teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah

2
Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus " Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung? Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) " Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih banyak yang perlu saya pelajari. Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus. Teknik 1 Edar contoh karangan lengkap kepada murid Guru baca bersama murid Menyalin perenggan demi perenggan Semak ejaan/tanda bacaan Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 Beri gambar tunggal/bersiri Bina ayat berdasarkan gambar Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar Mula mengarang Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan

Upload: dixon-ong

Post on 27-Dec-2015

204 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Mengajar Penulisan Bagi Pelajar Lemah

Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus

" Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung?Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) "

Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih banyak yang perlu saya pelajari.

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1

Edar contoh karangan lengkap kepada murid

Guru baca bersama murid

Menyalin perenggan demi perenggan

Semak ejaan/tanda bacaan

Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan

Teknik 2

Beri gambar tunggal/bersiri

Bina ayat berdasarkan gambar

Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar

Mula mengarang

Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan

Teknik 3

Edar karangan lengkap

Cari perkataan sukar, catat di papan kapur

Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut

Guru menyebut - murid mengeja

Page 2: Teknik Mengajar Penulisan Bagi Pelajar Lemah

Perbetulkan ejaan

Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja

Tuliskan di papan kapur

Bina ayat daripada isi karangan

Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca

Teknik 4

Salin contoh karangan

Mengambil imlak

Latihan mengarang/banyak salah buat semula

Baca contoh-contoh karangan

Tampal contoh karangan dalam bilik darjah

Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :)