7. manual pentadbiran instrumen domain pendidikan khas (1)

Upload: maini-zuhairi

Post on 04-Apr-2018

501 views

Category:

Documents


50 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    1/41

    1

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    BAHAGIAN PENDIDIKAN KHASKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    MANUAL

    INSTRUMEN SARINGAN DOMAINLINUS PENDIDIKAN KHAS

    2011

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    2/41

    2

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    PENGENALAN

    Program LINUS NKRA Pendidikan Khas diwujudkan sebagai satu program alternatif kepada LINUS NKRA yang dilaksanakan

    untuk semua murid sekolah rendah aliran perdana. Program khusus untuk murid berkeperluan khas ini dibangunkan untuk

    menyokong aspirasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas) Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah

    dimulakan pada tahun 2009. Sasaran utama LINUS NKRA adalah supaya semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas

    literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas, selepas tiga tahun mengikuti pendidikan disekolah rendah. Oleh kerana murid berkeperluan khas tidak diambil kira dalam LINUS NKRA, maka Program LINUS Pendidikan

    Khas dibangunkan khusus untuk murid berkeperluan khas yang belajar di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas

    Integrasi (PPKI) di sekolah aliran perdana. Tujuan utama Program LINUS Pendidikan Khas adalah untuk membolehkan murid

    berkeperluan khas menguasai kemahiran literasi dan numerasi dan mencapai tahap pencapaian optimum dalam 6 domain

    perkembangan iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio-emosi, tingkah laku, motor halus dan motor kasar.

    Di bawah Program LINUS Pendidikan Khas, semua murid bermasalah pendengaran dan penglihatan yang belajar di Tahun 2

    hingga Tahun 6 di sekolah pendidikan khas dan murid bermasalah pembelajaran yang belajar di tahun kedua dan ke atas yang

    dikenal pasti mampu menduduki Saringan 1 LINUS Pendidikan Khas. Instrumen Saringan 1 LINUS Pendidikan Khas

    menggunakan Instrumen Saringan 2/2010 LINUS NKRA aliran perdana yang dibuat modifikasi bersesuaian dengan kategori murid

    berkeperluan khas. Murid yang tidak melepasi Saringan 1 LINUS Pendidikan Khas ini akan menjalani Saringan Domain LINUSPendidikan Khas untuk mengenalpasti tahap perkembangan murid secara spesifik mengikut enam domain perkembangan yang

    tersebut di atas.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    3/41

    3

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    OBJEKTIF

    Instrumen Saringan Domaian LINUS Pendidikan Khas ini dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

    1. Mengenalpasti secara spesifik tahap perkembangan murid berdasarkan enam domain perkembangan kanak-kanak.

    2. Menentukan program / aktiviti intervensi yang bersesuaian yang menepati keperluan murid.

    3. Membantu murid mencapai tahap literasi dan numerasi mengikut kemampuan mereka.

    INSTRUMEN

    Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas ini dibahagi berdasarkan kepada enam domain perkembangan seperti di

    bawah:

    BAHAGIAN 1: Domain Kognitif;

    BAHAGIAN 2: Domain Bahasa dan Komunikasi;BAHAGIAN 3: Domain Sosioemosi;

    BAHAGIAN 4: Domain Tingkah laku;

    BAHAGIAN 5: Domain Motor kasar; dan

    BAHAGIAN 6: Domain Motor halus.

    Setiap Bahagian dalam instrumen saringan ini dimulai dengan definisi mengikut domain dan panduan kepada guru untuk mentadbir

    setiap item dalam instrumen saringan. Guru pendidikan khas yang akan melaksanakan saringan ini perlu membaca dengan teliti

    dan memahami setiap arahan dalam manual ini supaya pelaksanaan saringan dapat dibuat dengan lancar.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    4/41

    4

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI________________________________________________________

    1. KOGNITIF

    Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang diguna untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hierarki

    kognitif yang disusun dari aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintaksis dan penilaian (S. Bloom 1956). Dalam

    konteks instrumen saringan domain LINUS Pendidikan Khas, domain kogntif adalah lebih berfokus kepada aras yang paling

    asas iaitu pengetahuan dan pemahaman.

    Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah

    dicapai kepada tahap yang sukar dicapai (Bloom et al., 1989). Objektif pertama Domain Kognitif ialah Pengetahuan

    (Knowledge), yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu

    Bakar Nordin, 1986). Aspek tingkah laku yang diutamakan pada peringkat ini ialah dari segi daya ingatan. Keupayaan padasemua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, iaitu mengingat adalah pra syarat untuk menguasai pemikiran

    yang lebih tinggi.

    Objektif kedua Domain Kognitif ialah Kefahaman (Comprehension), yang bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan

    pengetahuan secara yang bermakna. Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol

    tertentu.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    5/41

    5

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    PENTADBIRAN ITEM DOMAIN KOGNITIF

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    A. PENGAMATAN

    PeneranganKeupayaan mendiskriminasi objek,bentuk, saiz dan menyambungkantitik.

    Membantu murid memahamitugasan/Membacakansoalan.

    Menjawab soalan berdasarkan arahan yang diberikan.i. Memadankan objek yang sama.

    ii. Menandakan ( /) bentuk yang sama.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    6/41

    6

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    iii. Menandakan ( ) saiz yang sama.

    iv. Menyambungkan titik.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    7/41

    7

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    B. PRANOMBOR

    PeneranganKeupayaan membezakan bentuk,saiz dan menyambungkan titik.

    Membantu murid memahamitugasan/Membacakansoalan.

    Menjawab soalan berdasarkan arahan yang diberikan.

    i. Menanda (

    ) haiwan yang lebih besar.

    ii. Menanda ( ) objek yang lebih panjang

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    8/41

    8

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    iii. Menanda ( ) pada bilangan yang lebih banyak.

    v. Menanda ( ) pada bilangan yang lebih sedikit

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    9/41

    9

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    C. Nombor

    PeneranganKeupayaan membilang objek,mengenal nombor, memadankanobjek dengan nombor, menyusunnombor dengan urutan menaik danmenurun.

    Membantu muridmemahamitugasan/Membacakansoalan.

    Menjawab soalan berdasarkan arahan yang diberikan.

    i. Menanda ( ) angka yang sama.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    10/41

    10

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    ii. Membilang objek dan menandakan ( ) pada nombor yangbetul

    iii. Membilang objek dan memadankan pada nombor yang betul.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    11/41

    11

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    iv. Mengisi nombor yang tertinggal mengikut urutan menaik.

    v. Mengisi nombor yang tertinggal mengikut urutan menurun.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    12/41

    12

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI

    ________________________________________________________

    2. BAHASA DAN KOMUNIKASI

    DEFINISI BAHASA:Merupakan

    1. Satu sistem simbol bunyi yang arbitrari dan melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi.

    2. Pemerolehan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui proses berfikir dan kesedaran mental.

    3. Tingkah laku dan aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif sebagai pengalaman baru.

    DEFINISI KOMUNIKASI:

    Merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang

    bermakna (Kamus Dewan, 1992). Unsur komunikasi adalah merentas semua aktiviti yang disediakan dalam instrumen

    saringan.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    13/41

    13

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TIGA BENTUK KEMAHIRAN:

    A. KEMAHIRAN (Mendengar dan Bertutur): Kemahiran asas mengenal huruf

    1. Keupayaan mengenal dan mengecam objek/ anggota badan

    2. Keupayaan mengenal dan mengajuk bunyi yang didengar

    B. KEMAHIRAN (Bacaan): Kemahiran asas membaca

    1. Keupayaan mengajuk nama huruf

    2. Keupayaan menamakan huruf (a-z)

    C. KEMAHIRAN (Tulisan): Kemahiran asas menulis

    1. Keupayaan menyambung titik membentuk huruf

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    14/41

    14

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    MENDENGAR DAN BERTUTUR

    1. Mengenal dan mengecam objek /

    anggota badan

    Penerangan:

    Keupayaan mengenal dan

    mengecam objek/ anggota badan

    * Guru boleh menggunakan bahan

    maujud sebagai sokongan kepadagambar.

    1.1 Meminta murid menunjukkan objek

    yang disebut .

    1.2 Meminta murid menyebut anggota

    badan yang ditunjuk

    1.1 Menunjukkan objek yang disebut guru

    1.2 Menyebut anggota badan yang ditunjuk

    guru

    mata mulut hidung

    kaki telinga

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    15/41

    15

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    MENDENGAR DAN BERTUTUR

    2. Mengenal dan mengajuk bunyi

    yang didengar

    Penerangan:

    Keupayaan mengenal dan

    mengajuk bunyi haiwan dan benda

    yang dibunyikan oleh guru

    2.1 Meminta murid mengajuk bunyi

    haiwan

    (Guru membunyikan bunyi haiwan

    secara lisan)

    Moo! Moo!

    Kuek! Kuek!

    Meow! Meow!

    2.1 Mengajuk bunyi haiwan yang dibunyikan

    oleh guru

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    16/41

    16

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    2.2 Meminta murid mengajuk bunyi

    benda

    (Guru membunyikan bunyi benda

    secara lisan)

    Ni no! Ni no!

    Vroom! Vroom!

    Pritt! Pritt!

    2.2 Mengajuk bunyi benda yang dibunyikan

    oleh guru

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    17/41

    17

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    BACAAN

    1. Mengajuk nama huruf yang

    disebut guru

    Penerangan:

    Keupayaan mengajuk nama huruf

    yang disebut guru

    Meminta murid mengajuk nama huruf

    (Guru menyebut nama huruf secara lisan)

    Mengajuk nama huruf yang disebut guru

    a t n

    p o g

    k d h

    l

    a t n

    p o g

    k d h

    l

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    18/41

    18

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    TUGASAN ARAHAN GURU TINDAKAN MURID

    BACAAN

    2. Menamakan huruf (a-z) yang

    ditunjukkan oleh guru

    Penerangan:

    Keupayaan menamakan huruf (a-z)

    Meminta murid menamakan huruf yang

    ditunjukkan

    Menamakan huruf yang ditunjukkan oleh guru

    k

    u

    b

    m

    t

    o

    s

    a i

    e

    k

    u

    b

    m

    t

    o

    s

    a i

    e

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    19/41

    19

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI

    ________________________________________________________

    3. SOSIOEMOSI

    DEFINISIPerkembangan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam

    masyarakat. Proses ini berlaku apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh

    masyarakat dan budayanya.

    Secara amnya, emosi merujuk kepada keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan

    yang menghasilkan perubahan dalam fikiran, tingkahlaku, perasaan dan pengalaman (Kementerian Kesihatan Malaysia). Emosi bolehdiklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.

    Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosioemosi, kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai

    emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    20/41

    20

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    PROSEDUR PELAKSANAAN

    Instrumen pelaksanaan ini ditadbir secara lisan dan pemerhatian oleh guru. Instrumen ini mengandungi 3 bahagian iaitu :

    A. Soal jawab dengan murid (10 soalan)

    B. Pemerhatian guru Perlakuan sosio emosi positif (10 soalan)

    C. Pemerhatian guru (i) Perlakuan sosio emosi negatif ringan (5 soalan)(ii) Perlakuan sosio emosi negatif berat (5 soalan)

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    21/41

    21

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    A) SOAL JAWAB DENGAN MURID

    Penggunaan bahasa yang difahami oleh murid diterima sebagai jawapan

    BIL PANDUAN GURU

    1. Guru meminta murid menyebut nama sendiri

    2. Guru meminta murid menyebut nama ibu

    3. Guru meminta murid menyebut nama bapa

    4. Guru bertanyakan jantina murid

    5. Guru meminta murid menyebut nama guru yang dikenali

    6. Guru meminta murid menyebut nama kawan yang dikenali

    7. Guru menyoal cara murid datang ke sekolah

    8. Guru meminta murid menyebut nama sekolah

    9. Guru bertanyakan makanan kegemaran murid

    10. Guru bertanyakan permainan kegemaran murid

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    22/41

    22

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    B) PEMERHATIAN GURU

    PERLAKUAN SOSIO EMOSI POSITIF

    BIL PANDUAN GURU

    1.Bertindakbalas terhadap senyuman guruMurid membalas senyuman guru

    2.Menjawab salam/ucap selamat guru

    Guru memberi salam/ucap selamat dan murid menjawab salam/ ucap selamat guru

    3.Menjawab ucapan terima kasihGuru memberikan ucapan terima kasih dan murid membalas ucapan

