teori perkembangan moral kanak

4
Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak 1. Teori Psikoanalisa (Sigmund Freud) -Definisi moral bagi Freud adalah merangkumi aspek-aspek seoerti bertanggungjawab pada sesuatu tingkah laku, mematuhi peraturan dan undang-undang, membuat keputusan dan penilaian moral yang bersesuaian. Beliau berpandangan, pertumbuhan moral kanak-kanak berkembang sejajar dengan perkembangan jasmani, kognitif dan emosi mereka. Dalam teori psikoanalisa, pengalaman awal kanak-kanak dan desakan dalaman mempengaruhi tingkah laku mereka menjadi fokus utama. Desakan-desakan dalam diri ini terdiri daripada id, ego dan superego. Ketiga- tiga desakan ini akan mempengaruhi individu itu. Desakan-desakan dalaman yang harus diperhatikan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk perkembangan kerohanian moral kanak-kanak. TEORI PERKEMBANGAN MORAL Peringkat Permbangan Moral Individu (Saya nyatakan sebagai panduan utk kanak-kanak sehingga 12 tahun sahaja-masih ada beberapa peringkat lagi)

Upload: roszita-tamyiz

Post on 26-Sep-2015

164 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Teori Perkembangan Moral Kanak-Kanak

1. Teori Psikoanalisa (Sigmund Freud)-Definisi moral bagi Freud adalah merangkumi aspek-aspek seoerti bertanggungjawab pada sesuatu tingkah laku, mematuhi peraturan dan undang-undang, membuat keputusan dan penilaian moral yang bersesuaian. Beliau berpandangan, pertumbuhan moral kanak-kanak berkembang sejajar dengan perkembangan jasmani, kognitif dan emosi mereka. Dalam teori psikoanalisa, pengalaman awal kanak-kanak dan desakan dalaman mempengaruhi tingkah laku mereka menjadi fokus utama. Desakan-desakan dalam diri ini terdiri daripada id, ego dan superego. Ketiga-tiga desakan ini akan mempengaruhi individu itu.

Desakan-desakan dalaman yang harus diperhatikan oleh ibu bapa dan guru dalam membentuk perkembangan kerohanian moral kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL

Peringkat Permbangan Moral Individu (Saya nyatakan sebagai panduan utk kanak-kanak sehingga 12 tahun sahaja-masih ada beberapa peringkat lagi)

Teori Freud menegaskan tentang pentingnya interaksi awal kanak-kanak dengan ibu bapa. Beliau juga menerangkan mengenai unsur-unsur dalaman yang merangsang tingkah laku dan cara bertindak anak dengan persekitaran yang menjadi penentu moraliti individu.

2. Teori Kognitif (Jean Piaget)

-Perkembangan moral berkaitan dengan aturan-aturan dan ketentuan tentang apa yang seharusnya dilakukan oleh orang dalam berinteraksi dengan orang lain. Kebanyakkan pakar mempelajari tentang bagaimana anak-anak kita berfikir, berkelakuan dan menyedari tentang aturan-aturan tersebut. Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget (1932) mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja iaitu membuat pemerhatian terhadap sejumlah kanak-kanak yang bermain sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan tentang peraturan-peraturan permainan. Selain itu, Piaget menanyakan kepada kanak-kanak tentang natijah-natijah apabila kanak-kanak melakukan kesalahan seperti mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan.

Hasil daripada kajian beliau, Piaget menyimpulkan bahawa kanak-kanak berfikir dengan dua cara yang sangat berbeza mengenai perkembangan moral kerana pemikiran ini bergantung kepada tahap perkembangan mereka. Dua cara tersebut ialah Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.

Penerangan ringkas mengenai Teori Perkembangan Kognitif-Moral Piaget

3. Teori Perkembangan Moral (Lawrence Kholberg)

-Teori perkembangan moral Kohlberg (1986) lebih memfokuskan kepada penaakulan moral peringkat awal remaja dan dewasa. Beliau berpandangan bayi dan kanak-kanak masih tidak mampu menaakul dan mencapai nilai moral yang sebenar. Kohlberg menekankan bahawa perkembangan moral didasarkan terutama pada perkembangan moral dan perkembangan berlaku secara peringkat iaitu daripada awal remaja sehingga dewasa.

Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal dan keupayaan menaakul seseorang. Oleh itu, keupayaan menaakul berkembang seiring dengan perkembangan logiknya. Penaakulan moral Kohlberg terbahagi kepada tiga peringkat dan setiap peringkat dipecahkan kepada dua tahap.

Teori Penaakulan Moral Kohlberg