universiti putra malaysia kesan pelaksanaan …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/fpp 2015...

40
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DIMA MAZLINA@SITI AISHAH BT ABU BAKAR FPP 2015 50 KESAN PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU

Upload: builiem

Post on 29-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DIMA MAZLINA@SITI AISHAH BT ABU BAKAR

FPP 2015 50

KESAN PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN

KARANGAN BAHASA MELAYU

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

i

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi

keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah

KESAN PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)

TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN

KARANGAN BAHASA MELAYU

Oleh

DIMA MAZLINA@SITI AISHAH BT ABU BAKAR

November 2015

Pengerusi : Abdul Rasid Jamian, PhD

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional

(KPP) terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar penulisan karangan Bahasa Melayu.

Seramai 5 orang guru Bahasa Melayu dan seorang Pengetua sekolah yang mengajar di

Tingkatan 1-5 di sebuah sekolah di Kedah dipilih sebagai peserta kajian menggunakan teknik

persampelan bertujuan. Objektif kajian ini ialah yang pertama mengkaji perspektif guru-guru

Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KPP bagi meningkatkan kemahiran guru mengajar

proses penulisan karangan. Seterusnya meneliti peranan pentadbir dalam usaha untuk

membudayakan KPP untuk meningkatkan kemahiran guru mengajar proses penulisan

karangan, menilai perubahan pengajaran guru setelah mendapat bimbingan dalam KPP,

mengenal pasti perubahan corak penulisan karangan pelajar selepas guru dibimbing dalam

KPP, dan mengkaji kesesuaian strategi pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran

guru mengajarkan proses penulisan karangan. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan,

kajian kes kualitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan. Justeru, tiga teknik

pengumpulan data telah digunakan bagi memperoleh data yang kaya iaitu teknik temu bual

separa berstruktur, pemerhatian, dan penganalisisan dokumen. Kesahan dan

kebolehpercayaan dapatan kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik triangulasi,

penilaian rakan sekerja, jejak audit dan hubungan yang berterusan antara pengkaji dan peserta

kajian. Dapatan kajian telah dibahagikan mengikut objektif yang telah digariskan. Dapatan

kajian bagi objektif pertama telah menemukan dua tema utama iaitu konsep KPP dan

keperluan pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional di sekolah khususnya dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Tema pertama iaitu konsep KPP dibahagikan pula kepada tujuh

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

ii

sub-tema iaitu guru belajar cara mengajar, perkongsian ilmu mengajar, kolaborasi,

perkongsian visi dan misi, muhasabah diri, penambahbaikan prestasi sekolah dan bimbingan

ahli dalam komuniti. Manakala tema keperluan pelaksanaan KPP di sekolah khususnya dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu dibahagikan pula kepada keperluan untuk guru bukan opsyen,

membina keyakinan diri guru, mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran, membantu

guru novis, dan mendidik guru menerima perubahan. Seterusnya, objektif kedua ialah peranan

pentadbir pengurusan sekolah membantu pelaksanaan KPP dibahagikan kepada dua tema iaitu

peranan pengetua dan keperluan fizikal yang menyokong. Objektif ketiga pula menemukan

empat tema iaitu pemahaman guru terhadap pengajaran karangan sebelum pembudayaan

KPP, corak Pengajaran guru sebelum pembudayaan KPP, perubahan sikap guru selepas

pelaksanaan KPP dan perubahan pengajaran guru dalam mengajarkan karangan selepas

dibimbing melalui KPP. Dapatan kajian bagi objektif keempat iaitu perubahan sikap belajar

murid dan peningkatan prestasi penulisan pelajar dibahagikan kepada dua tema iaitu

kesediaan belajar murid dan penglibatan murid dalam bilik darjah. Seterusnya, dapatan kajian

bagi objektif kelima iaitu kesesuaian pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru

mengajar proses penulisan karangan menemukan pengkaji dengan tema KPP sebagai platform

guru menimba ilmu mengajar penulisan karangan. Dapatan bagi objektif terakhir iaitu

mengkaji kesesuaian strategi pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru

mengajarkan proses penulisan karangan ialah penggunaan strategi KPP dan pengetahuan

strategi dalam KPP. Keseluruhannya, guru memerlukan pendekatan sistematik dan

profesional bagi tujuan mempertingkat kemahiran mengajar khususnya pengajaran penulisan

karangan. KPP adalah pilihan bagi guru sebagai platform guru belajar mengajar ilmu baru dan

ilmu pedagogi lama yang diubahsuai untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

iii

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the

requirements of the degree of Doctor of Philosophy

KESAN PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)

TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN

KARANGAN BAHASA MELAYU

By

DIMA MAZLINA@SITI AISHAH BT ABU BAKAR

November 2015

Chaiman : Abdul Rasid b Jamian, PhD

Faculty : Educational Studies

The present study intends to examine the implementation of Professional Learning

Communities (KPP) towards upgrading the teachers’ skill in teaching essay writing in Bahasa

Melayu to the students. The objectives of this present study are, (i) to determine the teachers’

perception towards implementing KPP as to enhance the teaching skill for the essay writing

process, (ii) to identify the function of the school administrator in contributing to KPP

implementation which are further divided into two themes that are the principal’s function

and the needs to support physically, (iii) to investigate teachers understanding towards essay

writing and teaching method before KPP implementation based on four major themes, (iv) to

investigate the students changes in attitudes and the improvement in writing, and (v) to

investigate to what extent the implementing of KPP may incease the teachers’ skill in essay

teaching, and (vi) to suggest the strategy in implementing KPP towards the improvement of

teaching skill in delivering essay writing as the practising of KPP and the knowledge strategy

in KPP. The present study applied the qualitative case study as the framework with three data

collection techniques utilised, namely i) semi-structured interviews, ii) observations and iii)

documentation analysis. The validity and reliability for this study were described through

triangulation techniques, peer evaluation, audit trail from continuous communication between

the researcher and the samplings. These were taken from five teacher of Malay Language

teaching form 1 to 5 including one School Principal in Kedah as the sampling. The findings

from the present study found that teacher perceived two main factors in the implementation

of KPP, i.e. the significant and the needs of implementing KPP in school especially for the

subject of Bahasa Melayu. Further, the function of the school administrator in contributing

to KPP implementation may need to focus on the principal’s function and the needs to support

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

iv

physically. Other than that, there were four significant factors that may contribute to the

successful implementation of KPP which were, (i) teachers understanding towards essay

writing before KPP, (ii) teaching method before KPP implementation, (iii) changes in

teachers’ attitude and, (iv) changes in the essay teaching method after the implementation

and support provided on KPP. With regards to the students attitudes and the improvement in

writing, the findings provided an evidence on the importance of the readiness and the

involvement of the students in class. From the teacher’s point of view, the implementing of

KPP enabled them to incease their skill in essay as well as knowledge in teaching essay

writing. Overall findings showed that the implementing of KPP is about the practising of KPP

and the knowledge strategy. This study suggested the need for teachers to have a systematic

and professional approach as to increase their teaching skill especially in essay writing. KPP

is identified as a significant platform for teachers in acquiring new teaching method and the

changes of the old pedagogy in producing a teaching method which is more effective.

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

v

PENGHARGAAN

Allahu Akbar!

Alhamdulillah, akhirnya berkat kesabaran dan kegigihan serta limpah rahmat serta izin Allah,

saya berupaya menyempurnakan penyelidikan ini. Sesungguhnya, dalam usia yang sebegini,

cabaran untuk memahami dan menyerap ilmu agak sukar dan memerlukan kesabaran yang

tinggi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta, Azlan bin Saad kerana

memberi kebenaran kepada saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Buat anak-anak tersayang Amirul Haziq, Amirul Hakim, Alya Batrisyia, terima kasih kerana

memahami kesusahan mama. Buat abah dan mak yang disayangi, Abu Bakar Manap dan

Badimah Dollah, adik beradik serta keluarga mertua yang sentiasa memberi sokongan yang

tidak putus-putus, terima kasih! Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih

kepada ahli jawatankuasa penyeliaan tesis iaitu Prof. Madya Dr Abdul Rasid b. Jamian, Dr

Shamsudin b. Othman dan Dr Roselan b Baki yang banyak memberi dorongan, ilmu dan buah

fikiran membantu saya memantapkan penulisan tesis ini. Semoga Allah merahmati dan

mempermudahkan urusan kehidupan kalian.

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa menghulurkan pertolongan dan memberi semangat, tidak

ada ucapan terindah selain daripada ucapan terima kasih daripada hati yang tulus ikhlas. Juga

buat peserta kajian dan pihak sekolah yang membantu saya menjayakan kajian, terima kasih

yang tidak terhingga saya ucapkan.

Terima kasih semuanya!

Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian semua.

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

vi

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

vii

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima

sebagai memenuhi syarat keperluan ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan

adalah seperti berikut:

Abdul Rasid Jamian, PhD Profesor Madya

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Shamsudin Othman, PhD

Pensyarah

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

Roselan Baki, PhD

Pensyarah

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

_____________________

BUJANG KIM HUAT,PhD

Profesor dan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh :

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

viii

Perakuan pelajar siswazah

Saya memperakui bahawa :

Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli

Setiap perkataan, kutipan, dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas

Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan

ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain

Hak milik dan hak cipta tesis ini adalah hak mutlak Universiti Putra Malaysia,

mengikut Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012

Kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam

bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuklah buku, jurnal, modul, prosiding,

tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul

pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah

Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012

Tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini dan intergriti ilmiah telah

dipatuhi mengikut Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah)

2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia

(Penyelidikan) 2012. Tesis ini telah diimbaskan dengan perisian pengesanan plagiat.

Tandatangan : _____________________________ Tarikh : ______________________

Nama dan No. Matrik : ___________________________________________________

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

ix

Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan :

Dengan ini, diperakukan bahawa:

Penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami;

Tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah

Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah

dipatuhi.

Tandatangan : __________________________________________________________

Nama Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan : Prof Madya Dr Haji Abdul Rasid bin Jamian

Tandatangan : __________________________________________________________

Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan : Dr Shamsudin bin Othman

Tandatangan : __________________________________________________________

Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan : Dr Roselan bin Baki

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

x

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

ABSTRAK i

ABSTRACT iii

PENGHARGAAN v

PENGESAHAN vi

PERAKUAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

BAB

1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Definisi Operasional 10

1.7.1 Kesan Pelaksanaan 10

1.7.2 Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) 10

1.7.3 Kemahiran guru mengajar penulisan karangan 12

1.8 Rumusan 12

2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kefahaman Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan KPP 13

2.2.1 Teori KPP 14

2.3 Peranan Pentadbir 21

2.4 Perubahan Pengajaran Guru Kesan Pembudayaan KPP 22

2.4.1 Impak Pelaksanaan KPP 31

2.5 Pengajaran Penulisan Karangan 33

2.5.1 Isu Pengajaran Penulisan Karangan 34

2.5.2 Jenis-Jenis Karangan Berdasarkan Sukatan Pelajaran 38

2.6 Kerangka Konseptual 38

2.7 Rumusan 40

3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka bentuk Kajian 42

3.3 Akses Kepada Pemilihan Peserta dan Lokasi Kajian 44

3.3.1 Pemilihan Peserta Kajian 44

3.3.1.1 Kriteria Pemilihan Peserta Kajian 45

3.3.1.2 Profil Peserta Kajian 46

3.4 Tempoh Kajian 48

3.5 Lokasi Kajian 49

3.6 Prosedur Pelaksanaan Kajian 49

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xi

3.6.1 Peringkat Persediaan 50

3.6.2 Peringkat Pelaksanaan 51

3.6.2.1 Pengumpulan Data Sebenar 51

3.6.3 Kaedah Pengumpulan Data 55

3.6.3.1 Temu bual 55

3.6.3.2 Penulisan Transkripsi Temu bual Separa

Berstruktur 60

3.6.3.3 Pemerhatian 61

3.6.3.4 Analisis Dokumen 64

3.6.4 Kaedah Penganalisisan Data 65

3.6.4.1 Analisis Semasa Pengumpulan Data 65

3.6.4.2 Analisis Selepas Pengumpulan Data 66

3.7 Etika Penyelidikan Kajian Kualitatif 67

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Dapatan Kajian 68

3.8.2.1 Trianguilasi 68

3.8.2.2 Penilaian Rakan Sekerja 69

3.8.2.3 Jejak Audit 69

3.8.2.4 Hubungan Berterusan Antara Pengkaji dengan Peserta

Kajian 70

3.9 Rumusan 70

4.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 72

4.2 Profil Peserta Kajian 72

4.3 Perspektif Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan KPP

Bagi Meningkatkan Kemahiran Guru Mengajarkan Proses

Penulisan Karangan (Temu bual 1) 74

4.3.1 Konsep KPP 75

4.3.1.1 Guru Belajar Cara Mengajar 75

4.3.1.2 Perkongsian Ilmu Mengajar 77

4.3.1.3 Kolaborasi 77

4.3.1.4 Perkongsian Visi dan Misi 78

4.3.1.5 Muhasabah Diri 79

4.3.1.6 Penambahbaikan Prestasi Sekolah 80

4.3.1.7 Bimbingan Ahli Dalam Komuniti 81

4.3.2 Keperluan Pelaksanaan KPP Di Sekolah Khususnya

Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Temu bual 2) 81

4.3.2.1 Keperluan Untuk Guru Bukan Opsyen 82

4.3.2.2 Membina Keyakinan Diri Guru 82

4.3.2.3 Mempelbagaikan Kaedah dan Teknik

Pengajaran 83

4.3.2.4 Membantu Guru Novis 83

4.3.2.5 Mendidik Guru Menerima Perubahan 84

4.4 Peranan Pentadbir Pengurusan Sekolah Membantu Pelaksanaan

KPP (Temu bual 2) 85

4.4.1 Peranan Pengetua 86

4.4.2 Keperluan Fizikal Yang Menyokong 88

4.5 Perubahan Sikap dan Pengajaran Guru (Temu bual 3) 90

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xii

4.5.1 Pemahaman Guru Terhadap Pengajaran Karangan

Sebelum Pembudayaan KPP 91

4.5.1.1 Kemahiran Yang Sukar dan Perlu Dipelajari 91

4.5.1.2 Guru Menggunakan Pelbagai Kaedah 92

4.5.1.3 Pengajaran Tidak Sistematik 92

4.5.1.4 Karangan Berformat dan Argumentatif Sukar

Diajar 93

4.5.1.5 Amalan Memperbaiki Kemahiran 94

4.5.2 Corak Pengajaran Guru Sebelum Pembudayaan KPP 95

4.5.2.1 Guru Merancang Pengajaran Secara

Bersendirian 96

4.5.2.2 Tidak Menggunakan Kaedah dan Teknik

Yang Sesuai 96

4.4.2.3 Tidak Mengajar Konsep dan Proses Mengarang 97

4.5.3 Perubahan Sikap Guru 97

4.5.3.1 Guru Lebih Yakin Mengajar 97

4.5.3.2 Guru Lebih Kreatif 98

4.5.3.3 Membina Hubungan Positif Sesama Rakan 98

4.5.3.4 Bersedia Berkongsi Ilmu 99

4.5.3.5 Mencari Penyelesaian Masalah Pengajaran

Secara Efektif 100

4.5.3.6 Berfikiran Terbuka dan Muhasabah Diri 101

4.5.4 Perubahan Pengajaran Guru Dalam Mengajarkan

Karangan 101

4.5.4.1 Pengajaran Sistematik 102

4.5.4.2 Penggunaan Pelbagai Teknik dan Kaedah 103

4.5.4.3 Guru Lebih Kreatif 104

4.5.4.4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Yang

Pelbagai 105

4.5.4.5 Peningkatan Kemahiran Mengajar Karangan

Bahasa Melayu Bagi Guru Novis dan Guru

Bukan Opsyen 106

4.6 Perubahan Sikap Belajar Murid dan Peningkatan Prestasi

Penulisan Pelajar (Temu bual 4 dan Pemerhatian 1/2) 107

4.6.1 Kesediaan Belajar 107

4.6.1.1 Murid Lebih Bersedia 107

4.6.2 Penglibatan Murid Dalam Bilik Darjah 108

4.6.2.1 Lebih Menumpukan Perhatian Dan Mudah

Dibimbing 108

4.6.2.2 Menghasilkan Tugasan Dengan Baik 109

4.7 Kesesuaian Pelaksanaan KPP Terhadap Peningkatan Kemahiran

Guru Mengajar Proses Penulisan Karangan (Temu bual 5) 110

4.7.1 KPP Sebagai Platform Guru Menimba Ilmu Mengajar

Penulisan Karangan 111

4.7.1.1 Kesesuaian KPP Sebagai Wadah Bagi Guru

Menuntut Ilmu 111

4.8 Penggunaan Strategi KPP Untuk Meningkatkan Kemahiran Guru

Mengajarkan Proses Penulisan Karangan (Temu bual 6) 112

4.8.1 Penggunaan Strategi KPP 113

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xiii

4.8.1.1 Sesi Perkongsian Ilmu (Temu duga 6a) 114

4.8.2 Pengetahuan KPP 116

4.8.2.1 Jelajah Pembelajaran 117

4.8.2.2 Kajian Pembelajaran 117

4.8.2.3 Pembimbing Rakan Sebaya 118

4.9 Rumusan 118

5.0 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 119

5.2 Ringkasan Kajian 119

5.3 Rumusan Kajian 120

5.4 Implikasi Kajian 125

5.4.1 Implikasi Perspektif Guru-Guru Terhadap Pelaksanaan

KPP 127

5.4.2 Implikasi Terhadap Pihak Pentadbir dan Pengurusan

Sekolah 128

5.4.3 Implikasi Terhadap Peningkatan Kemahiran Guru

Mengajar Proses Penulisan Karangan Bahasa Melayu 128

5.4.4 Implikasi Terhadap Murid : Perubahan Sikap, Cara

Belajar dan Cara Menulis Karangan 131

5.4.5 Implikasi Terhadap Strategi Pelaksanaan KPP :

Kesesuaian Strategi KPP 133

5.5 Cadangan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Proses

Penulisan Karangan 134

BIBLIOGRAFI 136

LAMPIRAN 146

BIODATA PELAJAR 206

SENARAI PENERBITAN 207

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xiv

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1. Kronologi Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional

Adaptasi Daripada Blankstein (2004) 25

2. Butiran Peribadi dan Latar Belakang Peserta Kajian 48

3. Fasa Pelaksanaan Kajian 51

4. Aktiviti Pengumpulan Data 52

5. Jadual Pusingan Aktiviti KPP 2014 53

6. Jadual Pusingan Aktiviti KPP 2015 54

7. Protokol Temu Bual 58

8. Petunjuk Transkripsi 60

9. Senarai Semak Pemerhatian Aktiviti KPP 62

10. Senarai Semak Pemerhatian Pengajaran dan Pembelajaran 63

11. Senarai Semak Persekitaran Lokasi Kajian 63

12. Rumusan Pelaksanaan Kajian 73

13. Butiran dan Latar Belakang Peserta Kajian 126

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xv

SENARAI GAMBAR RAJAH

Gambar rajah Muka Surat

1. Prinsip Teori Pembelajaran Lima Disiplin Senge (1990) 16

2. Kerangka Konsep Teori Formulasi KPP Kruse, Lousi dan Bryk (1995) 18

3. Teori KPP Hord (1997) 21

4. Teori Organisasi Pembelajaran Senge (2011) 23

5. Kerangka Konseptual Kajian 39

6. Proses Triangulasi Bagi Tujuan Kesahan Hasil Dapatan 69

7. Kefahaman Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan KPP Bagi

Meningkatkan Kemahiran Guru Mengajarkan Proses Penulisan

Karangan 75

8. Peranan Pentadbir Pengurusan Sekolah Membantu Pelaksanaan KPP 85

9. Perubahan Sikap dan Pengajaran Guru 90

10. Perubahan Sikap Belajar Murid dan Peningkatan Prestasi Penulisan

Pelajar 185

11. Kesesuaian Pelaksanaan KPP Terhadap Peningkatan Kemahiran Guru

Mengajar Proses Penulisan Karangan 110

12. Penggunaan Strategi KPP Untuk Meningkatkan Kemahiran

Guru Mengajarkan Proses Penulisan Karangan 113

13. Sesi Perkongsian Ilmu 114

14. iga Elemen KPP 123

15. Amalan Perkongsian Dalam KPP 123

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

1. Pengesahan Sebagai Pelajar Institusi Pengajian Tinggi 146

2. Kebenaran Mendapatkan Maklumat dan Menjalankan Penyelidikan 147

3. Kelulusan Menjalankan Kajian (EPRD) 148

4. Kebenaran Menjalankan Kajian (JPN Melaka) 149

5. Kebenaran Menjalankan Kajian (JPN Kedah) 150

6. Borang Kebenaran Menjalankan Temu bual Individu 152

7. Latar Belakang Peserta Kajian 154

8. Gambar Aktiviti KPP 162

9. Transkrip Temu Bual 172

10. Soalan Temu Bual Separa Berstruktur 182

11. Transkrip Temu bual Separa Berstruktur 195

12. Koding Transkrip Temu Bual Separa Berstruktur 212

13. Bahan Penulisan Pelajar 231

14. Modul Guru 214

15. Buku Laporan PLC 238

16. Catatan Pemerhatian Strategi KPP 242

17. Catatan Pemerhatian Dalam Bilik Darjah 246

Page 18: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

xvii

SENARAI RINGKASAN

KPP Komuniti Pembelajaran Profesional

BPG Bahagian Pendidikan Guru

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

TB1 Temu Bual 1

TB2 Temu Bual 2

TB3 Temu Bual 3

TB4 Temu Bual 4

TB5 Temu Bual 5

TB6 Temu Bual 6

P1 Peserta 1

P2 Peserta 2

P3 Peserta 3

P4 Peserta 4

P5 Peserta 5

P6 Peserta 6

Page 19: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, guru berperanan sebagai penyampai ilmu kepada

pelajar. Guru adalah pendidik, pemudah cara atau fasilitator di dalam bilik darjah. Guru yang

mempunyai kemahiran dalam menyampaikan pengajaran memudahkan pelajar memahami

sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran yang diajar. Manakala guru yang tidak mahir pula

akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru

(Shahril @ Charil bin Hj Marzuki, 2005). Pengajaran dan pembelajaran pula akan jadi bosan

sekiranya guru menggunakan kaedah dan teknik yang sama. Hal ini akan menyebabkan murid

tidak dapat memberi tumpuan dan berkemungkinan tidak mahu masuk ke kelas untuk belajar.

Arus pendidikan negara sering kali berubah, tambahan pula terdapat pelbagai kemudahan

berasaskan teknologi yang boleh dijadikan panduan untuk mempertingkatkan kualiti

pengajaran, guru perlu sentiasa maju ke hadapan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran,

menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai serta mendalami isi kandungan tentang apa

yang hendak diajar. Guru yang berkebolehan mengajar secara berkesan dapat memotivasikan

pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dalam hal

ini, kemahiran guru bergantung pada dua faktor utama, iaitu kecekapan guru itu sendiri dalam

bahasa yang hendak diajarnya dan pengetahuan serta kepakarannya tentang kaedah dan teknik

mengajar bahasa (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000).

Selain daripada hal yang tersebut, guru juga perlu kreatif terutama ketika merancang

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru yang kreatif dapat memimpin pelajar ke

arah perubahan dan kemajuan. Hal ini demikian kerana, guru yang kreatif dan proaktif

bertindak secara dinamik dan dedikasi terhadap profesion keguruan. Guru perlu berubah dan

menambah nilai kualiti pada pengajaran yang dilaksanakan. Walaupun begitu, kesediaan guru

untuk berubah dan menerima perubahan bagi menjayakan inovasi pendidikan merupakan

cabaran yang besar dan semestinya memerlukan daya kreativiti yang tinggi ( Norreha

Deraman, Suhaida Abdul Kadir & Mohd Majid Konting, 2009). Guru perlu pantas bergerak

seiring dengan perkembangan dunia pendidikan. Banyak teknik baharu yang diperkenalkan

dan guru perlu memahirkan diri dengan pelbagai teknik pengajaran agar dapat menghasilkan

pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa guru perlu menggunakan teknik dan kaedah yang

sesuai. Kaedah ialah cara yang digunakan untuk mengajar . Manakala teknik dalam

pengajaran pula ialah cara yang lebih khusus digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran.

menerangkan Dalam pendidikan bahasa, kaedah pengajaran perlu dirancang dan dilaksanakan

untuk mencapai objektif pengajaran sesuatu kemahiran bahasa (Abdul Aziz Abd Talib, 2000).

Teknik pula merangkumi aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang

menyokongnya. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran

Page 20: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

2

(Abdul Aziz Abd Talib, 2000). Justeru, kaedah dan teknik adalah perkara yang wajib dikuasai

oleh guru yang hendak mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam pendidikan Bahasa Melayu, penulisan karangan adalah dianggap sebagai proses yang

penting dan rumit. Proses menulis karangan merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai

oleh setiap pelajar sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat institusi pengajian

tinggi. Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam semua peperiksaan awam

seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM). Tambahan pula, kemahiran menulis merupakan salah satu

daripada komponen kemahiran bahasa yang ada dalam kurikulum Bahasa Melayu di

Malaysia, sama ada pada peringkat sekolah rendah atau pun pada peringkat sekolah menengah

(Zamri Salleh & Abdull Sukor Shaari, 2009).

Memandangkan kemahiran menulis karangan adalah kemahiran yang sukar dikuasai,

kemahiran mengarang juga merupakan kemahiran yang sukar diajar oleh guru-guru Bahasa

Melayu. Prestasi penulisan pelajar-pelajar dalam UPSR, SPM, dan STPM yang jarang-jarang

memuaskan itu menjadi cabaran yang besar bagi golongan guru ( Roselan Baki, 2003). Oleh

kerana guru berfungsi sebagai pemberi ilmu karang mengarang kepada pelajar-pelajar, maka

guru wajar menerapkan dan mencari ilmu berkaitan kemahiran menulis karangan dalam diri

mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, guru dikehendaki memiliki pengetahuan yang agak

mendalam tentang ilmu karang-mengarang serta kemahiran pedagogi yang berkaitan.

Justeru, guru yang hendak mengajarkan proses penulisan karangan perlu mempersiapkan diri

dengan ilmu bantu yang berkualiti dan bersedia membantu pelajar untuk menghasilkan

karangan yang selari dengan tuntutan kurikulum. Kemahiran menulis tidak terjadi secara

semula jadi tetapi boleh diajar, dipupuk dan dilatih untuk melahirkan penulis yang berbakat

(Marohaini Yusoff, 2004). Menurut Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari

(2006), mengarang melibatkan kemahiran kognitif dan linguistik termasuk juga aspek

mekanis, proses dan pembaca. Mengarang juga melibatkan proses menyusun, mencatat dan

berkomunikasi dengan makna, bersifat interaktif dan menggunakan sistem tulisan

konvensional yang dapat dibaca untuk mencapai matlamat tertentu.

Apa yang berlaku pada masa kini, guru pada hari ini tidak mengajar karangan dengan teknik

dan kaedah yang praktikal ditambah tidak selari dengan pendekatan yang menjadi dasar

pengajaran. Hal ini ditambah pula dengan kekurangan maklumat yang mendalam terhadap

isi kandungan mata pelajaran yang menjadi pengkhususan mereka. Guru Bahasa Melayu

masih kurang jelas tentang kandungan ilmu penulisan dan binaan sesebuah penulisan

mengikut jenis, tujuan serta pembaca yang akan membaca sesebuah hasil penulisan tersebut

(Roselan Baki, 2003). Guru kurang pengalaman, ditambah pula tidak cukup ilmu isi

kandungan mata pelajaran dan malu bertanya kepada guru yang lebih pakar dan sudah lama

mengajar akan menyukarkan keadaan sehinggakan mereka terpaksa menggunakan kemahiran

sendiri berbanding membina pengajaran secara lebih profesional.

Menurut aliran Teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa, guru bahasa tidak dapat

menyampaikan pengajaran dengan berkesan tanpa pengetahuan tentang bagaimana proses

Page 21: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

3

pemerolehan atau pembelajaran terjadi. Dalam hal ini, aliran Teori Pemerolehan dan

Pembelajaran Bahasa yang didasarkan kepada beberapa aliran teori pembelajaran iaitu

behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme menekankan bahawa pemerolehan bahasa boleh

terjadi melalui interaksi persekitaran, penggunaan otak manusia dan juga hasil binaan mental.

Hal ini berbeza dengan pendapat aliran Teori Huraian Bahasa yang menegaskan bahawa guru

bahasa perlu menguasai terlebih dahulu isi kandungan pelajaran yang hendak diajar (Juriah

Long, 2012)

Sehubungan dengan perkara di atas, guru Bahasa Melayu wajar melipatgandakan usaha untuk

meningkatkan kemahiran mengajar karangan. Mereka perlu belajar kaedah baru yang boleh

dipakai ataupun mencipta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,

pendekatan yang menggalakkan guru mempelajari pelbagai teknik dan kaedah mengajar

seperti yang diaplikasikan melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) berupaya

meningkatkan kemahiran guru mengajarkan proses karangan. Komuniti Pembelajaran

Profesional (KPP) yang diperkenalkan di Malaysia bermula pada tahun 2010 adalah adaptasi

daripada program peningkatan profesionalisme di Amerika yang dipanggil sebagai

Professional Learning Communities (PLC). Dalam hal ini, guru bekerja dalam satu kumpulan

dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran. Di Malaysia, KPP bermula dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran pada

tahun 2010 dengan mengambil kira pelaksanaannya untuk mata-mata pelajaran kritikal seperti

Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains ( Jalani Ludin & Kamarudin Taib, 2012).

KPP menjadikan pembelajaran di sekolah bukan untuk mengajar pelajar atau tempat untuk

guru mengajar pelajar semata-mata tetapi juga menjadikan sekolah sebagai tempat bagi guru

untuk mempelajari ilmu yang ada kaitan dengan ilmu pedagogi dan profesionalisme.

Pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran mengajar mata pelajaran pengkhususan

dijangka dapat memberi impak yang hebat dalam konteks untuk menjana semula atau

membugarkan semula ilmu yang telah lama guru-guru peroleh. Hal ini demikian kerana,

pembudayaan KPP bertujuan untuk penambahbaikan sekolah dalam sebuah komuniti sekolah

melalui aktiviti penyelidikan dan pembelajaran guru secara berterusan dan sistematik. Bagi

mencapai hasrat tersebut, ahli dalam komuniti sekolah seperti guru dan pihak pengurusan

sekolah akan bekerjasama dalam sebuah komuniti pembelajaran serta melibatkan diri secara

berterusan mencari dan berkongsi pengalaman serta mengamalkan ilmu tersebut agar murid

memperoleh manfaat (Cranston, 2009).

1.2 Pernyataan Masalah

Konsep penambahbaikan profesionalisme keguruan yang menjurus kepada kemahiran

mengajar perlu diberikan penekanan tidak kira siapa yang memegang kuasa dalam bidang

pendidikan. Justeru, dalam usaha untuk meningkatkan dan memartabatkan profesionalisme

guru, pendidikan seseorang guru tidak berakhir dengan latihan pra perkhidmatan sahaja.

Latihan pra perkhidmatan tidak menyediakan guru untuk berkecimpung dalam kerjaya guru

sepenuhnya. Hal ini kerana guru bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu

pengetahuan tetapi juga mendidik pelajar. Justeru, pendidikan guru perlu ditambah menerusi

program pembelajaran profesional secara berterusan supaya pengetahuan serta kemahirannya

selari dengan tuntutan semasa (Mahaliza Mansor, Norlia Mat Norwani, & Jamal@Nordin

Page 22: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

4

Yunus, 2014). Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi dan bahasa pengantar kurikulum sekolah, peranan dan bimbingan guru juga memainkan

peranan utama terhadap penguasaan bahasa murid (Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik

Yusoff, & Juliawati Ibrahim,2009).

Kader (2008) menegaskan bahawa pembangunan profesional guru di Malaysia mengambil

kita pendekatan “atas ke bawah” iaitu program-program penambahbaikan kemahiran guru

yang dimulakan oleh Kementerian tanpa mengambil kira keperluan pembangunan profesional

guru-guru sekolah. Penambahbaikan kemahiran guru melalui pelbagai kursus juga bersifat

individual dan bukan secara kolektif seperti yang dilakukan di luar negara. Hal ini bermaksud,

kursus yang dianjurkan tidak begitu menekankan perkongsian secara kolektif kemahiran guru

daripada guru berlainan sekolah dan daerah (Hussain Waheed, Ahmad Babajide Salami dan

Abdul Rahman Dahlan, 2011) tetapi diberi dalam bentuk sehala yang tidak memberi banyak

kesan kepada perkembangan profesionalisme guru. Justeru, pelaksanaan KPP sebagai usaha

meningkatkan ilmu mengajar dalam kalangan guru merupakan alternatif bagi guru menjana

ilmu secara berkesan dan kolektif.

Seterusnya, guru belum bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mereka yakin

kaedah sedia ada relevan dengan sistem peperiksaan (Laporan KPM, 2001). Guru masih

berada pada takuk lama dan menjadikan pendekatan papan putih dan marker sebagai alat

bantu utama dan tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran. Selain itu, Laporan Jemaah Nazir

(2006) menekankan mesyuarat panitia yang dijalankan hanya berkisar dengan perkara rutin

seperti ujian, proses isi data, minggu atau bulan panitia seperti yang terdapat dalam

perancangan dan takwim sekolah . Hal ini menunjukkan bahawa guru masih belum ada

inisiatif untuk berubah (Nor Foniza Maidin & Mohd Izham Mohd Hamzah, 2010).

Pemimpin sekolah pula menghadapi kesukaran untuk menentukan subjek yang sepatutnya

diajar oleh guru memandangkan pengagihan guru tidak seimbang (Liong Shou Chuan, 2014).

Hal ini akan mengakibatkan, guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan

menjadi bidang pengkhususan. Apabila hal ini berlaku, masalah kepakaran dari segi

pengetahuan isi kandungan serta kaedah mengajar akan menjadi isu yang utama walaupun

guru-guru itu melaporkan diri ke sekolah sebagai guru terlatih. Kekurangan guru yang

berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu menyebabkan pihak pentadbir terpaksa

mengambil tindakan dengan menempatkan guru-guru yang memiliki opsyen lain untuk

mengajarkan bahasa Melayu (Seman Salleh, 2005). Isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering

dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau

pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini (Mohd Isha

Awang, 2008).

Guru sebenarnya hilang sedikit demi sedikit ilmu mengajar di sekolah setelah beberapa tahun

menjadi guru sekolah (Senge, 1990; Karsten, Voncken & Voorthuis, 2000). Di Malaysia

terdapat banyak program peningkatan kemahiran mengajar yang dilaksanakan di peringkat

KPM atau JPN. Guru dipanggil untuk mengikuti pelbagai kursus peningkatan kemahiran

tetapi kursus tersebut tidak menjadi medium guru memperbaiki kemahiran mengajar

(Malakolunthu, 2007). Hal ini demikian kerana pembangunan guru di Malaysia ialah

perkhidmatan latihan yang diwartakan yang dibangunkan oleh pakar-pakar pendidikan. Hal

Page 23: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

5

ini tidak dilihat oleh guru-guru sebagai menambah nilai atau menjadi produktif kerana ia tidak

berpadanan dengan keperluan guru (Lee, 2007). Hal ini ditambah pula dengan isi kandungan

kursus yang diberikan secara lump-sum tanpa mengira latar belakang guru dan berlaku di luar

kawasan persekolahan yang sebenar (Tan Hui Leng, 2007).

Selain itu, guru-guru novis kurang menunjukkan sikap sebagai guru yang mempunyai

komitmen yang tinggi. Hal ini selari dengan kajian Jackson, Chalmers & Wills (2004)

mendapati guru-guru yang berada pada tahun pertama perkhidmatan selepas keluar menjalani

latihan perguruan kurang melibatkan diri secara positif selain daripada menunjukkan

kepakaran yang sangat sedikit dalam bidang yang diajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Sepatutnya, guru-guru novis menggunakan ilmu perguruan yang

dipelajari sewaktu di institut perguruan secara efektif dan menambah ilmu baru di sekolah

melalui bimbingan dan pengalaman guru yang sudah lama berkhidmat dalam mata pelajaran

pengkhususan.

Sekiranya hal ini berterusan, sudah tentu guru tidak menyedari kekurangan dan kelemahan

yang mereka lakukan ketika proses pengajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru

akan bersikap individualistik sehinggakan tidak bersedia untuk menerima perubahan dan

berkongsi pengetahuan sesama rakan sejawat. Justeru, guru perlu berubah daripada budaya

bekerja bersendirian kepada budaya bekerja dalam pasukan (Roslee Talip, 2011). Salah satu

daripada strategi yang boleh digunakan untuk memupuk semangat kerja secara berpasukan

ialah melalui pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Dalam hal berkaitan,

KPP merupakan komuniti yang dibentuk untuk guru belajar secara berterusan untuk

meningkatkan kemahiran guru mengajar. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang

menjadikan KPP sebagai budaya dan strategi peningkatan prestasi menunjukkan guru-guru

telah berjaya keluar daripada sifat bersendiri atau individualistik kepada budaya kerja

berpasukan yang bermatlamatkan peningkatan prestasi pelajaran murid (Zuraidah Abdullah,

Rahimah Hj Ahmad, & Muhammad Faizal Abd Ghani, 2012).

Selain daripada hal yang tersebut, sikap guru juga menjadi salah satu punca kegagalan murid

menguasai kemahiran menulis. Menurut Haris Fadzilah Kassim (2002), cara dan gaya guru

mengajarkan karangan di dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh

tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi keperluan peperiksaan. Pengajaran guru kurang

memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik dan strategi menulis karangan dalam kelas

menyebabkan para murid kurang bersedia untuk menulis. Hal ini dipersetujui oleh Roselan

Baki (2001) dalam Roselan Baki (2003) bahawa guru pada umumnya masih kurang jelas

tentang kandungan ilmu penulisan dan mereka menerapkan pengalaman yang dialami ketika

mempelajari penulisan di sekolah dahulu sebagai asas mengajarkan penulisan kepada murid-

murid.

Teknik pengajaran yang menarik dan interaktif amat berkesan berbanding dengan teknik

pengajaran tradisional. Ini dapat dilihat dalam dapatan kajian Abd. Aziz Abd. Talib (2007),

teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan

topikal dan nota guru masih menjadi amalan. Ini juga menyebabkan topik menjadi tidak

menarik, di samping menjadikan murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran

penulisan. pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar proses penulisan

Page 24: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

6

karangan dapat memberi ruang kepada penambahbaikan cara guru mengajarkan aspek

penulisan karangan Bahasa Melayu. Pelaksanaan KPP dapat meningkatkan kemahiran guru

mengajar terutamanya dalam proses pengajaran karangan. Perkara ini juga dapat membantu

membina kelompok guru yang sentiasa terbuka untuk berubah dan menerima perubahan. Hal

ini kerana prinsip dan ciri KPP yang dibangunkan menjurus kepada bagaimana guru bergerak

dan bekerja sebagai satu pasukan kerja yang profesional, sentiasa proaktif mencari kaedah

untuk membangunkan potensi diri selain saling bantu membantu sesama rakan sejawat bagi

memastikan murid belajar secara berkesan (Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A Ghani,

2013).

Justeru, Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan platform atau strategi ke arah

memperbaiki kualiti pengajaran guru dan meningkatkan prestasi sekolah. Umumnya, sekolah

merupakan tempat untuk murid belajar. Pembelajaran di sekolah dikhususkan kepada murid

tetapi bukan untuk guru. Pelaksanaan KPP merubah perspektif bahawa setiap warga sekolah

akan belajar sesuatu untuk memberi manfaat kepada orang lain yang berada dalam satu

komuniti. Pembudayaan KPP dalam kalangan komuniti guru perlu dilaksanakan namun masih

terdapat guru-guru yang sukar dan tidak mahu berubah mengikut aliran masa. Walau

bagaimanapun, penggunaan KPP sebagai alternatif untuk meningkatkan kemahiran guru

mengajar bagi sekolah-sekolah masih asing dan baru di Malaysia. Model KPP yang

dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru pula

hanya memberi fokus kepada mata pelajaran kritikal sahaja seperti Bahasa Inggeris, Sejarah,

Matematik dan Sains. Malah, penggunaan pelbagai strategi KPP tidak banyak dikaji dan

diteroka oleh pengkaji tempatan walaupun telah banyak digunakan di negara-negara barat

untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah (Zuraidah Abdullah, Rahimah Hj

Ahmad, & Muhammad Faizal Abd Ghani, 2012). Sehubungan dengan itu, KPP boleh

dijadikan sebagai alternatif dan platform bagi program penambahbaikan kemahiran mengajar

guru serta peningkatan tahap profesionalisme guru Bahasa Melayu.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif yang telah digariskan seperti berikut :

1.Mengkaji kefahaman guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KPP bagi

meningkatkan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan.

2.Meneliti penglibatan pentadbir dalam usaha untuk membudayakan KPP untuk

meningkatkan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan .

3.Menilai perubahan pengajaran guru setelah mendapat bimbingan dalam KPP.

4.Mengenal pasti perubahan corak penulisan karangan pelajar selepas guru dibimbing dalam

KPP.

5.Mengkaji kesesuaian strategi pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru

mengajarkan proses penulisan karangan.

Page 25: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

7

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan yang berikut :-

1. Bagaimanakah kefahaman guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KPP?

2. Bagaimanakah KPP membantu meningkatkan kemahiran guru mengajarkan proses

penulisan karangan ?

3. Bagaimanakah penglibatan pentadbir pengurusan sekolah dalam menentukan kejayaan

pelaksanaan KPP di sekolah ?

4. Apakah corak sokongan yang diberikan oleh pentadbir pengurusan sekolah bagi

menjayakan pelaksana KPP di sekolah?

5. Bagaimanakah perubahan dalam pengajaran guru mengajar proses mengarang selepas

dibimbing dalam KPP?

6. Bagaimanakah corak penulisan karangan pelajar selepas guru dibimbing dalam KPP?

7. Sejauh manakah kesesuaian pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru

mengajarkan proses penulisan karangan?

8. Apakah strategi yang digunakan dalam usaha membantu guru-guru meningkatkan

kemahiran guru mengajarkan proses penulisan karangan?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa kepentingan yang berikut. Yang pertama,

kajian diharapkan dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu menggunakan pelbagai strategi

dalam KPP untuk meningkatkan kemahiran mereka mengajar proses penulisan karangan.

Guru-guru Bahasa Melayu perlu bekerja sebagai satu pasukan yang mantap untuk

penambahbaikan kualiti pengajaran. Selain daripada hal tersebut, guru-guru Bahasa Melayu

perlu mendalami ilmu-ilmu bantu mengajar yang baharu demi meningkatkan tahap

profesional keguruan. Dapatan kajian juga dapat dijadikan sebagai wahana untuk membina

keyakinan, serta menunjukkan bagaimana KPP berupaya membantu guru-guru untuk

meningkatkan dalam kualiti pengajaran serta motivasi guru .

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membimbing kelompok guru Bahasa Melayu yang lama

dan baharu terhadap pelaksanaan KPP dalam kalangan Panitia Bahasa Melayu. Hal ini

demikian kerana, KPP masih baharu dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia.

Hanya terdapat segelintir sekolah di Malaysia yang menjadikan KPP sebagai budaya ke arah

penambahbaikan kualiti pengajaran guru-guru Bahasa Melayu. Sudah pasti kajian ini dapat

memberikan input yang maksimum dan melahirkan kalangan guru yang mahir mengajar

terutamanya proses penulisan karangan. KPP menekankan kolaborasi dan kerjasama dalam

komuniti. Justeru, elemen kerjasama yang ditekankan dalam pelaksanaan KPP berupaya

menjadi alternatif bagi guru mempelajari pelbagai kaedah mengajar yang baru serta

mempelbagaikan kaedah mengajar secara berkesan.

Seterusnya, kajian ini dijangka dapat memberikan manfaat kepada guru Bahasa Melayu yang

berhasrat untuk berkongsi ilmu secara formal selain dapat merancang rancangan pelajaran

secara sistematik dan konsisten demi meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu. Hal

Page 26: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

8

ini dapat membuang rasa tidak selesa guru-guru Bahasa Melayu dalam usaha untuk

membentuk KPP di sekolah serta guru-guru akan jadi bertambah yakin ketika penyampaian

pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, melalui kajian ini, tindakan susulan

dapat diambil untuk menambah kekurangan dan memperbaiki kelemahan yang ada ketika

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Selari dengan hasrat KPM untuk merealisasikan pelaksanaan KPP dalam semua mata

pelajaran menjelang 2015 (Laporan BPG,2011), kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai

salah satu kaedah untuk membantu guru mempertingkatkan kemahiran mengajar. Oleh kerana

KPP dicadangkan untuk diimplementasikan terhadap empat mata pelajaran yang dianggap

kritikal oleh KPM seperti Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains, adalah diharapkan

agar penggunaan KPP dapat menjadi titik permulaan untuk digunakan dalam mata pelajaran

lain terutama Bahasa Melayu.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru

mengajar proses penulisan karangan dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah

menengah. Justeru, pengkaji telah menentukan batasan atau had kajian sebagai panduan untuk

menjawab kesemua persoalan kajian yang telah digariskan. Perkara tersebut ialah aspek

pemilihan peserta kajian , isu berkaitan bilangan peserta kajian, bilangan peserta kajian, reka

bentuk penyelidikan, dan aspek yang menjadi fokus utama dalam strategi KPP yang

disarankan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Enam orang peserta kajian dipilih untuk membantu menjayakan kajian ini berdasarkan

penglibatan secara sukarela . Enam orang peserta kajian ini dipilih dengan menggunakan

teknik pensampelan bertujuan. Kesemua peserta kajian yang terlibat merupakan guru-guru

Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah sekolah yang terletak di negeri Kedah. Selain

daripada hal tersebut, pemilihan peserta kajian juga terdiri daripada guru-guru novis, bukan

opsyen tetapi mengajar Bahasa Melayu dan guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Sekolah yang

dipilih terdiri daripada sekolah harian biasa yang disenaraikan oleh BPG melalui Laporan

Pelaksanaan KPP 2011. Peserta kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Tingkatan

Dua, Tiga dan Empat di sekolah menengah berkenaan.

Seterusnya, kajian ini akan mengkaji pelaksanaan KPP terhadap peningkatan kemahiran guru

mengajar proses penulisan karangan sahaja dan tidak memberikan penumpuan terhadap hasil

penulisan murid. Walau bagaimanapun, pengkaji meneliti 10 buah skrip hasil penulisan

karangan pelajar sebagai bahan analisis dokumen untuk melihat perubahan sikap belajar

murid selepas guru dibimbing melalui KPP. Sepuluh skrip pelajar tersebut akan disemak

melalui kaedah rubrik.

Di samping itu juga, kajian ini terbatas kepada proses pelaksanaan KPP untuk meningkatkan

kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan. Berkaitan dengan perkara tersebut,

kajian ini dilaksanakan berfokus terhadap perkaitan lima elemen utama yang menjadi teras

Page 27: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

9

kepada kejayaan KPP berdasarkan atribut yang diperkenalkan oleh Hord (1997). Elemen-

elemen tersebut ialah sokongan kepemimpinan, matlamat, nilai, misi dan visi yang sama,

aplikasi pembelajaran guru secara kolektif, amalan pembelajaran personal dan sokongan

fizikal dan mental.

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan penyelidikan kualitatif dengan menggunakan

pendekatan kajian kes satu kes lokasi untuk mencapai objektif kajian. Sehubungan dengan

perkara tersebut, pengkaji menggunakan empat teknik utama untuk memulakan proses

pengumpulan data. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual separa

berstruktur, pemerhatian, rakaman audio serta penganalisisan dokumen. Hal ini kerana

pengkaji hendak meneliti dan memahami fenomena pelaksanaan KPP di sekolah kajian

terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan yang melibatkan

pelaksanaan KPP, guru Bahasa Melayu, meningkatkan kemahiran guru, dan pengajaran

proses penulisan karangan.

Oleh sebab kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kajian penyelidikan

kualitatif, isu bilangan peserta kajian menjadi perkara penting yang perlu difokuskan dalam

batasan kajian. Jumlah peserta kajian seramai enam orang adalah kecil dan sudah pasti,

dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan bagi mewakili konteks pelaksanaan KPP

terhadap peningkatan kemahiran guru mengajar proses penulisan karangan bagi seluruh guru

Bahasa Melayu di sekolah menengah di negara ini. Namun begitu, maklumat yang diperoleh

melalui kajian ini bergantung sepenuhnya kepada kejujuran peserta kajian untuk menjawab

semua soalan yang diajukan oleh pengkaji. Meskipun dapatan tidak mewakili semua guru

Bahasa Melayu di sekolah menengah, kajian ini berupaya memberi manfaat kepada situasi

yang menunjukkan ciri-ciri yang hampir sama.

Faktor halangan masa juga menjadi faktor bagi memastikan kajian dijalankan dengan lancar.

Dalam hal yang berkaitan, pengkaji telah memperuntukkan masa yang panjang untuk

merancang seterusnya menjalankan kajian bermula daripada fasa memohon kebenaran

menjalankan kajian, membina hubungan yang berpanjangan dengan antara peserta kajian

dengan pengkaji sehinggalah kepada pelaksanaan kajian iaitu proses pengumpulan data.

1.7 Definisi Operasional

Istilah yang digunakan dalam kajian ini diberikan definisi yang bersesuaian dengan kehendak

kajian. Antara istilah yang berkaitan ialah pelaksanaan, Komuniti Pembelajaran Profesional,

peningkatan, kemahiran guru mengajar dan proses penulisan karangan.

1.7.1 Kesan Pelaksanaan

Istilah kesan dalam kajian ini adalah impak, implikasi terhadap sesuatu perbuatan, pekerjaan

atau perkara yang diusahakan. Istilah pelaksanaan pula ditakrifkan sebagai pengerjaan,

pengusahaan atau perlakuan untuk menjayakan sesuatu perkara. Hal ini termasuk juga segala

Page 28: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

10

usaha untuk menjadikan sesuatu perkara atau perancangan itu berjalan dengan lancar.

Pelaksanaan juga ialah cara mengimplementasikan sesuatu program oleh badan atau

organisasi secara terancang dan sistematik. Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan ialah

perlakuan untuk menjayakan sesuatu rancangan, program, tugas yang telah dirancang. Justeru,

istilah kesan pelaksanaan dalam kajian ini ialah implikasi atau impak terhadap sesuatu

program yang dijalankan oleh badan atau organisasi yang merancang.

1.7.2 Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP)

KPP ialah amalan pembelajaran dalam kelompok guru secara terancang dan sistematik. Dalam

hal ini guru belajar cara mengajar yang berkesan dalam sebuah komuniti yang diwujudkan di

sesebuah sekolah. KPP merujuk kepada warga sekolah yang terdiri daripada guru yang belajar

cara mengajar melalui pelbagai strategi. Menerusi KPP, guru menjadi murid dan mempelajari

cara-cara mengajar daripada guru-guru lain yang lebih berpengalaman dan pakar. Dalam hal

ini, KPP adalah landasan untuk penambahbaikan kualiti pengajaran guru dan prestasi

sekolah. Guru membentuk kumpulan dan belajar cara untuk mempertingkatkan kemahiran

mengajar secara profesional dan sistematik. Selain daripada hal yang tersebut, KPP merujuk

kepada usaha organisasi pembelajaran berfokuskan guru untuk meningkatkan kapasiti dan

kebolehan guru mengajar. Selain itu KPP menekankan konsep kerja berpasukan dan guru

menimba ilmu mengajar dari pakar-pakar dalam kalangan pasukan mereka secara kolektif.

Justeru, kejayaan pelaksanaan KP bergantung pula kepada beberapa elemen KPP yang

digariskan oleh pengkaji KPP. Elemen tersebut ialah:

a. Perkongsian kepimpinan dan sokongan

Elemen ini merujuk kepada peranan pentadbir seperti Pengetua, Penolong

Kanan -Penolong Kanan, Ketua Bidang –Ketua Bidang dalam usaha menyuntik

keperluan menuntut ilmu dalam kalangan guru. Pentadbir yang berkesan

membantu guru-guru membentuk sebuah kerjasama yang padu untuk

memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

b. Perkongsian nilai dan visi

Perkongsian nilai dan visi bermaksud, pentadbir, berkongsi tujuan dan kehendak

untuk memajukan sekolah bersama-sama ahli dalam komuniti sekolah

terutamanya guru. Elemen ini menunjukkan perkongsian nilai dan visi penting

bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan sesebuah organisasi

pendidikan.

c. Pembelajaran secara kolektif

Elemen ini merupakan elemen penting dan menjadi nadi bagi kejayaan KPP.

Pembelajaran secara kolektif menekankan perkongsian ilmu dalam ahli

komuniti. Perkongsian ilmu yang menjadi amalan disampaikan secara

sistematik dan terancang. Semua guru dalam komuniti menimba ilmu dan

mengamalkan kolaborasi serta perkongsian ilmu secara kolektif. Guru yang

berpengalaman dan berkemahiran dalam bahagian tertentu menjadi pembimbing

dan mentor bagi guru-guru novis, guru bukan opsyen, atau guru-guru lama.

d. Berkongsi amalan personal

Setelah guru mempelajari kaedah, pendekatan dan teknik yang pelbagai dalam

perjumpaan KPP, guru juga berkongsi amalan pengajaran yang diamalkan.

Dalam hal ini, guru-guru melakukan pemerhatian terhadap pengajaran rakan

Page 29: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

11

sejawat selain. Melalui pemerhatian, guru berkongsi amalan pengajaran guru

lain untuk dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga

berkongsi maklum balas terhadap perkongsian dan amalan pengajaran yang

dipelajari melalui pemerhatian.

e. Syarat yang menyokong

Elemen yang terakhir ini adalah elemen yang membantu kejayaan KPP dalam

sesebuah organisasi pendidikan. Kejayaan KPP dalam sekolah memerlukan

sokongan yang padu daripada dua sumber yang berikut iaitu sokongan manusia

dan sokongan sumber fizikal. Tanpa sokongan kedua-dua sumber tersebut, KPP

tidak dapat dijayakan secara berkesan. Sokongan manusia termasuklah

sokongan seluruh warga sekolah manakala sokongan sumber fizikal pula ialah

keperluan seperti alatan, alat tulis, Internet, tempat menjalankan aktiviti KPP

dan sebagainya.

Justeru, konsep dan definisi KPP agak berlainan dengan konsep dan definisi kumpulan kerana

kumpulan adalah kelompok individu yang dihubungkan dalam skop yang terbatas. Komuniti

dalam KPP bersifat istimewa yang diamalkan dalam kelompok ahli yang tertentu. KPP

berfokuskan matlamat untuk membangunkan tempat belajar selain daripada tempat untuk

mengajar.

1.7.3 Kemahiran guru mengajar penulisan karangan

Kemahiran guru mengajar didefinisikan sebagai keupayaan guru untuk menyampaikan

pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar serta mudah

diingati dan menyeronokkan. Hal ini juga membawa takrif iaitu kebolehan guru mengajar

mata pelajaran yang diajar. Sehubungan dengan perkara yang dinyatakan, guru perlu

menambah kemahiran dalam bidang yang diajar supaya dapat menyampaikan pengajaran

dengan berkesan.

Manakala frasa kemahiran guru mengajar penulisan karangan dalam kajian ini merujuk

kepada keupayaan guru menyampaikan cara penghasilan karangan kepada pelajar. Dalam hal

berkaitan, pengajaran penulisan karangan mengambil kira bermula daripada hal ehwal

menentukan keperluan tajuk karangan, merangka karangan, menstrukturkan binaan

perenggan seperti perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup, menentukan

bilangan isi, menyenaraikan isi, menulis draf karangan dan menulis karangan penuh. Hal ini

juga turut melibatkan penggunaan pelbagai teknik untuk memperkembangkan idea serta

mengenal pasti bentuk dan jenis penulisan karangan. Namun begitu, proses penulisan

karangan ditakrifkan berbeza-beza oleh ahli bahasa mengikut fahaman dan keperluan.

Pengajaran penulisan karangan melibatkan beberapa proses iaitu pemilihan tajuk, penulisan

draf, penentuan panjang karangan dan kedalaman idea, penyataan maklumat dan idea dalam

urutan logik, penggunaan komponen format dan komponen bahasa bagi menyusun penulisan,

penggunaan komponen format dan komponen bahasa sesuai dengan khalayak pembaca,

penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang berlainan dan penyemakan

(penyuntingan/pembacaan pruf) karangan (Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in

Page 30: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

12

Shaari, 2006) manakala Trimmer & McCrimmon (1992) menamakan tahap-tahap tersebut

sebagai perancangan, penulisan draf dan penyemakan. Dalam hal berkaitan, menyatakan

bahawa pengajaran penulisan karangan mengambil kira tahap mengajar pra penulisan,

berfikir dan penulisan, membina kerangka, menulis draf dan mengedit serta membaca pruf

(Roselan Baki, 2003). Untuk menghasilkan karangan yang baik, jelas dan sedap dibaca,

penulis perlu mengenal pasti pembaca, mengetahui tujuan penulisan, mengaitkan isi karangan

dengan tajuk karangan, mempunyai kemahiran mengolah isi, mempunyai kemahiran memilih

istilah atau kata yang tepat dan mempunyai kemahiran dalam aspek penggunaan bahasa

seperti tatabahasa, ejaan, penggunaan tanda baca, tulisan serta tangan yang jelas.

1.8 Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional terhadap

peningkatan kemahiran guru mengajarkan proses penulisan karangan. Justeru dalam

penulisan Bab 1, pengkaji mengkhususkan penulisan terhadap tajuk latar belakang kajian,

penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan

kajian, dan definisi operasional. Sehubungan dengan perkara tersebut, pengkaji juga

menerangkan makna istilah-istilah yang diguna pakai untuk menjelaskan lagi konsep kajian

ini.

Page 31: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

137

Bibliografi

Abd Aziz Abd Talib . (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: prinsip, kaedah, dan teknik. Utusan

Publications & Distributors. Kuala Lumpur.

A. Chaedar Alwasilah . (2002). Pokoknya kualitatif. Jakarta: PT. Dunia Pustaka Jaya.

Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, & Rahmad Sukor Ab. Samad. (2008). Penggunaan

Kohesi Gramatikal dan Leksikal dalam Mod Penulisan Argumentatif dan Ekspositori.

Masalah Pendidikan, 31(1), hh. 135-146.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu

murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Malay Language Education Journal, 1(1),

1-12.

Abdul Rasid Jamian, & Humaizah Hashim. (2011). Aplikasi kartun dalam pemantapan

pengajaran penulisan karangan: suatu transformasi pengajaran. Prosiding Seminar

Majlis Dekan‐dekan Pendidikan IPTA2011, 79–90.

Abdul Rasid Jamian & Norhayat Marzuki. (2005). Persepsi guru terhadap penggunaan teknik

permainan dan simulasi. Prosiding Seminar Pendidikan: Pendidikan Untuk

Pembangunan Lestari. Tanjung Malim. 28-30 Ogos

Abdull Shukor Shaari, Noran Fauziah Yaakub, & Rosna Awang Hashim . (2004). Keupayaan

mengajar guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Malaysian Journal of Learning

& Instruction, 1(1), 179–198.

Abdull Shukor Shaari. (2001). Tingkah laku pengajaran dan kualiti peribadi pensyarah

Universiti. Prosiding Pusat Penyelidikan dan Perundingan UUM (2000).

Adler, P. A., & Adler, P. (1998). Peer power: Preadolescent culture and identity. Rutgers

University Press.

Astuto, T. A. (1994). Roots of Reform: Challenging the Assumptions That Control Change in

Education. Phi Delta Kappa Educational Foundation, 408 N. Union, PO Box 789,

Bloomington, IN 47402.

Aziah Ismail, Loh Hoii Yen, & Abd Ghani Abdullah Kanesan. (2015). Komuniti

Pembelajaran Profesional dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah di Pulau

Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1).

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Kementerian Pendidikan Malaysia. Program Khas

Pensiswazahan Guru: Mesyuarat Penyelarasan Pendaftaran dan Minggu Orientasi

Pelajar PKPG di Maktab Perguruan, 3-4.

Barbour, R. (2008). Doing focus groups. Sage.

Blankstein, A. M. (2004). Failure is not an option: Six principles that guide student

achievement in high-performing schools. Corwin Press.

Page 32: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

138

Bloor, M., & Wood, F. (2006). Keywords in qualitative methods: A vocabulary of research

concepts. Sage.

Bogdan, R. C. Biklen., SK (2003). Qualitative research for education: An introduction to

theories and methods, 14-16.

Chapman, C., & Hadfield, M. (2010). Realising the potential of school-based

networks. Educational research, 52(3), 309-323.

Chew Fong Peng, Rusdaini Mohamed. (2013). Keberkesanan penggunaan akhbar dalam

pengajaran dan pembelajaran karangan dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ).

Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 18-30

Chichibu, T. (2013). How Japanese schools build a professional learning community by lesson

study. International Journal for Lesson and Learning Studies, 2(1), 12–25.

Cranston, J. (2009). Holding the Reins of the Professional Learning Community: Eight

Themes from Research on Principals’ Perceptions of Professional Learning

Communities. Canadian Journal of Educational Administration and Policy, 90, 1–22.

Creswell, J.W . (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods

approaches. SAGE

Creswell, J. W., & Miller, D. L. (2000). Determining validity in qualitative inquiry. Theory

into practice, 39(3), 124-130.

Collinson, V. (2004). Learning to share, sharing to learn: Fostering organizational learning

through teachers' dissemination of knowledge. Journal of Educational

Administration, 42(3), 312-332.

Cochran-Smith, M., & Lytle, S. L. (1999). Relationships of knowledge and practice: Teacher

learning in communities. Review of research in education,24, 249-305.

Darling-Hammond, L., Wei, R. C., Andree, A., Richardson, N., & Orphanos, S. (2009).

Professional learning in the learning profession. Washington, DC: National Staff

Development Council.

Deni, A. R. M., & Malakolunthu, S. (2013). Teacher collaborative inquiry as a professional

development intervention: benefits and challenges. Asia Pacific Education

Review, 14(4), 559-568.

Diah Zuikaningsih. (2010). Peningkatan Keterampilan Menulis Karangan Berdasarkan

Pengalaman Melalui Teknik Kumon dengan Media Lukisan Pada Siswa Kelas V SD

Negeri 01 Kaligiri Brebes (Doctoral dissertation, Universitas Negeri Semarang).

DuFour, R., & DuFour, R. (2012). Revisiting Professional Learning Communities at

WorkTM: New Insights for Improving Schools. Solution Tree Press.

Dufour, B. R., Dufour, R., Eaker, R., & Many, T. (2010). Learning by Doing : A Handbook

for Professional Learning Communities at Work ( Second Edition ) A Guide to Action

for Professional Learning Communities at Work. Solution Tree Press, 1–45.

Page 33: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

139

Dufour, R. (2004). What Is a “ Professional Learning Community ”?, (May), 1–6.

Dufour, R., & Marzano, R. (2011). Leaders of learning. Bloomington, IN: Solution. Hawker

Brownlow Education. Australia.

Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof, & Raja Mohd Fauzi Raja Musa . (2001). Masalah

Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 27 (2001),

3-26.

Fariza Khalis, Joyes, G., Ellison, L., & Aidah Karim,. (2013). Teachers' Involvement in

Communities of Practice: An Implication with Regard to the Current Approach of

Teachers' Professional Development in Malaysia. Asian Social Science, 9(16), 102.

Freebody, P. (2003). Qualitative research in education: Interaction and practice. Sage.

Fritz, C. A., & Miller, G. S. (2003). Concerns expressed by student teachers in

agriculture. Journal of Agricultural Education, 44(3), 47-53.

Fullan, M. (2009). The challenge of change: Start school improvement now!. Corwin Press.

Gibbs, G. R. (2008). Analysing qualitative data. Sage.

Glesne, C. (2011). Prestudy tasks: Doing what is good for you. Qualitative research and

educational sciences: A reader about useful strategies and tools, 1-37.

Guskey, T. R. (2002). Professional Development and Teacher Change. Teachers and

Teaching: Theory and Practice, 8, 381–392.

Guskey, T. R., & Sparks, D. (2004). Linking professional development to improvements in

student learning. Research linking teacher preparation and student performance, 12(11).

Haris Fadzilah Kassim. (2002). Masalah menulis karangan di kalangan pelajar

tingkatanempat: Satu kajian kes. Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,

UniversitiMalaya, Kuala Lumpur.

Hipp, K. K., & Huffman, J. B. (2003). Professional Learning Communities: Assessment--

Development--Effects. Sydney.

Hopkins, D. (2007). Every school a great school: Realizing the potential of system leadership.

McGraw-Hill Education (UK).

Hord, S. M. (1997). Professional learning communities: Communities of continuous inquiry

and improvement. Office of Educational Research and Improvement, 40, 58–59.

Hord, S. M. (2004). Professional learning communities: An overview. In Learning together

leading together Changing schools through professional learning communities (p. 5).

Hord, S. M. (2007). Learn in Community with Others. Journal of Staff Development, 28(3),

39-40.

Huberman, M., Staff, N., & Council, D. (2002). Professional Development and Teacher

Change. Teachers and Teaching: Theory and Practice, 8(3).

Page 34: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

140

Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Utusan Publications and

Distributors.

Kala S Retna, & Ng Pak Tee, (2006). The challenges of adopting the learning organisation

philosophy in a Singapore school. International Journal of Educational

Management, 20(2), 140-152.

Kamarul Azmi Jasmi. 2010. Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di

Malaysia: Satu Kajian Kes. Bangi: Penyelidikan Doktor Falsafah, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Karsten, S., Voncken, E., & Voorthuis, M. (2000). Dutch primary schools and the concept of

the learning organization. The Learning Organization,7(3), 145-156.

Kruse, S., Louis, K. S., & Bryk, A. (1994). Building professional community in

schools. Issues in restructuring schools, 6(3), 67-71.

Kyriakides, L., Creemers, B. P., & Antoniou, P. (2009). Teacher behaviour and student

outcomes: Suggestions for research on teacher training and professional

development. Teaching and teacher education, 25(1), 12-23.

Jackson, R. L., Chalmers, R., & Wills, D. (2004). Should schools include children with

disabilities. Interaction, 17(8), 24-30.

Jalani Ludin, & Kamarudin Taib . (2012). Kesan Pelaksanaan Lesson Study kepada Peranan

dan Prestasi Pengajaran Kesan Pelaksanaan Lesson Study Kepada Peranan Dan Prestasi

Pengajaran Guru Di Negeri Pahang. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG.

Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti. (2009). Laporan Jemaah Nazir Sekolah dan

Jaminan Kualiti. Kuala Lumpur.

Juriah Long. (2012). Amalan Berkesan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuching, Sarawak.

Lee, C. D. (2007). Culture, literacy, and learning. Teachers’ College Press, New York.

Leithwood, K., Mascall, B., Strauss, T., Sacks, R., Memon, N., & Yashkina, A. (2007).

Distributing leadership to make schools smarter: Taking the ego out of the

system. Leadership and Policy in Schools, 6(1), 37-67.

Lewis, C. (2009). What is the nature of knowledge development in lesson study? Educational

Action Research.

Lieberman, A. (1995). Practices that support teacher development. Phi Delta Kappan, 76(8),

591.

Lieberman, A., & Miller, L. (2008). Teachers in professional communities: Improving

teaching and learning. Teachers College Press.

Lieberman, A., & Wood, D. R. (2002). From network learning to classroom teaching. Journal

of Educational Change, 3(3-4), 315-337.

Page 35: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

141

Lim, C. S., Chew, C. M., Chiew, C. M., & Goh, S. I. Mathematics Teachers‟ and Students‟

Perspectives on the Innovative Use of the Geometer‟ s Sketchpad through Lesson Study

Collaboration. Digest Pendidik, Jilid, 9.

Liong Shou Chuan. (2014). Pembangunan profesionalisme guru ke arah pendidikan berkualiti.

In Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke 10, 2014 (pp. 1–13).

Louis, K. S., & Kruse, S. D. (2005) Professionalism and community: Perspectives on

reforming urban schools. SAGE Publications Ltd.

Mahaliza Mansor, Norlia Mat Norwani, & Jamal@Nordin Yunus . (2014). Hubungan antara

model-model pembelajaran profesional terhadap amalan guru sekolah menengah harian

di Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6(5).

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan

pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Maimunah Muda. 2005. Kepemimpinan Situasi di Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di

Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malakolunthu, S. (2007). Teacher learning in Malaysia: Problems and possibilities of reform.

University of Malaya Press.

Marohaini Yusoff, & Zulkifli A. Manaf . (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan

Bahasa Melayu di Sekolah Menengah : Satu Penilaian Kualitatif. Pertanika J. Sains

Sosial Dan Kemanusiaan, 5(2), 65–71.

Marohaini, Yussof. (2004). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Marohaini, Yussof. (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marshall, J., Smith, S., & Buxton, S. (2009). Learning organisations and organisational

learning: What have we learned? The International Journal of Knowledge, Culture and

Change Management, 8, 61–72.

Maxwell, J. A. (2010). Using numbers in qualitative research. Qualitative inquiry, 16(6), 475-

482.

Marzni Mokhtar, Mohamed Roselan Baki, & Fadzillah Abd Rahman . (2014). Perspektif

Kualitatif Guru Terhadap Perlaksanaan Amalan Pentaksiran dalam Pengajaran

Kemahiran Menulis Karangan Argumentatif. Sains Humanika, 2(4).

McLaughlin, M. W., & Talbert, J. E. (2001). Professional communities and the work of high

school teaching. University of Chicago Press.

