1 perkembangan kanak-kanak

Upload: ong-soon-yong

Post on 10-Mar-2016

160 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

slide

TRANSCRIPT

  • EDUP 3023OLEH:JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHIDIPG KAMPUS DARULAMAN

  • TAJUK 2

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAKi. Konsep asas perkembangan kanak-kanakii. Prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak

  • KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAKSetiap kanak-kanak adalah unik dan istimewaZaman kanak-kanak adalah sangat penting dan bermakna - asas yang kuat untuk alam dewasaZaman kanak-kanak = masa untuk pertumbuhan dan perubahanKanak-kanak memperoleh kemahiran baru dan menghadapi tugasan alam baru

  • KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGANPERTUMBUHANPerubahan kuantitatifMerujuk kepada perubahan fizikal Gambaran tentang perubahan fizikal

    PERKEMBANGANPerubahan kualitatif secara berterusan dari janin hingga matiPerubahan berlaku dalam tertib dan kekal untuk jangka masa yang lama

  • KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAKR. Havighurst - kebolehan yang lahir pada masa-masa tertentu dalam hidup seseorang individu. - kejayaan mencapai tahap perkembangan hari ini menentukan kebahagiaan hidup pada masa akan datang.

  • Pakar psikologiUrutan perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur.Perubahan dan perkembangan membantu individu dalam proses kematangan.Perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.

  • Atan Long (1978:168)Perubahan yang bersifat kualitatif iaitu tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata telah berlaku perubahan melibatkan sifat yang berlainan dengan peringkat terdahulu.Berlaku secara berterusan terhadap sesuatu sama ada melalui peringkat kematangan atau melampaui tahap kematangan.

  • Arnold GesellTingkah laku individu akan berkembang mengikut jadual masa yang agak tetap.Perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan yang terkawal melibatkan kelakuan, pertambahan tisu dan organ serta fungsi-fungsi lain.Ditentukan secara semulajadi.Berbeza setiap individu dan tak dapat ditentukan dengan rigid.

  • Tang Chee Yee (1993:32)Proses individu mencapai kematangan.Perubahan kualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi ternyata perubahan berlaku yang memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

  • - contoh kes ; kanak-kanak yang tidak merangkak pada waktu kecilnya tidak mampu untuk mendaki gunung apabila telah besar nanti.

  • JENIS PERKEMBANGANPERKEMBANGAN ROHANIBerkaitan dengan TuhanPERKEMBANGAN KOGNITIFPerubahan pemikiranPERKEMBANGAN SOSIALPerubahan dalam berhubung dengan orang lainPERKEMBANGAN EMOSIPerubahan personaliti individu

  • PERKEMBANGAN KANAK-KANAKFIZIKALKOGNITIF & BAHASASOSIO-EMOSIPERSONALITI/KONSEP KENDIRI

  • FIZIKALBelajar berjalan

    Kanak-kanak berumur lingkungan 9-15 bulan telah pandai berjalan.Otot, tulang dan saraf di kaki dan badan telah mencapai perkembangan yang sesuai.Setelah pandai berjalan, belajar berlari dan melompat.

  • KOGNITIF & BAHASABelajar bertutur

    - Ketika lahir, urat saraf dan otot alat-alat pertuturan sudah terbentuk.- Semakin meningkat umurnya, kanak-kanak akan belajar menyebut bunyi dan berinteraksi dengan orang lain.- Kanak-kanak berumur 20-24 bulan oleh menggabungkan suku kata menjadi perkataan.

  • SOSIO-EMOSIMenangis & ketawa

    Sejak lahir kanak-kanak menangis atau ketawa sebagai isyarat kepada orang dewasa. Seawal usia 4-6 bulan, kanak-kanak telah boleh meniru dan bertindak balas terhadap pertuturan orang dewasa.Usia 2 bulan, kanak-kanak lebih kerap tersenyum dan menunjukkan minat terhadap sesuatu.

