program literasi maklumat dan media pnm: ke arah ... fileperkembangan pesat teknologi maklumat dan...

16
Seminar Kepustakawanan Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015 PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH MELESTARIKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KATRUN NADA HAJI HASHIM TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN GERAKAN LITERASI MAKLUMAT PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 232, JALAN TUN RAZAK 50572 KUALA LUMPUR [email protected] ABSTRAK Kemahiran Literasi Maklumat dan Media penting di dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju dan masyarakat berilmu. Program Literasi Maklumat dan Media (LMM) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan produk dalam melestarikan pembelajaran sepanjang hayat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. PNM memperkenalkan program ini sebagai panduan kepada pengguna di Malaysia. Modul pengajaran LMM merangkumi 3 tahap iaitu asas, pertengahan dan lanjutan. Setiap tahap merangkumi 6 modul kemahiran iaitu Modul 1: Mengenal pasti keperluan maklumat; Modul 2: Pencarian maklumat berkesan; Modul 3: Penilaian maklumat; Modul 4: Etika penggunaan maklumat; Modul 5 Etika penggunaan maklumat dan Modul 6: Penyebaran maklumat. LMM digunakan mulai tahun 2010 menerusi projek rintis di 3 buah sekolah sekitar Lembah Kelang. Pada tahun 2011, ia dikembangkan kepada 10 buah sekolah melalui program Outreach: Bengkel Pencarian Maklumat dan Pempakejan Maklumat. Sehingga Mei 2015, program LMM telah dimanfaatkan oleh 500 organisasi dengan hampir 10,928 peserta iaitu murid tadika, pelajar, guru-guru sekolah rendah dan menengah, pesara dan orang awam. Keberkesanan program ini diperolehi menerusi borang kaji selidik LMM untuk menilai kefahaman sebelum dan selepas LMM. LMM memberi impak positif kepada peserta dalam memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kompetensi dalam melaksanakan tugasan. Program LMM membantu pengguna memiliki skil kemahiran pencarian maklumat dan memanfaatkan penggunaan teknolog terkini dalam menyokong dan melestari pembelajaran sepanjang hayat. KATAKUNCI Literasi Maklumat, Literasi Maklumat dan media, Pembelajaran Sepanjang Hayat, perkongsian maklumat, skil kemahiran

Upload: duongminh

Post on 07-May-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM:

KE ARAH MELESTARIKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

KATRUN NADA HAJI HASHIM

TIMBALAN PENGARAH

BAHAGIAN GERAKAN LITERASI MAKLUMAT

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

232, JALAN TUN RAZAK

50572 KUALA LUMPUR

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran Literasi Maklumat dan Media penting di dalam menyokong pembelajaran

sepanjang hayat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju dan

masyarakat berilmu. Program Literasi Maklumat dan Media (LMM) Perpustakaan Negara

Malaysia (PNM) merupakan produk dalam melestarikan pembelajaran sepanjang hayat

untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. PNM memperkenalkan program ini sebagai

panduan kepada pengguna di Malaysia. Modul pengajaran LMM merangkumi 3 tahap iaitu

asas, pertengahan dan lanjutan. Setiap tahap merangkumi 6 modul kemahiran iaitu Modul 1:

Mengenal pasti keperluan maklumat; Modul 2: Pencarian maklumat berkesan; Modul 3:

Penilaian maklumat; Modul 4: Etika penggunaan maklumat; Modul 5 Etika penggunaan

maklumat dan Modul 6: Penyebaran maklumat. LMM digunakan mulai tahun 2010

menerusi projek rintis di 3 buah sekolah sekitar Lembah Kelang. Pada tahun 2011, ia

dikembangkan kepada 10 buah sekolah melalui program Outreach: Bengkel Pencarian

Maklumat dan Pempakejan Maklumat. Sehingga Mei 2015, program LMM telah

dimanfaatkan oleh 500 organisasi dengan hampir 10,928 peserta iaitu murid tadika, pelajar,

guru-guru sekolah rendah dan menengah, pesara dan orang awam. Keberkesanan program

ini diperolehi menerusi borang kaji selidik LMM untuk menilai kefahaman sebelum dan

selepas LMM. LMM memberi impak positif kepada peserta dalam memberi nilai tambah

kepada pengetahuan dan kompetensi dalam melaksanakan tugasan. Program LMM

membantu pengguna memiliki skil kemahiran pencarian maklumat dan memanfaatkan

penggunaan teknolog terkini dalam menyokong dan melestari pembelajaran sepanjang

hayat.

KATAKUNCI

Literasi Maklumat, Literasi Maklumat dan media, Pembelajaran Sepanjang Hayat,

perkongsian maklumat, skil kemahiran

Page 2: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

PENGENALAN

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah corak

perkhidmatan maklumat yang disediakan oleh perpustakaan. Perubahan ini turut

dipengaruhi oleh perubahan trend masyarakat terhadap maklumat yang semakin rencam dan

kritikal. Kepesatan ICT di Malaysia serta kemunculan internet telah membuatkan dunia

semakin mengecil di mana komunikasi, interaksi dan perhubungan tiada batasannya. Kini,

pada abad ke-21, kita berganjak ke era digital. Perkembangan perubahan ini menyebabkan

timbulnya fenomena moden seperti ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy),

globalisasi, liberalisasi dan urbanisasi. Fenomena perubahan ini, menuntut institusi

perpustakaan melakukan perubahan secara holistik.

Perpustakaan merupakan komponen yang amat penting dalam perancangan jangka panjang

program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan negara. Perpustakaan

yang mempunyai sumber ilmu yang terkini dalam pelbagai bidang perkara akan dapat

membantu menyediakan ilmu pengetahuan dan maklumat yang lebih berkesan kepada

masyarakat. Sehubungan itu, agenda negara untuk mewujudkan masyarakat berilmu

(knowledge society) menerusi pembudayaan amalan membaca dapat direalisasikan secara

menyeluruh kepada masyarakat.

Melalui Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju 2.0: memangkin transformasi ke

arah masa depan yang lebih cemerlang, NKRA memastikan pendidikan berkualiti. Laporan

Awal Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-20205

memastikan program saringan literasi dan numerasi (LINUS 2.0), Trends in International

Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student

Assessment (PISA) adalah usaha yang dimantapkan dan dilaksanakan untuk

mentransformasi sistem pendidikan Negara.

Pendidikan sepanjang hayat atau pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti

pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang

hayat dianggap bermanfaat kerana ia membantu membaiki kehidupan seseorang menerusi

Page 3: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

peningkatan kemahiran kerja, sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

Pembelajaran sepanjang hayat merangkumi program meningkatkan pengetahuan,

kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau

secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.

LITERASI MAKLUMAT

Literasi maklumat merupakan kemahiran mencari, mengurus dan menggunakan maklumat

sama ada secara atas talian mahupun secara konvensional melalui bahan bacaan bercetak

seperti buku, majalah, kamus dan sebagainya. Kemahiran literasi maklumat adalah penting

dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan luas terutamanya dalam era

maklumat tanpa sempadan. Ini juga selari dengan tujuan untuk mendidik masyarakat

mencari maklumat yang tepat, berkualiti dan sahih melalui kaedah pencarian yang berkesan.

Doyle (2002), mentakrifkan “Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengakses,

menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber”. UNESCO (2004) mentakrif

literasi maklumat iaitu “information literacy is a set of abilities to recognize what and when

information is needed, locate and select critically the information, use ethically and

communicate it effectively”.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah jabatan kerajaan di bawah Kementerian

Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. PNM berperanan sebagai pusat kecemerlangan

sumber maklumat negara menerusi perkhidmatan perpustakaan dan maklumat bagi

memenuhi keperluan masyarakat serta menyokong kelestarian pembelajaran sepanjang

hayat ke arah membentuk masyarakat bermaklumat dan berilmu. PNM berdiri teguh

sebagai wadah maklumat, pendidikan dan penyelidikan yang dinamik dan sentiasa berubah

mengikut peredaran teknologi maklumat dan komunikasi. PNM mempunyai peranan yang

penting di dalam mewujudkan masyarakat berilmu, mengamalkan budaya membaca dan

menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Page 4: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 (AKTA 80) (MENGANDUNGI SEGALA

PINDAAN HINGGA 1 JANUARI 2006 1 JANUARI 2006) (AKTA 80)

Fungsi PNM seperti yang tertakluk dalam Akta berkaitan LMM iaitu:

(c) Memperoleh dan menyelenggara suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di

peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan

kebudayaan negara di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan

kebijaksanaan manusia yang terkumpul

(e) Menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan

peminjaman

(g) Menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan penggunaan sumber

perpustakaan di negara ini

(m) menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca

PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 2014-2018

5 Teras Perkhidmatan menjadi tunjang kepada pelan strategi PNM iaitu:

i. Pembangunan perpustakaan dan profesion kepustakawanan bagi penyediaan sistem

penyampaian perkhidmatan perpustakaan berkualiti

ii. Pemantapan pemeliharaan khazanah intelek negara bagi penjanaan ilmu

iii. Penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat bagi menyokong

pembelajaran sepanjang hayat

iv. Penyampaian perkhidmatan perpustakaan digital bagi dan kebolehcapaian maklumat

v. Pemupukan budaya membaca bagi membentuk masyarakat berilmu pengetahuan

Menerusi Teras Perkhidmatan 3: penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat

bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat telah melahirkan objektif seperti yang

berikut:

i. Memperkasakan penyampaian perkhidmatan perpustakaan menerusi agenda

transformasi perpustakaan digital

Page 5: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

ii. Meningkatkan kadar literasi maklumat masyarakat Malaysia menerusi program

literasi maklumat yang bersepadu

iii. Meningkatkan penggunaan koleksi perpustakaan menerusi program promosi

perkhidmatan secara bersepadu dan menyeluruh

Program tindakan yang dilaksanakan ialah pelaksanaan program literasi maklumat dan

media dan menyediakan Agenda Literasi Maklumat Negara.

AGENDA TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

5 teras strategik agenda transformasi PNM seperti berikut:

Teras 1: Mendaya Upaya Bakat – meningkatkan kompetensi prestasi, produktiviti dan

daya inovasi penjawat awam

Teras 2: Merekayasa Organisasi – meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu

kepada organisasi

Teras 3: Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan – Meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam

Teras 4: Merangkum dan sepunya – Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategic

dalam dan luar negara

Teras 5: Membudaya nilai – Membudayakan patriotism, nilai-nilai murni, etos dan

integriti

BAHAGIAN GERAKAN LITERASI MAKLUMAT

Pemantapan semula struktur organisasi PNM berdasarkan waran perjawatan Bil. E49/2014,

Unit Literasi Maklumat dan Media telah dipindahkan dari bahagian Pakar Maklumat kepada

Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (BGLM). Terdapat 4 unit di bawah BGLM iaitu Unit

Pengurusan Program, Unit Galakan Membaca, Unit LMM dan Unit Pembudayaan Tulisan

Jawi.

Page 6: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

FUNGSI UNIT LMM, BGLM

Menguruskan hal ehwal berkaitan literasi maklumat dan media PNM iaitu

i. Perancangan dan pelaksanaan program literasi maklumat

ii. Keurusetiaan Jawatankuasa penyediaan modul literasi maklumat

iii. Pemantauan dan penilaian keberkesanan program literasi maklumat

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM

Program LMM yang dimulakan pada tahun 2010 dikenali sebagai Program Outreach:

Bengkel Pencarian dan Pempakejan Maklumat. Program ini memilih tiga buah sekolah di

sekitar Kuala Lumpur sebagai program rintis literasi maklumat dan media seperti di jadual

1.

BIL TARIKH KUMPULAN SASARAN / TEMPAT BIL.

PESERTA

1. 30 April 2010 Sek. Men. Keb. Bandar Baru Sentul,

Kuala Lumpur

40

2. 27 Mei 2010 Sek. Men. Keb. Puteri Wilayah, Kuala

Lumpur

30

3. 2 Jun 2010 Sek. Men. Keb. Puteri Ampang, Kuala

Lumpur

40

JUMLAH : 110

JADUAL 1: PROGRAM RINTIS LMM

Page 7: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

Modul LMM PNM adalah seperti di jadual 2 dan perincian kandungan Modul LMM seperti

di lampiran 1.

JADUAL 2: MODUL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

TAHAP KANDUNGAN MODUL KUMPULAN SASARAN

ASAS

Modul 1:

Mengenalpasti Keperluan Maklumat

Modul 2:

Pencarian Maklumat Berkesan

Modul 3:

Penilaian Maklumat

Modul 4:

Pengurusan Maklumat

Modul 5:

Etika Penggunaan Maklumat

Modul 6:

Penyebaran Maklumat

Kanak-kanak di bawah 12

tahun, pelajar sekolah

rendah, orang awam-

komuniti luar bandar

PERTENGAHAN

Modul 1:

Mengenalpasti Keperluan Maklumat

Modul 2:

Pencarian Maklumat Berkesan

Modul 3:

Penilaian Maklumat

Modul 4:

Pengurusan Maklumat

Modul 5:

Etika Penggunaan Maklumat

Modul 6:

Penyebaran Maklumat

Pelajar sekolah menengah,

pelajar kolej/ Politeknik,

Institut Latihan,

Kakitangan Perpustakaan

(lantikan baru)

LANJUTAN

Modul 1:

Mengenalpasti Keperluan Maklumat

Modul 2:

Pencarian Maklumat Berkesan

Modul 3:

Penilaian Maklumat

Modul 4:

Pengurusan Maklumat

Modul 5:

Etika Penggunaan Maklumat

Modul 6:

Penyebaran Maklumat

Golongan profesional, dan

penuntut Institut Pengajian

Tinggi

Page 8: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

OBJEKTIF LMM

1. Memperkenalkan modul LMM untuk digunapakai oleh semua sektor perpustakaan

2. Memperkenalkan sektor perpustakaan selaku peneraju dalam kemahiran literasi

maklumat

3. Memupuk kesedaran literasi maklumat seawal usia pembelajaran hingga tahap

tertinggi bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat

4. Menguasai 6 kemahiran asas LMM iaitu (i) mengenalpasti keperluan maklumat; (ii)

mencari maklumat yang diperlukan; (iii) menilai maklumat yang telah diperolehi;

(iv) mengorganisasi maklumat: (v) etika semasa menggunakan maklumat dan (vi)

menyebarkan maklumat secara cekap dan efektif

TENAGA PENGAJAR

Seramai 18 pustakawan telah dilantik sebagai kumpulan tenaga pengajar pada 5 April 2011.

Tenaga pengajar yang telah dilantik akan mengajar LMM secara berjadual berdasarkan

permohonan yang diterima dan mengikut kumpulan sasaran.

Kumpulan ini diberi tanggungjawab untuk membuat modul kumpulan tahap asas,

pertengahan dan lanjutan. Pada 1 Julai 2011, draf modul pertama telah disediakan. Selepas

penambaikan, pada 9 Ogos 2011, modul LMM PNM telah dibentangkan kepada pengurusan

PNM. Modul ini didokumenkan sebagai modul pengendalian Kem Literasi Maklumat.

Majlis Pelancaran modul LMM PNM telah dilaksanakan pada 2 Disember 2011.

Jadual 3 merujuk kepada statistik LMM mulai tahun 2010 hingga 5 November 2015 iaitu

156 sesi dilaksanakan dan 10,928 peserta terlibat. Jadual 4 merujuk kumpulan sasaran yang

menyertai LMM PNM.

Page 9: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

BIL TAHUN JUMLAH SESI JUMLAH PESERTA

1.

2010

3

110

2.

2011

10

446

3.

2012

39

3,199

4.

2013

33

1,695

5.

2014

41

2,195

6.

2015

Sehingga 5/11

30

3,283

JUMLAH:

156

10,928

JADUAL 3: STATISTIK JUMLAH SESI DAN PESERTA TERLIBAT

TAHUN KANAK

-

KANAK

REMAJA PENDIDIK K/TGN

KERAJAAN

K/TGN

PPTAKAAN

KOMUNITI

AWAM

NGO

2010 - 3 (110) - - - - -

2011 - 10 (446) - - - - -

2012 2 (244) 30 (1,878) - 5 (164) - - -

2013 2 (65) 8 (528) 4 (188) 3 (143) 9 (732) - 1 (44)

2014 4 (94) 10 (781) 8 (481) 4 (121) 13 (380) 2 (140) -

2015 6 (650) 6 (740) 9 (459) 5 (1,046) 5 (293) 3 (210) -

JUMLAH 14

program

1,053

peserta

64

program

4,388

peserta

21

program

1,128

peserta

12

program

1,474

peserta

27

program

1,405

peserta

5

program

350

peserta

1

program

44

peserta

JADUAL 4: TABURAN PENYERTAAN PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN

MEDIAPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (2010 – 2015)

Page 10: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

Borang penilaian akan diberi kepada peserta bagi mengetahui maklumbalas pemahaman

sebelum dan selepas LMM. Borang LMM yang digunakan seperti di lampiran 2. Sebanyak

7,703 peserta telah memberikan penilaian program LLM berdasarkan Jadual 4.

BIL MODUL SEBELUM

(%)

SELEPAS

(%)

BEZA

(%)

1 Kemahiran mengenalpasti keperluan

maklumat 60 85.6 25.6

2 Kemahiran mencari maklumat 60.6 85.2 24.6

3 Kemahiran menilai maklumat 59.2 85.2 26

4 Kemahiran mengurus maklumat 59.6 85.7 26.1

5 Etika penyebaran maklumat 60.4 85.8 25.4

6 Penyebaran maklumat 60.7 86.3 25.6

JADUAL 4: ANALISIS PENILAIAN PROGRAM LMM (2010 – 2015)

MASA DEPAN

PNM akan meneruskan usaha ke arah melestarikan pembelajaran sepanjang hayat dengan

perancangan pemantapan LMM seperti yang berikut:

1. Agenda Literasi Maklumat Negara

Agenda ini sebagai satu platform kerangka rancangan Agenda Literasi Maklumat Negara

yang boleh diguna pakai di peringkat kebangsaan untuk melahirkan masyarakat

bermaklumat hasil kemantapan dan pemahaman program literasi maklumat dan media PNM.

2. Bengkel Pemantapan Modul Literasi Maklumat PNM

Bengkel ini dirangka untuk mengemaskini, memantap dan menilai semula kandungan modul

LMM untuk tahap asas, pertengahan dan lanjutan sebagai panduan mengajar bagi kumpulan

LMM PNM iaitu (i) menilai semula kaedah pencarian maklumat yang berkesan berdasarkan

kepada kepelbagaian sumber yang ada dan digunakan pada hari ini; (ii) menilai semula

sasaran dan keperluan daripada pelbagai bidang seperti Perubatan dan Kesihatan,

Page 11: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

Pendidikan, Pertahanan dan Ketenteraan dan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan;

(iii) Sumbang saran bagi pengumpulan maklumat awal Agenda Literasi Maklumat

Kebangsaan (National Information Literacy Agenda).

KESIMPULAN

PNM bertanggungjawab untuk menyediakan program dan aktiviti Kempen Galakan

Membaca termasuk program LMM bagi mengalakkan masyarakat berbudaya membaca dan

melestarikan pembelajaran sepanjang hayat. Sokongan daripada pelbagai pihak menjadi

sumber penting dalam menyediakan LMM yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat

bermaklumat.

Page 12: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

RUJUKAN

Crawford, John C. (2013). Information Literacy and Lifelong Learning: policy issues, the

workplace, health and public libraries. Cambridge: Chandos Publishing.

Digital literacies for learning. (2006). London: Facet Publishing.

Grassian, Esther S. (2004). Learning to lead and manage information literacy instruction.

New York: Neal-Schuman Publishers.

Information Literacy Beyond Library 2.0. (2012). London: Facet Publishing.

Information Literacy Meets Library 2.0. (2008).London: Facet Publishing.

Information Literacy: Infiltrating the agenda, challenging minds. (2011). Cambridge:

Chandos Publishing.

Information Literacy Instruction Handbook. (2008). Chicago: American Library

Association.

Information Literacy: International perspectives. (2008). Munchen: K.G. Saur.

Lanning, Scott. (2012). Santa Barbara, California: Libraries Unlimited

Lau, Jesus. Guidelines on Information Literacy for Lifelong Learning. Reviewed July 29,

2006. http://www.ifla.org//VII/s42/index htm Publications

Modul Literasi Maklumat Guru. (2005). Skudai: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor.

Norhayati Razali. (2015). Kemahiran Literasi Maklumat Untuk Guru Perpustakaan dan

Media. Kuala Lumpur: Norhayati Razali.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas

Menengah). (2013). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelan Strategik Perpustakaan Negara Malaysia 2014-2018. (2014). Kuala Lumpur:

Perpustakaan Negara Malaysia.

Pusat Sumber dan Kemahiran Maklumat: Kajian Berasaskan Sekolah. (2007). Jitra: Institut

Perguruan Darulaman.

Rethinking Information Literacy: a practical framework for supporting learning. (2013).

London: Facet Publishing.

The Road To Information Literacy: librarians as facilitators of learning. (2012). Berlin: De

Gruyter Saur.

Page 13: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

Subramaniam, M., Ahn, J., Waugh, A., Taylor, N.G., Druin, A., Flieschmann, K.R. and

Walsh, G. (2015) The role of school librarians in enhancing science learning. Journal

of Librarianship and Information Science, 47 (1), 2-16.

The Teaching Library: approaches to assessing information literacy instruction. (2007). New

York: Routledge.

Yazid Ibrahim (2015). Information literacy for sustainable advancement: Malaysia

Experience. Kertas kerja dibentangkan di Consal XVI, 11-13 Jun 2015, Bangkok,

Thailand.

Yazid Ibrahim. (2012). Kajian literasi maklumat di kalangan pengguna Perpustakaan Negara

Malaysia, Sekitar Perpustakaan, 4, 1-44.

Page 14: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

LAMPIRAN 1

PERINCIAN KANDUNGAN MODUL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

KANDUNGAN

MODUL OBJEKTIF / HASIL PENGAJARAN ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Literasi

Maklumat

Objektif:-

1. Meningkatkan kefahaman mengenai

maklumat

2. Mengenalpasti konsep literasi maklumat

Hasil Pengajaran:-

Mengetahui perkaitan antara maklumat dan

literasi maklumat

1. Apa itu Maklumat

2. Literasi Maklumat

3. Kepentingan Literasi Maklumat

4. Modul LMM yang dibangunkan oleh

PNM

Modul 1:

Mengenalpasti

Keperluan

Maklumat

Objektif:-

1. Mengenalpasti format bahan maklumat

2. Mengenalpasti sumber maklumat

3. Mengetahui langkah merancang

penyelidikan

Hasil Pengajaran:-

Menyedari dan memahami kepentingan

maklumat serta mengetahui sumber-sumber

maklumat yang boleh didapati di

persekitaran

1. Pengenalan

2. Format bahan maklumat

(bercetak/bukan bercetak/manusia)

3. Sumber maklumat

(Primer/Sekunder/Tertier)

4. Merancang tugasan/penyelidikan

(5W 1H)

5. Latihan

Modul 2:

Pencarian

Maklumat

Berkesan

Objektif:-

3. Mengenalpasti sumber rujukan dan

kegunaannya

4. Mengenalpasti kaedah pencarian

maklumat melalui internet

Hasil Pengajaran:-

Mengetahui penggunaan sumber rujukan

dan kaedah pencarian maklumat melalui

internet.

1. Pengenalan

2. Sumber Rujukan dan Kegunaan

3. Kaedah Pencarian Maklumat melalui

Internet/OPAC/Pangkalan Data

3.1 Kata kunci

3.2 Operasi Boolean

3.3 Gabungan kata kunci dan

Boolean

3.4 Pemangkasan

3.5 Teknik SKILL

4. Latihan

Modul 3:

Penilaian

Maklumat

Objektif:-

1. Meningkatkan kemahiran menilai

maklumat bercetak

2. Meningkatkan kemahiran menilai

maklumat dari Internet

Hasil Pengajaran:-

Mengetahui kemahiran menilai maklumat

bercetak dan maklumat dari Internet dengan

1. Pengenalan

2. Penilaian Maklumat Bercetak

2.1 Kerelevenan topik

2.2 Pengarang

2.3 Ketepatan maklumat

2.4 Saksama

2.5 Nilai semasa

2.6 Lengkap dan jelas

2.7 Kaedah penerbitan

Page 15: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015

KANDUNGAN

MODUL OBJEKTIF / HASIL PENGAJARAN ISI KANDUNGAN

baik 2.8 Sumber maklumat

3. Penilaian Maklumat bukan Bercetak

3.1 Ketepatan dokumen web

3.2 Penanggungjawab (Authority)

3.3 Objektiviti laman web

3.4 Kekinian laman web

3.5 Liputan

Modul 4:

Pengurusan

Maklumat

Objektif:-

1. Mengenalpasti kaedah pengurusan

maklumat

2. Membantu memudahkan penyimpanan

maklumat yang telah digunakan atau

diperlolehi

3. Membantu mengumpul maklumat yang

telah digunakan atau diperlolehi

Hasil Pengajaran:-

Mengetahui kaedah pengurusan maklumat

iaitu menyimpanan dan mengumpul

maklumat yang telah digunakan atau

diperolehi

1. Pengenalan

2. Kaedah Pengurusan Maklumat

2.1 Menyimpan maklumat yang

diperolehi

2.2 Mengumpulkan maklumat dari

pelbagai sumber

3. Latihan

Modul 5:

Etika

Penggunaan

Maklumat

Objektif:-

1. Mengenalpasti etika penggunaan

maklumat

Hasil Pengajaran:-

Mendapat pendedahan mengenai etika

penggunaan maklumat secara menyeluruh

1. Pengenalan

2. Akta Hakcipta (Pindaan) Akta

A1139 2002

3. Plagiat

4. Petikan/Sedutan (Citation)

5. Maklumat Peribadi

6. Penggunaan Bahasa

7. Latihan

Modul 6:

Penyebaran

Maklumat

Objektif:-

1. Mengenalpasti medium yang boleh

digunakan untuk menyebarkan maklumat

2. Menyebarkan maklumat dengan cara

yang betul

3. Memahami kepentingan menyebarkan

maklumat

Hasil Pengajaran:-

Mengetahui kepentingan menyebar

maklumat melalui medium tertentu dengan

cara yang betul.

1. Pengenalan

2. Bercetak

3. Tidak bercetak

4. Internet

5. Latihan

Page 16: PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT ... program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan

Seminar Kepustakawanan

Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013

LAMPIRAN 2

BORANG PENILAIAN PROGRAM

BIL

.

AKTIVITI

SEBELUM SELEPAS

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1.

KANDUNGAN PROGRAM

Maklumat dan Literasi Maklumat

Modul 1: Kemahiran mengenalpasti keperluan

maklumat

Modul 2: Kemahiran melakukan pencarian

maklumat

Modul 3: Kemahiran menilai maklumat

Modul 4: Kemahiran mengurus maklumat

Modul 5: Etika penggunaan maklumat

Modul 6: Penyebaran maklumat

Soalan Latihan (Diisi selepas sesi)

2.

PENCERAMAH (Diisi selepas sesi) 1 2 3 4 5

Keupayaan Berinteraksi dengan Peserta

Pengendalian Sesi Latihan

ULASAN DAN CADANGAN LAIN

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.