McMillan, J. H., & Schumacher, S. (2006). Evidence-based inquiry. Research in Education

Merriam, S. B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation: Revised

and expanded from qualitative research and case study applications in education. San

Franscisco: Jossey-Bass.

Page 36: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

142

Mitchell, C., & Sackney, L. (2007). Building schools, building people: The school principal’s

role in leading a learning community. Jsl Vol 16-N5, 16, 627.

Mohd Isha Awang . (2008). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan Guru. Berita

Harian, p. Halaman 11.

Mohd Mursyid Arsyad. (2010). Pemahaman Proses Sosialisasi ‘Mat Rempit’Dalam Kalangan

Belia Di Utara Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Moore, N. S., & MacArthur, C. A. (2012). The effects of being a reader and of observing

readers on fifth-grade students’ argumentative writing and revising. Reading and

Writing, 25(6), 1449-1478.

Morse, J., Barrett, M., Mayan, M., Olson, K., & Spiers, J. (2002). Verification strategies for

establishing reliability and validity in qualitative research. International Journal of

Qualitative Methods, 1(2), 131–140.

Morrissey, M. S. (2000). Professional learning communities: An ongoing exploration.

Southwest Educational Development Laboratory, Texas.

Muhammad Faizal A Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Husaina Banu Kenayathulla, Saedah

Sirah, Gary C Crow, & Faisol Elham . (2013). Komuniti Pembelajaran Profesional

Menurut Perspektif Islam. Jurnal Hadhari , Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan

Malaysia, 5(2), 27–52.

Muhammad Faizal A. Ghani, & Crow, G. M. (n.d.). Amalan Komuniti Pembelajaran

Profesional: Perspektif Pemimpin Sekolah Cemerlang Negara Maju. Jurnal Kurikulum

& Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 10–27.

Muhammad Khairultitov. (2000). Pelaksnaan Komuniti Pembelajaran Profesional di Sekolah-

sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Tesis Master. Universiti Malaya.

Mohd Izham Mohd Hamzah dan Sufean Hussin, (2009). Pengurusan Perubahan Terancang

dalam Pembestarian Sekolah: Proses Pelaksanaan Polisi. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Nik Azmalayati, Nik Jusoh, & Ahmad Jelani. (2012). Keberkatan Penggunaan Peta Minda

Berbantukan Komputer Ke Atas Pencapaian Murid Dalam Penulisan Karangan Bahasa

Melayu Tahun 5 (Doctoral dissertation,Universiti Utara Malaysia.

Nik Safiah Karim. et.al. 2004. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nolan (2009). A study of the relationship of teachers’ self-efficacy and the impact of

professional learning community as an organizational structure. Louisiana: Louisiana

Tech University.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill (Malaysia).

Nor Foniza binti Maidin. (2012). Amalan Organisasi Pembelajaran di Sekolah Cemerlang:

Satu Kajian Kes. Fakulti Pendidikan, UKM.

Page 37: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

143

Nor Foniza Maidin, & Mohd Izham Mohd Hamzah, . (2010). Pengetua Pemacu Organisasi

Pembelajaran. Jurnal Institut Aminuddin Baki.

Omar Abdull Kareem, & Khuan Wai Bing. (2005). Perkembangan Profesional Guru Secara

Berterusan: Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Masalah Pendidikan 2005,

Universiti Malaya, 2(02), 131–141.

Opfer, V. D., & Pedder, D. (2011). Conceptualizing teacher professional learning. Review of

educational research, 81(3), 376-407.

Patton, M. Q. (2005). Qualitative research. John Wiley & Sons, Ltd.

Pitchford, M., & Henderson, P. (2008). Making spaces for community development. Policy

Press.

Polkinghorne, D. E. (2005). Language and meaning: Data collection in qualitative research.

Journal of counseling psychology, 52(2), 137.

Roberts, S. M., & Pruitt, E. Z. (Eds.). (2008). Schools as professional learning communities:

Collaborative activities and strategies for professional development. Corwin Press.

Robson, Colin (2002) The analysis of qualitative data. In: Real World Research: A Resource

for Social Scientists and Practitioner-researchers. Blackwell, London, UK, pp. 391-454

Roslee Talip . (2011). Penambahbaikan sekolah melalui komuniti pembelajaran

profesionalisme (KPP). Artikel Akhbar Berita Harian, 4.

Rosnah Ishak, & Muhammad Faizal A Ghani . (2013). Amalan Pembelajaran Kolektif dalam

Kalangan Guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan, 3(1),

27–34.

Rozita Radhiah Said, & Abdul Rasid Jamian . (2012). Amalan pengajaran guru cemerlang di

dalam bilik darjah : satu kajian kes pelbagai lokasi. Asia Pacific Journal of Educators

and Education, 27, 51–68.

Seman Salleh . (2005). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Kajian

Kes di Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal

1PBA/Jilid 3: Bilangan 2, 27–44.

Senge, P. M. (1990). The Fifth Discipline: the art and practice of the learning organization.

Measuring Business Excellence.

Senge, P. M. (2006). The fifth discipline: The art and practice of the learning organization.

Broadway Business.

Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship: A reflective practice perspective. Allyn &

Bacon/Longman Publishing, a Pearson Education Company, 1760 Gould Street,

Needham Heights, MA 02494. Web site: http://www. abacon. com..

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. (2005). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di

beberapa Sekolah Menengah di Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Page 38: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

144

Slavin, R. E. (2012). Classroom applications of cooperative learning. American Pyschological

Association.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa Melayu : Dimensi

Pengajaran dan Pembelajaran. Utusan Publications Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Suzana Abd Mutalib, & Jamil Ahmad. (2012). Kepelbagaian Aras Soalan Lisan dalam

Pentaksiran Formatif bagi Subjek Geografi. Sains Humanika, 59(1).

Stake, R. e.(2005). Qualitative case studies. The Sage handbook of qualitative research, 443-

466.

Stegall, D. A. (2011). Professional learning communities and teacher efficacy: A correlational

study (Doctoral dissertation, Appalachian State University).

Stoll, L., Bolam, R., McMahon, A., Wallace, M., & Thomas, S. (2006). Professional Learning

Communities: A Review of the Literature. Journal of Educational Change, 7(4), 221–

258.

Stoll, L., & Louis, K. S. (2007). Professional learning communities: Divergence, depth and

dilemmas. McGraw-Hill Education (UK).

Tan Hui Leng. (2007). Continual professional development of teachers: A smart strategy for

excellence in the classroom. In Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan

Batu Lintang.

Thapa, A., Cohen, J., Guffey, S., & Higgins-D’Alessandro, A. (2013). A review of school

climate research. Review of Educational Research, 83(3), 357-385.

Thompson, S. C., Gregg, L., & Niska, J. M. (2004). Professional learning communities,

leadership, and student learning. RMLE Online, 28(1), 1-15.

Toh Wan Seng. (2005). Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif dan

Penambahbaikan Sekolah. In Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005

(pp. 1–8).

Trimmer, J. F., & McCrimmon, J. M. (1992). Writing with a Purpose. Houghton Mifflin

Company.

Turner III, D. W. (2010). Qualitative interview design: A practical guide for novice

investigators. The qualitative report, 15(3), 754-760.

Vescio, V., Ross, D., & Adams, A. (2008). A review of research on the impact of professional

learning communities on teaching practice and student learning. Teaching and teacher

education, 24(1), 80-91.

Waheed, H., Salami, A. B., Ali, D. O., Dahlan, A., & Rahman, A. (2011). Collaborative web-

based teacher professional development system: A new direction for teacher

professional development in Malaysia. International Journal of Humanities and Social

Science, 1(7), 208-216.

Page 39: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

145

Wei Zhu. (2001). Interaction and feedback in mixed peer response groups. Journal of Second

Language Writing, 10(4), 251-276 . Elsevier.

Wenger, E. (2000). Communities of practice and social learning systems. Organization, 7(2),

225-246. Sage. London.

Wolfe, C. R., Britt, M. A. & Butler, J. A. (2009). Argumentation schema and the myside bias

in written argumentation. Written Communication, 26, pp. 183-209.

Wood, K. D., & Harmon, J. M. (2001). Strategies for integrating reading and writing in middle

and high school classrooms. National Middle School Association.

Yahya Othman & Azmey Hj Othman. (2012). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam

pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab

di Negara Brunei. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language

Education Journal – MyLEJ), 2, 32–45.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. PTS Professional. Petaling

Jaya.

Yin, R. K. (2011). Applications of case study research. Sage.

Yin, R. K. (2010). Qualitative research from start to finish. Guilford Press.

Yoshida, M. (2012). Mathematics lesson study in the United States Current status and ideas

for conducting high. International Journal for Lesson and Learning Studies, 1(2), 140–

152.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Juliawati Ibrahim. (2009). Perbandingan

gaya pengajaran guru bahasa melayu dan guru bahasa inggeris. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 34(1), 67-92.

Zamri Salleh & Abdull Sukor Shaari, . (2009). Kesan Model Unsur Tautan Terhadap

Pengajaran Karangan Bahasa Melayu. MJLI, 6, 55–78.

Zamzuri Mohamed. (2010). Pengajaran pembelajaran penulisan karangan. Retrieved

Januari 3, 2011, from http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran

penulisan-html

Zuraidah Abdullah. (2009). Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional: Kajian

Terhadap Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Managemen Pendidikan, 2, 79-96.

Zuraidah Abdullah, Rahimah Hj Ahmad & Muhammad Faizal Ab Ghani. (2012). Komuniti

Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah. Seminar Kebangsaan Majlis

Dekan Pendidikan IPTA, 1–21.

Zuraidah Abdullah, Rahimah Hj Ahmad & Muhammad Faizal Abd Ghani, (2012). Komuniti

Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah. Seminar Kebangsaan Majlis

Dekan Pendidikan IPTA, 1–21.

Page 40: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESAN PELAKSANAAN …psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP 2015 50IR.pdf · TERHADAP PENINGKATAN KEMAHIRAN GURU MENGAJAR PENULISAN ... Setiap perkataan,

© COPYRIG

HT UPM

146

Zuraini Jusoh (2009). The effectiveness of storytelling technique in teaching and learning

narrative writing in the Malay language (Doctoral dissertation, Universiti Putra

Malaysia).