analisa bahan bantu mengajar penulisan mekanis

7
Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis Bahan Bantu Mengajar merujuk kepada ramuan, kandungan, perkara, panduan yg digunakan oleh guru seperti buku cerita, rajah, carta, lukisana, bahan bercetak, bhn elektronik sebagai rujukan guru yang membantu pengajaran guru. Berdasarkan fakta itu saya telah membina bahan bantu mengajar yang berbentuk sebuah buku yang besar.Rasionalnya saya memilih untuk membina bahan berbentuk buku adalah kerana dapat memuatkan banyak bahan ilmiah yang berguna kepada murid .Dari segi saiz pula saya telah memilih saiz yang besar . Murid telah terbiasa dengan buku yang bersaiz biasa jadi olahan saiz yang besar ini amatlah diharapkan dapat menarik perhatian minat murid untuk membuka dan menerokai isi kandungannya. Selain itu elemen warna warni dan gambar yang agak menarik, besar kemungkinan akan menarik minat murid untuk terus bersama dengan buku ini dan menjalankan aktiviti yang terkandung di dalamnya. Tajuk yang dipilih pada buku ini iaitu Buku Besar Adik , besarlah harapan saya agar sifat keanak-anakan yang ingin mempunyai sesuatu yang lain dari kanak-kanak lain merangsang murid untuk menjadikan buku ini sebagai teman permainannya dan seterusnya melaksanakan aktiviti penulisan mekanis yang telah saya muatkan di dalam Buku Besar Adik. Muka depan Buku Besar Adik diterapkan elemen kartun ‘Mickey Mouse’, umumnya sebilangan besar kanak-kanak meminati kartun ini. Impian saya agar Buku Besar Adik menjadi sebuah buku kegemaran kanak-kanak. Dewasa ini kanak-kanak telah terdedah kepada dunia teknologi seperti telefon bimbit , i- pad , tablet dan sebagainya.Kaedah terkini pada masa kini ialah dengan cara sentuh papan pemuka atau touch skrin’. Halaman pertama Buku Besar Adik saya memuatkan gambar di mana adik menyentuh dan mengerakkan jari mengikut corak yang dipaparkan.Pada dasarnya untuk menggerakkan otot jari sebelum mengikuti aktiviti menulis seterusnya.

Upload: yasmin-zueriazwa

Post on 26-Jul-2015

178 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis

Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis

Bahan Bantu Mengajar merujuk kepada ramuan, kandungan, perkara, panduan yg digunakan oleh guru seperti buku cerita, rajah, carta, lukisana, bahan bercetak, bhn elektronik sebagai rujukan guru yang membantu pengajaran guru.

Berdasarkan fakta itu saya telah membina bahan bantu mengajar yang berbentuk sebuah buku yang besar.Rasionalnya saya memilih untuk membina bahan berbentuk buku adalah kerana dapat memuatkan banyak bahan ilmiah yang berguna kepada murid .Dari segi saiz pula saya telah memilih saiz yang besar . Murid telah terbiasa dengan buku yang bersaiz biasa jadi olahan saiz yang besar ini amatlah diharapkan dapat menarik perhatian minat murid untuk membuka dan menerokai isi kandungannya.

Selain itu elemen warna warni dan gambar yang agak menarik, besar kemungkinan akan menarik minat murid untuk terus bersama dengan buku ini dan menjalankan aktiviti yang terkandung di dalamnya. Tajuk yang dipilih pada buku ini iaitu Buku Besar Adik , besarlah harapan saya agar sifat keanak-anakan yang ingin mempunyai sesuatu yang lain dari kanak-kanak lain merangsang murid untuk menjadikan buku ini sebagai teman permainannya dan seterusnya melaksanakan aktiviti penulisan mekanis yang telah saya muatkan di dalam Buku Besar Adik.

Muka depan Buku Besar Adik diterapkan elemen kartun ‘Mickey Mouse’, umumnya sebilangan besar kanak-kanak meminati kartun ini. Impian saya agar Buku Besar Adik menjadi sebuah buku kegemaran kanak-kanak.

Dewasa ini kanak-kanak telah terdedah kepada dunia teknologi seperti telefon bimbit , i- pad , tablet dan sebagainya.Kaedah terkini pada masa kini ialah dengan cara sentuh papan pemuka atau ‘touch skrin’. Halaman pertama Buku Besar Adik saya memuatkan gambar di mana adik menyentuh dan mengerakkan jari mengikut corak yang dipaparkan.Pada dasarnya untuk menggerakkan otot jari sebelum mengikuti aktiviti menulis seterusnya.

Gambar 1 Gambar 2

Page 2: Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis

Penulisan mekanis merupakan peringkat kedua kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Buku Besar Adik memuatkan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan untuk menguasai kemahiran peringkat ini.Jika murid tidak menguasai kemahiran menulis pada peringkat ini, besar kemungkinan murid akan terus membawa kesalahan ini berpanjangan dan agak sukar untuk membetulkan apabila murid telah terbiasa dengan cara yang menulis yang salah.

