teori moraliti dalam pendidikan
TRANSCRIPT
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini negara sering digemparkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan moral.
Bukan hanya masyarakat biasa sahaja tetapi orang atasan juga dikaitkan dengan isu tidak
bermoral seperti amalan rasuah, kelakuan songsang, penghinaan terhadap pemimpin dan
sebagainya. Isu yang hangat diperkatakan sekarang berkenaan dengan penyebaran gambar lucah
pemimpin wanita Parti Keadilan Rakyat, Elizabeth Wong oleh individu yang tidak
bertanggungjawab. Terdapat juga orang atasan dalam kerajaan yang menerima rasuah daripada
pemaju demi memcepatkan kelulusan sesuatu projek. Selain itu, isu guru melakukan gangguan
seks terhadap pelajarnya juga memberi gambaran bahawa pendidik yang disanjung mulia juga
tidak terlepas daripada melakukan kesalahan moral. Persoalannya disini, adakah moral tidak lagi
penting dalam zaman serba canggih dan manusia saling berlumba-lumba mencapai kepuasan diri
dan kekayaan hidup?
Apabila berbicara mengenai moral, pasti tergambar di fikiran setiap makhluk yang
bernama manusia bahawa setiap insan di dunia mempunyai agama dan kepercayaan masing-
masing. Agama dan kepercayaan tersebut sering menekankan konsep saling berbuat baik dan
menjauhi kejahatan. Agama Islam menekankan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan
kejahatan akan dimurkai oleh Allah S.W.T. Agama Buddha juga ada menetapkan kepada
kebaikan dengan mewujudkan jalan mulia lapan lapis. Begitu juga semua agama lain.
Persoalannya disini mengapa masih ada mereka yang dikatakan beragama tetapi tetap melakukan
kejahatan?
1
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Moral merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam hubungan sesama
manusia, yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada pemikiran dan sentimen
umum yang tertentu. Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya
manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam soal makan minum atau yang
berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk.
Oleh sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalahan mereka dianggap tidak
bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Perbincangan mengenai moral juga
sering dikaitkan dengan beberapa teori oleh ahli falsafah yang terkenal dalam bidang berkaitan
moral. Hal ini kerana, setiap ahli falsafah melihat sesuatu isu moral itu dari sudut yang berbeza
berdasarkan penilaian dan kepercayaan hidup yang mereka pegang.
2.0 DEFINISI MORAL
Pemahaman mengenai “apa itu moral” setiap orang adalah berbeza-beza. Pada umumnya ahli –
ahli falsafah mengatakan bahawa moral hanya ditujukan kepada makhluk-makhluk yang
rasional sahaja. Konsep moral ini tidak ditujukan kepada makhluk yang tidak berpandukan
kepada prinsip-prinsip rasionaliti. Haiwan yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat
terbuka seperti membuang air besar atau membuang air kecil tidak dianggap tidak bermoral
kerana mereka tidak tahu prinsip-prinsip rasionaliti. Berbanding manusia yang membuang air
besar atau air kecil di tempat terbuka dianggap tidak bermoral dan melakukan kesalahan kerana
norma dan undang-undang dalam masyarakat yang mengharamkan perbuatan tersebut.
2
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Moral bermaksud “concerned with principles of right and wrong behavior” (Oxford
Advanced Learner’s Dictionary: 2005). Manakala dalam kamus dewan (1986) pula, moral
bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan atau yang berkaitan
dengan betul atau salah. Moral berasal dari bahasa latin iaitu moralitas yang bermaksud adat,
kebiasaan, sopan, tradisi, budi pekerti, dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan peraturan
dan piawaian dalam sesebuah masyarakat (Wikipedia ensiklopedia: 2002).
Masyarakat telah menentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan suara
majoriti. Jika sekumpulan remaja menunggang dengan laju dan membahayakan orang lain.
Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral. Sebaliknya jika seorang remaja menunggang motor
mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan maka mereka dianggap bermoral.
Pemahaman mengenai moral ini tidak spesifik dan bersifat dinamik mengikut sejarah dan
tatacara hidup sesebuah masyarakat berkenaan (Dorothy Emmet: 1979).
Moral terbahagi kepada dua iaitu:
a) Baik
Bermaksud segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Ianya tidak
memudaratkan individu berkenaan dan juga masyarakat disekelilingnya.
b) Buruk
Bermaksud suatu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai tidak baik dan
memberi kemudaratan kepada diri dan juga orang disekelilingnya.
3
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
3.0 TEORI-TEORI MORALITI
Apabila membincangkan mengenai moral terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan oleh
beberapa ahli falsafah terdahulu berkenaan dengan moral. Antara tokoh falsafah moral yang
tradisional adalah Socrates (460-339sm), Plato (427-347sm), Aristotle ( 384-322sm). Manakala
ahli falsafah moral yang moden pula adalah Immanuel Kant (1724-1804) yang memperkenalkan
prinsip moral yang dipanggil “categorical imperative”, Jeramy Bentham (1742-1832) dan John
Stuart Mill (1808-1873) yang merupakan pelopor kepada teori Utilitarianism dan Jean–Paul
Sartre (1905-1980) yang memperkenalkan teori Existentiallism.
