teknologi maklumat dalam pendidikan

30
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan PENDAHULUAN Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions . Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku. Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama. Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah Azman Bin Salleh 750312025163 1

Upload: manroy

Post on 06-Jun-2015

36.431 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

PENDAHULUAN

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang

pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran

Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan

pembelajaran.

Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang

telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah

organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud

data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat

sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that

has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real

perceived value in current or perspective decisions”.

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia

mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud

serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu

program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan

mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah

pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh

digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya

mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat

juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu

perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru

dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu

pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada

perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan

bersama.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang

pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke

Azman Bin Salleh750312025163

1

Page 2: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah

objektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah

organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat

antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah

berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima

dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar.

Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia

telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara

kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan

pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan

kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal

komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang

berasaskan teknologi maklumat.

Azman Bin Salleh750312025163

2

Page 3: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

SOALAN 1

Penggunaan kaedah Pengajran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif

dan bermutu. Antara jenis atau teknik PPBK termasuklah:

Tutorial

Latih Tubi

Permainan

Simulasi

Tunjuk Cara

Ujian

Dihuraikan di bawah ini satu persatu kaedah dan teknik PPBK yang disebutkan

di atas.

TUTORIAL

Merujuk kepada Modul OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam

Pendidikan, tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk

mempersembahkan bahan pengajaran yang beru dan mempunyai langkah –

langkah penerangan yang tersusun ( Alessi & Trollip, 1991). PPBK jenis ini

bertinfak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Tutorial yang

dibangunkan dengan baik membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan

dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.

Dapat dirumuskan di sini bahawa kaedah tutorial PPBK biasanya

digunakan untuk menyampai sesuatu fakta atau memberikan penerangan

kepada pelajar. Ianya sesuai untuk digunakan ketika menyampaikan maklumat

dan memulakan sesi atau topik pelajaran yang baru. Antara contoh – contoh alat

PPBK ialah slaid Power Point, Publisher, MS Word dan Authorware.

PERMAINAN

Telah kita ketahui masa kini, permainan komputer dapat menarik

golongan muda terutama pelajar untuk berada dan menghadap komputer berjam

– jam. Maka, ini secara tidak langsung mempengaruhi dan dapat memberi satu

kaedah kepada guru untuk mengajar melalui permainan di dalam komputer.

Azman Bin Salleh750312025163

3

Page 4: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Terdapat banyak perisian permainan yang telah dibina dan dijual di pasaran. Ini

kerana ia mampu menarik pelajar bermain sambil belajar.Terdapat banyak

permainan yang sering digunakan oleh guru di sekolah. Contohnya permainan

‘Hang Man’, ‘Tidy Up’ dan banyak lagi. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia

telah membelanjakan sejumlah wang membangunkan perisian interaktif untuk

pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris yang berasaskan

permainan yang menarik bertujuan menaikkan semangat dan keinginan murid

untuk belajar.

SIMULASI

Merujuk kepada Modul OUM HBEF 2303 (2008), Teknologi Maklumat dalam

Pendidikan, dirujuk kepada Thomas & Miligan (2004), mendefinisikan simulasi

sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang

mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.

Jelas di sini, dengan merujuk kepada apa yang didefinisikan oleh Thomas

& Miligan, PPBK melalui simulasi dapat memberi peluang kepada pelajar

menjalankan aktiviti – aktiviti seperti menguji sesuatu hipotesis dan dapat lebih

memahami sesuatu tindakan melalui simulasi sebelum melihat kepada keadaan

sebenar. Antara contoh perisian simulasi ialah Phoenix Simulation Software,

www.dmoz.org/science/software/simulation yang mana perisian ini berkaitan

dengan simulasi sains dan angkasa. Jelas di sini dapat dirumuskan bahawa,

melalui kaedah ini, pelajar dapat berhati – hati dan mengetahui dan mengenal

pasti masalah – masalah yang bakal timbul di waktu keadaan sebenar.

TUNJUK CARA

Modul OUM HBEF 2303 (2008), Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, ada

menyatakan bahawa tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk

menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk

membolehkan pelajar memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya

dalam keadaan sebenar. Ia juga sesuai digunakan untuk memahami sesuatu

prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan

kekurangan peralatan atau terlalu kompleks.

Azman Bin Salleh750312025163

4

Page 5: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Contohnya, guru dapat menunjukkan kepada murid dengan lebih jelas lagi

bagaimana proses sesuatu kitar semula dijalankan melalui slaid Power Point.

Sememangnya agak menyukarkan untuk membawa pelajar melawat ke tempat

pengkitaran semula dan melalui kaedah PPBK ini, pelajar dapat memahami

prosedur tersebut dengan lebih jelas.

UJIAN

Dewasa ini, kita tahu komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan

maklumat dan data pelajar malah menyenangkan guru membuat statistik dan

pengiraan markah pelajarnya. Justeru tidak terkecuali juga di dalam

menyediakan ujian kepada pelajarnya menggunakan bantuan perisian di dalam

komputer. Kini ujian boleh di bina menggunakan perisian – perisian yang ada

sama ada secara percuma atau berbayar.

Contohnya, melalui perisian MS Word, guru boleh membina ujian

berbentuk on-line, membina kiuz melalui perisian ‘Hot Potato’ dan sebagainya.

Selain itu, melalui ujian berasaskan komputer, pelajar lebih rasa tertarik dan juga

memudahkan guru untuk menyemak markah pelajar.

Kesimpulannya, PPBK telah memberikan satu kesan yang amat positif

samada kepada guru mahupun kepada pelajar. Semestinya di era globalisasi ini,

kemahiran komputer amat penting kepada pelajar untuk menyediakan mereka

dengan cabaran di era maklumat dihujung jari ini. Untuk itu, patutlah kita sebagai

guru untuk memulakan perkara ini dan memberi peluang kepada pelajar kita

untuk berjinak – jinak dengan teknologi maklumat ini.

Azman Bin Salleh750312025163

5

Page 6: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

(b) Setiap PPBK mempunyai peranannya masing – masing sebagai bantuan

kepad guru untuk mempelbagaikan pengajarannya di dalam kelas. Ke-enam –

enam kaedah dan teknik yang dinyatakan di atas memainkan peranan masing –

masing di dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan lagi. Mata pelajaran major saya ialah kajian sosial di mana ia

merangkumi pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik

Kewarganegaraan.

Diambil contoh sebagainya iaitu di dalam mata pelajaran Kajian

Tempatan, Kaedah tutorial dapat membantu saya menyampaikan maklumat

kepada pelajar dengan lebih berkesan dan menarik seperti perancangan dan

ABM yang saya sediakan di dalam tugasan seterusnya ini. Selain itu, kaedah

latih tubih juga membantu guru menarik keinginan murid untuk melakukan latihan

malah memudahkan guru menyediakan pelbagai soalan dengan pantas dan

mudah untuk menyemaknya.

Kaedah PPBK yang seterusnya, permainan. Ia memberi peluang kepada

pelajar meneroka minda mereka melalui permainan ini. Sekarang ini banyak

permainan interaktif yang telah dibangunkan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum untuk membangkitkan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran dan

Kajian Tempatan tidak terkecuali. Selain itu, melalui kaedah tunjuk cara dan

simulasi banyak membantu guru untuk menujukkan kepada murid keadaan baik

buruk sesuatu perkara yang akan berlaku. Contohnya, keadaan banjir yang

benar-benar berlaku dapat dimuatturunkan ke komputer. Malah guru juga dapat

menerangkan tatacara menyediakan projek denagn lebih berkeasan keapada

pelajar dengan menggunakan kaedah tunjuk cara.

Walaupun masih belum lagi dilakukan disemua sekolah namun pastinya

ujian berasaskan komputer mampu menyediakan satu ujian dan suasana yang

menarik dan mencabar kepada pelajar untuk mengabil ujian tersebut. Malah

melalui PPBK ini, carta – carta dan gambar – gambar dapat disediakan dengan

kebih tepat dan berkesan lagi.

Azman Bin Salleh750312025163

6

Page 7: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Kesimpulannya kaedah PPBK ini banyak membantu saya dalam mendidik

dan mengajar anak murid saya di dalam mata pelajaran Kajian Tempatan atau

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Ini kerana segala penyampaian dan

fakta dapat diberikan dengan lebih menarik dan sangat tepat.

Azman Bin Salleh750312025163

7

Page 8: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

2. Rancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan

Mata Pelajaran : Kajian Tempatan

Kelas : 5 Yakin

Bilangan Murid : 30 orang

Masa : 11.05 tgh – 11.35 tgh (30 minit)

Tarikh : 9 Jun 2008

Tema : 5. Malaysia Negaraku

Tajuk : a) Negeri – negeri dalam Malaysia

- Lokasi

- Negeri – negeri yang membentuk Malaysia

- Penduduk

Hasil Pembelajaran : i) Menjelaskan kepentingan identiti negara

ii) Menghargai dan bersyukur hidup dalam negara

yang aman dan makmur.

ii) Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia

kepada Malaysia

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat

1. menyenaraikan negeri – negeri yang terdapat di dalam Malaysia dengan

betul.

2. menamakan ibu negeri dan bandar-bandar utama di dalam setiap negeri

di Malaysia.

3. menyatakan lokasi ibu negeri dan bandar – bandar

utama bagi setiap negeri dengan tepat dan jelas.

Azman Bin Salleh750312025163

8

Page 9: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Isi Kandungan :

i) Kenali lokasi Malaysia dan kedudukan negeri – negeri yang membentuk

Malaysia.

ii) Kata – kata yang boleh menimbulkan semangat patriotisme dalam diri

para pelajar.

Penerapan Nilai Murni :

i) Bekerjasama

ii) Bersyukur

iii) Menghargai

iv) Bertolak ansur

Unsur Patriotisme :

i) Taat setia

ii) Berbangga dengan kejayaan dan identiti negara

Pengetahuan Sedia Ada :

i) Murid pernah melancong ke tempat – tempat yang menarik di dalam

Malaysia bersama keluarga

ii) Murid mengetahui sebahagian daripada kedudukan ibu negeri atau

pusat pentadbiran yang terdapat di dalam Malaysia seperti Kuala

Lumpur, Shah Alam , Putrajaya dan sebagainya.

Bahan Bantu Belajar (BBB) :

BAHAN KUANTITI

LCD dan Komputer Riba Sebuah

Azman Bin Salleh750312025163

9

Page 10: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Langkah Isi Pelajaran Catatan

SET INDUKSI

( 5 MINIT )

Guru meminta murid menyanyikan lagu

Cemerlang, Gemilang, Terbilang sambil

guru menayangkan slaid 1 power point.

Guru meminta murid menyatakan negeri

– negeri yang terdapat di dalam

Malaysia.

URL :

http://www.penerangan.gov.my

http://www.gajahmas.com/skti/

mapmalaysia.html

ABM

Komputer

riba

LCD

KBKK- menjana idea

LANGKAH 1

( 15 MINIT )

MOD TUTORIAL

BERBANTUKAN

PPBK

(Rujuk slaid

Power Point

yang berjudul

Pendidikan KT

di lampiran)

Perkembangan

Guru memberi penerangan kepada murid

isi pelajaran yang berkaitan dengan tajuk

yang diajar iaitu lokasi, negeri – negeri

yang membentuk Malaysia, Pusat

Pentadbiran dan penduduk yang terdapat

dalam Malaysia dengan menggunakan

persembahan multimedia

powerpoint.Antara isi kandungan yang

terdapat dalam persembahan multimedia

powerpoint ini ialah :

Penerangan tentang identiti negeri –

negeri yang terdapat dalam Malaysia iaitu

bendera, peta lokasi negeri, jumlah

penduduk, ibu negeri dan nama Sultan

atau YDPN yang memerintah.

ABM

- Komputer riba

dan LCD

- Slaid Power

Point (Kajian

Tempatan –

Negeri – negeri

di Malaysia

Kemahiran

Belajar

- kemahiran

mendengar

TKP

- Kecerdasan verbal-linguistik

Azman Bin Salleh750312025163

10

Page 11: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

LANGKAH DUA

( 10 MINIT )

Penilaian

Soal Jawab

Guru bersoal jawab dengan murid. Antara

soalan – soalan yang dikemukakan oleh guru

ialah :

Bendera di atas mewakili negeri mana?

Peta di atas menunjukkan kedudukan

negeri mana?

Di manakah letaknya pusat pentadbiran

yang baru bagi kerajaan Malaysia?

Nyatakan negeri – negeri di pantai timur

dan utara ?

ABM

- Komputer riba

dan LCD

- Slaid Power

Point (Kajian

Tempatan –

Negeri – negeri

di Malaysia

Teknik

-

Sumbangsaran

- Soal jawab

- Perbincangan

PENUTUP

( 5 MINIT )

Guru merumuskan hasil pembelajaran

yang telah dilaksanakan

Guru memberi kerja susulan (kerja

rumah) kepada murid – murid. (Ulangkaji)

Guru memberi ucapan terima kasih

kepada semua pelajar.

Nilai

- Berbangga

- menghormati

- Bertolak ansur

- Bersyukur

- Menghargai

Refleksi :

Azman Bin Salleh750312025163

11

Page 12: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

2. (b)

Di dalam perisian kursus yang telah sediakan ini, saya telah memilih untuk

menggunakan Mod Tutorial. Melalui mod ini, dua komponen iaitu komponen

asas dan juga komponen tambahan telah saya gunakan. Saya menggunakan

komponen ini supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan dan menyeronokkan. Bagi komponen asas, pertama sekali saya

menggunakan ‘Set Induksi’. Set induksi merupakan pendahuluan atau pun

pembuka sesi bagi sesuatu aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan.

Biasanya ia mengandungi konsep tajuk yang akan dipelajari serta untuk

membentuk tanggapan atau rangsangan awal pengguna terhadap keseluruhan

perisian yang akan mereka jelajahi sebentar nanti. Contohnya, set induksi yang

terdapat di dalam perisian ini adalah seperti yang berikut :

Masa : 5 minit

Set Induksi : Perisian ini memaparkan slaid yang berkaitan dengan negara kita

Malaysia sambil diiringi dengan lagu ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’.

Melalui set induksi ini, murid akan dapat membayangkan secara kasar apa

yang mereka jelajahi dan apa yang akan mereka perolehi terhadap keseluruhan

perisian yang telah disediakan. Di samping itu juga, set induksi ini juga akan

dapat menarik perhatian dan minat pengguna terhadap perisian ini di samping

dapat merangsang fikiran pengguna atau pelajar tersebut agar lebih aktif.

Komponen asas kedua yang saya gunakan ialah ‘Perkembangan’. Di dalam

komponen ini, ia mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak disampaikan

beserta dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Contoh yang

terdapat di dalam perisian ini adalah seperti berikut :

Masa : 15 minit

Perkembangan : Perisian ini akan memaparkan isi – isi yang berkaitan dengan

tajuk pembelajaran yang ingin disampaikan. Antara slaid yang dipaparkan ialah

slaid yang berkaitan dengan senarai dan gambar mengenai negeri-negeri yang

Azman Bin Salleh750312025163

12

Page 13: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

terdapat di dalam Malaysia, ibu negeri dan jumlah penduduk. Segala kenyataan

dan penerangan mengenai isi-isi tersebut turut dinyatakan dengan jelas. Oleh

yang demikian, melalui komponen ini, penerangan mengenai isi kandungan tajuk

dapat di sampaikan dengan jelas dan berkesan serta untuk memudahkan

kefahaman para pengguna tentang tajuk yang dipelajari.

Komponen asas yang ketiga pula ialah ‘Penilaian’. Penilaian adalah proses

yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman pengguna tentang konsep dan

kemahiran yang sedang disampaikan. Penilaian merupakan petunjuk kefahaman

pelajar di samping untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Contoh penilaian yang

terdapat di dalam perisian ini ialah :

Masa : 10 minit

Penilaian : Di dalam perisian ini, kami telah menyediakan penilaian untuk

mengenalpasti kefahaman dan pengetahuan yang telah diperolehi oleh

pengguna melalui soalan - soalan yang telah kami sediakan. Antara soalan yang

kami kemukakan adalah seperti ‘Bendera di atas mewakili negeri mana?’, ‘Peta

di atas menunjukkan kedudukan negeri mana?’ dan sebagainya di mana soalan

– soalan ini akan dikemukan bersama - sama dengan grafik, animasi dan audio

yang bersesuaian.

Dengan itu, melalui aktiviti penilaian ini kefahaman para pelajar atau

pengguna mengenai konsep dan kemahiran yang diajar dapat ditingkatkan dan

juga penguasaan pelajar dalam tajuk yang diajar dapat dikenalpasti untuk

memudahkan ia meneruskan proses pembelajaran yang seterusnya.

Bagi penggunaan komponen tambahan pula, kami telah menggunakan

komponen ‘Ulangkaji’ dan juga ‘Pengukuhan’. Komponen ini diperlukan bagi

membentuk perisian yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai tahap dan

gaya pembelajaran pengguna. Melalui ‘Ulangkaji’, ia membolehkan pelajar

Azman Bin Salleh750312025163

13

Page 14: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

mengulangkaji semula konsep atau kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh

mereka dengan bantuan atau pendekatan yang sama ataupun yang berlainan.

Contohnya, melalui perisian ini, guru akan memberi penjelasan tentang tajuk –

tajuk yang tidak difahami oleh pelajar di samping menyediakan soalan-soalan

yang berkaitan dengan isi pembelajaran di akhir persembahan. Yang terakhir, di

dalam perisian ini, disediakan aktiviti pengukuhan di mana melalui aktiviti ini, ia

memberikan ganjaran dalam bentuk material atau kepuasan terhadap gerak

balas positif yang berjaya dilakukan oleh pengguna.

Oleh yang demikian, melalui huraian yang telah dinyatakan tadi, jelaslah

bahawa pengghunaan mod tutorial mempunyai peranan yang penting dalam

menghasilkan satu perisian dalam usaha untuk mewujudkan satu sesi

pengajaran dan pembelajaran yeng lebih berkesan dan memberi manfaat

kepada kita sebagai guru dan memudahkan pemahaman klien kita iaitu pelkajar

kita.

Azman Bin Salleh750312025163

14

Page 15: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

3.

(a) Rujuk Lampiran.

(b) Rujuk Lampiran.

(c) Jelaskan kedudukan ABM di dalam RPH.

Untuk melaksanakan tugasan ini,saya telah memilih tajuk ‘ Negeri-

negeri dalam Malaysia’ daripada huraian sukatan mata pelajaran Kajian

Tempatan tahun 5. Melalui perisian MS Office, saya telah membina satu

persembahan elektronik ‘powerpoint’ sebagai medium alat bantu mengajar bagi

perisian ‘Mod Tutorial’ di mana bahan ini akan diaplikasikan dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas bagi tajuk yang telah saya pilih ini.

Kedudukan ABM saya di dalam RPH adalah bermula dari set induksi

hingga lah ke langkah kedua sebelum penutup. Ini kerana dalam masa 30 minit

waktu pengajaran dan saya memilih mod tutorial maka saya menggunakan

sepenuhnya ABM saya iaitu komputer riba, LCD dan slaid Power Point ‘ Kajian

Tempatan- Kenali Negeri – negeri di Malaysia’ yang telah saya sediakan.

Saya memilih persembahan powerpoint ini adalah kerana yang pertama

persembahan elektronik ini dapat memotivasikan murid dalam pembelajaran.Ini

adalah kerana pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan menggunakan

medium yang baru dalam mendalami dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Yang kedua, melalui persembahan elektronik ini, ia dapat menarik perhatian

pengguna serta memberi impak yang positif terhadap kefahaman pelajar.

Seterusnya, pembinaan persembahan elektronik mempunyai arahan yang

tidak mengelirukan serta mesra pengguna. Ikon yang digunakan dalam

pembinaan persembahan ini juga mudah difahami, mudah dibina dan juga

mudah untuk digunakan walaupun oleh pengguna yang baru. Yang terakhir,

melalui persembahan elektronik ini, unsur interaktif dapat diselitkan dengan

mudah, di mana persembahan interaktif ini dapat menghasilkan pembelajaran

yang aktif dikalangan para pelajar serta dapat merangsang keperluan kognitif

dan juga gaya pembelajaran mereka dengan lebih berkesan.

