teknik melontar peluru

9
TEKNIK MELONTAR PELURU Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: (A) Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran ) (B) Gaya melungsur selangkah (C) Gaya Parry O’Brien Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran ) Pegangan peluru Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru. Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang Kilasan badan Pergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah, maka peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian

Upload: baiti

Post on 25-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

olahraga

TRANSCRIPT

TEKNIK MELONTAR PELURUTeknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:(A)Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )(B)Gaya melungsur selangkah(C)Gaya Parry OBrien

Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )Pegangan peluruCara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.Lakuan sediaPeserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakangKilasan badanPergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah,maka peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.LontaranTolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus dan menunggu peluru itu mandarat.PulihanSelepas lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang seperti semasa lontaran.Keseluruhan Gaya Berdiri dan MelontarLakuan sediamengilas badanmelontar

Gaya melungsur selangkahPegangan peluru

Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

Lakuan sediaPeserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga dan bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan selesa dengan membengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.LungsuranDaripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan tegakkan badan semasa melungsur. Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.

Kilasan badanSebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakangLontaranSelapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut ke arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.PulihanPulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan iaitu di belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Keseluruhan Gaya Melungsur SelangkahGaya Parry OBrienGaya Parry OBrien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry OBrien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.Pegangan peluruCara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.Lakuan sediaPeserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di bawa ke hadapan sebagai persediaan untuk lungsuran.LungsuranUntuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran. Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.Kilasan badanSelepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan di angkat dan mengilas badan.LontaranSelapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.PulihanUntuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAHLatihan IBerdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang kencang ( melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar menolak peluru dengan baik.Latihan IIBerdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.Latihan IIIBerdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.Latihan IVPelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontarmelungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

Latihan VPelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah.Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.