teks ucapan gb (hari kemerdekaan skrt 2015)

3
TEKS UCAPAN GURU BESAR SK RIMBA TERJUN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SK RIMBA TERJUN TAHUN 2015 Bismillahirrahmanirrahim.. Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1, Puan Kamilah binti Md Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Saluhah binti Abas, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Noriah binti Che Mat, Barisan kepimpinan guru-guru saya, Staf-staf sekolah, Dan anak-anak murid saya yang saya sayangi. Assalamualaikum warahmatullahi waborakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita, negara kita Malaysia masih aman, masih selamat. Sekurang- kurangnya kita semua masih bebas bangun pagi dengan tenang, dapat senyum semasa sarapan, anak-anak bebas bermain basikal pada waktu petang. Kita bebas untuk berjalan-jalan pada waktu cuti. Masih selamat untuk sama-sama belajar. Itulah nikmat merdeka. Merdeka bermaksud bebas. Anak-anak yang dirahmati Allah,

Upload: snexon-jajan-maria

Post on 23-Jan-2016

281 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Semoga bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Perlu diingatkan, saya nukilkan teks ini dengan tidak terlalu mementingkan formaliti komunikasi supaya murid sekolah rendah berasa lebih dekat dan faham dengan isi penyampaian guru besar. Terima kasih.

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Gb (Hari Kemerdekaan Skrt 2015)

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK RIMBA TERJUN SEMPENASAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

PERINGKAT SK RIMBA TERJUN TAHUN 2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1,Puan Kamilah binti Md Ali,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Saluhah binti Abas,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Puan Noriah binti Che Mat,

Barisan kepimpinan guru-guru saya,

Staf-staf sekolah,

Dan anak-anak murid saya yang saya sayangi.

Assalamualaikum warahmatullahi waborakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita, negara kita Malaysia masih aman, masih selamat. Sekurang-kurangnya kita semua masih bebas bangun pagi dengan tenang, dapat senyum semasa sarapan, anak-anak bebas bermain basikal pada waktu petang. Kita bebas untuk berjalan-jalan pada waktu cuti. Masih selamat untuk sama-sama belajar.

Itulah nikmat merdeka. Merdeka bermaksud bebas.

Anak-anak yang dirahmati Allah,

Sehati sejiwa. Itulah tema kemerdekaan kita yang ke 58 ini. Tema yang cukup bererti buat kita. Tema yang menekankan perpaduan, kejiwaan, hati dan qalbun. Untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, maka sehatilah, sejiwalah. Bila masyarakat cemerlang, negara terbilang.

Page 2: Teks Ucapan Gb (Hari Kemerdekaan Skrt 2015)

Tugas anak-anak adalah belajar dan terus belajar. Bila kita belajar, kita ada ilmu. Bila kita berilmu, kita dapat peluang pekerjaan yang elok. Bila kita berilmu, orang luar tak berani ganggu negara kita. Kerana apa? Kerana mereka tahu Malaysia ada ramai cerdik pandai. Itulah yang membantu negara kita jadi kuat, jadi gah. Ilmu itu penting. Maka sebab itu cikgu selalu tekankan, bacalah. Belajarlah. Iqra.

Anak-anak,

Ini amanat cikgu. Kerana pada tahun hadapan cikgu akan bersara. Dengarlah dan dengarlah. Jagalah solat. Bila kita jaga solat, Allah akan pelihara diri kita, keluarga kita, negeri kita, negara kita. Berdoalah sentiasa supaya negara kita kekal berdaulat, kekal selamat, dijauhkan daripada segala musibah. Kerana ujian musibah itu cukup berat, cukup sukar.

Sebagai anak-anak Malaysia, jadilah rakyat yang baik. Jadilah rakyat yang berdisiplin. Jadilah rakyat yang berbudi bahasa kerana agama kita sendiri sentiasa menekankan disiplin dan budi bahasa. Wahai anak-anak cikgu, ingatlah. Nak mencapai kemerdekaan itu susah, nak mempertahankan kemerdekaan itu lagi susah. Jadi, bersatulah.

Sama-sama kita doa. Sama-sama kita jaga negara kita. Jangan pernah sekali-kali kita biarkan negara kita menuju ke lembah kehancuran. Kasihan datuk nenek moyang kita. Bersusah semata-mata untuk lihat kita senang tak perlu dijajah. Jadilah orang timur yang mengamalkan Islam. Jadilah rakyat yang sayang pada negara. Kerana Malaysia lah tanah tumpah kita.

Akhir kata, dengarlah, dengarlah dan ingatlah semua pesan cikgu. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahirawabarakatuh.