teori konstruktivisme kognitif

17
TEORI KONSTRUKTIVISME KOGNITIF 1.0 SEJARAH Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitifdan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu GiambatistaVico, mengatakan … “one only knows something if one can explain it” (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan“belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajarberfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in Childhood” dan Vygotsky (1978) dalam Mind in Societyyang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku tekstelah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.

Upload: nur-liz

Post on 01-Jul-2015

5.477 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori konstruktivisme kognitif

TEORI KONSTRUKTIVISME KOGNITIF

1.0 SEJARAH

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan

telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi

kognitifdan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu

GiambatistaVico, mengatakan … “one only knows something if one can explain it” (Yager,

1999).

Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia

bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan

aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya,

dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat

interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif

konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt,

Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey.

Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966),

melibatkan“belajar dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat

membantu pelajarberfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba

dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan. Dalam

keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang

perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams and Imitation in

Childhood” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society” yang dikaitkan dengan

perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku

tekstelah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan

masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang

sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan

Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam

pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.

Page 2: Teori konstruktivisme kognitif

2.0 BIODATA

Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchâtel, Swiss pada 9 Ogos1896.Beliau yang

merupakan seorang ilmuwan adalah anak sulung dari Arthur Piaget, seorang profesor dalam

sastera abad pertengahan di Universiti Neuchâtel dan Rebecca Jackson, seorang yang cerdas

dan energik. Jean Piaget didapati berpotensi tinggi dalam bidang psikologi dan ini

menyebabkan pada usia 11 tahun,beliau telah menulis tentang burung gereja albino ketika

masih belajar di Neuchâtel Latin high scholl.

Setelah tamat belajar di sekolah tinggi, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di

Universiti Neuchâtel. Pada tahun 1918, Piaget telah menerima gelaran Ph.D. dalam ilmu

alamiah dari Universiti Neuchâtel dan beliau belajar sebentar di Universiti Zurich. Kemudian,

Piaget berpindah dari Switzerland ke Paris, Perancis selepas tamat belajar dan diterima untuk

mengajar di sekolah Grange-Aux-Belles Street iaitu sekolah untuk lelaki sahaja. Sekolah ini

dikendalikan oleh Alfred Binet iaitu pengembang ujian kecerdasan Binet, dan Piaget dipilih

Page 3: Teori konstruktivisme kognitif

untuk membantu dalam menandakan ujian kecerdasan Binet's. Semasa beliau membantu untuk

menandakan beberapa ujian, Piaget telah memerhatikan bahawa murid-muridnya sering secara

konsisten memberikan jawapan yang salah bagi soalan-soalan tertentu. Walaubagaimana

pun, Piaget tidak begitu banyak tumpuan pada kenyataan dari jawapan murid-murid yang salah,

tetapi jenis kesalahan yang dilakukan secara konsisten yang tidak dilakukan oleh kanak-kanak

yang lebih tua dan orang dewasa. Ini menyebabkan beliau merasakan bahawa proses kognitif

kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa. Akhirnya, beliau telah mencadangkan teori

global tahap perkembangan kognitif, iaitu memperlihatkan pola-pola umum tertentu kognisi

dalam setiap tempoh perkembangan. Pada 1921, Piaget telah kembali ke Switzerland sebagai

pengarah Institut Rousseau di Geneva dan pada tahun yang sama, rencana pertamanya

mengenai psikologi kecerdasan diterbitkan dalam Journal de penghibur.

Pada 1923, Piajet telah berkahwin dengan Valentine Châtenay iaitu salah seorang

mahasiswinya. Pada tahun 1925, puteri pertama mereka dilahirkan, kemudian pada tahun

1927 puteri kedua mereka pula dilahirkan, dan anak ketiga dilahirkan pada tahun 1931.

Pada tahun 1929, Jean Piaget menerima jawatan sebagai Pengarah Biro Pendidikan

Antarabangsa dan menjadi ketua organisasi antarabangsa ini sampai 1968. Setiap

tahun, beliau akan menyusun "Pidato Pengarah"nya untuk Dewan BPI itu dan untuk

Konferensi Internasional tentang Pendidikan Umum, dan dalamnya beliau menyatakan

tentang keyakinan pendidikannya.

Pada tahun 1940, beliau menjadi ketua Eksperimen Psikologi, pengarah Makmal

Psikologi, dan presiden Masyarakat Psikologi Switzerland. Pada tahun 1942 pula, beliau telah

memberikan sedikit kuliah di College de France, selama pendudukan Nazi di Perancis. Selain

itu, beliau juga diangkat sebagai Presiden Suruhanjaya Switzerland UNESCO. Pada tahun

1952, beliau menjadi profesor di Sorbonne dan pada tahun 1955 pula, beliau telah

mengilhamkan Pusat Antarabangsa untuk Epistemologi Genetik, kemudian berkhidmat sebagai

pengarah. Dan pada tahun 1956, beliau telah membangunkan School of Sciences di Universiti

Geneva.

