teknologi pendidikan

15
Emy Erliana Che Yusuf Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Teknologi Pendidikan Definisi Perkataan teknologi berasal dari kata Latin “textera” yang bermaksud mendirikan, mengayam atau menenun; pengertian ini tidak semestinya menunjukkan kepada bahan-bahan atau perkakasan atau penggunaan mesin-mesin yang canggih semata- mata. "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Upload: siva-balan

Post on 12-Jun-2015

2.466 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Pendidikan

Emy Erliana Che Yusuf

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Teknologi Pendidikan

Definisi

Perkataan teknologi berasal dari kata Latin “textera” yang bermaksud  mendirikan,

mengayam atau menenun; pengertian ini tidak semestinya menunjukkan kepada bahan-

bahan atau perkakasan atau penggunaan mesin-mesin yang canggih semata-mata.

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang

bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"

(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam

keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran

setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"

(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

“Mentafsirkan teknologi dalam pendidikan sebagai satu cabang disiplin pendidikan yang

mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan

latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-

kaedah lain dan penggunaan persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.”

(Sharifah Alwiah Alsagoff (1984))

“Menyatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu sistem yang meliputi alat dan

bahan media, pengetahuan dan kemahiran, teknik dan organisasi yang digunakan secara

terancang dan teratur ( proses dan produk ) bagi menghasilkan kecekapan di dalam proses

Page 2: Teknologi Pendidikan

pengajaran dan keberkesanan di dalam pembelajaran.”

(Jamaludin Badusah et. al. (2000))

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,

organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam

pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Sejarah

Perkembangan teknologi dalam pendidikan di negara kita mempunyai sejarahnya yang

amat menarik. Pada sekitar tahun-tahun selepas kemerdekaan dan tahun-tahun 60’an, kita

bersua dengan apa yang disebut “khutub khanah”. Almari, rak, ruang, sudut atau bilik

khubtub khanah ini hanaya menempatkan koleksi bahan-bahan bacaan yang amat terhad

dan kebanyakannya digunakan untuk urusan pinjam meminjam pada masa-masa tertentu,

senggang atau masa rehat. Ada masa-masanya khutub khanah ini didapati sentiasa

tertutup dan ini menyebabkan orang memanggilnya “Tutup Khanah”.

Mulai tahun 1974, sekolah-sekolah mewujudkan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang

menempatkan bahan bukan buku seperti carta, gambar, glob, peta, ‘Overhead Projektor

(OHP), projektor slaid, radio kaset dan television. Perkhidmatan perpustakaan dan alat

pandang dengar  memjadi penting dalam perlaksanaan sisitem pendidikan ketika ini.

Tahun 90’an merupakan tahun-tahun ledakan teknologi makluamt (IT) yang amat ketara.

Penggunaan komputer dan sistem komputeran yang meluas dalam pelbagai aspek

pengurusan dan komunikasi telah menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan

kaedah-kaedah baru dalam pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan CD-

ROM dan perkhidmatam internet, pusat sumber sekolah menjadi suatu perkhidmatan

yang penting dalam usaha meningkatkan kuaiti pendidikan, menyediakan pelajaran untuk

menghadapi zaman maklumat.

Sejara

h Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia.

Page 3: Teknologi Pendidikan

1960 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan dibentuk di bawah Bahagian Latihan Guru dan

kemudian dipindahkan ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

1965 - Television Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am

yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan Bersama dengan Kementerian

pelajaran

1966 - Penubuhan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan oleh Kementerian

Penerangan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bertujuan penggunaan teknologi

pendidikan dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai infrasruktur penting yang

dapat menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah.

1972 - Pusat Audio-Visual Kebangsaan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan

( Radio Pendidikan) dan Television disatukan di bawah satu Unit iaitu Unit

Perkhidmatan Media Pendidikan.

1988 - Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian

Sekolah telah digabungkan dengan Unit Kejuruteraan. Pusat Audio Visual Kebangsaan,

Bahagian Perkhidmatan Sebaran Am Pendidikan, ( Radio Pendidikan & Television

Pendidikan ) di bawah satu bahagian Kementerian Pendidikan dinamakan Bahagian

Teknologi Pendidikan.

1997 - Unit Teknologi Pendidikan dinaiktaraf kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

(Bahan Sumber Teknologi Pendidikan)

Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu

yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan

ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan

telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan

teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan

lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di  Malaysia  penggunaan  teknologi 

maklumat  dalam  pendidikan  masih  di  peringkat  permulaan namun  pengunaannya 

semakin  pesat  dan  memberangsangkan.

Page 4: Teknologi Pendidikan

kerajaan telah berperanan untuk  menjadikan  pendidikan  di  Malaysia  bertaraf  dunia

melalui  Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian  ini  telah mengambil  langkah 

drastik dengan  melaksanakan beberapa  perubahan  untuk  menjana  sistem  pendidikan

agar selari  dengan  pemodenan  yang  banyak  dipelopori  oleh  penggunaan  teknologi 

terkini  seperti  penggunaan teknologi  maklumat dalam pendidikan.

Mulai Januari 1999 internet saluran  utama  teknologi  maklumat, menjadi sebahagian

dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah

telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama

dan bantuan kepakaran  MIMOS  telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan

( Sulaiman,1996 ).

Teknologi dalam pendidikan

1.teknologi komputer

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori

kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan

teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak

mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia

Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-

luasnya kepada teknologi komputer, yang akan membolehkan fleksibiliti dan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan

perkembangan komputer yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan

memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and

Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif

terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Page 5: Teknologi Pendidikan

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat

membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan. .

Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat

menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa

aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet.

2.teknologi internet

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan

maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada

semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin

mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ‘alam yang baru

ditemui’ (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan

yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa

pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah

membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian

dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial

ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer

dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap

pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik

kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam

masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej

supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima

dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya

bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat

menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan

proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Page 6: Teknologi Pendidikan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah

(Zulkifli, 1998):

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan

pihak jabatan serta kementerian.

Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan

pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan

penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai

sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan

sesuatu masalah yang timbul.

 Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang

negara mengenai berbagai isu semasa.

Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi

dengan rakan pena di luar negara.

Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah

pelajaran secara “on-line”.

 Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar

( Zoraini, 1996):

Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia

Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer

Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan pelajar dapat

meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran

berkomunikasi

Page 7: Teknologi Pendidikan

Selain itu e-learning juga merupakan satu model pembelajaran dengan menggunakan

media teknologi komunikasi dan informasi khususnya internet. E-learning merupakan

satu penggunaan teknologi internet dalam P&P bagi jangkauan luas yang belandaskan

tiga kriteria iaitu:

(1) E-learning merupakan jaringan dengan kemampuan untuk memperbaharui,

menyimpan, berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar,

(2) apa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa yang

sama

(3) focus pada pandangan yang lebih luas tentang pembelajaran disebalik pembelajaran

secara tradisional.

(Rosenberg 2001; 28)

Sistem VSAT (Very Small Aperture Terminal) atau Satelit Bukaan Amat Kecil

diperkenalkan di sekolah-sekolah mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan

luar bandar yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. Muller (1998) memberikan

takrifan VSAT sebagai setesen bumi yang yang boleh menghubungkan komunikasi

dengan rangkaian satelit dan menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara,

data, fax, imej atau persidangan video secara digital. Tujuan VSAT diperkenalkan adalah

untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan ICT, membantu guru dalam

pengajaran dan pembelajaran, perhubungan internet tanpa wayar, merapatkan jurang

pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan bandar dan kawasan-kawasan

pedalaman serta kumpulan di luar jangkau (underserved communtiy), memenuhi aspirasi

Pelan Jalur Lebar Negara serta memastikan jurang digital antara sekolah di luar bandar

dengan bandar tidak terlalu jauh.

Integrasi internet dalam pendidikan

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung

dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  Pertama

Page 8: Teknologi Pendidikan

Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti

pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat

digunakan dengan berkesan.

Kedua

Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru

akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,

khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap

menjadi tunjang dan ikutan utama.

 

Ketiga

Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan

murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan

sistematik.

 

Keempat

Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam

menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang

akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian

sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para

ibubapa.

3.teknologi multimedia

Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang

memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia

merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk

menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses

pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.

Page 9: Teknologi Pendidikan

Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk

membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan.

Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh

mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat,

keperluan, pengetahuan dan emosinya.

Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi

kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu

sendiri terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video.

Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus

keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan

lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus

daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam

persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan

kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan

keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian

maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan

P&P Dalam Bilik Darjah.

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu perisian pendidikan

dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Latih tubi, Tutorial, Demontrasi, Simulasi,

Permainan pendidikan,

Kelebihan multimedia berbanding media pengajaran yang lain

a) Tahap interaktif yang tinggi

b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya

Page 10: Teknologi Pendidikan

d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran

4.web 2.0

Web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet

dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui

internet .

Didalam penididikan aplikasi yang dijalankan secara online tersebut membolehkan

pengguna samada pelajar dan guru untuk bersama-sama berkongsi maklumat serta

membina konten di dalam aplikasi yang digunakan.

Contoh- contoh web 2.0 ialahChat, Discussionboard, VLEs, Blog, Wikis, Sosial

Networking Sosial sharing, M-learning, Podcasting, Virtual worlds, Digital Storytelling,

VoIP, Vodcasting, Folksonomies

Kesimpulan

Keberkesanan penggunaan  teknologi  maklumat  juga  bergantung  kepada keterbukaan

warga  pendidik   menerima  teknologi  maklumat  dalam  elemen  pengajaran  dan 

pembelajaran. Teknologi ini dengan mudah akan menghilangkan kekangan-kekangan

yang wujud, terutamanya kekangan masa didalam dunia pendidikan.