konsep perkembangan kanak-kanak

26
KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus- menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Upload: ayanurhidayah

Post on 10-Jul-2016

430 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan

perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat

perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah

berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling

berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama

ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,

adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara

ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara

perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang

dijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan

yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma

dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat

diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru

berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa

berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat

organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma

ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat

kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari

awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Page 2: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam

gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis

organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)

menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global

semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang

biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Ciri-ciri Perkembangan Individu

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri

perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang

saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.

Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan

sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.

Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.

Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang

sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-

kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum

berdiri dan berjalan sebelum berlari.

Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu

Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan

menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.

Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke

arah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong

perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

Page 3: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Prinsip-prinsip Perkembangan

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan;

Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:

- Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)

- Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada

yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum

berdiri atau berdiri sebelum berjalan.

Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya

umum kemudian khusus.

Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa

fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.

Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi

beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang

lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan

kematangan mental.

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak

mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,

bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Page 4: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi

perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut

melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses

penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di

dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;

Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;

Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan

kognitif;

Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

Page 5: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan

dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang

dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna

mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.

Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had

keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,

bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam

peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan

setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari

segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan

bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.

Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan

kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama

lain.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada

nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu

pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam

nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom

mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang

mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan

kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet

jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat

23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di

antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka

tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah

Page 6: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom

berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan

individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap

perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi

fizikal, mental dan emosi.

Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri

fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria

serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal

luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu

bapa.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan

Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan

kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di

antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.

Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu

dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan

melahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi

daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil

dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,

kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula

mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.

Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana

rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui

umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga

Page 7: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

Misalnya;

Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan

kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami

perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu

perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana

keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang

serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,

khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak

bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan

intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan

rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif

daripada mereka.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),

perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang

melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah

dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah.

Page 8: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan

masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek

sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:

Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan

individu.

Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup

serta tingkah laku manusia.

Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan

membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,

bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang

sempurna.

Perkembangan kognitif kanak-kanak

Perkembangan kognitif kanak-kanak

Guru dan sekolahIbu bapa dan rumah

Page 9: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap

manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta

mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan

melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber

teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada

maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita

ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan

meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-

kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning

atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam

perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat

penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah

akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang

kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran

akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas

untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah

dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun

1988.

Page 10: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan

bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.1

Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat

badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih

kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara

langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal

menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka

bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh

pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga

pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek

fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah

lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna

mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau

pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga

memainkan peranan penting.

Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam

tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri

daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh

yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

1

Page 11: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

DATA PERKEMBANGAN FIZIKAL PELAJAR SK. TG MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.

Pra Sekolah

Nama Kepala

(cm)

Saiz

Badan

(cm)

Berat

(kg)

Tinggi

(cm)

Afiq Danial 17 91 19 107

Sofea 17.5 87.5 23 116

Purata 17.25 89.25 21.0 111.5

Maklumat Pelajar Ukuran Fizikal

Nama Darjah Berat (kg)

Tinggi(cm)

Kepala (cm)

Saiz Badan (cm)

1.Muhd Ajmal 1 17 117 18 95

2.Nurul Alia 1 20 118.5 19 99.5

Purata 18.5 117.75 18.5 97.254.Shahrul Adli 2 19 120 19 101

5.Nur Raihan 2 21 127 18.5 108.5

Purata 20.0 123.5 18.75 104.75

7.Mohd Habibullah 3 22.5 124 21 103

8.Siti Zafirah 3 22.5 120 20 100

Purata 25.3 123.5 21.1 102.410. Amirul Azrin 4 30 125.5 21 104.5

11.Syafiqah 4 27.5 136.5 21.5 115

Page 12: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Purata 28 130.6 22.1 108.5

13.Mohd Rafael 5 27 133 22 111

14.Nazirah Suria 5 40 140 24 116

Purata 32.3 136.1 22.9 113.816.Muhammad Yusof 6 51 140 23 112

17.Nur Syahza 6 31 144 23 115

Purata 35.7 141.3 23.1 113.7

Purata Perkembangan Fizikal Pelajar

NO DARJAH TINGGI(cm) BERAT(kg) SAIZ

KEPALA(cm)

SAIZ

BADAN(CM)

1 PRA SEKOLAH 111.5 21.0 17.25 89.25

2 SATU 117.5 18.5 18.5 97.25

3 DUA 123.5 20.0 18.75 104.75

4 TIGA 123.5 25.3 21.1 102.4

5 EMPAT 130.6 28 22.1 108.5

6 LIMA 136.1 32.3 22.9 113.8

7 ENAM 141.3 35.7 23.1 113.7

Page 13: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT KANAK-KANAK

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana

akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan

membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang

dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran

yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan

mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan

kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.

Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola

berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari

lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak

atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,

merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak

boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh

Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan

berkembang secara berperingkat-peringkat.

Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan

menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada

peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya

sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang

baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau

skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-

kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat

tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk

menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8

hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan

menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka

semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif

yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.

Page 14: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan

memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar

mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,

Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak

melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini

membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan

kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP)

meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-

kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada

peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk

menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam

memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.

Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.

Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa

depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol

bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.

Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat

dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat

meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari

yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad

dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan

menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan

enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia

merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral,

perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala

perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,

Page 15: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,

padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.2

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan

aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang

sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa

untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.

Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang

tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan

kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak

sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak

tersekat atau terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan

mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada

tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah

memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga

mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap

ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan

pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

Rajah dibawah menunjukkan Piaget’s Conservation Task yang telah dijalankan

di SK. TG. Mahmud :2

Page 16: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

UJIAN KOGNITIF SEBELUM SELEPAS SOALAN

Bilangan coin

Adakah bilangan coin masih sama walaupun kedudukan coin telah diubah?

Isi padu air Adakah isi padu air masih sama walaupun berlainan bekas?

Panjang pembaris

Adakah panjang pembaris masih sama walaupun kedudukannya sudah berubah?

DATA UNTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF

Page 17: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

MAKLUMAT PELAJAR JENIS UJIAN KOGNITIF

Nama

DA

RJA

H

Task 1 (ISIPAD

U)

Task 2 (PANJA

NG)

Task 3 (BILANG

AN)

1.kamaruddin mahfuz 1 x x /

2.zulfahmi 1 x / x

3.Iqram 1 x / /

4.Nuru wahida 2 x x x

5.Haziq saffir 2 x x /

6.Mohammad Loqman 2 x x x

7.Mohd Syakir 3 x x /

8.iskandar 3 / / /

9.Engku Aizat 3 x x x

10. ahmad Nisfu 4 x x x

11.aiman naim 4 / / x

12.Shazwan Akmal 4 / X /

Page 18: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

13.Muhammad Aliff 5 x / x

14. izzul Azri 5 x X /

15.Azrul Aziz 5 x / /

16.Nurul Najihah 6 / / /

17.Nurul Amalina 6 / / /

18.Siti Syukrina 6 / / /19.Wardah Pra sekolah x X X20.zubaidah Pra sekolah x X x

Apa yang dapat diperhatikan oleh saya semasa membuat ujian ini adalah pemikran

kanak-kanak semakin berkembang apabila usia mereka semakin meningkat. Pemikiran

kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun ini juga boleh dilihat dari segi tahap

kecerdasan otak mereka sendiri. Sebagai contoh, kecerdasan otak mereka boleh dinilai

melalui penempatan mereka di kelas cerdik, sederhana ataupun corot. Selain itu, faktor

taraf hidup keluarga juga boleh mempengaruhi perkembangan mereka. Keluarga yang

lebih susah kebiasaannya anak-anak mereka tidak mendapat pendedahan yang lebih

baik berbanding keluarga yang lebih berada.

Kesimpulannya, faktor-faktor seperti taraf hidup keluarga dan kecerdasan otak

kanak-kanak itu sendiri mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

Page 19: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar

pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan

perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan

dalam ketinggian, beratbadan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam

kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah

lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan,

iklim, senaman dan jugapekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi

perkembangan aspek fizikal seseorang itu.

Sebagai seorang guru kita perlu bijak mengatur strategi untuk memanfaatkan

proses perkembangan fizikal mereka, contohnya pada usia kanak-kanak yang semakin

meningkat, kita perlu banyak mengajar mereka dan memberi peluang kepada mereka

untuk untuk bergiat aktif dalam aktiviti permainan atau dalam erti kata lain dalam semua

aktiviti yang melibatkan fizikal. Selain itu, mereka juga perlu diberi pendidikan atau

nasihat yang baik tentang piramid makanan supaya perkembangan fizikal mereka

berlaku secara sihat.

Walaubagaimanapun untuk menjadi seorang guru yang baik, kita perlu

mengetahui kekuatan dan kelemahan fizikal pelajar. Hal ini demikian kerana, tahap

perkembangan dan kekuatan fizikal setiap kanak-kanak adalah berbeza. Jika

perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak itu berbeza daripada yang lain, kita perlu

meyakinkan mereka tentang kelebihan dan kekuatan fizikal seseorang individu adala

berbeza. Oleh itu, tiada perasaan rendah diri atau hilang keyakinan diri berlaku kepada

kanak-kanak tersebut, tetapi mereka tetap bergiat aktif seperti kanak-kanak yang lain.

Page 20: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faktor baka merupakan faktor yang pertama yang mempengaruhi perkembangan

kognitif kanak-kanak. . Sebagai contohnya , ibu bapa yang pintar cerdas biasanya akan

melahirkan kanak-kanak yang juga pintar cerdas. Kanak-kanak yang lahir dari baka

yang baik iaitu ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan mempunyai kebolehan berfikir

dan intelek yang tinggi. Kanak-kanak tersebut mungkin lebih cepat dan lebih mudah

menerima maklumat pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru.

