edu 3102- perkembangan moral dan rohani kanak-kanak

Upload: nui-hitayu

Post on 17-Oct-2015

803 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

moga bermanfaat

TRANSCRIPT

  • PERKEMBANGAN MORAL & ROHANI KANAK-KANAK

  • Merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah, berdasarkan kod etika masyarakat setempat.

    Keupayaan mereka membezakan baik dan buruk diukur dari segi kebolehan mereka memahami niat, tatasusila atau peraturan masyarakat serta nilai budaya dan agama.

  • KOMPONEN PERKEMBANGAN MORALAfektif KognitifTingkah laku

  • AFEKTIF Komponen yang mengandungi unsur-unsur perasaan berkaitan dengan tingkah laku yang betul atau salah

  • KOGNITIF Komponen pemikiran, konsep, anggapan dan tafsiran mengenai sesuatu tingkah laku, sama ada betul atau salah.

  • TINGKAH LAKUKomponen yang menggambarkan bagaimana seseorang bertingkah laku dalam sesuatu keadaan. Contohnya, apabila dihadapkan dengan cabaran-cabaran untuk berbohong, menipu atau mencuri, apakah tindak balas seseorang?

  • TEORI JEAN PIAGET

    Kanak-kanak berada di peringkat tingkah laku motor. Mereka membentuk tabiat atau peraturan individu.

  • TEORI PIAGETROHANIKanak-kanak mempunyai sifat keperibadian semula jadi serta sifat-sifat yang diperolehi melalui interaksi dengan alam sekitar. Mereka perlu didedahkan kepada nilai-nilai kerohanian yang boleh diterima umum berteraskan kepada prinsip-prinsip rukun negara.

  • Pada peringkat ini, perkembangan kerohanian akan ditingkatkan melalui langkah-langkah berikut:Menimbulkan kesedaran tentang wujudnya pencipta alam semesta ini.Menimbulkan kesedaran bahawa benda-benda di sekeliling ada penciptanya.

  • Mempelajari asas agama yang dianuti oleh pelajar.Melafazkan kata-kata kesyukuran kepada tuhan.Menunjukkan sifat taat kepada suruhan tuhan.Menunjukkan semangat sayang kepada tuhan.

  • MORALMenurut Piaget, kesedaran tentang peraturan-peraturan melalui beberapa peringkat.

    PERINGKAT PERTAMAMasa lahir sehingga umur 3 tahun.Peringkat ini ialah peringkat tingkah laku motor, di mana kanak-kanak akan membentuk tabiat atau peraturan individu.

  • PERINGKAT KEDUAMasa umur 3 hingga 7 tahun.Pada umur 3-5 tahun, kanak-kanak belum lagi memahami fungsi peraturan-peraturan dan dengan itu belum sedia untuk bekerjasama.Pada akhir umur 6 tahun, kanak-kanak berpendapat peraturan peraturan itu adalah suci dan perlu dipatuhi.Menurut Piaget, konsep keadilan bagi kanak-kanak sehingga 7 tahun ialah sesuatu yang diperintah atau diarah oleh orang dewasa.

  • TEORI PIAGET

    ROHANIPada peringkat ini, aspek kerohanian bertambah mantap dengan adanya pendidikan agama dan pendidikan moral.

    Kanak-kanak lebih memahami tentang wujudnya pencipta alam semesta, kepercayaan kepada Tuhan serta menunjukkan sifat taat dan sayang pada tuhan.

  • MORALMenurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini membentuk suatu jenis penghormatan terhadap ciri suci peraturan-peraturan seperti juga mereka menghormati ibu bapa, orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua.Mulai umur 7 @ 8 tahun, kanak-kanak mulai membentuk sikap untuk kerjasama.

  • TEORI KOHLBERGTeori ini berpendapat kanak-kanak pada peringkat ini berada di aras prakonvensional.Kanak-kanak mengelakkan daripada melanggar peraturan-peraturan atau merosakkan harta benda orang lain sebab hendak mengelakkan hukuman.

