kayuhan kemerdekaan - moe.gov.my integriti siri 3/2017 kayuhan kemerdekaan hayati kemerdekaan ini...

Download Kayuhan Kemerdekaan - moe.gov.my  INTEGRITI SIRI 3/2017 Kayuhan Kemerdekaan Hayati Kemerdekaan Ini Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan INTEGRITI Teras Kemerdekaan

If you can't read please download the document

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • BULETIN INTEGRITI SIRI 3/2017

    Kayuhan Kemerdekaan

    Hayati Kemerdekaan Ini

    Wacana Kedaulatan Bangsa,Kenegaraan dan Kemerdekaan

    INTEGRITITeras Kemerdekaan

    Terbitan: Unit Integriti

  • P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G

    Unit Integriti

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 4, Blok E12

    Kompleks Kerajaan Parcel E

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62604 Putrajaya

    T E R B I T A N

    Ahmad Suhairi bin Mohd Nor

    03 - 8884 7982

    03 - 8884 7922

    wmuhamad.wjunoh@moe.gov.my

    http://www.moe.gov.my

    S U M B A N G A N K A R Y A

    Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel,

    berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.

    Hantarkan karya anda ke kpm.ui@moe.gov.my.

    Abdul Majid bin Abdul Rahim

    Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad

    Siti Azeana binti Zulkifli

    Irdha binti Hakim

    Christine Mooi Meng Yee

    Wan Muhamad bin Wan Junoh

    NorQuyyum binti Mohd Noor

    S I D A N G R E D A K S I

    2

    P E N A S I H A T

  • 3

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh /

    Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

    Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah

    SWT kerana terus diberi kesempatan untuk

    bernafas di bumi Malaysia yang aman ini.

    Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

    Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak

    sempena Hari Pekerja 2014, beliau menyatakan

    bahawa sebagai penjawat awam kita merupakan

    tiang seri negara yang bertunjangkan kepada 5

    prinsip iaitu berilmu,

    kebolehpercayaan, budaya

    amalan kerja terbaik,

    semangat patriotik dan budaya

    keberhasilan yang berteraskan

    outcame based. Kelima-lima prinsip inimerupakan pengukuhan bagi sesebuah negara ke

    arah bertransformasi dan maju.

    Seiring dengan peredaran masa, kepesatan

    teknologi serta kemajuan peradaban dunia hari

    kini, patriotisme atau perasaan cinta yang kuat

    terhadap negara dilihat semakin hari semakin

    semakin terhakis terutamanya dalam kalangan

    generas muda.

    Dalam hal ini, tidak perlulah kita menuding jari

    mencari salah siapa tetapi sama-samalah kita

    muhasabah diri. Sejauh mana kita sebagai

    penjawat awam menunjukkan nilai-nilai

    patriotisme kita terhadap negara? Sebagai warga

    kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia,

    sejauh mana kita menggalas

    tugas kita dengan tekun, jujur

    dan amanah demi masa depan negara yangkita cintai?

    Biarpun kini kita tidak berada dalam pahit getir

    hidup era sebelum kemerdekaan, kita seharusnya

    bersyukur dan mengingati usaha-usaha mereka

    yang telah menyumbang kepada keselamatan,

    keharmonian dan kemajuan negara. Sebagai

    peneraju pentadbiran negara, kita seharusnya

    menjadi contoh teladan yang baik dan

    menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi

    kepada organisasi dan kepimpinan negara.

    SEKAPUR SIRIH

    Ketua Setiausaha,

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Oleh itu, marilah kita pada setiap masa menyemai

    semangat cintakan negara, saling bekerjasama,

    hormat-menghormati dan membudayakan amalan

    integriti dalam mengekalkan kemanan, kemajuan dan

    kesejahteraan negara yang kita kecapi pada hari ini.

    Sekian, terima kasih.

  • KAYUHAN KEMERDEKAAN

    eringkali kita mendengar kata-kata yangmengatakan bahawa Malaysia sudah merdeka, namun

    masih dijajah. Persoalannya, apakah itu hakikatnya?

    Sejarah Malaysia boleh diibaratkan seperti kehidupan

    seseorang. Ketika sudah mencapai klimaks, adakah itu

    konotasi perjuangan kita sudah selesai?

    Kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni.

    Bermula daripada sebuah negara pertanian

    berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini,

    hasil perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan

    begitu mapan, kita berjaya muncul sebagai negara

    perindustrian moden yang berpendapatan sederhana

    tinggi.

    Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan telah dicapai

    bersifat monumental dan amat signifikan, bukanlah

    alasan yang membenarkan kita untuk berhenti

    berusaha, berasa puas hati dan berasa selesa. Apatah

    lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk

    tubuh.

    Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih

    dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan

    diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir

    sejarahnya, semacam satu keajaiban di awal usia

    setahun jagung meraih kemerdekaan. Hakikat yang

    tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan

    sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan

    Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta

    Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh

    kita begitu awal ketika proses pembudayaan masih

    lagi tidak matang.

    APABILA berjalan, janganlah sentiasa mendongak ke langit.Pandanglah sesekali ke bawah supaya tidak tersadung akar kayu yang melintang.

    Selepas sampai ke seberang, jangan lupa pangkalan tempat mula berkayuh.

    4

    Oleh: Irdha binti Hakim, UI KPM

    S

    Sir Donald McGillivray dan Lady McGillivray berjalan di landasan Lapangan Terbang Sungai Besi dengan Yang di-Pertuan Agong,

    Tuanku Abdul Rahman dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Khurshiah sebelum menaiki penerbangan ke London pada Ogos 1957

    - Gambar Arkib

  • Mengimbas kembali, tarikh kemerdekaan

    31 Ogos 1957 hasil kejayaan rombonganTunku Abdul Rahman ke London. Wakil-wakil Parti

    Perikatan berjaya mempengaruhi kerajaan Inggeris

    yang terpaksa bersetuju dengan tarikh kemerdekaan

    tersebut apabila dikemukakan ke pejabat Tanah

    Jajahan di London ketika itu. Inilah kemenangan besar

    UMNO ketika itu.

    Gema pekikan mereka daripada ribuan rakyat tidak

    dapat ditahan-tahan lagi. Tunku Abdul Rahman, Tun

    Abdul Razak dan lain-lain pemimpin Parti Perikatan

    turut hadir di atas pentas menyaksikan kemenangan

    bangsa Melayu menuntut kemerdekaan. Keesokannya

    di Stadium Merdeka diadakan upacara penuh istiadat

    apabila dengan rasminya wakil Baginda Queen, Duke

    of Kent menyerahkan kuasa dan pemasyhuran

    kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman yang

    mewakili negara dan bangsa menerima haknya

    semula.

    Langkah ini sebagai simbolik berakhirnya penjajahan

    mereka, dan menunjukkan negara ini bukan lagi di

    bawah pengaruh atau mengikut telunjuk British lagi.

    Sekali mendayungdua tiga pulau terlangsung,

    sekali membuka puradua tiga hutang langsai.

    Tetapi setelah berlalu tempoh masa 60 tahun, banyak

    perkara yang dilupakan, kalau tidak diulang kaji

    semula.

    Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta

    kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin

    dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, semua

    pihak harus melipatgandakan usaha bagi menambah

    baik daya saing nasional.

    Ini boleh diperoleh melalui penggunaan kreativiti,

    inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan

    baharu berasaskan sifat keusahawanan mandiri.

    Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai

    tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan,

    kestabilan dan keharmonian.

    Biar retak Kota Melaka,

    Jangan tergadai negara

    bangsa.

    Selamat 60 tahun merdeka,

    Malaysia!Kata: Kayuhan

    Takrif: Gerakan (hasil atau perbuatan)

    Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

    5

    Sekarang perahu sudah di air, dayung sudah di tangan,kayuhlah dengan cermat

    dan hati-hati supaya selamat sampai ke seberang.

    Atur gerak, susun langkah,biar bangun Negara watan,biar mekar bunga bangsa.

    Moga Malaysia kekal merdeka.

  • 6

    didefinisikan sebagai bebas

    (daripada penjajahan, kurungan,

    naungan), lepas (daripada tebusan,

    tuntutan), berdiri sendiri dan tidak

    bergantung kepada yang lain. Ertikemerdekaan pula ialah perihal kebebasan. Dalam

    konteks negara, kemerdekaan adalah bebas daripada

    kuasa penjajahan. Negara yang merdeka diperintah dan

    ditadbir oleh rakyat negara berkenaan. Kemerdekaan

    adalah harta paling berharga bagi sesebuah negara dan

    rakyatnya.

    Islam pula mentakrifkan kemerdekaan adalah sebagai

    kebebasan melakukan segala suruhan dan

    menjauhi segala larangan Allah SWT. Setiap

    individu berhak melakukan perkara yang mendatangkan

    kebaikan kepadanya. Namun, kebebasan itu perlu dibatasi

    dengan hukum pencipta alam ini. Firman Allah SWT

    yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengerjakan

    amal soleh daripada lelaki atau perempuan

    sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan

    masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai

    (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun. (Q: An-

    Nisa; 124).

    Islam melihat erti kemerdekaan dengan meluas iaitu

    meliputi soal individu serta kenegaraan. Negara yang

    merdeka, tetapi rakyatnya dibelenggu dengan pelbagai

    masalah, pemikiran dan cara hidup yang dikuasai oleh

    orang lain, sebenarnya belum merdeka. Begitu juga, jika

    rakyat bebas melakukan segala perkara untuk dirinya,

    tetapi negara masih dijajah, maka itu belum bererti

    merdeka dengan hakikat sebenarnya. Islam mengamalkan

    dasar merdeka, kerana tidak ada insan yang perlu tunduk

    kepada telunjuk pihak lain, melainkan jika terdapat kaitan

    dengan (hukum) Allah SWT jua. Manusia wajib patuh

    hanya kepada perintah Allah SWT.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: ... dan

    janganlah engkau mematuhi orang yang

    Kami ketahui hatinya lalai daripada

    mengingati dan mematuhi pengajaran

    Kami dalam Al-Quran