Dalam bab ini kumpulan kami hanya menumpukan kepada empat kandungan perbincangan
yang utama berkenaan teori moraliti iaitu:
a) Teori Consequentialist (Teleological)
b) Teori Psikologikal Egoisma (Psikologi Egoism)
c) Teori Utilitarian
d) Kesukaran dalam teori Consequentialist
3.1 Teori Consequentialist (Teleological)
3.1.1 Pengenalan
Salah satu teori moral yang terkenal adalah teori moraliti “Consequentialist”. Consequentialist
merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan itu mendatangkan manfaat atau membawa
kemudaratan kepada makhluk yang terlibat daripada tingkahlaku yang dilakukan. Teori ini juga
dikenali sebagai teori akibat memandangkan ia lebih melihat kepada kesan yang berlaku selepas
4
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
perbuatan itu dilakukan. Sesuatu perkara itu dianggap betul atau tidak bergantung kepada
kepercayaan yang dipegang oleh individu itu sendiri.
Antara tokoh terawal yang mempelopori teori ini adalah Jeremy Bentham (1784-1832)
dan John Stuart Mill (1806-1873).. Beliau merupakan seorang ahli falsafah Inggeris yang juga
mempelopori Teori Utilitarianism (teori gunaan). Perkataan Teleology berasal dari perkataan
Yunani iaitu “telos” yang bermaksud tujuan atau matlamat. Pada pengamatan seorang ahli
falsafah yang mempercayai teori ini , mereka akan menentukan perbuatan mencuri itu suatu yang
betul atau salah berdasarkan kepada akibat yang berlaku selepas perbuatan itu dilakukan. Akibat
yang baik boleh ditentukan berdasarkan dua akibat iaitu tingkah laku itu. Berjaya membuatkan
orang lain bahagia dan ianya juga menguntungkan diri si pelaku dimana mereka berasa puas
dapat memenuhi keperluan orang lain.
Apabila membincangkan mengenai teori ini, akan timbul persoalan iaitu tindakan yang
dilakukan adalah untuk siapa. Persoalan berkenaan ini akan wujud kerana apabila melakukan
sesuatu pasti terdetik niat dalam hati si pelaku. Oleh sebab itu, apa yang berlaku akan melihat
kepada kumpulan yang menerima akibatnya. Kumpulan ini dipanggil sebagai kumpulan sasaran
dan kumpulan umum. Kedua-dua kumpulan ini akan menerima akibat daripada perlakuan si
pelaku. Kumpulan sasaran adalah mereka yang menerima kesan secara langsung iaitu diri si
pelaku, ahli keluarganya dan masyarakat sekelilingnya. Manakala kumpulan umum pula adalah
mereka yang menerima tingkah laku tersebut secara tidak langsung.
5
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Apabila Amerika mengambil keputusan menyerang Iraq mereka telah menyatakan
bahawa mereka sedang bertarung untuk menghapuskan pemberontak di Iraq. Kumpulan yang
menerima akibat daripada tindakan Amerika secara langsung adalah penduduk Iraq yang lemah
dan tidak berdosa. Pada pengamatan tokoh teori ini mereka melihat akibat yang berlaku daripada
perbuatan Amerika terhadap rakyat Iraq adalah salah dan tidak bermoral. Hal ini kerana akibat
yang berlaku selepas itu telah mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat Iraq. Sebaliknya pula
pada pandangan Amerika perbuatan mereka itu adalah perlu bermoral memandangkan
pemberontak yang ada di Iraq itu akan mengancam manusia jika tidak dihapuskan dengan
segera. Perbezaan pendapat ini disebabkan akibat yang dilihat selepas perbuatan itu dinilai pada
sudut yang berbeza berdasarkan nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh si pelaku itu adalah
berbeza.
3.1.2 Kritikan
Terdapat beberapa kritikan terhadap teori Consequentialist yang melihat teori ini perlu diberi
perubahan. Kritikan pertama adalah sukar untuk melihat akibat yang terjadi pada seseorang
dengan seseorang yang lain. Maksudnya, sesuatu akibat yang berlaku pada individu A adalah
berbeza dengan akibat yang berlaku pada individu B. Contohnya, pada masa kini kerajaan telah
menguatkuasakan penggunaan tali pinggang untuk penumpang di belakang. Tujuan kerajaan
melaksanakannya adalah apabila dikaji ramai penumpang dibelakang maut kerana tidak ada
sistem keselamatan seperti pemandu di hadapan.
6
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Oleh sebab itu, apabila kerajaan melaksanakannya kerajaan berharap setiap rakyat akan
mengikutinya. Dalam masyarakat pula, jika keluarga yang hanya mempunyai tiga orang anak
sahaja tidak menjadi masalah pada mereka untuk menggunakan tali pinggang penumpang
dibelakang. Sebaliknya jika keluarga yang mempunyai enam orang anak adalah sukar bagi
mereka untuk melaksakannya kerana adalah mustahil jika mereka meninggalkan anak-anak
mereka di rumah. Oleh sebab itu, akibat daripada perlaksanaan undang-undang ini dilihat
mendatangkan kebaikan kepada keluarga yang sedikit manakala pada keluarga yang mempunyai
ahli yang ramai ianya telah membebankan mereka. Oleh sebab itu, adalah sukar untuk
menentukan akibat daripada suatu tingkah laku yang dilakukan.
Kritikan kedua adalah kesukaran menerapkan nilai moral kepada generasi muda atau
pelaku baru. Berdasarkan teori, akibat sesuatu perbuatan itu hanya akan dilihat selepas sesuatu
tingkah laku itu dilakukan. Berdasarkan akibat yang berlaku, baik atau buruk sesuatu akibat itu
bergantung kepada mereka yang menerima kesannya. Oleh sebab itu, pada pandangan
sesetengah orang kelakuan tersebut adalah baik berdasarkan nilai dalam komuniti mereka.