Gambar 3

Gambar di atas menunjukkan salah satu akativiti cara menulis dengan betul yang terdapat di adalam Buku Besar Adik. Cara menulis mengikut langkah dan menulis di dalam buku yang bergaris tiga akan membantu murid menulis huruf dengan kemas.Elemen gambar yang saya sertai bersama dengan langkah menulis ini akan menarik minat murid untuk melihat aktiviti yang ingin saya sampaikan di dalam buku ini.

Setelah murid dilatih membentuk huruf pada halaman bergaris pada gambar 3, saya memasukkan latihan membentuk bulatan kecil dan bulatan besar dalam keadaan terkawal. Petak kosong disediakan untuk memudahkan murid melaksanakan latihan ini seperti yang ditunjukkan pada gambar 4.

Page 3: Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis

Gambar 4

Buku Besar Adik tutut memuatkan akitiviti-aktiviti Peringkat Mendirikan Asas iaitu :-

Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.

Menulis huruf pertama berdasarkan gambar.

Memadamkan gambar dengan huruf pertama

Memadam huruf kecil dengan huruf besar.

Mengecam huruf yang sama

Menulis huruf yang tertinggal pada lingkaran ‘ ulat buku’.

Menulis huruf awal perkataan berdasarkan gambar.

Page 4: Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis

Refleksi

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan membina bahan bantu mengajar untuk kelas pemulihan yang diberikan oleh pensyarah. Kumpulan kami memilih tajuk Penulisan Mekanis.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Azlina, Norhaslina dan Shahanim dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, En Sardi bin Ahmad atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran Literasi Bahasa ini.Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna .

Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan bantu mengajar penulisan Mekanis dan analisa berdasarkan bahan tersebut. Analisa ini akan saya emelkan melalui internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Pada dasarnya saya merasakan tugasan pada interaksi ini agak mudah dan lebih ringan kerana ianya secara kumpulan berempat.Saya akan mengguna pakai bahan yang telah saya siapkan untuk interaksi ke 2 yang lepas.Saya hanya perlu membuat analisa bahan tersebut sahaja. Namun begitu ianya tidaklah semudah yang saya sangkakan kerana apabila saya mendalami bahan penulisan mekanis dari buku dan internet, bahan yang telah saya bina itu tidak menepati kehendak tugasan.. Saya juga benar-benar yakin untuk mengubah dan membina bahan bantu mengajar yang baru selepas menghubungi Encik Sardi selaku pensyarah saya.

Setiap ahli kumpulan telah kami agihkan bahagian yang harus disiapkan, tetapi saya menghadapi kesukaran.. Saya keliru untuk membina bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan tajuk. Pengetahuan saya tentang tajuk ini tidak mendalam..Ini menyebabkan saya telah melakukan kesalahan ketika langkah pertama..Saya tidak dapat menggambarkan bahan apa yang akan saya bina kerana sepanjang penglibatan saya sebagai guru saya tidak pernah ambil tahu bidang ini memandangkan saya telah ditugaskan mengajar murid tahap dua selama lima belas tahun. Saya menerima murid yang telah menguasai kemahiran menulis tahap yang lebih tinggi. Tugasan ini benar-benar menambah ilmu kepada saya tambahan anak bongsu saya sedang berada pada tahap ini. Perkara yang pada awalnya mudah rupanya mempunyai pelbagai kekangan..

Saya telah berbincang dengan guru pemulihan sekolah untuk mendapatkan ilmu dan menjelaskan kepada saya mengenai penulisan mekanis ini. Maklumat yangdiberikan oleh guru ini agak mengecewakan saya dan tidak membantu menyelesaikan masalah saya. Alhamdulillah apabila saya berjumpa dengan Puan Norhayati Jaafar guru Linus sekolah saya , beliau seorang

Page 5: Analisa Bahan Bantu Mengajar Penulisan Mekanis

yang tidak lokek ilmu. Beliau telah menunjukkan beberapa buah buku aktiviti yang diguna pakai oleh murid-murid linus manakala Puan Normalini guru pra sekolah, turut membantu saya dalam menjelaskan kekeliruan ini. Beliau menunjukkan kepada saya bahan bantu yang terdapat di kelas pra sekolah seperti kad surih penggunaan doh untuk menguatkan jari dan sebagainya.

Hal ini juga menambahkan kekeliruan kepada saya untuk membina bahan bantu mengajar ini.Saya merasakan maklumat yang saya perolehi telah bercampur dengan Pra menulis, malah banyak kepada bahan tersebut. Saya terfikir untuk menukar kepada tajuk tersebut kerana merasakan idea- idea yang menarik untuk membina bahan bantu mengajar sangat kreatif ada di kepala saya. Sekali lagi masalah timbul kerana rakan kumpulan yang lain telah menyediakan bahan berkaitan Penulisan Mekanis. Maka saya terpaksa perahkan semula idea untuk menghasilkan bahan bantu mengajar Penulisan Mekanis dalam kekangan masalah kerja dan masa yang singkat.

Syukur kepada yang Maha Esa, akhirnya terhasil Buku Besar Adik ini sebagai bahan bantu mengajar penulisan mekanis.Semoga ianya dapat membantu menarik minat murid dan menjadikan Buku Besar Adik sebuah buku kegemaran.

ZURITA BINTI IBRAHIM