rph gabungan pelajar cemerlang dan lemah

25
Rancangan Pengajaran Harian 3: Langkah/ Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sumber/ nilai Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set induksi (5 minit) Guru merangsangkan minda pelajar tentang pelajaran hari ini dengan menunjukkan sayur kangkung dan tomato di depan kelas. Meminta pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan. Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran. Guru memberi respon kepada jawapan pelajar dan mengaitkan jawapan pelajar Pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan oleh guru. Pelajar secara sukarela meneka isi pelajaran yang akan dipelajari. KBKK: Menjana idea Nilai: Kerjasama Keyakinan Mata Pelajaran : Ekonomi Rumah Tangga Tingkat an : Tingkatan 4 ERT Tarikh : 15 Mac 2012 (Isnin) Masa : 8.20 pagi-9.40 pagi (80 minit) Bil. Pelajar : 20 orang pelajar Tema/ Tajuk : Pemilihan dan penyimpanan makanan Sub Tajuk : Makanan segar –Sayur-sayuran Hasil Pembelajaran Selepas pengajaran, pelajar dapat: (1) Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat. (2) Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat. Isi kandungan Klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan mengikut sayur-sayuran: (1) Berdaun (5) Biji (2) Bunga (6) Bebawang (3) Batang dan pucuk (7) Kacang (4) Buah ( 8) Akar Pengetahuan Lalu Pelajar telah mempelajari tajuk “Masakan” semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelajar mempunyai pengalaman mengendalikan makanan segar semasa amali masakan semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Alat Bantu “Slaid power point” dan sayur-sayuran segar. Penerapan Nilai Kerjasama, tolong menolong dan keyakinan.

Upload: zuzan-michael-japang

Post on 13-Jan-2017

2.499 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Rancangan Pengajaran Harian 3:

Langkah/Masa

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber/ nilai

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Set induksi(5 minit)

Guru merangsangkan minda pelajar tentang pelajaran hari ini dengan menunjukkan sayur kangkung dan tomato di depan kelas.

Meminta pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan.

Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran.Guru memberi respon kepada jawapan pelajar dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan diajar.

Guru memaklumkan kepada pelajar objektif pengajaran hari ini

Pelajar meneliti sayur kangkung dan tomato yang ditunjukkan oleh guru.

Pelajar secara sukarela meneka isi pelajaran yang akan dipelajari.

KBKK:Menjana idea

Nilai:KerjasamaKeyakinan

Menyampaian input

(10 minit)

Guru menerangkan dan mengklafikasikan sayur-sayuran berserta contoh yang sesuai sambil memaparkan nota melalui slaid powerpoint.

Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan yang diberikan guru.

KBBK: Membuat kategoriMenjana idea

Mata Pelajaran : Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan : Tingkatan 4 ERT

Tarikh : 15 Mac 2012 (Isnin) Masa : 8.20 pagi-9.40 pagi (80 minit)

Bil. Pelajar : 20 orang pelajar

Tema/ Tajuk : Pemilihan dan penyimpanan makanan

Sub Tajuk : Makanan segar –Sayur-sayuran

Hasil Pembelajaran Selepas pengajaran, pelajar dapat:

(1) Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat. (2) Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat.

Isi kandungan Klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan mengikut sayur-sayuran: (1) Berdaun (5) Biji (2) Bunga (6) Bebawang (3) Batang dan pucuk (7) Kacang (4) Buah ( 8) Akar

Pengetahuan Lalu Pelajar telah mempelajari tajuk “Masakan” semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelajar mempunyai pengalaman mengendalikan makanan segar semasa amali masakan semasa Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Alat Bantu “Slaid power point” dan sayur-sayuran segar.

Penerapan Nilai Kerjasama, tolong menolong dan keyakinan.

Page 2: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Guru bertanya kepada pelajar contoh sayur-sayuran lain mengikut kategorinya

Pelajar memberi respon dan jawapan kepada pertanyaan guru

Nilai:Kerjasama

Menyampaikan input

(15 minit)

Guru membuat penerangan secara menyeluruh tentang konsep pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru dan dapat gambaran tentang pemilihan dan penyimpan sayur-sayuran .

Aktiviti pengukuhan

(20minit)

Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dalam 1 kumpulan dan setiap kumpulan disusun mengikut prestasi pelajar dalam matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga daripada ujian yang lepas.Kumpulan A: 1 6 11 16Kumpulan B: 2 7 12 17Kumpulan C: 3 8 13 18Kumpulan D: 4 9 14 19Kumpulan E: 5 10 15 20

Kemudian, guru meminta pelajar pertama dari setiap kumpulan berkumpul dan memahami topik. Selepas itu, pelajar-pelajar tersebut masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan menerangkan semula kepada pelajar lain mengenai topik hari ini.

Pelajar bergerak dan membentuk kumpulan sebagaimana yang diarahkan guru.

Pelajar-pelajar pertama setiap kumpulan memahami topik kemudian masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan menerangkan semula kepada pelajar lain mengenai topik hari ini.

KBKK:Menjana ideaMenganalisis

Nilai:KerjasamaTolong menolong

Aktiviti pengukuhan

danPenilaian(25 minit)

Guru meminta setiap kumpulan membuat sebuah sajak yang ringkas tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Setiap kumpulan menyediakan sebuah sajak ringkas tentang pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran seperti yang disuruh guru.

KBKK:Menjana ideaMenyelesaikan masalah

Nilai:

Page 3: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Guru meminta setiap kumpulan mendeklamasikan sajak itu

Guru memantau sajak setiap kumpulan sekiranya ada kesilapan

Guru membimbing kumpulan yang mempunyai masalah dalam membina sajak berkenaan topik hari ini

Setiap kumpulan mendeklamasikan sajak bersama-sama

KerjasamaKeyakinan

Rumusan(5minit)

Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan sekali kepada pelajar berkaitan isi pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar

Pelajar mendengar rumusan yang dinyatakan guru dan memahaminya

Page 4: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Jadual Penentu Kandungan Pelajaran

Unit Konsep/ Istilah

Fakta Kaedah/ Kemahira

n

Teori/ Prinsip

Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

RPH 3 Jenis sayuran

Cara penyimpanan sayuran

Cara pemilihan sayuran

Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan.

Sayur-sayuran sebaiknya dimakan segar tanpa dimasak untuk mengurangkan kehilangan vitamin seperti asid askorbik dan vitamin B kompleks.

Suhu menyimpan

Penerangan

Penyoalan

Aktiviti Kumpulan

- - Kategorikan sayur-sayuran

Membina sajak daripada topik

Mendeklamasikan sajak

Pengetahuan dan Kefahaman

Page 5: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

sayur-sayuran adalah 7°c hingga 10°c dan suhu terlalu rendah boleh merosakkan tisunya

Jadual Banding Beza

Unit Pengajaran Objektif dan hasil pembelajaran

Kandungan pelajaran Kaedah mengajar Kaedah penilaian

Unit 1: Klasifikasi sayur-sayuran

Menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat.

Sayur-sayuran meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Iaitu:-

BerdaunBungaAkarBatang dan pucukBijiBebawangKacang

Soal jawab

Penerangan

Ujian penilaian formatif

-Apakah contoh sayuran bagi....Berdaun?Bunga?Buah?Kacang?Akar?Batang dan pucuk?Bebawang?

Unit 2:Pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran

Menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat

BerdaunPemilihan:

• berwarna hijau segar

• rangup pada daun dan batangnya

• Kaedah Pelbagai Kecerdasan

- Visual

Aktiviti pengukuhan dan penilaian- Setiap kumpulan membina peta konsep mengikut kreariviti mereka daripada

Page 6: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

• tidak layu atau berlendir bersih

Penyimpanan:• tidak perlu

dicuci sebelum disimpan

• simpan dalam beg politena berlubang

• simpan dibahagian khas untuk

• sayuran di dalam peti sejuk pada suhu 7◦C - 10◦

BungaPemilihan:

• berwarna merah atau hijau yang segar dan cerah

• tidak lembik• tidak ada kesan

kekuningan berbau segar

Penyimpanan:• simpan dalam beg

politena yang berlubang

Kaedah PBL

gambar yang diberi guru dengan rangsangan daripada banding beza

-Setiap kumpulan diminta untuk menganalissis artikel yang diberikan oleh guru berkaitan dengan topik hari tersebut dan mengolahkannya semula dalam bentuk peta konsep

Soalan tafsiran akan diberikan oleh guru kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman mereka dalam topik ini.

Page 7: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

• simpan dibahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Batang dan pucukPemilihan:

• berwarna segar dan muda

• rangup dan keras• bentuknya elok• tidak berlendir

atau layu tidak bertukar warna perang

Penyimpanan:• simpan dalam beg

politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

AkarPemilihan:

• tidak diselaputi tanah

• tidak ada tunas• saiz sederhana• berkeadaan keras

atau pejal• tidak ada tanda

lebam tidak kecut

Page 8: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Penyimpanan:• disimpan di rak

yang mempunyai pengudaraan yang baik, di tempat yang sejuk, gelap dan kering

• jauhkan daripada makanan yang berbau kuat

BuahPemilihan:

• bentuknya elok• tidak kecut atau

lebam tidak calar di lapisan kulit

Penyimpanan: simpan di dalam beg

politena yang berlubang di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

BijiPemilihan:

• segar dan rangup• tidak kecut muda

dan segarPenyimpanan:

• simpan kacang pea di dalam peti sejuk beku

Page 9: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

• simpan petai di dalam beg politena atau bekas kedap udara

BebawangPemilihan:

• kulit luar berkilat• tidak lembap atau

berlendir• tidak bertunas

pejalPenyimpanan:

• simpan di dalam bakul pada suhu bilik

• simpan di tempat kering dan gelap supaya tidak bertunas

• asingkan bawang yang baru dengan yang lama

KacangPemilihan:

• segar dan rangup saiz sederhana dan muda

Penyimpanan:• simpan dalam beg

politena yang berlubang

• simpan

Page 10: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

dibahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Page 11: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

HURAIAN: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Untuk rancangan pengajaran harian 2 ini saya menggunakan Model Hunter’s Lesson Cycle Design dimana melibatkan 20 orang pelajar untuk kelas kedua. Tajuk yang saya guna ialah daripada Bab 3 Pemilihan dan Penyimpanan Makanan iaitu makanan segar – sub topik Sayur-sayuran selama 80 minit iaitu 2 sesi pembelajaran

Hasil pembelajaran:

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar perolehi ialah pelajar dapat menyatakan klasifikasi makanan segar iaitu sayur-sayuran dengan betul dan tepat; dan menjelaskan pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran dengan betul dan tepat.

Isi kandungan

Untuk isi kandungan pelajaran ini, saya ingin menumpukan pelajar hanya pada bahagian klasifikasi, pemilihan dan penyimpana sayuran-sayuran yang terdiri daripada berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.

Pengetahuan Sedia Ada

Hampir keseluruhan pelajar mempunyai pengalaman dalam bab sayur-sayuran dan mengendalikan makanan segar secara amnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan 1 hingga 3.

Alat Bantu mengajar

Untuk alat bantu mengajar saya menggunakan slaid powerpoint dan juga sayur-sayuran segar iaitu tomato dan sayur kangkung

Set Induksi

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan selama 5 minit sahaja dimana saya menggunakan pendekatan atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat, sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kreatif dan kritis, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai yang diterap juga dimana dua daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu. Nilai lain ialah keyakinan di mana pelajar yakin dengan tekaan mereka.

Page 12: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Menyampaikan Input

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran 1) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) yang pelajar dapat dalam sesi ini ialah pelajar dapat menjana idea melalui menjawab soalan yang guru tanya tentang klasifikasi sayur-sayuran. Selain itu pelajar juga dapat kemahiran untuk membuat kategori tentang jenis-jenis sayur-sayuran. Seperti di set induksi, nilai di sesi ini juga sama di mana pelajar memberi kerjasama kepada guru semasa guru menyoal mereka.

Aktiviti Pengukuhan

Di dalam sesi ini, guru telah membahagikan seramai 5 orang pelajar dalam satu kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengukuhan dimana tujuannya untuk menguji pelajar samada mereka memahami atau tidak sesi pengajaran topik pada hari itu. Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dalam 1 kumpulan dan setiap kumpulan disusun mengikut prestasi pelajar dalam matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga daripada ujian yang lepas.Kumpulan A: 1 6 11 16Kumpulan B: 2 7 12 17Kumpulan C: 3 8 13 18Kumpulan D: 4 9 14 19Kumpulan E: 5 10 15 20

Kemudian, guru meminta pelajar pertama dari setiap kumpulan berkumpul dan memahami topik. Selepas itu, pelajar-pelajar tersebut masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan menerangkan semula kepada pelajar lain mengenai topik hari ini.

Di sini guru menggunakan kaedah pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan interpersonal iaitu membuat kerja dalam kumpulan dan kecerdasan linguistik di mana guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk menyediakan sebuah sajak yang berkenaan dengan tajuk pengajaran hari itu kemudian mendeklamasikan sajak tersebut. Antara kemahiran KBKK yang digunakan ialah menjana minda iaitu setiap pelajar bersama- sama dengan kumpulan masing-masing menyediakan baris-baris sajak mengikut idea dan kreativiti mereka. Antara nilai yang diperolehi daripada sesi ini ialah kerjasama iaitu semua pelajar saling bekerjasama antara satu sama lain untuk membina sajak dan juga nilai keyakinan iaitu pelajar yakin tentang kebolehan mereka menyediakan sajak serta berkeyakinan mendeklamasikan sajak itu.

Kemudian, guru memantau sajak setiap kumpulan sekiranya terdapat kesilapan dalam membina sajak dimana setiap baris ayat itu perlu berkenaan dengan topik. Guru

Page 13: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

mengadakan praktis terbimbing dengan membimbing kumpulan yang mempunyai masalah dalam membina sajak.

Rumusan

Untuk penutup bagi sesi pengajaran hari tersebut, guru telah merumus secara ringkas isi pelajaran pada hari tersebut kepada pelajar-pelajar serta menekankan kembali topik yang perlu dikuasai oleh pelajar seperti klasifikasi sayuran, pemilihan dan penyimpanan sayuran.

Page 14: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Lampiran 1: Nota

Makanan Segar(Sayur-sayuran)

Makanan SegarMaksud : Makanan yang belum dimasak atau diproses

Klasifikasi Sayur-sayuran

Berdaun• Sawi• Kangkung• Kobis• Bayam

Kacang•Kacang buncis•Kacang sepat•Kacang panjang•Kacang botor

Bunga•Bunga kantan•Brokoli•Jantung pisang•Bunga kobis

Buah•Labu•Terung•Lada•Timun

Akar•Akar teratai•Lobak•Sengkuang•Ubi keledek

Batang & Pucuk•Asparagus•Saderi•Taugeh•Rebung

Bebawang•Bawang merah•Bawang putih•Bawang besar

Pemilihan dan Penyimpanan

Klasifikasi Sayur-sayuran

Pemilihan Penyimpan

Berdaun • berwarna hijau segar

• rangup pada daun dan batangnya

• tidak layu atau berlendir

• bersih

• tidak perlu dicuci sebelum disimpan

• simpan dalam beg politena berlubang

• simpan dibahagian khas untuk

• sayuran di dalam peti sejuk pada

• suhu 7◦C - 10◦C

Page 15: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
Page 16: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Bunga • berwarna merah atau hijau yang segar dan cerah

• tidak lembik

• tidak ada kesan kekuningan

• berbau segar

• simpan dalam beg politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk

• sayuran di dalam peti sejuk

Page 17: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Batang dan Pucuk • berwarna segar dan muda

• rangup dan keras

• bentuknya elok

• tidak berlendir atau layu

• tidak bertukar warna perang

• simpan dalam beg politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Akar • tidak diselaputi tanah

• tidak ada tunas

• saiz sederhana

• berkeadaan keras atau pejal

• tidak ada tanda lebam

• tidak kecut

• disimpan di rak yang mempunyai pengudaraan yang baik, di tempatyang sejuk, gelap dan kering

• jauhkan daripada makanan yang berbau kuat

Buah • bentuknya elok

• tidak kecut atau lebam

• tidak calar di lapisan kulit

• simpan di dalam beg politena yang berlubang di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Biji • segar dan rangup

• tidak kecut

• muda dan segar

• simpan kacang pea di dalam peti sejuk beku

• simpan petai di dalam beg politena atau bekas kedap udara

Page 18: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Bebawang • kulit luar berkilat

• tidak lembap atau berlendir

• tidak bertunas

• pejal

• simpan di dalam bakul pada suhu bilik

• simpan di tempat kering dan gelap supaya tidak bertunas

• asingkan bawang yang baru dengan yang lama

Kacang • segar dan rangup• saiz sederhana dan muda

• simpan dalam beg politena yang berlubang

• simpan di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk

Page 19: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

Lampiran 2

Bahan Bantu Mengajar

1. Slaid Powerpoint ( Rujuk Slaid Powerpoint Sayur-sayuran)

2. Bahan mentah- sayur-sayuran (Kangkung dan Tomato)

Lampiran 3

Soalan-soalan tafsiran formatif

1. Dalam set induksi

- Meminta pelajar meneka tajuk pelajaran.

- Soalan: Cuba teka apakah tajuk pelajaran kita hari ini?

2. Dalam sesi menyampaikan input

- Guru bertanya kepada pelajar contoh sayur-sayuran lain mengikut kategorinya

- Soalan: Apakah contoh sayuran bagi....

- Berdaun?

- Bunga?

- Buah?

- Kacang?

- Akar?

Page 20: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah

- Batang dan pucuk?

- Bebawang?

3. Aktiviti pengukuhan

- Guru meminta setiap pelajar membina sebuah sajak berkenaan dengan topik

pengajaran

- Pelajar diminta mendeklamasikan sajak dalam kumpul

Page 21: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah
Page 22: RPH Gabungan Pelajar Cemerlang dan Lemah