Sebaliknya pula dalam komuniti lain mereka berasa tindakan yang berlaku adalah salah. Sebagai
contoh, amalan merokok di kalangan lelaki dewasa boleh memberikan perspektif yang negatif
terhadap perkembangan kanak-kanak. Amalan merokok tidak baik untuk kesihatan tetapi
semakin ramai yang merokok kerana ada yang merokok tetapi tidak menghadapi apa-apa
penyakit. Oleh sebab itu, adalah sukar untuk menerapkan nilai moral kepada generasi muda agar
mereka tidak merokok kerana mereka melihat akibat yang berlaku tidak seperti yang
diperkatakan.
7
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Kritikan seterusnya ialah teori ini sukar untuk melihat kesemua akibat dalam satu jangka
masa yang pendek. Untuk melihat akibat sesuatu tindakan itu ia dilihat dalam satu jangka masa
yang panjang. Untuk jangka masa pendek kesan yang timbul adalah hanya sementara dan dalam
jangka masa yang panjang kesan yang timbul adalah berbeza daripada kesan jangka masa
pendek. Contohnya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains untuk jangka masa
pendek menyebabkan berlakunya akibat yang negatif terhadap keputusan peperiksaan pelajar
kerana ketidakmampuan mereka dalam mendalami Bahasa Inggeris. Sebaliknya, untuk kesan
jangka panjang masih belum diketahui sama ada akibat yang wujud baik atau tidak. Ianya
bergantung kepada kesan yang berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut pada masa
hadapan.
3.1.3 Rumusan dan contoh
Sebagai rumusan bagi Teori Consequentialism ( Teleologikal), teori ini lebih menekankan
kepada akibat daripada sesuatu tindakan itu. Berbanding Deontological yang melihat pada
keadaan semasa tingkah laku tersebut sahaja dimana ia mendatangkan keuntungan sahaja dan
tidak melihat akibat selepas itu.
Contoh isu semasa yang berlaku di dunia adalah serangan Israel di bumi Gaza. Pada
pandangan teori ini mereka melihat akibat daripada tindakan yang dilakukan oleh Israel banyak
mendatangkan akibat yang buruk. Oleh kerana itu, pendokong teori ini mengatakan bahawa
Israel adalah kaum yang tidak bermoral kerana melakukan kekejaman terhadap rakyat Gaza yang
tidak berdaya dan lemah. Oleh kerana teori ini melihat kesan yang timbul adalah mendatangkan
8
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
kesengsaraan dan penderitaan maka tindakan Israel itu dianggap salah dan tidak diterima oleh
semua orang.
3.2 Kesukaran dalam Teori Consequentialist
Perbincangan mengenai Teori Consequentialist didapati mewujudkan kesukaran dalam
melaksanakan teori ini. Kesukarannya wujud dalam keupayaan kita untuk menghurai dan
menyimpul seberapa banyak akibat yang mungkin tentang sesuatu tindakan yang kita ambil
untuk menyelesaikan sesuatu masalah moral. Hal demikian kerana faktor akibat adalah lebih
penting dalam teori Consequentialist.
Di samping itu, kesukaran lebih jelas ketika individu itu pada asasnya mengambil berat
tentang kepentingan diri dan individu yang mengambil berat tentang kepentigan bersama orang
lain. Sebenarnya, perkara asas yang sukar dalam teori ini adalah aspek untuk menghuraikan
sesuatu masalah dengan mengambil kira tentang kepentingan diri berserta dengan bagaimana
tindakan itu akan mempengaruhi orang lain selain daripada diri sendiri sama ada secara positif
atau negatif. Kritikan yang paling hebat adalah kesukaran dalam mendapatkan seberapa banyak
berapa mungkin akibat dengan bergantung kepada kemampuan kita. Jelas kini bahawa diri kita
tidak mampu untuk melihat jauh ke masa depan dan meramalkan akibat yang bakal kita hadapi
dengan lebih jelas. Walaupun kita mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam diri kita,
namum adalah sukar bagi diri kita yang mempunyai pendapat yang berbeza untuk membuat
suatu kata putus terhadap sesuatu hukuman atau tindakan.
9
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Satu contoh yang sesuai adalah jika seseorang berada di bawah kepimpinan seorang
pemimipin yang tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin yang baik. Salah satu cara
untuk menumbangkan pemimpin tersebut adalah melalui cara membunuhnya jika sesebuah
negara tersebut tiada undang-undang. Berbanding negara yang ada undang-undang seseorang
pemimpin itu boleh dijatuhkkan dengan cara mendedahkan kesalahan yang dilakukan semasa
menjadi pemimpin seperti rasuah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apakah kesan yang
timbul selepas pemimpin tersebut ditumbangkan adalah baik atau tidak? Persoalan inilah yang
sering menjadi kesukaran dalam teori ini kerana sesuatu tindakan itu dianggap bermoral apabila
akibat selepas itu dilihat lebih banyak mendatangkan kebaikan. Bagaimana pula jika pemimpin
yang baru dipilih adalah seorang yang lebih teruk daripada pemimpin sebelum itu? Oleh sebab
itu adalah sukar untuk menyatakan sama ada suatu tindakan itu bermoral atau tidak dengan
hanya melihat akibatnya pada satu jangka masa yang pendek sahaja.
William Gass merupakan seorang bekas professor falsafah menyangkal bahawa teori moral
seperti Consequentialist tidak berupaya untuk menjelaskan mengapa sesuatu tindakan yang salah
di sisi undang-undang adalah salah di sisi moral. Manakala, G.E.M Ascombe yangmerupakan
ahli falsafah analitik British dalam ungkapan kertas kerjanya terhadap teori Consequentialist
menyatakan bahawa teori ini tidak memberi panduan yang perlu dibuat oleh seseorang. Hal
demikian kerana dalam teori Consequentialist, benar dan salah sesuatu tindakan itu adalah diadili
berdasarkan kepada akibat yang timbul selepas tindakan itu diambil. Ascombe sendiri tidak
bersetuju dengan konsep teori Consequentialist yang pada asasnya hanya membuat pendirian
berdasarkan benar dan salah tindakan yang diambil.