Pada 1964, Piaget dijemput untuk menjadi sebagai perunding di dua persidangan di Cornell

University dari 11 Mac sehingga 13 Mac dan University of California, Berkeley dari 16 Mac

sehingga 18 Mac. Persidangan tersebut membahaskan tentang hubungan kajian kognitif dan

pembangunan kurikulum, dan berupayakan untuk memikirkan tentang implikasi dari penyiasatan

terkini perkembangan kognitif anak-anak untuk kurikulum. Pada tahun 1979, beliau telah

dianugerahkan Hadiah Balzan Sosial dan Sains Politik. Pada umur 84 tahun, beliau telah meninggal

dunia di Geneva pada 16 September 1980.

Page 4: Teori konstruktivisme kognitif

3.0 PRINSIP / KONSEP

3.1 PRINSIP-PRINSIP

Prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivisme kognitif yang dipelopori oleh Jean

Piaget terdiri daripada dua aspek, iaitu :

a) Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu

b) Peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut

3.2 KONSEP-KONSEP ASAS

Di dalam Teori Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan

pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan

kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar,

pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada

proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep

asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat

dengan pembelajaran kognitif individu.

Skema (Schema)

Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses

pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk

sebagai kebolehan atau pengalamanindividu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-

syarat yang diwarisi. Oleh itu, skemayang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran,

pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema

individu. Maka, skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut

pembelajarannya. Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak skema tingkah

laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya dari kasar kepada halus, dan daripada

mudah kepada kompleks. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah skema

pegangangnya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur maju apabila

perubahan skema kanak-kana kini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada

pembelajarannya.

Adaptasi (adaptation) dan Keseimbangan (equilibration)

Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan

saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai

asas tindakan dia antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya

Page 5: Teori konstruktivisme kognitif

(bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa

proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan

pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum

berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu

adalah dikatakan sedang di bawah keadaankeseimbangan.

Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk

mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam

sekitarnya akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu

kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi

pembelajaran. Adalah ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi

individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan

seperti teori rangsangan.

Asimilasi (assimilation) dan Akomodasi (accommodation)

Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana motivisi,

individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses adaptasi ini,

skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkahlakunya menjadi semakin

kompleks. Mengikut pandangan Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah

asimilasi dan satu yang lain ialah akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi

dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah

struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah dikenali sebagai proses akomodasi. Dengan

huraian ini, adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang

berlaku semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur

kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya.

Ringkas kata, mengikut piaget, murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu

atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi, i , mentransformnya dalam struktur kognitif

(skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuh serta ditambah. Bagi ilmu

atau maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka menggunakan proses

akomodasi untuk cara reorganisasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif dan dengan

proses yang sedemkian, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan dan dipertingkat

kepada tahap yang lebih tinggi.

Page 6: Teori konstruktivisme kognitif

4.0 MAKLUMAT

Teori pembelajaran konstruktivisme kognitif (1896-1980) merupakan satu teori yang

diasaskan dan diperkembangkan oleh Jean Piaget. Jean Piaget merupakan seorang ahli

psikologi Switzerland yang cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan

membuat hipotesis. Piaget pada awalnya mempunyai latar belakang pendidikan dalam

lapangan biologi dan menggelar dirinya sebagai seorang “genetist epistemologist” sebelum

beliau beralih minat kepada perkembangan kognitif kanak-kanak melalui satu insiden yang

berlaku di Makmal ujikaji IQ Binet di Paris, tempat di mana beliau bekerja. Antara persoalan

yang sering menarik minat Piaget dalam lapangan biologi ialah “bagaimana kita menjadi

tahu?”. Piaget juga percaya bahawa apa yang membezakan antara manusia dengan haiwan

adalah kebolehan manusia untuk memberi alasan yang abstrak atau “abstract symbolic

reasoning”.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan

kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat bahawa

persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina

pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku

melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

4.1 TEORI KONSTRUKTIVISME KOGNITIF

Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan dan lebih dikenali sebagai teori

pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima

pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara

mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya

menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan

diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.

Melalui teori ini, pelajar akan sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis,

pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru.

Selain itu, ia juga merujuk kepada pendapat bahawa murid akan membina pengetahuan

berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid membina makna semasa mereka belajar. Namun,

cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam, adalah

denganmembina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial.

Kesimpulan yang dapat dibuat bagi teori ini, pembelajaran merupakan satu proses yang aktif

dimanamurid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa

Page 7: Teori konstruktivisme kognitif

mereka belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Hal ini kerana,

pembelajaran didefinisikan sebagai aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitan dengan

manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan.

4.2 KAJIAN JEAN PIAGET

Jean Piaget berpendapat bahawa keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku

secara berperingkat. Pengetahuan tersebut dibina melalui melalui maklumat baru diserap masuk

atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk

kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk

mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran dan ini dinamakan equilibrasi.

Adaptasi dapat dibahagikan kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi

bermaksud apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaaan dengan maklumat sedia

ada dalam skema, maklumat tersebut akan diserapkan dengan mudah ke dalam struktur

kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan atau equilibrasi berlaku. Manakala akomodasi pula

bermaksud apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat

dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau keseimbangan dalam struktur kognitif. Proses

ini dinamakandisequilibrasi. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau

seumpamanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Oleh itu, struktur kognitif akan

mencapai equilibrasi.

Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses

penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema

juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk

struktur kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada

susunan umum kepada khusus.

4.3 PERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI JEAN PIAGET

4.3.1 Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk

memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan,

seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4

hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara

penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek

lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba

menggunkan berbagai-bagaiskema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi).

Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang

yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi

Page 8: Teori konstruktivisme kognitif

di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan

dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi

berumur sebelum sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah

diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan

antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari

semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,

menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk

meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational

learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat

enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu

pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang

diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan

(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan

sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar

daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai

gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi

sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di

tahap ini, pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah

laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap

pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung

kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru.

Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan

tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke

arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu

tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia

akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan

pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu

Page 9: Teori konstruktivisme kognitif

proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil

sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan

tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang

mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang

tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud

sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental

bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya

kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat

sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia

akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi

berlaku secara aktif. Hal ini kerana, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan

keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Di

tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman

sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi

juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya,

kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan

perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai

keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini,

kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-

jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui

tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

Page 10: Teori konstruktivisme kognitif

4.3.2 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol

untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanak

telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan

kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah

egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa

dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh

membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir

secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja.

Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada

contoh khusus) dan secara induktif(daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir

peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan

mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep

pengabadian bilangan.

4.3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)

Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun. Kanak-kanak

dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai

pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan

benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-

kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam

bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera

seperti rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan

skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Seterusnya, menggunakan

skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-

kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang

konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti

kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya.

Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-

objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif

adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep

abstrak.

4.3.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)

Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental pada

yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu,

kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara

langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi

mental pada situasi yang dihadapinya dengan logik. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah

berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-

kanak. Setiap tahap memasuki tahap baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang

dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah boleh

Page 11: Teori konstruktivisme kognitif

memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh

memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum

matematik.

5.0 FOTO / RAJAH / JADUAL DAN BAHAN AUDIO VISUAL

Page 13: Teori konstruktivisme kognitif

6.0 IMPLIKASI

Melalui teori ini yang berlandaskan ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda

tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar, dapat disimpulkan bahawa terdapat

banyak implikasi teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran dan antaranya adalah

pembelajaran yang dijalankan akan lebih berpusatkan pelajar dan pelajar belajar melalui proses

Page 14: Teori konstruktivisme kognitif

membuat atau beraktiviti. Oleh itu, guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran

dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai pembimbing, pemudahcara serta perancang dan

pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan

kesediaan pelajar merupakan faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru.

Ini bererti tahap isi pelajaran haruslah bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Sebagai contoh,

jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik, guru perlulah mengubah pendekatan yang

lebih mudah difahami oleh pelajar.

Implikasi seterusnya, guru mengenal pasti Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) pelajar

melalui beberapa aktiviti yang dijalankan dan menggunakannya untuk memastikan

pembelajaran berkesan dapat berlaku. Hal ini kerana melalui zon perkembangan terdekat,

pelajar mudah untuk menguasai isi pelajaran sekiranya ia adalah berasaskan skema ataupun

pengetahuan sedia ada.