    4.Memberitahu guru sebelum keluar kelasMurid meminta izin daripada guru sebelum keluar kelas

    5.Memberi tumpuan ketika guru sedang bercakap secara individuGuru memerhati mata murid ketika memberi arahan atau penerangan

    6.Memberi tindakbalas apabila dipuji oleh guruGuru memerhati reaksi murid setelah dipuji contoh tersenyum, mengucap terima kasih

    7.Mudah bergaul dengan rakan sebayaMurid boleh melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan

    8.Berkongsi alat tulis dengan rakanMurid bersedia/ boleh berkongsi alat tulis

    9.Membantu guru tanpa arahanMurid kerap membantu guru apabila diperlukan walaupun tanpa diminta

    10.Menggunakan tandas tanpa bantuanMurid boleh menggunakan tandas dengan betul tanpa bantuan

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    23/41

    23

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    C) PEMERHATIAN GURU

    (i) PERLAKUAN SOSIO EMOSI NEGATIF ( RINGAN )

    BIL PANDUAN GURU

    1.Murid suka mengasingkan diriMurid tidak suka bergaul dan sering menyendiri terutama di dalam kelas

    2.Murid suka berkhayal ketika guru sedang mengajarMurid tidak memberi fokus atau mudah hilang tumpuan semasa guru mengajar

    3.Murid suka mengganggu rakan di dalam dan luar kelasMurid mengusik atau mengejek rakan untuk menarik perhatian.

    4.Selalu ketawa tanpa sebabMurid kerap ketawa dengan kuat di dalam kelas.

    5.Selalu mengadu untuk menarik perhatian

    Murid kerap berjumpa guru untuk memberitahu sesuatu hal yang remeh.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    24/41

    24

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    C) PEMERHATIAN GURU

    (ii) PERLAKUAN SOSIO EMOSI NEGATIF ( BERAT )

    BIL PANDUAN GURU

    1. Mudah mengamuk tanpa sebabMurid melakukan tingkah laku luar biasa seperti menjerit, menendang meja,mencampak barang

    2.Kerap membuat bisingMurid menjerit, mengetuk meja, menyanyi sehingga menggganggu pengajaranguru.

    3.Kerap memeluk tanpa sebabMurid suka memeluk rakan atau guru secara tiba-tiba.

    4.Kerap menangis dalam kelasMurid menangis apabila di usik oleh rakan atau sebab-sebab lain.

    5.Membuat perlakuan tidak senonohMurid menunjukkan isyarat lucah, meraba, membuat perlakuan lucah ataumenyebut perkataan lucah.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    25/41

    25

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    PEMARKAHAN

    Penilaian Skor :

    Murid yang tidak melepasi salah satu bahagian dalam domain sosio emosi perlu diberi intervensi.

    BIL. PERKARA Markahmelepasi

    Markah murid MelepasiTidak

    melepasi

    A Soal jawab dengan murid 5/10 /10

    B Perlakuan sosio emosi positif 5/10 /10

    C (i) Perlakuan sosio emosi negatif ringan 3/5 /5

    C (ii) Perlakuan sosio emosi negatif berat 5/5 /5

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    26/41

    26

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI

    ________________________________________________________

    4. TINGKAHLAKU

    DEFINISI MASALAH TINGKAH LAKU:

    Masalah tingkah laku boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,

    tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau sekolah. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada

    sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam

    bilik darjah.

    DEFINISI TINGKAH LAKU PERLAKUAN AGRESIF:Tingkah laku perlakuan agresif pula didefinisikan sebagai masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah. Ianya memerlukan

    intervensi jangka panjang, kaunseling atau modifikasi tingkah laku. Jika tidak dibetulkan menjadi masalah emosi dan sosial yang serius.

    Tingkah laku ini mungkin melibatkan permusuhan nyata. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas

    hati, benci, marah atau dendam yang akan memberi kesan yang buruk kelak. Contoh : tumbuk-menumbuk, bergaduh, vandalisme dll.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    27/41

    27

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI TINGKAH LAKU NEGATIF:

    Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-

    kanak yang sering memberontak dalam kelas juga merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif.

    PROSEDUR PELAKSANAAN :

    1. Pelaksana boleh membuat penilaian tingkah laku murid berdasarkan pemerhatian guru.

    2. Pelaksana terdiri daripada guru yang telah mengenali murid itu selama satu tahun. Bagi guru yang baru bertugas di sesebuah

    sekolah, perlu merujuk kepada guru lama di sekolah tersebut(guru perujuk).

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    28/41

    28

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    Bahagian ini terdiri daripada 2 elemen dan dilaksana melalui pemerhatian guru.

    A) Perlakuan Agresif

    1. Merosakkan harta benda sendiri.

    Contohnya: mematahkan pensel warna dan alat tulis kepunyaan sendiri.

    2. Merosakkan harta benda orang lain.

    Contohnya: mengoyak buku rakan.

    3. Mencederakan diri sendiri.

    Contohnya: menggigit diri sendiri, menghantuk kepala berulang kali ke meja dan sebagainya sehingga mencederakan diri sendiri.

    4. Mencederakan diri orang lain.

    Contohnya: membaling objek ke arah orang lain, menendang dan sebagainya.

    5. Bergaduh dengan rakan

    Contohnya: semasa waktu pengajaran dan pembelajaran murid bergaduh berebut peralatan melukis, bahan bantu belajar dansebagainya.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    29/41

    29

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    B) Perlakuan Negatif

    1. Tidak memberi kerjasama dalam kumpulan

    Contohnya: murid tidak mahu memberi kerjasama dengan ahli kumpulan.

    2. Tidak mengikut arahan guru.

    Contohnya: guru meminta murid beratur dalam barisan tetapi murid tidak menghiraukan arahan guru.

    3. Kerap bercakap perkara yang tidak berfaedah.

    Contohnya: murid suka bercerita perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.

    4. Berbahasa kasar.

    Contohnya: murid suka mengeluarkan perkataan bodoh, sial, babi, dan seumpamanya.

    5. Kerap mengambil barang tanpa kebenaran.

    Contohnya: murid mengambil sesuatu barang bukan miliknya tanpa kebenaran.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    30/41

    30

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI

    ________________________________________________________

    5. MOTOR KASAR

    DEFINISI

    Pergerakan motor kasar adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot besar untuk pergerakan kasar. Perkembangan pergerakan kasar

    adalah hasil koordinasi aktiviti sistem serat dan otot. Dengan kematangan kedua-dua sistem ini, pergerakan kasar akan menjadi lebih

    khusus dan berkoordinasi. Perkembangan pergerakan motor kasar adalah mengikut prinsip haluan kepala ke kaki dan dari pangkal

    lengan dan peha ke hujung jari tengah dan kaki, iaitu bermula dari keupayaan mengawal kepala,duduk,dan berjalan. Dari sini kanak-

    kanak akan meningkatkan pergerakan tersebut kepada kemahiran koordinasi pergerakan tersebut serta menjadikan pergerakannya

    lebih khusus seperti berjalan, berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    31/41

    31

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    KEPENTINGAN MOTOR KASAR

    - Membina otot-otot kaki

    - Membina otot-otot tangan

    - Membina koordinasi yang melibatkan mata dan kaki

    - Membina koordinasi mata dan tangan

    - Membina koordinasi tangan dan kaki

    - Membina otot pada bahagian leher dan kepala

    - Membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota badan

    FAEDAH MOTOR KASAR

    - Menggunakan motor kasar dengan keyakinan

    - Berjalan menaik dan menurun tangga

    - Berlari dengan mengawal arah dan kelajuan

    - Menggunakan otot dengan seimbang

    - Menangkap bola atau pundi kacang

    - Mengimbangi badan semasa melalui bangku kayu

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    32/41

    32

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    MANUAL DOMAIN MOTOR KASAR

    1. Mengangkat tangan ke atas.

    Guru meminta murid berdiri dan mengangkat tangan ke atas dengan kiraan 5

    2. Meluruskan tangan ke depan dan membengkok siku.

    Guru meminta murid berdiri, meluruskan tangan kehadapan dan membengkok siku.

    3. Menggenggam dan membuka jari

    Guru meminta murid menggenggam dan membuka jari beberapa kali. (minimum 3 kali)

    4. Mendongakkan kepala.

    Guru meminta murid berdiri dan mendongakkan kepala ke atas dengan kiraan 5.