10
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Bernard William (1965), telah menyangkal bahawa Teori Consequeltialist adalah berbentuk
pemisah oleh kerana ia mengkehendaki banyak agen moral. Ianya telah membentuk pemisah di
antara mereka dan masalah serta komitmen. Williams berpendapat bahawa agen moral sangat
diperlukan untuk membentuk pandangan yang tidak peribadi terhadap kesemua tindakan, oleh
kerana hanya kepada akibat. Di samping itu, Williams berpendapat bahawa toeri ini
mengkehendakkan terlalu banyak agen moral, makna kata teori Conseqeuntialist berkehendak
bahawa mereka akan rela berkorban perkara peribadi dan komitmen untuk mencapai sesuatu
yang bermanfaat terhadap sesuatu tindakan yang diambil.
Pendapat seterusnya telah dikemukan oleh ahli falsafah Amerika iaitu Thomas Nagel yang
menyifatkan bahawa teori Consequentilaist gagal dalam mempertimbangkan secara terperinci
masalah masyarakat yang diakibatkan oleh sesuatu tindakan. Beliau berpendapat teori
Consequentialist tidak berupaya mengkritik secara kritis hak kemanusian dalam peperangan. Di
samping itu, isu ini turut boleh dikaitkan dengan contoh daripada sejarah Amerika Syarikat iaitu
tindakan presidan Amerika Syarikat Presiden Harry Truman ketika perang dunia kedua. Adakah
beliau ketika itu telah mengetahui akibat tindakannya meletakkan bom atom di Hirishima dan
Nagasaki pada perang dunia kedua? Pelbagai akibat yang telah mungkin dilihat beliau ketika itu
contohnya, memendekkan tempoh peperangan, menyelamatkan nyawa masyarakat Amerika
Syarikat. Walaubagaimanapun, adakah beliau melihat akibat jangka panjang dimana berlakunya
perang dingin, kesan radiasi dan kesan pencemaran atmosfera? Oleh yang demikian, huraian
yang dapat dilihat melalui contoh di atas dapat diungkapkan bahawa proses menghurai dan
11
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
menyimpul sesuatu akibat terhadap sesuatu tindakan kita sama ada untuk kepentingan diri atau
untuk kepentingan bersama adalah bukan satu tugas mudah.
Kesimpulannya, teori Consequentialist memgambil kira aspek akibat yang luas dan
menjerumus ke dalam tugas yang bukan sesuatu yang mudah. Hal demikian ditambah dengan
kemampuan kita yang terbatas dalam ilmu pengetahuan dan tidak berupaya meramal akibat yang
boleh menentukan secara tepat bahawa tindakan yang diambil akan membawa manfaat.
3.3 Teori Psikologikal Egoisma (Psikologikal Egoism)
3.3.1 Pengenalan
Negara pernah digemparkan dengan pembunuhan seorang lelaki yang cuba membantu seorang
wanita daripada diragut. Kebelakangan ini kita melihat banyak orang dan organisasi tertentu
melakukan aktiviti amal untuk mengumpul dana membantu warga Gaza yang dalam kesusahan.
Ramai orang yang lebih suka menghabiskan masa terluangnya untuk melakukan kerja-kerja
sukarelawan di hospital daripada membuang masa di rumah. Semua tindakan-tindakan yang
diberikan diatas adalah antara contoh yang diberikan untuk mengambarkan bukan semua
manusia bersikap pentingkan diri. Terdapat juga yang berniat membantu untuk kepuasan diri
apabila dapat member bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Keadaan ini dipanggil
sebagai psikologikal egoism.
Psikologikal egoism merujuk kepada satu keadaan dimana manusia sentiasa
dimotivasikan untuk menolong dengan keinginan untuk memuaskan hati mereka. Terdapat
12
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
beberapa pandangan tentang tingkah laku menolong dikalangan manusia. Salah satu daripada
pandangan tersebut menyatakan bahawa manusia pada dasarnya mementingkan diri sendiri,
bertindak mengurangkan kesakitan, sebaliknya memaksimumkan kenikmatan untuk dirinya
sendiri. Pandangan ini dirujuk sebagai egoisme.
Psikologikal egoism tidak semestinya mnegandaikan bahawa manusia tidak langsung
mahu menolong orang lain, tetapi maksudnya bahawa kesan daripada tindakan sesuatu
pertolongan yang telah dberikan menguntungkan manusia yang menolong itu. Tingkah laku
seperti ini dapat digambarkan melaluin contoh seorang pekedai yang menjual barang keperluan
harian kepada seorang pelanggan yang benar-benar memerlukannya. Seseorang yang
mementingkan diri sendiri biasanya tidak mengambil berat tentang kepentingan orang lain.
Dengan demikian terdapat perbezaan antara tindakan yang bertujuan mementingkan diri sendiri
semata-mata dengan tindakan yang bertujuan mengharapkan faedah untuk diri sendiri disamping
ingin menolong orang lain.
Sementara itu satu lagi pandangan mengenai tingkah laku menolong menyatakan bahawa
manusia yang menunjukan tingkah laku peduli atau mengambil berat tentang kebajikan orang
lain tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran daripada apa yang dilakukannya. Tingkah laku yang
tidak mementingkan diri ini dirujuk sebagai altruism. Seseorang yang bertindak menolong orang
lain yang berada dalam kecemasan boleh dianggap sebagai altruistik (mempunyai sikap
mengutamakan kesenangan orang lain) sekiranya dia tidak mengharapkan apa-apa ganjaran
sosial, material, atau psikologikal daripada pertolongan tersebut. Dengan kata lain pertolongan
13
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
yang diberikan adalah secara ikhlas. Tingkah laku seperti ini terjadi mungkin disebabkan
perasaan tanggungjawab dan bermoral manusia tersebut.
3.3.2 Bentuk Psikologikal Egoism
Psikologikal terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
a) Egoism etika individu – Merujuk kepada pemikiran setiap orang patut bertindak untuk
kepentingan diri sendiri
b) Egoism etika personal- Merujuk kepada menentukan apa yang harus dilakukan oleh
orang lain.
c) Egoism universal- Merujuk kepada setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri
kecuali kepentingan orang lain juga dapat memenuhi kepentinggannya.
3.3.3 Perspektif dalam tingkah laku menolong
a) Persepektif sosiobiologi
Mengikut perspektif ini, tingkah laku menolong khususnya dikalangan haiwan diwarisi melalui
genetik dan bukanlah dipelajari sebagaimana tingkah laku dikalangan manusia. Dengan kata lain
tingkah laku prososial telah ditentukan melalui gen, dengan tingkah laku tersebut mempunyai
nilai kelangsungan yang tinggi. Dalam kehidupan serangga misalnya mereka saling membantu
untuk menruskan kehidupan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Walau bagaimanapun,
dalam kehidupan manusia tindakan menolong masih lagi dipelajari daripada ibu bapa kanak-
kanak tersebut. Oleh sebab itu, niat untuk membantu masih bergantung kepada bagaimana
14
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
manusia belajar untuk membantu. Adakah untuk kepuasan diri sendiri atau untuk membuatkan
orang yang dibantu itu gembira.
b) Perspektif pembelajaran sosial
Mengikut perspektif ini, motif membantu diperolehi daripada proses pembelajaran yang
mempengaruhi masyarakat dan budaya. Teori pembelajaran sosial seperti yang dikemukakan
oleh Albert Bandura (1969) mengandaikan kanak-kanak belajar meniru sesuatu tingkah laku
daripada pemerhatian mereka terhadap ibu bapa mereka. Melalui teori ini, kanak-kanak yang
akan meniru atau mengajuk tingkah laku model kadang kala akan diberikan peneguhan dalam
pelbagai bentuk misalnya pujian, hadiah, galakan dan seumpanya. Melalui peneguhan yang
diberikan ia akan menggalakkan kanak-kanak tersebut mneyemaikan dalam diri perasaan untuk
membantu.
c) Perspektif norma sosial
Dalam perspektif ini, terdapat empat norma yang menggalakan amalan menolong iaitu norma
ketimbalbalikkan, norma tanggungjawab sosial, norma kesamaan dan keadilan dalam
pengagihan dan seterusnya norma sosial dan peribadi.
Norma ketimbalbalikkan merujuk kepada pertukaran sesuatu barang atau tindakan antara
manusia. Kadang kala pertukaran ini telah ditentukan terlebih dahulu berdasarkan keperluan
individu teresbut. Contohnya, individu A dan individu B telah bersetuju jika Individu B boleh
15
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
memberi individu A duit selepas dia mendermakan darahnya kepada isteri individu B, maka
tindakan yang dilakukan bermotif inginkan ganjaran selepas melakukan sesuatu tindakan. Oleh
sebab itu, perasaan id dalam diri individu A ingin dipenuhi dengan cara menerima kembali
ganjaran daripada pertolongan yang diberikan agar kepuasan diri dapat dipenuhi.
Norma tanggungjawab sosial pula merujuk kepada orang yang berkemampuan perlulah
membantu orang yang dalam kesusahan. Ianya lebih kepada perasaan tanggungjawab dalam diri
individu tersebut untuk membantu orang lain. Motif dalam diri adalah untuk membantu. Walau
bagaimanapun, akibat daripada tingkah laku berkenaan tidak dapat dikenal pasti sama ada
membantu untuk memenuhi kepuasan dalam diri atau untuk mendapatkan semula balasan.
Contohnya, seorang wakil rakyat kawasan Z perlulah membantu rakyat yang berada dikawasan
beliau tanpa mengira kaum atau parti politik. Jika motif dalam hatinya adalah hendak melakukan
tanggungjawabnya dengan ikhlas, maka dia tidak akan teragak-agak membatu semua rakyat di
bawahnya semampunya. Walau bagaimanapun, jika dia seorang yang mengharapkan balasan
daripada tanggungjawab yang dilakukannya maka dia boleh dianggap tidak bermoral kerana
tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.
Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan merujuk kepada banyaknya faedah atau
pertolongan yang diberikan kepada orang lain sering dipengaruhi oleh peraturan sosial mengenai
keadilan dan kesamaan dalam mengagihkan faedah dan pertolongan tersebut. Norma kesamaan
menyatakan bahawa setiap ahli sesuatu kelompok hendaklah mendapat faedah secara sama rata
daripada pengagihan ganjaran. Di pihak norma keadilan pula mengambil kira sumbangan-
16
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
sumbangan seseorang terhadap usaha-usaha kelompok. Kelompok mungkin menilai sumbangan
dengan cara yang berbeza-beza, memberi keutamaan kepada mereka yang menyumbang tenaga,
sumber, material dan masa. Jika dikaitkan dengan motif dan akibat pula, seseorang yang
melakukan sesuatu tindakan itu sering dipengaruhi oleh apa yang mereka akan terima selepas itu.
Terakhir adalah norma sosial dan norma peribadi. Norma ini merujuk kepada ramalan
terhadap sesuatu tingkah laku melalui norma-norma sosial dalam masyarakt. Norma dalam
masyarakat adalah berubah-ubah dan tidak tetap. Contohnya, dalam norma masyarakat ada ibu
bapa yang menerima jika terdapat ahli masyarakat yang mengadu mengenai kelakuan songsang
anak mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat terima. Oleh sebab
itu, jika motof di hati untuk membantu tetapi jika akibat yang diterima tidak seperti yang
diharapkan maka ianya hanya akan mengundang masalah dan memecah belahkan hubungan
dalam masyarakat.
3.3.4 Ciri-ciri individu yang bertingkah laku membantu
Berdasarkan kajian–kajian lampau, Baron dan Byrne (2000) telah merumuskan dan
menyenaraikan pembolehubahn personaliti alturistik seperti berikut:
a) Empati: Manusia yang cenderung bertingkahlaku membantu adalah mereka yang
mempunyai empati yang tinggi. Mereka juga bertanggungjawab, akur, tolak ansur, kawal
diri dan ingin memberikan impresi yang baik kepada orang lain.
17
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
b) Percaya kepada dunia yang adil: Mereka mempunyai persepsi bahawa kehidupan di
dunia ini adalah adil apabila tingkahlaku yang baik diberi ganjaran dan tingkah laku
menolong bukan sahaja memberi faedah kepada orang yang diberi pertolongan tetapi
juga kepada orang yang memberi pertolongan.
c) Tanggungjawab sosial: Mereka mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi. Biasanya
mereka percaya bahawa setiap manusia bertanggungjawab untuk melakukan sebaik
mungkin dalam menolong orang lain.
d) Lokus kawalan dalaman: Mereka percaya bahawa mereka boleh menentukan cara-cara
yang terbaik untuk bertingkah laku dalam memberikan pertolongan. Berbeza dengan
mereka yang mempunyai lokus kawalan luaran di mana mereka ini hanya berserah pada
nasib, dan dengan demikian tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong.
e) Egosentrisme yang rendah: Mereka ini tidak mementingkan diri sendiri. Manusia yang
kurang cenderung memberikan pertolongan biasanya bersifat egosentrik dan bersaing.
Terdapat satu lagi teori yang mempunyai kaitan yang rapat denga teori psikologikal egoism
iaitu teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Frued iaitu teori psikoanalisis Frued. Menurut
beliau manusia pada asalnya adalah jahat. Walau bagaimanapun, terdapat tiga persoanaliti
manusia yang mengawal seseorang manusia itu bertindak semakin jahat atau sebaliknya. Tiga
bentuk personality berkenaan adalah Id, Ego dan Superego.
Id merujuk kepada tenaga naluri yang mendorong seseorang untuk bertindak dan
mendapat kepuasan tanpa mengira akibat. Id juga dipanggil sebagai keadaan tidak sedar dalam
18
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
diri manusia. Sebenarnya terdapat banyak desakan yang menyuruh manusia memenuhi
keinginan diri tanpa memikirkan adakah kepusan yang diingini itu memberi kesan buruk atau
tidak kepada orang lain. Id juga dikatakan satu tingkah laku yang sombong dan mementingkan
diri sendiri.
Ego merujuk kepada proses psikologi seperti mengingat, mengamati, merasai dan
sebagainya. Ego juga diklasifikasikan sebagai satu keadaan sedar dalam diri manusia. Semua
tingkah laku yang dilakukan oleh manusia disedari dan diketahui akibatnya kerana ianya adalah
suatu yang realistik dan rasional. Satu tahap lagi dalam sistem pembentukan personaliti menurut
Freud iaitu Superego.
Superego merujuk kepada satu personaliti moral yang boleh berkembangsecara beransur-
ansur oleh pengaruh persekitarannya. Ia juga di panggil sebagai tahap separa sedar. Pada
peringkat ini, ia berfungsi mengawal tingah laku mengikut peraturan masyarakat dan penawaran
ganjaran untuk tingkah laku baik dan hukuman bagi tingkah laku buruk. Superego juga
bertanggungjawab mengawal id daripada menguasai ego untuk melakukan perkara yang tidak
sepatutnya bagi memenuhi keinginan id.
Contohnya, kanak-kanak amat menyukai aiskrim. Id dalam diri mereka akan mendesak
kanak-kanak tersebut supaya sentiasa makan aiskrim. Walaupun begitu, superego akan
mengawal kanak-kanak tersebut daripada sentiasa makan aiskrim kerana takut gigi kanak-kanak
19
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
tersebut semakin rosak. Oleh sebab itu, ego akan dikawal supaya tidak membeli dan sentiasa
makan aiskrim.
3.3.2 Kritikan
Merujuk kepada teori psikologikal egoism ini, didapati masih terdapat kekeburan dalam
penghuraiannya dalam menjelaskan rasional seseorang itu membantu orang lain. Teori ini
menyatakan setiap orang mempunyai ego yang mendorong mereka melakukan sesuatu untuk
mendapatkan balasan. Walaupun terdapat individu yang melakukannya kerana hendakan
balasan tetapi terdapat juga individu yang melakukan sesuatu bukan kerana inginkan balasan.
Oleh sebab itu, teori ini masih boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ia mengeneralisasikan
kesemua populasi dengan hanya menggunakan sedikit sahaja individu sebagai sampel.