  • PERSONALITI/KONSEP KENDIRIBelajar mengawal pembuangan kotoran

    Antara umur 2-4 tahun, kanak-kanak telah boleh mengawal pembuangan air kecil dan air besar sendiri pada masa dan tempat yang sesuai kerana urat saraf yang berkaitan telah berkembang dengan sempurna.

  • KEPENTINGAN MENGETAHUI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKGuru dapat mengetahui corak perkembangan murid mereka sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial.Menolong guru merancang pengalaman belajar murid agar seiring dengan tahap kesediaan mereka.

  • Membolehkan guru merancang pelajaran dan memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang sesuai.Memberi guru asas untuk membandingkan perkembangan kanak-kanak agar dapat mencungkil minat dan potensi murid-murid.Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan dan diminati murid-murid.

  • Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial berlaku pada kadar yang tidak samaOleh itu guru boleh boleh membantu murid dengan cara berikut:Meningkatkan keyakinan Memperkukuhkan kemahiran sosial Mempertingkatkan kefahaman konsep melalui penaakulan abstrak atau tugasan tambahan berbentuk hand-on

  • Banyak perubahan yang berlaku semasa perkembangan adalah hasil perkembangan dan kematanganKematangan merujuk kepada perubahan yang berkaitan dengan tingkah laku yang bebas dari pengaruh persekitaran;Dikawal oleh bakaBerlaku secara fitrah dan kebetulanDipengaruhi oleh genetikContoh: masa baligh akan berlaku tidak mengambil kira persekitaran, kehadirannya mungkin awal atau lambat mengikut pemakanan, tapi tidak dapat dielakkan.

  • PRINSIP-PRINSIP BERIKUT DAPAT MEMANDU GURU MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ( FELDMAN,1991)

  • PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN> Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Contoh perkembangan:Bila bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal.

  • PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN> Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan (complexity). Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh perkembangan:bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang canggih.

  • PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN> Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza. Contoh pertumbuhan:pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan terdapat kadar pertumbuhan yang pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.

  • PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN> Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula, bila seseorang individu membuat sesuatu sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum berjalanMulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap

  • PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MEMPUNYAI ARAH TERTENTU.Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat ditelah sama ada pada peringkat sebelum lahir ataupun pada peringkat sudah lahir.Terdapat dua arah perkembangan iaitu : ARAH KEPALA KE KAKIARAH TENGAH KE TEPI

  • ARAH KEPALA KE KAKIDisebut juga sebagai sefalokandal.Berlaku kepada bahagian kepala terlebih dahulu dan diikuti bahagian belakang badan dan akhir sekali di bahagian kaki.Dalam fungsi pergerakan,apabila kanak-kanak itu berupaya mengangkat kepalanya dahulu sebelum boleh mengangkat dadanya.

  • ARAH TENGAH KE TEPIDisebut juga sebagai promiksodistal.Berlaku secara mendatar iaitu dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota.Dari segi fungsi,kanak-kanak dapat menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari.

  • SUSUNAN PERKEMBANGAN ADALAH SERUPA BAGI SEMUA AHLI DALAM SATU-SATU JENISKanak-kanak akan mengikuti corak perkembanganyang sama iaitu dari satu peringkat ke satu peringkat yang selanjutnya.Contohnya,seseorang kanak-kanak perlu berdiri terlebih dahulu sebelum ia dapat berjalan ataupun dia perlu tahu berjalan dahulu sebelum ia boleh berlari.

  • PERKEMBANGAN BERSIFAT BERTERUSANBerlaku sejak pencambahan hingglah ke akhir hayat.Ia berlaku pada kadar atau kecepatan yang berbeza.Peringkat awal perkembangan mempengaruhi peringkat perkembangan yang seterusnya.Contohnya,semasa ibu hamil,keadaan kesihatan dirinya dan janin menentuka sifat bayi yang akan dilahirkan.

  • PERKEMBANGAN BERLAKU MENGIKUT KECEPATAN YANG BERLAINANWalaupun perkembangan organisma bersifat berterusan tetapi perkembangan bahagian-bahagian organisma adalah tidak sama dari segi kecepatan.Begitu juga perkembangan kercerdasan untuk sampai ke peringkat kematangan juga berbeza dari segi umur antara seorang dengan seorang yang lain.

  • PERKEMBANGAN ANGGOTA-ANGGOTA ADALAH SALING BERKAIT DAN MEMPENGARUHI KESELURUHAN ORGANISMAPerkembangan satu-satu anggota tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan keseluruhan organisma kerana perkembangan satu-satu trait mempengaruhi satu dengan yang lain.

  • CORAK PERKEMBANGAN BERBEZA DI ANTARA SATU DENGAN YANG LAINCorak perkembangan di antara kita adalah berbeza.Justeru,tidak semua kanak-kanak sampai ke titik perkembangan pada peringkat umur yang sama.Menurut Gesell(1949),tidak terdapat persamaan perkembangan bagi bayi-bayi yang baru lahir kerana sekurang-kurangnya sudah pasti terdapat sedikit perbezaan dalam proses perkembangan di antara mereka.

  • PERKEMBANGAN BERLAKU SECARA BERPERINGKAT-PERINGKATPerkembangan hidup manusia adalah secara berperingkat-peringkat.Tiap-tiap peringkat dapat dibezakan dengan peringkat yang lain melalui sifat-sifat nyata bagi peringkat itu.Namun begitu tidak terdapat garis pembahagian yang nyata antara satu peringkat dengan satu peringkat yang lain.Secara amnya,terdapat tujuh peringkat perkembangan manusia iaitu :

  • Sebelum lahir ( masa percambahan hingga lebih kurang 280 hari)Bayi (lahir-14 hari)Bayi (2minggu-2tahun)Kanak-kanak (2tahun-baligh)Remaja (baligh-25tahun)DewasaTua

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKBAKA PERSEKITARAN

  • BAKASaiz badanKromosomKecerdasanPenyakitTemparamen

  • PERSEKITARANKeluargaPengaruh sekolahRakan sebayaPengalaman awalMasyarakatKebudayaanMedia massa

  • BAKAL.Dervill (1979) menyatakan baka sebagai keseluruhan ciri mental dan fizikal yang telah diwariskan ibu bapa kepada anak-anak. Faktor ini dapat menentukan sifat individu, kesuburan mental dan fizikal serta keupayaan mental seseorang sama ada cerdik atau lemah.Ernest R. Hilgard menyatakan baka merupakan ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Baka merujuk kepada suatu hubungan genetik dengan generasi manusia.

  • Ernest R. Hilgard menyatakan baka merupakan ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Baka merujuk kepada suatu hubungan genetik dengan generasi manusia.W.E Vinacake menganggap baka sebagai : Penentu struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang potensi seseorang individu

  • SAIZ BADANMenurut pendapat Seldon, saiz badan terbahagi kepada 3:

    EksomorfMesomorfEndomorf

  • EKSOMORFBentuk badan, kurus,lembut& tinggiDiejek dengan panggilan cicak keringKonsep kendiri yang rendah, perkembangan personaliti kurang sihat

  • MESOMORFBadan tegak dan kuatPencapaian yang baik dalam sukanRasa harga diri yang tinggiPerkembangan personaliti yang baik

  • ENDOMORFBadan gemuk dan bulatBentuk badan kurang berupaya melakukan kerjaKurang berjaya dalam sukanPersonaliti terjejas

  • KROMOSOMPenentu jantina & segala potensi fisiologiGen menentukan kemajuan fizikal, mental dan emosiKelenjar endokrina mempengaruhi perkembangan personalitiPengeluaran dan pengedaran tenaga dari hormon mempengaruhi potensi,fizikal,mental,emosi & sosial.

  • KECERDASANKecerdasan tinggi, keyakinan diri meningkat & pengurusan kerja cekapKalau terlalu cergas,masalah sosialKurang cergas, personaliti negatif termasuk menarik diri dan malu

  • PENYAKITIndividu sakit teruk akan malu, diam, cepat marah & kurang bersosial.Kanak-kanak yang sakit tidak aktif, keadaan tak normal dan mudah lesu. Perkembangan tersekat sementara waktu.

  • TEMPARAMENTemparamen ialah perasaan dalam diri seseorangKanak-kanak cepat marah,kurang sabar & suka kritik orang, tak banyak kawan.Tapi, yang boleh kawal perasaan & stabil emosi mudah didampingi.

  • KELUARGAUnsur keluarga yang berperanan ialah:Suasana rumahPemakananTaraf ekonomi

  • SUASANA RUMAHRumah tenteram, perkembangan personaliti baikSuasana rumah tegang, menjadi konflik jiwa dalam diri kanak-kanakIbu bapa bersifat demokratik dapat membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan.

  • PEMAKANANMakanan seimbang melahirkan personaliti yang baikKekurangan zat makanan, kanak-kanak letih, lesu, mudah sakit dan selalu ponteng sekolah.

  • TARAF SOSIOEKONOMIIbu bapa yang mampu menyediakan bahan pengajaran tambahan, anak-anak mendapat pendedahan luas. taraf ekonomi mempengaruhi keyakinan diri kanak-kanak

  • PENGARUH SEKOLAHGuru yang mementingkan disiplin, pelajarnya menjadi berdisiplin supaya dapat menjamin kejayaanGuru berkonsep kendiri yang baik akan mempengaruhi pelajarGred diberi oleh sekolah boleh meningkatkan harga diri dan mendorong kejayaan pelajar.

  • RAKAN SEBAYAKalau kanak-kanak berdamping dengan orang yang rajin belajar, mereka akan rajin.Jika kawan menghormati orang yang lebih tua, maka kanak-kanak tersebut akan terpengaruh

  • PENGALAMAN AWALKanak-kanak yang sering dihukum,sering rasa bimbang & bersalah.Jika tidak pernah dengan pengalaman prasekolah, mereka berasa rendah diri & terancam.

  • MASYARAKATMasyarakat yang pentingkan kebendaan melahirkan kanak-kanak yang membesar dengan kekayaan & harta benda.Jika nilai & norma masyarakat sihat, individu yang membesar menjadi masyarakat bertanggungjawab,dedikasi & sebagainya.

  • KEBUDAYAANKebudayaan yang menekan elemen agama, melahirkan individu yang alimJika kebudayaan menekankan kekayaan & kebendaan, kanak-kanak yang dibesarkan bersifat materialistik

  • MEDIA MASSAPendedahan kepada media massa yang sihat, menjamin personaliti yang sihat juga.Pendedahan kepada filem yang zalim, pergaduhan & ganas akan melahirkan tingkah laku yang agresif.

  • PERBEZAAN INDIVIDUSatu konsep yang merujuk kepada keunikan & ketidaksamaan yang wujud antara manusia berlainan.Juga boleh ditakrifkan sebagai variasi & ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada daripada sifat sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat & lain lain.

  • ASPEK PEMBEZAAN INDIVIDUKOGNITIFBUDAYAFIZIKALEMOSIROHANI

  • MURID BERISIKO ada masalah pembelajaran- Murid pemulihan @ kecacatan mentalJENIS JENIS PERBEZAANPELBAGAI KEBOLEHAN kecerdasan berbezaPELBAGAI BUDAYA budaya pelbagai bangsaPELBAGAI KELAS SOSIAL status sosio-ekonomi berlainanPERBEZAAN PERSONALITI ekstrovert & introvertPERBEZAAN LOKASI bandar & luar bandar

  • bilik darjah yang efektifPembelajaran koperatif & kolaboratifKumpulan pelajar yang sama kebolehanPendekatan pengajaran individu

  • SUMBER RUJUKANKamaruddin Hj. Husin : Sekolah Dan Perkembangan Kanak-kanak, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1996.Dr Miriam Stoppard : Uji Anak Anda, Golden Books Centre Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1997.

  • W.F. Connell,Asas Pendidikan,Dewan Bahasa dan Pustaka,1981.Kamarudin Hj. Husin,Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi,Utusan Publications & Distibutors Sdn Bhd,1997.

  • ****