    5. Menundukkan kepala.

    Guru meminta murid berdiri dan menundukkan kepala dengan kiraan 5.

    6. Memalingkan muka kanan dan kiri.

    Guru meminta murid berdiri memalingkan muka ke kanan dan kiri dengan kiraan 5.

    7. Membongkokkan badan ke hadapan

    Guru meminta murid berdiri dan membongkokkan badan ke hadapan dengan kiraan 5.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    33/41

    33

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    8. Membengkokkan badan ke sisi.

    Guru meminta murid berdiri dan membengkok badan ke sisi dengan kiraan 5

    9. Berdiri sambil menjulurkan kaki ke hadapan.

    Guru meminta murid berdiri dan menjulurkan kaki kanan dan kiri dengan kiraan 5.

    10. Menghayun sebelah kaki

    Guru meminta murid berdiri dan menghayunkan kaki kanan dengan kiraan 5 diikuti kaki kiri.

    11. Menghentak kaki.

    Guru meminta murid berdiri dan menghentak kedua-dua belah kaki dengan kiraan 10

    12. Berjalan perlahan.

    Guru meminta murid berjalan perlahan dari satu kon ke kon yang lain dalam jarak 3 meter.

    13. Berjalan dengan hujung jari kaki.

    Guru meminta murid berdiri dan berjalan dengan hujung jari kaki dalam 5 langkah

    14. Berjalan dengan tumit

    Guru meminta murid berjalan dengan tumit kaki kanan dan kiri dalam 5 langkah

    15. Berjalan menaiki dan menuruni anak tangga.

    Guru meminta murid berjalan menaiki dan menuruni tangga.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    34/41

    34

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    16. Berjalan laju.

    Guru meminta murid berdiri dan berjalan laju dalam jarak 5 meter.

    17. Berlari setempat.

    Guru meminta murid berlari setempat selama 10 saat

    18. Berlari perlahan.

    Guru meminta murid berlari perlahan bersama guru dalam jarak 5 meter. Murid tidak boleh mendahului guru.

    19. Melompat setempat dan mendarat kedua belah kaki

    Guru meminta murid berdiri, melompat setempat dan mendarat dengan kedua belah kaki

    20. Melompat setempat dan mendarat sebelah kaki.

    Guru meminta murid berdiri, melompat setempat dan mendarat dengan sebelah kaki

    21. Lompat bintang

    Guru meminta murid berdiri, melompat bintang bersama guru.

    22. Melompat Ketingting

    Guru meminta murid mengangkat sebelah kaki dan melompat ketingting dengan kiraan 5.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    35/41

    35

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    23. Merangkak bebas

    Guru meminta murid merangkak dalam kawasan yang ditetapkan

    24. Melambung dan menyambut bola besar dua belah tangan.

    Guru meminta murid melambung bola (bersaiz bola sepak) ke atas dan menyambut dengan menggunakan kedua-dua belah

    tangan .

    25. Melambung dan menyambut pundi kacang dua belah tangan secara individu

    Guru meminta murid melambung pundi kacang ke atas dan menyambut dengan kedua belah tangan.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    36/41

    36

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    DEFINISI

    ________________________________________________________

    6. MOTOR HALUS

    DEFINISI

    Pergerakan motor halus adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot-otot kecil di bahagian tengah dan jari-jari tangan. Ianya

    memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik. Seperti perkembangan pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus juga

    berkait rapat dengan perkembangan system serat dan otot. Kematangan kedua-dua sistem akan menghasilkan pergerakan halus yang

    lebih khusus dan berkoordinasi.

    KEPENTINGAN MOTOR HALUS

    - Membina otot-otot tangan dan jari

    - Membina koordinasi mata, jari dan tangan

    - Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan

    - Bermain dengan bongkah atau blok binaan

    - Mewarna bentuk,corak dan objek

    - Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    37/41

    37

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    FAEDAH MOTOR HALUS

    - Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan

    - Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian

    - Menggunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek

    MANUAL DOMAIN MOTOR HALUS

    A) AKTIVITI ASAS MOTOR HALUS

    1. Meramas doh

    Murid diminta murid meramas doh menggunakan tangan.

    - Meramas menggunakan tangan kanan atau kiri.

    - Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan

    2. Merenyuk kertas

    Murid diminta merenyuk sehelai kertas dengan tangan kanan atau tangan kiri

    3. Mengoyakkan kertas

    Murid mengoyak suratkhabar yang diberi.

    - Koyakan besar atau kecil diterima.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    38/41

    38

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    4. Mengocak dadu

    Murid mengocak dadu dengan kedua-dua tapak tangan yang ditekup.- Guru boleh menggunakan bahan lain yang sesuai.

    5. Membentuk doh menjadi bebola.

    Murid diminta membentuk dohseperti gulimenggunakan jari.

    6. Memotong doh

    Murid diminta memotong doh menggunakan pisau plastik sehingga putus.

    7. Mengambil objek menggunakan penyepit makanan.

    Murid diminta menyepit dan mengalihkan kedudukan objek menggunakan penyepit makanan.

    - Murid dikira berjaya apabila dapat menyepit 3 daripada 5 percubaan.

    8. Menampal keratan gambar.

    Murid diminta menampal keratan gambar menggunakan glue stickpada kad manila.

    - Contoh gambar buah-buahan, kenderaan, sayur-sayuran dan sebagainya

    - Murid dikira Berjaya sekiranya dapat menampal 3daripada 5 keping gambar.

    9. Memasukkan tali melalui lubang manik.

    Murid memasukkan tali melalui lubang manik yang berbentuk bulat.

    - Murid dikira berjaya sekiranya dapat memasukkan 3 daripada 5 kali percubaan.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    39/41

    39

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    10. Menggunting kertas mengikut bentuk.

    Murid menggunting kertas mengikut keseluruhan bentuk yang diberikan- Contoh segi empat dan segitiga

    - Murid dikira berjaya sekiranya dapat menggunting keseluruhan bentuk tersebut

    B) AKTIVITI MULTI-SENSORI

    1. Melakar di atas permukaan pasir.

    Murid diminta melakar secara bebas menggunakan jari di atas permukaan pasir

    2. Membezakan 2 jenis permukaan

    Murid diminta membezakand uajenispermukaan

    - Contoh; licin (cermin) dan kasar (span pencuci pinggan)

    - Murid dikira berjaya sekiranya dapat mengesan kedua-dua jenis permukaan.

    3. Menyebut O

    Murid diminta menyebut O.

    - Murid dikira berjaya sekiranya dapat menyebut O samaada panjang atau pendek

    4. Meniup lilin

    Murid diminta meniup sebatang lilin menyala

    - Murid dikira berjaya sekiranya lilin terpadam dengan sekali tiupan

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    40/41

    40

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    5. Membezakan bau

    Murid diminta membezakan bau.

    - Contoh : Bau wangi - sabun, bunga dan seumpamanya

    Bau busuk - belacan sampah dan seumpamanya

    - Murid dikira berjaya apabila dapat mengesan kedua-dua jenis bau

    6. Membezakan rasa

    Murid diminta membezakan rasa.

    - Contoh : Manis-gula, madu dan seumpamanya

    Pahit-kopi dan seumpamanya

    - Murid dikira berjaya apabila dapat mengesan kedua-dua jenis rasa

    C) AKTIVITI KESEIMBANGAN DAN STABILITI

    1. Berjalan di atas garisan lurus/lantai.

    Guru membuat satu garisan lurus di atas lantai dengan pita pelekat. ( jarak 3 meter)

    - Murid dikira berjaya apabila boleh berjalan lurus melepasi jarak 3 meter.

    2. Mengimbangi badan

    Guru meminta murid meletakkan pundi kacang di atas kepala dan bergerak lima langkah ke hadapan tanpa memegangnya.

  • 7/30/2019 7. Manual Pentadbiran Instrumen Domain Pendidikan Khas (1)

    41/41

    41

    Manual Instrumen Saringan Domain LINUS Pendidikan Khas

    Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2011

    3. Berdiri sebelah kaki

    Guru meminta murid berdiri dan mengangkat sebelah kaki dengan kiraan 3.

    4. Berjalan di atas bangku panjang

    Guru meminta murid berjalan di atas bangku panjang dari mula ke hujung.

    - Boleh menggunakan sekeping papan beralaskan batu-bata