Azman Bin Salleh750312025163

15

Page 16: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Dalam membina persembahan elektronik powerpoint ini, saya amat

menitikberatkan terhadap prinsip reka letak yang dikenali sebagai ‘CASPER’

yang merupakan satu panduan yang perlu diikuti dalam menyusun media seperti

menyusun teks, grafik, animasi dan video. Prinsip ini terdiri daripada contrast,

alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition. Prinsip amat penting

untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan serta dapat

merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin

disampaikan.

Selain itu, untuk memudahkan pelajar memahami apa yang ingin

disampaikan, arahan perlulah jelas supaya pelajar dapat menggunakan mod

tutorial dengan sebaik-baiknya berdasarkan persembahan elektronik yang

dibina. Contohnya, di dalam matapelajaran kajian tempatan, tahun 5 ; Mengenal

Negeri – negeri di Malaysia, pelajar diberikan arahan yang jelas untuk

mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesebuah negeri dengan hanya ‘klik’

pada bendera negeri tersebut yang telah dipautkan/di’hyperlink’kan. Oleh yang

demikian, pelajar akan mendapat maklumat yang dikehendakinya

Azman Bin Salleh750312025163

16

Page 17: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

4. (a)

Apa itu ‘Big6’?

“Data collected from thousand of students showed that students

who are taught informative nonfiction using the Big6 approach with a

combination of analytical, creative, and practical activities, outperformed

students who were taught two alternative approaches.” – Linda Jarvin,

Ph.D., Associate Director, PACE Center, Yale University.

(http://www.big6.com/what-is-the-big6/ )

Maka dapat dirumuskan di bawah ini apakah yang dikatakan sebagai

Model Big6 yang diperkenalkan oleh Mike Einsenberg dan Bob Berkowitz pada

tahun 1998.

Model pengajaran Enam Kemahiran Besar diperkenalkan oleh dua orang

tokoh pendidik iaitu Mike Eisenberg dan Bob Berkowith. Model ini dikenali di

seluruh dunia dan digunakan dalam bidang pendidikan dan bidang teknologi.

Model Enam Kemahiran Besar ini merupakan cara menyelesaikan masalah yang

berkaitan dengan kemahiran maklumat. Ia juga dikenali dengan model

penyelasaian masalah kerana dengan menggunakan model ini pelajar dapat

menyelasaikan apa jua masalah seperti dalam tugasan dan membuat keputusan.

Selain itu, dengan pendekatan Big6 ibubapa juga dapat membimbing anak-

anak mereka dalam membuat sesuatu projek dan pada masa yang sama

membantu mereka berdikari untuk mencari maklumat dan menggunakan

maklumat.

Ada 6 peringkat dalam model ini iaitu :

1. menentukan2. mencari3. memilih4. menggunakan/ menguruskan5. menyampaikan6. menilai kembali

Menentukan

Pelajar perlu memikir dan menentukan tajuk kajian.Untuk memulakan

pembelajaran, pelajar harus menentukan apa yang ingin mereka pelajari dan

capai.

Azman Bin Salleh750312025163

17

Page 18: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Mencari

Pelajar perlu mencari tempat atau kawasan kajian yang sesuai elajar juga perlu

mencari sumber-sumber rujukan yang bersesuaian.

Memilih

Ia membolehkan pelajar menumpukan pada bahan yang khusus dan menepikan

bahan- bahan yang kurang sesuai. Pelajar akan dapat lebih fokus pada bahan

yang bersesuaian dengan tajuk kajian dan matlamat yang telah ditetapkan.

Menggunakan / menguruskan

Ia melibatkan proses pelajar menukarkan data-data yang telah diperolehi kepada

apa yang boleh digunakan. Proses ini menjadikan maklumat itu sebagai suatu

pengetahuan kepada pelajar

Menyampaikan

Maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi boleh disampaikan kepada

sesiapa sahaja dalam format yang sistematik seperti :

• folio

• buku skrap

• catatan nota

• dalam diskette

• transperensi dll

Menilai kembali

Satu refleksi ke atas apa yang telah dilakukan. Pelajar menilai kembali apa yang

telah dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahannya. Pelajar boleh

membaiki diri , kajian dan pengetahuan seterusny

Azman Bin Salleh750312025163

18

Page 19: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

(b)

1.Menentukan : Murid harus memikir dan menentukan tajuk kajian yang ingin dipelajari dan dicapai.

2. Mencari : Murid perlu mencari tempat atau kawasan serta sumber rujukan yang sesuai dengan topik dan isi kajian.

3. Memilih : Murid perlu menumpukan kepada bahan yang khusus dan mengetepikan bahan-bahan yang kurang sesuai. Murid dapat fokus pada bahan yang bersesuaian dengan tajuk kajian dan matlamat yang telah ditetapkan.

4. Mengguna / mengurus : Murid perlu menukarkan data-data yang telah diperolehi kepada apa yang bakal digunakan.

5. Menyampaikan : Maklumat dan pengetahuan yang diperolehi boleh disampaikan dalam format yang sistematik seperti, folio, buku skrap, catatan nota.

6. Menilai kembali : Murid menilai kembali apa yang telah dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya boleh membaiki diri.

Azman Bin Salleh750312025163

19

Page 20: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

(c)

Model pengajaran Enam Kemahiran Besar merupakan satu model yang harus

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Dengan menggunakan

model Big6 secara sedar atau tidak, murid-murid mencari dan memperolehi dan

menggunakan maklumat itu untuk menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan.

Membuat keputusan secara pantas memerlukan masa yang agak lama untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, kita perlu membantu murid

menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak. Big6 merupakan suatu alat bagi

murid memperkembangkan kemahiran dan memahami apa yang mereka perlu,

proses yang perlu diikuti dan menggunakan maklumat dengan berkesan.

Pada pendapat saya, dengan kemahiran Big6, pelajar dapat mengikuti

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan gigih. Oleh itu, guru-

guru harus digalakkan menjalankan pengajaran dan pempelarajan dengan

mengaplikasikan model ini.

Terdapat banyak kelebihan menjalankan pengajaran pembelajaran dengan

menggunakan model Big6. Diantaranya ialah :

Big6 merupakan satu alat yang membantu murid mencari apa yang yang

mereka perlukan untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Membantu murid membuat sesuatu projek dengan mudah.

Membantu murid merancang dan mengatur sesuatu projek.

Membantu murid membuat penyelidikan dengan lebih lanjut berkaitan

sesuatu projek.

Satu program yang membantu murid mendapatkan maklumat dengan

lebih mudah.

Kesimpulannya, model Big6 ini amat sesuai untuk digunakan oleh para guru

didalam memberi peluang kepada pelajarnya meneroka dan menyelesaikan

masalah berbantukan komputer dan internet. Ia juga amat bersesuaian denga

Azman Bin Salleh750312025163

20

Page 21: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

mata pelajaran Kajian Tempatan yang mana memerlukan pelajar menyediakan

sekurang-kurangnya dua projek dalam setahun. Sesungguhnya setiap ilmu itu

ada gunanya. ‘Alah bisa, tegal biasa’, ‘Dimana ada kemahuan, di situ ada

jalan’.

Azman Bin Salleh750312025163

21

Page 22: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

BIBLIOGRAFI

Jabatan Penerangan Malaysia, Bendera Negeri, di perolehi pada 11 Jun 2008

Dari http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=BenderaNegeri

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian

Tempatan Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Zakaria, Shaifol Bahari Sulaiman, Hassan Ahmad & Azman Abdullah

(2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Selangor :

Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Peta Malaysia, diperoleh pada 11 Jun 2008

http://www.gajahmas.com/skti/mapmalaysia.html

The Big6, What is The Big6, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://www.big6.com/what-is-the-big6/

Tourism Malaysia Official Site, Malaysia Overview, diperoleh pada 11 Jun 2008

dari http://travel.tourism.gov.my/en/

Wikipedia, Perlis, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlis

Wikipedia, Kedah, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/kedah

Wikipedia, Pulau Pinang, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang

Azman Bin Salleh750312025163

22

Page 23: Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Wikipedia, Perak, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/perak

Wikipedia, Selangor, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/selangor

Wikipedia, Negeri Sembilan, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/negeri_sembilan

Wikipedia, Melaka, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/melaka

Wikipedia, Johor, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/johor

Wikipedia, Pahang, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/pahang

Wikipedia, Terengganu, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/terengganu

Wikipedia, Kelantan, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/kelantan

Wikipedia, Sarawak, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/sarawak

Wikipedia, Sabah, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/sabah

Azman Bin Salleh750312025163

23