teknologi pendidikan islam
TRANSCRIPT
Teknologi Pendidikan Islam
PENDAHULUAN
Apabila kita menggunakan perkataan ‘pendidikan’, maka dengan sendirinya
yang menjadi objek kepada penggunanya tentulah merujuk kepada manusia itu
sendiri, iaitu pendidikan manusia. Pendidikan sentiasa memberi saham yang besar
dalam membina kemegahan dan kemajuan hidup semua umat manusia. Pendidikanlah
yang mencipta kekuatan yang mendorong untuk mencapai tujuan yang diingini. Kita
bangga dengan keagungan peradapan Islam yang silam dan telah merasa megah
dalam ilmu pengetahuannya, serta prinsip-prinsip dan budi pekertinya. Dengan itu
kita berbangga sekarang dengan pendidikan Islam merupakan jiwa dan tiang dari
peradapan tersebut.
Apa itu teknologi?
Teknologi ialah penggunaan bersistem akan pengetahuan-pengetahuan sains
untuk tujuan amali untuk memudahkan kerja yang dilakukan manusia.
Teknologi Pendidikan
Teknologi Pendidikan sebagai satu bidang yang memadukan bidang-bidang
lain, satu teori yang mengharmonikan teori-teori lain untuk diaplikasikan ke dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran.
1
Pendidikan bertujuan untuk memperolehi matlamat-matlamat tertentu dengan
menggunakan pendekatan sistem, sebagai satu sains dan sebagai arts, satu pendekatan
dan perkaedahan ‘moden’ yang disesuaikan dengan keadaan pelajar, tempat, masa
dan suasana persekitaran.
Definisi:
Teknologi Pendidikan ialah penggunaan ilmu dan penemuan-penemuan
sains dalam bidang pendidikan secara yang sebaik-baiknya (Atan Long.
"Sejauh mana Teknologi Pendidikan Dapat Meningkatkan Mutu
Pendidikan” 1976).
Teknologi Pendidikan adalah proses menganalisis keperluan pendidikan
secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan merekabentuk dan
mengaplikasikan secara sepadu yang melibatkan idea, tenaga, sumber-
bahan, kaedah dan tatacara untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (ubahsuai daripada PTPM).
Teknologi Pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang
memadukan secara harmoni fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan
personel), pengembangan (penyelidikan, teori, rekabentuk, penerbitan,
penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran) dan sumber
(mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan seting) secara sistematik untuk
penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran manusia, (Naim, 1990).
2
Sebenarnya, konsep Teknologi Pendidikan itu adalah sesuatu yang besar dan
menyeluruh merangkumi dan melibatkan hampir keseluruhan sesebuah organisasi itu
sendiri. Sebenarnya pendekatan dan pelaksanaan teknologi pendidikan itu perlu
bermula dari atas. Di peringkat ataslah masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu dikenal pasti, baik secara umum atau secara khusus. Masalah-masalah itu
kemudiannya diberi unit-unit tertentu dan diselesaikan secara sistematik dan berkesan
di peringkat bawah (di bilik darjah). Teknologi Pendidikan bermula dari atas,
peringkat bawah ialah peringkat merealisasikannya; di peringkat inilah ia dinamakan
teknologi pengajaran sebagai subkomponen teknologi pendidikan.
Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai Teknologi
Pendidikan.
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan
peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971): Encyclopedia of Education).
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden
dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan
persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology).
Sebagai rumusan bahawa, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang
meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi
menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
3
Pendidikan Islam:
Pendidikan dapat diertikan sebagai proses pendidik dan melatih akal, jasmani dan
rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islamiyah yang bersumberkan wahyu-
Al-Quran dan Sunnah bagi melahirkan manusia bertaqwa dan mengabdikan diri
kepada Allah semata-mata.
Pengertian pendidikan Islam dari kesimpulan pendidikan adalah penekanan kepada
konsep-konsep di bawah:
1. Pendidikan seumur hidup.
2. Pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara padu serta
merangkumi aspek kognitif, afektif dan volitional.
3. Menyapaikan dua fungsi:
I. Sebagai hamba Allah ( ‘ubudiah, servitude),
II. Sebagai khalifah Allah (wakil Allah di bumi, vicegerent of Allah).
4. Memakmurkan seluruh alam di atas dasar:
I. Kesepaduan dan kesempurnaan iman (faith),
II. Ilmu dan amal soleh (virtuous deed) demi mencapai kebahagiaan hidup
dunia dan akhirat.
Mengikut kenyataan sejarah, kita dapati bahawa sistem pendidikan yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ke atas pengikutnya adalah berasaskan nilai-
nilai yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith. Sekaligus dapat melahirkan
4
kemampuan sifat keilmuan dan kepimpinan di kalangan golongan yang dipimpinnya.
Mereka juga diberi pendidikan yang syamul, yang merangkumi semua bidang
pengetahuan dan keperluan kepimpinan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran
kehidupan.
Di zaman dahulu, zaman keagungan Islam jelas pendidikan tidak ada
pemisahan antara perkara-perkara yang bercorak keagamaan dan keduniaan.
Demikian juga, tidak timbul idea pemisahan yang bercorak agama dan sekular, atau
ilmu agama dan ilmu bukan agama. Sumber ilmu adalah wahyu, dan pengetahuan
pula sama ada ilmu itu untuk kepentingan individu atau masyarakat.
Dengan kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan
terciptanya sumber-sumber teknologi yang mempunyai keupayaan yang tinggi telah
digunakan secara meluas dalam berbagai-bagai bidang. Ia juga digunakan dalam
bidang-bidang seperti perniagaan, perubatan, pentadbiran, hiburan dan juga
pendidikan. Dalam kata lain teknologi pendidikan telah mengubah cara manusia
bekerja, belajar, dan berhibur.
Antara teknologi yang digunakan:
Media merupakan teknologi pendidikan yang digunakan pada masa dahulu
dan sekarang. Ia juga merupakan alat bantu atau kelengkapan yang digunakan oleh
guru untuk membantu dalam pengajaran. Alatan mengajar tidak terhad kepada buku
teks dan papan tulis, tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pembelajaran yang dapat dilihat, didengar, dibaca, digunakan dan sebagainya. Media
5
juga terbahagi kepada dua kumpulan iaitu media elektronik dan media bukan
elektronik (Noraziah Abdul hamid: 1981).
Media elekronik dan bukan elektronik:
Media bukan elektronik merupakan alat yang tidak menggunakan mesin.
Dalam pendidikan Islam dulu dan sekarang hanya menggunakan media tersebut
kerana media ini telah mendapat kesan yang positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu ia juga mencapai objektif pengajaran dengan sempurna.
Di antara media bukan elektronik ialah Al-Quran dan hadith, papan tulis, kad manila
dan model.
Namun begitu, dulu Islam juga memerluka teknologi untuk keperluan
manusia. Seorang tokoh sains Islam, Ibnu al-Haitnam pada ketika dahulu pernah
dijemput oleh pemerintah Islam di Mesir untuk membuat kajian mengenai kawalan
banjir Sungai Nil. Teknologi pengempangan yang di utarakan oleh beliau tersebut
tidak jauh bezanya daripada teknologi yang dihasilkan di Barat sekarang.
Kitab Al-Quran dan al-Hadith merupakan sumber rujukan utama dalam
pendidikan Islam dulu dan sekarang. Sumber-sumber ini berperanan untuk menunjuk
umat manusia ke jalan yang benar dan selamat. Rasulullah saw menerima wahyu
Allah dan para sahabat agong mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan Hadith untuk
panduan umat Islam untuk kepentingan dan kesejahteraan manusia. Kegigihan dan
keprihatinan mereka dalam menyebarkan ilmu pengetahuan serta mengamalkannya
telah dapat menambah lagi keberkatan ilmu dan mempertingkatkan pengetahuan dan
6
kemahiran yang telah mereka miliki sekaligus membimbing seluruh umat Islam pada
waktu itu.
Selain daripada sumber tersebut, media bukan elektronik seperti papan tulis,
kad manila, model dan sebagainya juga digunakan dahulu mahupun sekarang. Media
elektronik seperti komputer sama fungsinya dengan papan tulis iaitu suatu alat bantu
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dan
papan tulis ini dapat dilihat melalui perbezaan aplikasi kaedah yang disampaikan
dalam pendidikan dulu dan sekarang. Pendidikan dulu, penggunaan komputer dan
papan tulis telah diaplikasi dengan keadah membaca. Guru hanya menekankan kaedah
membaca dan menunjuk ayat-ayat dalam kitab dengan pembaris. Dalam pendidikan
Islam sekarang, guru lebih menekankan kepada kaedah pelaziman (mulazimah) dalam
penggunaan media elektronik dan papan tulis. Kaedah ini sama seperti kaedah latih
tubi. Murid-murid disuruh membaca ayat-ayat yang ditulis di papan tulis dihadapan
bilik darjah. Ini adalah untuk kesenangan murid membaca dengan jelas dan di dengar
siisi kelas. Manakala penggunaan komputer pula digunakan supaya pengajaran mudah
dan cepat kerana komputer dengan automatik dapat menyusun dan mengeluarkan
bahan yang ingin diajukan. Dengan kemudahan ini, murid dapat mengingati setiap
potongan ayat sebelum beralih kepada ayat seterusnya.
Selain itu, teknologi elektronik seperti radio juga digunakan. Radio digunakan
sebagai alat bantu mengajar dalam pendidikan sekarang. Walaupun radio kurang
digunakan dalam pembelajaran, tapi ia digunakan dalam pelajaran tertentu seperti
menghafal ayat-ayat al-Quran, mendengar bacaan dengan teliti dan dapat diulang jika
7
perlu dan menguji minda murid. Penggunaan radio ini juga berfaedah dalam hafalan
dan meningkatkan daya mendengar pelajar.
Oleh yang demikian, pendidikan teknologi adalah pendidikan untuk
menumbuhkan technological-attitude (sikap berteknologi) dan technological-quotient
(kecerdasan berteknologi) sehingga orang memiliki motivasi, inisiatif dan kreativitas
untuk menggunakan teknologi, merebut teknologi, dan mengembangkan teknologi.
Sedang teknologi pendidikan adalah teknologi yang didesain untuk mendukung
aktiviti pendidikan secara komprehensif. Aktiviti pendidikan adalah aktiviti untuk
membentuk manusia seutuhnya, yakni yang memiliki kedalaman iman, kecerdasan
akal, kepekaan nurani, keluasan wawasan, kebijakan sikap, kreativitas karya,
kehalusan etika, keberanian berjuang dan seluruh nilai-nilai positif lainnya.
Dengan memahami pokok masalah di atas, maka jelas bahwa posisi Islam di
sini adalah untuk memberi arah dan nilai dari pendidikan, dan demikian pula
teknologi pendidikan. Karena itu teknologi pendidikan Islam bukanlah sekadar
teknologi untuk membantu murid sembahyang atau belajar membaca al-Quran,
namun teknologi yang seluas pendidikan itu sendiri. Teknologi ini mengakselerasi
murid mendapatkan tujuan-tujuan pendidikan, sehingga membantu mengatasi
keterbatasan kemampuan guru, sempitnya ruang kelas, kekurangan buku dan
terbatasnya dana.
Di atas itu semua, teknologi pendidikan Islam seharusnya juga dibuat dengan
memperhatikan prinsip-prinsip Islam, seperti kesederhanaan dan kemudahan. Jadi
guru tidak bersusah payah membuat suatu pengajaran menggunakan teknologi yang
8
kurang arif. Di samping itu dengan munculnya teknologi-teknologi canggih sekarang,
guru dapat menfaatkannya sebaik-baik mungkin untuk memudahkan lagi bahan
pengajaran dan murid dapat mempelajari sesuatu yang baru.
9
RUJUKAN
Abdul Halim El-Muhammady, 1991. Pendidikan Islam: Falsafah,
Disiplin dan Peranan Pendidik, Dewan Pustaka Islam,
Petaling Jaya, Selangor.
Fadilah Sarnap, 1998. Perundangan Islam: Sejarah
Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya, Perniagaan
Jayabersa, Taman Kempas, Johor Bahru.
Ghazali Darusalam, 2001. Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan
Publications and Distributions Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Haji Mohd Zain Sarudin, 1971. Dasar-Dasar Pengajian Islam
(III), Penerbitan Siswa, Kuala Lumpur.
Shaharir Mohamad Zain, 1985. Pengenalan Tamadun Islam
Dalam Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajar Malaysia, Kuala Lumpur.
10
Missthree03 – march 2009
11