teori konstruktivisme (2).pptx

Upload: shuhada

Post on 01-Mar-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori-teori konstruktivisme

TRANSCRIPT

Slide 1

TEORI KONSTRUKTIVISMEPSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSRPensyarah :Ahli kumpulanUnit :TEORI KONSTRUKTIVISMEDEFINISI

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Pengetahuan yang diterimaPengetahuan sedia adaPengetahuan baru yang telah dibinaPengetahuanIdeaKonsepKemahiranMaklumatGambaran Pengertian Konstruktivisme32.3.IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISMEGuru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baruGuru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah1.Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan muridIMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME (samb...)4.5.Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasifGuru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asaspengetahuan tersebutCIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISMEMenggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru

Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran

Menyokong pembelajaran secara koperatif

Menggalakkan dan menerima daya usaha serta autonomi* murid

*Autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain).Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

Menggalakkan proses inkuiri* murid melalui kajian dan eksperimen

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran*Inkuiri : Pendekatan pengajaran mediatif (pandangan berbeza terhadap isu-isu kontroversi) untuk mengajar pelajar bagaimana menyiasat masalah dan soalan berdasarkan fakta dan pemerhatianKELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISMEKELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISMEDalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.Berfikir Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.FahamSetelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.IngatMurid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.YakinMurid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.Kemahiran SosialDalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.SeronokPERANAN MURID DAN GURU DALAM KELAS KONSTRUKTIVISMEMurid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.PERANAN MURID*Bahan fizikal : bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang (bangunan, komputer, alat tulis dll.)

*Bahan manipulatif / interaktif : bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh, dipegang dan dimanipulasikan(butang, bongkah, manik, dll.)

Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincanguntuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untukmenguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalamkumpulan.Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal*, manipulatif atau interaktif* untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.PERANAN MURID (samb)PERANAN MURID DAN GURU DALAM KELAS KONSTRUKTIVISMEPERANAN GURU Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.PERANAN GURU Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL DAN KONSTRUKTIVISMEPEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISMEPENEROKAANMurid menghadapi situasi atau masalah baruSOALAN DARIPADA MURIDMurid mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapiPENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIKMurid memilih satu daripada soalan atau sebarang masalahyang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuhREFLEKSIMurid mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi. Seterusnya, murid mungkin menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat Sekian~