  • Selain itu, kanak-kanak berpendapat apa yang baik ialah apa sahaja yang membekalkan sesuatu yang berguna.

    Kanak-kanak mempercayai bahawa seseorang individu boleh membuat apa sahaja dengan haknya.

  • TEORI PIAGETROHANIKaum remaja memang telah memahami adanya pencipta benda-benda di sekelilingnya.

    Mereka mempercayai tuhan serta bersyukur atas segala kemudahan yang dinikmati mereka.

    Asas agama memang kukuh dan segala kewajipan ibadat ditunaikan. Mereka juga taat kepada suruhan tuhan serta sayang kepadanya.

  • MORALMenurut Piaget, kaum remaja lelaki menunjukkan fahaman yang lebih jelas terhadap pentingnya peraturan-peraturan.Ia wujud hasil daripada interaksi bebas dan amalan saling memberi dan dengan itu perlu dihormati

  • TEORI KOHLBERGKaum remaja telah mencapai peringkat perkembangan moral yang disebut konvensional dan pascakonvensional.

    Pada peringkat konvensional, satu-satu perbuatan dianggap baik asalkan ia memenuhi harapan-harapan orang lain serta disokong oleh orang lain

    Kesedaran bahawa undang-undang adalah arbitrari dan sepatutnya mengandungi prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan telah pun timbul.

  • Di peringkat pascakonvensional pula, individu pula sedar bahawa manusia mempunyai pelbagai nilai dan pandangan.

    Hak-hak seperti nyawa dan kebebasan mestilah dipertahankan. Selain itu, prinsip-prinsip sejagat seperti keadilan, kesaksamaan, hak-hak manusia dan penghormatan terhadap kemuliaan individu juga ditekankan.

  • Menurut Freud perkembangan moral kanak-kanak berasaskan 3 bahagian personaliti iaitu id, ego dan superego. Ketiga-tiga bahagian ini berinteraksi untuk menentukan tingkah laku seseorangPada peringkat awal perkembangan, kanak-kanak masih terpengaruh oleh desakan id atau keperluan asas.

  • Pada peringkat awal perkembangan, kanak-kanak masih terpengaruh oleh desakan id atau keperluan asas. Kanak-kanak bertingkah laku mengikut keperluan sendiri tanpa menyedari betul atau salah.Kebanyakan proses id berlaku dalam alam tak sedar dan terpengaruh tenaga naluri eros dan tanatos. Ia bertindak berdasarkan keseronokan.

  • Merupakan mekanisme penyesuaian antara id dengan kenyataan sebenar.

    Ego belum wujud ketika dilahirkan tetapi berkembang apabila seseorang berinteraksi dengan alam sekitar.

    Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan baik atau buruk, egonya belum berfungsi lagi.

    Apabila berlaku ego, ia akan memainkan peranan sebagai penyelaras antara desakan id dengan keadaan realiti yang wujud.

  • Merupakan naluri kanak-kanak.Ia menentukan sama ada cara yang digunakan oleh ego untuk memuaskan desakan id betul atau salah. Superego bertindak seperti hati naluri kanak-kanak yang akan memberitahu betul atau salah.Ia akan menimbulkan perasaan seperti rasa malu dan bersalah jika seseorang melakukan tingkah laku yang salah.

  • Kajian Emde, Johnson dan Easterbrooks (1987) menyokong bahawa kanak-kanak yang berumur di bawah 5 @ 6 tahun telah menunjukkan kebolehan membeza antara yang betul dan salah.Superego mewakili nilai moral seseorang yang mengandungi kata hati, keunggulan ego( apa yang ingin dicontohi individu) dan penghukum apabila seseorang melakukan sesuatu yang salah.

  • Piaget memperkenalkan teorinya berdasarkan pemerhatian semula jadi pada kanak-kanak dan perbincangan beliau dengan mereka.Beliau membahagikan perkembangan moral kepada 2 tahap iaitu moraliti heteronomous dan moraliti autonomus.