Membuat perkaitan antara isi pelajaran dengan situasi sebenar juga salah satu implikasi

teori konstruktivisme kepada pengajaran. Perkaitan ini dapat mengukuhkan lagi pembelajaran

pelajar tentang yang dipelajarinya. Tugasan autentik yang berasakan masalah alam nyata,

pengalaman berasaskan konteks sebenar dan simulasi juga boleh dimanfaat di dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Seterusnya, mengadakan aktiviti secara berkumpulan juga dapat mewujudkan interaksi

yang berkualiti antara pelajar dan sebagai contoh, perbincangan dan gerak kerja kumpulan.

Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea, mendapat

pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran. Selain itu, melalui aktiviti ini juga,

guru boleh memilih pelajar-pelajar yang lebih berkemahiran untuk membimbing dan mengajar

rakan sebaya yang lemah. Hal ini kerana, pelajar lebih mudah apabila rakan sebayanya yang

membimbing.

Page 15: Teori konstruktivisme kognitif

7.0 ANALISIS MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

7.1 STRENGTH / KEKUATAN

Kekuatan teori ini yang didapati banyak membantu kanak-kanak untuk menggunakan

kognitif dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan dari hasil kajian Jean Piaget,

perkembangan yang paling penting di tahap kanak-kanak ialah penggunaan bahasa. Kanak-

kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya

mengantikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Walaubagaimanapun, pemikiran

kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa dari segi kualiti

kerana pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik iaitu melihat alam sekeliling hanya dari

perspektif mereka sahaja. Seterusnya, Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan

kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu

perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara

seperti kebolehan mengira, melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang

dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil, dan hal-

hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan

tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga ada mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan

pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan

merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu

yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan

pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu

Page 16: Teori konstruktivisme kognitif

proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang

dikumpulkan di bahagian mental.

7.2 WEAKNESS / KELEMAHAN

Dari segi kelemahan teori ini, terdapat beberapa orang pengkritik menyatakan

bahawa teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan

jelas. Ada juga pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat

perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget. Mereka menyatakan sekiranya kanak-

kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus,

maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka

sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang

sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu

yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat

menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama.

Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan

keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan

pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah

dengan teori Piaget.

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang

digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang.

Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi

daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

7.3 OPPORTUNITIES / PELUANG

Peluang dapat didefinisikan sebagai suasana atau keadaan luaran yang sesuai dan dapat

membantu untuk mencapai objektif. Peluang yang dapat dirungkaikan dalam teori ini, adalah

interaksi antara kanak-kanak kerana Piaget berpendapat bahawa faktor yang paling penting dalam

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berinteraksi dengan rakan-rakan. Hal ini kerana,

untuk memastikan kanak-kanak dapat memiliki konflik kognitif, yang akan menyebabkan kanak-

kanak mengeluarkan pendapat mereka terhadap rakan-rakan. Jenis interaksi akan menyebabkan

kanak-kanak atau orang lain untuk mempertimbangkan sudut pandang mereka. Selain itu, Piaget

juga dapati bahawa keadaan kanak-kanak yang paling mencabar dalam pemikiran mereka adalah

ketika mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya. Namun, sekiranya kanak-kanak terlalu mirip

dalam pemikiran mereka, kemungkinan besar akan ada sedikit perdebatan tentang sesuatu yang

ingin dimiliki. Oleh itu, bertepatanlah peluang ini dengan tujuan dan objektif yang dikemukakan

oleh Jean Piaget dalam teorinya.

Page 17: Teori konstruktivisme kognitif

7.4 THREATS / ANCAMAN

Piaget telah bahagikan tahap kanak-kanak kepada dua sub tahap iaitu Tahap Pro-konseptual (

2-4 tahun ) dan Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum

lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini

kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di

tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan

dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza.

Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep

sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi

ancaman di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti

adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak

yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu

objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

Selain itu, ancaman yang seterusnya bagi teori ini atau suasana dan keadaan luaran yang boleh

merosakkan objektif pembelajaran kognitif kanak-kanak. Ini dapat dianalisiskan bahawa

sekiranya kognitif kanak-kanak tidak bersesuaian dengan konstruktivisme iaitu, persekitaran dan

pengalaman kanak-kanak tersebut, akan membuatkan kekeliruan dalam diri kanak-kanak.

Tambahan pula, kognitif kanak-kanak adalah berbeza bagi setiap individu dalam menjalani

kehidupan dan memerlukan bimbingan dari orang dewasa. Oleh itu, ancaman ini akan

menyebabkan kanak-kanak tidak berkembang pemikirannya dan pengalaman hidupnya.

8.0 BAHAN-BAHAN RUJUKAN

INTERNET

http://www.answers.com/topic/jean-piaget

http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm

http://www.nndb.com/people/359/000094077/

http://www.piaget.org/aboutPiaget.html

BUKU

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan Alam Belajar.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor