teori dalam pentadbiran pendidikan

19
2.0 TEORI DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN 2.1 Pengenalan Pengetahuan tentang teori sangat penting bukan sahaja untuk pentadbiran pendidi tetapi untuk golongan pekerja lain seperti ahli sosiologi, psikologi, sejara sebagainya. Teori boleh diertikan sebagai kerangka, pengetahuan asas untun memben pengetahuan dalam sesuatu bidang. Kerangka konsep atau lebihdikenaliconceptual framework adalah titik tolak daripada pengetahuan mengenai pelbagai teori yang terda dalam sesuatu bidang ilmu itu. Teori adalah permulaan atau hasilan sesuatu kajian jenis saintifik. Ia sebagai asas bagi seseorang penyelidik membuat hipotesis. Dalam bidang pentadbiran se pentadbiran pendidikan, kajian saintifik cuba menghuraikan tentang tingkah laku yang berlaku atau dilakukan oleh anggota-anggota dalam organisasi pendidikan sepe sekolah, jabatan pendidikan atau Kementerian Pendidikan. Penyelidik saintifik boleh menghuraikan mengenai tingkah laku seseorang individu ataupunmengenai kelompok individu. Dalam bidang pentadbiran pendidikan, menurut Hoy dan Miskel (1996), teori i satu konsep, yang kait-mengait andaian-andaian dan generalisasi yang menerangkan sec sistematik kebiasaan tingkah laku dalam organisasi pendidikan. Jadi melalui teori ter pentadbir boleh menggunakannya sebagai asas untuk mendapatkan jawapan atau jalan untuk bertindak semasa menghadapi tugas-tugas di dalam situasi tertentu. Kedu dan pertalian antara konsep-konsep berkaitan adalah seperti dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1 : Sistem Teori (Sumber: Hoy, W. K. dan Miskel, C. G.) 1 Pernyataan Umum (Generalisasi) Andaian Prinsip dan Undang - Undang Konsep Konsep Ujian Secara Empirikal Hipotesis

Upload: dang-idang

Post on 22-Jul-2015

2.894 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

12.0 2.1 TEORI DALAM PENTADBIRAN PENDIDIKAN Pengenalan

Pengetahuan tentang teori sangat penting bukan sahaja untuk pentadbiran pendidikan, tetapi untuk golongan pekerja lain seperti ahli sosiologi, psikologi, sejarah, bahasa, dan sebagainya. Teori boleh diertikan sebagai kerangka, pengetahuan asas untun membentuk pengetahuan dalam sesuatu bidang. Kerangka konsep atau lebih dikenali conceptual framework adalah titik tolak daripada pengetahuan mengenai pelbagai teori yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu itu. Teori adalah permulaan atau hasilan sesuatu kajian jenis saintifik. Ia dianggap sebagai asas bagi seseorang penyelidik membuat hipotesis. Dalam bidang pentadbiran seperti pentadbiran pendidikan, kajian saintifik cuba menghuraikan tentang tingkah laku yang lazim berlaku atau dilakukan oleh anggota-anggota dalam organisasi pendidikan seperti sebuah sekolah, jabatan pendidikan atau Kementerian Pendidikan. Penyelidik saintifik boleh menghuraikan mengenai tingkah laku seseorang individu ataupun mengenai kelompok individu. Dalam bidang pentadbiran pendidikan, menurut Hoy dan Miskel (1996), teori ialah satu konsep, yang kait-mengait andaian-andaian dan generalisasi yang menerangkan secara sistematik kebiasaan tingkah laku dalam organisasi pendidikan. Jadi melalui teori tertentu, pentadbir boleh menggunakannya sebagai asas untuk mendapatkan jawapan atau mencari jalan untuk bertindak semasa menghadapi tugas-tugas di dalam situasi tertentu. Kedudukan dan pertalian antara konsep-konsep berkaitan adalah seperti dalam Rajah 2.1.

Pernyataan Umum (Generalisasi)

Konsep

Andaian

Konsep

Hipotesis Ujian Secara Empirikal Prinsip dan Undang - Undang Rajah 2.1 : Sistem Teori (Sumber: Hoy, W. K. dan Miskel, C. G.)

22.2 Jenis-jenis Teori

Terdapat beberapa teori dalam bidang pentadbiran pendidikan. Kebanyakan teori ini berasaskan ilmu daripada bidang-bidang lain seperti psikologi, sosiologi, antrapologi, ekonomi, dan sains politik. Secara umumnya boleh dikatakan bahawa setakat ini masih belum mempunyai suatu teori yang lengkap dan menyeluruh bagi pentadbiran pendidikan, walaupun beberapa teori telah mengemukakan corak pemikiran tertentu. Kebanyakan teori dalam pentadbiran pendidikan menerangkan tentang struktur, tugas, prestasi atau perjalanan pentadbiran dalam organisasi, tingkah laku di kalangan anggota-anggota organisasi sama ada pekerja mahupu sebagai pentadbir dan pemimpin. Menurut Kimbrough dan Nunnery (1983), teori teori dalam pentadbiran pendidikan dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan perkembangan teori-teori tersebut. Pembahagian teori-teori adalah seperti berikut:1. Teori teori Tradisional (Traditional Theory) / Analisis Kerja (a) (b) Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylor). Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran (Henri Fayol, Chester Barnard, dan Gullick).