Berkemungkinan pertumbuhan kognitif mereka lebih cepat berbanding dengan kanak-

kanak lain.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak ialah

rangsangan daripada persekitaran. Persekitaran yang kodusif dan baik akan

mempercepatkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak.Sebagai contoh jika

seseorang kanak-kanak itu tinggal dalam suasana yang tenteram, maka lebih baginya

untuk belajar dan perkembangan kognitif mereka mungkin akan lebih cepat

berkembang berbanding kanak-kanak yang tinggal dalam suasana yang kacau-bilau

dan tidak aman.

Pengajaran disampaikan melalui kaedah variasi, iaitu penerangan, tunjuk cara,

eksperimen, demonstrasi dan sebagainya serta bermediumkan sumber-sumber,

pengetahuan dan kemahiran guru, kakitangan sumber, serta bahan-bahan bantu

mengajar (BBM). Suatu pengajaran dikenalpasti dan disahkan berkesan jika proses

penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan variasi nilai yang disematkan

dapat dikuasai oleh para pelajar.

Para guru hendaklah merancang topik, objektif, input, cara penyampaian dan penilaian

yang sejajar, stabil serta sesuai dengan kebolehan dan potensi murid. Maka, Model

pendekatan sistematik telah diperkenalkan dan perlu diamalkan oleh para pengajar.

Konsep pengajaran sangat berkait rapat dengan pembelajaran. Kamus Dewan Edisi

Keempat mendefinisikan pembelajaran sebagai proses (kegiatan) belajar.

Page 21: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Konsep pembelajaran adalah lanjutan daripada poses pengajaran yakni perubahan

tingkah laku dan berkekalan dalam individual para audiens sebagai reaksi kepada

pengalaman atau latihan yang diulang secara dinamik serta diteguhkan dari semasa ke

semasa. Kronologi senario ini membuktikan bahawa pembelajaran merupakan suatu

proses yang behierarki sama ada pembelajaran formal atau informal.

Page 22: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

RUMUSAN

Perkembangan ialah bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah

dari segi fizikal, kognitif, sosial,emosi dan moral. Perubahan juga adalah stabil dan ia

boleh berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Sebagai contoh,

seorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek,

mengenal huruf, mengkaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan

mengaitkannya dengan objek.

Setiap perubahan yang berlaku adalah secara berterusan sepanjang hayat dan melalui

peringkat-peringkat kematangan yang tertentu. Kematangan ini pula merujuk kepada

perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Ia juga dipengaruhi oleh faktor baka

dan persekitaran. Selain itu, perkembangan ini juga adalah hasil daripada kematangan

dan pembelajaran.

Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan

pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin

bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri.

Pada usia beginilah dia terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering

membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang

mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang.

Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara

mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi

mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud

pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak

perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut

peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan

seterusnya.

Page 23: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

REFLEKSI

Assalamualaikum… Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi

kerana dengan berkatnya saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktu yang

ditetapkan. Saya Nadia Shahira bt Sayadi @ Saidi ingin mengucapkan jutaan terima

kasih kepada pensyarah pembimbing bagi subjek PKK iaitu Puan Hjh. Noor Azzam

Abdul Rahim kerana sudi memberi tunjuk ajar, tips-tips dan panduan untuk saya

menyiapkan kerja kursus bagi subjek Perkembangan Kanak-kanak ini. Tidak lupa juga

kepada kawan-kawan saya yang telah banyak memberi idea dan sokongan untuk

menyiapkan tugasan ini.

Saya berasa sangat seronok semasa saya menjalani program PBS selama seminggu di

SK. TG Mahmud. Hal ini demikian kerana, saya bukan sahaja dapat melihat bagaimana

kelangsungan proses P&P berlaku tetapi saya dapat membuat pemerhatian mengenai

perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal dan kognitif kanak-kanak

tersebut. Terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi dan menyebabkan saya

mengingati kembali zaman kanak-kanak saya.

Tugasan Perkembangan Kanak-Kanak ini bertepatan dengan apa yang dapat saya

aplikasikan bila saya menjadi guru kelak. Saya sangat pasti seorang guru perlu

mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak supaya proses P&P yang

dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mengeksploitasi lantas

meningkatkan perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

Kanak-kanak ibarat kain putih dan kitalah yang akan mencoraknya. Setiap apa yang

dijadikan oleh Allah ada hikmahnya. Penerapan yang positif amat diperukan untuk

membina perkembangan yang positif pada diri kanak-kanak. Mereka bukan sahaja bijak

pandai tetapi akktif dan mempunyai akhlak yang terpuji. Guru merupakan insan yang

terpilih untuk mencorakkan nilai-nilai murni pada diri setiap individu.

Page 24: Konsep Perkembangan Kanak-kanak

RUMUSAN