topik1-islam dan teknologi maklumat

24
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KEHIDUPAN INSAN KHIRULNIZAM ABD RAHMAN 0129034614 (WHATSAPP/SMS) K [email protected] KERUL.NET

Upload: drovers-counter

Post on 05-Feb-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan Insan

TRANSCRIPT

Page 1: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KEHIDUPAN INSANKHIRULNIZAM ABD RAHMAN

0129034614 (WHATSAPP/SMS)

[email protected]

KERUL.NET

Page 2: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Sinopsis

Kursus ini membincangkan adab pengendalian maklumat, isu-isu yang berkaitan dengan teknologi komputer dan teknologi maklumat. Penggunaan komputer peribadi dengan memberi pendedahan kepada perkakasan dan perisian komputer. Membincangkan mengenai internet, telekomunikasi serta pencarian maklumat melalui web. Membentuk pelajar yang beradab dalam pengendalian dan pengurusan maklumat.

Page 3: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Objektif Kursus

1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas teknologi maklumat dan komputer serta aplikasi semasa penggunaannya.

2. Menanamkan adab terhadap pengendalian teknologi maklumat dan teknologi komputer mengikut syariat Islam yang sebenar dan menelusuri perkembangan teknologi maklumat dalam kehidupan Insan yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan pembangunan ekonomi, pendidikan dan pembentukan sahsiah ummah.

3.  Merungkai isu-isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komputer di peringkat nasional dan di peringkat antarabangsa. Menjawab pemasalahan yang sering diperkatakan mengikut perspektif Islam dan bersesuaian dengan kedudukan teknologi maklumat dalam kehidupan Insan.

4.  Menjelaskan bagaimana kehidupan Insan yang beradab dan berakhlak dapat menghadapi cabaran dalam proses globalisasi, industrialisasi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Page 4: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Tajuk-tajuk Kursus

1. Islam dalam Era ICT

2. Sejarah Perkembangan Ilmu Pengetahuan & Masyarakat

3. Masyarakat Malaysia & ICT

4. Teknologi Komputer: Hardware, Software & Heartware

5. Sistem Pengoperasi dan Perisian

6. Komunikasi dan Rangkaian Komputer

7. Pengurusan Pangkalan Data

8. Internet dan Masyarakat

9. Risiko Keselamatan Komputer dan Maklumat

10. Adab dan Isu-Isu Semasa Pengendalian Maklumat & Teknologi Maklumat

11. Peranan dan nilai maklumat dalam pembangunan sosial

Page 5: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Penilaian Kursus

Page 6: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Rujukan Utama

Mohd Fauzan Noordin, ICT & ISLAM, 2009

Gary B. Shelly, Misty E. Vermaat, Jeffrey J. (CON) Quasney, Susan L. (CON) Sebok, Steven M. (CON) Freund, Discovering Computers, Complete: Your Interactive Guide to the Digital World, Thomson Course Technology, 2013.

Page 7: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Topik 1ISLAM DALAM ERA

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (ICT)

Page 8: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Apa itu Islam?

Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin.

Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Page 9: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Apa itu ICT ?

ICT - satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.

Page 10: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Aqidah Islam dalam ICT

Pencipta (Allah)

Penciptaan

Ciptaan(Makhluk)

1.Setiap sesuatu ciptaan pasti ada pencipta.

2.Setiap sesuatu yang diciptakan pasti ada matlamat dan tujuan.

3.Asas aqidah Islam adalah Allah sebagai pencipta segala sesuatu.

4.Tujuan Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah, serta menjadi khalifah di atas muka bumi.

Page 11: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Tujuan dan matlamat sebenar ICT

ICT merupakan cabang daripada ilmu sains dan teknologi.

Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.

Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kita memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.

Page 12: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Tujuan dan matlamat sebenar ICT

Tujuan dan Matlamat ICT dalam Islam:

1. Menambah keimanan

2. Membuktikan kewujudan Allah swt

3. Membantu manusia beribadat

4. Menyerlahkan kebenaran

5. Memartabatkan minda dan akal fikiran

6. Supaya ilmu terarah kepada kebenaran

7. Bukti Al Quran firman Allah yang asli

8. Membentuk negara yang tidak didominasi

Page 13: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICTIsu & Cabaran: Isu penyebaran maklumat palsu, gambar-

gambar yang dipalsukan serta gambar-gambar yang tidak bermoral.

Mudah diperoleh oleh golongan remaja yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan.

Kesan yang - peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi.

Page 14: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICT

Isu penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya.

Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka

Kesan kepada remaja boleh dilihat dengan banyaknya laporan-laporan yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.

Page 15: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICT Isu tersebar luasnya penipuan dalam bentuk kewangan melalui

internet. Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya.

Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara.

Antara contohnya; Tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih

berdasarkan sesuatu sebab (misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang);

Kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut.

Page 16: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat
Page 17: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Phishing

Page 18: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICTPenyelesaian: Ajaran Islam - alam ini berimbang , dalam

keadaan yang harmonis, dan manusia tidak mempunyai hak untuk mencabulinya sesuka hati.

Dalam Islam, manusia adalah khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan alam. Merangkumi semua aspek kehidupan manusia, sama ada yang berkaitan dengan hubungannya dengan Penciptanya, sesama manusia maupun dengan alam sekitarnya.

Di samping itu, keseimbangan yang disarankan oleh Islam sejak dari dulu lagi adalah prinsip asas sains alam sekitar, yang mana termasuk di dalamnya sains Islam

Page 19: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICTPenyelesaian(samb): Sains Islam merupakan hubungan berbagai

dimensi antara pelbagai makhluk dan benda, analisis dan rumusan, kesatuan alam sekitar, sintesis dan kesimpulan.

Sains Islam adalah berasaskan sifat saling bergantungan dan berhubungan antara semua benda dan makhluk yang terdapat di alam ini.

Pendidikan yang dibawa hendaklah berkisar menyedarkan manusia kepada keperluan untuk mengekalkan peranan utamanya sebagai khalifah , serta mengekalkan harmoni dan keseimbangan alam.

Page 20: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Islam dalam Era ICTPenyelesaian(samb):

Islam menekankan konsep menjaga maslahah hidup manusia seperti yang terkandung dalam Maqasid al-Syariah.

Maqasid al-Syariah menekankan kepada pemeliharaan agama,

nyawa,

akal,

keturunan,

dan harta.

Asas penjagaan keselamatan diri sendiri dan orang lain juga telah dibicarakan dalam Islam apabila Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya membuang duri daripada jalan (elimination of hazard) yang merupakan satu bentuk sedekah di samping bertujuan agar duri tersebut tidak mencederakan sesiapa.

Page 21: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Blok FBPage yg menghina Islam

Page 22: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat
Page 23: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat
Page 24: Topik1-Islam Dan Teknologi Maklumat

Penutup

ICT adalah dunia tanpa sempadan. Dunia tanpa sempadan juga

memerlukan sempadan bagi memastikan kemaslahatan dalam kehidupan dapat dipelihara.

Sempadan bagi dunia tanpa sempadan adalah ajaran Islam.