2.

Teori teori Peralihan Teori-teori ini lebih kepada tingkah laku pekerja, berhubung dengan perhubungan interpersonal dan dinamik kumpulan. Antaranya adalah seperti berikut:(a) (b) (c) Pendekatan hubungan manusia (Elton Mayo, Mary Parker Follett). Teori sistem sosial (Jacob Getzels, Edgar Guba). Pendekatan Kontinjensi antaranya (Filder) dan Path Goal Theory (House).

3.

Teori teori Sistem (Systems Theory) Teori ini dikenali teori moden. Ia berbentuk penganalisisan yang saintifik. Antaranya adalah seperti berikut:(a) (b) (b) (c) Analisa Sistem. Analisa Input Output. Analisa PPBS (Planning Programming and Budgeting System). Analisa Network.

32.3 Teori Pengurusan Saintifik Taylor

Rajah 2.2: Tokoh Frederick Taylor

Frederick Taylor (1856 1915) merupakan pelopor dalam bidang pengurusan saintifik. Beliau digelar bapa pergerakan pengurusan secara saintifik. Beliau dilahirkan di Amerika Syarikat. Semasa seorang jurutera, beliau mempunyai pengalaman bekerja di semua tahap pengeluaran industri. Taylor pernah mengkaji keadaan bekerja di sebuah syarikat perkilangan besi waja iaitu di Midvale Steel Company dan telah mencadangkan cara untuk meninggikan kualiti pengurusan dan pengeluaran perusahaan melalui prinsip-prinsip yang saintifik. Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat

bawah. Pendekatan Taylor ini dikenali sebagai pendekatan analisis tugas atau job analysis. Penyumbang-penyumbang lain ialah Henry L. Gantt dan Frank Gilberth.Prinsip-prinsip Taylor ditulis di dalam buku berjudul The Principles of Scientific Management yang diterbitkan pada tahun 1911. Prinsip-prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan. Memilih pekerja yang paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. Gaji seimbang dengan kerja. Perlu memotivasikan pekerja. Masa yang standard bagi semua pekerja. Tugas perancangan harus dipisahkan daripada tugas pengeluaran. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. Cara saintifik adalah cara yang paling baik bagi pekerja. Pengurus dilatih mengenai prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan yang saintifik. Organisasi perusahan harus disusun supaya dapat memperbaiki penyelarasan di antara aktiviti yang terdapat di kalangan anggota-anggota pakar.

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam prinsip Frederick Taylor. Kelebihannya adalah Taylor mengutarakan satu cara yang efisyen untuk mnegatur perjalanan kerja sesebuah organisasi dan menerusi prinsip ini telah menunjukkan bahawa pentadbiran boleh dikaji secara saintifik. Manakala kelemahan teori ini secara keseluruhan ialah mengabaikan kepentingan aspek psikologi atau aspek kepentingan pekerja sebagai seorang individu dalam sesuatu organisasi.

42.4 Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran

Rajah 2.3: Tokoh Henry Fayol Teori ini diasaskan oleh Henry Fayol (1841-1925) yang merupakan seorang jurutera eksekutif Perancis. Beliau digelar sebagai Bapa Teori Pengurusan Moden. Mengikut teori ini, peranan pengurus dalam sesebuah organisasi adalah penting dan Fayol menekankan fungsi organisasi atau peringkat atasan organisasi. Pengurus juga adalah orang yang membuat keputusan dan pemimpin perantaraan. Teori ini berkembang di Eropah dan ia bertujuan meningkatkan kecekapan industri. Fayol telah membuat tiga sumbangan penting di dalam teori pentadbiran:-

1. 2.

Beliau telah membezakan kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. Dalam bukun Industrial and General Management, beliau telah mengenal pasti lima (5) fungsi pengurusan yang khusus iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan. Di mana ia merupakan pemakluman pertama fungsi seorang pengurus. Beliau telah mencadangkan 12 prinsip teori ini:a) Pihak atasan perlu berpengalaman pengurusan. b) Pembahagian tugas. c) Peringkat bawahan mempunyai kemahiran. d) Mengutamakan kepentingan organisasi. e) Kuasa mengarah dan keselarasan arahan serta tujuan. f) Berdisiplin dan bersemangat. g) Sentralisasi. h) Struktur organisasi yang berhierarki. i) Tempat yang teratur bagi pekerja. j) Pengurus yang adil dengan kakitangan. k) Ganjaran yang adil. l) Proses organisasi lebih penting daripada individu.

3.

Fayol dianggap sebagai pelopor teori pentadbiran dan penyumbang pendekatan teori organisasi klasikal paling terkemuka. Fayol merupakan individu pertama yang membincangkan pengurusan sebagai suatu proses yang mempunyai fungsi yang perlu dilakukan oleh semua pengurus. Beliau menyatakan bahawa seseorang pengurus perlu mengetahui hal yang berkaitan dengan teknikal, komersial, kewangan, keselamatan, perakaunan dan pentadbiran.

