tersembunyi;

    makna atau sisinya perlu dianalisis serta ditemukan melaluipenafsiran sifat-sifat luarannya atau melalui sistem tanda dan

    lambang yang ternukil.

    iv. Sastera dalam koneks ini juga harus dilihat dan dikaji sebagai

    pembentukan wacana yang berperlambangan.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    11/14

    PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    12/14

    PENDEKATAN SENI

    Pendekatan seni digunakan untuk meneliti nilai-nilai estetika yang ada

    padanya. Pendekatan ini menilai aspek unsur keindahan dalam karya sastera. Ia

    menjadikan karya sastera sebagai persoalan pokok.

    Menurut Hashim Awang(1994:13) hakikat seni Islam, juga seni persuratannya

    bukanlah peniruan(mimesis) sepi dalam seni Barat, tetapi berasaskan bentuk

    (constructional atau structural: al –nazam). Dengan itu seni Islam memberi

    keutamaan kepada pemikiran dan makna itu diberi bentuk sehabis indah dan

    unik melalui stylization.

    Ciri-ciri Pendekatan Seni:

    i. Keindahan dalam sastera adalah keindahan yang melandaskan dirinya kepada

    nilai-nilai estetika Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta ajaranIslam.

    ii. Keindahan itu dapat dikenalpasti menerusi pelbagai aspek atau unsur

    pembinaannya: yang berbentuk harafiah dan dalaman, gaya penceritaan, kaedah

    pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan dan gaya bahasanya.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    13/14

    PENDEKATAN KEMASYARAKATAN

    Pendekatan ini dianggap sebagai alat pendedahan segala macam persoalan

    yang bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan dalam masyarakat

    seperti yang dituntut oleh agama Islam. Dalam konteks ini, sastera Islam

    diangap sebagai pencipta yang berfungsi khusus dengan membawa perutusan

    besar untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia.

    Ciri-ciri Pendekatan Kemasyarakatan:i. Sastera dianggap lumrah untuk mendedahkan dengan jelas, benar dan

    berani permasalahan mengenai kemungkaran, ketidakadilan, penipuan,

    kepuraan, rasuah dan segala permasalahan yang dianggap punca kepada

    kepincangan masyarakat dan keimanan insan.

    ii. Persoalan kemasyarakatan dilihat daripada kaca mata Islam dan tidak

    digunakan sebagai bahan propaganda yang membohongi kenyataan realiti

    melainkan adalah untuk mencari kesejahteraan hidup bermasyarakat dan

    pengukuhan keimanan serta ketakwaaan insan.

    iv. Pendekatan ini juga memungkinkan kajian ke arah soal-soal syariah, ibadat,

    moral, ekonomi, sosial dan politik dari sudut keIslaman.

  • 8/18/2019 teori sastera tempatan

    14/14

    PENDEKATAN DAKWAH

    Pendekatan Dakwah menekankan aspek-aspek yang menyentuh segala

    persoalan yang berkaitan dengan penonjolan kebesaran dan sifat-sifat

    keagungan Allah dalam hasil kesusasteraan Islam.Sastera juga dilihat

    sebagai satu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan sesorang

    insan terhadap Allah.

    Ciri-ciri Pendekatan Dakwah:

    i. Pendekatan ini juga dilihat sebagai mengandungi persoalan yang

    memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah, serta

    sastera dapat dijadikan sebagai ‘kitab’ yang darinya insan dapat

    mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk terhadapNya. Seterusnya,

    menimbulkan rasa kecintaan dan kehormatan yang lebih besar dan suci

    kepada Allah.

    ii. Pendekatan ini banyak bertumpu kepada aspek-aspek tema dan

    amanat yang mengarah kepada penyerahan permasalahan tersebut.

    iii. Aspek watak dan perlakuan serta peribadi watak juga menjadi daya

    penarik untuk dikaji dengan kaitannya dengan sifat-sifat mulia seorang

    insan muslim.