teks ucapan majlsi orientasi tahun 1.docx

2
TEKS UCAPAN MAJLiS ORIENTASI TAHUN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU 2015 Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan & salam 1Malaysia.. 1. Yang Berusaha Pn.Hjh.Aishah Binti Mat Akat, Guru Besar SK Kampung Baru 2. Puan Siti Fatimah Binti Abu Bakar, Penolong Kanan Kurikulum, 3.Puan Bugh Bee Lim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, 4.En.Muthu Karripean a/l K.Rajoo, Penolong Kanan Ko-kurikulum, dan 5.Yang dialu-alukan para ibu bapa, guru-guru dan murid – murid yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Suaikenal Murid Tahun 1 bagi sesi 2015. Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih khasnya, kepada para ibu bapa kerana telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk menzahirkan kecemerlangan akademik anak-anak, bermula dari tahun 2015. A. Untuk itu, tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn.Hjh.Aishah Binti Mat Akat, Guru Besar SK Kampung Baru untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan ini mempersilakan. Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Puan Guru Besar. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tadi. B. Sekarang tibalah masa untuk kita mendapatkan informasi berkaitan dengan bidang kurikulum ataupun akademik yang akan disampaikan oleh Puan Siti Fatimah Binti Abu Bakar selaku Penolong Kanan Kurikulum. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat itu tadi. C. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang kedua iaitu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid yang

Upload: dzul-hellmy

Post on 20-Nov-2015

270 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN MAJLiS ORIENTASI TAHUN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU2015Bismillahirrahmannirrahim.Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan & salam 1Malaysia..

1. Yang Berusaha Pn.Hjh.Aishah Binti Mat Akat, Guru Besar SK Kampung Baru2. Puan Siti Fatimah Binti Abu Bakar, Penolong Kanan Kurikulum,3.Puan Bugh Bee Lim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,4.En.Muthu Karripean a/l K.Rajoo, Penolong Kanan Ko-kurikulum, dan5.Yang dialu-alukan para ibu bapa, guru-guru dan murid murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Suaikenal Murid Tahun 1 bagi sesi 2015. Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih khasnya, kepada para ibu bapa kerana telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk menzahirkan kecemerlangan akademik anak-anak, bermula dari tahun 2015.

A. Untuk itu, tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn.Hjh.Aishah Binti Mat Akat, Guru Besar SK Kampung Baru untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan ini mempersilakan. Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Puan Guru Besar. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tadi.

B. Sekarang tibalah masa untuk kita mendapatkan informasi berkaitan dengan bidang kurikulum ataupun akademik yang akan disampaikan oleh Puan Siti Fatimah Binti Abu Bakar selaku Penolong Kanan Kurikulum. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat itu tadi.

C. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang kedua iaitu yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid yang akan disampaikan oleh Puan Bugh Bee Lim, selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan itu tadi.

D. Seterusnya, majlis mempersilakan En.Muthu Karripean a/l K.Rajoo selaku Penolong Kanan Kokurikulum untuk memberikan taklimat yang berkaitan dengan bidang kokurikulum iaitu pelengkap kepada bidang akademik.Dengan sukacitanya, Dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan dan taklimat yang telah disampaikan oleh En.Muthu Karripean a/l K.Rajoo mengenai bidang Ko-Kurikulum.Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan itu tadi.

Dengan ini,maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis dengan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan Majlis Suaikenal Murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Kampung Baru bagi sesi 2015.

Sekian,Terima Kasih.