5

Prinsip yang dikemukakan oleh Fayol ini telah membawa kepada keberkesanannya tingkah laku dalam pengurusan. Prinsip ini masih lagi diamalkan hingga sekarang. Di Malaysia, kebanyakan organisasi yang ditubuhkan boleh dikatakan mengikut prinsip pengurusan Fayol. Selain itu, prinsip ini juga telah membangkitkan isu penting kepada pengurus iaitu membenarkan pengurus mengenal hakikat asas yang mereka akan hadapi di dalam organisasi. Seperti Taylor juga teori ini mengabaikan aspek psikologi dan sosial. Stail pemimpin adalah bersifat autoritarian dan mementingkan proses organisasi daripada individu. 2.5 Teori Organisasi Chester Barnard

Pentadbir harus sedar bahawa terdapat tiga elemen penting iaitu organisasi, individu, dan persekitaran yang perlu diurus secara seiringan. Organisasi harus berfungsi seiringan dengan persekitaran kerana organisasi menetapkan dan memenuhi kehendak persekitaran sedangkan persekitaran akan menyokong organisasi yang memenuhi hajatnya. Bagitu juga antara individu dengan organisasi, di mana individu harus menerima dan menyokong organisasi dalam memenuhi matlamatnya dan organisasi pula harus berusaha memberi kepuasan kepada individu. Chester Barnard (18861961) seorang eksekutif perniagaan telah memberi ideaideanya mengenai ketiga-tiga elemen tersebut dalam bentuk teori. Suatu sumbangan utama terhadap pemikiran ialah melalui penulisan beliau dalam buku Functions of the Executives. Buku ini menekankan kepada organisasi formal yang memerlukan aktiviti yang terselaras ini dilakukan dengan:a)Mewujudkan dan memelihara satu sistem komunikasi dalam organisasi. b) Menggalakkan usaha yang penting kepada personal. Ini dilakukan dengan memeterai insentif kepada mereka. c)Merangka dan menjelaskan tentang objektif dan tujuan organisasi. Mengikut Barnard, organisasi ialah satu sistem yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Aktiviti-aktiviti itu diselaraskan supaya memenuhi matlamat bersama. Organisasi tersebut akan berjaya dan terus berkekalan jika dua syarat dipenuhi iaitu:Pertama, Apabila tercapainya tujuan organisasi itu ditubuhkan dan dinamakan sebagai mencapai objektif keberkesanan atau effectiveness. Kedua, Apabila individu yang menjadi anggota organisasi itu berpuas hati kerana hasrat mereka telah dipenuhi. Keadaan ini dinamakan sebagai memenuhi objektif dari segi kelicinan atau efficiency. Maka, kedua-dua syarat sentiasa dipenuhi supaya terdapat proses untuk menghubungkan golongan anggota. Proses perhubungan akan menentukan corak penyelerasan organisasi dengan iklim sekelilingnya, dan juga individu-individu yang menjadi anggota organisasi tersebut. Proses komunikasi adalah penting dalam memenuhi keperluan dan kehendak individu.

6

2.6

Teori X dan Teori Y, Douglas McGregor Teori X dan Teori Y diperkenalkan oleh Douglas McGregor. Teori ini amat penting

Bil. 1. 2. 3. 4.

Teori X Teori Y Manusia benci kerja dan perlu dikawal / Suka bekerja dan tidak payah dikawal. paksa. Cita-cita rendah. Manusia dilahirkan jahat. Kekerasan perlu digunakan Cita-cita tinggi dan menjalankan tugas sebagai perkara biasa. Dilahirkan berkeadaan baik. bagi Tidak perlu menggunakan kekerasan.

menggerakkan individu. 5. Mementingkan individu. Mementingkan kumpulan. 6. Naluri menggerakkan manusia. Kemanusiaan menggerakkan manusia. 7. Kerja mendatangkan keburukan. Kerja membawa kebaikan. 8. Kawalan orang lain. Pengarahan sendiri. bagi seseorang pentadbir untuk memahami tingkah laku pekerja. Mcgregor telah mengemukakan dua set andaian tentang perbezaan tingkah laku manusia. Andaian tersebut dikenali sebagai Teori X dan Teori Y dan perbandingan adalah seperti berikut:Jadual 2.1 : Perbandingan Teori X dan Teori Y Dari segi implikasi, teori yang diperkenalkan oleh Mcgregor tidak boleh diterjemahkan ke dalam aspek pentadbiran pendidikan sepenuhnya. Sebenarnya kebanyakan guru adalah rajin bekerja dan mereka tidak boleh dikatakan tidak bertanggungjawab. Biasanya mereka tahu tanggungjawab mereka sepanjang masa, semasa berada di sekolah dan pihak pengetua senang mengawal mereka. Jadi Teori X adalah tidak sesuai diaplikasikan di sekolah, ideanya kolot dan mengenepikan aspek aspek psikologi dan sosiologi. Walau bagaimanapun, Teori Y ada unsur-unsur yang bersifat kemanusiaan, kepentingan integrasi dalam pekerjaan. Pengetua biasanya mempercayai dan memberi empowerment kepada guruguru untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah tugas pengajaran. Oleh itu, Teori Y boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah kerana kebanyakan guru-guru sudah memahami peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan, lebih-lebih lagi mereka terikat dengan etika profesion perguruan. Guru-guru juga kebanyakannya berpotensi, kreatif, dan suka kepada pekerjaan. Kesimpulannya, Teori X dan Teori Y ada kebaikan dan kelemahannya. Oleh itu, pentadbir sekolah perlulah berhati-hati dalam membuat andaian dan tomahan kepada guruguru mereka.

2.7

Hubungan Manusia dalam Pentadbiran (Mary Parker Follett)

7

Rajah 2.4: Tokoh Mary Paker Follet Pelopor yang penting dalam teori peralihan ini ialah Mary Parker Follett (1868-1933) yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman tentang falsafah, psikologi, ekonomi dan politik. Beliau juga ialah seorang pakar runding dalam perusahaan. Mengikut Follet, masalah utama bagi sesuatu pentadbiran sama ada organisasi kerajaan, organisasi perniagaan termasuk organisasi pendidikan ialah mengekalkan hubungan manusia (Robiah Sidin, 2003). Ia berkait rapat dengan bagaimana organisasi membentuk dan meneruskan perhubungan yang dinamis dan harmonis di kalangan anggota. Dalam penulisan beliau yang berjudul Creative Experience, menunjukkan bagaimana pentingnya perhubungan sosial atau kemanusiaan dalam sesebuah pentadbiran. Prinsipprinsip pentadbiran yang penting adalah seperti berikut:1. 2. 3. 4. 2.8 Penyelarasan sebagai hubungan secara langsung di antara semua pekerja yang bertanggungjawab dalam organisasi. Penyelarasan diadakan di peringkat awal pentadbiran. Penyelarasan sebagai timbul balik semua faktor dalam situasi kerja. Penyelarasan sebagai satu proses berterusan. Pendekatan Hubungan Manusia (Elton Mayo)

Pendekatan hubungan manusia ini diasaskan oleh Elton Mayo (1880-1949), seorang pakar psikologi yang berasal dan Adelaide, Australia dan Friz J. Roethlisberger, seorang pakar sosiologi. Kedua-duanya ialah profesor bidang penyelidikan industri di Harvard Graduate School of Business Administration. Seorang lagi ialah William J. Dickson, bekerja di Western Electric Company, Chicago dan banyak membuat kajian psikologi industri antara tahun 1927 hingga 1932. Pendekatan ini berkembang pada tahun 1930-1950-an dan dikenali sebagai pendidikan manusia sosial. Banyak ujikaji dibuat di perusahaan Hawthorne Western Electric Company (Mohd. Salleh, 2000). Dalam teori ini pelaksanaan untuk mengurang kebosanan pekerja ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menukar waktu bekerja. Menjarak masa rehat. Membaiki kaedah bekerja. Wujud suasana baik. Memberi kebajikan kepada pekerja supaya bermotivasi. Memberi layanan yang balk kepada pekerja.

8

Teori ini juga yakin bahawa pekerja akan bekerja dengan kuat serta pengeluaran akan bertambah sekiranya pentadbir memberi perhatian kepada pekerja dan keperluan sosial. Mayo berpendapat bahawa kelakuan dan sentimen adalah perhubungan rapat antara satu sama lain. Tekanan kumpulan juga turut memberi kesan kepada kelakuan seseorang. Standard kumpulan adalah sungguh berkesan untuk menentukan pengeluaran seseorang pekerja. Wang pula kurang berkesan untuk menentukan tahap pengeluaran jika dibandingkan dengan standard kumpulan, sentimen dan jaminan. Secara keseluruhannya, manusia adalah kompleks dan input berpengaruh untuk menentukan prestasi organisasi. Selain itu, daripada pemerhatian khas yang diberikan oleh pengurus atau penyelia kajian kepada pekerja menyebabkan produktiviti di dalam syarikat itu meningkat (Jaafar, et. al., 2000). 2.9 Teori-teori Sistem Sosial

Teori sistem sosial dipelopori oleh Jacob Getzels dan Edgar Guba. Ia dikemukakan kerana pentadbiran pendidikan termasuk sekolah sebagai proses dalam sistem sosial. Oleh itu peranan kakitangan penting untuk mencapai matlamat sistem sosial. Terdapat dua dimensi dalam sistem sosial iaitu:1. 2. Institusi / Normatif Peribadi / Idiografik Untuk mencapai matlamat institusi. Untuk keperluan peribadi atau personaliti.

Dimensi Institusi Institusi Peranan Jangkaan / harapan

Sistem sosial

Tingkah laku sosial dihasilkan

Individu

Personaliti

Keperluan semula jadi

Dimensi Peribadi

Rajah 2.5: Model Getzels dan Guba (Sumber: Mohd Salleh Lebar, 2000) Antara pendapat-pendapat Jacob Getzels dalam teori sistem sosial adalah seperti berkut:-

91. Untuk memahami tingkah laku organisasi seperti sekolah, adalah penting untuk memahami keadaan dan hubungan di antara elemen-elemen di dalam organisasi (pentadbir atau pekerja). Tingkah laku dikawal secara normatif dan idiografik. Konflik akan timbul jika individu tidak dapat menyesuaikan antara matlamat individu dan institusi. Setiap individu mempunyai cara tersendiri. Kedua-dua dimensi adalah sama penting. Pentadbir perlu memahami dan menjalankan kerjasama antara pelbagai unit dalam sistem sosial untuk mencapai matlamat. Jadi keseimbangan antara unit-unit adalah penting. Teori Berfokuskan Tingkah Laku Manusia (Kurt Lewin)

2. 3. 4. 5. 6.

2.10

Teori-teori ini menerangkan beberapa prinsip tentang bagaimana manusia sepatutnya berperanan dalam sesebuah organisasi. Usaha-usaha ynag perlu dilakukan untuk memahami, dan meramalkan tingkah laku manusia dan interaksi di kalangan mereka. Mengikut Kurt Lewin (1951), prinsip-prinsip dalam teori tingkah laku ini ialah:

1. 2. 3.

Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh personaliti individu, kumpulan yang dianggotai, norma-norma, dan nilai budaya. Pertalian interpersonal dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kedudukan seseorang di dalam kumpulan merupakan faktor penting mencorakkan pola tingkah laku.

2.11

Teori Berfokuskan Tingkah Laku Manusia (Abraham Maslow)

10

Rajah 2.6: Tokoh Abraham Maslow Teori yang terkemuka yang tergolong dalam bidang ini ialah teori yang diutarakan oleh Abraham Maslow. Abraham Maslow (1908-1970) mengasaskan teori atas kepercayaan bahawa tuju arah (goals) menyebabkan sesuatu tingkah laku manusia, keadaan (nature) dan cara tindak-tanduknya. Manusia didorongkan untuk mencapai sesuatu tuju arah disebabkan mempunyai sesuatu rasa terpendam, kehendak yang mendesak untuk mencapainya. Mengikut Maslow, kehendak manusia (human needs) boleh disusun mengikut hierarki. Manusia bermula dengan kehendak yang paling primitif, meningkat sehingga ke kemuncak untuk mencapai keagungan dalam bentuk piramid yang dinamakan hierarki keperluan manusia (hierarchy of human) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Hirarki Keperluan Maslow Segala kehendak di peringkat terbawah bagi setiap individu dan organisasi, perlulah dicapai, disediakan, atau diberi sebelum sesuatu kehendak pada peringkat yang lebih tinggi menjadi mustahak. Sesuatu kehendak yang telah berpuas hati tidak lagi mendorongkan seseorang atau organisasi terhadap sesuatu melainkan perangsangan diberi untuk mencapai yang lebih tinggi. Pihak pengurus haruslah sentiasa mengetahui dan sentiasa sensitif terhadap

11kehendak-kehendak organisasi dan segala kehendak kakitangannya dan cuba mendapatkan kehendak itu di pelbagai peringkat. Jadual 2.2: Keperluan Manusia mengikut Teori Maslow

Keperluan dan Tahap Tahap 5 Self Actualization

Petunjuk-petunjuk jenis fisiologi dan psikologi Pencapaian perkembangan individu yang tertinggi. Tahap kreativiti dan perasaan sendiri.

Tahap 4 Keperluan untuk dihargai. Keperluankeperluan tahap tinggi di

Harga diri dengan bukti-bukti pencapaian, kecekapan, dan keyakinan. Boleh dihargai oleh orang lain seperti diberi pangkat, penghargaan, dan penghayatan.

Tahap 3 Perhubungan yang memuaskan dengan yang lain. Keperluan keanggotaan, Menganggotai kumpulan-kumpulan yang tertentu. dikasihi, dan aktiviti- Memberi dan menerima kasih sayang. aktiviti sosial. Tahap 2 Perlindungan dari bahaya dan ancaman, Keperluan keselamatan dan kebebesan dari perasaan takut, runsing, dan kacau Keperluan ketenteraman. bilau. Keperluan-keperluan terhadap struktur, keperluan di peraturan undang-undang, sempadan dan tahap rendah kekukuhan. Tahap 1 Berbentuk fisiologi Petunjuk memenuhi keperluan jenis fisiologi iaitu memenuhi: Rasa dahaga, rasa lapar, rasa tidur, bau yang selesa, keperluan seks, sentuhan. (Sumber: Robiah Sidin, 2003) Implikasi dalam Teori Maslow adalah seperti berikut:

1. 2.

Individu dan organisasi sentiasa berkembang, maka keperluan individu dan juga organisasi akan berubah. Pentadbir perlu tahu peringkat keperluan khasnya dan segi keselamatan, ketepatan bekerja, diskriminasi, peraturan, suasana bekerja dan juga ganjaran yang diperlukan oleh pekerja. Kebanyakan manusia mudah mencapai sehingga ke tahap ketiga sahaja. Setiap anggota dalam organisasi mempunyai keperluan tersendiri. Keperluan perlu dihargai dan harus difikirkan oleh majikan.

3.

4. 5.

12Kesimpulannya, kepuasan bekerja di kalangan guru-guru mungkin wujud jika mereka diberi penghargaan, peringkat pencapaian yang baik, pengiktirafan dan tanggungjawab yang sesuai. Dengan itu matlamat sekolah akan mudah tercapai. Begitu juga pembahagian tugas mesti sesuai dengan kebolehan dan pengalaman guru. Dalam menjalankan tugas, biasanya mendapat kepuasan jika murid-murid mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah.

Pencapaian

Kepuasan Bekerja

Matlamat Sekolah

2.12

Pendekatan Kontinjensi

Pendekatan ini bermula pada tahun 1940-an lagi. Mengikut Schermerhorn (dalam Mohd. Salleh, 2000) pendekatan ini beranggapan bahawa pertalian antara kepimpinan, prestasi dan penyelenggaraan sumber manusia bergantung kepada apa yang berlaku kepada pembolehubah-pembolehubah kontinjensi yang penting seperti ciri-ciri tugas, pekerja dan unit. Kontinjensi ini boleh mempengaruhi tingkah laku pemimpin dan hasil. Biasanya pengetua akan menggunakan tingkah laku mengarah jika tugas guru tidak jelas dan sekiranya tingkah laku participatif tugas tersebut jelas. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan dua teori iaitu:a) Kontinjensi Path - Goal Theory Kontinjensi

b)2.12.1

Teori kontinjensi atau model kemungkinan kepimpinan yang aktif dicadangkan oleh Fred Fiedler pada tahun 1967. Fred Fiedler dan rakan-rakan, banyak membuat penyelidikan di University of Washington pada tahun 1970. Penyelidikan mereka mengambil masa lebih kurang 10 tahun tentang keberkesanan pemimpin dan beliau telah mengumpul data sebanyak 800 kumpulan yang dikaji. Mengikut John Morse dan Jay Lorsch dalam Harvard Business Review, andaian hubungan asas dalam teori Kontijensi adalah seperti berikut:-

13

Tugas organisasi sesuai

Keberkesanan prestasi

Kemampuan dan motivasi individu

Rajah 2.8: Hubungan Asas Kontinjen (Sumber: Zaidatol Akmaliah, 1998) Mengikut Fiedler kesesuaian dalam organisasi dan kawalan daripada pemimpin sama ada tinggi atau rendah adalah bergantung kepada: 1. 2. 3. Hubungan pemimpin dengan pekerja dan sama ada percaya atau menghormat atau mesra. Tugas yang jelas atau tidak. Pemimpin berkuasa atau sokongan atau tidak.

Maka, suasana bekerja akan menyenangkan dan hasilnya berkesan jika ketiga-tiga elemen tersebut adalah positif. Jadual 2.3 : Kejayaan Pemimpin Berdasarkan Tugas Suasana Suasana selesa Suasana sederhana Tidak selesa Hubungan Baik Sederhana lemah Sederhana lemah Berpusat / Stail Penting tugas Pekerja Penting tugas (Sumber: Mohd Salleh Lebar, 2000) Berdasarkan andaian tersebut, dapat membuat kesimpulan bahawa: 1. Pemimpin yang mementingkan tugas, akan berjaya dalam situasi yang selesa atau menyenangkan. Ia disebabkan pemimpin mempunyai kuasa dan sokongan daripada pekerja serta tugas distrukturkan dengan jelas. Hubungan pemimpin atau kakitangan yang sederhana (tugas tidak dijelaskan atau ketua ada sedikit autoriti) maka stail orientasi pekerja atau kakitangan lebih berkesan.

2.

143. Pemimpin yang mementingkan tugas juga akan berjaya dalam suasana yang tidak selesa atau tidak menyenangkan. Ia disebabkan memperincikan tugas, mengambilkira serba serbi dan mengambil keputusan sendiri. Pemimpin yang bermotivasi tugas adalah paling berjaya dalam situasi kawalan tinggi dan rendah. Pemimpin berorientasi tugas biasanya mendapat harga diri dan bercitacita tinggi. Kalau pemimpin sibuk dengan hubungan pekerja maka orientasi tugas terjejas. Juga kalau sibuk dengan kawalan tinggi kemungkinan kurang mengambil berat dengan pekerja sebab ia mementing orang atasan. Pemimpin begini juga kurang dicabar dan menjauhkan dari kumpulan pekerja. Pemimpin yang mempunyai kawalan tinggi biasanya ada sokongan kakitangan termasuk murid, aktiviti kokurikulum akan berjalan baik, tugas jelas, dan kedudukan lebih berwibawa. Pemimpin yang mempunyai kawalan rendah biasanya kakitangan tidak menyokong perlantikan, hubungan dengan bawahan buruk, dan mereka boleh keluar daripada pejabat bila-bila masa. Kepimpinan kawalan sederhana berjaya bermotivasikan hubungan.

4.

5.

6.

7.

8.

Kajian lain Fiedler berkaitan gaya kepimpinan ialah bagaimana menghargai pekerja yang paling mereka tidak ingini. Jadi pemimpin yang mendapati pekerja mereka negatif maka lebih cenderung autokratik, orientasi kerja dan kurang demokratik. Jadi situasi yang baik ialah menerangkan tugas dengan jelas, hubungan pemimpin dengan kakitangan mesra dan ketua perlu mempunyai kuasa yang kuat. Ciri-ciri umum teori kontinjensi ialah (Zaidatol Akmaliah, 1998): 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Teori ini dianggap teori terbaik melakukan tugas. Penyesuaian teknik pengurusan adalah mengikut situasi. Memahami bagaimana organisasi beroperasi di dalam keadaan yang berbagai-bagai. Tidak mempunyai garis panduan untuk mengurus. Ini kerana kelakuan manusia bergantung kepada konteks suasana, jenis pekerjaan, kuasa dan hubungan antara pekerja. Kesesuaian ada hubung kait antara tugas, keberkesanan dan motivasi. Sesuatu yang terdapat di dalam organisasi adalah tidak statik tetapi sering berubahubah. Mementingkan faktor situasi di mana mempengaruhi peranan, kemahiran dan tingkah laku pemimpin. Tingkah laku pemimpin boleh mempengaruhi prestasi dan kepuasan. Tingkah laku pemimpin biasanya berbeza-beza. Kaedah pengurusan yang berkesan dalam situasi mungkin tidak ada pada situasi lain. Pengurus mesti faham teknik mana yang sesuai untuk mengurus. Pola yang sesuai dalam organisasi ialah bergantung kepada sifat semula jadi tugas dan keperluan kakitangan. Pemimpin berusaha memahami gaya kepimpinan mereka. Pemimpin tidak boleh berat sebelah antara orientasi tugas (matlamat/hasil) dengan hubungan pekeija (mengambil berat, mesra, selalu bercakap dan menunjuk muka manis).

1515. Kalau berpusatkan tugas, pekerja menjadi seperti mesin. Kalau terlampau berpusatkan hubungan, pekerja seolah-olah menjadi kumpulan dalam sesuatu persatuan. Path Goal Theory (Jalan Arah Matlamat)

2.12.2

Path Goal Theory atau Jalan Arah Matlamat diperkenalkan oleh House dalam tahun 1970an. Ia diasaskan untuk menyokong Teori Fiedler. Mengikut teori tersebut pemimpin mendapat prestasi pekerja yang baik jika diberikan matlamat ganjaran serta apa yang perlu dilakukan. Empat stail tingkah laku kepimpinan mengikut pendekatan ini, antaranya adalah: 1. 2. 3. Kepimpinan mengarah - Mengarah kepada pekerja dan bersikap autoritarian. Kepimpinan menyokong - Pemimpin mudah ditemui dan selalu mesra. Kepimpinan participatif - Meminta cadangan dan pekerja, mengguna pandangan tetapi ketua membuat keputusan. Kepimpinan orientasi kejayaan - Ketua yang membentuk sesi perancangan.

4.

Kesimpulannya tingkah laku ketua yang mendorong kakitangan bekerja dengan baik akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 2.13 2.13.1 Kepuasan pada kakitangan. Ada ganjaran, bimbingan, penyeliaan untuk mencapai prestasi motivasi subordinat. Mengenalpasti keperluan pekerja. Mengadakan jalan mudah untuk mendapat ganjaran. Membantu kakitangan menjelaskan hasrat mereka. Mengurangkan batasan yang mengecewakan Teori Sistem Pengenalan

Pendekatan sistem membauat analisa berasaskan interaksi keseluruhan (the whole) dan bukan terhadap setiap bahagian (the parts) yang terdapat dalam sesuatu organisasi. Penekanannya ialah terhadap keseluruhan, gabungan, pertalian antara satu sama lain yang dapat memberikan gambaran-gambaran yang paling jelas tentang sesuatu matlamat, dan objektif. Pendekatan sistem merupakan satu langkah dalam usaha untuk meluaskan kajian pentadbiran sebagai satu bidang luas. Pendekatan ini melihat sistem pendidikan dan fungsifungsi pentadbiran sebagai rangka konsep yang kompleks dan menganalisis secara saintifik. Dengan menggunakan pendekatan sistem, model-model dibentuk dan digunakan untuk menganalisis masalah-masalah pentadbiran yang dihadapi dalam situasi yang sebenarnya. Pendekatan sistem melihat sebuah sekolah sebagai satu network atau sistem yang mengandungi beberapa sistem kecil yang berkaitan. Sistem boleh didefinisikan sebagai satu

16keseluruhan yang kompleks yang dibentuk dari pelbagai bahagian yang kadang kala berbezabeza, tetapi tertakluk kepada keperluan yang lebih besar dan sama. Sistem sistem kecil di sekolah mempunyai tugas atau tujuan-tujuan yang tertentu untuk menghasilkan keluaran tertentu iaitu pelajar yang berkembang dalam aspek minda, emosi, moral, dan fizikalnya. Pentadbiran pendidikan mengikut pendektan sistem melihat pendidikan sebagai satu sistem yang bersatu dan secara sistematik berusaha menukar segala sumber yang diberikan dengan baik dalam bentuk wang, manusia, kemudahan, dan proses-proses kepada hasil atau output yang berkaitan dengan matlamat-matlamat pendidikan dalam masyarakat. Jadual 2.4: Proses Pendidikan Sebagai Satu Sistem Sumber-sumber (Input) Wang Kepakaran Personel Taraf dan latar belakang murid / guru Proses Hasil Pendidikan (Output) yang Tujuan dan prioriti untuk Murid-murid membimbing aktiviti sistem. cemerlang. Pembelajaran pelajar menjadi Murid-murid yang berakhlak mulia. tujuan utama sistem. Pengurusan untuk menyelaras, mengarah, dan menilai sistem. Murid-murid yang terlatih dan mahir.

Idea, nilai, dan sokongan Strukur dan jadul masa masyarakat (untuk menggunakan masa dan mengalir pelajar mengikut tujuan-tujuan yang berbeza).