  • MORALITI HETERONOMUS (6-10TAHUN)Kanak-kanak percaya undang-undang datang daripada ibu bapa atau orang berautoriti yang lain.

    Peraturan itu dilihat sebagai suci dan tidak boleh diubah. Oleh sebab kanak-kanak bersifat egosentrik semasa ini,mereka hanya dapat melihat dari satu perspektif peraturan sahaja.

    Pelanggaran peraturan adalah salah jika perbuatan tersebut membawa kesan yang merosakkan walaupun orang yang melanggar undang-undang itu mempunyai niat baik.

  • Sepuluh gelas terjatuh dan pecah semasa Ali membantu ibunya menghidangkan makan malam..Apa pandangan anda terhadap keadaan dan situasi Ali ketika itu berdasarkan moraliti heteronomus ini?

  • Pada peringkat ini juga, kanak-kanak juga akan membuat penilaian betul-salah berdasarkan kesan yang dapat dilihat.

    Pada masa ini, kanak-kanak percaya kepada keadilan sejati, iaitu mereka percaya bahawa Tuhan akan menghukumnya jika membuat kesalahan.

  • MORALITI AUTONOMUS(10-11 TAHUN KE ATAS)Tahap ini dicirikan oleh kelenturan pendirian moral.Kanak-kanak sudah kurang egosentrik dan lebih terbuka dalam membuat sesuatu pentakrifan moral. Mereka melihat peraturan sebagai satu persetujuan antara individu.Peraturan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh berubah tetapi boleh berubah mengikut individu.

  • Autoriti atau kuasa orang dewasa yang sebelum ini merupakan satu punca ketaatan utama, tidak lagi dihormati. Perasaan saling menghormati dan bekerjasama dengan rakan sebaya mula menjadi dasar penaakulan moral.

    Menurut Piaget, pergerakan diri dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dan pengalaman sosial, terutama sekali pengalaman menyelasaikan perbezaan perspektif yang timbul semasa perbincangan dengan rakan sebaya.

  • Lawrence Kohlberg (1969) berpendapat bahawa moraliti berkembang secara universal mengikut satu siri dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Kajian-kajian jangka panjang dan pendek telah membuktikan bahawa konsep moraliti berkembang secara universal dalam 3 tahap yang berikut:

  • MORALITI PRAKONVENSIONAL (0-9 TAHUN)PERINGKAT PRENATAL, BAYI & PRA KANAK-KANAK

    Betul @ salah sesuatu tingkah laku bergantung kepada kesannya. Tingkah laku kanak-kanak didorong oleh tekanan luaran.Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak dendaan atau untuk memperoleh ganjaran dan kepentingan diri.Sesuatu tingkah laku yang tidak didenda dianggap betul..

  • MORALITI KONVENSIONAL (9-15 TAHUN)PERINGKAT KANAK-KANAK & PRAREMAJACara utama penaakulan moral adalah pengakuran pada norma yang dipegang oleh majoriti dan dikekalkan oleh kumpulan sosial.

    Kanak-kanak sudah dapat memahami dan menerima pendapat, niat, dan motif orang lain. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan cuba kekalkan peraturan umum.

  • MORALITI PASCAKONVENSIONAL (16 TAHUN KE ATAS)PERIGKAT REMAJAPada masa ini, remaja sudah memahami asas pembentukan peraturan dan undang-undang, iaitu terhasil kontrak sosial yang harus dijunjung oleh semua individu.

  • IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  • PERKEMBANGAN EMOSI DAN ROHANIMemupuk emosi dan rohani pelajar yang sihat mengikut peringkat perkembangannya.Mengawal & mencegah tingkah laku pelajar dan perkembangan rohani yang tidak diingini, yang mungkin berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu.

  • Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi mereka dalam situasi tertentu.Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani pelajar serta membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang berpatutan.

  • PERKEMBANGAN SOSIALMenggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial.

    Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara kumpulan berdasarkan perkembangan sosial pelajar.

    Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar-pelajar dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-sama.