Selain itu terdapat kekeliruan dalam perbincangan mengenai teori ini dimana konsep
‘self-fishness’ dan ‘self-interested’. Kekeliruan mengenai dua konsep ini dalam teori
psikologikal kerana motiv seseorang itu melakukan sesuatu tindakan. Self-fishness merujukan
kepada seseorang yang melakukan tindakan tanpa memikirkan tentang orang lain. Mereka tetap
melakukan tindakan tersebut tetapi tidak berfikir kesannya terhadap orang lain sama ada buruk
atau tidak. Manakala self-interested pula merujuk kepada motif seseorang melakukan sesuatu
kerana dirinya hendak melakukan bagi memenuhi kepuasan dalam diri. Mereka yang melakukan
tingkah laku ini sentiasa memastikan kesan yang berlaku daripada tingkah lakunya
mendatangkan kegembiraan kepada orang lain. Contohnya, perokok bertindak mementingkan
diri dengan melakukan apa yang diingininya tanpa menghiraukan orang lain dan bukan bertindak
20
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
untuk kepentingan diri untuk melakukan sesuatu yang dapat memberikan manfaat pada dirinya
sendiri.
3.4 Teori Utilitarian
Utilitarianisme berasal daripada perkataan ‘utility’ yang mempunyai maksud yang sama dengan
kegembiraan atau juga sebagai kepuasan. Namun demikian, maksud tersebut ditaksir berlainan
bagi orang yang berlainan. Sekiranya diteliti, maksud kegembiraan atau kepuasan itu adalah
bergantung kepada nilai yang ada pada seseorang itu.
Sebagai contohnya, John Stuart Mill, seorang ahli utilitarian yang terkenal pada abad ke-19,
berpendapat bahawa manusia mempunyai suatu kapasiti manakala haiwan tiada. Oleh itu,
apabila kita mengetahui tentang kewujudan kapasiti itu, maka kita tidak boleh menganggap
semua benda mempunyai kegembiraan kecuali benda tersebut dirangkumkan di dalam diri
mereka.
Utilitarianisme juga dipelopori oleh Jeremy Bentham (1748 – 1832) dan John Stuart Mill
(1806 – 1873). Utilitarianisme berasal daripada perkataan ‘utiliti’ yang membawa maksud
sesuatu yang berguna atau berfaedah. Ahli Utilitarian mengatakan bahawa sesuatu perlakuan itu
adalah betul (bermoral), sekiranya perlakuan itu adalah berfaedah dan membawa hasil atau
kesudahan yang baik atau diinginkan. Alasan untuk menerangkan Utilitarianism ini umumnya
21
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu, Perlakuan Utilitarianisme (Act Utilitarianism) dan
Peraturan Utilitarianisme (Rule Utilitarianism).
3.4.1 Perlakuan Utilitarianisme (Act Utilitarianism)
Perlakuan Utilitarianisme membicarakan tentang tindakan moral dengan menentukan sama ada
tindakan itu sendiri menghasilkan utiliti yang banyak atau sekurang – kurangnya mempunyai
utiliti yang sama banyak dengan perlakuan yang lain. Selain itu, Perlakuan Utilitarianisme turut
menyatakan setiap individu sepatutnya melakukan tindakan yang dirasakan dapat membawa
kesan yang baik melebihi yang buruk bagi setiap individu yang menerima kesan daripada
perlakuan itu. Sebaliknya, konsep ini tidak mempercayai bahawa sesuatu itu adalah baik apabila
mewujudkan peraturan bagi tindakan itu kerana berpendapat bahawa setiap situasi dan setiap
manusia adalah berbeza.
Dalam Perlakuan Utilitalianisme, tidak ada satu peraturan yang mutlak berkenaan dengan
pembunuhan, kecurian, dan penipuan kerana setiap situasi adalah berbeza – beza dan semua
orang adalah berbeza - beza. Oleh itu, dalam semua perlakuan tersebut, secara umumnya yang
dianggap tidak bermoral akan dianggap bermoral atau sebaliknya.
22
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
3.4.3 Kritikan Terhadap Perlakuan Utilitarianism
a) Kesukaran Menentukan Kesan Kepada yang Lain
Terdapat beberapa kritikan bagi Perlakuan Utilitarianisme. Satu daripadanya ialah Utilitarianism
ini memberikan sokongan kepada etika egoism dan ini adalah sukar untuk menentukan apa yang
seterusnya akan memberi kesan yang baik kepada yang lain. Selain daripada itu, kesukaran untuk
menentukan apakah kesan seterusnya merupakan salah satu masalah daripada banyak tindakan
yang perlu ditentukan kesan baik dan betulnya kepada orang yang lain.
b) Tidak Praktikal Pada Sesuatu Permulaan Situasi
Ramai ahli moral akan bertanya soalan tentang perlakuan dan percaya bahawa kesan setiap
tindakan dan pada setiap individu adalah sama ada lengkap atau berbeza. Selain itu juga, terdapat
banyak persamaan di antara manusia dan gelagat mereka yang akan mewujudkan peraturan
tertentu.
Faktor masa dalam membuat keputusan moral merupakan sesuatu yang penting dan
seringkali individu tidak mempunyai masa untuk memulakannya apabila berhadapan dengan
setiap masalah moral. Sebaliknya, jika terus menggunakan cara paksaan akan menyebabkan
percanggahan dengan perlakuan moral.
23
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
c) Kesukaran Dalam Pengajaran Kepada Anak Muda.
Seterusnya adalah berkaitan dengan bagaimana mendidik anak muda untuk berkelakuan moral.
Di bawah sistem etika, setiap individu mesti mula mencari apakah nilai moral yang perlu
dipraktikkan dalam setiap situasi yang berlaku.
3.4.4 Peraturan Utilitarianism (Rule Utilitarianism)
Peraturan Utilitarianism membicarakan tentang perlakuan dengan menentukan peraturan
moral itu disokong terlebih dahulu oleh tindakan. Sekiranya diikuti, maka akan menghasilkan
utiliti yang banyak atau sekurang – kurangnya mempunyai utiliti yang sama banyak dengan
peraturan yang lain.
Selain itu, Peraturan Utilitarianism adalah untuk menyediakan jawapan bagi banyak
masalah yang timbul daripada Perlakuan Utilitarianism. Oleh itu, Peraturan Utilitarianism ini
diwujudkan. Dalam konteks ini, asas pendekatan Utilitarianism ini ialah “setiap orang perlu
selalu berkelakuan yang dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada semua yang berkaitan”
daripada “setiap orang patut selalu mewujudkan dan mengikuti peraturan atau peraturan itu akan
membawa sesuatu yang terbaik kepada semua yang berkaitan”.
Peraturan Utilitarianism didapati daripada pengalaman dan pertimbangan yang berhati –
hati dan mewujudkan satu siri peraturan. Oleh kerana nyawa manusia adalah asas dan penting
24
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
kepada setiap orang, sekiranya tiada peraturan ini akan menyebabkan kesan negatif kepada
semua.
3.4.5 Kritikan Terhadap Peraturan Utilitarianism
a) Kesukaran dalam menentukan kesan kepada yang lain.
Peraturan itu sukar digunakan dalam pelbagai atau semua situasi yang mereka hadapi. Peraturan
Utilitarianism boleh menilai peraturan mereka melalui meletakkan tahap awal dan tahap
pertengahan. Namun, masalah terus berlaku tanpa mengambil kira kategori peraturan yang masih
belum ditemui.
b) Pendekatan Analisis Faedah Kos, Menamatkan Penentuan Min
Pendekatan ini juga merangkumi penentuan dalam nilai sosial yang ada pada individu dalam
masyarakat. Individu yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat seperti
Ahli Profesional memberikan kebaikan atau faedah sebagai contohnya bidang perubatan.
Kadangkala, kita cuba melakukan yang terbaik kepada bilangan yang ramai, namun
kadangkala kita dapati kita melakukan sesuatu yang tidak bermoral kepada sesetengah yang lain
pula. Sebagai contohnya, apabila berlaku bencana alam, perkhidmatan perubatan tidak dapat
berkhidmat untuk setiap orang yang cedera, tetapi hanya memberi perhatian terhadap pesakit
yang dapat diselamatkan oleh mereka daripada mangsa yang tiada harapan untuk hidup.
25
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
Sebagai rumusannya, terdapat beberapa kelemahan berkaitan dengan teori Perlakuan
Utilitarianisme. Antaranya adalah sukar untuk menentukan apakah kesan yang baik kepada yang
lain, sesuatu yang tidak praktikal untuk mempunyai suatu permulaan dalam setiap situasi untuk
menentukan yang manakah adalah bermoral terhadap situasi tersebut, dan sesuatu yang sukar
dalam mendidik yang muda untuk berkelakuan moral sekiranya mereka boleh tidak diberi
peraturan dan panduan untuk diikuti.
Peraturan Utilitarianisme juga mempunyai kelemahan iaitu, sukar untuk menentukan apa
yang memberi kesan baik kepada yang lain, sukar untuk melihat bagaimana Peraturan
Utilitarianisme boleh dikenal pasti memberikan suatu perubahan besar di antara manusia dan
situasi, dan sukar untuk menggelakkan terlalu banyak pengecualian terhadap peraturan apabila
peraturan tidak dapat berfungsi dengan efektif.
Beberapa garis panduan untuk memilih peraturan untuk menguji peraturan Utilitarianism
iaitu, peraturan perlu menelaskan semua ciri ciri tentang sesuatu tindakan yang relevan dengan
pendirian Utilitarian, peraturan tidak sepatutnya menerima ciri – ciri tentang moral yang tidak
relevan, dan peraturan perlulah luas dan meliputi sebanyak mungkin tanpa mengabaikan ciri –
ciri moral yang relevan.
26
GDV 1013: FALSAFAH PENDIDIKAN MORAL
4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Psikologikal egoism merupakan kelakuan yang dimotivasikan oleh kehendak atau keinginan
seseorang. Seseorang cenderung untuk melakukan apa sahaja yang dingini olehnya.
Kebiasaanya, psikologikal egoism dapat dikawal melalui etika egoism. Hal ini adalah kerana
kelakuan seseorang secara langsung akan dikawal oleh peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan dalam masyarakat. Ego tidak mengajar kita menjadi manusia yang mementingkan diri
sendiri tetapi ego mengajar kita erti ketabahan dan kecekalan dalam mengejar cita-cita.
Contohnya, kita tidak akan berputus asa jika kita mengalami kegagalan malah kita berusaha dan
terus berusaha untuk mendapatkan semua kejayaan itu.
Walau bagaimanapun, masih terdapat keraguan tentang pengiktirafan Prinsip Egoisme dalam
peraturan moral sejagat. Egoisme yang sihat akan membantu orang lain di samping untuk
kepentingan diri sendiri. Manakala egoisme yang tidak sihat akan merosakkan diri penganutnya
dan juga orang lain iaitu masyarakat amnya. Oleh itu, pemikiran yang rasional diperlukan di
samping sikap perikemanusiaan dalam segala tindakan. Melalui sikap tersebut, seseorang
individu itu akan lebih dihormati dalam masyarakatnya dan hidupnya akan menjadi lebih
bermakna.
27