2.13.2

Pendekatan Analisa Sistem

Tujuan analisa sistem ialah untuk memahami dengan lebih berkesan lagi tingkah laku bagi keseluruhan dalam proses pentadbiran dalam sebuah organisasi. Melalui pendekatan ini, menganalisa pertalian antara komponen-komponen dan mengeluarkan data yang relevan untuk membantu pentadbir membuat keputusan. Masalah yang dihadapi adalah berkaitan dengan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dan menentukan pertalian-pertalian di antara bahagian. Terdapat lima komponen yang penting dalam analisa sistem, iaitu :1. 2. 3. 4. 5. Objektif sistem secara menyeluruh dan alat-alat pengukuran prestasi sistem. Iklim sistem. Sumber-sumber sistem. Komponen-komponen sistem seperti aktiviti, matlamat, alat-alat pengukuran, dan penilaian. Pengurusan sistem dijalankan.

17Pentadbiran pendidikan adalah satu proses sosial yang wujud dalam sistem sosial. Pencapaian matlamat ialah melalui hubungan unit-unit berhierarki di dalam sesuatu institusi pendidikan. Ia juga mleibatkan hubungan perseorangan (Zaidatol Akmaliah, 1998). Ahli-ahli pendekatan sistem menekankan bahawa setiap organisasi hendaklah dilihat sebagai satu sistem secara keseluruhan dan bukan sebagai bahagian-bahagian yang berasingan, malah bahagian-bahagiannya saling berkait dan berhubung di antara satu sama lain. Sesuatu sistem tidak akan terus wujud tanpa adanya input, proses penukaran, dan output yang berterusan. Ini kerana institusi pendidikan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran secara terbuka. Teori sistem ini menyediakan satu rangka kerja untuk membantu pentadbir merancang dan meramalkan apa yang akan terjadi. Keseimbangan akan dapat dikekalkan di antara keperluan tertentu berbagai-bagai bahagian dalam organisasi dengan keperluan-keperluan dan matlamat organisasi itu. 2.13.3 Pendekatan Analisa Input-Output

Analisa input output bertujuan untuk menggalakkan anggota-anggota bertindak dengan rasional dan sistematik terutama dari segi memperuntukkan sumber-sumber kepada bahagian-bahagian tertentu dalam sesebuah organisasi. Analisa ini juga membantu pentadbir untuk membuat ramalan atau menjangkakan hasilan daripada tindakannya. Istilah input ditakrifkan sebagai jenis-jenis sumber. Manakala output pula adalah hasilan yang dapat daripada sistem tersebut. Dalam analisa input output, sekolah atau organisasi digabarkan sebagai suatu pengeluar pendidikan atau jentera yang memproses manusia atau murid-murid. Rajah di bawah menunjukkan analisa sistem boleh digunakan sebagai suatu mekanisma untuk mengetahui bagaimana sumber sesebuah sekolah mempengaruhi pencapaian atau prestasi murid-muridnya. Input Proses Output

Sumber-sumber wang Dasar-dasar sekolah, kurikulum, Pencapaian murid-murid kemudahan sekolah taraf strategi pengajaran, kepimpinen dalam aspek akademik, sosio ekonomi murid, guru besar. keupayaan menyesuaikan guru-guru. diri dalam masyarakat moral diri. Rajah 2.9: Analisa Input - Output 2.13.4 Pendekatan Analisa Planning-Programming-Budgeting Systems (PPBS)

PPBS merupakan suatu pendekatan untuk membuat keputusan. Ianya menerangkan dengan jelas kos dan akibat sesuatu jalan tindakan yang dipilih oleh seorang pentadbir.PPBs menggalakkan pentadbir menggunakan maklumat-maklumat yang terkumpul semasa membuat keputusannya. PPBS dipengaruhi oleh bidang ekonomi dan ianya menggunakan kaedah kuantitatif. PPBS memerlukan aspek-aspek seperti berikut:1. Kenyataan tentang matlamat sistem dengan jelas. 2. Alat-alat pengukuran yang baik untuk menilai pencapaian sistem.

183. Rancangan-rancangan yang dianggap sebagai rancangan alternatif bagi mencapai matlamat sistem. 4. Anggaran-anggaran tentang kos sesuatu rancangan yang boleh dipercayai PPBS bertujuan untuk menambah dan memperbaiki lagi sistem budgeting yang wujud dalam organisasi itu. PPBS membantu seorang pentadbir menilai bahagian mana atau untuk projek apa perbelanjaan boleh dikurangkan di samping menentukan di mana pula modal dan perbelanjaan perlu ditambah. Selain itu, PPBS membolehkan pentadbir mengetahui terlebih dahulu kesan yang mungkin timbul dari sesuatu tindakan untuk memotong atau menambah budget sesuatu rancangan atau projek. 2.13.5 Pendekatan Analisa Network

Analisa rangkaian atau network merupakan suatu alat yang boleh digunakan untuk merancang dan mengawal sesuatu projek. Contoh analisa network adalah seperti berikut:-

1. 2.

Program Evaluation Review Technique (PERT) Critical Path Program (CPM) Kedua-dua alat ini berguna untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan peruntukan wang dan pengurusan masa. Kaedah-kaedah dalam kumpulan ini membolehkan seorang pentadbir membuat keputusan atau memenuhi sesuatu matlamat projek dalam masa yang telah ditetapkan.

19